Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Isu dalam Penahanan dan Pemulihan Banduan di Malaysia
The detention of prisoners which aims at providing them opportunities to undergo the process of rehabilitation in public prisons across the country has raised certain issues. This includes the question of whether their rights provided under the law are in conformity with the high intent of law (maqasid al-shariah). Likewise, the issue of whether the legislation complies with the guidelines prescribed by international regulations or instruments. Thus, a study was conducted at a public prison through interview and observation. The research involved 25 of women prisoners, eight prison officers, and a Superintendent of Kajang women's prison. The study finds that in general, the provisions of law relating to prisons and the supervision of inmates under the Prisons Act and Prison Regulations adhere to the high intent of law and international standards. Nevertheless, there are minor issues that need to be addressed in order to ensure that the objective of rehabilitation is successfully met. As such, The Malaysian Prisons Department is urged to observe the principles of Islamic law, provisions of international conventions as long as these are in tandem with Islamic principles and local laws, apart from the best practices in other countries including other Muslim countries. This is to ensure that the prisoners' welfare and specific needs, particularly those of women prisoners, are fulfilled. In other words, international law, to a certain extent, and Islamic law should be the benchmarks for possible future improvement.
Keywords: prisoners, rehabilitation, prison, women, maqasidPenahanan banduan yang bertujuan membolehkan mereka menjalani proses pemulihan di penjara awam di seluruh negara menimbulkan isu tertentu. Antaranya termasuklah sama ada hak tertentu yang masih dimiliki mereka sebagaimana diperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan menepati prinsip syarak, khususnya maqasid al-Syari'ah. Demikian juga sama ada undang-undang tersebut menepati garis panduan yang ditetapkan oleh peraturan atau instrumen antarabangsa. Kajian ini dilaksanakan di salah sebuah penjara awam dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian. Kajian tersebut melibatkan 25 orang banduan wanita, lapan orang pegawai penjara, dan penguasa Penjara Wanita Kajang. Hasil kajian mendapati secara umumnya peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan penjara dan penyeliaan penghuninya seperti Akta Penjara dan Peraturan-Peraturan Penjara, mematuhi prinsip maqasid al-syari`ah dan piawaian antarabangsa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu sampingan yang perlu diberikan perhatian demi menjamin objektif pemulihan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Undang-undang antarabangsa dan amalan baik negara lain, yang tidak bertentangan dengan prinsip syarak dan undang-undang tempatan, perlu dijadikan penanda aras dalam melaksanakan penambahbaikan pada masa akan datang.
Kata kunci: pesalah, pemulihan, penjara, wanita, maqasi
Pandangan S. Othman Kelantan dan U-Wei Haji Shaari terhadap Masyarakat Melayu Kelantan dan Patani: Adaptasi daripada Novel Juara kepada Filem Jogho
This paper discusses the ideas and personal views of S. Othman Kelantan in his novel Juara and examines how U-Wei Shaari, the director of the film Jogho, responds to the original ideas in the novel. The paper focuses on three methods in the adaptation from novel to film as suggested by Klein and Parker, namely: a) literal translation, in which the original work is faithfully kept to; b) re-interpretation, which retains the basic structure of the narrative but in some circumstances deconstructs the original work; and c) using the original work only as raw material to produce a new work. The study finds that U - Wei Haji Shaari's version is a re-interpretation maintaining the idea of the original novel and the basic structure of the narrative. However, both creative works contain a message for the Malays of Kelantan and Pattani who share the same language, culture and religion but are separated by political borders.
Keywords: adaptation, adaptation methods, Klein and Parker, re-interpretation, Kelantan Malays, Pattani MalaysMakalah ini mengupas idea dan pandangan peribadi yang terdapat dalam novel Juara karya S. Othman Kelantan dan meneliti cara pengarah filem Jogho, iaitu U-Wei Haji Shaari, menanggapi idea asal novel tersebut. Makalah ini memberikan fokus kepada tiga kaedah adaptasi, melibatkan adaptasi daripada novel kepada filem, yang dicadangkan oleh Klein dan Parker, iaitu, a) terjemahan dasar yang mengekalkan kesetiaan terhadap karya asal; b) tafsiran semula dengan mengekalkan struktur asas naratif atau dalam keadaan tertentu meleraikan karya asal; dan c) menjadikan karya asal hanya sebagai bahan mentah untuk menghasilkan karya baharu. Kajian mendapati bahawa U-Wei Haji Shaari telah melakukan interpretasi semula terhadap idea asal novel di samping mengekalkan struktur asas naratif novel tersebut. Namun, kedua-dua buah karya membawa amanat dan pesanan besar kepada masyarakat Melayu Kelantan dan Melayu Patani sebagai satu rumpun bangsa yang berkongsi bahasa, budaya dan agama yang sama, tetapi dipisahkan oleh sempadan politik.
Kata kunci: adaptasi, kaedah adaptasi, Klein dan Parker, tafsiran semula, Melayu Kelantan, dan Melayu Patan
Multidisciplinary Research: Globalizing the Malay Language for the World Stage
This article will show how employing the technology of today will enable the Malay language to develop further and remain competitive. A multidisciplinary approach may be able to breathe new life into the field of Malay language studies. An inter-lingual comparative study may widen our understanding of other languages and cultures. The integration of information technology and language studies has led to corpus linguistics. The involvement of the medical field in the study of speech has resulted in speech therapy research. Geographical information system (GIS) tools can be employed in dialect studies. This technology may be used to draw maps, show the distribution of sounds and isoglosses. The dialect geography that is thus created is more accurate and convincing. Such multidisciplinary research may internationalize Malay language research and bring it up to par with those of other languages in the world. All this will lead to an understanding of the globalization of languages in order that our national language continues to be relevant in changing times.
Keywords: corpus studies, dialectology, GIS, isoglosses, multidisciplinary research, globalizationMakalah ini akan memperlihatkan bagaimana bahasa Melayu dapat terus maju dan berdaya saing dengan memanfaatkan teknologi pada hari ini. Pendekatan pelbagai disiplin membawa nafas baharu terhadap pengkajian bahasa Melayu. Kajian bandingan antarbahasa dapat meluaskan perspektif kita dalam memahami bahasa dan budaya luar. Integrasi teknologi maklumat dan bahasa telah membawa kepada dunia korpus. Pelibatan perubatan dalam kajian tuturan menghasilkan kajian terapi tuturan. Kemudahan teknologi Geographical Information System (GIS) dapat digandingkan dengan linguistik, iaitu dengan aplikasi dalam kajian dialek. Teknologi ini digunakan bagi melakar peta, menghuraikan penyebaran bunyi dan membentuk isoglos. Dialek geografi yang terhasil lebih tepat dan meyakinkan. Penyelidikan yang bersifat multidisiplin ini akan dapat mensejagatkan penyelidikan bahasa Melayu setanding dengan bahasa lain di dunia. Kesemua ini membawa kepada pemahaman kesejagatan bahasa agar bahasa kebangsaan kita terus relevan dengan perubahan zaman.
Kata kunci: kajian korpus, dialektologi, GIS, isoglos, multidisiplin, sejaga
Gerakan Komunis dan PKM: Penelitian terhadap Usaha Komunis Mempengaruhi Orang Melayu 1920-1989
Efforts of the communists and Communist Party of Malaya (CPM) in influencing the Malay community in Peninsular Malaysia began in the 1920s. These efforts began with the presence of communist agents from Indonesia attempting to influence the Malays to join the communist movement in the Malay states. These efforts continued during the Japanese occupation through the establishment of the Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) or "Three Stars". Hence, communist efforts could be seen during the Emergency through to the establishment of a Malay militant group, that is, the 10th Malay Regiment in Pahang in 1949. Although the CPM's first movement (1948-1960) was not successful, the CPM did not despair in their struggle. Thus, when the CPM re-emerged in Peninsular Malaysia in June 1968, they continued with their efforts to influence the Malays. To that end, the communists spread the propaganda that communism and Islam could work together for the advancement of the Malay community. They were present at mosques and prayed together with the Malays. However, the efforts of the communists were not well received by the Malay community who held fast to Islam. Their failure to secure the support of the Malays eventually led to their defeat and hence the failure of the CPM to gain control of Malaysia.
Keywords: Communist Party of Malaya, communist movement, Malay community, 10th Malay Regiment, propagandaUsaha komunis dan Parti Komunis Malaya (PKM) mempengaruhi masyarakat Melayu melalui pergerakan mereka di Semenanjung Malaysia bermula sejak tahun 1920-an lagi. Usaha ini dimulakan dengan kehadiran ejen komunis dari Indonesia yang cuba mempengaruhi orang Melayu supaya menyertai gerakan komunis di negeri-negeri Melayu. Usaha ini diteruskan pada zaman pendudukan Jepun melalui penubuhan Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau "Bintang Tiga". Seterusnya, usaha komunis dapat dilihat pada zaman darurat sehingga membawa kepada tertubuhnya sebuah badan militan Melayu, iaitu Rejimen Ke-10 PKM di Pahang pada tahun 1949. Walaupun PKM gagal dalam pergerakan pertamanya (1948-1960), namun PKM tidak putus asa dalam perjuangan mereka. Justeru, apabila PKM muncul semula di Semenanjung Malaysia pada Jun 1968, mereka meneruskan usaha untuk mempengaruhi penyertaan orang Melayu. Untuk itu, komunis telah menggunakan propaganda bahawa komunisme dan agama Islam boleh bekerjasama untuk kemajuan masyarakat Melayu. Mereka turut hadir di masjid dan sembahyang bersama-sama dengan orang Melayu. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya usaha komunis tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat Melayu yang berpegang kuat kepada agama Islam. Kurangnya sokongan orang Melayu kepada pergerakan komunis akhirnya menyebabkan PKM gagal dalam rancangan untuk menguasai Malaysia.
Kata kunci: Parti Komunis Malaya, pergerakan komunis, masyarakat Melayu, Rejimen Ke-10 PKM, propagand
1819: Penubuhan Singapura dari Kaca Mata Isa Kamari
The British are said to have "established Singapore" in 1819. At the beginning of that year, Sir Stamford Raffles signed a preliminary agreement with the Temenggung of Johor that allowed him to establish a trading post on the island (Turnbull, 1989: 1). By 1824, the British desire to establish a trading post had given way to the imposition of a treaty that permitted the British to control the whole island. 1819 is also the title of the English translation of Isa Kamari's novel Duka Tuan Bertakhta. Isa is a leading Singapore novelist and the novel deals with the events of those important years. Raffles, the Temenggung and the newly crowned Sultan Hussein of Johor all major roles in the novel. But equally important are the holy man, Habib Nuh, the silat teacher Wan Cantuk, and Munsyi Abdullah, a writer, all of whom give their opinion on the effects of the British colonization of Singapore. This article focuses on the way that Isa presents the loss suffered by the Malay community of Singapore and the implications of that loss for contemporary Malay society in Singapore, rather than just the historical events of 1819.
Keywords: establishment of Singapore, Sir Thomas Stamford Raffles, Sultan Hussein, political leadership, opium1819 merupakan tahun "penubuhan Singapura" oleh pihak British. Pada awal tahun tersebut, Sir Stamford Raffles menandatangani perjanjian awal dengan Temenggung Johor bagi membolehkan pihak British menubuhkan sebuah pusat perdagangan di pulau tersebut (Turnbull, 1989:1). Menjelang tahun 1824, keinginan British untuk mendirikan sebuah pusat perdagangan direalisasikan dengan sebuah perjanjian yang membolehkan pihak British menguasai seluruh Singapura. 1819 juga merupakan tajuk yang diberikan kepada terjemahan Inggeris novel Duka Tuan Bertakhta (2011) oleh penulis tersohor Melayu Singapura Isa Kamari. Novel tersebut berkisar tentang peristiwa yang berlaku pada tahun tersebut di Singapura. Dalam novel tersebut, Raffles, Temenggung Johor dan Sultan Johor yang baru ditabalkan, iaitu Sultan Hussein, memainkan peranan utama. Namun, peranan mereka juga diimbangi dengan peranan yang dimainkan oleh seorang wali, iaitu Habib Nuh, mahaguru silat Wan Cantuk, dan Munsyi Abdullah, yang memberikan pandangan mereka yang tersendiri tentang kesan penjajahan British terhadap Singapura. Dalam makalah ini, tumpuan diberikan terhadap cara Isa menyampaikan ceritanya, bukan tentang penubuhan Singapura pada tahun 1819, sebaliknya tentang kerugian yang dialami oleh masyarakat Melayu Singapura, dan implikasi yang digambarkan dalam cerita tersebut untuk masyarakat Melayu Singapura pada masa kini.
Kata kunci: penubuhan Singapura, Sir Thomas Stamford Raffles, Sultan Hussein, kepimpinan politik, cand
Raja Haji Yahya dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Abad ke-20
Very little is known about the role of courtiers in the tradition of the Malay lipur lara (folklore) although the probability of them playing a role is hardly deniable. One such courtier is Raja Haji Yahya who lived in Chenderiang, Perak. Aside from producing works on the genealogy and history of the rulers of Perak, Raja Haji Yahya too was known to serve as penghulu (headman), pawang istana (royal medicine man), collector of folklore, and poet. In addition, he was well-acquainted with a prominent penglipur lara (folklorist) in Perak named Pawang Ana. This article aims to trace the life story of Raja Haji Yahya and discuss his contribution to the history of Malay literature in Perak. The study is based on several works of Raja Haji Yahya that have been found and also on information gathered from his next-of-kin who are still around today. The last part of the article puts forward a number of conclusions about the status of Raja Haji Yahya as a courtier who was blessed with deep insights into the literature and socio-cultural life of the Malays such that he deserves to be acknowledged as one of the leading lights in the history of Malay literature of 20th century Perak.
Keywords: Raja Haji Yahya, history of Malay literature, Pawang Ana, folklorist, PerakKewujudan "orang istana" dalam tradisi lipur lara Melayu masih belum banyak diketahui walaupun beberapa kemungkinan tentang peranan mereka sememangnya ada. Salah seorang "orang istana" yang dimaksudkan ialah Raja Haji Yahya yang tinggal di Chenderiang, Perak. Di samping menghasilkan penulisan tentang salasilah dan sejarah raja-raja Perak, Raja Haji Yahya juga pernah berkhidmat sebagai penghulu, pawang istana, pengumpul cerita rakyat, pengarang syair, dan mempunyai hubungan dengan tokoh penglipur lara di negeri Perak yang bernama Pawang Ana. Makalah ini bertujuan mengesan sejarah hidup Raja Haji Yahya dan membicarakan sumbangannya dalam sejarah kesusasteraan Melayu di negeri Perak. Kajian ini berasaskan beberapa contoh hasil karya Raja Haji Yahya yang telah ditemui dan juga maklumat yang diperoleh daripada waris keturunannya yang masih ada pada hari ini. Beberapa kesimpulan dibuat tentang kedudukan Raja Haji Yahya selaku "orang istana", yang mempunyai pelbagai kearifan tentang sastera dan sosiobudaya kehidupan masyarakat Melayu, sehingga beliau diangkat sebagai salah seorang tokoh penting dalam sejarah kesusasteraan Melayu di Negeri Perak pada abad ke-20 yang lalu.
Kata kunci: Raja Haji Yahya, sejarah kesusasteraan Melayu, Pawang Ana, Penglipur lara, Pera
Pembentukan Kependekan Kata Nama Melayu
This paper discusses the morphological process of truncation in Malay names. This study uses primary data collected from observations made at the School of Language Studies and Linguistics as well as through the social networking site, Facebook. The names were gathered from students of this school. The research focuses on the process of truncation of full names. The analysis was conducted to investigate the truncation of names based on the approach in prosodic morphology theory called morpheme-based template, which has been developed within the optimality theory. The results of this analysis could explain how the process of disyllabic and monosyllabic truncations occur in Malay.
Keywords: Malay, names truncation, prosodic morphology, morpheme-based-template, optimalityMakalah ini membincangkan proses morfologi pemendekan kata nama khas Melayu. Kajian ini menggunakan data primer yang dikutip daripada pemerhatian yang dilakukan di sekitar Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik dan juga menerusi laman sosial Facebook. Nama khas yang diperoleh terdiri daripada nama khas dalam kalangan pelajar. Penelitian berfokus kepada proses pembentukan kata nama pendek yang terhasil daripada kata nama penuh. Analisis dilakukan untuk meneliti proses pembentukan pemendekan kata nama Melayu berdasarkan pendekatan yang dikenali sebagai templat berdasarkan morfem dalam teori prosodi morfologi yang telah dibangunkan dalam teori optimaliti. Dapatan daripada analisis ini dapat menjelaskan bagaimana proses pemendekan disilabik dan monosilabik berlaku dalam bahasa Melayu.
Kata kunci: Melayu, pemendekan kata nama, prosodi morfologi, templat berdasarkan morfem, optimalit
Aspek Metafora dalam Rentong dan Srengenge: Analisis Kaedah Penterjemahan dan Pemindahan Makna
This article discusses the transfer of meaning in the translation of metaphors in two Malay novels, namely Rentong and Srengenge, written by Shahnon Ahmad and translated into English by Harry Aveling under the titles Rope of Ash and Srengenge. Metaphors are figures of speech where comparisons are made between two different domains where no similarities exist when examined at surface level. Metaphors are also interrelated with the conceptual system, the value system, the environment and the world view of a particular culture. The differences in these aspects between cultures often pose specific problems in translating metaphors because each culture linguistically manifests their metaphorical thought in a different way. Based on theoretical frameworks of conceptual metaphors by Lakoff and Johnson (1980), meaning-based translation by Larson (1984), loss of meaning in translation by Newmark (1981) and Catford's (1969)notion of untranslatability, this study aims to analyse the metaphor structures found in the above-mentioned novels, identify the method employed by the translator to translate live and dead metaphors from the two literary texts, and finally, seek to examine the transfer of meaning between the source text metaphors and those of the target texts. The findings of the study show that in many cases, the metaphors found in the source text are a) translated according to meaning without keeping the metaphorical structure, or b) translated by preserving the metaphorical expressions of the source text in the target text. The former often causes a certain degree of under translation, while the latter often produces the ideal translation.
Keywords: metaphor, meaning-based translation, loss of meaning in translation, untranslatabilityMakalah ini membincangkan aspek pemindahan makna dalam penterjemahan metafora yang terdapat dalam dua teks kesusasteraan Melayu; iaitu Rentong dan Srengenge oleh Shahnon Ahmad, dan terjemahannya Rope of Ash dan Srengenge oleh Harry Aveling. Metafora, yang merupakan cara manusia membuat perbandingan mengenai dua domain yang tidak kongruen jika diteliti secara permukaan, berkait rapat dengan nilai, sistem konseptual, persekitaran dan pandangan dunia sesuatu budaya. Perbezaan aspek dalam budaya yang berbeza boleh menimbulkan masalah dalam penterjemahan. Dengan menggunakan kerangka teori metafora konseptual oleh Lakoff dan Johnson (1980), pendekatan penterjemahan berdasarkan makna oleh Larson (1984), kehilangan makna dalam penterjemahan oleh Newmark (1981) dan konsep ketidakbolehterjemahan oleh Catford (1969), makalah ini menganalisis struktur metafora hidup dan metafora mati, strategi penterjemahan yang digunakan untuk menterjemah kedua-dua bentuk metafora serta kesannya terhadap terjemahan yang dihasilkan dari segi makna. Pemerhatian menunjukkan bahawa, a) kebanyakan elemen metafora bahasa sumber telah diterjemahkan kepada pengertian tanpa dikekalkan struktur metaforanya; b) metafora bahasa sumber dikekalkan dalam metafora bahasa sasaran, dan pengekalan ini pada kebanyakan masanya dilihat sebagai kaedah terjemahan yang ideal.
Kata kunci: metafora, penterjemahan berasaskan makna, kehilangan makna dalam terjemahan, ketidakbolehterjemaha
Hipotesis Bunyi Palatalisasi [nj] dan Bunyi Belakang-Gusi [n] dalam Bahasa Melayu: Penjelasan Fonetik Akustik Berkomputer
The phonetic value of the grapheme n and ny in Malay has been questioned since the 19th century. Some scholars say that the grapheme n in the circumstance -nc- and -nj- as in the words ancam and panjang carries the same phonetic value as the grapheme ny [ɲ] (modern IPA) as in the words nyawa and banyak. The recording data collected from 20 subjects, employing the computer-aided acoustical phonetic method, was analysed. It was found that the phonetic value of the grapheme n appearing in the circumstance -nc- and -nj- is different from that of the grapheme ny throughout all the data examined. This finding is supported by the articulatory phonetic method that all the subjects applied. However, a new question arose here. The phonetic value of the nasal hard-palate sound ny [ɲ], as traditionally identified, becomes doubtful because in all the subjects, the middle of the tongue did not touch the hard palate at the time of ny articulation. They, on the other hand, gave responses whereby the grapheme ny was articulated by the blade of tongue touching the postalveoli or by the front part of the tongue touching the alveolo-palate. Our computer-aided acoustical analysis proves that the grapheme ny produces two continuing sounds as [ĭn] when the recording data was decoded in the reverse. Based on this experiment, I propose the hypothesis that the phone of the grapheme ny followed by a vowel sound is produced by double articulation, i.e. palatalization [nj]. Palatalization does not occur for the grapheme n that appears in the circumstance -nc- and -nj- in Malay.
Keywords: alveolar, post-alveolar, alveolo-palatal, palatal, palatalization, double articulationNilai bunyi grafem n dan ny dalam bahasa Melayu dipersoalkan sejak abad ke-19 hingga sekarang. Sesetengah pengkaji mengatakan bahawa grafem n dalam lingkungan -nc- dan -nj- seperti dalam kata ancam dan panjang membawa nilai fonetik yang sama dengan grafem ny [ɲ] (IPA moden) seperti dalam kata nyawa dan banyak. Penulis telah menganalisis data rakaman daripada 20 orang subjek eksperimen berdasarkan kaedah fonetik akustik berkomputer dan mendapati bahawa nilai bunyi grafem n yang muncul dalam lingkungan -nc- dan -nj- itu berbeza daripada nilai bunyi grafem ny melalui semua data yang dianalisis. Hal ini disokong oleh kaedah fonetik artikulasi yang dijawab oleh kesemua subjek. Akan tetapi, timbul satu lagi persoalan yang baharu. Nilai bunyi nasal lelangit-keras atau palatal ny [ɲ] yang diberi secara tradisional diragui kerana kesemua subjek menafikan kedudukan organ sebutan semasa artikulasi bunyi ini, ertinya tengah lidah tidak menyentuh pada lelangit-keras. Sebaliknya mereka memberikan respons bahawa grafem ny diartikulasikan dengan menyentuhkan daun lidah pada belakang-gusi atau depan lidah pada gusi-lelangit. Analisis akustik berkomputer membuktikan bahawa grafem ny menghasilkan kesan rentetan dua bunyi seperti [ĭn] apabila data rakaman didekodkan secara terbalik. Berdasarkan eksperimen ini, penulis mengemukakan satu hipotesis bahawa grafem ny yang diikuti oleh vokal dilahirkan hasil daripada artikulasi gandaan, iaitu bunyi palatalisasi [nj]. Namun, palataliasi ini tidak berlaku dalam grafem n yang muncul dalam lingkungan-nc- dan -nj- dalam bahasa Melayu.
Kata kunci: bunyi gusi, bunyi belakang-gusi, bunyi gusi-lelangit, bunyi lelangit-keras, palatalisasi, artikulasi gandaa
Etika Pentadbiran dalam Sirih Bertepuk Pinang Menari dan Mana Setangginya? Noordin Hassan
Sasterawan Negara Dato' (Dr.) Noordin Hassan's apprehension about the abuse of power can be seen in all his plays and noticeably so in his plays Sirih Bertepuk Pinang Menari (1992) and Mana Setangginya? (1999). While Sirih Bertepuk Pinang Menari is more Malay, Mana Setangginya? has a more global and universal message. The first layer of Noordin's plays will offer a chance to look for the main message of the play or to find significance in the main storyline or in other devices. As Noordin says in Sirih Bertepuk Pinang Menari, "If what is stated is impossible, then one should search for what is hidden". The administrative ethics that Noordin propagates is the "hidden" and major statement behind the comedy, romance and splendour of both plays.
Keywords: administrative ethics, governance, Noordin Hassan, hiddenKebimbangan Sasterawan Negara Dato' (Dr.) Noordin Hassan's tentang penyalahgunaan kuasa boleh dilihat dalam semua drama beliau, lebih lagi dalam drama-drama Sirih Bertepuk Pinang Menari (1992) and Mana Setangginya? (1999). Sirih Bertepuk Pinang Menari tampak kemelayuannya, manakala Mana Setangginya? mengandungi mesej yang lebih global dan universal. Lapisan pertama drama-drama Noordin akan menawarkan penyelidik peluang untuk mencari penyata utama drama atau mencari kesignifikanannya dalam jalan cerita utama; atau kelihatannya sebegini rupa. Seperti apa yang dikatakan oleh Noordin dalam Sirih Bertepuk Pinang Menari, "Kalau mustahil apa dikata, carilah pula apa tersirat." Isu etika pentadbiran dan tadbir urus adalah penyataan utama Noordin yang "tersirat" di sebalik komedi, cinta dan keindahan kedua-dua drama.
Kata kunci: administrative ethics, governance, Noordin Hassan, tersira