Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Respons Pemikir Dunia Melayu terhadap Modeniti melalui Wacana Sains Islam

    No full text
    This article will examine the relationship between Islam, science and modernity to assess the cultural significance of science in Malaysia and Indonesia, in which the majority of the population are Muslims. The Islamic responses in facing the challenges of modernity are gauged from the thought of selected local and international Muslim scholars. This overview explains how Islamic thinkers attempt to respond to the challenges posed by modernity through the Islamization of scientific discourse, or discourse on Islamic science by using arguments from history and philosophy. Their responses focus on the epistemological aspect in order to provide an assessment and understanding of the complexity that exists in the relationship between Islam, science and modernity. The responses of the Islamic thinkers is based on their more critical attitude towards the adoption of the Western concept of modernity. Keywords: islamization of science, islamic science, modernity, selected Muslim thinkerMakalah ini melihat hubungan antara Islam, sains dan modeniti bagi menilai kepentingan sains dari sudut budaya di Malaysia dan Indonesia, yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam. Respons dalam menghadapi cabaran modeniti ini dilihat daripada dimensi pemikiran pemikir Islam tempatan dan antarabangsa yang terpilih. Gambaran ini menjelaskan usaha pemikir Islam bertindak balas terhadap cabaran yang ditimbulkan oleh modeniti melalui wacana pengislaman ilmu sains atau sains Islam dengan menggunakan hujah sejarah dan falsafah. Respons mereka menjurus kepada aspek epistemologi dalam memberikan kefahaman, penilaian semula dan memahami hubungan yang kompleks antara Islam, sains dan modeniti. Respons pemikir Islam berdasarkan pandangan mereka terhadap penerimaan konsep modeniti Barat yang lebih kritikal. Kata kunci: pengislaman ilmu sains, sains Islam, modeniti, pemikir Islam terpili

    Transisi Kontra Hegemoni dalam Budaya Politik Melayu di Malaysia

    No full text
    Malaysia (formerly known as Malaya) has undergone various political developments resulting in some ethnic polarization and hegemony of the ruling political parties. This has also resulted in civil society having a submissive attitude towards the ruling class. In fact, the "top down" form of governing is considered normal and is widely accepted. However, it can be observed that the sociopolitical scenario is such that old political practices are slowly being abandoned in favour of more open ones. Such a scenario leads towards counter-hegemony. Therefore, this article will deal with the fundamental questions concerning this transition, in which current, more open political practices are pitted against the traditional ones which are more about control and domination. Keywords: hegemony, counter-hegemony, political culture, Malay politicsMalaysia telah melalui proses perkembangan politik yang pelbagai sehingga wujudnya orientasi berasaskan etnisiti serta dominasi oleh parti pemerintah untuk suatu tempoh yang lama menerusi hegemoni politik secara total. Kehegemonian ini menjadi lebih ketara apabila institusi masyarakat sivil seolah-olah merestui serta bertindak submisif terhadap kelas pemerintah, malahan bentuk pemerintahan secara menegak "atas ke bawah" ini dianggap lazim serta dipatuhi secara sukarela. Namun begitu, senario sosiopolitik kini dilihat telah keluar daripada kepompong praktis politik lama kepada bentuk dan amalan yang lebih terbuka serta kurang dominan. Senario ini sekali gus mendorong kepada kontra hegemoni, iaitu amalan yang ternyata berbeza dengan praktis sedia ada. Oleh itu, penulisan makalah ini akan mengupas persoalan fundamental berhubung perkembangan ini yang dilihat sebagai satu bentuk kontradiksi antara praktis keterbukaan politik masa kini dengan unsur politik lama yang bersifat kawal dan dominan. Kata kunci: hegemoni, kontra-hegemoni, budaya politik, politik Melay

    Santau dan Masyarakat Melayu: Analisis dari Perspektif Akidah Islam

    No full text
    Santau has been a practice since long ago. Some of the practices derive from a kind of black magic that was learnt specifically for the benefit of the practitioner and his family. However, the function of santau has altered due to some changes in attitude and in ways of thinking. Nowadays, santau is usually used to destroy and harm other people. Although its application has declined due to increased religious consciousness, it still continues to exist in the Malay community. Therefore, this article tries to describe santau as practiced in Malay society. The area of Santan in the state of Perlis was selected as the location for this research because it has been known to be a focal point for santau and its practitioners. In addition, the purpose of this study is also to examine the religious discussions concerning this practice and aqidah from the perspective of the Qur'an and sunnah. Keywords: santau, black magic, aqidah, Perlis, Malay communityAmalan santau telah dipraktiskan sejak zaman dahulu lagi. Sebahagian daripada amalan tersebut merupakan juzuk daripada ilmu sihir atau ilmu hitam yang pada asasnya dipelajari khusus untuk kepentingan diri dan keluarga. Namun begitu, amalan santau sudah berubah fungsinya disebabkan berlaku perubahan dalam realiti keilmuan, suasana dan cara pemikiran. Keadaan yang berlaku pada masa ini, ilmu santau yang dipelajari untuk merosakkan kehidupan dan menganiayai orang lain. Meskipun, amalan tersebut sudah berkurangan disebabkan kesedaran agama, namun masih lagi wujud dalam masyarakat Melayu. Makalah ini cuba memerihalkan santau dalam kalangan masyarakat Melayu. Kawasan Santan, Perlis dijadikan lokasi kajian kerana pernah menjadi tempat tumpuan ilmu dan pengamalannya. Di samping itu, tujuan kajian juga adalah untuk melihat perbahasan akidah terhadap santau ini menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Kata kunci: santau, sihir, akidah, Perlis, masyarakat Melay

    Weltanschauung dan Manifestasi Kepercayaan Tradisi Etnik di Sarawak

    No full text
    The Weltanschauung and traditional beliefs of ethnic groups in Sarawak, such as the Melanau, Iban and Kedayans is important in their daily life. Their world view is influenced by animistic beliefs that have existed since before the arrival of Islam and Christianity, in which a belief in spirits and the soul is fundamental. The objective of this study is to examine the world view and manifestations of this belief in the traditions of these ethnic communities, as evident through certain ceremonies. This study combines ethnographic approaches and library research. This study has found that even after the arrival of Islam and Christianity, animism is still enshrined in the collective memory of these communities. The Collective memory is thus a part of the cultural heritage of ethnic groups in Sarawak. The Melanau Likow still practise this belief, as well as the Iban, especially those in rural areas, where the practices are more specifically linked to agriculture and festivities. The Makan Tahun ceremony of the Kedayan ethnic group, on the other hand, has undergone a process of islamization in order to suit the new religious beliefs of the Kedayans. Clearly, the dynamics of culture influence world view and modify the manifestation of traditions, which is the main significance of these findings. Keywords: ethnic beliefs, world view, tradition, SarawakWeltanschauung dan kepercayaan tradisi etnik di Sarawak, iaitu Melanau, Iban dan Kedayan memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka seharian. Pandangan dunia mereka dipengaruhi oleh kepercayaan awal, sebelum kedatangan Islam dan Kristian, iaitu animisme yang mempercayai makhluk halus, semangat dan roh, yang menjadi asas kepercayaan masyarakat tradisional. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti pandangan dunia dan manifestasi daripada kepercayaan ini yang mencetuskan upacara tertentu bagi memenuhi tuntutan dan keperluan dalam masyarakat etnik tradisi tersebut. Kajian ini menggabungkan pendekatan etnografi dan kajian kepustakaan. Daripada kajian didapati bahawa selepas kedatangan agama Islam dan Kristian, kepercayaan tersebut masih bersemadi dalam kolektif memori masyarakat tersebut. Kolektif memori tersebut menjadi warisan budaya etnik tersebut di Sarawak. Didapati, masih terdapat Melanau Likow atau pagan yang mengamalkannya. Dalam kalangan etnik Iban pula masih diamalkan terutama di luar bandar lebih tertentu untuk pertanian dan perayaan. Makan Tahun etnik Kedayan pula telah mengalami pengislaman sesuai dengan kepercayaan baharu anutan etnik Kedayan. Ternyata, dinamika budaya mempengaruhi pandangan dunia dan mengubah manifestasi kepercayaan tradisi mereka merupakan signifikasi utama hasil penelitian ini. Kata kunci: kepercayaan etnik, pandangan dunia, tradisi, Sarawa

    Analisis Fonologi Autosegmental dalam Proses Penyebaran Fitur Geluncuran Dialek Melayu Saribas

    No full text
    This study aims to analyse the feature distribution process in the Saribas Malay phonology dialect (SMPD), especially in occuring of glide formation in the vowel sequences when liquids /l,r/ and velar nasal /ŋ/ are in the final position of a word based on autosegmental theory (Goldsmith, 1976, 1990). SMPD data shows that the feature distribution process between segments by taking their features from adjacent segments that resemble the segment. Each segment has a place of articulation and distinctive features that can be distributed onto the adjacent fragment as well as sharing the place of articulation. The default low vowel [a]insertion process occurs when high vowels /i/ and /u/ precede liquids and velar nasal /ŋ/ in the final syllable to form a vowel sequences and thus distributes the glide features from high vowels. This interaction reflects the influences of segmentonto adjacent segment by distributing its feature informing segment with similar identities. Keywords: feature distribution, autosegmental, vowel sequences, glidesKajian ini menganalisis dan menghuraikan penyebaran fitur dalam fonologi dialek Melayu Saribas (DMSbs) dengan mengkhususkan pembentukan geluncuran pada urutan vokal dan kata yang dihadiri oleh konsonan likuida /l, r/ dan konsonan nasal velar /ŋ/ di akhir kata dengan memberikan penjelasan secara teoretis berlandaskan teori autosegmental (Goldsmith, 1976, 1990). Data DMSbs memperlihatkan bahawa proses penyebaran fitur antara segmen dengan segmen bersebelahan dengan mengambil fitur daripada segmen berdekatan supaya menyerupai segmen tersebut. Setiap segmen memiliki titik artikulasi dan fitur distingtif tersendiri yang boleh tersebar kepada penggalan bersebelahan dan menyebabkan segmen bersebelahan berkongsi titik artikulasi yang sama. Proses pembentukan geluncuran dalam DMSbs berlaku selepas proses penyisipan vokal rendah [a] secara default apabila vokal tinggi /i/ dan /u/ mendahului konsonan likuida dan konsonan nasal velar /ŋ/ di akhir kata yang menghasilkan pembentukan urutan vokal, seterusnya mencetuskan proses penyebaran geluncuran daripada vokal tinggi. Proses penyebaran fitur ini menggambarkan kecenderungan segmen untuk menguasai segmen bersebelahan dengan menyebarkan fiturnya dan membentuk segmen yang mempunyai identiti yang serupa dengannya. Kata kunci: penyebaran fitur, autosegmental, urutan vokal, geluncura

    Ulasan Kes: Ganti Rugi dalam Kes Kemalangan Jalan Raya: Bolehkah Dibuat Tuntutan Berganda?

    No full text

    Syarak Mengata Adat Memakai: Tinjauan terhadap Adat Warisan Melayu Perlis dari Perspektif Akidah dan Teori 'Uruf Syarak

    No full text
    Malay community in Perlis is enrich with heritage that includes all the customs in their lives from birth till their death. In general, customs practiced by the Malays of Perlis can be categorized into two, which is customs that are not in conflict with the teaching of Islam and the heritage of customs that is confrant to the teaching of Islam. This study will attempt to examine these two categories with the aim of identifying heritage that can be fitted and the customs that must be abandoned because of the contradiction regarding the Islamic laws and spirit of Islam. In other words, this review will try to figure out the customs with the theory of uruf syara' and its laws. This study will also focus on whether the inherited customs can be categorized as 'uruf by usul fiqh scholar and whether the customs is valid or not in the Islamic teaching. Keywords: adat warisan, akidah, Melayu Perlis, 'urfMasyarakat Melayu di negeri Perlis sememangnya kaya dengan warisan adat istiadat yang meliputi segenap segi kehidupan mereka dari awal kelahiran hinggalah kepada kematian seseorang. Adat istiadat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Perlis ini dapat dikategorikan kepada dua, secara amnya, iaitu warisan adat istiadat yang tidak bercanggah dengan syariat Islam dan warisan adat istiadat yang bercanggah dengan syariat Islam. Kajian ini akan cuba meneliti kedua-dua kategori tersebut dengan tujuan mengenal pasti warisan adat istiadat yang wajar dilestarikan dan warisan adat istiadat yang wajib ditinggalkan lantaran bercanggah dengan kehendak dan agama Islam. Dalam erti kata lain, tinjauan ini akan cuba mengenal pasti kedudukan adat istiadat tersebut dari sudut pandangan perundangan Islam khususnya yang berkaitan dengan teori 'uruf Syarak dari sudut amalan dan hukum-hakamnya. Kajian ini akan melihat sama ada warisan adat istiadat itu dapat dikategorikan dalam persoalan 'uruf berdasarkan ulama Usul Fiqh dan juga mengkaji dari sudut keabsahan warisan adat istiadat tersebut sama ada ia dapat dikategorikan dalam 'uruf yang sahih atau pun fasid menurut ajaran Islam. Kata kunci : adat warisan, akidah, Melayu Perlis, 'uru

    Tari Ritual Kuda Kepang Mabuk: Inisiasi Simbolik Perjalanan Mistik

    No full text
    This article concerning the Kuda Kepang Mabuk (KKM) ritual dance aims to study the phenomenon of trance as a symbolic manifestation of the mystical journey of the dancers during performance. The study was carried out using a qualitative approach and applying ethnographic strategies that focus on the relationship between behaviour and culture. The concept of homo religious in which humans are incomplete at the time of their birth and must undergo initiation in order to change their religious and social status, and thus achieve an altered existence in this world, as put forth by Mircea Eliade, is applied in this study. The study found that the several levels of trance in this ritual have a strong relationship with the metaphysical world. This finding suggests that the KKM ritual dance is still significant in the context of communities that still practise it until today, due to their belief in the need for initiation, although the initiation process has been intermingled with various religious influences. Keywords: ritual, mysticism, Kuda Kepang Mabuk, trance, initiationMakalah ini meneroka tari ritual Kuda Kepang Mabuk (KKM) untuk melihat fenomena trance (mabuk) sebagai manifestasi simbolik perjalanan mistik para penari sewaktu melakukan persembahan. Kajian dilakukan dengan kaedah kualitatif melalui aplikasi strategi etnografi yang menumpu pada hubungan antara tingkah laku dan budaya. Konsep homo religiosus mengikut teori Mircea Eliade diaplikasikan untuk membuktikan bahawa manusia masih belum sempurna sepenuhnya sewaktu dilahirkan. Mengikut teori ini, manusia perlu mengalami upacara inisiasi yang bertujuan untuk mengubah status agama dan sosial seseorang dan seterusnya mengalami perubahan dalam kewujudannya di dunia ini. Kajian mendapati bahawa peranan mabuk dalam ritual ini mempunyai hubungan yang kuat dengan alam ghaib (metafizik) yang melalui beberapa tingkat inisiasi. Penemuan ini menunjukkan bahawa tari ritual KKM masih signifikan dengan konteks masyarakat pengamal kini ekoran kepercayaan mereka terhadap proses inisiasi walaupun telah berbaur dengan pelbagai pengaruh keagamaan. Kata kunci: ritual, mistik, Kuda Kepang Mabuk, mabuk, inisias

    Ulasan Buku: Jenayah Kanak-kanak dan Undang-undang Malaysia

    No full text

    Membisu Seribu Bahasa, Mendusta Seribu Kata: Kesedaran Alam Melayu dalam Kajian Komunikasi di Malaysia

    No full text
    The study and formal education in communication and mass communication in Malaysia have been around for more than four decades. What has been observed is that approaches and contexts in comprehending the communication phenomenon have been studied outside the cultural and societal contexts. By this is meant that it has been far removed from the Malay world. The corpus of communication and its cognates as studied and taught in Malaysian universities has come into being outside of Malay cosmological and cultural contexts. This situation has been reinforced by translations from the English language to Bahasa Melayu that have brought with them certain historical and ideological assumptions foreign to the Malay framework of thought and Malay values. The issue at hand is not the problem of language as such, but the ideology and thought transmitted through it. This paper examines the development of the study of communication in Malaysia. It then offers several approaches with regard to the perspectives and content of research, and the curriculum by way of reexaming several-commonly held assumptions. Keywords: Malay world, language, budi, epistemology, communication, corpus, media, thoughtsKajian dan pendidikan formal komunikasi dan komunikasi massa di Malaysia telah wujud lebih empat dekad lamanya. Pendekatan dan konteks memahami fenomena komunikasi dikaji di luar konteks budaya dan masyarakat terpisah jauh dari Alam Melayu. Korpus komunikasi dan cabangnya seperti yang dikaji dan diajarkan di universiti di Malaysia merupakan korpus yang lahir dari luar budaya dan kosmologi alam dan masyarakat Melayu. Keadaan ini dikuatkan lagi dengan terjemahan bahan-bahan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu yang membawa suatu andaian sejarah dan ideologi yang asing kepada kerangka pemikiran dan nilai Alam Melayu. Persoalannya bukanlah bahasa itu sendiri, tetapi ideologi dan pemikiran yang disalurkan itu. Kertas ini melihat kembali perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia lalu mengemukakan beberapa pendekatan yang membabitkan perspektif dan kandungan kajian dan kurikulum dengan menyoal kembali beberapa andaian yang wujud selama ini. Kata kunci: Alam Melayu, bahasa, budi, epistemologi, komunikasi, korpus, media, pemikira

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇