Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Pencarian Paradigma Baharu Wanita Melayu: Apa yang Dapat Dipelajari daripada Kesusasteraan?

    No full text
    Paradigms according to science and epistemology describe distinct concepts of thought patterns. For the purpose of this paper we have to understand gender paradigm. According to Gamble, a paradigm is a belief structure about the ways men and women should act and the roles they should perform. The Malaysian gender paradigm is very much controlled by religion and culture. The paradigm has shifted through time, but is the shift significant? Basically the Malay woman in Malaysia is controlled by culture and Islam. These are two prominent factors that influence her life and her interaction with fellow women, men and society. The paradigm used to be that women were weak, not as smart as men, could not lead, and were destined to be homemakers even if they were educated. An old saying goes, a woman's place is in the kitchen, no matter how highly educated she is. This paradigm has not been challenged by women, especially by romance novel writers as will be discussed in this paper. This paper analyses two Malay novels, Tak Seindah Mimpi by Sharifah Abu Salem and Adam dan Hawa by Aisya Sofea, and looks at how the gender paradigm is portrayed vis-à-vis these two novels using the feminist theory. Keywords: new paradigm, Malay woman, romance novel, feminist theory, gender roleParadigma berdasarkan sains dan epistemologi menerangkan konsep pemikiran tertentu. Dalam kajian ini yang perlu difahami ialah paradigma gender. Menurut Gamble, paradigma ialah struktur kepercayaan mengenai cara lelaki dan wanita sepatutnya bertindak, dan peranan yang harus mereka laksanakan. Paradigma gender di Malaysia amat dikawal oleh agama dan budaya. Paradigma ini mengalami perubahan dengan berlalunya masa, tetapi adakah peralihannya signifikan? Pada dasarnya dua faktor utama yang mempengaruhi interaksi antara sesama wanita, dengan lelaki dan masyarakat. Paradigma lama menampilkan wanita bersifat lemah, tidak sebijak lelaki, tidak boleh memimpin, dan telah ditentukan sebagai suri rumah meskipun mereka berpelajaran. Pesan orang tua-tua, walau setinggi mana pelajaran seseorang wanita itu, tempatnya masih di dapur. Paradigma ini dicabar oleh wanita terutamanya penulis novel roman yang akan dibincangkan dalam makalah ini. Makalah ini menganalisis dua novel Melayu, Tak Seindah Mimpi oleh Sharifah Abu Salem dan Adam dan Hawa oleh Aisya Sofea. Tumpuan penelitian terhadap paradigm gender yang dipaparkan dalam kedua-dua novel ini menggunakan teori feminis. Kata kunci: paradigma baharu, wanita Melayu, novel roman, teori feminis, peranan gende

    Penggunaan Garis Panduan dan Etika dalam Penambahbaikan Perjalanan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Kesalahan Syariah

    No full text
    The implementation of shariah criminal law in Malaysia, like any other laws; necessitate the legal enforcers to be knowledgeable about the laws and the ways how the laws are applied. However, the enforcement and prosecution of shariah criminal law in Malaysia are facing the problem where the legal enforcers are from mix backgrounds as far as their knowledge is concerned; some of them are of legal background, while others are from non legal background. This is more apparent from amongst the legal enforcers from the religious enforcement unit where their appointment does not condition the need to have a legal background. This has caused a mere understanding of the provisions in the acts and enactments and most of the time, it contributes to misunderstanding in interpreting the laws. After so many critics made due to the failure that occurred in carrying out the operations in enforcing the Shariah criminal law, the formation of sets of guidelines is viewed as a way to solve the problem relating to the misunderstanding among the legal enforcers. This is because, one of the characteristics of the guidelines is that the elaboration is structured so to enable understanding even if it is read by the public. Keywords: guidelines, ethics, enforcement, prosecution, syariah offencesPelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia, seperti juga pelaksanaan undang-undang lain memerlukan pengetahuan para pelaksananya mengenai undang-undang. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan dan pendakwaan undang-undang syariah di Malaysia terdiri daripada para pelaksana yang mempunyai latar belakang yang bercampur. Sesetengahnya berlatarbelakangkan undang-undang, manakala yang lain berlatarbelakangkan bidang lain. Hal ini lebih ketara dalam kalangan para penguat kuasa undang-undang jenayah syariah yang lantikan skimnya tidak mensyaratkan keperluan bagi seseorang itu berlatarbelakangkan undang-undang. Oleh itu pemahaman terhadap peruntukan dalam akta dan enakmen berkenaan dengan jenayah syariah tidak dikuasai. Hal ini selalunya menyebabkan salah faham dalam menginterpretasikan undang-undang. Selepas kritikan demi kritikan dibuat hasil kegagalan dalam pelaksanaan operasi pencegahan jenayah syariah, pembentukan beberapa garis panduan berkaitan tindakan penguatkuasaan khususnya dilihat dapat mengurangkan masalah berkaitan ketidakfahaman pelaksana undang-undang jenayah syariah. Hal ini demikian kerana salah satu ciri garis panduan ini, aturan dan susunan penerangan dirangka bagi memudahkan kefahaman pembacanya, hatta kepada orang awam sekalipun. Kata kunci: garis panduan, etika, penguatkuasaan, pendakwaan, kesalahan syaria

    Konflik Melayu Patani dengan Pihak Berkuasa Thailand: Kajian Strategi Retorik dalam Laman Sesawang

    No full text
    Political conflict between the Pattani Malays and the Thai government dates back to the 16th century. The "siamisation" policy intensified this conflict. Since then, despite several attempts to resolve this situation, whether through military action or negotiation, have been made and yet all efforts to end this conflict have failed. The approaches to end the conflict have undergone modifications in line with the demands of time and circumstance. Today, the conflict has entered a new phase whereby the new media has become a mechanism for both parties to give their views on the conflict. What are the issues being discussed in the new media? What are the strategies used to influence this wide and varied audience? This research is based on web studies, i.e. a textual analysis combining discursive and rhetorical as well as cultural analysis. The study finds that views concerning history, violence, death, hatred, and economic as well as social destruction as a result of the conflict are aired on the websites and blogs studied in this research. Views concerning the political conflict between the Pattani Malays and the Thai authorities are presented using the rhetorical strategies employing the rhetorical devices pathos, ethos and logos. Keywords: political conflict; Pattani Malays; web studies; rhetorical strategiesKonflik politik antara Melayu Patani dengan kerajaan Siam-Thai (Thailand) telah bermula semenjak abad ke-16 lagi. Dasar "siamisasi" telah menyemarakkan lagi konflik politik ini. Konflik ini berlanjutan dengan beberapa pendekatan untuk menyelesaikannya sama ada secara bersenjata ataupun melalui perundingan oleh kedua-dua belah pihak yang terlibat tetapi masih gagal. Kaedah penyelesaian sentiasa berubah mengikut tuntutan keadaan dan masa. Pada hari ini konflik berkenaan memasuki era media baharu yang lebih terbuka. Media baharu ini menjadi alat untuk menyuarakan pandangan mereka tentang konflik politik yang terjadi. Tujuan kajian adalah untuk meneliti bagaimana media baharu dimanfaatkan untuk menyuarakan pandangan mereka tentang konflik yang terjadi dan apakah strategi yang digunakan untuk mempengaruhi masyarakat yang rencam dan luas itu? Kajian ini merupakan kajian sesawang yang berasaskan analisis tekstual yang menggunakan analisis diskursif dan retorikal, serta budaya. Kajian ini mendapati bahawa pandangan yang berkaitan dengan sejarah, kekejaman, kematian, kebencian dan kemusnahan ekonomi dan sosial kesan daripada konflik yang terjadi mendapat tempat dalam laman sesawang dan laman blog yang dikaji. Strategi retorik patos, etos dan logos telah digunakan untuk mengemukakan pandangan mereka tentang konflik politik antara Melayu Patani dengan pihak berkuasa Siam-Thai. kata kunci: konflik politik, Melayu Patani, kajian laman sesawang, strategi retori

    Di Manakah Kita dalam Pemantapan Pentadbiran Keadilan Jenayah Syariah?

    No full text
    With the amendment of Article 121(1A) of the Federal Constitution, many considered the shariah courts to have been given more powers. Civil courts were also thought to no longer be able to intervene in matters decided by the shariah courts. However, with regard to criminal matters, the courts are still limited to the punishment of 5:3:6, namely, a fine of not more than RM5000 or imprisonment not more than 3 years, or 6 lashes. This article examines the power given to the shariah courts, and the effects on the development of the administration of shariah criminal justice and related agencies. Some suggestions are made to improve and to reinforce the Islamic administrative, judicial, prosecutory and enforcement institutions. Keywords: Federal Constitution, enforcement of shariah laws, shariah courts, civil courtsSelepas pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, ramai yang beranggapan bahawa mahkamah syariah telah diberi kuasa yang lebih luas daripada sebelumnya, kerana tidak lagi berada di bawah mahkamah sivil. Mahkamah sivil juga dikatakan tidak akan campur tangan dalam perkara yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah. Walau bagaimanapun dari segi pelaksanaan bidang kuasa jenayah, mahkamah syariah masih lagi terbatas dengan hukuman 5:3:6, yakni denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan (syariah) tidak lebih enam kali sebatan. Makalah ini meneliti kuasa yang diperuntukkan kepada mahkamah syariah, dan kesannya terhadap perkembangan pentadbiran keadilan jenayah syariah dan agensi yang berkaitan dengannya. Beberapa cadangan penyelesaian dikemukakan bagi mempertingkatkan dan memperkasakan institusi pentadbiran, kehakiman, pendakwaan dan penguatkuasaan Islam. Kata kunci: Perlembagaan Persekutuan, penguatkuasaan undang-undang syariah, mahkamah syariah, mahkamah sivi

    Ulasan Kes: Dato' Seri Anwar bin Ibrahim lwn Pendakwa Raya & Rayuan Lain

    No full text

    Budaya Jepun dalam Sastera Melayu Moden: Pengalaman dan Pengamatan Pengarang Melayu

    No full text
    This article aims to examine the beauty of the values still adhered to in Japanese society as traceable in creative works based on the experiences and observations of Malay writers. Values such as beauty, silence, refinement, internal strength and civilized living have been adapted from the ontological transformations and pathetic beauty inherited from the glory days of Matsuo Basho (1644-1694) and Yasunari Kawabata (1899-1972). This study draws on the cultural studies theory of Chris Barker. The discussion is centred on the experiences of several Malay writers who have fictionalized their experiences of life in Japan. Muhammad Haji Salleh follows Basho's footsteps and is inspired by a love for nature and the soul and character of the Japanese, as recorded in his poems in the anthology Salju Shibuya (The Snows of Shibuya), while Arena Wati delves into the national pride and social history of the Japanese and Malays in his novel Sakura Mengorak Kelopak (The Sakura Sheds its Petals), and Abu Yazid Abidin shares the ups and downs of immigrant Malays in Japan in his own novel, Sejuk-sejuk Tokyo (Frosty Tokyo). Keywords: Japanese culture, modern Malay Literature, Malay writers, experience, observationMakalah ini bertujuan untuk melihat keindahan nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Jepun sebagai gaya hidup yang dapat dikesan menerusi karya kreatif hasil pengamatan dan pengalaman pengarang Melayu. Nilai keindahan, kesunyian, kehalusan, semangat dalaman, kesantunan gaya hidup yang diamalkan merupakan adaptasi daripada unsur transformasi ontologikal dan keindahan patetik yang diwarisi sejak zaman keagungan Matsuo Basho (1644-1694) dan Yasunari Kawabata (1899-1972). Penelitian ini disandarkan pada teori kajian budaya yang disarankan oleh Chris Barker. Perbincangan bertunjangkan pengalaman yang pernah dilalui oleh beberapa orang pengarang Melayu yang pernah mengilhamkan pengalaman hidup mereka sewaktu berada di Jepun. Muhammad Haji Salleh mengilhami rasa percintaan alam, jiwa dan budi bangsa Jepun dengan mengikut langkah Basho menerusi puisinya dalam antologi Salju Shibuya, Arena Wati menyelami maruah bangsa, sejarah sosial bangsa Jepun dan Melayu dalam novel Sakura Mengorak Kelopak, dan Abu Yazid Abidin berkongsi rencah hidup orang Melayu di perantauan daerah Jepun dalam Sejuk-sejuk Tokyo. Kata kunci: budaya Jepun, sastera Melayu moden, pengarang Melayu, pengalaman, pengamata

    Tanggapan Baharu Taman Botani: Dimensi Manusia oleh Alam dalam Puisi Pilihan Muhammad Haji Salleh

    No full text
    Botanic gardens have not changed much from the day they were established until today. Generally, a botanic garden is devoted to the collection, cultivation and display of a wide range of plants. In principle, its role is to maintain a documented collection of living plants for the purpose of scientific research, conservation, display and education. However, one of the major functions of botanic gardens is being ignored, that is, to instil and generate the sense of oneness between man and nature. Basically, man is inclined to destroy nature rather than preserve it for commercial reasons. Efforts to curb this problem have not been successful. Educational programmes conducted by botanic gardens to educate visitors with scientific information regarding nature have not been adequate. They have neglected the human dimension of nature which is so important in developing a sense of oneness between man and nature. Where and how to derive the human dimension from? This paper will explore the human dimension of plants as discovered in poetry written specifically about the human dimension to reveal the closeness between man and nature. Muhammad Haji Salleh, a well-known Malaysian poet, has written poems about plants that are common in tropical botanic gardens. Textual analysis has been used to study the poems and has uncovered the human dimension in them. This discovery gives insight into a new model of botanic gardens as the manifestations of botany (science of plants) and poetry, thus providing the human dimension absent in previous models. According to this new model, then, botanic gardens have a new role to play in providing the educational programmes for the public. Keywords: poem, human dimension, botanic garden, natureSejak dahulu hingga ke hari ini, taman botani tidak banyak berubah dari segi fungsinya. Umumnya, taman botani memberi tumpuan pada koleksi, kultivasi dan pameran pelbagai jenis tumbuhan. Pada prinsipnya, taman botani berperanan memelihara koleksi tumbuhan hidup bagi tujuan penyelidikan saintifik, konservasi, pameran dan pendidikan. Walau bagaimanapun, salah satu fungsi taman botani telah diabaikan, iaitu menanam dan memberi kesedaran tentang kesatuan antara manusia dan alam. Atas alasan komersial, manusia cenderung untuk memusnahkan alam daripada memeliharanya. Usaha mengawal masalah ini masih belum berjaya. Program pendidikan yang berasaskan informasi saintifik yang dilaksanakan oleh taman botani untuk mendidik para pengunjungnya didapati tidak mencukupi. Dimensi manusia yang ada pada alam yang menjadi satu aspek penting kepada penyatuan manusia dengan alam telah diabaikan. Di mana dan bagaimana untuk mendapatkan dimensi manusia itu? Makalah ini meneroka dimensi manusia yang ada pada tumbuhan khususnya pokok melalui puisi-puisi yang dicipta oleh Muhammad Haji Salleh, seorang penyair terkenal di Malaysia yang telah menghasilkan puisi yang berkaitan dengan pokok-pokok yang terdapat di taman botani tropika. Analisis teks telah digunakan untuk mengkaji puisi-puisi Muhammad Haji Salleh itu. Kajian dapat membuktikan bahawa wujud dimensi manusia dalam puisi-puisinya. Dapatan ini telah memberikan satu wawasan baharu tentang satu model taman botani yang menjalinkan antara botani (science of botany) dengan puisi. Dengan demikian, model baru ini memberikan dimensi manusia kepada taman botani yang tiada dalam model-model taman botani yang ada sekarang. Dengan model yang baru ini, taman botani mempunyai peranan baharu dalam memberikan pendidikan kepada masyarakat umum. Kata kunci: puisi; dimensi manusia; taman botani, ala

    Sistem Vokal Dialek Melayu Kabong, Sarawak

    No full text
    This paper will discuss the vocal system of Kabong Malay dialect (DMKb ), which is one of the Malay dialects spoken in Sarawak. Kabong is a small area located in Betong, Sarawak. DMKb is spoken by the Malay community in Kabong which can be regarded as a communication language in Kabong for its dominant role to the local community. Besides the Malay community, other races such as Iban and Chinese also live in this area as a minority. This study identifies the DMKb vowel system, phoneme, allophone, diphthongs, distribution vowel phonemes and minimal pairs. DMKb will be described using the descriptive linguistics developed by Bloomfield and developed by Mario Pei and Robins. The descriptive model by Asmah was also used to analyse the vocal tract of DMKb. Data for this research were obtained from the upstream field study using word lists (citations), domain and association of ideas. Descriptive analysis successfully determined that the eight vowels [a], [e], [«], [E], [i], [o], [] and [ u ] are of the status of distinctive phonemes which in turn indicates that the vowel phonemes in DMKb exceed the vowel phonemes in standard Malay language(BMS). Keywords: descriptive, phonemes, vocal, domain, word list, minimal pairsMakalah ini membincangkan sistem vokal Dialek Melayu Kabong (DMKb), iaitu salah satu daripada dialek Melayu yang dituturkan di Sarawak. Kabong merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di Bahagian Betong, Sarawak. DMKb dituturkan oleh masyarakat Melayu di Kabong yang boleh dianggap sebagai bahasa komunikasi kawasan ini kerana peranannya yang dominan dalam masyarakat setempat. Selain masyarakat Melayu, Kabong juga didiami oleh kaum Iban dan Cina sebagai minoriti di sini. Kajian ini mengenal pasti fonem, alofon, diftong, distribusi fonem vokal dan pasangan minimum DMKB. DMKb akan dihuraikan secara linguistik deskriptif yang dikembangkan oleh Bloomfield dan diteruskan oleh Mario Pei dan Robins. Selain itu, model deskriptif Asmah juga digunakan untuk menganalisis sistem vokal DMKb. Data kajian ini diperoleh secara kajian lapangan huluan yang menggunakan kaedah senarai kata, domain dan asosiasi idea. Analisis secara deskriptif berjaya menentukan lapan bunyi vokal [a], [e], [«], [E], [i], [o], [] dan [u] berstatus fonem yang tersendiri yang seterusnya menunjukkan fonem vokal dalam DMKb melebihi fonem vokal dalam bahasa Melayu standard (BMS). Kata kunci: deskriptif, fonem, vokal, domain, senarai kata, pasangan minimu

    Cerita Rakyat Melayu Sumatera Utara: Struktur, Fungsi Sosial, dan Maknanya

    No full text
    This study is a descriptive-qualitative analysis that uses the techniques of observation, interviews and written documents. The Systemic Functional Linguistic (SFL) approach based on the principle of semiotics is used in this study. The data analysis consists of folktales found in North Sumatra, that is, "Batu Belah Batu Betangkup", "Putri Kuau" and "Sri Putih Cermin". By using the SFL approach this study describes the structure, social function, and meaning of North Sumatran Malay folktales. From the analysis it is found that the structure, function and meaning of all the three NSM folktales are similar. The material and verbal processes found in the texts of the folktales depict life in the palace and the everyday life of North Sumatran Malay society in the past as well as in the present. North Sumatran Malay texts are the representation of culture and meaning in which the value of of North Sumatran Malay society are inherent. Keywords: folklore, "Batu Belah Batu Betangkup", "Putri Kuau", "Sri Putih Cermin", systemic functional linguistics, North Sumatran Malay valuesKajian ini merupakan penelitian deskriptif-kualitatif yang menggunakan teknik pengamatan, wawancara dan kepustakaan. Pendekatan Linguistik Sistemik Fungsional (LSF) yang berdasarkan prinsip semiotik digunakan dalam kajian ini. Data kajian terdiri daripada cerita rakyat yang terdapat di Sumatera Utara, iaitu "Batu Belah Batu Betangkup", "Putri Kuau" dan "Sri Putih Cermin". Dengan menggunakan LSF kajian akan mengungkapkan struktur, fungsi sosial, dan makna cerita rakyat Melayu Sumatera Utara (MSU). Daripada analisis didapati struktur, ketiga-tiga cerita rakyat MSU ini memiliki struktur, fungsi, dan makna yang mirip. Proses material dan verbalnya yang terdapat di dalam teks cerita rakyat menunjukkan cerminan kehidupan istana dan sehari-hari masyarakat Melayu Sumatera Utara baik yang terjadi pada zaman dahulu maupun masa kini. Teks Melayu Sumatera Utara mewakili budaya dan makna sebagai nilai yang dijunjung dan dijiwai oleh masyarakatnya. Keywords: cerita rakyat, "Batu Belah Batu Betangkup", "Putri Kuau", "Sri Putih Cermin", linguistik fungsional sistemik, nilai Melayu Sumatera Utar

    Pengakhiran Cerita: Suatu Teknik dalam Karya Teater Absurd Melayu

    No full text
    The period of experimental theatre in the 1970s had brought a significant change in the history of modern Malay theatre. The plays that were produced and staged during this era had been categorized as absurd plays as they contained strong tendencies towards the application of the absurd theatre techniques. The most significant features of Western absurd plays would be that the play would end the way it begins; this cycle emphasizes the meaninglessness of life portrayed by the absurd playwrights. However, the scenario in Malaysia is different. Sensitive to the social and religious background of the Malays, these playwrights made adjustments to the typical absurd techniques common practised in the West. As opposed an ambivalent and dark end of the plays, Malay absurd playwrights tend to present a sense of hope through the closures presented at the end of the plays. Hence the theatre scholar, Solehah (1990) termed this as theatre absurd "ala" Malaysia as a way to characterize the unique version of the plays. This paper intends to delve further into the method of closure used by the playwrights such as Dinsman in his play, It Is Not A Suicide and the late Anuar Nor Arai's play, Vacuum. The closures in the two plays are perceived as bringing a ray of light for the Malay absurd plays from being dark and inappropriate in the history modern Malay theatre into today's popular eclectic mainstream that marked the end of the period of realistic plays. Keywords: absurd plays, closure technique, modern Malay drama, hope and realistic playsZaman teater eksperimental pada tahun 1970an telah membawa satu perubahan besar dalam perkembangan teater Melayu moden. Teater yang dihasilkan pada era ekperimental bersifat absurd kerana pendekatan dan percubaannya yang cenderung ke arah falsafah absurd dari Barat. Teknik yang paling ketara dalam teater berbentuk ini ialah pengakhiran cerita berlaku seperti permulaan cerita yang menunjukkan kehidupan yang tiada makna. Namun demikian, teknik ini didapati tiada dalam teater Melayu beraliran absurd. Bersesuaian dengan masyarakat tempatan yang masih lagi kukuh berpegang kepada agama dan budaya, beberapa penulis telah melakukan pengubahsuaian dalam penghasilan karya teater mereka. Berbanding dengan teknik biasa dari Barat, iaitu tiada pengakhiran kepada setiap konflik yang diutarakan, teater absurd tempatan telah melakukan sebaliknya. Teater absurd Melayu memberikan harapan kepada persoalan yang diletakkan dalam plot cerita. Oleh yang demikian menurut Solehah (1970) teater absurd "ala" Malaysia mempunyai bentuk dan kelas yang tersendiri. Makalah ini akan memfokuskan kepada kaedah yang digunakan oleh dua penulis teater iaitu Dinsman, dalam Bukan Bunuh Diri dan Vakuum karya allahyarham Anuar Nor Arai. Pengakhiran cerita yang diberikan oleh penulis ini memberikan harapan kepada teater absurd Melayu yang tidak mendukung unsur pesimis dan putus harapan. Bentuk baharu ini, menunjukkan berakhirlah zaman teater realistik dalam tradisi teater Melayu moden. Kata kunci: teater absurd, teknik pengakhiran, teater Melayu Moden, harapan dan teater realisti

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇