Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Penerimaan dan Kekuatan Dokumen Elektronik dalam Pembuktian Mahkamah Syariah di Malaysia

    No full text
    This article discusses the extent of the power and admissibility of electronic documents as a means of proof in Syariah courts in Malaysia. This study uses a quantitative approach. A questionnaire was given to respondents to determine how they perceived the admissibility of electronic documents as evidence in court. The respondents were staff of the Syariah courts and legal practitioners. In the respondents' perception, there is an urgent need to establish standard operating procedures (SOPs) or the verification of documents. At the same time, practitioners of Shariah law should be given adequate exposure and training related to electronic documents. Syariah courts should create joint ventures with agencies that have expertise in the field of electronic documents in order to improve their knowledge and thus make the Syariah court a respected body. Keywords: document, electronic, Syariah court, methods of proofMakalah ini membincangkan kekuatan dan kebolehterimaan dokumen elektronik sebagai kaedah pembuktian di mahkamah syariah di Malaysia. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik terhadap responden bagi meninjau persepsi mereka terhadap kebolehterimaan dokumen elektronik sebagai bukti di mahkamah syariah. Persepsi responden yang paling tinggi adalah terhadap keperluan mewujudkan Prosedur Operasi Standard untuk tujuan pengesahan sesuatu dokumen. Selain pendedahan dan latihan, usaha sama perlu dijalinkan dengan agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang dokumen elektronik bagi memantapkan pengetahuan dan sekali gus menjadikan mahkamah syariah sebuah badan yang dihormati dan disegani. Kata kunci: dokumen, elektronik, mahkamah syariah, kaedah pembuktia

    Praktis Pembayaran Manfaat Takaful di Malaysia: Implikasi Pascaakta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

    No full text
    This article analysis the provisions of the Islamic Financial Services Act 2013 (IFSA 2013) which details several aspects including the payment of takaful (Islamic insurance) benefits, including the naming of trustees (property administrators) or beneficiaries of conditional hibah (gifts) which were not dealt with in detail in the Takaful Act 1984. This study employs the approach of qualitative content analysis. The study reveals that the shift from the Takaful Act 1984 to IFSA 2013 not only standardized the practices of paying takaful benefit in Malaysia but also provides options for Muslim participants in the distribution of takaful benefits. This gives takaful products an edge over conventional insurance products as it offers risk-management products to both Muslims and non-Muslims in Malaysia. Keywords: takaful benefit payments, Islamic Financial Services Act 2013, Takaful Act 1984, Malaysian takaful industryMakalah ini menganalisis peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 yang memperincikan pelbagai aspek dalam pembayaran manfaat takaful, termasuk yang berkaitan dengan penamaan sebagai pemegang amanah (pentadbir harta) atau benefisiari hibah bersyarat yang sebelum ini tidak dinyatakan secara terperinci dalam Akta Takaful 1984. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara analisis kandungan. Kajian mendapati perubahan perundangan daripada Akta Takaful 1984 kepada APKI 2013 bukan sahaja menyeragamkan praktis pembayaran manfaat takaful di Malaysia, malahan memberikan pilihan kepada peserta Muslim dalam pengagihan pembayaran manfaat takaful. Keadaan ini secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada produk takaful berbanding dengan produk insurans konvensional dalam penawaran produk pengurusan risiko kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Kata kunci: pembayaran manfaat takaful, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Akta Takaful 1984, industri takafu

    Perubahan Bentuk Amalan Wasiat Masyarakat Melayu: Kesan Kedatangan Islam

    No full text
    This paper aims to study the methods of bequest before and after the colonial period, as well as the impact of colonialism on the Malays in the Malay States of the Peninsula. Apart from revealing the history of the methods of bequest according to the customs and traditonal laws of the Malays, this article also takes a detailed look at the changes and developments in the methods of bequest after the arrival of Islam. This is a qualitative study which was conducted using library research. The findings of the study show that the arrival of Islam solved issues concerning the administration of wills, as well as bringing an end to disputes and enmity among heirs. Islam brought with it complete inheritance laws that resulted in greater awareness in Malay society, and that hitherto influenced methods of bequest among the Malays. Keywords: bequests, society, Tanah Melayu, custom, lawMakalah ini bertujuan mengkaji bentuk amalan wasiat sejak zaman sebelum dan selepas penjajahan, serta kesannya dalam kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Selain membongkar sejarah amalan wasiat menurut adat dan perundangan masyarakat Melayu, makalah ini juga meneliti perubahan dan perkembangan amalan wasiat selepas kedatangan Islam. Kajian dilakukan dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati kedatangan Islam telah menyelesaikan kepincangan yang berlaku dalam hal pengurusan wasiat, serta menyelesaikan pertelingkahan dan permusuhan dalam kalangan ahli waris. Kedatangan Islam yang membawa undang-undang pusaka dan wasiat Islam yang syumul telah meningkatkan kesedaran dan mempengaruhi amalan wasiat dalam kalangan masyarakat Melayu hingga hari ini. Kata kunci: wasiat, masyarakat Melayu, Tanah Melayu, adat, undang-undan

    Prosedur Penterjemahan Alat Susastera dalam Teks Kesusasteraan Melayu ke dalam Bahasa Inggeris

    No full text
    This paper aims to examine the procedures used in the translation of literary devices into English in Malay literary works which are often influenced by the language and culture of an author. Based on the analysis, the following literary devices are identified, namely allusion, dialect, simile, alliteration, and wordplay. The findings show that translators employ procedures such as literal translation, generalisation, borrowing, adaptation, omission and description to translate the literary devices identified. It is hoped that the problems highlighted in this article can help heighten the translator's awareness of one of the challenges involved in the translation of Malay literary works and subsequently encourage the translator to explore various approaches which can help minimise loss of meaning in the process of translation. Keywords: literary device, Malay literature, translation procedures, language, cultureMakalah ini bertujuan untuk meneliti prosedur yang digunakan dalam penterjemahan beberapa alat susastera dalam teks kesusasteraan Melayu ke bahasa Inggeris yang dipengaruhi oleh bahasa dan budaya penulis. Berdasarkan analisis, terdapat beberapa alat susastera yang dikenal pasti, iaitu (1) alusi, (2) dialek, (3) perbandingan, (4) aliterasi, dan (5) mainan kata. Kajian ini mendapati bahawa penterjemah mengaplikasikan beberapa prosedur seperti terjemahan literal, generalisasi, peminjaman, adaptasi, pengguguran dan penerangan untuk menangani penterjemahan alat susastera yang dikenal pasti. Masalah yang diketengahkan dalam makalah ini diharap dapat menjadikan penterjemah lebih peka kepada salah satu cabaran dalam penterjemahan teks kesusasteraan Melayu dan dapat menggalakkan penterjemah untuk menerokai pelbagai pendekatan yang dapat mengurangkan "kehilangan" yang berlaku dalam proses penterjemahan. Kata kunci: alat susastera, kesusasteraan Melayu, prosedur terjemahan, bahasa, buday

    "Aku" dalam Konteks Kesantunan Masyarakat Lahad Datu

    No full text
    This article aims to discuss the usage of the pronoun "aku" in the context of the politeness of Lahad Datu community. Participant observation and interview was used in this field research carried out in the Lahad Datu community. Saville-Troike's theory of communication was used to observe norms of interpretation surrounding the usage of the pronoun "aku" in the daily conversation of the Lahad Datu community. Generally, in the Malay community, the usage of the pronoun "aku" is considered rude or impolite if used when addressing someone older or of a higher status than the speaker. However, the findings of this study show that in the Lahad Datu community, its usage is considered polite. This shows that politeness is interpreted differently in different communities. Keywords: aku, politeness, Lahad Datu community, norms of interpretation, impolite form, addresser, addresseeMakalah ini bertujuan membincangkan penggunaan "aku" dalam konteks kesantunan masyarakat Lahad Datu. Kajian lapangan ini menggunakan kaedah pemerhatian, dan temu bual untuk pengumpulan data dalam kalangan masyarakat Lahad Datu yang dipilih sebagai reponden. Analisis data dilakukan menggunakan teori komunikasi Saville-Troike untuk memerhatikan norma interpretasi berkaitan penggunaan "aku" dalam budaya masyarakat Lahad Datu dalam perbualan mereka sehari-hari. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan kata ganti nama diri pertama "aku" yang dianggap kasar dan tidak santun jika digunakan terhadap orang yang lebih berstatus dan lebih berusia, namun penggunaannya bagi masyarakat Lahad Datu masih menunjukkan kesantunan. Hal ini menunjukkan bahawa kesantunan yang terdapat dalam masyarakat tertentu adalah berbeza daripada amalan kesantunan yang diamalkan oleh masyarakat yang lain. Kata kunci: aku, kesantunan, masyarakat Lahad Datu, norma interpretasi, bentuk kasar, penyapa, pesap

    The Elements of Lust and Affection in the Love Pantuns of Brunei Malays in Sabah

    No full text
    The Brunei Malay ethnic group settled all along the western shores of Sabah since the early part of the formation of the Brunei Malay Sultanate. As is the case with other Malay ethnic groups in Nusantara, reciting the pantun is part of their unique culture since the bygone days until the present time. In a field study conducted in several Malay Brunei kampongs along the western shores of Sabah, a number of pantuns with the themes of love and affection were recorded, transcribed and documented. These love pantuns that have been collected , among other things highlight the elements of yearning, falling in love, feeling amorous and wanting to seek a person's hand in marriage. Apart from documenting some pantuns with the themes of love and affection, the focus of this article is on the element of lust which is reflected in these pantuns of love of the Brunei Malays. In addition, a comparison will be made between these love pantuns and selected Malay and Straits-born Chinese pantuns. By making this analysis, the uniqueness of the elements of lust and affection in Brunei Malay pantuns will be unravelled. Keywords: Brunei Malay, loved pantun, affection, elements of lustSuku kaum Melayu Brunei telah menetap di sepanjang persisiran pantai barat Sabah sejak dari zaman awal Kesultanan Melayu Brunei lagi. Seperti suku kaum Melayu lain di Nusantara, berpantun ialah sebahagian daripada budaya mereka yang istimewa sejak dari dahulu hinggalah sekarang. Dalam kerja lapangan yang telah dijalankan di beberapa buah kampung Melayu Brunei di sekitar pantai barat Sabah, sejumlah pantun yang bertemakan cinta dan kasih sayang telah dirakamkan, ditranskripsi dan didokumentasi. Pantun kasih sayang yang terkumpul ini, antaranya menonjolkan unsur-unsur rasa rindu, jatuh hati, naik berahi dan hajat di hati untuk merisik dan meminang. Selain mendokumentasi sejumlah pantun yang bertemakan cinta dan kasih sayang, tumpuan kupasan dalam makalah ini adalah terhadap unsur "berahi" yang terbayang dalam pantun kasih sayang orang Melayu Brunei. Selain itu, perbandingan terhadap pantun cinta Melayu Brunei di Sabah dengan pantun cinta Melayu dan Tionghoa Peranakan terpilih juga akan dilakukan. Menerusi kupasan sedemikian, keistimewaan perasaan cinta dan berahi dalam budaya suku kaum Melayu Brunei di Sabah akan tertonjol kepada pembaca. Kata kunci: Melayu Brunei, pantun cinta, kasih sayang, unsur berahi

    A Look at Shahnon Ahmad's Revolusi yang Ditangguhkanfrom the Takmilah Perspective

    No full text
    This study looks at Shahnon Ahmad's Revolusi Yang Ditangguhkan (2011) using the perspective of the Takmilah theory. The study aims to uncover the extent to which the writer, in this work, observes the seven principles of Takmilah outlined by Shafie Abu Bakar: (1) the principle of godliness as being kamal (perfect), (2) the principle of prophethood as a kamil (perfect) creation, (3) the principle that Islam is akmal (more perfect), (4) the principle of knowledge and literature as being takmilah (perfected), (5) the principle of literature itself as being aesthetic in nature as well as takmilah (perfect and perfecting), (6) the principle that the writer should continually practice istikmal (perfecting) of the self, and (7) the principle that readers should be encouraged to aim for becoming insan kamil (perfect beings). This study reveals the importance of the work–writer–audience relationship in conveying a message to society that is beneficial, for the betterment of the universal ummah. Keywords: Revolusi yang Ditangguhkan, Shahnon Ahmad, takmilah perspectiveKajian ini meneliti karya semi ilmiah Shahnon Ahmad, Revolusi Yang Ditangguhkan (2011) berdasarkan perspektif teori takmilah. Kajian akan merungkai sejauh mana tujuh prinsip Takmilah yang digagaskan Shafie Abu Bakar, iaitu (1) prinsip ketuhanan yang bersifat kamal (sempurna), (2) prinsip kerasulan sebagai insan kamil (sempurna), (3) prinsip keislaman yang bersifat yang bersifat akmal (sempurna), (4) prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat takmilah (sempurna), (5) prinsip sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat takmilah (sempurna dan menyempurnakan), 6) prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri (menyempurnakan) dan (7) prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan kamil (sempurna) diajukan pengarang dalam karyanya. Kajian ini memperlihatkan peri pentingnya hubungan karya-pengkarya-khalayak dalam menyampaikan perutusan yang bermanfaat kepada masyarakat demi kemaslahatan ummah jagat raya. Kata kunci: Revolusi yang Ditangguhkan, Shahnon Ahmad, perspektif takmila

    Konsep Pendinding dalam Akidah Islam: Kajian Kes terhadap Usahawan Melayu Kelantan

    No full text
    This article takes a close look at the concept of shields and its practice among Malay business people to ward off any black magic that may be used against them by business rivals. Such shields should be sought through the help of Allah SWT and should be in line with the demands and rules of Islam. The research involved a number of Malay entrepreneurs from the state of Kelantan because the Malays of Kelantan, especially the women, are, to a great extent, involved in business. The research was carried out using two methodologies: library and field research. Library research was used to build the relevant conceptual framework with regard to shielding in Islam, while the fieldwork involved interviewing selected Kelantanese Malay entrepreneurs. The findings of this research show that a small number of Kelantanese Malay entrepreneurs still do not use shields that are truly in line with Islamic teachings but instead contain elements of shirk (the worship of other than Allah) and superstition. Keywords: shield, Kelantanese Malay entrepreneurs, Islamic faith, businessMakalah ini meneliti konsep pendinding dan amalannya dalam kalangan usahawan Melayu Kelantan bagi menghindari gejala sihir yang digunakan oleh pesaing dalam perniagaan. Pendinding yang diamalkan hendaklah memohon perlindungan daripada Allah SWT dan selaras dengan kehendak dan syariat Islam. Kajian dijalankan terhadap sejumlah usahawan Melayu Kelantan kerana orang Melayu Kelantan, khususnya wanita, banyak yang terlibat dalam dunia perniagaan. Kajian dilaksanakan menggunakan dua kaedah, iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kaedah kajian kepustakaan digunakan untuk membina kerangka konsep yang berkaitan dengan pendinding dalam akidah Islam, manakala kajian lapangan dilakukan dalam bentuk temu bual dengan usahawan Melayu Kelantan yang terpilih. Hasil kajian menunjukkan bahawa segelintir usahawan Melayu Kelantan masih lagi tidak mengamalkan konsep pendinding yang sebenar menurut perspektif akidah Islam kerana terlibat dengan kepercayaan yang mengandungi unsur syirik dan khurafat. Kata kunci: pendinding, usahawan Melayu Kelantan, akidah Islam, perniagaa

    Pengaruh Budaya Melayu dalam Gelagat Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia

    No full text
    The Malays have specific practices normally termed as "Malay culture", "Malay behaviour" or "Malay customs". One element related to such practices is the distribution of inheritance. Influences from these customary practices do not merely affect the method of distribution but also the trend in managing the distribution as well. In practice, this influence supersedes laws as ordained by religion. One example is an estate that is divided equally among brothers and sisters. Normally, apportionment of an estate is not executed until a couple is deceased. This hybrid practice shows there is cultural assimilation in religious practices. Such practices have seeped into the community, so much so that some members of the community are no longer able to differentiate between culture and religion. As such, this research aims to expose the fusion of custom and common practice, as well as its impact on the culture of the Malays in Malaysia. The observation focused on a comparative method between Islamic law and customary practice, especially in the distribution of inheritance. The findings present the cultural practices of the Malays with regard to custom and religion in Malaysia, and outlines steps to be taken to ensure such assimilated practices are in line with Islamic law. Keywords: Malay, custom, inheritance, attitude, Islamic lawOrang Melayu mempunyai budaya yang khusus yang biasa diberikan jolokan "budaya Melayu", "perangai orang Melayu" atau "adat Melayu". Beberapa elemen yang dihubung kait dengan amalan adat, termasuklah dari aspek pembahagian harta pusaka. Pengaruh adat ini bukan sahaja memberikan kesan kepada corak pembahagian harta pusaka, malah juga kepada gelagat dalam pengurusan pembahagian harta pusaka. Berdasarkan amalan, pengaruh adat ini mengatasi peraturan yang ditetapkan dalam agama. Misalnya, harta dibahagikan secara sama rata antara adik-beradik lelaki dengan perempuan. Kebiasaannya pembahagian harta pusaka tidak dilakukan sehinggalah kedua-dua pasangan meninggal dunia. Campuran antara adat dengan agama dalam praktis ini menunjukkan berlakunya asimilasi budaya ke atas agama. Amalan ini berkembang dalam masyarakat, sehingga menyebabkan sesetengah anggota masyarakat tidak dapat membezakan antara ajaran agama dengan budaya. Oleh sebab itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengetengahkan percampuran antara budaya dengan gelagat, dan pengaruhnya dalam budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Penelitian membandingkan hukum syarak dengan amalan adat, terutama mengenai corak pembahagian harta pusaka. Hasil kajian menunjukkan gelagat dan budaya masyarakat Melayu terhadap adat dan agama di Malaysia, dan menganjurkan langkah-langkah asimilasi supaya adat yang diamalkan bertepatan dengan syariat Islam. Kata kunci: Melayu, budaya, harta pusaka, gelagat, Isla

    Ulasan Buku: Pembelajaran Islam Amali: Panduan Fiqh Jinayat

    No full text

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇