Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Entri, Makna dan Padanan dalam Kamus Dwibahasa Melayu-Inggeris: Satu Analisis Semantik Ranahan

    No full text
    This article discusses the sense division of the entry "menjulang" in two Malay-English bilingual dictionaries: Intelek Malay- Bahasa Dictionary and Kamus Perwira Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris. A questionnaire study showed that "menjulang" is the most problematic entry due to its incomplete coverage in terms of meaning and equivalent. The Frame Semantics theory is chosen as the basis for analysis based on data from the five million-words UKM-DBP Malay corpus. Linguistic analysis is not only based on corpus data but also on the Malay and English monolingual dictionaries, while English equivalents are taken from the FrameNet database. Frame Semantics analysis organises sense divisions based on frame elements and word valency. This article also proposes a better organised entry for "menjulang" together with its English equivalents. Keywords: bilingual dictionaries, Frame Semantics, sense, valency, FrameNetMakalah ini membincangkan pecahan makna entri "menjulang" untuk dua kamus dwibahasa Melayu-Inggeris, iaitu kamus Intelek Malay-English Dictionary dan Kamus Perwira Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris. Daripada soal selidik yang dilakukan menunjukkan entri menjulang merupakan entri yang paling bermasalah yang dihadapi oleh pelajar terjemahan, oleh itu teori Semantik Ranahan diaplikasikan dalam analisis linguistik entri "menjulang" berdasarkan data korpus bahasa Melayu DBP-UKM yang mengandungi lima juta patah perkataan untuk menyusun semula pecahan makna entri tersebut. Analisis linguistik bukan sahaja berdasarkan data korpus, rujukan kepada kamus ekabahasa Melayu dan Inggeris juga dibuat, manakala padanan bahasa Inggeris diambil daripada pangkalan data FrameNet. Analisis Semantik Ranahan menyusun makna mengikut ranah dan valensi kata tersebut. Unsur ranah dan valensi kata yang membezakan satu makna kata "menjulang" dengan pecahan maknanya yang lain. Makalah ini juga mencadangkan entri "menjulang" yang lebih tersusun maksudnya dengan padanan bahasa Inggeris yang sesuai. Kata kunci: kamus dwibahasa, Semantik Ranahan, pecahan makna, valensi, FrameNe

    Strategi Komunikasi antara Budaya Minangkabau-Mandailing: Analisis terhadap Interaksi Sosial Komuniti Kampus

    No full text
    This study reveals the strategy of communication used by the Minangkabau and Mandailing ethnic groups on a university campus. Data used in this research was obtained using the ethnographic method, i. e. participatory observation and interview. The analysis is a qualitative one based on the socio-pragmatic paradigm. The result shows that convergence and divergence are the preferred strategies of both ethnic groups in intercultural communication. This result is in line with Gile's theory of accommodation (1975) and Roger and Kincaid's convergence model of communication (1981). In practice, both strategies are applied in various ways according to the context of usage. Both strategies involve three different codes: the national language (Indonesian), Minangkabau and Mandailing. Keywords: inter-cultural communication strategies, campus community, Minangkabau, Mandailing, socio-pragmatics, ethnographyKajian ini mengungkapkan strategi komunikasi yang digunakan oleh suku bangsa Minangkabau dan Mandailing dalam lingkungan kampus. Data kajian ini diperoleh mengikut kaedah etnografi, iaitu pengamatan ikut serta dan temu bual. Analisis dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan paradigma sosiopragmatik. Dapatan menunjukkan bahawa pemusatan dan penyimpangan merupakan strategi yang digunakan dalam berkomunikasi antara budaya Minangkabau-Mandailing. Dapatan ini menyokong teori akomodasi Giles (1975) dan model komunikasi konvergensi Rogers dan Kincaid (1981). Secara praktisnya, kedua-dua strategi tersebut aplikasinya secara bervariasi sesuai dengan konteks penggunaannya. Penggunaan kedua-dua strategi tersebut melibatkan tiga kod, iaitu bahasa persatuan (Indonesia), Minangkabau, dan Mandailing. Kata Kunci: strategi komunikasi antara budaya, komuniti kampus, Minangkabau, Mandailing, sosiopragmatik, dan etnograf

    Kesantunan Berbahasa Orang Melayu Menerusi Gaya Pengurusan Air Muka dalam Saga: Aplikasi Teori Ting-Toomey

    No full text
    This study aims to identify events of impoliteness in terms of behaviour and speech that can affect "face" in various contexts and analyse how "face" is managed among Malays, based on the shame-evoking events in the novel Saga written by Abdul Talib Mohd. Hassan (2004). 21 events related to the concept have been analysed by applying Face Negotiation Theory introduced by Stella Ting-Toomey (1988). This theory present four styles of face negotiation: face restoration, face saving, face assertion and face giving. The findings reveal that the category of face assertion is the highest frequency of 16 events compared to other categories. The study also shows that the Malays could be lenient in many ways but not cases involving self-esteem, status and dignity. Keywords: politeness in interaction, face expression of the Malays, face negotiation, Saga, Ting-Toomey theoryKajian ini bertujuan mengenal pasti peristiwa yang membabitkan ketidaksantunan seseorang itu dari segi perlakuan dan pertuturan yang boleh menjejaskan air muka seseorang dalam pelbagai konteks, dan menganalisis gaya pengurusan air muka orang Melayu berdasarkan peristiwa malu yang terdapat dalam novel Saga karya Abdul Talib Mohd. Hassan (2004). Sebanyak 21 peristiwa malu telah dianalisis dengan menerapkan Teori Pengurusan Air Muka oleh Stella TingToomey (1988). Teori ini mengemukakan empat jenis gaya pengurusan air muka, iaitu baik pulih air muka, jaga air muka, tuntutan air muka dan beri muka. Dapatan kajian menunjukkan kategori tuntutan air muka paling tinggi kekerapannya, iaitu sebanyak 16 peristiwa berbanding dengan kategori yang lain. Kajian juga mendapati bahawa orang Melayu boleh berlembut dalam banyak perkara tetapi tidak dalam hal-hal yang melibatkan harga diri, status dan maruah. Kata kunci: kesantunan berbahasa, air muka orang Melayu, pengurusan air muka, Saga, teori Ting-Toome

    Adaptation of Hikayat Hang Tuah in Children's Literature

    No full text
    Hang Tuah is a character in the epic Hikayat Hang Tuah which has become the pride of Malay Literature. The epic, and especially the protagonist of the epic, Hang Tuah, have been much discussed. This is also the case where children's literature is concerned, as the Hikayat Hang Tuah has attracted the attention of Malaysian authors to produce adaptations of stories from this epic. The stories linked to the character of Hang Tuah contain many elements of fantasy which makes them suitable for adaptation as children's literature. Establishing what types of adaptations have been made of these stories forms the core of this study. Also, the acceptance of Hang Tuah as a hero of the Malays has been challenged by movements, especially in social realism. As a result, the character of Hang Jebat has become accepted as a heroic figure instead. However, whether or not social realism has influenced adaptations done for children, and whether there has been a shift in the figure of hero as a result of social realism are still unanswered questions which this study addresses. This study has found that adaptations of stories about Hang Tuah for children are mainly partial adaptations, and that the stories chosen for adaptation are especially those containing strong elements of fantasy. Illustrations are also an element in these partial adaptations. The study has found no trace of the influence of social realism in the adaptations. Hang Tuah is still depicted as a heroic figure while Hang Jebat continues to be depicted as the traitor. Keywords: children's literature, Hang Tuah, adaptations, social realism, illustration

    Isu Pembangunan Wakaf Menggunakan Struktur Amanah Pelaburan Hartanah Islam di Malaysia: Satu Tinjauan

    No full text
    This paper will discuss one of the mechanisms for developing waqf assets based on contemporary financial instrument structure, namely the Islamic Real Estate Investment Trust (I-REIT). Previous studies have shown that the I-REIT has the pontential of being developed into a mechanism for waqf asset in Malaysia. However, its implementation has been without issues and problems. Hence this prelimenary study offers an insight into the issues related to the development of waqf properties based on the I-REIT within the context of Malaysia. Library research is the main method of collecting data and document perusal and interviews were carried out to inquire into the relevant theories that determine the status and position of the I-REIT as an Islamic compliant vehicle. It is hoped that the findings of this study will firstly, pave the way for the procurement of the much needed Islamic compliant waqf funds and secondly, develop a system of best practices and good and effective governance to increase the confidence of Muslim to waqf. Keywords: waqf, waqf assets, development, Islamic Real Estate Investment trust (I-REIT)Makalah ini bertujuan membincangkan salah satu mekanisme untuk memajukan aset wakaf berteraskan struktur instrumen kewangan kontemporari, iaitu amanah pelaburan hartanah Islam (I-REIT). Sorotan kajian lepas mendapati bahawa struktur I-REIT berpotensi untuk diketengahkan sebagai salah satu mekanisme pembangunan aset wakaf di Malaysia. Pendekatan tersebut, walau bagaimanapun, berdepan dengan pelbagai isu dan masalah. Oleh itu, kajian ini merupakan satu tinjauan awal bertujuan mengetengahkan isu berkaitan pembangunan harta wakaf berteraskan struktur I-REIT dalam konteks aplikasi semasa di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kepustakaan. Tatacara pengumpulan data diperoleh menerusi kaedah analisis dokumen dan temu bual di samping turut menyentuh secara umum berhubung dengan teori yang relevan bagi menentukan kedudukan struktur I-REIT sebagai mekanisme dalam memajukan aset wakaf menurut perspektif hukum syarak. Hasil kajian yang bakal dikemukakan diharap berupaya memberikan implikasi yang positif bagi mengatasi masalah kekurangan dana yang dihadapi oleh pengurus wakaf, di samping mempromosi sistem tadbir urus yang lebih efisien dan sistematik bagi meningkatkan keyakinan masyarakat Islam untuk berwakaf. Kata kunci: wakaf, aset wakaf, pembangunan, Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT

    Isu Urutan Dua Vokal di Sempadan Awalan: Satu Penjelasan Analisis Spektrografik

    No full text
    This paper examines two-vowel sequence, a common topic of discussion among Malaysian linguists. Opinions differ as to whether there is a glottal stop sound especially at the boundary of the prefix. Some experts mention the presence of a glottal stop sound while others mention that the sound of the vowel sequence becomes a glide. Hence, this study makes use of spectrographic analysis to explain this issue by identifying the acoustic characteristics which exist at this boundary. Several sample vowel sequences, representing selected words, were recorded from 32 Malay youths and adults. These recordings were then converted into a spectrogram data and analyzed. The study found that the acoustic characteristic of the glottal stop sound were only found in the adults recorded data while the acoustic characteristic of the "glide" were found in the youths'. The study reveals numerous acoustic characteristics related to different genders and different age groups. Keywords: prefix, spectrogram, spectrographic analysis, acousticMakalah ini meneliti isu urutan dua vokal yang sering diperkatakan dalam kalangan sarjana linguistik di negara ini. Pelbagai pendapat tentang kehadiran bunyi hentian glotis terutamanya pada posisi sempadan awalan. Sesetengah sarjana mengatakan bunyi hentian glotis hadir manakala sesetengah yang lain pula mengatakan bunyi urutan vokal tersebut digeluncurkan menjadi bunyi geluncuran. Oleh itu, kajian ini mengambil kira kaedah analisis spektrografik bagi menyelesaikan masalah ini, iaitu mengenal pasti ciri akustik yang hadir pada posisi tersebut. Beberapa sampel bunyi ujaran yang mewakili kata terpilih dirakamkan daripada 32 orang penutur muda dan dewasa Melayu yang berbeza jantina. Rakaman pertuturan kemudiannya divisualkan dalam bentuk spektrogram dan dianalisis secara spektrografik. Hasil kajian menemukan ciri akustik bunyi hentian glotis hadir hanya pada data penutur dewasa manakala ciri akustik bunyi geluncuran didapati hadir pada data penutur muda. Kajian ini mendapati kepelbagaian ciri akustik yang ada mempunyai kaitan dengan latar penutur yang berbeza jantina dan umur. Kata kunci: awalan, spektrogram, analisis spektrografik, akusti

    Analisis Komponen Tekstual dalam Teks Melayu Klasik Abad Ke-17

    No full text
    This article aims to analyse the textual components which are presented in the text of Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak alMufridin (UMSMM), by Abdul Rauf Singkil. The text being studied is the original Malay version which has been transliterated from Jawi script into Romanized script. The analysis focused particularly on the structural components and cohesion. The structural components concentrated on thematic structure (theme and rheme) and structural information (given-new). Concerning cohesion components, the focus was on the presence of conjunctions (eg. dan) and discourse markers (eg. maka, bahawa, bermula) and their functions in the text. This study found that the author tends to use complex sentences with the influenced by Arabic grammar, which is marked by the repeated use of the conjunction "dan" in a sentence. Analysis from the aspect of cohesion revealed that "maka", for example, has several meanings, depending on the context of the sentences. Furthermore, in terms of information structure, it is found that the style of given-new information is preferred. This study shows the significant difference in the presentation style of classical texts in the 17th century compared to the modern style of presentation in 21st century texts. This study contributes to displaying the uniqueness of UMSMM and the influence of this work in the Muslim community, especially the Malay Archipelago. Keywords: textual components, structural components, cohesion components, thematic structure, theme-rheme, structure information, discourse markersMakalah ini bertujuan menganalisis komponen tekstual yang dipersembahkan dalam teks Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak alMufridin (UMSMM), karya Abdul Rauf Singkil. Teks ini merupakan versi asal dalam bahasa Melayu yang telah ditransliterasi daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi. Analisis tertumpu pada komponen struktural dan komponen pautan. Tumpuan dalam komponen struktural pada struktur tematik (tema dan rema) dan struktur maklumat (latar- baharu). Tumpuan dalam komponen pautan pula pada kehadiran kata penghubung dan kata wacana yang tertentu, seperti "maka", "bahawa" dan "bermula", dan fungsinya dalam teks UMSMM. Daripada kajian ini didapati bahawa pengarang cenderung menggunakan ayat kompleks dengan pengaruh tatabahasa Arab, yang ditandai dengan unsur penghubung "dan" yang banyak dalam sesuatu ayat. Dari aspek pautan pula, teks kajian ini memperlihatkan kata wacana yang tertentu, seperti "maka" yang mempunyai beberapa makna yang berbeza mengikut konteks ayat. Dari segi susunan maklumat, teks UMSMM cenderung menonjolkan gaya maklumat latar-baharu. Kajian ini memperlihatkan perbezaan gaya penyampaian teks klasik pada abad ke-17 berbanding dengan gaya bahasa teks moden pada abad ke-21. Implikasi kajian ini memperlihatkan keistimewaan teks UMSMM dari segi pengaruh karya ini dalam masyarakat Islam di Kepulauan Melayu. Kata kunci: komponen tekstual, komponen struktural, komponen pautan, struktur tematik, tema-rema, struktur maklumat, kata wacan

    Analisis Komponen Makna Kata Kerja dalam Slogan Iklan Produk Kecantikan Muka

    No full text
    This study focuses on verbs used in the slogans of facial beauty products. This study employs the componential analysis of meaning theory which was founded by Nida, E.A (1975). The analysis uses binary semantic features [+] and [-] to show the similarities and dissimilarities in components of meaning between verbs. Using these [+] and [-] features, the accuracy of verbs used in the slogan is highlighted. 45 slogans were used in the data. From 45 slogans, 66 verbs were found to have been used. Analysis shows two types of verbs labelled either as verbs with specific function and general verbs. Verbs with specific function refers to verb used with collocations while those without are general verbs. Analysis shows that only five verbs (7.6 percent) are verbs with specific function while 61 (92.4 percent) of the verbs relating to facial beauty products were general verbs. Keywords: verbs with specific function, general verbs, collocation, semantic features, synonymsKajian ini berfokus pada kata kerja yang digunakan dalam slogan kecantikan muka. Kajian yang dilakukan ini mengaplikasikan teori analisis komponen makna yang dipelopori oleh Nida, E.A (1975). Dengan menggunakan fitur makna binari [+] dan [-], komponen makna kata kerja diberikan fitur makna bagi melihat persamaan dan perbezaan antara kata kerja yang dianalisis. Dengan pemberian fitur ini [+] dan [-], ketepatan makna kata kerja yang digunakan akan dapat diperlihatkan. Terdapat 45 slogan data. Daripada 45 slogan tersebut terdapat 66 kata kerja yang dianalisis. Dapatan analisis memperlihatkan dua jenis kata kerja yang digunakan dalam slogan ini dan dilabelkan sebagai kata kerja yang bersifat spesifik fungsinya dan kata kerja yang bersifat umum. Kata kerja yang bersifat spesifik fungsinya dirujuk sebagai kata kerja yang berkolokasi dalam lingkungannya manakala yang bersifat umum sebagai sebaliknya. Analisis menunjukkan hanya lima kata kerja, iaitu 7.6 peratus yang bersifat spesifik sementara 61 kata kerja, 92.4 peratus, bersifat umum digunakan dalam slogan kecantikan muka. Kata Kunci: kata kerja spesifik, kata kerja umum, kolokasi, fitur makna, sinoni

    Penyakit Berjangkit: Isu Kesihatan Awam dalam Aspek Sekuriti

    No full text
    Peoples always assumed that the issue of infectious disease was only a social issue which inflicted to a small number of people in the society or to those who were specially infected. Peoples will never deem to expect that the unimportant issue of infectious disease will able to disrupt the human health as well as affecting the national security. In this aspect, the emergence of infectious disease ignores geographical boundaries where most of the countries in the world will suffer the threats of infectious disease as a disaster. Health issue becomes a global issue and at the same time it involves the issue of national security. All sorts of conflicts will arise when people in the society will blame the responsible authority for the failure of controlling and preventing the infectious diseases. The questions to be analyzed: whether the recent existence of infectious disease could threaten the national security or just a social issue per se? If it is a need to protect the people, whether the law is responsible in performing the protection and control of infectious diseases and at the same time able to protect the national security from the threat of infectious diseases? Keywords: Infectious diseases, public health, security, disaster, lawsUmum menganggap bahawa isu penyakit berjangkit hanya satu isu sosial yang melibatkan sebilangan kecil populasi manusia atau segelintir individu yang dijangkiti sahaja. Walau bagaimanapun, isu penyakit berjangkit yang dianggap remeh ini berkeupayaan menggugat tahap kesihatan sekali gus menjejaskan sekuriti negara. Dalam aspek ini, kemunculan penyakit berjangkit tidak mengenal batas sempadan dan geografi. Isu kesihatan menjadi satu isu global dan pada masa yang sama melibatkan isu sekuriti negara. Pelbagai konflik akan tercetus akibatnya masyarakat akan menyalahkan pihak yang bertanggungjawab dalam pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit. Persoalan yang akan dikupas ialah penyakit berjangkit yang melanda adakah boleh mengancam sekuriti negara, atau hanya dianggap sebagai isu sosial semata-mata. Adakah undang-undang dapat berperanan dalam melaksanakan perlindungan dan pengawalan terhadap penyakit berjangkit sekali gus menjaga sekuriti negara daripada ancaman penyakit berjangkit. Kata kunci: Penyakit berjangkit, kesihatan awam, sekuriti, bencana, undang-undang

    Umur Pesalah Kanak-kanak: Ketidakseragaman dalam Enakmen Jenayah Syariah dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di Malaysia

    No full text
    This article elucidates the provisions from two legislations, Syariah Criminal Enactment and Syariah Criminal Procedure Enactment and compares them with the provisions from Syariah law in relation to the determination of the age and the status of child offenders by virtue of opinions from muslim or fiqh scholars. Such an approach is employed to determine whether both provision are in compliance with the Syariah. The findings however reveals that there is a lacunae in the Islamic legislation pertaining to this issue. Therefore there is a need to reassess and reexamine the existing provisions of law. The analysis shows that the requirement of "baligh" (puberty) in the Syariah Criminal Law Enactments is streghtened by the khilaf of muslim scholars relating to the issue.The determination of the age of young offender in the Syariah Criminal Procedure Enactments in Malaysia as a person who must be above the age of ten but below the age of sixteen, can still be disputed if reference is made to the age of "baligh". Keywords: child offender, young offender, puberty, syariah crimes, Syariah Criminal Procedure.Makalah ini memaparkan peruntukan dua enakmen, iaitu Enakmen Jenayah Syariah dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah dan membandingkan dengan hukum jenayah syariah dari sudut penentuan umur dan kedudukan kanakkanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah syariah melalui pencerakinan pendapat para ulama dan fuqaha Islam. Pendekatan ini bagi memastikan sejauh mana setiap peruntukan yang berbeza tersebut patuh kepada syariah. Daripada penelitian ini didapati terdapat lakuna dalam perundangan jenayah syariah di negeri dalam perkara ini. Oleh itu, timbul keperluan untuk meneliti dan mengkaji semula peruntukan sedia ada. Analisis menunjukkan setiap ketetapan "baligh" dalam peruntukan Enakmen Jenayah Syariah negeri tersebut dikukuhkan oleh pandangan ulama dan fuqaha yang sememangnya juga khilaf dalam perkara ini. Demikian juga ketetapan umur pesalah muda dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah negeri di Malaysia sebagai seseorang yang berumur tidak kurang dari sepuluh tahun dan tidak melebihi 16 tahun, masih boleh dipertikaikan jika merujuk ketetapan baligh tersebut. Kata kunci: pesalah kanak-kanak, pesalah muda, baligh, jenayah syariah, prosedur jenayah syaria

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇