Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Datif dalam bahasa Melayu: satu kaman nahu kasus dari sudut peranan semantik dalam ayat

    No full text
    This study endeavours to grasp the meaning encoded in the words at morphological level ofilalay. In relation to this idea, the meanings of grammatical constructions have to be explicitly stated in the same se-mantic metalanguage, so that the characteristic semantic features of Malay can be traced across the entire language. For example, seman-tic areas such as emotion, sensation, body parts, causation, volition, pace or time, could then be studied as individual domains, and their different treatment in Malay can be specified. This study tries to search for semantic correlates of traditional concepts such as "subject" and "direct object". The semantic prototype of "direct object" combines the idea of"undergoer of an action" with the idea of "dependent to-picality" may be formulated as follows: I want to say something about Y because I want to say something about person X something happened to Y because X did something to Y Using this formula as a guide, various cases of grammar may be speci-fied. The case of the animate being affected by the state or action iden-tified by the verb, the so-called Malay Datives, may well be tried and specified in this analysis.Kajian ini mencuba menggarap makna yang terkod dalam kata pada aras morfologi bahasa Melayu. Sehubungan dengan idea ini, makna konstruksi nahuan perlu dinyatakan secara eksplisit dalam metabahasa semantik, supaya sifat-sifat fitur bahasa Melayu dapat dikesan pada seluruh bahasa. Misalnya, daerah semantik seperti emosi, sensasi, bahagian tubuh badan, kuasa memilih, tempat dan masa, dapat kemudiannya dikaji sebagai domain individu, dan perlakuan yang berbeza dalam bahasa Melayu dapat ditentukan. Kajian ini mencuba mencari hubungan semantik konsep-konsep tradisi seperti "subjek" dan "objek langsung". Prototaip semantik tentang "objek langsung" menyatukan idea "pengalam suatu tindakan" dengan idea "ketopikan pergantungan" dapat dirumuskan seperti yang berikut: Saya mahu menyatakan sesuatu tentang Y kerana Saya mahu mengatakan sesuatu tentang orang X sesuatu telah terjadi kepada Y kerana X melakukan sesuatu kepada Y Dengan menggunakan rumus ini sebagai panduan, beberapa kasus nahu dapat ditentukan. Kasus benda bernyawa yang menerima kesan oleh keadaan atau tindakan yang dikenal pasti oleh kata kerja, iaitu Datif Bahasa Melayu, mungkin dapat dicuba dan ditentukan sebaik mungkin dalam analisis ini

    Asimilasi dialek Melayu Kelantan dan dialek Thai Kelantan dalam bahasa Cina Peranakan Kelantan

    No full text
    This article will discuss the structure of the language of the Kelantan Peranakan Chinese. Kelantan Peranakan Chinese is a group that has assimilated extensively in culture and language to Kelantan Malays and also Kelantan Thais. Some salient structural features which are borrowings from Kelantan Malay and Kelantan Thai dialect will be addressed within the frame-work of contrastive linguistics from the perspective of language contact. Some salient syntactic features of intraclausal and interclausal con-structions will be deliberated to exhibit the structure of the language of Kelantan Peranakan Chinese, which is a case of linguistic assimi-lation of Chinese-Malay-Thai language systems.Makalah ini akan membicarakan struktur bahasa Cina Peranakan Kelantan. Cina Peranakan Kelantan merupakan sebuah komuniti yang memperlihatkan tahap asimilasi yang tinggi terhadap bahasa dan budaya masyarakat Melayu Kelantan dan jugs masyarakat Thai Kelantan. Beberapa aspek struktural menonjol yang merupakan penyerapan daripada Dialek Melayu Kelantan dan Dialek Thai Kelantan, akan dibincangkan dalam kerangka linguistik kontrastif dari dimensi pertembungan bahasa. Beberapa ciri menonjol tentang binaan intraklausa dan interklausa akan dihuraikan untuk memperlihatkan struktur bahasa Cina Peranakan Kelantan, yang merupakan sato kes asimilasi linguistik sistem-sistem bahasa Cina-Melayu-Thai

    Ayat polipredikatif dalam Bahasa Melayu

    No full text
    The models of polypredicative sentences create rich possibilities for making complete and meaningful contents of a sentence. To the nuclear clause, some expressions of other situation/s are added, as actions, movements, states, feelings, etc., without repeating the subject and other members. They are expressed either by multiverbal predicate structures, or by joining to clause members various dependent verb phrases. Multiverbal structures are coordinative predicates, or spe-cific chain constructions with perceptive, causal, performative meanings. In general linguistics, the problems of anlyzing polypredicative sentences are connected with verb conjugation and finite/non-finite verb forms opposition. These morphological categories are the centre of the sentence predication on the surface (syntactical) level and of the proposition phenomenon on the deep (logical) level. As these mor-phological categories are absent in Indonesian Malay, this investiga-tion will discuss on predication and proposition concepts in relation to the structure of Malay language.Model-model ayat polipredikatif mempunyai kemungkinan yang luas untuk menjadikan isi makna sesuatu ayat lebih lengkap dan padat. Makna sesuatu klausa yang utama ditambah dengan pemerian situasi lain seperti aksi, gerakan, keadaan, perasaan dan sebagainya, tanpa diulangi subjeknya dan anggota yang lain. Ini diadakan sama ada dengan susunan multiverbal pada posisi sebutan atau mengaitkannya dengan pelbagai frasa kerja yang bergantung pada anggota klausa iutama. Susunan multiverbal ialah sebutan sejenis, sebutan serial, konstruksi rantai yang membawa makna perseptif, kausatif, dan performatif. Dari sudut linguistik umum, segala masalah analisis ayat poli-predikatif ada hubungannya dengan fenomena konjugasi kata kerja serta oposisi bentuk finit atau tak finit yang merupakan inti predikasi ayat pada peringkat lahir (sintaksis) dan inti proposisi pada peringkat batin (logik). Kategori morfologi berkenaan tidak ada dalam Bahasa Melayu Indonesia, maka kajian ini membahas hal-hal predikasi dan proposisi dalam kaitannya dengan susunan bahasa Melayu

    Analisis lakuan komunikatif pemandu pelancong semasa bertugas

    No full text
    In the world of tourism, a multifaceted world that involves a variety of enterprises that offer different services to a variety of travellers, there exist a group of people who play a vital and indispensable role. This group of people, the tour guides, cater to the needs of travellers; tour-ists who travel to increase their knowledge of the world, to know more about other cultures, the country and its people. How does the tour guide disseminate the wealth of knowledge and rich culture of the coun-try to these people? How does he communicate with them? This research was carried out to investigate the "communicative acts" (Saville-Troike, 1989) employed by tour guides, a speech community in Malaysia. It is based on one "communicative situation" (Saville-Troike, 1989); the guided tours in and around Kuala Lumpur city and Malacca for foreign tourists. The research looked at one "communi-cative event" (Saville-Troike, 1989), i.e. tour guides communicating orally with their tourists while at work. In this paper, the findings will focus only on the communicative acts employed by the tour guides and the possible reasons for using these acts.Dalam dunia pelancongan yang terbentuk daripada pelbagai dimensi yang ikut pula melibatkan bermacam-macam usaha dan kegiatan untuk memberikan aneka perkhidmatan kepada pelbagai ragam pelawat/pelancong, terdapat sekumpulan orang yang bukan sahaja mendukung peranan penting, tetapi kewajipan yang amat diperlukan. Mereka ialah para pemandu pelancong yang melayani keperluan dan kerenah para pelancong yang melawat sesuatu tempat itu untuk mem-pertingkat pengetahuan, memahami budaya masyarakat lain selain negara dan rakyat sesebuah tempat itu. Bagaimanakah seseorang pemandu pelancong itu menyampaikan pelbagai keterangan dan khazanah budaya tentang sesebuah negara itu kepada para pelancong? Bagaimana seseorang pemandu pelancong itu berkomunikasi dengan para pelancong? Penyelidikan ini dilakukan untuk meneliti "lakuan komunikatir' (Saville-Troike, 1989) yang digunakan oleh para pemandu pelancong, sebuah komuniti bahasa di Malaysia. Penyelidikan ini diasaskan kepada satu "situasi komunikatif (Saville-Troike, 1989); lawatan berpandu di dan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dan Bandar Melaka untuk para pelancong asing. Penyelidikan ini meneliti satu "peristiwa komunikatif' (Saville-Troike, 1989), iaitu percakapan para pemandu pelancong dengan para pelancong semasa menjalankan tugas. Dalam makalah ini, penemuan-penemuan daripada penyelidikan ini hanya difokuskan pada lakuan komunikatif yang digunakan oleh para pemandu pelancong dan sebab-sebab di sebalik penggunaan laku4n-lakuan itu

    Kata majmuk dalam perkamusan: satu analisis semantik dan pragmatik

    No full text
    Despite much work on compound words have been done, the debate on this issue is still sizzling. There is no common acceptable definition on compound words due to different of opinions and findings. Some gram-marians use structural criterion in defining the words, while others look at the semantic features. The description becomes more bewildered when phrases and compound words shared the common properties. Consequently, it poses problems in arranging and representing compound words in a dictionary. This article attempts to distinguish between compound words and phrases in Malay by using semantic criteria, namely non-infusibility, non-reversibility and circumfixes as a test in determining compound words especially idioms. The same principles will be applied to analyze ordinary compound words. This article also explains the dis-tinction between compound words with phrases, and accordingly pro-poses their arrangements and representations in the dictionary.Kata majmuk masih hangat dibincangkan meskipun telah ramai penahu menulis mengenainya. Pendapat dan hasil yang berbeza menyebabkan tiada penyelesaian seragam pada kata majmuk bahasa Melayu. Ada penahu yang menggunakan kriteria bentuk dan ada juga yang menyisipkan kriteria semantik bagi menghuraikan kata majmuk itu sendiri. Penghuraian ini menjadi lebih mengelirukan apabila ada pertindanan ciri dengan frasa nama bahasa Melayu. Ini sekali gus memberikan kesan kepada penyusunan kata majmuk itu sendiri dalam kamus. Makalah ini cuba menghuraikan perbezaan kata majmuk dengan frasa berdasarkan analisis semantik dan pragmatik. Kriteria semantik bercirikan ketidakbolehsisipan, ketidakbolehbalikkan dan imbuhan apitan akan dijadikan ujian kata majmuk, khususnya yang melibatkan kata majmuk kiasan. Ciri yang sama akan diterapkan pada kata majmuk bukan kiasan. Makalah ini juga menjelaskan bagaimana kata majmuk dapat dibezakan dengan frasa dan menentukan penyusunan yang lebih mantap dalam kamus

    Impak konotasi budaya terhadap leksis: satu kajian semantik berasaskan korpus, ke atas perkataan perempuan dan wanita

    No full text
    The use of repeated phrases and conventional ways of talking form a constellation of meanings that reflects the typical meanings that lexical forms or expressions have. In other words, they reflect meanings that are repeatedly expressed in a discourse community. Meanings that words inherit due to recurrent occurrence are cultural connotations that can reflect the social reality of the community. As such, the analysis of recurrent wordings is of central importance in the study of language and ideology, and can provide empirical evidence of how the culture is encoded in lexis. This article reports on a study of the cultural connotations of "perempuan" and "wanita" by analysing the discourse, that is the vocabulary employed whenever the words are used. The two words are considered important cultural keywords in the Malay language. They have similar denotations but seen to possess different reputation due to the connotations that are inherited. The study used empirical evidence to investigate this by examining the semantic prosody and the cultural connotations of both words. This was achieved by employing a computrerised corpus-based co/locational analysis of the words. This article reports on the analysis that was carried out and discusses the nuances that are found in both words due to usage, and attempts to link the findings to the social and cultural changes that have taken place.Penggunaan bahasa yang berulang-ulang membentuk gugusan makna yang menggambarkan makna tipikal atau lazim, yang terdapat pada butir-butir leksis atau ekspresi bahasa. Dalam erti kata lain, ini ialah makna yang sentiasa diekspresikan oleh penutur dalam penggunaan bahasa. Makna yang diwarisi akibat penggunaan berulang-ulang menimbulkan konotasi budaya yang dapat mencerminkan realiti sosial penutur. Oleh hal yang demikian, kajian terhadap leksis yang berulang-ulang penting dalam kajian bahasa dan ideologi, dan boleh memberikan bukti empirikal tentang cara budaya boleh terkod dalam leksis. Makalah ini membincangkan satu kajian yang menganalisis konotasi budaya perkataan perempuan dan wanita dengan meneliti wacana, yakni nahu berulang-ulang yang terdapat pada kedua-dua perkataan tersebut. Perkataan perempuan dan wanita merupakan kata kunci penting bahasa Melayu yang sinonim pada tahap denotasi tetapi dianggap mempunyai reputasi yang berbeza disebabkan konotasi yang diwarisi. Kajian ini menggunakan bukti empirikal untuk menyiasat hal ini dengan meneliti prosodi semantik dan konotasi budaya yang diwarisi oleh perkataan tersebut. Ini dicapai melalui satu analisis kolokasi berasaskan korpus berkomputer terhadap wacana kedua-dua perkataan. Makalah ini melaporkan analisis tersebut dan meneliti nuansa dan konotasi budaya yang terdapat pada kedua-dua perkataan dan berusaha menghubungkan dapatan kajian dengan dunia sebenar, iaitu perubahan sosial dan budaya penutur

    Persoalan epistemologi dalam disiplin linguistik dan relevansinya dengan linguistik Melayu

    No full text
    Throughout the development of linguistics from its beginning until to-day, there are generally two main aspects that are given emphasis by linguists. The first aspect deals with theoretical and conceptual is-sues, whereas the second focuses on the application of linguistic theo-ries to various sub-disciplines of linguistics, such as dialectology, pho-netics and phonology, semantics, pragmatics, grammar, discourse analysis and several others. Without any intention to downgrade or lessen the importance of attention given to the application of theories, propose that the theoretical and conceptual aspect ought to be given more serious attention and greater effort, especially because some problems and issues emerging in the application of theories are based on theoretical and conceptual issues. This paper discusses one of the fundamental theoretical and conceptual aspects of knowledge, includ-ing linguistics, that is epistemology. The discussion also covers the nature and reality of language, the role and contribution of language in the development of human's concept of "self" and its realization and issues related to the development of linguistics in the Malay world.Secara kasarnya, ada dua aspek yang selama ini mendapat perhatian peneliti linguistik. Yang pertama ialah aspek teori dan konsep, sementara yang kedua ialah aspek penerapan teori dalam pelbagai subdisiplin linguistik seperti dialektologi, fonetik dan fonologi, semantik, pragmatik, tatabahasa, wacana dan sebagainya. Dengan tidak bermaksud meremehkan dan mengurangkan sumbangan penelitian yang bersifat penerapan teori, penulis berpendapat bahawa penelitian dan pembicaraan yang berkaitan dengan teori dan konsep perlu diberi perhatian yang lebih serius. Hal ini demikian kerana sebahagian masalah dan isu yang timbul dalam upaya penerapan teori berakar daripada masalah teori dan konsep. Kertas kerja ini mengupas salah satu aspek teori dan konsep yang asas dalam disiplin ilmu, termasuk linguistik, iaitu aspek epistemologi. Antara aspek yang diberi perhatian termasuklah hakikat bahasa, teori kelahiran bahasa, sumbangan bahasa dalam pembinaan konsep serta realisasi din insan dan isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan disiplin linguistik di alam Melayu

    Pemerolehan bahasa kanak-kanak Melayu berasaskan teori pemerolehan bahasa oleh Steinberg (1995)

    No full text
    The aim of this research is to identify language acquisition among Malay children based on the language acquisition theory suggested by Steinberg (1995). Studies and observations were made on 40 Malay children which consist offour levels of language acquisition. This study was carried out at the MARDI Kindergarten, Serdang, and Kinder-garten Perpaduan Taman Sri Serdang, Selangor. This study was based on the observation approach on the aspects of acquisition and excel-lence in mastering language among children. Picture based aids were used in activities to arouse them to speak. This study focuses on the qualitative and quantitative approach. The results of this study sup-ported Steinberg's discovery (1995) that the excellence in language acquisition among children depends on the age level.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemerolehan bahasa kanak-kanak Melayu berasaskan teori pemerolehan bahasa oleh Steinberg (1995). Pemerhatian dilakukan ke atas 40 orang kanak-kanak bangsa Melayu yang mencakupi empat tahap pemeringkatan pemerolehan bahasa. Tempat kajian kanak-kanak tersebut adalah di Taman Asuhan Kanak-kanak Mardi, Serdang, dan Tadika Perpaduan Taman Sri Serdang, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian untuk melihat aspek pemerolehan dan kecekapan berbahasa kanak-kanak. Bahan-bahan berupa gambar digunakan untuk aktiviti bercerita yang bertujuan merangsang kanak-kanak untuk bertutur. Kajian ini menggunakan . pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian didapati menyokong pendapat Steinberg (1995), iaitu kecekapan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak bergantung pada peringkat umur

    Protokol pemikiran verbal dalam pemahaman bacaan teks bahasa Melayu

    No full text
    Reading and understanding the material of an academic text is a prob-lem to certain students due to their difficulties in searching vocabulary related to a term or loan word and problem in lexical processing. There-fore, this study is conducted to identify lexical processing method and second language positive transfer in reading comprehension from Form 4 students. The findings were elicited from think aloud protocol and oral retelling data. The think aloud protocol and oral retelling data were recorded, transcribed verbatim before analysed. The study was conducted on six Form 4 students from SMK Dato ' Hj. Mohd. Redza, Jalan Sikamat, Seremban. Two groups were formed based on high and low academic achievement. An article entitled, "Kaji Kandungan Program TV Tempatan" (Analysing the Content of Local TV Programmes) is used as a reading comprehension text for think aloud protocol. The study shows the presence of second language positive transfer, that is the transfer of English word meaning knowledge into Malay language. The second language positive transfer is identified from the use of translation, transfer of word meaning knowledge and contextual clues, as shown by the students when processing reading comprehension text. The student's achievement in reading comprehension ability is rather low and finding also shows that academic achievement does not de-termine the students ' reading comprehension mastery.Membaca dan memahami teks bahan ilmiah merupakan satu masalah kepada sebilangan pelajar kerana mereka sukar mencari perbendaharaan kata yang berkaitan dengan istilah atau perkataan pinjaman sena sukar memproses leksikal. Sehubungan dengan itu, penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti cara pemprosesan leksikal dan pemindahan positif bahasa kedua dalam pemahaman bacaan pelajar Tingkatan 4. Dapatan kajian ini diperoleh daripada data protokol pemikiran verbal dan laporan lisan. Data protokol pemikiran verbal dan laporan lisan dikumpul dengan menggunakan rakaman lalu ditranskripsikan sebelum dianalisis. Kajian ini dijalankan terhadap enam orang pelajar Tingkatan 4, dari SMK Dato' Hj. Mohd. Redza, Jalan Sikamat, Seremban. Mereka dike-lompokkan ke dalam dua kumpulan, iaitu kumpulan pencapaian tinggi dan kumpulan pencapaian rendah. Satu petikan yang bertajuk, "Kaji Kandungan Program TV Tempatan," digunakan sebagai teks bacaan untuk protokol pemikiran verbal. Dapatan kajian menunjukkan berlaku pemindahan pengetahuan makna perbendaharaan kata bahasa Inggeris dan kata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Pemindahan positif bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dikenal pasti daripada peng-gunaan terjemahan, pemindahan pengetahuan makna perkataan, dan penggunaan klu bahan petikan oleh pelajar ketika memproses teks bacaan. Dari segi penguasaan pemahaman, pencapaian pelajar agak rendah dan dapatan ini juga membuktikan bahawa pencapaian akademik tidak dapat menentukan penguasaan pemahaman bacaan pelajar

    Peribahasa bahasa Melayu-peribahasa bahasa Cina: merungkaikan persamaan makna dan pertentangan dedua

    No full text
    The Malay and Chinese society inherited collections of proverb but Malay proverb was more known by the plural society in Malaysia. By examining carefully 30 Malay proverbs and 30 Chinese proverbs, the researcher seek to find similarity in meaning between the two. Besides that, the researcher applied theory of deconstruction as to examine the existence of entity, binary oppositions, and dominant hierarchy in Malay and Chinese proverb. The finding revealed compatibility and parallelism rather than dissimilarity in meanings derived from think-ing and life experience perpetuated by the Malays and Chinese via proverb. Selection of element in the creation of each other proverb did indicate a difference while discussing the same phenomenon.Masyarakat Melayu dan Cina mewarisi himpunan peribahasa yang banyak tetapi peribahasa bahasa Melayu lebih banyak diketahui oleh masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan meneliti 30 peribahasa bahasa Melayu dan 30 peribahasa bahasa Cina, penyelidik mencari persamaan makna antara kedua-duanya. Selain itu, penyelidik menerapkan teori dekonstruksi untuk memperinci entiti, pertentangan dedua dan hierarki dominan yang wujud dalam peribahasa bahasa Melayu dan peribahasa bahasa Cina. Hasil kajian menunjukkan bahawa makna daripada pemikiran dan pengalaman hidup yang dilestarikan oleh orang Melayu dan orang Cina melalui peribahasa lebih banyak menunjukkan keserasian dan kesejajaran daripada perbezaan. Pemilihan unsur dalam penciptaan peribahasa masing-masing ada menunjukkan kelainan semasa memperkatakan sesuatu kejadian yang sama

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇