Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Kearifan Tempatan Orang Melayu: Refleksi melalui Hikayat Pelandok Jenaka
Human issues are the dominant subjects in literary works because the human element and humanity are related in complex ways. This complexity is due to different cultural practices according to one's country, ethnicity, religion and belief, which in turn shape one's way of life, personality and character. Literature, on the whole, attempts to reflect the differences, uniqueness and complexities of people's lives. Humanity, however, is a universal value that has a meaningful impact on the lives of people, which can be gleaned from reading literary works. This universal value can be discerned in animal fables, which are one branch of folk tales. Animal fables reflect human actions through animal characters. Ancient storytellers used such characters and characterizations as subtle and interesting expressions of humanity. Conflicts between characters demonstrate phenomena that really take place in human life. Issues such as leadership, and conflict and resolution are presented in a light, casual and comedic style. The comedic element Clear thinking filters the comedic element and provides knowledge, especially concerning natural phenomena. This article discusses several fables from the Hikayat Pelandok Jenaka that deal with conflicts within the community and their methods of resolution in order to reflect the knowledge of the Malay community of the past.
Keywords: animal fable, reflections of Malay knowledge, Hikayat Pelandok Jenaka, conflict resolutionIsu kemanusiaan menjadi subjek yang dominan dalam karya kesusasteraan kerana manusia dan kemanusiaan merupakan suatu gabungan elemen fizikal dan mental yang cukup kompleks. Kompleksiti itu terjadi kerana amalan kebudayaan yang berbeza mengikut negara, kaum, agama serta kepercayaan yang kemudiannya membentuk cara hidup, personaliti dan perwatakan. Genre kesusasteraan secara amnya cuba memaparkan kembali perbezaan, keunikan serta kompleksiti yang terpamer dalam kehidupan manusia. Manakala kemanusiaan adalah nilai yang universal yang dapat digarap dan dimanfaatkan sebagai impak bermakna dalam kehidupan manusia daripada pembacaan terhadap genre kesusasteraan. Nilai ini turut dapat digarap dalam cerita binatang yang menjadi salah satu cabang cerita rakyat. Cerita binatang merupakan sisipan tindak tanduk manusia dan kemanusiaan menerusi watak-watak binatang. Watak dan perwatakan tersebut digarap oleh pengarang masa lampau sebagai pernyataan kemanusiaan dengan begitu halus dan menarik. Konflik antara watak-wataknya adalah paparan fenomena yang berlaku dalam kehidupan sebenar manusia. Isu kepimpinan, konflik dan penyelesaian dipersembahkan dalam penceritaan yang bersahaja, ringan dan berunsur lelucon. Unsur lelucon disaring dengan pemikiran jernih yang menyajikan kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan khususnya berkaitan fenomena alam sekitar. Artikel yang membincangkan kisah-kisah pilihan daripada Hikayat Pelandok Jenaka ini memaparkan konflik-konflik yang terjadi dalam kelompok masyarakat binatang serta kaedah penyelesaiannya sebagai refleksi kearifan masyarakat Melayu lampau.
Kata kunci: cerita binatang, refleksi kearifan Melayu, Hikayat Pelandok Jenaka, penyelesaian konfli
Ulasan Kes: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan & YL Lwn Berjaya Books Sdn. Bhd. & YL [2015] 3 CLJ 461
The Financial Rights of Divorced Muslim Women in Thailand
This article analyses the financial rights of divorced Muslim women in three southern provinces of Thailand implemented through the Regional Islamic Religious Council and the Islamic religious courts in Pattani, Yala, Narathiwat and Setul according to the Application of Islamic Law Act, 1946. This study also examines the extent to which Muslim women here know their rights after divorce regarding mutaah (monetary gift), nafkah idah (maintenance after divorce), mahar (dower) and hadanah (child custody) which require proof. The provisions of this act are similar to those of the laws in Malaysia. The study found that there were few claims submitted by women in southern Thailand due to a lack of legal awareness on their financial rights after divorce and suggests that more efforts should be made to educate Muslim women about their financial rights after divorce.
Keywords: Regional Islamic Religious Council, kadi courts, financial rights, Muslim women, southern ThailandMakalah ini membincangkan hak material wanita Muslim selepas perceraian di tiga wilayah selatan Thailand yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah dan mahkamah kadi melalui Akta Pemakaian Undang-undang Islam 1946 di Wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Setul. Makalah ini juga menganalisis pemahaman wanita Muslim terhadap tuntutan yang boleh dibuat selepas perceraian seperti mutaah, nafkah idah, mahar dan hadanah yang hanya boleh dilaksanakan jika disertai dengan bukti. Peruntukan yang terdapat dalam akta ini mempunyai persamaan dengan peruntukan undang-undang yang terdapat di Malaysia.
Kata kunci: Majlis Agama Islam Wilayah, mahkamah kadi, hak material, wanita Muslim, empat wilayah selatan Thailan
Sustainable Development and Investment of Waqf Assets from the Islamic Perspective
Inisiatif bagi mengarusperdanakan peranan wakaf sebagai enjin penggerak sosioekonomi ummah semakin diberikan perhatian oleh komuniti Islam pada peringkat global. Tumpuan kini diberikan terhadap aspek pembangunan dan pelaburan harta wakaf secara dinamik bertujuan mengekalkan kelestarian aset wakaf bagi memenuhi objektif penubuhannya. Pelbagai mekanisme pembangunan sama ada yang bersifat teoretikal atau praktikal yang sebahagiannya sudahpun diimplementasikan telah menyemarakkan lagi agenda menaik taraf aset wakaf bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, makalah ini akan membincangkan konsep pembangunan serta pelaburan harta wakaf secara lestari menurut perspektif Islam ke arah merealisasikan kaedah pembangunan dan pelaburan harta wakaf yang memenuhi tuntutan syarak.
Kata kunci: wakaf, pembangunan, pelaburanThe initiative towards enhancing the role of waqf (endowment) as the main driving force for socioeconomic development of the ummah has received tremendous support from the Muslim community globally. Considerable attention has been paid to the aspect of waqf development and investment in order to maintain the sustainability of waqf assets to meet their divine and worldly objectives. Various mechanisms for waqf development, whether theoretical or already implemented, have intensified the effort to improve and raise the status of waqf assets not only in Malaysia but also throughout the world. Essentially, this study will discuss the concept of sustainable development and investment of waqf assets in the light of the Shariah. This study renders general guidelines towards implementing viable approaches for the development and investment of waqf assets that are in line with Islamic teachings and laws in Malaysia.
Keywords: waqf, development, investmen
Menyingkap Tempurung Orang Melayu: Sejarah Melayu, Buku Teks dan Abdullah Munsyi
This paper was written in honour of the Malaysian poet laureate Muhammad Haji Salleh on his 70th birthday. It traces the development of the printed editions of the Sulalatus Salatin published in Southeast Asia and Europe and argues that alterations do not occur in the printed texts. The first published Malay edition was edited by Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi in collaboration with the American missionary, Alfred North, in Singapore. The introduction to this first edition was an extract from texts in Sejarah Melayu and concurrently produced as a text book. This article is aimed at discussing the impact of Abdullah's works in the Malay world and the 'fate' of the text books whilst reviewing the editing processes conducted by colonial administrators.
Keywords: Sejarah Melayu, Abdullah Munsyi, editing process, colonial administratorKertas kerja ini ditulis bagi memperingati kelahiran yang ke-70 Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh. Saya menyusuri perkembangan edisi cetakan teks Sulalatus Salatin yang pernah diterbitkan di Asia Tenggara serta Eropah dengan menghujahkan dalil bahawa perubahan teks tidak timbul dalam teks yang telah dicetak. Edisi pertama yang dicetak, disunting oleh Abdullah Kadir Munsyi dengan kerjasama mubaligh Kristian dari Amerika Syarikat, Alfred North di Singapura. Pendahuluan dalam edisi cetakan tersebut dipetik daripada teks Sejarah Melayu yang dijadikan buku teks sekolah yang diusahakan pada masa yang sama. Makalah ini mengkaji dampak karya Abdullah di dunia Melayu dan "nasib" teks buku sekolah ini serta meninjau proses penyuntingan yang dilakukan oleh pentadbir kolonial.
Kata kunci: Sejarah Melayu, Abdullah Munsyi, proses penyuntingan, pentadbir kolonia
Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
This article discusses the role of the Malay language in Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) education. A brief review of the development of STEM in the Malay Achipelago, and the position of the Malay language as a marker of identity as well as its role in developing Malay culture within the mould or world-view of Islam, was conducted. The article also reviews the potential of the Malay language to further develop the body of STEM knowledge, and the meaning of science-the field which is core to the development of STEM. It is found that the Malay language is not only capable of being used as the medium of instruction in STEM education but also that its use will help to develop and advance Malay identity, character and values, even though in the Weste, STEM is considered to be secular in nature, and thus divorced from cultural and religious values.
Keywords: Malay language, STEM education, identity, Islamic valuesMakalah ini membincangkan peranan bahasa Melayu dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM)). Tinjauan dibuat secara sepintas lalu terhadap pembangunan STEM di rantau Melayu, serta kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa yang menjadi jati diri dan membangunkan peradaban Melayu yang amat bernilai dalam acuan atau tasawur Islam. Makalah ini turut melihat sejauh manakah keupayaan bahasa Melayu membangunkan korpus ilmu STEM dan pengertian sains yang menjadi teras utama dalam pembangunan STEM. Ternyata, bahasa Melayu bukan sekadar mampu digunakan dalam pendidikan STEM, malah penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan STEM akan memastikan sahsiah, keperibadian, jati diri dan nilai Melayu dipupuk dan dibangunkan seiring dengan pembangunan STEM, walaupun STEM yang difahami dalam peradaban Barat bersifat sekular, serta terpisah daripada sistem nilai budaya dan agama.
Kata kunci: bahasa Melayu, pendidikan STEM, jati diri, nilai Isla
The History of Occupational Safety Law in the United States of America and the United Kingdom, and their Influence on Malaysia
This article begins the discussion by explaining the historical development of the occupational safety law of the United Kingdom and the United States of America. Further, the discussion is widened to examine the influence of the said countries on the development of Malaysian law. In Malaysia, the development of occupational safety law started with the introduction of the Factory and Machinery Act 1967 and its regulations. Such legislation is considered to have been a good start in the development of occupational safety law. Next, the Occupational Safety and Health Act 1994 was drafted and this complemented the laws by governing almost all industries and also imposing the liability of ensuring workers' safety and health not only on employers, but also various other parties. The historical analysis method is adopted here to examine whether the law in these western countries was duplicated in their entirety in Malaysia or whether it has gone through some modification process to suit the local application. It is also worthy to note that analysis of the development of the Common Law principles is also included since its application in Malaysia was approved via the Civil Law Act 1956.
Keywords: legal history, occupational safety
Full text: PDFMakalah ini dimulai dengan perbincangan tentang perkembangan sejarah undang-undang keselamatan pekerjaan di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Seterusnya, perbincangan dilanjutkan dengan melihat pengaruh negara tersebut terhadap perkembangan undang-undang di Malaysia. Di Malaysia, undang-undang keselamatan pekerjaan bermula dengan pembentukan Akta Kilang dan Jentera 1967 dan peraturan di bawahnya. Pembentukan undang-undang ini dianggap satu permulaan yang baik dalam perkembangan penggubalan undang-undang keselamatan pekerjaan. Kemudian, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pula dibentuk dan menjadi pelengkap kepada peraturan umum kepada hampir semua jenis perusahaan, serta meletakkan liabiliti menjaga keselamatan dan kesihatan kepada banyak pihak, selain majikan. Kaedah analisis sejarah digunakan untuk melihat sama ada undang-undang di kedua-dua negara Barat ini diciplak sepenuhnya di Malaysia atau telah melalui proses pengubahsuaian untuk disesuaikan dengan keadaan tempatan. Sebagai tambahan, analisis terhadap perkembangan Common Law juga diselitkan kerana pemakaian undang-undang ini dibenarkan di Malaysia di bawah Akta Undang-undang Sivil 1956.
Kata kunci: sejarah undang-undang, keselamatan pekerjaan
Teks penuh: PD
Al-Mafqud dan Tragedi MH370: Satu Sorotan terhadap Implikasi Tragedi dari Sudut Perlindungan Takaful
The tragedy of flight MH370 belonging to Malaysia Airlines (MAS) that went missing on 8 March 2014 en route from Kuala Lumpur to Beijing has become a global issue, gaining attention all over the world. The mystery of the still- missing plane has opened a new chapter in assessing the status of al-mafqud (missing person) under shariah law. The disappearance of the passengers and crew members on board has placed Islamic financial institutions, especially takaful operators, in a difficult position with respect to meeting the claims of the heirs if the al-mafqud due to inavailability of evidence to confirm the death of the passengers and crew members of MH370. Takaful operators have to seek the views from their respective Shariah committees in order to determine whether the takaful benefits should be paid or not, and if these are to be paid, which fund should be used pay them: the takaful operators' shareholders' fund or the participants' risk fund (tabaruk fund). This paper highlights the basic applications of fiqh al-mafqud in connection with the MH370 tragedy, as well as its implications for the takaful industry.
Keyword:al-mafqud, missing person, presumption of death, MH370,National Fatwa CouncilTragedi kehilangan pesawat MH370 milik Sistem Penerbangan Malaysia yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 menjadi isu global yang menarik minat pelbagai lapisan masyarakat. Kehilangan yang masih lagi menjadi misteri sehingga hari ini membuka lembaran baharu dalam menilai status al-mafqud di sisi undang-undang syariah. Kehilangan para penumpang dan anak kapal meletakkan institusi kewangan Islam, khususnya para pengendali takaful dalam keadaan yang sukar kerana urusan pembayaran manfaat takaful kepada waris al-mafqud berdepan dengan masalah tidak ada bukti kukuh untuk mensabitkan kematian para penumpang dan anak kapal MH370. Para pengendali takaful perlu mendapatkan pandangan Jawatankuasa Syariah masing-masing untuk menentukan sama ada tuntutan manfaat takaful masih perlu dibayar dan jika perlu dibayar, dana manakah yang patut membayarnya, sama ada dana para pemegang saham pengendali takaful atau dana risiko peserta (dana tabaruk). Makalah ini menyorot secara ringkas aplikasi fiqh al-mafqud dalam tragedi MH370 dan implikasinya terhadap industri takaful.
Kata Kunci: al-mafqud, orang hilang, anggapan kematian, MH370, Majlis Fatwa Kebangsaa
Perubahan Konsonan dalam Penggandaan Berima Bahasa Indonesia
This paper aims in suggesting rules on consonant changes in Indonesian rhyming reduplication. This paper argues that consonant changes in Indonesian rhyming reduplication can be elucidated through an independent approach which does not treat two other types of rhyming reduplication, i.e. vowel-changing and syllable-changing. The four rules on consonant-changing rhyming reduplication are proposed based on the following characteristics: (1) only native phonemes can be changed, (2) consonant changes shift to bilabial sounds in normal situations, (3) consonants are usually changed only in the first syllable, and (4) the presence or absence of [voice] feature corresponds to a basic unit in consonant changes and, in principle, the meaning "diverse", "superlative" or "very" can be derived from a change of [sonorant] feature. This study also investigates whether the consonant change patterns in the rhyming reduplicated form can be analyzed according to these four rules. This study also examines the relations between three types of Indonesian rhyming reduplications in describing the remaining problems.
Keywords: Indonesian, consonant change, rhyming reduplication, rhyming reduplicated word, independent approachMakalah ini bertujuan mengemukakan rumusan perubahan konsonan dalam penggandaan berima bahasa Indonesia. Kajian ini mengutarakan pandangan bahawa perubahan konsonan dalam penggandaan berima bahasa Indonesia dapat dijelaskan melalui pendekatan terpisah yang tidak mempertimbangkan dua jenis penggandaan berima yang lain, iaitu perubahan vokal dan perubahan suku kata. Berdasarkan ciri khususnya, diketengahkan dahulu dalam kajian ini empat rumusan tentang perubahan konsonan dalam penggandaan berima bahasa Indonesia, iaitu, (1) hanya fonem-fonem asli boleh berubah; (2) perubahan konsonan mengarah kepada bunyi bilabial berlaku dalam keadaan normal; (3) perubahan konsonan amnya terhad kepada konsonan dalam suku kata yang pertama; dan (4) ada atau tidaknya fitur [suara] merupakan satuan dasar dalam perubahan konsonan serta makna "kepelbagaian", "tingkat superlatif", dan "sangat" pada dasarnya diterbitkan daripada perubahan fitur [sonoran]. Seterusnya, dibahaskan pula pola perubahan konsonan dalam kata ganda berima sama ada dapat dianalisis berdasarkan rumusan tersebut. Turut dimuatkan perbincangan secara ringkas hubungan antara tiga jenis penggandaan berima bahasa Indonesia untuk mengungkapkan masalah yang perlu diselidik dalam kajian akan datang
Kata kunci: bahasa Indonesia, perubahan konsonan, penggandaan berima, kata ganda berima, pendekatan terpisa
Tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah: Sorotan dari Perspektif Sejarah dan Perundangan
This paper aims to discuss the debate regarding the demands of the heirs of the Sultanate of Sulu (Philippines) on Sabah from historical and legal perspectives. These have recently resurfaced due to the Lahad Datu incident triggered by the Royal Army of Sulu, who attempted to reclaim Sabah (North Borneo) in mid-February 2013. The fundamental question in dispute is whether was Sabah leased by the Sultanate of Sulu to the British North Borneo Chartered Company, or leased to it in perpetuity. The dispute dates back to 1878, when Overbeck entered into an agreement with Sultan of Sulu to occupy Sabah with an annual payment of $5000 per year. Based on the elements of effectiveness that have been taken into account by the International Court of Justice in the case of overlapping claims on Pulau Sipadan-Ligitan, which awarded it to Malaysia and not Indonesia, Sabah belongs to Malaysia. Several statements from protocols, agreements, declarations and the constitution confirm that Sabah was leased in perpetuity.
Keywords: territorial claims, Sabah, Sulu, disputes, lease in perpetuityMakalah ini membincangkan isu tuntutan waris Kesultanan Sulu (Filipina) terhadap Sabah menurut perspektif sejarah dan perundangan. Tuntutan tersebut ditimbulkan semula apabila berlakunya peristiwa Lahad Datu yang dicetuskan oleh pasukan Tentera Diraja Sulu yang ingin menuntut semula Sabah (Borneo Utara) pada pertengahan Februari 2013. Persoalan asas yang menjadi pertikaian, adakah Sabah dipajak oleh Kesultanan Sulu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) ataupun diserahkan secara berkekalan. Pertikaian timbul apabila Overbeck pada tahun 1878 menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu untuk menduduki Sabah dengan bayaran tahunan sebanyak 5000 dolar setahun. Berdasarkan elemen keberkesanan yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes tuntutan bertindih Pulau Sipadan-Ligitan yang memberikan kemenangan kepada Malaysia berbanding dengan Indonesia, Sabah merupakan milik Malaysia. Beberapa penyataan daripada protokol, perjanjian, pengisytiharan dan perlembagaan mengesahkan bahawa Sabah dipajak secara berkekalan.
Kata kunci: tuntutan wilayah, Sabah, Sulu, pertikaian, pajakan selama-lamany