Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Minimum Age for Criminal Responsibility: Examining Malaysian Law from the Perspective of International Law
The minimum age for criminal responsibility refers to the age at which children can be reasonably and fairly considered liable for their criminal actions. To date, determination of the minimum age of child criminal responsibility still remains a controversial issue among the justice systems across the world where juveniles are concerned. Current practice in various justice systems reveals that there is no uniformity in setting the minimum age for child criminal responsibility. Reference to international instruments reveals that there are specific principles and guidelines outlined by these instruments on this matter.Thus, this paper will try to examine principles and guidelines set by the international instruments on this matter. In addition, this paper also will attempt to analyze comparatively the extent to which the current Malaysian legal framework in this matter complies with the international legal standards, and highlight possible suggestions for the improvement of existing laws and policies.
Keywords: children, criminal responsibility, international laws, minimum ageUmur minimum tanggungjawab jenayah merujuk tahap usia kanak-kanak boleh secara munasabah dan adil dikenakan liabiliti atas tindakan jenayah yang mereka lakukan. Sehingga sekarang, penentuan umur minimum tanggungjawab jenayah kanak-kanak masih lagi kekal sebagai isu kontroversi dalam kalangan sistem keadilan juvenil di seluruh dunia. Praktis dalam sistem keadilan jenayah juvenil yang sedia ada menunjukkan tiada keseragaman dalam memilih dan menetapkan umur minimum tanggungjawab jenayah. Rujukan instrumen antarabangsa menunjukkan terdapat prinsip dan garis panduan yang ditetapkan dalam penentuan umur minimum tanggungjawab jenayah kanak-kanak. Oleh itu, makalah akan cuba meneliti aspek berkaitan dengan prinsip dan panduan yang digariskan oleh instrumen antarabangsa dalam perkara ini. Seterusnya, makalah ini juga akan menganalisis sejauh manakah rangka kerja undang-undang Malaysia mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa, sekali gus cuba mengenal pasti ruang penambahbaikan undang-undang dan polisi yang sedia ada.
Kata kunci: kanak-kanak, jenayah, tanggungjawab, undang-undang antarabangsa, umur minimu
Peranan Lembaga Tabung Haji untuk Meningkatkan Ekonomi dan Perkhidmatan Haji Orang Melayu 1969-1984
This paper examines the role of the Pilgrims Fund Board (Lembaga Tabung Haji, or THA) in its efforts to improve the economy, and hajj services for the Malays. The study is conducted through literature review, particularly the Annual Reports of the Pilgrim Fund Board. LTH was established to facilitate the Malays to gradually save money for the purpose of performing the hajj without the need to sell off property and thereby suffer hardship upon returning home from the Holy Land of Mecca. LTH is not only responsible for the welfare of the pilgrims in terms of health, transportation and accomodation but also the protection of the pilgrims from fraudulent practices and exploitation by unscrupulous parties. In the past, the Malays faced various difficulties in their endeavour to perform the hajj but with improved and more systematic hajj pilgrimage management, there was a gradual change for the better.
Keywords: Lembaga Tabung Haji, Malays, Mecca, hajj, economyMakalah ini meneliti peranan Lembaga Tabung Haji (LTH) dalam usaha meningkatkan ekonomi dan perkhidmatan haji orang Melayu. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kajian kepustakaan, khususnya Laporan Tahunan Lembaga Tabung Haji. Penubuhan LTH memberikan kemudahan kepada orang Melayu menyimpan wang secara berdikit-dikit untuk menunaikan ibadah haji tanpa perlu menjual harta benda dan mengalami kesempitan hidup sekembali dari Tanah Suci Makkah. Lembaga Tabung Haji bukan sahaja bertanggungjawab memelihara kebajikan jemaah haji dari aspek kesihatan, pengangkutan dan penginapan tetapi juga berusaha melindungi jemaah haji daripada sebarang bentuk penipuan dan eksploitasi daripada pelbagai pihak. Pengalaman orang Melayu mengalami pelbagai kesulitan untuk merealisasikan cita-cita mereka menunaikan ibadah haji turut mengalami perubahan secara beransur-ansur dengan pelaksanaan sistem pengurusan haji yang lebih sistematik dan teratur.
Kata kunci: Lembaga Tabung Haji, orang Melayu, Makkah, ibadah haji, ekonom
The Folk Wisdom of a Maritime Community in Selected Works by Arena Wati: A Study of an Intangible Cultural Heritage
Arena Wati is a literary figure who was once a seaman before he became a writer. His many experiences as a seaman are recorded in his works. Much of the cultural heritage of Macassar's maritime community known to Arena Wati has not been researched, including the folk wisdom that is typical of such a community. Folk wisdom is an example of intangible cultural heritage. This essay will discuss the folk wisdom of this maritime community, as portrayed by Arena Wati in the works studied. The method used for this study is textual analysis. The works relevant to this study are Arena Wati's memoir entitled Memoir Arena Wati: Enda Gulingku and four of his novels: Pantai Harapan (Shores of Hope) (1990), Citra (Image) (1991), Sudara (Kin)(1994), Warna Sukma Usia Muda (The Colours of a Young Soul) (2005) and Rindu Aroma Padi Bunting (A Longing for the Fragrance of Ripe Paddy)(2012).This study finds that the maritime folk wisdom presented by Arena Wati can be categorized into four: that of seamen, for ship passengers, that of fishermen and that of coastal communities.
Keywords: intangible cultural heritage, maritime communities, folk wisdomArena Wati merupakan sasterawan yang pernah menjadi pelaut sebelum menjadi sasterawan. Banyak pengalamannya sebagai pelaut ditulis dalam karya-karyanya. Banyak warisan budaya masyarakat maritim Makassar yang diketahui oleh Arena Wati belum dikaji termasuklah petua. Maka, esei ini akan membincangkan petua sebagai warisan budaya tidak ketara masyarakat maritim seperti yang diperlihatkan oleh Arena Wati dalam karya yang dikaji. Kajian ini menggunakan kaedah analisis tekstual untuk meneliti petua berkenaan. Antara karya yang digunakan ialah memoir Arena Wati yang bertajuk Memoir Arena Wati: Enda Gulingku (2010) dan enam buah novelnya iaitu Pantai Harapan (1990), Citra (1991), Sudara (1994), Warna Sukma Usia Muda (2005) dan Rindu Aroma Padi Bunting (2012). Kajian ini mendapati terdapat petua maritim yang ditampilkan oleh Arena Wati dapat dikategorikan kepada empat, iaitu pelaut, penumpang kapal, nelayan dan masyarakat pesisir pantai.
Kata kunci: warisan budaya tidak ketara, masyarakat maritim, petu
The Dialogues between Kresna and Arjuna Concerning the Swadarma of a Ksatriya in the Bhagavad Gita of the Ancient Javanese Bhisma Parwa
The Bhagavad Gita is usually called the fifth veda (pancama veda), together with the four Sanskrit Vedas, namely the Rig Veda, Atharwa Veda, Sama Veda and Yajur Veda. The Balinese are familiar with the five vedas, and know the Bhagavad Gita as the sixth book of the ancient Javanese version of the Mahabharata epic. The Bhagavad Gita that features as a part of the ancient Javanese version of the Bhisma Parwa is ascribed to King Teguh Dharmawangsa Anantavikrama Uttunggadewa of the Kediri Kingdom in the 10th century CE. He is credited to have been responsible for ordering the translation of the Mahabharata (known in Bali as Asta Dasar Parwa-the 18 parwas). This translation effort from Sanskrit into the ancient Javanese language was dubbed mangjawaken Byasamata (translating into Javanese the works of the sage Byasa). The ancient Javanese version of the Bhagavad Gita contains the dialogues between Kresna and Arjuna about the swadarma (holy obligations and responsibilities) of a ksatriya (warrior) according to his wangsa (social class). A ksatriya was deemed responsible for defending his country, fighting against the enemy, as well as for upholding truth, satya wacana (truthfulness), lascarya (sincerity) and sradha bhakti (devotional service).
Keywords: Bhagavad Gita, Asta Dasa Parwa, satya wacana, lascarya, bhaktiBhagavad Gita sering disebut veda yang kelima (pancama veda) disamping empat veda yang ada, iaitu Rig Veda, Atharwa Veda, Sama Veda dan Yajur Veda berbahasa Sanskrit. Di Bali kelima-lima veda itu, termasuk Bhagavad Gita yang terdapat pada teks Bhisma Parwa, buku ke-6 daripada Mahabharata versi Jawa kuno. Empat veda dan Bhagavad Gita telah dibaca oleh masyarakat Bali dalam rangka mendapatkan ajaran tuhan untuk memperkuat nilai etika dan moral. Episod Bhagavad Gita berbahasa Jawa kuno terdapat dalam Bhisma Parwa digubah oleh Raja Teguh Darmawangsa Anantavikrama Uttunggadewa pada abad ke-10 Kerajaan Kediri. Raja Dharmawangsa Teguh menjadi manggala dalam penciptaan Mahabharata (di Bali disebut Asta Dasa Parwa atau 18 Parwa) memerintahkan rakawi untuk menyadurnya. Program alih bahasa yang disebut Mangjawaken Byasamata (mengalihbahasakan ajaran Begawan Byasa) yang sumbernya berbahasa Sanskrit kepada bahasa Jawa kuno. Bhagavad Gita Jawa kuno berisi dialog antara Krisna dan Arjuna tentang fungsi seorang kesateria dalam melaksanakan swadharma, iaitu tugas atau kewajiban suci seorang kesateria berdasarkan kelahirannya (wangsa). Tugas seorang kesateria adalah untuk membela negara dan mempertahankan negara, berperang melawan musuh, membela kebenaran, membela ucapan (satya wacana) dengan tulus ikhlas (lascarya) dan pengabdian (sradha bhakti).
Kata kunci: Bhagavad Gita, Asta Dasa Parwa, satya wacana, lascarya, bhakt
Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans
A study involving a group of teacher trainees was carried out to determine the trainees' ability to comprehend the meaning of selected proverbs. This study shows that, significantly, many trainees are unable to comprehend the implicit meaning of these proverbs. The inability of these trainees can be attributed to a number of factors, such as not understanding the meanings of lexical items and the extended meanings lexical items, and not having the background knowledge (encyclopedic entry) of an item or a situation involving the proverbs. The trainees were unable to relate the background knowledge with the contexts that formed the input for the process of interpreting the proverbs. The absence of background knowledge also hindered the trainees' ability to think critically and to make inferences in the process of interpreting the meaning of the proverbs. The ability of the teacher trainees to comprehend the meaning of the proverbs is critical because, as future teachers, they will have to teach this element in the Malay language subject, especially as the transformation of education in 21st century education stresses higher-order thinking skills (HOTS).
Keywords: proverbs, interpretation, implicit, inferences, encyclopedic entry, transformation of educationKajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar pendidikan guru bertujuan mencungkil kemampuan pelajar ini memahami maksud peribahasa yang diberikan. Dapatan kajian menunjukkan input yang sangat signifikan kerana ramai pelajar tidak memahami maksud implisit yang didukung oleh peribahasa tersebut. Ketidakmampuan para pelajar pendidikan guru ini memahami dan menginterpretasikan maksud peribahasa disebabkan oleh beberapa faktor seperti tidak memahami makna leksikal, tidak memahami peluasan makna sesuatu leksikal, tiadanya maklumat latar belakang (entri ensiklopedik) tentang sifat ataupun ciri yang didukung oleh sesuatu item/ peristiwa dan tidak dapat mengaplikasikan maklumat latar belakang pada maklumat baharu yang diterima (prosedur pemahaman). Para pelajar tidak dapat mengaitkan maklumat latar belakang dengan konteks yang menjadi input dalam proses penginterpretasian sesuatu peribahasa yang diberikan. Ketiadaan maklumat latar belakang juga mengekang para pelajar untuk berfikir secara kritis dan membuat inferens bagi mencapai satu kesimpulan dalam proses penginterpretasian maksud peribahasa. Ketidakmampuan para pelajar pendidikan guru memahami maksud peribahasa ternyata kritikal kerana sebagai bakal guru, mereka juga perlu mengajarkan elemen ini dalam matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah apatah lagi dengan adanya tuntutan transformasi pendidikan abad kedua puluh satu yang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Kata kunci : peribahasa, penginterpretasian, implisit, inferens, entri ensiklopedik, transformasi pendidika
Sulalatus Salatin and Tun Perak's Charisma in the Practice of the Laws of Nusantara Multiethnic Society
In the 15th century, Malacca emerged as a city that became the focus of traders and travellers from all corners of the Nusantara. At that time, the states under the protection of Malacca and anyone who came to Malacca were subject to the laws of the Malacca Sultanate. This has been referred to many times by the author of Sulalatus Salatin, in the narration of events involving Malacca's relations with other states in the Nusantara world, and at the same time highlighting the practice of laws which took place in the multiethnic society residing in Malacca. Harshness is the general characteristic in the implementation of laws and this view is supported by works on Malay governance such as Taj -Salatin, Bustan al- Salatin and Thamarat -Muhimmah. However, harshness not accompanied by fairness and wisdom can lead to cruelty. This issue became part of the focus of Sulalatus Salatin's author's thinking while describing several myths, conflicts and philosophies of justice of the Malay rulers in Singapore and Malacca which is closely linked to attitude, leadership and knowledge of the rulers and leaders. This article will reevaluate the issue by drawing attention to the charisma of Tun Perak in the implementation of laws of the Malay sultanate, either towards the multiethnic society in the Nusantara or in the context of those residing in Malacca, in which the issues of harshness of laws are entangled, counterbalanced and intertwined with many incidents of slander, sedition and corruption that could destroy the history of Malay culture.
Keywords: Tun Perak, laws, governance, historiography, philosophy, slander, corruptionPada abad ke-15 yang lalu, Melaka muncul sebagai sebuah negara kota tumpuan kedatangan para pedagang dan penghijrah dari seluruh pelosok rantau alam Nusantara. Ketika itu, semua negeri yang berada di bawah naungan Melaka dan sesiapa sahaja yang datang ke Melaka akan tertakluk di bawah perintah undang-undang adat Kesultanan Melaka. Hal ini banyak disuratkan oleh pengarang Sulalatus Salatin melalui peristiwa perhubungan Melaka dengan kerajaan-kerajaan yang berada di alam Nusantara, di samping memusatkan perhatian kepada amalan undang-undang yang berlaku dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik yang tinggal di Melaka. Kekerasan menjadi satu ciri umum pelaksanaan undang-undang yang turut mendapat dukungan dalam karya-karya ketatanegaraan Melayu seperti Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin dan Thamarat al-Muhimmah. Walau bagaimanapun, kekerasan tanpa diikuti dengan keadilan dan kebijaksanaan akan menjurus kepada perbuatan kezaliman. Persoalan ini menjadi sebahagian daripada pusat pemikiran pengarang Sulalatus Salatin ketika memerikan beberapa mitos, konflik dan falsafah keadilan istana raja-raja Melayu di Singapura dan Melaka yang bertaut rapat dengan sikap, kepimpinan dan keilmuan raja-raja dan para pembesarnya. Makalah akan menilai semula persoalan ini dengan memusatkan perbincangan kepada karisma Tun Perak dalam amalan undang-undang kesultanan Melayu, sama ada terhadap masyarakat pelbagai etnik Nusantara ataupun dalam konteks masyarakat yang tinggal di Melaka, dan dalam isu-isu tentang kekerasan undang-undang yang bercampur-baur, bertimbang-tara dan berselirat dengan pelbagai peristiwa fitnah, hasutan dan rasuah yang boleh meruntuhkan sejarah peradaban Melayu.
Kata kunci: Tun Perak, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, falsafah, fitnah, rasua
Legal Framework for Waqf Management in Malaysia: Towards Uniformity of Laws
This article discusses the legal framework for waqf management in Malaysia through legal doctrinal analysis. Although the Administration of the Religion of Islam Enactments contain provisions relating to waqf, these provisions are not comprehensive in nature. Johor, Selangor, Negeri Sembilan and Melaka have introduced more detailed rules or waqf enactments. This article examines several matters which are not uniform in the state waqf laws and discusses the various mechanisms under the Federal Constitution towards uniformity of laws in the states. Efforts have been made by the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) and the Department of Awqaf, Zakat and Hajj (JAWHAR) to come up with a draft federal law on waqf that is to be the model law for the states' waqf enactments. The recommendation to establish a Commission for Uniformity of Shariah Laws is an alternative to continue the work towards uniformity of waqf laws in Malaysia.
Keywords: waqf, laws, MalaysiaMakalah ini membincangkan kerangka undang-undang mengenai pengurusan wakaf di Malaysia melalui kaedah penyelidikan undang-undang secara analisis doktrin. Walaupun undang-undang wakaf terkandung dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri, peruntukan ini tidak bersifat menyeluruh. Negeri Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak telah memperkenalkan kaedah pengurusan atau enakmen wakaf yang lebih terperinci. Makalah ini meneliti perkara yang tidak seragam dalam peruntukan undang-undang wakaf negeri dan membincangkan beberapa mekanisme penyeragaman undang-undang yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Usaha telah dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) untuk mewujudkan rang undang-undang wakaf pada peringkat persekutuan supaya menjadi undang-undang contoh bagi enakmen wakaf pada peringkat negeri. Cadangan penubuhan Suruhanjaya Penyeragaman Hukum Syarak merupakan satu alternatif untuk meneruskan usaha ke arah penyeragaman undang-undang pengurusan wakaf di Malaysia.
Kata kunci: wakaf, undang-undang, Malaysi
The Image of the Europeans in Hikayat Mareskalek
This article discusses the Hikayat Mareskalek as a work of etiquette literature intended to instruct the Malay rulers through a European character. The 18th/19th centuries were a time that saw the emergence of not only new types of writing but also new genres modelled on those introduced by the Europeans; the date of production of this hikayat falls during this time. Under the influence and patronage of Europe, transitional works such as these display a pro-European tendency in terms of the narrative point of view and he orientation of thought. However, fascination with Europe was not in fact total. Hikayat Mareskalek (Maarschalk Willem Daendels), written by Abdullah al-Misri in Pontianak in 1815, is one of the works that does not display such a tendency. Although this hikayat mentions a European in its title, he is not the subject of the narrative; instead the writer cleverly exploits and manipulates his characteristics, attitudes and actions to act as a "mirror" reflection for the Malay rulers.
Keywords: Hikayat Mareskalek, Maarschalk Willem Daendels, etiquette genre, Abdullah al-Misri, reflection of Malay rulersMakalah ini membicarakan Hikayat Mareskalek sebagai sebuah genre adab yang mengajar raja-raja Melayu melalui watak dan perwatakan seorang pentadbir Eropah. Hikayat ini ditulis pada abad ke-18/19, iaitu abad yang menyaksikan kemunculan bukan sahaja bentuk kepengarangan jenis-jenis baru tetapi juga pengenalan genre baru yang bermodelkan bentuk penulisan yang diperkenalkan orang Eropah. Di bawah pengaruh dan naungan Eropah, karya transisi memperlihatkan kecenderungan untuk bersifat pro-Eropah dari sudut subjek penceritaan dan orientasi pemikiran. Namun, fenomena pesona Eropah ini sebenarnya tidak berlaku secara menyeluruh. Hikayat Mareskalek (Maarschalk Willem Daendals) yang ditulis oleh Abdullah al-Misri di Pontianak pada tahun 1815 ini merupakan antara karya yang tidak memperlihatkan kecenderungan sedemikian. Walaupun hikayat ini menggunakan orang Eropah sebagai judulnya, tetapi tidak menjadikannya subjek penceritaan, sebaliknya dengan bijak mengeksploitasi dan memanipulasi seluruh sifat, sikap dan tindak-tanduknya untuk tujuan menjadi "cermin" kepada raja-raja Melayu.
Kata Kunci: Hikayat Mareskalek, Maarschalk Willem Daendals, genre adab, Abdullah al-Misri, cermin raja-raja Melay