Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Pola ayat dasar ke-4 bahasa Melayu: pemerian dari perspektif pragmatik
Basically, Tatabahasa Dewan (2004:322) has classified four basic sentence patterns of Malay language i.e (1) Noun Phrase + Noun Phrase, (2) Verb Phrase + Noun Phrase, (3) Adjective Phrase + Noun Phrase, and (4) Noun Phrase + Prepositional Phrase. The classification of this basic sentence pattern by Tatabahasa Dewan was made based on the surface form of basic sentences resultant in speech or writing of Malay language speaker. For sentence pattern 1, 2 and 3, the elements that fi ll up the subject and predicate constituents conceptualize clear meaning and can be accepted by Malay language speaker. However, for sentence pattern 4, the element that fills up the predicate constituent, namely preposition stand out a mile contrasts with the elements that fill up the predicate of sentence pattern of 1,2 and 3 because it does not conceptualize any concept meaning to the speaker or user of the Malay language. In other words, preposition that fills up the predicate constituent had no referential meaning either that behave concrete or abstract. This case seem to be a question which has not yet answered immaculately why prepositional phrase filling the predicate constituent be able to represents one basic pattern of Malay language sentence pattern. Preposition that does not conceptualize any concept meaning would supposedly make it difficult for this phrase to be understood by speakers and users of Malay. This assumption however does not hold true as the prepositional phrase occurs in the predicate constituent in Malay sentences and the preposition seems to have a meaning that is conceptualised and understood by speakers and users of Malay. This issue signifi cantly needs profoundest explanation and analysis based on real context of use in daily life of Malay language speaker. And this study can only be tackled by pragmatic fi eld, a fi eld which able to defi ne and describe meaning and language use based on context. By using pragmatic approach, especially Relevance theoretical framework, it is believed that this 4th basic sentence pattern issue used by Malay language speaker is answerable in more critical and empirical way based on cognitive and communicative principles of relevance and those ideas proposed by Sperber and Wilson (1986,1995).Pada dasarnya, Tatabahasa Dewan (2004:322) telah menggolongkan empat pola ayat dasar bahasa Melayu seperti: (1) Frasa Nama + Frasa Nama, (2) Frasa Nama + Frasa Kerja, (3) Frasa Nama + Frasa Adjektif, dan (4) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Penggolongan pola ayat dasar oleh Tatabahasa Dewan ini dibuat berdasarkan ayat-ayat dasar bentuk permukaan yang terhasil dalam pertuturan ataupun penulisan penutur bahasa Melayu. Bagi pola ayat 1, 2 dan 3, unsur inti yang mengisi konstituen subjek dan predikat itu mengkonsepsikan makna yang jelas dan dapat ditanggapi akal penutur bahasa Melayu. Bagaimanapun, bagi pola ayat 4, unsur inti yang mengisi konstituen predikat, iaitu kata sendi nama jelas sekali berbeza dengan unsur inti yang mengisi predikat pola ayat 1, 2 dan 3 kerana ia tidak mengkonsepsikan sebarang makna konsep pada penutur ataupun pengguna bahasa Melayu. Dengan kata lain, kata sendi nama yang menjadi unsur inti frasa sendi nama dalam konstituen predikat ini tidak mempunyai makna rujukan, sama ada yang bersifat konkrit ataupun abstrak. Hal ini sebenarnya merupakan satu persoalan yang belum terjawab secara sempurna kenapa frasa sendi nama yang unsur intinya diisi oleh kata sendi nama dapat mewakili satu pola dasar bagi ayat bahasa Melayu. Kata sendi yang tidak mengkonsepsikan sebarang makna konsep sepatutnya menyukarkan frasa ini ditanggapi dan difahami oleh penutur ataupun pengguna bahasa Melayu selama ini. Namun hal yang sebaliknya berlaku, frasa sendi nama hadir dalam konstituen predikat dalam ayat-ayat bahasa Melayu dan menampakkan seolah-olah kata sendi ini mempunyai makna yang dikonsepsikan dan difahami oleh penutur ataupun pengguna bahasa Melayu selama ini. Persoalan ini nyata sekali memerlukan penjelasan dan analisis yang mendalam berdasarkan konteks penggunaan yang sebenar dalam kehidupan seharian penutur dan pengguna bahasa Melayu. Dan kajian seumpama ini hanya dapat ditangani oleh bidang pragmatik, satu-satunya bidang kajian dalam linguistik yang dapat menjelaskan dan memerikan makna dan penggunaan bahasa berdasarkan konteks. Dengan menggunakan pendekatan pragmatik, khususnya kerangka teori Relevans, pengkaji percaya persoalan pola ayat ke-4 yang digunakan oleh penutur dan pengguna bahasa Melayu dapat dijawab dengan lebih kritis dan empiris berdasarkan prinsip-prinsip relevans kognitif dan komunikatif serta idea-idea yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson (1986,1995)
Kata ganti nama dalam interaksi sosial: analisis sosiopragmatik terhadap perubahan perilaku tutur etnik Minangkabau moden
Most of the discussions done on Malay pronouns stop short at form, meaning and its usage in interaction either in pragmatic or sociolinguistic aspect. This study explores on how pronouns function and are utilised by modern ethnic Minangkabau in social interactions among friends and is made more interesting when the analysis of pronouns is observed from age and gender variables. Data was collected through ethnographic mode, that is, by means of observation, interviews, and ethno-pragmatic approach. Analysis was carried out qualitatively by using socio-pragmatic paradigm. Results show that pronouns used in social interaction among friends by modern ethnic Minangkabau have variable forms and functions. Basically the variations have been set by the social aspect of the participants, especially where age and gender are concerned. With further social analysis, based on basic assumption in most theories on cultural change (Saville-Troike, 1989) and supported by Eckert (1997) findings, changed speech act of modern ethnic Minangkabau could then be described.Kebanyakan perbincangan kata ganti nama Melayu yang telah dilakukan terhenti setakat bentuk, maksud, dan penggunaannya dalam perbualan, baik dari sudut pandang pragmatik mahupun sosiolinguistik. Kajian ini meneliti bagaimana kata ganti nama beroperasi dan dioperasikan oleh etnik Minangkabau moden dalam interaksi sosial sesama rakan dan menjadi lebih menarik ketika analisis kata ganti nama ditinjau daripada pemboleh ubah usia dan jantina. Data dikumpulkan dengan mengikut kaedah etnograii, iaitu pemerhatian, temu bual, dan etnopragmatik. Analisis dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan paradigma sosiopragmatik. Dapatan menunjukkan kata ganti nama yang digunakan dalam interaksi sosial sesama rakan dalam kalangan étnik Minangkabau moden memiliki bentuk dan fungsi yang bervariasi. Kebervariasian tersebut pada asasnya sangat ditentukan oleh aspek sosial pamerannya, terutama aspek usia dan jantina pameran. Dengan melanjutkan analisis sosial, berdasarkan andaian asas dalam kebanyakan teori tentang perubahan budaya (Saville-Troika, 1989) dan disokong oleh dapatan Eckert (1997), dapat dirumuskan perubahan perilaku tutur etnik Minangkabau Moden
Kesan akustik gugus vokal dalam kata terbitan berimbuhan {-an} /-an/
Malay derivatives with affix {-an} /-an/ have three patterns of articulation in the final syllable, i.e. (i) consonant + /-an/, (ii) single vowel + /-an/, and (iii) diphthong + /-an/. The third pattern of the final syllable that makes a vowel cluster with /-an/ produces an acoustic effect that is clearly different from that in the second pattern in which a glide (transitional) sound appears in the vowel cluster as in [-i+ja+an] or [-u+wa+an]. However, the specific feature found in the polarized vowel cluster (iii) seems to receive little attention in phonetic studies, so that categorization of polar (it) and (iii) is often made to fall into one vocal cluster structure, i. e. -VcVC#. This article aims at examining the structure of the glide in a vowel cluster using an experimental phonetics method. The phonetic data for this experiment were collected from 30 native speakers of Malay.Kata terbitan bahasa Melayu yang berimbuhan {-an} /-an/ memperlihatkan tiga pola artikulasi pada suku kata terakhir, iaitu (i) konsonan + /-an/, (ii) vokal tunggal + /-an/, and (iii) diftong + /-an/. Pola yang ketiga yang membentuk gugus vokal bersama imbuhan /-an/ pada suku kata terakhir memberi kesan akustik yang jelas berbeza dengan pola yang kedua yang memperlihatkan kehadiran bunyi peralihan dalam gugus vokal seperti dalam bentuk [i+ia+an] atau [-u+wa+an]. Walau bagaimanapun, ciri khas yang terdapat pada gugus vokal berpola (iii) kurang diperhatikan dari segi fonetik, malahan sesetengah pengkaji menggolongkan kedua-dua pola (ii) dan (iii) kepada struktur gugus vokal yang sama, iairu -VkVK#. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji struktur peralihan dalam gugus vokal, dengan menggunakan salah satu kaedah fonetik eksperimental. Data fonetik untuk eksperimen ini telah diperoleh daripada 30 orang penutur jati bahasa Melayu
Penterjemahan istilah biologi: Perbandingan tiga dekad
This article discusses the transformation of biological terminologies in three different decades (1960's, 1980's and 1990's). The study focuses an translated and borrowed terms in view of the/act that biology is an imported field, hence the requirement of a borrowed concept. This study aims to examine the existence of particular patterns in establishing the terminology of three different decades. It also attempts to look at the language attitude of society towards the terms in Malay language. The methodology in this research includes the usage of textbooks on terminology and DBP Corpus Database. Istilah Kajihayat, Perhutanan dan Pertanian (1968), Istilah Biologi (1988) and DBP Corpus Database were used as data source. The finding shows that between the 1969-1988 period, more than 80 percent of the studied terms faced a transformation that could be characterised in five categories. Subsequently, this research shows that only five percent of these terms have evolved in 1990's. The factors that cause the transformation have been identified. The acceptance and utilization through books and newspapers indicate the positive attitudes of society towards the terms used. In addition, the different patterns of terminology usage in the period under review have been successfully identified.Artikel ini membincangkan perubahan istilah biologi dalam tempoh tiga dekad (1960-an, 1980-an, 1990-an). Kajian tertumpu pada istilah biologi yang merupakan istilah terjemahan dan pinjaman kerana bidang biologi merupakan bidang yang diimport dari negara luar, justeru memerlukan peminjaman konsep dalam bidang berkenaan. Kajian ini bertujuan mengkaji kewujudan pola tertentu dalam pembentukan istilah pada tiga dekad yang berlainan. Kajian ini turut menyelisik sikap bahasa masyarakat terhadap istilah bahasa Melayu. Kaedah analisis teks buku istilah dan Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) digunakan dalam kajian ini. Data yang dianalisis ialah Istilah Kajihayat, Perhutanan dan Pertanian (1968), Istilah Biologi (1988), dan Pangkalan Data Korpus DBP. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara tahun 1968 hingga 1988 lebih 80 peratus istilah yang dikaji telah mengalami perubahan dan perubahan tersebut dihuraikan dalam lima kategori. Selepas tempoh tersebut, iaitu dekad 1990-an, kajian mendapati hanya lima peratus istilah yang mengalami perubahan. Fakto-faktor yang menyebabkan perubahan istilah tersebut juga telah dikenal pasti. Kajian juga menunjukkan sikap positif masyaraka terhadap istilah yang dihasilkan digambarkan melalui penerimaan dan penggunaan istilah tersebut dalam bahan terbitan buku dan akhbar. Selain itu, pola penggunaan istilah yang berbeza dalam tempoh yang dikaji telah berjaya dikenal pasti
Neologisme: Aspek linguistik kata baharu bahasa Jerman dalam perbandingan dengan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
A neologism is a word, term or phrase which has been recently created (coined) - often used to apply to new concepts, to synthesize pre-existing concept, or to make older terminology sounds more contemporary. Neologism is especially useful in identifying inventions, new phenomena or old ideas which have taken on a new cultural context. Neologism can also refer to an existing word or phrase which has been assigned to a new meaning. Neologisms tend to occur more often in cultures which are rapidly changing, and also in situations where there is easy and fast propagation of information. Such new words often become popular by way of mass media such as television, the Internet, through word of mouth, e.g. academic discourse, political speech etc. Neologisms often become acceptable as part of the language. Other times, however they disappear from common usage. Whether a neologism continues as part of the language depends on many factors, the most important of which are probably acceptance by the public, acceptance by linguistic experts and incorporation into dictionaries. This paper focuses on neologism in German, Malay and Indonesian in terms of types and forms, its pragmatic values, word sources, and also other linguistic problems relating to neologism such as lexicalization and translating.Neologisme ialah kata atau istilah yang baru direka dengan tujuan utama untuk penamaan sesuatu benda rekaan baharu, konsep baharu atau fenomena baharu yang berlaku dalam masyarakat. Neologisme muncul dalam negara-negara tertentu dengan budaya dan teknologi yang berkembang, dan mempunyai kemudahan dalam penyebaran maklumat. Neologisme disebar luas melalui media massa dan media elektronik seperti surat khabar, Internet, televisyen, melalui penyebaran langsung seperti pidato politik atau seminar akademik. Jika digunakan secara berkala dan diterima oleh masyarakat pengguna, neologisme dapat menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa masyarakat tersebut dan diterima masuk ke dalam entri kamus; atau sebaliknya dilupakan sahaja atau menghilang kerana tidak ada atau kurangnya penerimaan daripada pengguna bahasa. Ada beberapa faktor penting yang menentukan sama ada sesuatu neologisme dapat bertahan dan menjadi bahagian baharu dalam suatu bahasa seperti penerimaan masyarakat, penerimaan pakar linguistik, dan jika kata baharu masuk ke dalam entri kamus. Hal-hal yang akan dibicarakan dalam makalah ini ialah perbandingan neologisme bahasa Jerman dan bahasa Melayu dengan memberi tumpuan pada pembicaraan jenis dan bentuk neologisme, pembentukan neologisme, nilai pragmatik neologisme, sumber neologistne, dan masalah linguistik yang berkaitan dengan penggunaan neologisme seperti leksikalisasi dan penterjemahan
Struktur sintaksis frasa nama bahasa Melayu
This article discusses and analyzes the word order of numerals and classifiers in Malay noun phrase structures. The analysis of these two elements are based on four facts such as the strict orders of numerals and classifiers, the compulsory and optional characteristic of classifiers, the need for the presence of a numeral for the existence of a classifier and lastly the compatibility between a noun and a classifier A discussion of the four facts are based on X bar theory. This analysis claims that the classifier phrase creates an adjunction at the D-structure. This adjunction structure accommodates all of the four facts relating to the word order of numerals and classers that comes before a noun in the syntactic structure of a Malay noun phrase.Artikel ini membincang dan menganalisis urutan struktur frasa nama bahasa Melayu yang terdiri daripada kata bilangan dan penjodoh bilangan. Analisis ke atas kedua-dua elemen ini dibuat dengan berpandukan empat fakta, iaitu urutan tegas kata bilangan dan penjodoh bilangan, sifat wajib dan opsyenal penjodoh bilangan, keperluan kepada kehadiran kata bilangan untuk membolehkan kehadiran penjodoh bilangan, dan akhir sekali keserasian antara kata nama dengan penjodoh bilangan. Perbincangan mengenai keempat-empat fakta itu dibahaskan dengan berpandukan teori x-berpalang. Analisis ini mendakwa bahawa frasa penjodoh bilangan (FBIL) membentuk struktur cantuman pada struktur-D FN. Struktur cantuman ini dapat menjelaskan keempat-empat fakta berhubung dengan urutan dan kehadiran kata bilangan dan penjodoh bilangan yang mendahului kata nama dalam struktur sintaksis frasa nama bahasa Melayu
Perkembangan bahasa dan perubahan tingkah laku sosial kanak-kanak prasekolah
The purpose of this study is to identify the level of development for preschooler's Malay language and their social behavior development, in relation to the two variables. This case study used an explanatory mixed methods design which was conducted at Annex preschool in Sarawak, involving 48 preschoolers by ethnics of Malay, Iban and Bidayuh. Quantitative data were collected using teacher rating scale survey questionnaires and frequent observation. Thirty items on language development were developed based on learning outcomes in National Preschool Curriculum. Observations were carried out on two types of social behaviors which include pro-social (helping, sharing and persuasive) and anti- social (aggression, disruptive and withdrawal). Result indicates the preschoolers exhibit higher frequencies of pro-social behavior compared to anti-social. The result of this study is consistent with the earlier studies and supports the main principles of Vygotsky Developmental Theory.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perkembangan bahasa Melayu (BM) kanak-kanak prasekolah dan kesannya terhadap perubahan tingkah laku sosial kanak-kanak prasekolah tersebut. Kajian kes menggunakan reka bentuk gabungan eksplanatori ini dijalankan di sebuah prasekolah Annex di Sarawak. Seramai 48 orang kanak-kanak prasekolah mewakili etnik Melayu, Iban dan Bidayuh dijadikan peserta kajian. Data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik skala kadar guru dan pemerhatian kekerapan. Sebanyak 30 item perkembangan bahasa dibina berdasarkan hasil pembelajaran dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pemerhatian dilakukan terhadap dua jenis tingkah laku sosial, iaitu tingkah laku prososial (konstruk membantu, berkongsi dan memujuk) dan tingkah laku antisosial (konstruk agresif, disruptif dan menyisih). Kajian mendapati kanak-kanak menunjukkan tahap kekerapan tingkah laku prososial yang lebih tinggi berbanding tingkah laku antisosial. Kajian ini menyokong prinsip-prinsip utama dalam Teori Perkembangan Vygotsky
Pengelasan kata kerja bahasa Melayu: pendekatan semantik berdasarkan Role and Reference Grammar (RRG)
Traditionally, verbs are divided into transitive verbs and intransitive verbs. This classification is based on the syntactic characteristic of the verbs. This paper attempts to describe the classification of Malay verbs based on the lexical meaning of verbs. The approach to the depiction of the lexical meaning of verbs which will be adopted is lexical decomposition. This system is based on the distinctions in Aktionsart. Aktionsart is a lexical class to which a verb belongs by virtue of the type of process, state, and so forth, that it designates. Thus this paper will propose a set of syntactic test Ibr determining verbs classes in Malay, with reference to the syntactic test presented in Role and Reference Grammar (RRG).Secara tradisinya kata kerja dibahagikan kepada dua golongan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Penggolongan sebegini sesungguhnya berasaskan si fat sintaksis kata kerja tersebut. Kertas kerja ini mencuba untuk memberikan pengelasan kata kerja bahasa Melayu berdasarkan makna leksikal kata kerja tersebut. Pendekatan untuk menggambarkan makna leksikal kata kerja ini ialah pendekatan dekomposisi leksikal yang berasaskan kelas Aktionsart. Aktionsart ialah kelas leksikal yang dianggotai oleh suatu kata kerja yang berdasarkan jenis proses, keadaan dan sebagainya, seperti yang dimaksudkan oleh kata kerja tersebut. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan mengemukakan satu set ujian sintaksis dan semantik bagi menentukan kelas kata kerja dalam bahasa Melayu dengan rujukan kepada ujian sintaksis sebagaimana yang dianjurkan dalam Teori Role and Reference Grammar (RRG)
Arkaisme dalam bahasa Melayu: suatu tinjauan dari aspek kosa kata dalam teks klasik
Archaism is an interesting and intriguing facet of language. Therefore, this article is another attempt to trace some of the characteristics of archaic words found in old texts like Sejarah Melayu, Hikayat Malim Deman, and Hikayat Hang Tuah. Besides identifying these 'old-fashioned' words, this study recognizes the characteristics of these archaic words. Archaism portrays its resourcefulness in formulating and coining new words and terms in the Malay language. Now, some of these words have found their way into the modern Malay vocabulary after undergoing some phonological and morphological changes. Archaism though considered obsolete, but do still exists in old classical Malay texts, old Malay literature, poetry, religious texts, and in some law books.Arkaisme merupakan elemen yang menarik dan menakjubkan dalam bahasa. Justeru artikel ini merupakan satu lagi usaha untuk menelusuri beberapa daripada ciri kata-kata arkaik yang ditemukan dalam teks-teks lama seperti Sejarah Melayu, Hikayat Malim Deman, dan Hikayat Hang Tuah. Di samping mengenal pasti kata-kata yang `old-fashioned' ini, kajian ini mengenal pasti ciri-ciri utama kata arkaik. Arkaisme memperlihatkan keberdayaannya untuk membentuk dan mencipta kata dan istilah baharu dalam bahasa Melayu. Kini beberapa daripada kata ini telah meresap masuk ke dalam perbendaharaan kata Melayu moden. Meskipun arkaisme dianggap sudah usang, namun masih wujud dalam teks Melayu klasik lama, sastera lama, puisi, teks keagamaan, dan dalam beberapa teks perundangan
Bahasa Melayu di Pulau Kokos: suatu tinjauan sosiolinguistik
This study describes the sociolinguistic phenomenon of the Malay language in the Cocos Islands, especially in the Home Island, which is located in the Indian Ocean and is outside the region of Malay world. The study is based on the qualitative approach and ,focuses on five aspects: the genealogy and histoty of the Malays who migrated to the Cocos Islands: the forms of address among the Malays; the lexical and terminological .forms of the Malay language used by the Malays in the Cocos Islands. Interviews with open-ended questions were constructed to elicit responses from the informants and participant, observations were also carried out, in order to obtain data. A total of 6() informants comprising of local Malays and white Australians were interviewed from 2nd - 10th May 2004 in the Home Island. A typology ,framework area of language diffusion was applied in this study.Kajian ini memerikan fenomena sosiolinguistik bahasa Melayu di Pulau Kokos, khususnya di Pulau Home yang terletak di Lautan Hindi, di luar kawasan dunia Melayu. Kajian ini berdasarkan pendekatan kualitatif dan memberikan fokus kepada lima aspek: susur galur dan sejarah penghijrahan orang Melayu ke Pulau Kokos; sistem panggilan dalam kalangan Melayu Kokos; leksikal dan istilah dalam bahasa Melayu yang digunakan di Pulau Kokos. Wawancara dan temu bual dibuat dengan mengemukakan soalan terbuka untuk mendapatkan respons daripada informan; dan kaedah pemerhatian turut serta digunakan dalam kajian ini. Sejumlah 60 orang informan yang terdiri daripada orang Melayu Kokos dan orang kulit putih. Australia telah ditemu bual dari 2-10 Mei 2004 di Pulau Home. Kerangka teori tipologi kawasan penyebaran bahasa telah diterapkan dalam kajian ini