Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Maqasid al-Syariah dalam Perlembagaan Persekutuan: Suatu Perbahasan Awal

    No full text
    Maqasid al-syariah (high intent of law) refers to the universal principles of benefit to mankind that are obtained via Islamic texts or authority. Meanwhile, the Federal Constitution is the supreme law of the country which contains peculiar elements that are certain ideology and peculiar elements. A discussion of both of these together is a new discourse, attempting to uncover the elements of maqasid al-syariah as well as gauge the extent to which the Federal Constitution is able to support the implementation of the universal principles of the maqasid al-syariah. Using a comparative and harmonization approach, this study found that the Federal Constitution abounds with maqasid al-syariah pinciples, such as the protection of religion, life, intellect, lineage and property. Keywords: maqasid al-syariah federal Constitution, Islamic legal systemMaqasid al-syariah merujuk tujuan luhur pensyariatan Islam yang berasaskan prinsip maslahat kepada umat manusia secara universal yang diperoleh melalui nas atau autoriti syariat Islam. Perlembagaan Persekutuan pula merupakan undang-undang tertinggi negara yang mempunyai ideologi dan ciri tertentu. Perbahasan yang menggabungkan kedua-dua elemen ini merupakan suatu wacana baharu yang bertujuan mencungkil elemen maqasid al-syariah dan mengukur keupayaan perlembagaan sebagai sandaran untuk melaksanakan prinsip yang universal ini. Melalui kaedah perbandingan dan perharmonian didapati bahawa ciri dan peruntukannya memenuhi sebahagian besar daripada keperluan asasi manusia, iaitu keperluan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kata kunci: maqasid al-syariah perlembagaan Persekutuan, sistem perundangan Isla

    The Role of Competition Law in Protecting The Interest of Consumers and Small Enterprises

    No full text
    Tujuan utama undang-undang persaingan adalah untuk memastikan pasaran berfungsi dengan baik dan sumber ekonomi diagihkan dengan berkesan dan adil kepada masyarakat. Undang-undang persaingan sering kali dilihat sebagai undang-undang pengguna yang bertujuan untuk melindungi dan mempromosikan pengguna akhir (end-consumer) dan satu bentuk perundangan yang melindungi perusahaan kecil dan sederhana. Undang-undang persaingan merupakan salah satu bentuk undang-undang komersial yang mengawal selia aktiviti perusahaan dalam pasaran dan bukan undang-undang pengguna yang melindungi pengguna secara langsung. Undang-undang ini terpakai kepada semua perusahaan sama ada besar atau kecil. Walau bagaimanapun, undang-undang persaingan mempunyai peruntukan tertentu yang mengambil kira secara tidak langsung kepentingan pengguna akhir dan perusahaan kecil. Makalah ini memberikan gambaran umum tentang struktur undang-undang persaingan di Malaysia. Tujuan utama makalah ini adalah untuk menganalisis pelaksanaan Akta Persaingan 2010 dan peranannya dalam melindungi dan mempromosikan kepentingan pengguna dan perusahaan kecil. Kata kunci: persaingan, undang-undang persaingan, pengguna, pengusaha kecil dan sederhanaThe main objective of competition law is to ensure that the market is functioning properly and resources are allocated efficiently in society. Competition law is often perceived as a form of consumer protection law which promotes the interest of the end consumer, and as a law that protects the interest of small and medium enterprises. Competition law in its true sense is part of commercial law that regulates the activities of enterprises in the market. It is not a consumer law which automatically promotes or takes into consideration the interest of end consumers. It is also applicable to all enterprises, regardless of size, big or small. Nevertheless, there are many provisions in competition law which may provide indirect benefit to end consumers and small enterprises. This article provides an overview of the structure of competition law in Malaysia. The main objective of this article is to analyze the implementation of the Malaysian Competition Act 2010 and its roles in protecting and promoting the interest of consumers and small enterprises. Keywords: competition, competition law, consumer, small and medium enterprise

    Conversion to Islam by Civil Marriage Spouses: Emerging Issues and Suggestions for Improvement According to Malaysian Law

    No full text
    Salah satu konflik perundangan dalam undang-undang keluarga di Malaysia yang berlaku ialah pemelukan Islam salah seorang daripada pasangan perkahwinan sivil ke agama Islam. Mereka berdepan dengan isu dalam menentukan undang-undang keluarga manakah yang terpakai ke atasnya dan mahkamah manakah mempunyai bidang kuasa mendengar kesnya. Adakah mereka masih terikat dengan undang-undang keluarga sivil dalam menentukan permohonan perceraian, tuntutan nafkah, hak penjagaan anak dan harta pusaka? Ataupun adakah selepas memeluk agama Islam, undang-undang dirinya bertukar kepada undang-undang Islam yang membolehkan tuntutannya dibuat berdasarkan undang-undang keluarga Islam di mahkamah syariah? Isu kekeluargaan yang dikategorikan sebagai undang-undang diri (personal law) ini bukan sahaja boleh menjejaskan perpaduan rakyat, malah turut memberikan kesan kepada kesucian agama Islam di Malaysia. Makalah ini bertujuan membincangkan beberapa isu yang melingkari kes pemelukan Islam pasangan perkahwinan sivil dan turut menawarkan beberapa cadangan penyelesaian menurut peruntukan undang-undang keluarga di Malaysia. Kata kunci: perkahwinan, memeluk Islam, bidang kuasa, mahkamah syariah, undang-undang keluargaOne of legal conflicts in family law in Malaysia is conversion to Islam by one spouse from a civil marriage. Such parties encounter several vital issues, including which family law system and which court has the jurisdiction to hear and decide their divorce proceedings and whether they are still subjected to civil family law in determining the application for divorce, maintenance, child custody and inheritance, or whether they are subject to Islamic law upon their conversion and their claims are to be made at the Syariah court. Those family issues that are categorised under personal law have a great impact on the unity of the society and also affects the sanctity of Islamic law in Malaysia. This article aims to discuss some of the issues surrounding the case of conversion to Islam and also suggests some solutions according to the provisions of family law in Malaysia. Keywords: marriage, conversion to Islam, jurisdiction, shariah court, family la

    Pengumpulan dan Penyediaan Data Statistik Mahkamah Syariah: Kajian di Pahang dan Pulau Pinang

    No full text
    Collection and maintenance of statistical data or information is important in any organization that deals with the public, especially courts of law. The data can be used for policy decisions and action plans to improve services or strategic planning. Syariah courts in Malaysia similarly collect statistical data regarding cases registered and disposed of in their respective courts for the above purpose. Accuracy and reliability of such data is imperative so that the policies and action plans designed will solve particular problems or achieve the required objectives. The main objective of this article is to test the accuracy of statistical data collected by the Syariah courts in Malaysia by using the Syariah courts of Pahang and Penang as samples. The methodology used in this article is data collection, with the primary data obtained from court files and interviews with officials. This article aims to identify issues and problems faced by the Syariah courts in Malaysia in the collection and maintenance of statistical data regarding court cases, and to relate these to the effectiveness of the court in administering and disposing of cases. From the data analysed, it was found that the data produced by the court is somehow questionable although not entirely unreliable where there is a difference of 17.1 percent between the data presented by the courts and their own records. The article proposes some improvements in the conclusion. Keywords: statistical data of cases, Syariah courts, records, court managementMakalah ini bertujuan menguji ketepatan data statistik kes yang didaftarkan dan diselesaikan oleh mahkamah syariah di Malaysia dengan mengambil negeri Pahang dan Pulau Pinang sebagai sampel kajian. Metodologi kajian menggunakan data primer daripada fail mahkamah dan temu bual. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti isu dan masalah yang dihadapi oleh mahkamah syariah semasa mengumpul dan menyimpan data dengan tujuan untuk mengaitkannya dengan keberkesanan pihak mahkamah menguruskan kes. Daripada data yang dianalisis didapati data statistik yang ditunjukkan oleh mahkamah syariah boleh dipersoalkan kerana terdapat sebanyak 17.1 peratus perbezaan antara data yang disediakan oleh mahkamah syariah berbanding dengan rekod yang terdapat dalam buku kausa mahkamah syariah. Beberapa saranan penambahbaikan dikemukakan di akhir makalah. Kata kunci: data statistik kes, mahkamah syariah, rekod, pengurusan mahkama

    Ulasan Perundangan: Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561)

    No full text

    Asal Usul Melayu Sarawak: Menjejaki Titik Tak Pasti

    No full text
    Sarawak Malays are complex. The Malays are the result of various processes and the course of history and culture, including migration, assimilation and amalgamation. The objective of this article is to identify the origin of the Malays in Sarawak, Malaysia. There are four schools of thought about the origins of the Malays in Sarawak. Firstly, that, like the Malays in Brunei, Sabah, the Malay Peninsula, and the like, are actually indigenous or native to Sarawak, and not from other areas in the region. Secondly, is the belief that the Malays originated from the archipelago including Java and Sumatra. Thirdly, that they are from outside the archipelago, namely Arabs who assimilated with Malay tribes and other races. Fourthly, that they are other indigenous people from Sarawak who converted to Islam and experienced absolute assimilation. This is the group that is considered as "masuk Melayu" (become Malay), resulting in the extinction of some indigenous minorities. Despite the existence of the Malays native to Sarawak along with other indigenous ethnicities, some Sarawak Malays originate from elsewhere. Keywords: Sarawak Malays, Islam, assimilation, ethnic relations, indigenousOrang Melayu Sarawak bersifat kompleks. Orang Melayu Sarawak hasil daripada pelbagai proses dan perjalanan sejarah dan budaya, termasuk penghijrahan, asimilasi mutlak dan amalgamasi apabila mereka memeluk agama Islam. Tujuan makalah ini adalah untuk mengenal pasti asal usul bangsa Melayu di Sarawak. Terdapat empat pendapat tentang asal usul dan keturunan orang Melayu di Sarawak. Pertama, bangsa Melayu merupakan kaum asal dan peribumi Sarawak, dan bukannya pendatang dari daerah atau wilayah lain, sama seperti Melayu asal di Brunei, Sabah, Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia dan lain-lain. Kedua, bangsa Melayu dipercayai berasal dari kawasan Nusantara termasuk dari Jawa dan Sumatera. Ketiga, bangsa Melayu dikatakan berasal dari luar Nusantara, iaitu orang Arab yang mengasimilasikan dan mengamalgamasikan diri dengan kaum Melayu dan kaum lain. Keempat, kaum peribumi lain di Sarawak yang memeluk agama Islam dan mengasimilasikan diri secara mutlak sehingga identiti asal terhakis. Golongan ini merupakan kaum yang "masuk Melayu" sehingga beberapa kaum peribumi minoriti Sarawak dikatakan pupus kerana proses ini. Hakikatnya, meskipun terdapat Melayu asli dan peribumi asal Sarawak, Melayu Sarawak juga berasal dari luar Sarawak kesan daripada proses asimilasi dan amalgamasi kaum bukan Islam terhadap bumiputera Islam. Kata kunci: Melayu Sarawak, Islam, asimilasi, hubungan etnik, peribum

    Isu Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia dalam Pentadbiran Keadilan Jenayah Syariah

    No full text
    The administration of syariah is only a small part of the judicial works in the syariah courts in Malaysia. However, the administration is very important because it reflects the justice of syariah particularly if the jurisdiction of syariah courts is enlarged. This is because the enlargement of the jurisdiction would mean the increase in the prosecution before syariah courts. Such an increase in the criminal cases will test the integrity and competency of syariah courts in delivering justice. The observation in this article is from the constitutional perspective because the people are more aware of the constitution including fundamental rights issues. These issues need to be brought forward and discussed adequately. Therefore this article discusses several important constitutional issues relating to the adminstration of Syariah criminal justice such as the position of Islam in the Constitution, the legislative competency to enact syariah offences, independence of judiciary and powers of the related agencies. Keywords: administration of Syariah justice, Syariah courts, Syariah offences, fundamental rightsPentadbiran keadilan syariah hanyalah sebahagian kecil daripada tugas kehakiman dalam mahkamah syariah di Malaysia. Namun urusannya amat penting kerana dapat memberikan gambaran keadilan syariah terutamanya jika bidang kuasa mahkamah syariah ini diperluas. Hal ini demikian kerana peluasan bidang kuasa bermakna pertambahan bilangan pertuduhan kesalahan jenayah syariah yang dihadapkan ke mahkamah syariah. Pertambahan kes jenayah ini akan lebih menguji keutuhan dan keupayaan mahkamah syariah dalam usaha melaksanakan keadilan. Pemerhatian yang ingin dilakukan dalam makalah ini adalah dari aspek perlembagaan. Masyarakat kini lebih prihatin terutamanya dalam isu hak asasi, oleh itu isu ini amat perlu diketengahkan dan dibincangkan dengan sebaik-baiknya. Makalah ini membincangkan beberapa isu perlembagaan penting yang berkaitan dengan pentadbiran keadilan jenayah syariah seperti kedudukan Islam dalam perlembagaan, kuasa menggubal undang-undang jenayah syariah, kebebasan kehakiman dan kuasa agensi yang terlibat. Kata kunci: pentadbiran keadilan syariah, mahkamah syariah, undang-undang jenayah syariah, hak asas

    Penyebaran Dialek Patani di Perak: Analisis Geolinguistik

    No full text
    This paper aims to examine the Pattani dialect in Perak. The impact of the migration of a large number of people from Pattani province due to ongoing war brought with it a subdialect in Perak known as the Pattani dialect. Field research on 22 villages carried out in Larut Matang Selama, Kuala Kangsar and Hulu Perak, involving 156 respondents proved the existence of this dialect. This study employed the Geographical Information System (GIS) that relates geography and linguistics, or geolinguistics. The distribution of this dialect is linked to factors such as area and topography. Earlier on, the Pattani people settled near by the mountains for security, while nowadays they have become more open and have moved to the lowlands around Lenggong, where they interact with the locals. This encounter has formed new lexical items such as [muh̃a] for "you all", and [banta] for "pillow", as well as loanwords such as [p h] from "opah" (grandmother). Interestingly, we found loanwords from the Perak dialect being used quite extensively in the Pattani dialect. Keywords: Pattani, GIS, dialect, area, geolinguistics, distributionMakalah ini bertujuan meneliti dialek Patani di Perak. Kesan penghijrahan sebilangan besar masyarakat Patani, akibat peperangan dan demi kelangsungan hidup mereka, telah menyebabkan wujudnya satu subdialek Melayu di Perak yang dikenali sebagai dialek Patani. Satu kajian lapangan telah dilakukan di 22 buah kampung di daerah Larut Matang Selama, Kuala Kangsar dan Hulu Perak yang melibatkan 156 responden yang mendapati wujudnya dialek ini. Kajian ini mengaplikasikan perisian Geographical Information System (GIS) yang dapat menjelaskan hubungan geografi dengan linguistik atau mudahnya geolinguistik. Secara tidak langsung, penyebaran dialek ini dikaitkan dengan faktor ruang dan bentuk muka bumi. Dahulunya, petempatan masyarakat Patani adalah di lereng bukit dan gunung kerana faktor keselamatan, tetapi kini mereka lebih terbuka dan berhijrah ke kawasan tanah pamah di sekitar Lenggong hingga berlaku interaksi dengan masyarakat setempat. Pertembungan ini telah berjaya menghasilkan beberapa leksikal baharu yang dikacuk bersama dialek tempatan seperti [muh̃a] untuk "kamu semua", [bantA] untuk "bantal" dan [ph] untuk "opah" (nenek). Yang menariknya, didapati beberapa kata pinjaman dialek Perak digunakan dengan meluas dalam dialek Patani. Kata kunci: Patani, GIS, dialek, ruang, geolinguistik, penyebara

    Ulasan Buku: Undang-undang Islam di Malaysia: Prinsip dan Amalan

    No full text

    Falsafah Pentadbiran Keadilan Jenayah Syariah: Satu Penghayatan Semula

    No full text
    This article is written as a basis for the evaluation of the administration of the shariah criminal justice. The administration of shariah criminal justice must be anchored on the Quran and the sunnah and administered for the sake of success in this world and the hereafter. This basis may be determined by looking at the main objectives of the Shariah, also known as maqasid al-shari'ah (high intent of law). To uphold justice is one of the basic objectives of Shariah, and requires the appointment of judges who are steadfast in their faith as well as knowledgeable in the shariah. This article concludes that truth and justice must be based on the Islamic mould, and that it is necessary to ensure that the administration of shariah criminal justice follows this mould. Keywords: administration of justice, maqasid, fundamental rights, investigation, punishmentMakalah ini dinukilkan untuk meletakkan asas kepada penilaian terhadap pentadbiran keadilan jenayah syariah. Pentadbiran keadilan jenayah syariah perlu berpaksi kepada al-Quran dan Sunnah dan bertujuan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas ini dapat dikenal pasti dengan melihat kepada matlamat utama syariah yang juga disebut sebagai maqasid al-syariah. Menegakkan keadilan ialah matlamat asas syariah yang memerlukan pelantikan hakim yang bertakwa di samping arif dalam syariah. Makalah ini merumuskan bahawa kebenaran dan keadilan yang pasti adalah berdasarkan acuan Islam dan perlu dipastikan pentadbiran keadilan jenayah syariah mengikut acuan ini.  Kata kunci: pentadbiran keadilan, maqasid, hak asasi, penyiasatan, hukuma

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇