Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Variasi leksikal Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Indonesia: suatu analisis dari perspektif kata
Malay language in Malaysia and Indonesia are of Malay variety. Both of the languages inherit from the same core of language. After achieved independence, the development of the language became more diverged. The purpose of this article is to highlight the divergence compared to convergence in Malay lexical. Kamus Dewan forth edition (KD) and Kamus Besar Bahasa Indonesia, third edition (KBBI) has been selected as the main source of this study. The researcher has idented seven patterns of lexical treatment at the word level. The first pattern shows that the same word in BMM and BI has different semantic components. The second shows that the same word has both different and similar semantic components. The third shows that the same word has similar semantic components. The fourth shows that a word does not have a semantic pair; i.e. a BMM word found in the KD does not have its pair in the KBBI. The fifth pattern shows that a word has similar concepts but have different components (unknown to other variety). The sixth pattern shows a word has similar concepts but different component (accepted in one or both variety). The final pattern shows same word, but different in style and temporal. This article tries to highlight several lexical divergences that may hinder the effectiveness in communication competence among native speakers in Malaysia and Indonesia.Bahasa Melayu Malaysia (BMM) dan Bahasa Indonesia (BI) merupakan variasi bahasa Melayu. Kedua-duanya berasal daripada bahasa induk yang sama. Namun kedua-duanya mengalami perubahan, terutama selepas masing-masing mencapai kemerdekaan. Tulisan ini cuba merungkai sejauh mana wujudnya kecapahan di sebalik kesetumpuan dalam leksikal BMM dan BI. Data Kamus Dewan edisi keempat (2005) dan Kamus Besar Bahasa Indonesia edisi ketiga (2001) menjadi narasumber kajian ini. Ada tujuh jalur yang ditelusuri dari perspektif kata. Pertama, kata yang sama dan seluruh komponen maknanya berbeza. Kedua, kata yang sama, tetapi bertindihan komponen maknanya yakni ada perbezaan dan persamaan. Ketiga, kata yang sama dan seluruh komponen maknanya sama. Keempat kata yang tidak ada pasangan makna (ada dalam BMM, tidak ada dalam BI. Kelima kata yang berbeza, tetapi konsepnya sama (yang tidak diketahui variasi lain). Keenam, kata yang berbeza, konsepnya sama (yang diketahui dalam salah satu atau kedua-dua variasi). Ketujuh, kata yang sama, tetapi berbeza dari segi stilistik dan temporal. Kajian ini menampilkan beberapa kecapahan yang menghambat keberkesanan komunikasi antara penutur BMM dan BI
Ciri-ciri konstruksi ergatif dalam bahasa Melayu
The meanings of voices of verbs in the Malay language have been taught in a dichotomy between active and passive, being based only formally on the framework of modern European languages. As a result, less attention has been paid on the linguistic facts that have existed since the era of classical Malay, in the arena of language education. We often find, for example, passive sentences of Malay that bear notional active meaning of "A acts upon B " in the syntactic structure of a sentence. This opposition of active passive voices needs to be examined by observing the differences of voices between Malay and European languages. In this respect, an idea of distinguishing PURE PASSIVE (zuiver passief)from AGENTIVE PASSIVE (subjectiefpassief)proposed by Hollander (1856) leads indirectly to the finding of an idea of ERGATIVE CONSTRUCTION in the study of the traditionally so-called "passive sentence" of Malay. By using this new idea, the problem of nominal cases of Malay could also be discussed in its own framework of sentence. This article will reexamine the functions of voices of verbs in Malay, being based on the linguistic facts and the findings that were produced since the 19th century in the history of the study of Malay grammar.Makna ragam kerja bahasa Melayu telah lama diajarkan dalam dikotomi aktif dan pasif yang didasarkan secara formal sahaja kepada wadah bahasa Eropah moden. Akibatnya fakta kebahasaan yang berlangsung sejak zaman bahasa Melayu klasik kurang diperhatikan di arena pendidikan bahasa. Contohnya, terdapat ayat pasif yang membawa makna nosional "membuat" (aktif) dari segi struktur sintaksis. Soal pertentangan aktif-pasif ini perlu diteliti dengan memperhatikan perbezaan ragam kerja antara bahasa Melayu dan bahasa Eropah. Dalam hal ini, idea pembezaan PASIF !ATI (zuiver passid) dari PASIF BERPELAKU (subjectief passief) yang dikemukakan oleh Hollander (1856) membawa kepada penemuan idea KONSTRUKSI ERGATIF secara tidak langsung dalam kajian apa yang dinamakan "ayat pasif' secara tradisional dalam bahasa Melayu. Dengan idea barn ini, soal kasus nama bahasa Melayu juga dapat dibincangkan dalam kerangka ayat bahasa Melayu yang tersendiri. Makalah ini akan meneliti semula fungsi ragam kerja bahasa Melayu, berdasarkan fakta bahasa dan kajian yang dihasilkan sejak abad ke-19 dalam sejarah kajian tatabahasa bahasa Melayu
Aplikasi analisis wacana kritis dalam analisis wacana agama
Critical discourse analysis (CDA) is a textual analysis version in the analysis of language-based data in humanities and social research. This widely used version offers a repeatable method capable of tackling the data regardless of the positionality and verifiability In religious discourse analysis (RDA), in particular Islamic texts analysis, there are researchers in Malaysia who applied CDA in their studies with some modifications. This article discusses the scopes and the limitations proposed by CDA in RDA. The selected version of CDA is the 3D Fairclough's dimension. The issues of relevance and irrelevance of his CDA will be highlighted in particular the contradictions that it poses from the Islamic point of views. Subsequently, modifications made will be discussed.Analisis wacana kritis (AWK) ialah satu versi analisis tekstual di dalam analisis data berasaskan bahasa di dalam kajian kemanusiaan dan sosial. Versi yang digunakan dengan meluas ini menawarkan metode pengulangan yang berupaya mengenal pasti data berpandukan kedudukan maklumat, dan juga menghuraikan data berdasarkan pembuktian wacana. Di dalam analisis wacana agama (AWA), khususnya analisis teks Islamiah, terdapat pengkaji di Malaysia yang telah mengaplikasikan AWK dalam kajian mereka, dengan beberapa pengubahsuaian. Makalah ini rnembincangkan skop dan pembatasan yang dikemukakan oleh AWK dalam AWA. Versi AWK yang dipilih ialah dimensi 3D Fairclough. Isu kerelevanan dan ketidakrelevanan AWK beliau diketengahkan, khususnya pertentangan yang diutarakan daripada pandangan Islam. Seterusnya, pengubahsuaian yang dilakukan akan dibincangkan
Melayu Mahawangsa: menyorot kembali, melangkah ke hadapan
This article describes the condition of the Malay society and civilisation which has built a glorious civilisation at its peak, although its centre moved form one place to another in the Malay Archipelago. Even today from quantitative point of view, the Malay language family is the fourth in the world (300 millions) and among the Muslim society, Malay speakers make up the biggest number in the world (250 millions). With the coming of the western colonial powers in the 16th century, the centres of Malay civilisation fiell one after another to the colonialists, till in the 19th century it was totally vanquished by the British, Dutch and Spanish. After the middle of 20th century the Malay world gained independence and have the opportunity to build their civilisation again. However, new form of western colonisation namely globalization and hegemony in culture, economy, knowledge, philosophy, information and communication technology as well as in politic and international relation once again dominate and captivate the world. To counter and confront this negative aspect of globalization and hegemony, this article put forward several strategies.Artikel ini menghuraikan keadaan masyarakat dan peradaban Melayu yang pada masa kemuncaknya telah membina sebuah peradaban yang gemilang, walaupun pusatnya berpindah-pindah tempat di Kepulauan Melayu. Bahkan kini dari segi kuantitatifnya, Melayu sebagai sebuah rumpun bahasa merupakan kelompok yang keempat terbesar di dunia (300 juta), dan dalam kalangan masyarakat Islam pula penutur Melayu Islam ialah yang terbesar di dunia (250 juta). Setelah kedatangan kuasa penjajah Barat bermula pada awal abad ke-16, pusat peradaban Melayu tumpas satu demi satu sehingga tumpas secara total pada abad ke-19. Selepas kemerdekaan pada pertengahan abad ke-20, dunia Melayu berpeluang untuk membina dan mencorakkan peradaban Melayu kembali. Namun kini gejala penjajahan baharu Barat dalam bentuk globalisasi dan hegemoni budaya, ekonomi, ilmu pengetahuan, falsafah, pemikiran, teknologi maklumat dan komunikasi, dan juga politik dan perhubungan antarabangsa telah melanda dunia kembali dan mencengkam hati budi orang Melayu khususnya. Unluk melawan dan menangkis gejala negatif globalisasi dan hegemoni Barat, maka beberapa strategi memantapkan budaya ilmu, sains, teknologi orang Melayu dan membina solidariti bangsa dan komuniti Melayu dikemukakan dalam artikel ini
Lakuan bahasa pohon maaf dalam bahasa Inggeris oleh penutur dewasa Melayu: pola dan kecekapan
The speech act of apology has been much researched. Some of the research focused on one culture, while others were cross-culturally compared. However in the Malaysian context, the study of apology has l'et to be ventured, be it to focus its manifestation in the people is. mother tongues, or to focus on how it is manifested in English, an alternative popular language used in the country. This paper is an attempt to explicate the production of apologies in English by adult Malay speakers in Malaysia. The choice for English is made out of the ever mounting effort of the government in encouraging Malaysians to become competent speakers of English, the world's language of wider communication. The choice for apology is due to its popularity as a study of speech acts and being an illocutionary force so common to take place in daily context. The study found that despite years of exposure to English language, the apologies produced displayed influences of the Malay socio-cultural rules.Lakuan bahasa pohon maaf telah banyak diselidiki. Sebilangan daripadanya ditumpukan pada satu budaya, yang lain-lainnya pula membuat perbandingan antara budaya. Walau bagaimanapun, dalam konteks Malaysia, penelitian tentang perlakuan pohon maaf belum banyak dilakukan, sama ada yang mempunyai fokus yang dimanifestasikan dalam bahasa ibunda orang-orang tempatan, mahupun dalam bahasa Inggeris. Makalah ini mencuba menerangkan penghasilan ujaran pohon maaf dalam bahasa Inggeris oleh penutur dewasa Melayu di Malaysia. Pemilihan terhadap bahasa lnggeris dilakukan atas sebab seruan bertubi-tubi kerajaan yang menggalakkan rakyat agar menjadi lebih mahir dalam bahasa berkenaan, sebuah bahasa dunia yang penting untuk perhubungan luas. Pemilihan terhadap perlakuan memohon maaf pula dilakukan kerana lakuan bahasa ini popular sekali sebagai bahan penelitian, dan juga kerana ujaran bahasa ini lazim dilafazkan dalam kehidupan harian kita. Penelitian ini mendapati vvalaupun sudah bertahun-tahun didedahkan kepada bahasa Inggeris, ujaran pohon maaf dalam bahasa Inggeris masih memperlihatkan pengaruh rumus sosiobudaya Melayu
Aspek prosodi dalam berbahasa penutur bukan Melayu
This study dis cusses how the prosody aspect of Chinese speakers affects their learning process of Malay language. In this study, the sound system and word structure of Chinese language were identified and compared with the structure of Malay language word syllables. Chinese language (focusing on Mandarin) is a tonal language; its tone patterns form part of the word structure and function as a distinctive factor in differentiating the meaning of a word. On the other hand, the Malay language is classified as an intonation language which means that no matter how any particular sound was articulated, the literal meaning of the word stays the same. In this study, the initial and.final sounds in the Chinese language were matched with the building of word syllables of Malay language as well as identifying the phonetic realization of its phones. This study analyzed and compared the sound systems and syllable structures in Mandarin and Malay languages using interviews as a primary source of normal conversations to generate graphical representations of intonation that were then compared with the reference intonation (as per Beijing) acquired/ram an interactive Mandarin CD-ROM produced in China. This study shows that the degree of hybridization correlates with the system and structure of Chinese and Malay languages. This, in turn, suggests that when there are similarities in the articulation of sounds for both languages, the learning process becomes easier. Kajian ini membincangkan bagaimana aspek prosodi penutur Cina mempengaruhi proses pembelajaran bahasa Melayu. Dalam kajian ini, sistem bunyi dan struktur kata bahasa Cina dikenal pasti dan dibandingkan dengan binaan suku kata bahasa Melayu. Bahasa Cina (dengan berfokus kepada Mandarin) merupakan bahasa nadaan yang pola nadanya membentuk sebahagian daripada struktur kata dan berfungsi sebagai faktor pembeza makna. Sebaliknya, bahasa Melayu diklasifikasikan sebagai bahasa intonasi dengan maksud walau bagaimana sesuatu bunyi itu diartikulasikan, perbezaan makna dasar kata tersebut tidak akan berubah. Dalam kajian ini, bunyi awal dan akhir dalam bahasa Cina dipadansuaikan dengan binaan suku kata bahasa Melayu selain mengenal pasti realisasi fonetik fon-fonnya. Analisis dan perbandingan sistem bunyi dan struktur suku kata yang terdapat dalam bahasa Mandarin dengan bahasa Melayu dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual sebagai sumber primer komunikasi untuk menghasilkan representasi grafik nada yang kemudiannya dibandingkan dengan rujukan nada (Beijing) yang diperoleh daripada CD-ROM interaktif bahasa Mandarin yang dihasilkan di China. Kajian ini menunjukkan kadar kacukan berkorelasi dengan sistem dan struktur bahasa Cina dan Melayu. Oleh itu, kajian ini mencadangkan apabila terdapat persamaan dalam pengartikulasian bunyi untuk kedua-dua bahasa, proses pembelajaran akan lebih mudah
Tema bertanda ayat qacana: analisis nahu fungsional
When discussing the function of clause as ideational representation - a way of representing patterns of experience, Halliday (1994) asserts that for that particular function, a clause normally consist of three 'nuln types of elements: process, participants, and circumstances According to him, circumstance element is realized by adverbial or prepositional group. The circumstance element or in some grammar books named as adverb is less described in formal syntax. Based on Halliday (1994) functional grammar and Asmah (1986), this paper discusses the circumstance element which is located at the beginning of the sentence, named 'marked Theme' in the national laureate A. Samad Said discourse. The discussion covers its forms andlime-tions in representing the patterns of experience in discourse.Halliday (1994) apabila membincangkan fungsi ayatlklausa sebagai representasi ideasional — cara menyampaikan pola pengalaman — menegaskan bahawa untuk fungsi itu, klausa lazimnya mengandungi tiga unsur utama, iaitu proses, pemeran, dan keadaan. Menurutnya, unsur keadaan dalam klausa direalisasikan melalui gugusan adverba atau frasa preposisi. Unsur keadaan itu atau dalam sesetengah buku nahu dinamakan adverba atau keterangan, kurang dihuraikan dalam sintaksis formal. Berasaskan kerangka teori nahu fungsional Halliday (1994) dan Asmah (1986) serta memanfaatkan wacana Sasterawan Negara A. Samad Said, kertas kerja ini khusus membincangkan unsur keadaan di awal ayat atau dinamakan "Tema bertanda". Perbincangan meliputi bentuk dan fungsi unsur Tema bertanda dalam membantu menyampaikan pola pengalaman dalam ayat serta wacana
Analogi dalam tafsiran ungkapan bahasa Melayu: ''matahari sepenggalah tingginya''
Malay uses a certain group of derivative nouns to express measurements of 'time ' and 'space '. These words are derived by the addition of an affix pe(N)-, preceded by numerals. The characteristics of the grammatical structure of such derivatives can be examined analogically in relation to me(N)- verbs derived from the same root words. This means that the pe(N)- derivatives are to be explained as action nouns (nomina actionis). However, it seems difficult to explain the derivative (se-)penggalah ( < galah) used in such expressions as "matahari sepenggalah tingginya" in the same way by assuming an action verb menggalah as its base. This article aims at firstly explaining the meaning oft he affix pe(N)contained in the derivative (se-) penggalah from the grammatical point of view, and secondly interpreting more or less scientifically the expression "matahari sepenggalah tingginya" as it portrays a natural phenomenon. In explicating the second case, a link will be made to its basis, Islamic astronomy (ilmu falak). This kind of heritage of Malay science is still manifested in the structure of the Malay language.Bahasa Melayu menggunakan segolongan kata nama terbitan yang tertentu dalam ungkapan yang berkaitan dengan sukatan "masa' dan " ruang" . Kata-kata sukatan ini diterbitkan bersama imbuhan pe(N)- diawali oleh kata bilangan. Ciri struktur nahuan dalam kata-kata yang demikian dapat dikaji secara analogis dalam hubungannya dengan kata kerja terbitan me(N)- yang diterbitkan dari kata dasar yang sama. Maksudnya, kata terbitan pe(N)- diterangkan sebagai kata nama perbuatan (nomina actionis). Namun, kata terbitan (se-)penggalah (< galah) yang digunakan dalam ungkapan seperti "matahari sepenggalah tingginya" rupa-rupanya sukar diterangkan dengan cara yang sama, dengan mengandaikan kata kerja perbuatan menggalah sebagai dasarnya. Makalah ini bertujuan untuk menghuraikan makna imbuhan pe(N) - yang terkandung dalam kata terbitan (se-)penggalah dari segi tatabahasa dan juga mentafsirkan ungkapan "matahari sepenggalah tingginya" secara saintifik yang menggambarkan fenomena alam semesta. Perbincangan yang kedua ini akan dihubungkaitkan dengan ilmu falak yang menjadi dasamya. Warisan ilmu pengetahuan orang Melayu yang demikian dikekalkan dalam struktur bahasa Melayu
Penyebaran geluncuran dan penyisipan hentian glotis dalam bahasa Melayu: satu analisis autosegmental
In Malay, a spreading of glide occurs in root and a.!Jix boundaries (prefix boundary and sujfix boundary) "Vhen a first vowel of vowel sequences is a high vowel such as in the words lbuahl [buwah], /diam/ [diyam], lburu + an/ [buruwan] and /tari + an/ [tariyan). However, a default process of glottal stop insertion does not occur in roots but it occurs in affix boundaries and morphological word boundaries (reduplicated words, compound and sy ntactic phrases) such as in the words /guna + an/ [guna?an], /mula + i! [mula?i], /di + ambil/ [di?ambel], /anai-anai/ [anai?anai] and /satia + usaha/ [s~tiya?usaha]. On account of glottal stop does not occur in roots but only occurs in morphological word, therefore it is so-called a post lexical process.Dalam bahasa Melayu, penyebaran geluncuran berlaku dalam kata dasar, sempadan imbuhan (sempadan awalan dan sempadan akhiran) sekiranya vokal pertama dalam urutan vokal terdiri daripada vokal [ + tinggi]. Contoh dalam perkataan /buah/ [buwah], /diam/ [diyam], lburu + an/ [buruwan] dan /tari + an/ [tariyan]. Manakala, proses penyisipan hentian glotis yang berlaku secara default tidak berlaku dalam kata dasar, sebaliknya proses ini hanya berlaku dalam sempadan imbuhan dan kata morfologi (sempadan awalan, sempadan akhiran, kata ganda, kata majmuk dan sintaksis). Contoh dalam perkataan /guna + an/ [guna?an], /mula + i/ [mula?i], /di + am bill [di?ambel], /anai-anai/ [anai?anai] dan /satia + usaha/ [satiya?usaha]. Oleh sebab proses penyisipan hentian glotis dalam BM tidak berlaku dalam kata dasar tetapi hanya berlaku dalam sempadan imbuhan dan kata morfologi, proses ini dikenal sebagai proses pasca leksikal
Hipotesis pergerakan dan enklitik -nya: implikasi terhadap teori kasus dan teoriteta
This article discusses in detail the application of Movement Hypothesis which had explained the cliticization of enclitic "-nya" (Jurnal Bahasa, June 2006) in Malay language. The analysis can be strengthened the case and theta theory which had implication due to the movement hypothesis can be explained in detail. The implication towards the case and theta theory was discussed b; Aoun (1982), Kayne (1975) and Jaegg!i (1982). These three experts had a different view towards the theta mark and case assignment. They named the theta marking and case assignment to the certain clitics as theta absorption and case absorption. Therefore, this writing will concentrate on the theta mark at the D-structure and case assignment at the L-structure and explain the theta and case absorption by the enclitic "-nya" in Malay language.Penulisan ini akan membincangkan aplikasi Hipotesis Pergerakan yang telah dapat menerangkan pengklitikan enklitik "-nya" (Jurnal Bahasa, Jun 2006) dalam bahasa Melayu dengan lebih lanjut. Penerimaan analisis itu dapat diperkukuh sekiranya implikasi teori kasus dan teori teta dapat dijelaskan dengan terperinci. lmplikasi terhadap penandaan kasus dan pemberian peranan teta oleh klitik dalam bahasa-bahasa Roman telah banyak dibahaskan oleh Aoun ( 1982), Kayne ( 1975) dan Jaeggli (1982). Ketiga-tiga pakar ini mempunyai pendapat yang berlainan mengenai penandaan teta dan pemberian kasus. Mereka menamakan penandaan peranan teta dan pemberian kasus kepada klitik tertentu sebagai penyerapan kasus dan penyerapan peranan teta. Oleh yang demikian, penulisan ini akan memberikan tumpuan terhadap peranan teta pada struktur-D, dan kasus pada struktur-L serta menjelaskan penyerapan teta dan penyerapan kasus oleh enklitik "-nya" dalam bahasa Melayu