Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Huraian umum aspek lnguistik bahasa Kayan
This study is a general survey on the various aspects of Kayan language carried out in Belaga and Miri. This brief study is more concentrated on the linguistic aspects, i.e. to observe the linguistic behaviour and origin of a certain native language, especially in Sarawak This study also tried to reveal the phonology, morphology and syntactic patterns of Kayan language used by the communicating community. Besides, this study also gave a brief view of social cultural behaviour of the Kayan tribe in Sarawak.Kajian berbentuk tinjauan umum aspek linguistik bahasa Kayan ini dijalankan di Belaga dan Miri. Kajian secara ringkas ini juga lebih menjurus kepada bidang linguistik yang melihat perilaku dan asal bahasa sesuatu kaum, khususnya di Sarawak. Kajian permulaan ini juga bertujuan untuk meneliti aspek kebahasaan komuniti Kayan yang mencakup aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Selain itu, aspek sosiolinguistik seperti perlakuan berbahasa komuniti ini juga turut dipaparkan, Kajian ini juga memberikan gambaran secara ringkas tentang sosiobudaya masyarakat Kayan, di Sarawak
Variasi sosial bahasa Melayu di Kuching: satu dialektologi sosial bandar
This article discusses the inter-connection between variables of phonology and social variables and phonological variations frequently used by urban community of Kuching, Sarawak. Six phonological variations focused are (al), (a2), (r), (h), (ai) and (au). The usage of the phonological variables is explored in four different types of Ianguage styles, namely word list, passage, interview, and casual, based on socio-economic status (SES), i.e. occupation, income, education, and housing indices. The study is based on sociological urban dialectology. This study reveals that the middle SES group is prone to experience phonological shift compared with the lower group. The shit is probably due to social context elements such as better economic status, work environment, education level and a wider scope of communication. Even though the lower group retains their phonological identity of the original Sarawak Malay dialect, it remains at a mediocre level. The result also shows that at present there is language integration, especially in pronunciation between the urban communities ofKuching with standard pronunciation in Peninsular Malaysia.Makalah ini menelili keterikatan variabel fonologi dengan variabel sosial serta melihat variasi fonologi yang sering digunakan oleh masyarakat bandar raya Kuching, Sarawak. Enam variabel fonologi yang dikaji ialah (al), (a2), (r), (h), (ai) dan (au). Penggunaan variabel fonologi tersebut diteliti dalam empat gaya bahasa, iaitu gaya daftar kata, gaya membaca petikan, gaya perbualan formal dan gaya bersahaja, serta berasaskan kelompok sosial yang dilihat dari segi pekerjaan, pendapatan, pendidikan dan jenis rumah. Kajian ini berlandaskan dialektologi sosial bandar. Didapati bahawa fonologi kelompok sosial menengah cenderung mengalami pembahan berbanding kelompok sosial bawahan. Perubahan fonologi ini berlaku mungkin disebabkan oleh elemen konteks sosial, seperti status ekonomi yang meningkat, suasana pekerjaan, taraf pendidikan dan ruang Iingkup komunikasi yang luas dan pelbagai. Kelompok bawahan pula, walaupun masih mengekalkan identiti fonologi dialek Melayu Sarawak, pengekalannya adalah pada tahap yang sederhana. Hasil kajian berdasarkan keenam-enam variabel fonologi yang diteliti membayangkan bahawa integrasi bahasa, khususnya sebutan mula berlaku di kalangan masyarakat bandar Kuching dengan sebutan standard masyarakat di Semenanjung Malaysia
Teori definisi dan aplikasinya dalam terminologi bahasa Melayu
This article discusses the definition theory and it's relation to the definition in Malay terminological work. The writer also observed the historical development of the theory of definition, methods of definition, types of definition, and the relation between theory of definition and theory of concept in Malay terminology.Makalah ini membicarakan persoalan teori definisi dan hubungannya dengan penyediaan definisi dalam terminologi bahasa Melayu. Penulis menghuraikan sejarah perkembangan teori definisi, kaedah definisi, jenis definisi, kekaburan definisi, dan hubungan teori definisi dengan teori konsep dalam terminologi bahasa Melayu
Teori medan makna pendeskripsian leksikal kata kerja dalam bahasa Melayu
The semantic study of a word could not be carried out objectively as in the study of phonology, morphology or syntax. Instead of it, semantic study of words are made reliable by using a good methodology. This paper is the application of Semantic Field Theory which is used to de-scribe the lexical aspects of selected verbs in the Brunei dialect for the purpose to see their similarities and differences with the equivalent verbs in Standard Malay. The selected verbs in Brunei dialect are those verbs that can be classified into two groups of homonyms; (i) verbs that de-note the 'actions of beatings ' and (ii) verbs that denotes the 'actions of cleaning'. These selected verbs pertains only to the various actions within a household or in the house. The similarities and differences of the lexi-cal aspects of the selected verbs in the two languages being compared, will be highlighted by using [+],[--] and [-I] symbols. The lexical aspects which are similar prove the semantics equivalent that are shared to-gether and the differences of the lexical aspects found, clearly denote the variations of certain aspects of meaning between the two verbs be-ing compared. The analysis which is based on the Componential Analysis Methodology shows clearly that not a single verb of the selected verbs in Brunei dialect is synonymous with the verb in standard Malay. Although the semantics aspects of the verbs being compared are as such, yet a verb in Brunei dialect (or in other Malay dialects) could be taken as part of the lexicon of Bahasa Melayu Standard.Kajian malcna sesuatu perkataan tidak seobjektif sesuatu kajian dalam bidang fonologi, morfologi atau sintaksis. Bagaimanapun, kajian makna perkataan tetap sahih dengan menggunakan metodologi yang mantap. Kertas kerja ini mengaplilcasikan teori Medan Makna bagi mendeslcripsilcan aspek-aspek leksikal sejumlah kata kerja dalam dialek Brunei bagi tujuan melihat persamaan dan perbezaannya dengan kata kerja yang dianggap sama maknanya dalam bahasa Melayu standard (BMS). Kata kerja yang dipilih daripada dialek Brunei ialah kata kerja yang dapat diklasifikasikan kepada dua kumpulan homonim: (i) kata kerja yang konotasinya berkaitan dengan "aksi memukul", dan (ii) kata kerja yang konotasinya berkaitan dengan "aksi membersihkan". Kata kerja yang dipilih cuma melibatkan aksi-aksi di rumah atau dalam satu nunah tangga. Persamaan dan perbezaan aspek leksikal bagi kata kerja yang dilakukan secara komparatif ini akan dipaparkan dengan lambang-lambang [+], [-] dan [±]. Aspek-aspek leksikal yang sama menjadi bukti tentang ciri-ciri makna yang dikongsi bersama sedangkan aspek-aspek leksikal yang berkontradiksi pula menjadi bukti bagi menunjukkan kelainan dari aspek makna. Analisis berdasarkan Metodologi Komponen Makna dengan jelas menunjukkan bahawa tidak ada mana-mana kata kerja dalam dialek Brunei yang bersinonim dengan kata kerja dalam BMS. Walaupun ciri-ciri semantik kata kerja kedua-dua bahasa yang dibandingkan adalah sedemikian nipa, mana-mana kata kerja dalam dialek Brunei (mahupun dalam dialek-dialek lain) yang persis dengan mana-mana kata kerja dalam BMS wajar diserapkan sebagai leksikon BMS
Pemerolehan morfologi dan sintaksis dalam kalangan kanak-kanak Melayu pada Peringkat Menjelang Tatabahasa Dewasa
Based on Mentalist Theory as concept, this research will try to seek the development of producing speech among Malay Children at the level of adult grammar. Genetic Cognitive Theory was used as the measuring tool for this theory. This theory was introduced by Chomsky (1959) and it brought a radical change in the development of psycholinguistic. As a result, the Transformation Generative Theory came into existence. This research was carried out among children in the visiting of Sri Serdang. The rational to choose this location is mainly to the fact that these children come from families who speak Malay language which is not influenced by dialects and states of origin. Through the observation method, the researcher will observe the lan-guage acquisition spontaneously i.e. when the child interact with an adult. Simultaneously, the researcher will chit-chat and conduct a ques-tion-answering session with the child. To encourage the child to inter-act with the researcher and his or her friends, concrete objects such as pictures and existing objects in the child's environment are used. The out come shows that collaborative activities in the interaction of lan-guage between the child and parent yield the best context to learn a language. Through this activity, the child further masters the language elements and grammar formulae which exist in his or her mother tongue. Besides that, the child also masters the language elements found in the society and customs. In short, the child also learns the way to select the proper words and proper speech applicable to the topic and the context of his or her conversation.Berdasarkan Teori Mentalis sebagai konsep, kajian ini akan cuba meneliti perkembangan penghasilan cakapan dalam kalangan kanak-kanak Melayu pada Peringkat Menjelang Tatabahasa Dewasa. Teori Genetik-Kognitif dijadikan kerangka teori ini. Teori ini diperkenalkan oleh Chomsky (1959) yang telah secara radikal mengubah perkem-bangan psikolinguistik. Lantaran, wujudlah satu teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa yang disimpulkan daripada teori linguistiknya (Teori Transformasi Generatif). Kajian ini dijalankan terhadap kanak-kanak di sekitar kawasan Sri Serdang. Rasional untuk memilih tempat ini adalah kerana kanak-kanak di kawasan ini berasal daripada keluarga yang bertutur dalam bahasa Melayu, dan kurang dipengaruhi oleh dialek bahasa Melayu kedaerahan dan kenegerian. Melalui kaedah pemer-hatian, penyelidik membuat pemerhatian pemerolehan bahasa secara spontan, iaitu ketika kanak-kanak tersebut berinteraksi dengan orang dewasa. Di samping itu, penyelidik juga berbual-bual dan bersoal jawab dengan kanak-kanak tersebut. Bagi merangsang kanak-kanak berinteraksi dengan penyelidik dan kawan-kawannya, bahan-bahan konkrit seperti gambar dan Benda-benda di persekitaran kehidupan kanak-kanak digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti secara kolaboratif atau bekerjasama dalam interaksi bahasa antara kanak-kanak dengan penjaga dapat menyediakan konteks yang paling sesuai untuk pembelajaran bahasa. Melalui aktiviti tersebut, seseorang kanak-kanak dapat menghayati unsur bahasa dan rumus tatabahasa yang terdapat dalam bahasa ibundanya. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menguasai unsur-unsur bahasa dalam masyarakat dan budaya bahasa tersebut. Tegasnya, kanak-kanak juga dapat mempelajari cara untuk memilih tutur kata serta pertuturan yang sesuai dengan khalayak, tajuk, dan konteks perbualannya
Kata bersinonim dalam bahasa Melayu: satu penelitian
Since the picking of the Malay language as the national language of our nation, it has gone through rigorous developments, from its vo-cabulary, structure, grammar, and the like. Day by day the users of the language have increased tremendously. This is because now the users are not only the native users but also other non-native speakers like the Chinese, Indians, Iban, Kadazan, and others. In this kind of the situation, the issue of wrong usage of the language has become a pre-dominant problem. Although this issue has been discussed in many books, articles, forums, papers, talks, seminars, and colloquiums, but the issue of wrong usage is still rampant among the users of the lan-guage. Although users make all kind of errors, but this study focuses on the issue of wrong usage from the semantic point of viewSejak diangkat menjadi bahasa kebangsaan negara kita, bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang rancak dari segi kosa kata, struktur, nahu, dan seumpamanya. Pengguna bahasa Melayu semakin hari semakin meningkat. Hal ini berlaku kerana kini bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan oleh penutur natif, malah oleh pengguna bukan jati bahasa Melayu, seperti orang Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain lagi. Dalam kerancakan penggunaan bahasa Melayu ini, timbul persoalan pengguna yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan tepat. Sudah banyak dibincangkan atau dibahaskan tentang kesalahan bahasa dalam pelbagai buku, artikel, forum, kertas kerja, ceramah, seminar, dan kolokium, tetapi persoalan kesalahan bahasa dari aspek makna kelihatan kurang diberikan tumpuan. Justeru makalah ini akan memberikan fokus terhadap aspek kesalahan tersebut
Gaya hipotaksis dan parataksis dalam kerangka nahu fungsian-sistemik
This study aims to describe the usage of hypotactic and paratactic in the Malay language, specifically in the relation between structure, meaning and style. In describing them, the style that is specific to the writer is analyzed in detail. The data is taken from the text Sungai Mengalir Lesu, written by National Laureate A. Samad Said. In the analysis of hypotactic and paratactic structures, this article applies the theoretical framework of the functional-systemic grammar. In the structural consideration, dependent and independent clauses are ana-lyzed taking into view the presence and absence of conjunctions. As for meaning, the analysis focuses on the meaning borne by expansion clauses in complex sentences viz. in elaborating or extending the mean-ing of the main clause. This analysis show that the paratactic struc-ture is more complex than that of the hypotactic, and the expansion clause is more dominant in usage in both types of complex sentences.Kajian ini bertujuan untuk memeri penggunaan ayat hipotaksis dan parataksis dalam bahasa Melayu, khususnya hubungan antara struktur makna dan gaya. Dalam pemerian ini, gaya yang menandai kegemaran pengarang dianalisis secara terperinci. Data bahasa diambil daripada teks Sungai Mengalir Lesu, karya Sasterawan Negara, A. Samad Said. Dalam analisis struktur ayat hipotaksis dan parataksis, makalah ini mengaplikasi nahu fungsian-sistemik. Dalam pertimbangan struktural, klausa tak setara dan klausa setara dianalisis berdasarkan kehadiran atau ketiadaan unsur penghubung. Dalam aspek makna pula, analisis tertumpu pada makna yang diwujudkan oleh klausa pengembangan dalam sesuatu ayat kompleks, iaitu dalam memperinci atau memperluas makna sesuatu klausa utama. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa struktur ayat parataksis lebih kompleks berbanding dengan ayat hipotaksis, dan klausa perluasan lebih dominan digunakan dalam kedua-dua ayat kompleks tersebut
Penerapan maklumat variasi nasional dalam kamus Melayu-Indonesia
This research is a comparative study that discusses the scenario of Malay and Indonesian dictionaries from the lexical aspect. It is based on the analyses of Kamus Dewan, Fourth Edition (2005) (henceforth, KD), Kamus Besar Bahasa Indonesia, Third Edition (2001) (hence-forth KBBI), Kamus Melayu Global (1996), Kamus Umum Bahasa Indonesia Badudu-Zain (1994) and Kamus Bahasa Melayu R.O. Winstedt (1960). This study focuses on the national variation informa-tion treatment. The researcher found that all the dictionaries did not have balanced treatment of the information concerning the lexical as-pect of the home variety and the away variety of the Malay language. Suggestions have been put forward that serve as valuable inputs for the development of the Malay-Indonesian lexicographic world.Kajian yang menggunakan kaedah perbandingan ini bertujuan untuk melihat senario perkamusan Melayu dan Indonesia dari sudut leksikal. Beberapa buah kamus telah dipilih. Ini termasuklah Kamus Dewan (KD) edisi keempat (2005), Kamus Besar Bahasa Indonesia (KKB1) edisi ketiga (2001), Kamus Melayu Global (1996), Kamus Umum Bahasa Indonesia Badudu-Zain (1994) dan Kamus Bahasa Melayu R.O. Winstedt (1960). Kajian ini memberikan fokus kepada aspek penerapan maklumat variasi nasional dalam kamus. Apakah kamus-kamus tersebut secara seimbang mencerakinkan maklumat variasi tempatan atau variasi asing. Beberapa saran telah diajukan dan semua ini mengacu kepada usaha memberi input penting kepada dunia leksikografi Melayu-Indonesia
Kata penghubung dalam bahasa Melayu: persoalan linguistik dan gaya
A complex sentence is one in which two or more clauses are joined together with conjunctions. In Malay, independent clauses are usually joined by coordinating conjunctions, such as kemudian, while depen-dent clauses are joined by subordinating conjunctions, such as serta. However, it is found that the description of Malay conjunctions is not well discussed by the grammarians, especially in terms of their status and functions. Hence, the purpose of this article, that is to describe and discuss the functions of conjunctions and how these functions re-late to their usage and style in Malay literary text. Specifically, the article will show how conjunctions are used to add some information of act and non act in complex sentences in these sources. In other words, linguistic discussions of occurrences of these conjunctions are based on real examples as used by a Malay writer. These provide va-lidity in relating the linguistic descriptions with the real usage and style of conjunctions in the language. The discussions will contribute to the field of Malay linguistics in terms of the status and conjunctions in Malay.Ayat kompleks ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih klausa yang dihubungkan oleh kata penghubung. Dalam bahasa Melayu, klausa setara biasanya dihubungkan oleh kata penghubung setara, misalnya kemudian, sementara klausa tak setara dihubungkan oleh kata penghubung tak setara, misalnya serta. Bagaimanapun, didapati bahawa pemerian tentang kata penghubung dalam bahasa Melayu tidak dibincangkan dengan wajar oleh penahu, khususnya dari segi istilah dan fungsi. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menggambarkan dan membincangkan fungsi unsur penghubung, dan bagaimana fungsi tersebut berkaitan dengan penggunaan dan gaya dalam teks sastera Melayu. Secara khususnya, makalah ini akan memperlihatkan bagai-mana unsur penghubung digunakan untuk menambah maklumat lakuan dan bukan lakuan dalam sesuatu ayat kompleks dalam bahan tersebut. Dengan erti kata lain, perbincangan linguistik tentang kehadiran unsur penghubung yang berdasarkan contoh sebenar yang digunakan oleh pengarang Melayu. Hal ini akan memberikan kesahan dalam menghubungkan deskripsi linguistik dengan penggunaan sebenar, dan gaya unsur penghubung dalam bahasa Melayu. Perbincangan ini akan menyumbang kepada bidang linguistik Melayu dalam konteks status dan fungsi unsur penghubung dalam bahasa Melayu
Maklumat leksikal dalam struktur kasus dan argumen dalam penulisan berita
This study will attempt to justi& the role played by semantic features of certain verbs of Malay language to the number of deep cases and the possible arguments appeared in a sentence structure at superficial level. The writers of this study use the concept of semantic features of a verb used popularly by Charles J. Fillmore along with his terminological term: "lexical information" . To him, a basic sense of a word is expressible as a set of components that are complex as they may be required to character-ize events or situations. In this study the writers will sample certain ele-mentary semantic properties of verbs, especially those relating to time, space, movement and "will" . The study will try to show the flexibility of certain verbs in the number of arguments they take in the predicate struc-ture. The verb and conceptually require three arguments, namely those identifiable as the culprit, the loser; and the loot. The words and are each four — argument predicates, the arguments representing the one who receives the goods or services, the one who provides the goods and services, the goods and services themselves, and the sum of money that changes hands. In gramniatical descriptions, we try to identify the role structure of given expressions. From here the writ-ers go further to prove the roles that their arguments play are taken from an inventory of role types fixed in case structure by grammatical theory. The application of case theory, with their separate arguments associated with certain verbs as used in the writing of news as rhetorical discourse is being looked at, in an attempt to see that the grammar of news written language is found to be similar to that used in descriptions. The number of arguments allowed in sentence structures seems to be identifiable within the domain of their semantic interpretation of cases used in the writing of news in Malay daily newspapers.Kajian ini berusaha untuk menjelaskan peranan yang dimainkan oleh fitur semantik beberapa kata bahasa Melayu dan segi kasus dalaman dan jumlah argumen yang timbul dalam struktur ayat pada aras permukaan. Pengkaji menggunakan konsep fitur semantik kata kerja yang digunakan secara popular oleh Charles J. Fillmore dengan istilah "maklumat leksikal". Baginya, maksud asas kata dapat dinyatakan sebagai suatu set komponen kompleks yang diperlukan untuk menyatakan sifat-sifat peristiwa atau situasi. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa sifat semantik asas kata kerja sebagai contoh, terutamanya sifat-sifat yang berhubungan dengan masa, ruang, pergerakan dan "fiat". Kajian ini akan mencuba untuk menunjukkan kelenturan beberapa kata kerja dan segi jumlah argumen yang diambilnya dalam struktur predikat. Dalam deskripsi nahu, pengkaji akan mengenal pasti struktur peranan sesuatu ujaran. Dan sini pengkaji bergerak ke hadapan untuk membuktikan bahawa peranan yang dimainkan oleh argumen diambil daripada inventori jenis-jenis peranan yang ditetapkan dalam nahu kasus oleh teori nahu. Aplikasi teori kasus, bersama-sama masing-masing argumen yang dikaitkan dengan beberapa kata kerja sebagaimana yang digunakan dalam penulisan berita sebagai wacana retorik akan diperhatikan dalam usaha untuk melihat bahawa nahu bahasa berita tulisan didapati serupa dengan yang digunakan dalam deskripsi. Jumlah argumen yang dibenarkan dalam struktur ayat rupa-rupanya dapat dikenal pasti dalam domain interpretasi kasus semantiknya sebagaimana yang digunakan dalam penulisan berita dalam akhbar harian berbahasa Melayu. Sebagai contoh secara konsep, kata dan memerlukan tiga argumen (orang yang melakukan kesalahan, orang yang rugi dan barang-barang rampasan), manakala dan masing-masing merupakan predikat empat argumen, iaitu argumen yang mewakili orang yang menerima barangan atau perkhidmatan, orang yang membekalkan barangan dan perkhidmatan, barangan dan perkhidmatan sendiri dan jumlah wang yang bertukar tangan. Kehadiran argumen dalam ayat pada umumnya wajib mengikut keadam lain yang diperlukan pada situasi tertentu