Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Dialek Melayu Pekan: Penggunaan dan Pengekalan

    No full text
    This article aims to explain the current usage and continuance of the Pekan dialect in Pahang. The writer's interest in this field of research was spurred by her random observation that most Malay speakers in Pekan spoke variations of Kelantanese, Terengganu, or standard Malay. The writer assumed that migration and language contact situations contributed to changes in the usage of Pekan's original dialect. The dialect may be in a transitional stage as the native speakers' linguistic repertoire increases with contact from other varieties of the Malay language. Economic and vocational factors also play an important role in the dialect's usage. All three factors interact closely as a result of modernisation which leads individuals and communities to seek upward social mobility. The analysis in this article is based on lexical data gathered through interviews with Pekan speakers aged between 20 and 70. Notwithstanding possible limitations, data gathered is adequate to answer empirically the research questions postulated. Findings were related to concepts contained in the Social Network Model of Milroy (1980) and to changes in the economic, social status, demographic, and institutional support factors that form part of the discussion of language change by Giles et al. (1977) and Appel and Muysken (1987). The article contributes to the discourse on dialect studies in Malaysia and, specifically, to the status of the Pekan dialect, particularly with regard to the issue of language change and modernisation. Keywords: sosial network, vernacular, language change, perpetuation of language, network densityArtikel ini bertujuan memerikan keadaan penggunaan dan pengekalan dialek Melayu Pekan di negeri Pahang dewasa ini. Usaha ini bertolak daripada pemerhatian rawak dan anggapan awal penulis bahawa dialek ini tiada identiti tersendiri kerana di daerah ini seringkali bertemu dengan penutur yang bertutur sama ada dalam variasi dialek Kelantan, Terengganu, atau bahasa Melayu standard. Penulis beranggapan bahawa migrasi dan pertembungan bahasa telah memberikan perubahan kepenggunaan dialek Melayu Pekan yang asli. Dialek ini mungkin sedang mengalami era peralihan apabila wadah linguistik penutur aslinya bertambah hasil pertembungan bahasa dengan penutur dialek yang lain. Faktor ekonomi dan pekerjaan juga memainkan peranan yang penting dalam penggunaan dialek ini. Ketiga-tiga faktor ini berkait rapat dengan kesan modenisasi yang menuntut individu dan komuniti bersaing untuk kedudukan sosial yang lebih tinggi. Perbincangan dalam artikel ini berdasarkan data leksikal yang diperoleh melalui wawancara dengan golongan penutur Melayu Pekan dari lingkungan umur dua puluhan hingga tujuh puluhan. Data tersebut mungkin ada kekurangannya, tetapi cukup untuk menjelaskan secara empirikal persoalan yang asal terhadap kepenggunaan dialek ini. Dapatan dibincangkan dengan menggunakan konsep dalam kerangka Jaringan Sosial oleh Milroy (1980) dan faktor perubahan ekonomi, status, demografi, dan sokongan institusi dalam diskusi peralihan bahasa oleh Giles et al. (1977) dan Appel dan Muysken (1987). Isi makalah ini boleh menyumbang kepada kajian dialek di Malaysia amnya dan status dialek Melayu Pekan khasnya untuk isu perubahan bahasa kesan modenisasi. Kata kunci: jaringan sosial, vernakular, peralihan bahasa, pengekalan bahasa, kepadatan jaringa

    Bahasa Melayu dan Jati Diri dalam Konteks Satu Malaysia: Satu Kupasan Linguistik

    No full text
    Every country has pride in its national identity. A major element of thisidentity is language and culture. Malaysia, originally known as TanahMelayu, has stipulated that the Malay language is the official nationallanguage as enshrined in its constituition. The status is well acceptedand become the medium of instruction in the education system inconsistence with the Razak Report (1956). However, innovations ineducation system in the post-Razak era have weakened the position ofthe Malay language. The new policy emphasising on the importanceof science and technology and the English language has resulted ina loss of confidence in the Malay Language among some parts of thepopulation. This development is parallel with the new world orderand language imperialism which stress the importance of English andthus undermined the national language. Nor Hashimah et al. (2009)shows that there is a correlation between the poor command of theMalay language among teenagers and the weakening of the Malaylanguage sovereignty. This article attempts to analyze the status ofthe Malay language today in the context of One Malaysia from thelinguistic perspective. Keywords: terminology, linguistic imperialism, neo imperialism,hegemony power, national identitySetiap negara yang berdaulat mempunyai jati diri yang boleh dibanggakan. Pengukur identiti yang mudah adalah melalui bahasa dan budaya. Malaysia yang asalnya dikenali dengan Tanah Melayu telah menetapkan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Hal ini sepatutnya tidak boleh diganggu gugat lagi. Namun demikian, senario hari ini didapati kedudukan BM terus dipersoalkan sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan. Perkembangan sistem pendidikan pasca-Razak telah melemahkan kedudukan BM. Polisi baru yang menekankan kepentingan sains dan teknologi serta bahasa Inggeris (BI) telah menyebabkan ada segelintir rakyat mula hilang keyakinan pada BM. Perkembangan ini pula sejajar dengan orde baru dunia serta imperialisme bahasa yang menekankan kepentingan bahasa Inggeris dan pada masa yang sama menenggelamkan bahasa kebangsaan. Kajian Nor Hashimah et al. (2009) menunjukkan bahawa fenomena penguasaan bahasa yang semakin merosot dalam kalangan remaja turut melemahkan kedaulatan BM. Kertas ini cuba mengupas taraf BM dalam konteks Satu Malaysia pada hari ini dari perspektif linguistik. Kata kunci: peristilahan, imperialisme linguistik, neoimperialisme, kuasa hegemoni, identiti nasiona

    Analisis Kata Kerja dan Frasa Kerja Bahasa Melayu Kokos di Pulau Home Australia

    No full text
    This article describes the forms of verb stem and verb phrase of the Malay language used by the Malays in the Cocos Islands, Australia, especially on Home Island, located in the Indian Ocean, outside the Malay world. The study is based on the framework introduced by Emeritus Professor Dato' Dr. Asmah Haji Omar (2008). The study focuses on the usage of verbs and verb phrases in everyday communication among the island's Malay community. Interviews with open-ended questions were constructed to elicit responses from the informants and observations made. Based on the data collected, the verbs and verb phrases found in Cocos Malay sentence-structure are complex verbs and compound verbs which include single-word verbs, derivations of verbs, transitive and intransitive verbs and auxiliary verbs. The results show that the Cocos Malay uses verbs as a grammatical system which can be divided into certain subsystems which are important in relation to context and meaning. Keywords: Cocos Malay, verbs stem, verb phrase, grammatical systemMakalah ini memerikan bentuk dasar kata kerja dan frasa kerja dalam bahasa Melayu yang digunakan orang Melayu Pulau Kokos, terutamanya di Pulau Home, yang terletak di Lautan Hindi, di luar Dunia Melayu. Kajian ini berasaskan kerangka yang diperkenalkan oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar (2008). Kajian ini berfokus pada penggunaan kata kerja, dan frasa kerja dalam komunikasi sehari-hari dalam kalangan anggota masyarakat Melayu di pulau tersebut. Wawancara dan temu bual dibuat dengan mengemukakan soalan terbuka untuk mendapatkan respons daripada informan dan kaedah pemerhatian turut serta digunakan dalam kajian ini. Berdasarkan data kajian, kata dan frasa kerja yang terdapat dalam struktur ayat bahasa Melayu Kokos ialah kata kerja berlapis dan kata kerja majmuk, termasuklah kata kerja unggulan, kata kerja terbitan, kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, dan kata kerja bantu. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa Melayu Kokos menggunakan kata kerja sebagai satu sistem nahu yang dapat dibahagikan kepada subsistem tertentu yang penting dalam hubungannya dengan konteks dan makna. Kata kunci: bahasa Melayu Kokos kata kerja, frasa kerja, sistem nah

    Penggunaan Bahasa dalam Sesi Kaunseling dari Sudut Lakuan Bahasa

    No full text
    This article focuses on the language use in counselling sessions conducted by trainee counsellors at Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Research was conducted to identify the common speech acts used by trainee counsellors during counselling sessions in order to influence their clients (students). The research also aims to test the validity of the societal perception of counselling services as "advisory services". The research applies linguistic methodology and the speech act theory, in particular speech act categorisation (Bach & Harnish, 1979) to language behaviour in counselling practices. This form of categorization, with its four major speech act categories - constatives, directives, commisives and acknowledgement was chosen based on its precision and its ability to describe the linguistic differences found in speech acts. A total of 30 UNIMAS counselling programme students (trainee counsellors) of UNIMAS were sellected for this research. Their counselling session were recorded and transcribed in order to identify which was the most dominant speech act. It was found that the most dominant category is "question". This accorded with the main objective of the counseling sessions, which was to identify the clients' problems. This proves that the societal view of counselling services as being predominantly advisory in nature is wrong. The findings of this research can be used as reference and guide by readers and language researchers, particularly those who are involved in the counselling field. Keywords: language use, speech act, counselling, trainee counsellorsArtikel ini berfokus pada kajian penggunaan bahasa dalam kalangan kaunselor pelatih dalam sesi kaunseling di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Secara khusus, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti lakuan bahasa (LB) yang lazim digunakan oleh kaunselor pelatih dalam sesi kaunseling untuk mempengaruhi klien (pelajar). Selain itu, kajian ini juga melihat adakah benar tanggapan masyarakat terhadap khidmat kaunseling sebagai khidmat nasihat. Kajian yang mengaplikasikan metodologi linguistik dalam dunia kaunseling ini memanfaatkan teori lakuan bahasa (TLB), yakni pengkategorian LB cadangan Bach dan Harnish (1979). Pengkategorian LB ini dipilih atas dasar kepersisannya memperinci dan menghuraikan perbezaan linguistik, berpandukan kategori LB seperti pengumuman (constatives), arahan (directives), perjanjian (commissives) dan pengakuan (acknowledgements). Bagi kajian awal ini, seramai 30 orang kaunselor pelatih program kaunseling UNIMAS dipilih dan sesi kaunseling yang mereka kendalikan dirakam serta ditranskripsikan untuk melihat fenomena LB yang lebih dominan. Daripada hasil kajian didapati lakuan bahasa yang paling dominan ialah LB pertanyaan, bersesuaian dengan matlamat khidmat kaunseling itu sendiri yang bertujuan meneroka masalah klien. Dapatan ini secara tidak langsung telah menolak tanggapan khidmat kaunseling sebagai khidmat nasihat. Kajian ini difikirkan amat bermanfaat sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat pembaca dan pengkaji bahasa, terutamanya mereka yang terlibat secara khusus dalam bidang kaunseling. Kata kunci: penggunaan bahasa, lakuan bahasa, kaunseling, kaunselor pelati

    Manifestasi nilai setia berasaskan Teori Hibrid

    No full text
    A study on the meaning of a particular value is an interesting area to explore, more so with the emergent of new theory that can be applied in the semantic analysis of certain values. Therefore, this research attempts to explain the meaning of a particular value by analyzing its various usages from the Hybrid Theory (Tendahl, 2006) perspective. The value chosen for analysis is setia (its English equivalent: loyalty) and the data are gathered from newspaper sub-corpus. Every usage of setia will be analyzed based on Hybrid Theory to explain the process of domain mapping, and pragmatic-based conclusion. Preliminary fi ndings showed that setia/loyalty is not just another value (peripheral meaning no. 3), but more than that, setia/loyalty is manifested as an attribute or characteristic (core meaning) with three other peripheral meanings.Kajian makna bagi sesuatu nilai ialah sesuatu yang menarik untuk diteroka, lebih-lebih lagi dengan kemunculan pelbagai teori baharu berkenaan dengan pengkajian makna yang boleh dieksploitasi dan diterapkan ke dalam kajian makna sesuatu nilai. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan memperincikan makna nilai yang diteliti daripada kepelbagaian penggunaan kata nilai berpandukan Teori Hibrid (Tendahl, 2006). Nilai yang dijadikan subjek kajian ialah nilai setia yang ditelusur dari subkorpus data akhbar. Setiap kata akan diteliti maknanya berdasarkan Teori Hibrid bagi menjelaskan proses pemetaan domain dan membuat kesimpulan secara pragmatik. Dapatan awal mendapati bahawa setia bukan sekadar nilai semata-mata (makna pinggiran ketiga), malah lebih daripada itu, setia dimanifestasikan sebagai suatu sifat (makna teras), dan empat makna pinggiran lain

    Kajian An Abridged Malay-English Dictionary susunan R.J. Wilkinson dari sudut etimologi

    No full text
    Etymological studies in Malay Language are rather scarce compared to other studies. Aspiring researchers shy away from research work on etymological projects probably due to lack of old documents and materials. Perhaps, one of excellent sources for etymological studies is old dictionaries compiled centuries ago. As such, this etymological study is an attempt to study an old document, "An Abridged English-Malay Dictionary " a bilingual dictionary compiled by R.J. Wilkinson a hundred years ago. This study looks at the etymological information provided in this old dictionary. Among the information scrutinized are the origins of most borrowed words in Malay changes in the form of the words compared with the latest standard form, and also the change of meanings of these words over the years. It is hyped that the information retrieved from this old document could provide some etymological insights towards Malay Studies.Kajian tentang etimologi bahasa Melayu amat terhad berbanding dengan kajian-kajian lain. Barangkali, kekurangan dokumen dan bahan lama mematahkan semangat pengkaji yang berminat untuk mengendalikan projek etimologi. Salah satu sumber yang cukup baik untuk kajian etimologi ialah kamus-kamus lama. Justeru, kajian ini merupakan satu percubaan untuk mengkaji sebuah dokumen lama, An Abridged English-Malay Dictionary iaitu sebuah kamus dwibahasa yang diusahakan oleh R.J. Wilkinson seratus tahun dahulu. Antara maklumat yang diteliti ialah asal usul bagi kebanyakan kata pinjaman dalam bahasa Melayu, perubahan bentuk perkataan ketika dibandingkan dengan bentuk terkini, serta perubahan makna yang dialami oleh perkataan ini dalam peredaran masa. Diharapkan maklumat yang diperoleh daripada dokumen lama ini akan memberi sedikit sebanyak pengertian dalam etimologi Pengajian Melayu

    Bahasa Melayu dan komunikasi dalam dunia globalisasi: persoalan keupayaan bahasa Melayu, keutuhan jati diri bangsa Melayu dan ketakatan budaya Melayu

    No full text
    This article attempts to examine the capabilities and dimensions of bahasa Melayu (the Malay language) to conduct and administer modern communication, in this globalization era. These abilities and resources of bahasa Melayu are to be analyzed since its inception and cultivation as Malaysia’s national and official languages, and more importantly as the main sole medium of instruction in the nation’s educational system, since her independence on 31st August 1957 from the British. This article also seek to inquire into bahasa Melayu as the main channel o the cultural survival of the Malay ethnic group as well as the perpetuation of their identity, in the circumstances of its feared and anticipated depletion as the Malays’ ethnic/ancestral language, as consequences of the shift to the English language, beginning 2003 when the authorities decided to switch it for the teaching and learning of science and technology subjects/courses in the nation’s educational system. The link between bahasa Melayu and budaya Melayu (Malay culture) both as symbol and force for Malay identity, will also be explored, in the unabridged richness and wealth of Malay heritage as a frame of reference, which could observe erosion and/or loss, due to the contradictory effects from the shift from bahasa Melayu to the English language, a world and international language.Kertas kerja ini cuba meneliti keupayaan bahasa Melayu untuk mengendalikan komunikasi, lebih-lebih lagi yang moden sifatnya, dalam dunia globalisasi. Keupayaan bahasa Melayu, diteliti dari segi pembangunan bahasa Melayu, dalam kapasitinya selaku bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, termasuklah sebagai bahasa pengantar ilmu, semenjak Malaysia menjadi sebuah negara berdaulat mulai 31 Ogos 1957. Kertas kerja ini juga cuba meneliti bahasa Melayu sebagai nadi kepada ketakatan serta jati diri bangsa Melayu, dalam konteks kemusnahan/kehilangan bahasa Melayu, khususnya dalam konteks sebagai bahasa ibunda atau etnik bangsa atau masyarakat Melayu, akibat berlakunya peralihan bahasa, dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, mulai 2003, untuk pendidikan sains dan teknologi. Pertalian bahasa Melayu-budaya Melayu selaku simbol dan kekuatan kepada identiti/jati diri bangsa atau masyarakat Melayu, ikut disentuh, dalam kerangka keutuhan khazanah budaya Melayu dalam bahasa Melayu, yang boleh terhakis atau hilang, sebagai akibat buruk daripada peralihan bahasa ini

    Sintaksis frasa nama bahasa Kensiu

    No full text
    Austro-Asiatic languages in Malaysia are considered as a moribund language as these languages are facing extinction. Hence, this writing will focus on one of the moribund languages in Peninsular Malaysia, namey Kensiu language which is fast becoming extinct. This language is spoken by Kensiu people in Baling, Kedah. The number of its speakers is less than 200 people. However; this writing will only discuss on the noun phrase (NP) of Kensiu language. The analysis on the noun phrase of Kensiu language in article is divided into two aspects: descriptive and syntactic aspects. The descriptive analysis explain the noun phrase of the Kensiu language and all the sequences that form the noun phrase. Further, guided with the descriptive analusis, this writer will discuss the X'syntactic structure of the Kensiu noun phrase by using Government and Binding Theory Framework (Chomsky, 1986). From the outcome of this analysis, this writer will demonstrate the adjunction structure ofthe Kensiu's NP.Bahasa Austro-Asiatik di Malaysia dikenali sebagai bahasa moribund kerana bahasa ini sedang mengalami kepupusan di Malaysia. Oleh yang demikian, penulisan ini akan memberikan tumpuan pada salah satu daripada bahasa moribund di Semenanjung Malaysia, iaitu bahasa Kensiu yang sedang pupus dengan cepat. Bahasa ini ditutamakan oleh orang Kensiu di Baling, Kedah. Jumlah penuturnya kurang daripada 200 orang. Namun demikian, penulisan ini mempunyai skop yang sangat terperinci, iaitu penulisan ini akan hanya membahaskan frasa nama (FN) bahasa Kensiu sahaja. Analisis ke atas frasa nama bahasa Kensiu dalam artikel ini terbahagi kepada dua aspek, iaitu aspek deskriptif dan aspek sintaksis. Analisis deskriptif akan menjelaskan frasa nama bahasa Kensiu serta urutan yang membentuk frasa nama tersebut. Seterusnya, berpandukan analisis deskriptif itu, penulis akan membahaskan struktur sintaksis X-berpalang frasa nama bahasa Kensiu dengan menggunakan kerangka Teori Kuasaan dan Tambatan (Chomsky, 1986). Hasil daripada analisis ini, penulis akan memaparkan struktur sintaksis FN Kensiu yang akan menggambarkan urutan perkataan yang membentuk FN Kensiu

    Memasyarakatkan kajian morfologi dalam dunia Melayu

    No full text
    Disseminating morphological researches to the society means to spread out the facts about the studies so that they can be known, recognized, comprehended, and generally practiced by the community. There are two important issues that need to be emphasized in disseminating morphological researches, namely (i) identifying the types of studies that intended to be disseminated, and (ii) identifying the appropriate ways and methods used to disseminate the studies. In the contexts of language and socialization, the morphological studies that can predictably spread and infiltrate easily into the community are the ones that describe and explain the language that is familiar to them, that is the language that they normally hear and use in their daily life. In addition, the study that is meant to be disseminated must be the one that can enhance the development of Malay linguistics knowledge. Morphological studies that can accomplish these fundamental notions are those that employed the following approaches, namely (i) corpus linguistics, and (ii) hypothetico-deductive linguistics. In the contexts of disseminating the findings, there are four possible strategies that can be implemented, (i) dissemination through conferences, (ii) dissemination through publications, (iii) dissemination through teaching, and (iv) dissemination through portal websites.Memasyarakatkan kajian morfologi bermaksud menyebarluaskan sesuatu kajian morfologi agar maklumat mengenainya dimaklumi, diketahui, difahami, dihayati dan diamalkan secara menyeluruh oleh masyarakat. Dalam usaha memasyarakatkan kajian morfologi ini, dua perkara penting yang perlu diberi penekanan ialah (i) mengenal pasti jenis kajian morfologi yang ingin dimasyarakatkan, dan (ii) mengenal pasti cara dan kaedah yang sesuai untuk menyebarluaskan kajian morfologi tersebut. Dalam konteks pemasyarakatan bahasa, kajian morfologi yang dijangka mudah tersebar dan meresap masuk ke dalam jiwa masyarakat adalah kajian yang menghurai dan menjelaskan bahasa yang diketahui dan disenangi oleh pengguna bahasa itu sendiri, iaitu pertuturan yang lazim mereka dengar dan gunakan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu juga, kajian morfologi yang ingin dimasyarakatkan itu mestilah kajian yang dapat memantapkan lagi ilmu linguistik Melayu yang sedia ada. Kajian morfologi yang dapat menepati gagasan ini adalah kajian yang menerapkan dua pendekatan berikut, iaitu (i) linguistik korpus, dan (ii) linguistik hipotetiko-deduktif. Dalam konteks menyebarluaskan hasil kajian pula, sekurang-kurang terdapat empat cara yang munasabah yang boleh dilaksanakan, iaitu (i) penyebaran melalui persidangan, (ii) penyebaran melalui penerbitan, (iii) penyebaran melalui pengajaran, dan (iv) penyebaran melalui portal

    Pengaruh tatabahasa Eropah dalam tatabahasa bahasa Melayu awal

    No full text
    The writing of Malay grammar began in the 17th century by the Dutchmen. The first Malay grammar appeared in the form of a table written by Frederick de Houtman (1603), followed by discussion of a few aspects of grammar by Sebastian Danckaerts (1623) and finally with a complete grammar, which was written in 1653 by Joannes Roman. These were the earliest grammars in Malay and also among the earliest in the world. These grammars were influenced much by European grammar, in term of conjugations, word classes, etc. In light of this influence, this paper attempts to discuss these grammars from the perspective of history of linguistics. The discussion will focus on the influence of Latin and Dutch in these grammars.Penulisan tatabahasa bahasa Melayu yang bermula pada abad ke-17 dilakukan oleh orang Belanda. Tatabahasa bahasa Melayu pertama muncul dalam bentuk jadual yang ditulis oleh Frederick de Houtman (1603), diikuti oleh perbincangan beberapa aspek tatabahasa oleh Sebastian Danckaerts (1623), dan tatabahasa yang lengkap ditulis oleh Johannes Roman pada tahun 1653. Tatabahasa-tatabahasa ini ialah tatabahasa Melayu yang awal, dan juga antara tatabahasa terawal di dunia. Tatabahasa ini banyak dipengaruhi oleh tatabahasa bahasa Eropah, misalnya perbincangan tentang konjugasi, kelas kata, dan sebagainya. Justeru makalah ini akan membincangkan pengaruh tatabahasa bahasa Eropah terhadap tatabahasa bahasa Melayu ini dari perspektif sejarah linguistik. Perbincangan akan memberikan tumpuan terhadap pengaruh bahasa Latin dan bahasa Belanda dalam tatabahasa bahasa Melayu

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇