Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Fraud in Relation to Unregistered Interest: An Analysis
This article analyses the definition of fraud as an exception to the principle of indefeasibility of title under section 340(2) NLC with special reference to the effect of notice on unregistered interest. An analysis of decided cases regarding court standing as to the position of unregistered parties in Malaysia is also made for a holistic look at the importance of "knowledge or notice" of unregistered interest in the concept of indefeasibility of title according to land law. This article also highlights some proposed solutions for the protection of unregistered interest.
Keywords: fraud, unregistered interest, case analysis, solutions and conclusionMakalah ini memfokuskan isu mengenai takrifan fraud sebagai pengecualian kepada prinsip hak milik tidak boleh disangkal di bawah seksyen 340(2) dengan memberikan penekanan kepada pengaruh notis terhadap kepentingan tidak berdaftar. Analisis terhadap kes yang telah diputuskan oleh mahkamah dan pendirian mahkamah mengenai kedudukan pihak yang mempunyai kepentingan yang tidak berdaftar di Malaysia dilakukan dengan melihat secara holistik tentang pentingnya "pengetahuan atau notis" kepada kepentingan yang tidak berdaftar dalam konsep hak milik tidak boleh disangkal mengikut undang-undang tanah. Penulisan ini mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan bagi melindungi kepentingan yang tidak berdaftar tersebut.
Kata kunci: fraud, kepentingan yang tidak berdaftar, analisis kes, cadangan dan kesimpula
Ownership of University Intellectual Property Resulting from Government Funded Research
Most of the intellectual property generated at universities is the result of research funded by the government. Ownership of intellectual property for government-funded research is originally vested in the government as the benefactor. However, the ownership status of intellectual property has been an impediment to the exploitation of the intellectual property generated at universities and thus has resulted in piles of unused intellectual property from research funded by the government. The implementation of the Bayh Dole Act 1980 by the United States has become a model for many countries whereby the act provides that ownership of intellectual property resulting from government-funded research is vested in the universities as an incentive to boost research and innovation in universities. This article discusses intellectual property ownership rules in Malaysia and then analyses ownership provisions under the Policy of Commercialization of Intellectual Property from R & D funded by the Government of Malaysia in 2009, and makes comparisons with the provisions under the Bayh Dole Act 1980. Implementation of laws relating to ownership of intellectual property from government-funded research is necessary in order to create uniformity for intellectual property rights in Malaysian universities and to ensure smooth process of intellectual property commercialization.
Keywords: ownership, intellectual property, goverment-funded research, universityKebanyakan harta intelek yang dihasilkan di universiti ialah hasil penyelidikan yang dibiayai oleh kerajaan. Hak milik harta intelek bagi hasil penyelidikan yang dibiayai kerajaan pada asalnya terletak kepada kerajaan. Status hak milik ini menyebabkan kesukaran kepada universiti untuk mengeksploitasi harta intelek yang dihasilkan di universiti dan seterusnya menyebabkan longgokan harta intelek hasil penyelidikan yang dibiayai oleh kerajaan yang tidak digunakan dan dieksploitasi. Akta Bayh Dole 1980 yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat telah menjadi contoh kepada kebanyakan negara dengan memberikan hak milik harta intelek hasil penyelidikan yang dibiayai kerajaan kepada universiti sebagai satu insentif kepada universiti untuk meningkatkan penyelidikan dan inovasi di universiti. Makalah ini membincangkan undang-undang hak milik harta intelek di Malaysia dan seterusnya mengkaji peruntukan di bawah Dasar Pengkomersialan Harta Intelek R&D yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia 2009 serta membuat perbandingan dengan peruntukan di bawah Akta Bayh Dole 1980. Pelaksanaan akta berkaitan hak milik harta intelek hasil penyelidikan yang dibiayai kerajaan adalah perlu bagi mewujudkan keseragaman hak milik harta intelek di universiti di Malaysia serta melancarkan pengkomersialan harta intelek hasil inovasi universiti.
Kata kunci: hak milik, harta intelek, hasil penyelidikan dibiayai kerajaan, universit
Perwatakan "Abdulkadir" dalam Dua Cerpen Thai: Suatu Perbandingan
This paper discusses two Thai short stories. The first short story is entitled "Maew Haeng Bukit Krueso" (Cat Hill Krueso) by Kanokpong Songsompant. The second short story is "Chon Saeng Tawan" (The Sun shine) by Narongrit Sagdaronnarong. Both of these stories have similarities in terms of theme and character. The theme of both stories is the violence as a result of conflict in the Malay-Muslim community dominated area of southern Thailand. Both stories featured Abdulkadir as the main character. While sharing the same theme and character, both stories are dealt with in different ways and have a different tone. Significant differences were found in terms of the character presented by both short story writers. This paper analyses the character of Abdulkadir in both short stories.
Keywords: Pattani Malays, southern Thailand, conflict, violence, Abdulkadir, comparative studyMakalah ini membincangkan secara perbandingan terhadap dua cerpen Thai. Cerpen pertama berjudul "Maew Haeng Bukit Krueso" (Kucing Bukit Krueso) oleh Kanokpong Songsompant. Cerpen kedua pula berjudul "Tawan Chon Saeng" (Mentari Memancar Sinar) oleh Narongrit Sagdaronnarong. Kedua-dua cerpen ini mempunyai persamaan dari segi tema dan watak. Tema yang diangkat oleh kedua-dua cerpen ini ialah konflik keganasan yang berlaku di daerah penempatan masyarakat Melayu Muslim selatan Thailand. Kedua-dua cerpen ini menampilkan watak Abdulkadir sebagai watak utama. Dengan tema dan watak yang sama namun cerpen ini diolah dan digarap dalam nada yang berbeza. Perbezaan yang nyata didapati dari segi perwatakan yang ditampilkan oleh kedua-dua cerpenis ini. Makalah ini menganalisis perwatakan Abdulkadir secara perbandingan dalam kedua-dua cerpen ini.
Kata kunci: Melayu Patani, selatan Thailand, konflik, keganasan, Abdulkadir, kajian perbandinga
Penggunaan Azimat Pelaris Perniagaan Menurut Perspektif Akidah Islam
The phenomenon of using lures among Malay traders is very widely seen. The types of lure focused on in this article are lures that have some mystical features involving the supernatural, and those of local knowledge known only to a few practitioners. For example, the use of amulets, talismans, ibu duit (lit."money mother", i.e. money multipliers), wafaq (mystical diagrams) and images of pious people which are popular lures. This article aims to examine the phenomenon of lures by using the Islamic faith as a tool to analyse whether the use of such conflict with Islamic teachings. A literature review was conducted to obtain data on the perspective of the Islamic faith towards lures, while a field study involving interviews and observations of informants and business premises in the northern region of Peninsular Malaysia. The study found that there are some Malay traders who still use the lures such as wafaq, amulets, and images of pious people. They believe that such lures will bring in good business. The study also found that believing in the power of lures without bearing in mind that Allah is the Provider may lead to the sin of shirk (believing in a power other than Allah).
Keywords: lure, Malay traders, aqidah, wafaq, amuletsFenomena penggunaan pelaris dalam kalangan peniaga Melayu dilihat amat meluas. Pelaris yang menjadi tumpuan perbahasan dalam makalah ini ialah pelaris yang mengandungi ciri mistikal yang melibatkan alam ghaib dan ilmu kearifan tempatan yang hanya diketahui oleh segelintir pengamalnya. Sebagai contoh, penggunaan azimat, tangkal, "ibu duit" dan wafak serta gambar orang soleh yang dianggap mempunyai kuasa melariskan perniagaan mereka. Makalah ini bertujuan mengkaji fenomena penggunaan pelaris tersebut dalam kalangan peniaga Melayu dengan menjadikan akidah Islam sebagai kayu ukur bagi menganalisis sama ada penggunaan pelaris tersebut bercanggah atau tidak dengan ajaran Islam. Kajian kepustakaan dilakukan bagi memperoleh data mengenai perspektif akidah Islam terhadap pelaris, manakala kajian lapangan yang melibatkan temu bual dan pemerhatian dilakukan terhadap informan kajian di premis perniagaan di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat segelintir peniaga Melayu yang masih menggunakan pelaris daripada jenis wafak, azimat dan gambar orang soleh. Mereka mempercayai pelaris ini dapat melariskan perniagaan yang diusahakan mereka. Kajian juga mendapati bahawa kepercayaan terhadap pelaris semata-mata tanpa menghubungkan bahawa hakikat yang memberi rezeki ialah Allah dapat menjejaskan akidah Islam dan membawa kepada dosa mensyirikkan Allah.
Kata kunci : azimat pelaris, peniaga Melayu, akidah, wafak, tangka
Cabaran dalam Usaha Membangunkan dan Melaksanakan Modul Pemulihan dalam Penjara untuk Pesalah Jenayah Syariah
This article presents the experience of developing and implementing rehabilitation modules in prisons. Reference is made to documents and activities relating to rehabilitation modules and observations of the implementation of such modules. Information from the statistics unit of the Prisons Department of Malaysia is also referred to. Reference to rehabilitation programmes conducted by the Prisons Department of Malaysia will reveal the planning of activities related to the treatment and rehabilitation of the inmates' physical, mental, attitudinal, moral and spiritual aspects. The development of the modules takes into account education and guidance for shariah offenders.
Keywords: prison, offenders, rehabilitation modules, shariah courtsMakalah ini membentangkan pengalaman dalam membangunkan dan melaksanakan modul pemulihan dalam penjara. Rujukan dibuat kepada dokumen dan aktiviti berkaitan dengan modul pemulihan serta pemerhatian pelaksanaan modul tersebut. Selain itu, maklumat daripada unit statistik Jabatan Penjara Malaysia juga dirujuk. Rujukan kepada program pemulihan di Jabatan Penjara Malaysia akan menunjukkan perancangan aktiviti rawatan dan pemulihan fizikal, mental, sikap, akhlak dan rohani. Pembangunan modul yang mengambil kira pendidikan dan bimbingan untuk pesalah yang dihukum oleh mahkamah sivil ini dilihat bersesuaian untuk pesalah jenayah syariah.
Kata kunci: penjara, pesalah jenayah, modul pemulihan, mahkamah syaria
Langkasuka dan Patani dalam Persuratan Melayu: Perbahasan terhadap Tarikh Fathani
The existence of Langkasuka and Pattani in history has long been a subject of research by scholars, particularly in relation to being among the earliest civilizations in Southeast Asia. Part of the study is derived from the record of travelers from China, India, Arabia and Europe to the Malay world in the past. However, local communities also possess unique information about the history and origins of Langkasuka and Pattani, including information gleaned from their oral tradition and from their literature. Some of the written material has been published as Hikayat Patani (The Story of Pattani) and Hikayat Merong Mahawangsa (The Tale of Merong Mahawangsa),while some material still exists in the form of Jawi manuscripts, which have not yet been discussed in detail. Preliminary research suggests that information from the local communities has a variety of similarities and differences, as compared to other sources, and this may lead to discussions that are critical to their existence. This paper will discuss Tarikh Fathani (The History of Pattani), which was produced by Sheikh Faqih Ali bin Muhammad bin Shafiuddin in Pattani around the 17th century. The appearance of Tarikh Fathani has led to new insights concerning the origins of Langkasuka and Pattani, which are interesting to talk about, and which could at the same time strengthen or lead to the questioning of the relevance of Malay manuscripts as sources of the socio-cultural history of the nation.
Keywords: Tarikh Fathanni Langkasuka, Pattani, Jawi manuscriptsSejarah kewujudan Langkasuka dan Patani telah lama menjadi bahan penelitian para sarjana, khususnya dalam hubungan sebagai salah sebuah tamadun awal di Asia Tenggara. Sebahagian daripada kajian bertitik tolak daripada catatan para pengembara China, India, Arab dan Eropah yang pernah sampai ke Alam Melayu pada masa silam. Walau bagaimanapun, masyarakat tempatan turut mempunyai maklumat yang tersendiri tentang sejarah dan asal usul Langkasuka dan Patani, termasuk yang bersumber daripada tradisi lisan dan persuratan. Sebahagian daripada hasil persuratan telah pun diterbitkan sebagai Hikayat Patani dan Hikayat Merong Mahawangsa, dan sebahagiannya masih wujud dalam bentuk manuskrip Jawi yang belum banyak dibicarakan lagi. Penelitian awal mendapati, maklumat daripada masyarakat tempatan mempunyai pelbagai persamaan dan perbezaan berbanding dengan sumber yang lain, dan hal ini mengundang perbahasan yang kritis terhadapnya. Makalah ini membahaskan Tarikh Fathani yang telah dihasilkan oleh Syeikh Faqih Ali bin Muhammad bin Shafiuddin di Patani sekitar abad ke-17 yang lalu. Kewujudan Tarikh Fathani telah mencetuskan beberapa pandangan baharu tentang asal usul Langkasuka dan Patani yang menarik untuk dibicarakan, sekali gus dapat memperkukuh atau mempersoalkan kerelevanan naskhah Melayu sebagai sumber sejarah sosiobudaya bangsa.
Kata kunci: Tarikh Fathani, Langkasuka, Patani, manuskrip Jaw
Wasilah Ibrah dan Tarbiah dalam Kuasa Kata dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara
The relationship between teaching and educating is significant in the impression of life. It is not merely a subject in the school syllabus, or components extracted from the process of reading a literature text. In fact, these two elements, ibrah (learning) and tarbiyah (teaching) according to the Islamic perspective have a more extensive meaning in order to build a stronger society. It is found that these elements, ibrah and tarbiyah, form a strong bond in developing the core values of life and society. Thus, this article is an explanation on the approaches of ibrah and tarbiyah in the memoir by Mahaya Md. Yassin titled Kuasa Kata dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara. This article describes the significance of the approaches of ibrah and tarbiyah in the literary work mentioned, in which the relationship between human beings with one another (hablmin al-Nas) and the relationship of humans with The Creator (habl min Allah) are advocated. Based on this study, it is clear that the author includes four approaches of ibrah and tarbiyah in her writing, i.e. concerning family, career, work and leadership, to support her message. This study also shows that the memoir is a valuable form of information and a guide to learning and teaching for all concerned.
Keywords: wasilah, ibrah and tarbiyah, literature text, memoirPeri pentingnya hubungan antara pengajaran dan pendidikan dalam relung kehidupan, bukan sekadar suatu bahan dalam mata pelajaran atau sukatan persekolahan, atau unsur yang diperoleh dalam teks kesusasteraan dalam proses pembacaan. Dua elemen ini, iaitu ibrah (pengajaran) dan tarbiah (pendidikan) dalam perspektif Islam mempunyai maksud yang lebih lebar pengungkapannya bagi membangunkan keutuhan masyarakat. Didapati kedua-dua elemen ini, ibrah dan tarbiah sebagai satu paduan kukuh untuk membentuk nilai luhur dalam kehidupan dan kemasyarakatan. Oleh itu, makalah ini memperkatakan tentang wasilah ibrah dan tarbiah dalam tulisan memoir Mahaya Md. Yassin, Kuasa Kata dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara. Makalah ini memperlihatkan kepentingan wasilah ibrah dan tarbiah dalam karya terbabit yang mengajukan hubungan manusia dengan manusia (habl min al-Nas) dan hubungan manusia dengan Yang Maha Pencipta (habl min Allah). Berdasarkan kajian jelas menunjukkan bahawa pengarang mengungkapkan empat wasilah ibrah dan tarbiah dalam tulisannya, iaitu dalam keluarga, kerjaya, karya dan kepimpinan sebagai sandaran perutusan yang bermanfaat buat khalayak pembaca. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa buku memoir berguna sebagai panduan dan pedoman dalam menggalurkan ibrah dan tarbiah buat semua.
Kata kunci: wasilah, ibrah, tarbiah, teks kesusasteraan, memoi
Kuasa dan Peranan Polis dalam Penguatkuasaan Jenayah Syariah
The police force is the biggest enforcement agency in Malaysia. It is a federal agency. Thus, the question arises as to the extent of the powers of the police force to enforce the shariah. This question arises because the shariah is a state matter. There is no constitutional impediment for the police to enforce the shariah for offences. Similarly, there is no such impediment in the Police Act. Although there is no specific provision for the powers and role of the police in enforcing the shariah, the Police Act contains general provisions for the police to carry out powers as specified by any recognized law. Laws on shariah criminal procedure have made clear provisions concerning the powers and role of the police in enforcing laws on shariah offences.
Keywords: police, enforcement, shariah offences, federation, procedurePasukan polis merupakan agensi persekutuan dan penguat kuasa undang-undang terbesar negara. Oleh itu, persoalan timbul berkaitan dengan punca kuasa dan kuasa pasukan polis untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah. Hal ini demikian kerana undang-undang syariah merupakan urusan negeri. Daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, didapati tiada halangan Perlembagaan Persekutuan untuk pasukan polis menguatkuasakan jenayah syariah. Begitu juga dengan peruntukan Akta Polis. Walaupun tiada peruntukan khusus mengenai kuasa dan peranan polis untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah, Akta Polis mempunyai peruntukan umum dalam melaksanakan apa-apa kuasa yang diberikan oleh undang-undang yang sah. Setelah diteliti prosedur jenayah syariah didapati bahawa undang-undang tersebut mempunyai peruntukan yang sangat jelas mengenai kuasa dan peranan polis dalam pelaksanaan undang-undang jenayah syariah.
Kata kunci: polis, penguat kuasa, jenayah syariah, persekutuan, tatacar
Sejarah Terjemahan Karya Melayu di China
This paper discusses the history of the development of the translation of Malay works in China. Translations of Malay works published in China are first identified and then analysed by leveraging on the translation history approach by Pym (1998) and the bibliometric analysis method. In the period from 1985-2013, a total of seven Malay works from various literary genres were translated and published in China. Although not many in number, the total number of printed copies reached 20 000 nonetheless. This figure shows that Malay literature is relevant in the Chinese market. The translation industry of Malay works in China does not only depend on the collaboration of agencies in Malaysia, but China's own publication companies also take proactive measures. Better planning and a more active joint venture between Malaysia and China are crucial to the internationalizing of the Malay language and culture through translation.
Keywords: Malay-Chinese translation, Malay literature, translation historyMakalah ini membincangkan sejarah perkembangan terjemahan karya Melayu di China. Buku terjemahan karya Melayu yang diterbitkan di China dikenal pasti dan kemudian dianalisis dengan memanfaatkan pendekatan sejarah terjemahan Pym (1998) dan kaedah analisis bibliometrik. Dalam tempoh 1985-2013, sebanyak tujuh buah karya Melayu daripada pelbagai genre sastera telah diterjemahkan dan diterbitkan di negara China. Walaupun bilangannya tidak banyak, namun jumlah cetakannya mencecah 20 000 naskhah. Angka ini menunjukkan bahawa sastera Melayu masih relevan dalam pasaran China. Industri terjemahan karya Melayu di China tidak hanya bergantung pada usaha sama daripada agensi di Malaysia, malah syarikat penerbitan China sendiri turut mengambil langkah proaktif. Perancangan yang lebih teratur dan usaha sama antara Malaysia-China yang lebih giat amat penting untuk menghasilkan sinergi yang lebih berkesan dalam pelan pengantarabangsaan bahasa dan budaya Melayu melalui perterjemahan buku di China.
Kata kunci: terjemahan bahasa Melayu-bahasa Cina, karya sastera Melayu, sejarah terjemaha