Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Amalan psikolinguistik dalam penguasaan sintaksis bahasa Melayu murid Tahun 1

    No full text
    The research seeks to identify and examine the psycholinguistics practices that has been instilled and inculcate by the teacher in their teaching methods and could be aquired effectively by the Year 1 pupils. The psycholinguistics experiences enable the Year 1 pupils to understand and acquire the basic Malay (Bahasa Melayu) of syntax level resource materials better. This experimental research based on test and retest were administered on 50 Year 1 pupils of SK Marak in the district of Tumpat, Kelantan. The research findings were obtained from two consecutive tests based on the items contained in the Malay Basic Reading Module. Apart from using the quantitative experimental research, the researcher also used qualitative controlled observational method on all the subjects studied. Survey based on a set of questionnaires were carried on the teachers involved and the subjects studied. Unstructural interviews protocol, were also conducted on the parents and guardians. The data obtained through the achievement records were analyed and studied. The findings on the subjects showed that the subjects enable to acquire the basic reading skills at syntax level better and more effective after instilling the psycholinguistics practices in the teaching and learning methods. The improvement in acquisition of basic reading skills at syntax level was due to the exposition to various psycholinguistics teaching materials, techniques, learning strategies and a systematic teaching and learning approach based on psycholinguistics practices. From the research, we can deduce that the application of psycholinguistics has a very significance influence on the understanding and acquisition of the basic reading skills at syntax level in bahasa Melayu.Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti amalan psikolinguistik yang diterapkan oleh guru semasa mengajar dan dapat pula dihayati oleh murid Tahun 1. Amalan psikolinguistik tersebut membolehkan murid Tahun 1 memahami dan menguasai bahan bacaan asas pada peringkat sintaksis dalam bahasa Melayu dengan lebih baik. Penyelidikan jenis eksperimen uji dan uji semula ditadbir ke atas sejumlah 50 orang murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan (SK) Morak dalam daerah Tumpat Kelantan. Dapatan penyelidikan diperoleh daripada proses pengujian sebanyak dua kali berasaskan item yang terkandung dalam modul Asas Membaca. Selain menggunakan penyelidikan jenis eksperimen, penyelidik turut menggunakan kaedah pemerhatian terkawal ke atas semua subjek kajian. Tinjauan berasaskan soal selidik dilakukan terhadap guru dan subjek kajian yang terlibat, manakala temu duga tidak berstruktur dijalankan terhadap ibu bapa dan penjaga murid. Data yang diperoleh melalui rekod pencapaian murid dianalisis dan dirumuskan. Keputusan kajian ke atas subjek menunjukkan bahawa subjek boleh menguasai bacaan asas pada peringkat sintaksis dengan baik dan berkesan sesudah guru menerapkan amalan psikolinguistik dalam pengajarannya. Peningkatan penguasaan bacaan asas pada peringkat sintaksi berlaku kerana mereka didedahkan dengan kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersistematik selaras dengan amalan psikolinguistik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi amalan psikolinguistik mempunyai pengaruh yang sangat signifikan ke atas pemahaman dan penguasaan kemahiran asas bacaan pada peringkat sintaksis dalam bahasa Melayu

    Frasa anomali: Satu analisis pragmatik

    No full text
    Research on meaning from the semantic point of view which describes meaning literally at the sentence structure has caused many problems which have remained unsolved in the Malay language. Describing meaning at the semantic level gives only the literal meaning, which is out qfcontexts and devoid of external inputs of sentences or utterances. Describing meaning at the semantic level becomes more difficult in discussing anomalous phrases which have been used for many years by native speakers. A research, therefore, is carried out exploring a number of V+ 0 phrases in sentences based on an online corpus using the relevance theory as proposed by Sperber and Wilson (1986, 1995). it is thought that by using the relevance theory the problems with regard to the anomalous phrases can be addressed in a critical and practical manner. Pragmatic analysis based on the relevance theomy will also prove that the human cognitive mechanism tends to spontaneously choose the most relevant stimulus. Meanwhile, the receptor mechanism tends to activate the most relevant presumption while the inference mechanism tends to process spontaneously those stimulus in a very productive way only.Kajian makna yang berlandaskan pendekatan semantik yang memeri-kan makna secara literal pada struktur nahu ayat menyebabkan banyak persoalan makna dalam bahasa Melayu tidak dapat dijelaskan dengan sepenuhnya dan sempurna. Hal ini kerana pemerian makna secara literal mengetepikan konteks dan input-input luaran yang nadir dalam sesuatu ayat ataupun ujaran, sedangkan sesuatu ayat atau ujaran itu disampaikan terhasil oleh suatu pemikiran yang kompleks dan rencam. Pemerian makna berlandaskan semantik bertambah sukar bagi persoalan ayat atau ujaran yang anomali tetapi telah sekian lama dituturkan oleh penutur jati. Oleh yang demikian, sate kajian telah dijalankan terhadap beberapa frasa KK + Obj dalam ayat ataupun ujaran berdasarkan data korpus atas talian dengan menggunakan teori relevans yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson 1995. Berdasarkan teori relevans, persoalan frasa yang anomali ini akan dapat dijawab dengan lebih kritis dan praktis berdasarkan prinsip-prinsip dan idea yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson dalam teori relevans ini. Analisis pragmatik berlandaskan teori relevans ini akan membuktikan juga bahawa mekanisme kognitif manusia cenderung memilih secara spontan rangsangan yang relevans sahaja, mekanisme penerimaan pula cenderung mengaktifkan secara spontan andaian yang relevans sahaja dan mekanisme inferens cenderung memproses secara spontan rangsangan tersebut dengan cara yang paling produktif sahaja

    Telus, konflik dan legap istilah MABBIM: satu kajian morfosemantik

    No full text
    In an effort to standardize Malay terminologies at the regional level, the Brunei Darussalam-lndonesia-Malaysia Council of Language (MABBIM) has jointly agreed on two categories of terms; those agreed upon as being the same (Category A) and those agreed upon as being different (Category B). However after three decades of collaboration and 250,000 terms standardized, only 35% were jointly agreed as being the same whereas 65% were different. This study aims to identify the differences in the level of morphosemantic transparency of the terms from the perspective of Malay and Indonesian speakers. A total of 4,393 terms in the field of Information Technology in Category A that have different equivalents in the target language were used in the study. Based on the differences in their phonological and morphological forms, these terminologies have been categorized as transparent, conflicting and opaque. Analysis of the data shows that 42.4% of the terminologies are conflicting and opaque. Based on a respondents' test, the transparency level of 51.5% of the conflicting and opaque terms are true for both the Malay and the Indonesian speakers. The study also shows that the level of transparency of a terminology is closely related to the spoken language. Nevertheless, the difference inform of a terminology is not an obstacle for it to be understood, as long as it has a similar cognitive effect on the speakers and hearers of both languages.Dalam kegiatan penyelarasan istilah di peringkat serantau, Majlis Bahasa Brunei Darussalam-lndonesia-Malaysia (MABBIM) memutuskan adanya istilah yang dikategorikan sebagai istilah yang dipersetujui sama (kategori A) dan istilah yang dipersetujui berbeza (kategori B). Setelah lebih tiga dekad kegiatan tersebut dilaksanakan dan lebih daripada 350 ribu istilah diselaraskan, ada laporan yang mengatakan hanya 35% istilah yang benar-benar dipersetujui sama. Manakala 65% lainnya dipersetujui berbeza. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan khusus bagi membincangkan perbezaan morfosemantik antara istilah Malaysia dengan istilah Indonesia. Sebanyak 4,393 istilah Teknologi Maklumat yang dipersetujui sama tetapi memiliki padanan berbeza dimanfaatkan dalam kajian ini. Seterusnya. istilah-istilah tersebut dikelompokkan kepada tiga tahap pemahaman. iaitu telus, konftik dan legap. Sebanyak 60 istilah yang dipilih secara rawak diuji tahap ketelusannya terhadap penutur bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia. Penerapan Teori Relevans membuktikan bahawa perbezaan makna antara istilah Malaysia dengan istilah Indonesia benar-benar berlaku, khususnya dalam peristilahan MABBIM. Walau bagaimanapun, perbezaan bentuk istilah bukanlah penghalang untuk sesuatu istilah itu difahami, selagi ia memberikan kesan kognitifyang sama pada penutur dan pendengar kedua-dua bahasa

    Teori-teori terminologi: deskripsi, preskripsi dan penjelasannya

    No full text
    During the past decade, the theory of terminology has been a subject of debate in various circles. This article examines some of the reasons why this topic has been receiving so much interest lately. I will first discuss the theory developed by Mister and analyse the motivations behind his model. Then, I will explain why the Wiisterian theory was not questioned or challenged for a long time. This will lead us to the reasons why so many critical voices have been raised recently, both from inside traditional viewpoints and outside. I will also look at the reception these new ideas have had in terminology circles. Finally, I will present my own definition of a theory of terminology, by examining important issues such a theory should take into account and see what I can offer to this debate.Sejak beberapa dekad yang lalu, teori terminologi telah menjadi subjek perdebatan dalam beberapa perbincangan. Makalah ini akan melihat sebab-sebab topik ini telah mendapat perhatian banyak pihak lewat waktu ini. Penulis akan membincangkan teori yang dikembangkan oleh Mister dan menganalisis motivasi yang terselindung di sebalik teori ini. Kemudian penulis akan menjelaskan sebab-sebab teori Wiister ini tidak dipersoalkan atau dicabar buat sekian lama, dan seterusnya memperlihatkan sebab-sebab lahirnya suara-suara kritikal akhir-akhir ini, termasuklah pandangan tradisional dan moden. Penulis juga akan meneliti penerimaan idea baharu dalam terminologi, dan seterusnya mengemukakan definisi teori terminologi dengan meneliti isu penting seperti penerimaan sesuatu teori, dan memberikan pandangan dalam perdebatan ini

    Kerancuan dalam bahasa Melayu

    No full text
    This article discusses the disorderly usage found currently in the Malay language, in the official/formal domain, as examined from various positions. Among the more important ones are (a) usage that does not give prominence to the grammar rules of the standard variety of the Malay language, (b) habit of intermingling with the English language when using the Malay language, and (c) practice of using the English language as a vehicle language to replace the Malay language. Impli-cations of these disorderly practices on the Malay language as the national and official language of the nations, are also examined, par-ticularly in the context of nation building from the cultural dimension. Measures and actions to be taken to halt these corrupt usages consti-tute another important discussion in the article.Makalah ini membicarakan kerancuan dalam bahasa Melayu semasa, dalam ranah rasmi yang ditinjau dari pelbagai keadaan. Antara yang penting adalah keadaan (a) tidak teratur dari segi pembakuan nahu bahasa Melayu, (b) bercampur aduk, khususnya dengan bahasa Inggeris dalam bentuk "bahasa rojak", dan (c) tidak tertib apabila bahasa Melayu digantikan oleh bahasa Inggeris sebagai bahasa wahana. Kesan fenomena kerancuan ini ke atas bahasa Melayu selaku bahasa negara: bahasa kebangsaan Malaysia dan bahasa rasmi negara, ikut dibicarakan, khususnya dalam konteks pertumbuhan dan perkembangan peradaban tinggi untuk bangsa/negara Malaysia. Langkah dan usaha pem-banterasan keadaan tidak teratur, bercampur aduk dan tidak tertib pada bahasa Melayu merupakan mauduk perbincangan lain yang penting dalam makalah ini

    Perbezaan istilah Malaysia - Indonesia: satu analisis linguistik

    No full text
    Terminology can be categorized under the umbrella of lexicography. The distinctive feature between the two is the level of specificity described in each area. The formation of Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia (MABBIM) has successfully create millions of terminologies that are being agreed upon and this has in turn enhanced the understanding between the countries involved. However, differences in terminologies between Malay and Indonesia continue to exist and in fact have become wider. There are four categories that have been agreed upon and they are first, total similarity (e.g.: kekurangan penduduk); second, terms that have been agreed upon but differ partially (e.g.: nomor and nombor); third, terms that are synonymous with at least one other country (e.g.: alat/instrumen for In-donesia and only slat for Malaysia); and lastly terms that are totally different in each country (e.g.: batas kota for Indonesia and sempadan Bandar). In addition, both countries decided to dismiss any terminologies that are totally different and incomprehensible. This paper aims to explain the occurrence of this phenomenon. Linguistics knowledge enables language users to understand that theses differences are due to history, culture and demographic factors.Istilah boleh dimasukkan di bawah payung perkamusan. Kekhususan kosa kata yang membezakan kedua-duanya. Tertubuhnya Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia (MABBIM) telah meng-hasilkan jutaan istilah yang dipersetujui untuk dipakai bersama bagi meningkatkan persamaan dan kefahaman bahasa di peringkat lokal dan global. Meskipun begitu, masalah perbezaan istilah antara Malaysia dengan Indonesia masih menampakkan perbezaan yang ketara, malah semakin menjauh. Ada empat kategori istilah yang telah dipersetujui bersama, iaitu sama seluruhnya (contoh: kekurangan penduduk); istilah yang dipersetujui bersama tetapi berbeza sebahagiannya (contoh: nomor dan nombor); istilah yang bersinonim bagi salah satu negara (contoh: alat/instrumen bagi Indonesia dan alat sahaja bagi Malaysia). Seterusnya, istilah yang dipersetujui berbeza seluruhnya (contoh: betas kota bagi Indonesia dan sempadan bandar bagi Malaysia). Akhir sekali kategori istilah yang dipersetujui untuk digugurkan. Kertas ini akan memaparkan dan menjelaskan mengapa fenomena ini berlaku. Pengetahuan linguistik sekurang-kurangnya dapat memahamkan pengguna bahasa bahawa perbezaan ini ada kaitannya dengan faktor sejarah, budaya dan demografi

    Proses morfologi bahasa Melayu: satu penelitian semula

    No full text
    Published materials on the morphological processes of bahasa Melayu (BM) such as Za'ba (1965) by implication, Abdullah Hassan (1974, 1986) and Nik Safiah et al. (1989, 1993) indicate that BM has three morphological processes, namely affixation, reduplication and com-pounding. Other than these three processes, Asmah (1986) has ex-tended the morphological processes of BM to include integrating and accronimizing. Hence by implication according to her there are more than three morphological processes in BM Reexamining the data of modern BM from various sources and using appropriate definition(s) of morphological processes from established morphological theories, we extend the morphological processes of BM to seven, namely affixation, reduplication, compounding, zero modification, blending, clip-ping and accronimizing.Penerbitan-penerbitan lepas tentang proses morfologi dalarn bahasa Melayu (BM) seperti Za'ba (1965) secara irnplikasi, Abdullah Hassan (1974, 1986), Nik Safiah et al. (1989, 1993) mencatatkan bahawa proses morfologi dalam BM terdiri daripada tiga sahaja, iaitu pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Selain tiga proses yang di atas, Asmah (1986) meluaskan proses morfologi BM untuk meliputi penggabungan dan pengakroniman, yakni prosesnya menjadi lebih daripada tiga. Dalam makalah ini, penulis akan menampilkan pelbagai data BM moden serta meneliti kembali aplikasi definisi proses mor-fologi daripada teori morfologi yang telah mapan dan seterusnya me-maparkan tujuh proses morfologi BM, iaitu pengimbuhan, peng-gandaan, pemajmukan, perubahan kosong, penyingkatan, pengadunan dan pengakroniman

    Pengklitikan enklitik "-nya" pada kata kerja: aplikasi Teori Kuasaan dan Tambatan (Chomsky, 1986)

    No full text
    This study claims that cliticization is not a morphological process but a syntactical process. It argues that enclitic -"nya" is a lexical item in the lexicon of a Malay native speaker. Cliticization is a process of adjunction of a lexical item to its host. This study claims that cliticization happens at the syntactic level. C'liticization at this level is influenced by two types of syntactic analysis which are movement hyphotesis and in situ hyphotesis. Movement hyphotesis claims that a clitic existed on the complement position of its host at the D-structure and moves to adjoin to its host at the L-structure through the move-alpha transformation. On the other hand, in situ hyphotesis claims that a clitic is adjoined to its host at the D-structure, therefore, at the L-structure it doesn't have to move. There are few mechanism that need to be brought forward in order to defend the in situ hyphotesis analysis. Therefore, movement hyphotesis will be argued as the best hyphotesis to be adapted in order to explain the cliticization of enclitic "-nya" to the verbs at the L-structure.Kajian ini mendakwa bahawa pengklitikan bukan satu proses morfologi tetapi satu proses sintaksis. Kajian ini membahaskan bahawa enklitik "-nya" ialah satu butir leksikal di dalam leksikon penutur asli bahasa Melayu. Pengklitikan ialah percantuman butir leksikal ini dengan hosnya. Kajian ini mendakwa bahawa pengklitikan ini berlaku pada aras sintaksis. Pengklitikan pada aras sintaksis ini dipengaruhi oleh dua jenis analisis sintaksis, iaitu hipotesis pergerakan (diperkenalkan oleh Kayne, 1975) dan hipotesis in situ (Aoun, 1985; Borer, 1984; Dobrovie-Sorin, 1990; Jaeggli, 1982; Saner, 1988). Hipotesis Per-gerakan membahas bahawa klitik wujud pada posisi komplemen hosnya pada struktur-D dan bergerak bercantum pada hosnya pada struktur-L melalui proses ubah-alfa. Hipotesis in situ pula mendakwa bahawa klitik wujud tercantum pada hosnya pada struktur-D dan tidak perlu bergerak ke posisi lain pada struktur-L. Beberapa mekanisme perlu diketengahkan untuk mempertahankan analisis hipotesis in situ. Oleh yang demikian, analisis hipotesis pergerakan akan dibahaskan sebagai hipotesis yang terbaik untuk diadaptasikan bagi menjelaskan pengklitikan enklitik "-nya" pada kata kerja struktur-L

    Beberapa pola perbezaan leksikal dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia: satu analisis berdasarkan model tiga segi semiotik

    No full text
    This study is to discuss the lexical differences in Malay-Indonesian dictionaries based on Ogden and Richard semiotic triangle model. Kamus Dewan Third Edition (1994) (henceforth I(D) and Kamus Besar Bahasa Indonesia Third Edition (2001) (henceforth, KBBI) has been chosen as they are regarded as the most authoritative and renowned monolingual dictionaries. This paper focused on the lexical differences in BMM and BI based on semiotic triangle model. This can be seen from the perspective of thing, perspective of word (same word, differ-ent meaning, same word but narrowing or extended in meaning either in one or both variety, same word, difference in style, attitude, tempo-ral, and frequency of use, words that contain certain concepts/phe-nomenon which exist or used in one variety), perspective of concept (same,concept, different word; same concept, different word but differ in frequency of use). This study tries to highlight the divergence of lexical aspects that affect the efficiency of communicative competence and mutual intelligibility in BMM and BI.Tulisan ini memberikan fokus kepada maklumat perbezaan leksikal bahasa Melayu Malaysia (BMM) dan bahasa Indonesia (BI) berasaskan model tiga segi semiotik Ogden dan Richard. Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Ketiga menjadi narasumber tulisan ini. Terdapat tiga pola yang ditelusuri dari perspektif benda, perspektif kata, dan perspektif konsep. Perspektif benda menampilkan unsur analog yang mendukung julat semantik yang berbeza. Perspektif kata mencakup empat unsur penting. Pertama, kata sama, makna teras berbeza. Kedua, kata sama, tetapi mengalami peluasan atau penyempitan makna dalam salah satu atau kedua-dua variasi. Ketiga, kata sama tetapi berbeza dari segi stilistik dan temporal. Keempat, kata yang mendukung konsep/ fenomena tertentu yang hanya wujud atau digunakan dalam satu variasi. Perspektif konsep mencakup konsep sama, kata berbeza serta konsep sama, kata berbeza tetapi berlainan dari segi kekerapan penggunaan. Semua ini mengacu kepada timbulnya kecapahan leksikal yang memberikan kesan kepada tahap kecekapan komunikatif dan kefahaman menyaling kepada penutur BMM dan BI

    Sinonim dalam bahasa Melayu: satu pemerian semula

    No full text
    This research has been carried out using the componential analysis to analyse every synonym. This componential analysis is aimed at analyz-ing and comparing the synonym of every word according to the number offeatures shared. Words which have high degree ofsynonymy are more likely to share many features in contrast to words of low degree of syn-onymy. The synonym of every word then is ascertained in sentences, using the substitution method, paradigmatically. Many types ofsentences have been chosen to provide various situational contexts. This analysis enables the research to reveal how far these synonyms shares meanings with the samples. Based on substitution in sentences, it is clear that the degree of synonymy for every word varies according to the sentences. Words which are absolutely synonymous in sentence A becomes non-synonymous in sentence B. This finding proves that the degree of syn-onymy of words is greatly influenced by the situational contexts or con-textual meaning of the varied sentences. When and where a word is regarded as synonym depends on the situational context of a sentence. Besides that this research also reveals that the number of absolute syn-onym words are very limited in number and in scope. In fact, there are nouns which have no absolute synonym words that are interchangeable without deviating from the original meaning of the sentences.Kajian ini dilakukan terhadap 30 kata nama yang dipilih secara rawak daripada kamus Sinonim Antonim Melayu Utusan (1997) sebagai sampel kajian. Sampel kemudiannya dianalisis berdasarkan pendekatan analisis komponen makna bagi membandingkan kesinoniman setiap kata berdasarkan bilangan kesamaan fitur yang dikongsi bersama. Kata yang mempunyai darjah kesinoniman yang tinggi didapati cenderung berkongsi bilangan fitur yang banyak dibandingkan dengan kata yang rendah darjah kesinonimannya. Kesinoniman setiap kata ditentusahkan pula dalam konteks ayat dengan menggunakan kaedah penggantian secara paradigmatik. Ayat-ayat yang dipilih dipastikan bervariasi dari segi konteks keperihalan keadaannya. Analisis ini dapat menunjukkan sejauh manakah kata-kata sinonim ini mendukung pengertian yang sama dengan kata nama sampel. Yang penting, penggantian dalam ayat seperti yang tersebut telah membuktikan bahawa darjah kesinoniman setiap kata berubah-ubah mengikut ayat. Kata yang bersinonim mutlak, yakni yang mendukung pengertian yang sama dengan kata nama sampel dalam ayat A, berubah menjadi bukan sinonim, yakni tidak mendukung pengertian yang sama dengan kata nama sampel dalam ayat B. Hal ini membuktikan bahawa darjah kesinoniman kata dipengaruhi oleh konteks keperihalan keadaan ayat yang berbeza-beza. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa kata sinonim mutlak sangat terhad bilangannya dan jangkauannya. Malah terdapat kata nama yang langsung tidak mempunyai kata sinonim mutlak yang boleh bertukar ganti dengannya tanpa mengubah maksud ayat asal

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇