Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Pelestarian Pertukangan Besi di Pekan Darat Berdasarkan Teori Malakah Ibnu Khadun

    No full text
    This paper will examine the situation with regards to the local knowledge of the skilled blacksmiths in Pekan Darat and discuss the efforts that need to be carried out towards the preservation of the local knowledge, based on the theory of malakah by Ibn Khaldun, a famous figure and renowned scholar in the field of civilization through his monumental work entitled Muqaddimah. This research uses content analysis approach and will analyze the data based on the available literatures. The findings show that training the younger generation to master the skills of the iron craftsmanship and entrepreneurial creativity and marketing knowledge are among the efforts that can be taken to preserve the local wisdom of the Malay heritage. Keywords: Ibn Khaldun; Muqaddimah, iron craftsmanship, the concept of malakah, local knowledge, heritage, Pekan DaratMakalah ini akan membincangkan tentang ilmu kearifan tempatan yang dimiliki golongan "pandai besi" di Pekan Darat. Penulisan ini juga turut membincangkan tentang usaha yang perlu dilakukan ke arah melestarikan warisan ilmu kearifan Melayu ini berdasarkan teori malakah oleh Ibn Khaldun, seorang tokoh tersohor dalam bidang ketamadunan melalui tulisan monumentalnya yang bertajuk Muqaddimah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan berdasarkan penulisan yang ada. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara usaha untuk memelihara dan melestarikan warisan kebijaksanaan dan kearifan tempatan warisan Melayu adalah dengan melatih generasi muda agar menguasai ilmu dan kemahiran dalam seni pertukangan besi di samping mereka juga perlu dilatih dengan ilmu pengetahuan keusahawanan dan kreativiti pemasaran barangan. Kata kunci: Ibn Khaldun, Muqaddimah, seni pertukangan besi, konsep malakah, kearifan tempatan, warisan, Pekan Dara

    Permasalahan Pendatang Asing Tanpa Izin di Malaysia dari Aspek Sosial dan Perundangan

    No full text
    This article will discuss the problems arising from migration trends in Malaysia. The rising number of illegal immigrants has become an acute problem from both social and legal points of view, and must be given due attention by the authorities. The government has begun taking steps to deal with the issue of illegal immigrants in a more efficient manner. Among these is decreasing dependence on foreign workers, and increasing cooperation with sourcing countries, as well as other related parties. Attention should be given to strict two way enforcement at the border areas and the imposition of stringent punishment in accordance with the law for offences relating to illegal immigrants, notwithstanding whether they are illegal immigrants or Malaysian citizens. Keywords: enforcement, illegal immigrants, legislation, migration, social aspectsMakalah ini menyingkap masalah yang timbul hasil daripada trend migrasi yang berlaku di Malaysia. Peningkatan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) menimbulkan pelbagai masalah dalam negara dari aspek sosial dan perundangan yang harus diberikan perhatian serius oleh pihak berkuasa. Pihak kerajaan terutamanya telah melakukan pengawalan strategik untuk menangani isu PATI di Malaysia agar mereka dapat diuruskan dengan cara yang lebih efisien. Antaranya termasuklah mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, meningkatkan kerjasama dengan negara sumber dan juga pihak yang relevan dengan masalah ini. Tumpuan terhadap tindakan penguatkuasaan tegas patut dijalankan di kawasan sempadan negara secara dua hala, dan juga mengenakan hukuman yang berat mengikut lunas undang-undang terhadap kesalahan berkaitan dengan PATI, tanpa mengira sama ada mereka terdiri daripada pendatang asing ataupun warganegara Malaysia. Kata kunci: aspek sosial, migrasi, perundangan, PATI, penguatkuasaan

    Ulasan Buku: Undang-undang dan Pengurusan Sisa Industri di Malaysia dan Eropah

    No full text
    Mohd Bakri Ishak, Undang-undang dan Pengurusan Sisa Industri di Malaysia dan Eropah, 2013

    Perkembangan dan Perubahan Struktur Persembahan Tradisi Gendang Melayu Sarawak

    No full text
    Gendang Melayu Sarawak is one of the Sarawakian Malay art perfomance tradition. The Malay society in Sarawak has made this activity as an entertainment especially during social gatherings. This development has evolved since the coming of Islam in the Island of Borneo. This research aims to study the changes in the development of the tradition. The changes includes the changes in the tradition of performance structure against time. In order for this tradition to live on within the community, the tradition of performance has been passed on from generation to generation. The research method used to find datas are through interviews and participant observation. This research is also conducted diacronically and syncronically where by descriptive analysis is used to discuss in details of the changes that has taken effect on the performance tradition of the Sarawak Malay society. The research findings will provide information and understanding of the performance tradition of the Gendang Melayu Sarawak . Keywords: development, changes, performance structure, tradition, Gendang Melayu SarawakGendang Melayu Sarawak merupakan salah satu seni persembahan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Masyarakat Melayu di Sarawak telah menjadikan aktiviti ini sebagai hiburan terutama dalam majlis keramaian. Persembahan tradisi gendang Melayu Sarawak ini telah mengalami perubahan dan perkembangan sejak kedatangan Islam di Kepulauan Borneo. Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan perkembangan terhadap seni persembahan tradisi bergendang ini. Struktur persembahan tradisi ini telah berubah secara beransur-ansur dari semasa ke semasa. Persembahan tradisi ini telah diturunkan daripada generasi kepada generasi yang lain bagi menghidupkan semula persembahan tradisi ini. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual dan pemerhatian ikut serta. Kajian ini dilakukan secara diakronik dan sinkronik, dan analisis deskriptif digunakan bagi mengkaji, membahas dan menghuraikan dengan lebih jelas tentang perubahan yang berlaku terhadap persembahan tradisi bagi masyarakat Melayu Sarawak. Hasil penyelidikan ini dapat memberi informasi serta pemahaman tentang seni persembahan tradisi Gendang Melayu Sarawak. Kata kunci: perkembangan, perubahan, struktur persembahan, tradisi, gendang Melayu Sarawa

    Kuda dalam Masyarakat di Tanah Melayu pada Era Sebelum Merdeka

    No full text
    The purpose of this article is to analyze the connection between horses and the society in the pre- independence Malaya. The discussion will look at four main questions. The first question is to identify the origin of horses and whether horses are the native animals in the Malay Peninsular. Secondly, to analyze the role and position of horses in the Malay society before the coming of the Europeans. The final question is to examine the extent of changes in the role of horses in the society after the coming of the Europeans. In order to answer these questions, the article will look at the various cultural and historical aspects displaying the connection between the horses and the society. For example, the horse elements in the traditional Malay dance of 'Kuda Kepang'. Apart from that, horse also appear in a number of Malay pantun. According to historical writings, the role of horse became important in the Malay society since the era of the Malacca Sultanate in the 15thcentury. Since then, until the colonial period, the importance of horses was increasing. Horses became major mode of transport for colonial officials before the introduction of modern transports. For In the colonial era, horse racing was introduced as one of the interesting sports. In the beginning of its introduction, this sport was exclusively a social gathering for Europeans officials, Malay elites and Chiense businessmen. In the later years, horse racing has practically become one of ordinary sports activities for all. By using primary and secondary sources, the aim of this article is to chew over this subject. Keywords: horse, Malaya, colonial period, horse racing, elite animalMakalah ini bertujuan menganalisis perkaitan antara kuda dengan masyarakat di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Perbincangan melihat kepada empat persoalan, iaitu mengenal pasti asal usul kuda dan menentukan sama ada kuda merupakan haiwan yang berasal dari Tanah Melayu. Seterusnya meneliti peranan dan kedudukan kuda dalam masyarakat sebelum kedatangan kuasa Barat, dan menentukan perubahan yang berlaku dalam masyarakat selepas kedatangan kuasa Barat. Dalam usaha menjawab persoalan ini, penulisan ini memberikan perhatian kepada pelbagai aspek budaya dan sejarah yang menonjolkan perkaitan antara kuda dalam masyarakat, seperti permainan Kuda Kepang dan pantun Melayu. Dari sudut sejarah pula, kuda didapati memainkan peranan yang signifikan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. Pada zaman kolonial, kepentingan kuda berterusan dan menjadi satu daripada kaedah sistem pengangkutan oleh pegawai kolonial sebelum adanya sistem pengangkutan moden. Ketika itu juga perlumbaan kuda diperkenalkan, dan menjadi sukan yang menarik perhatian masyarakat. Pada awal pengenalannya, sukan ini menjadi tempat pertemuan sosial pegawai British, kalangan bangsawan Melayu dan peniaga Cina. Pada era seterusnya, perlumbaan kuda menjadi sukan yang turut diminati oleh semua golongan. Kata Kunci: kuda, Tanah Melayu, zaman Kolonial, haiwan eli

    Istilah Melayu dan Arab dalam Wacana Muamalat

    No full text
    This study aims to identify the practical social manifestation of muamalat discourse which in the conventional economic system using Fairclough's Critical Discourse Analysis (CDA), and to analyse the textual features that underlie muamalat discourse within the framework of a conventional economic system. The discourse analysis method is used in this study. The text of the Operations Review of the Managing Director of Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) was used for the study. Results shows that social practice employed in muamalat discourse is a courtesy manifested through the use of words/terms. From a lexical aspect, it is revealed that muamalat discourse uses not only uncommon Malay words/terms and original Arabic words in the Malay text but also a combination of Malay-Arabic words/terms. Keywords: muamalat discourse; social practice; Critical Discourse Analysis; conventional economic system frameworkKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti manifestasi praktis sosial wacana muamalat yang dimanfaatkan dalam kerangka sistem ekonomi konvensional menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kirtis Fairclough, dan menganalisis ciri tekstual yang mendasari pembentukan wacana muamalat dalam kerangka sistem ekonomi konvensional. Kajian ini menggunakan kaedah analisis wacana. Teks Ulasan Operasi Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dijadikan sebagai bahan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa praktis sosial yang dimanfaatkan dalam wacana muamalat adalah ihsan yang dimanifestasi melalui penggunaan kata/istilah. Dari segi leksikal pula didapati wacana muamalat bukan sahaja menggunakan kata/istilah Melayu bukan lazim dan kata/istilah Arab tulen dalam teks berbahasa Melayu, malah terdapat juga penggunaan kata/istilah gabungan Melayu-Arab. Kata kunci: wacana muamalat, praktis sosial, analisis wacana kritis, kerangka sistem ekonomi konvensiona

    Roar of the Lion in the Literary Jungles of Nusantara

    No full text
    This article highlights the connection between Malay literature in Singapore and the literature of Malaysia and other nations of Nusantara, the Malay world. It examines effects of the political separation of 9 August 1965 on Malay literature in Singapore. Has separation of almost 50 years truly severed ties between Malaysia and Singapore as far as Malay literature is concerned? Do Malay literary works reflect a divide between the cultures of Malaysia and Singapore? Is there still continuity in the spirit of a common origin? This article attempts to answer these questions through discussion on the developments in a shared literature before 1965, effects and themes of "separation" in the literary works, phases in the development of literature since 1965, as well as patterns of literary connection between Malaysia and Singapore. Keywords: Malay literature in Singapore, classical Malay literature, literary bonds, political separation, roar of the lion, jungles of Nusantara, spirit of common origi

    A Writer's Vision and Creative Process in Retelling the Singapore Story

    No full text
    This paper is a presentation on the vision and creative process of the writer culminating in the production of three novels, namely Memeluk Gerhana (published in English translation as A Song of the Wind), Rawa (Rawa) and Duka Tuan Bertakhta (published in English translation as 1819]). These three novels trace the history of Singapore from the arrival of Raffles on the island up to the 21st century. The aim of the writer was to present an alternative version of history through the retelling of a part of it, and also to present these events something for readers to ponder. Keywords: sense of history, novels, creative process, Memeluk Gerhana, Rawa, Duka Tuan Bertakht

    Kekeliruan Jati Diri Punca Bahasa Bercampur Aduk

    No full text
    Language plays an important role in describing personality and identity of a community, while the Malays are the native speakers of Malay Language. Therefore, the objectives of this study are to examine the Malay language used in social networking such as Facebook and to explore the impact of English on the identity of Malays. A total of 70 Malay respondents were selected, and data was collected through an online questionnaire. Then, the responses to the questionnaire were analyzed quantitatively and qualitatively. The results show that English is a an increasingly strong influence on the Malay language. This is due to confusion in the self-identity of the speakers. Finally, this study is important to give the real picture of the state of the Malay language among Malays in Malaysia. Keywords: code-mixing, code-switching, identity, ethnic Malays, FacebookMakalah ini bertujuan untuk meneliti keupayaan bahasa Melayu dalam komunikasi yang dikendalikan dalam laman sosial Facebook dan untuk meninjau implikasi bahasa Inggeris terhadap jati diri kaum Melayu. Sebanyak 70 orang responden Melayu telah dipilih untuk mendapatkan data melalui soalan soal selidik dalam talian. Jawapan soal selidik dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh bahasa Inggeris semakin menyaingi bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana wujudnya kekeliruan jati diri dalam diri penutur. Akhir sekali, kajian ini penting untuk memberikan gambaran sebenar perihal penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu di Malaysia. Kata kunci: percampuran kod, penukaran kod, jati diri, kaum Melayu, faceboo

    Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013: Tinjauan Awal Kesannya dalam Industri Takaful

    No full text
    Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA) has come into force on 30 June 2013 and it repeals the previous Takaful Act 1984 which has been the backbone of takaful industry for almost thirty years. IFSA aims to promote financial stability and compliance with shariah, in line with the expectation of public as consumers and subscribers of shariah compliant products. The enforcement of IFSA brings various impacts to takaful industry. In light of this background, this article attempts to analyse the salient impacts of IFSA to takaful industry. Based on the provisions of IFSA, takaful industry is currently facing with many challenges to ensure the statutory requirements are met without neglecting the shariah compliant aspect of the operations and activities of takaful operators. Keywords: takaful, shariah, Islamic Financial Services Act 2013, conditional hibahAkta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013 telah memansuhkan Akta Takaful 1984 yang menjadi tunjang industri takaful Malaysia selama ini. Akta baharu ini bertujuan menggalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan syariah seperti yang diharapkan oleh masyarakat selaku pengguna produk patuh syariah. Penguatkuasaan akta baharu ini sudah tentunya memberikan pelbagai impak terhadap industri takaful. Berdasarkan latar belakang ini, makalah ini akan menganalisis kesan yang timbul dengan kemunculan akta baharu ini. Berdasarkan peruntukan di bawah akta baharu, industri takaful berdepan dengan pelbagai cabaran untuk memastikan kehendak undang-undang dapat dipatuhi selaras dengan tuntutan patuh syariah dalam operasi dan aktiviti pengendalian takaful. Kata kunci: takaful, syariah, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, hibah bersyara

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇