Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Amalan Mahkamah Syariah Membuat Pengisytiharan Status Agama dalam Kes Permohonan Keluar Islam: Kajian Kes di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan
This article analyses the practice of the Syariah High Court of Negeri Sembilan in the case of applications to renounce Islam. This study examines the legal provision pertaining to leave Islam, section 119 of Negeri Sembilan's Enactment of Administration of Islamic Law, 2003 and the 45 case files registered in the High Court between 2003 and 2014. Analysis was carried out on selected themes such as the status of applicants, reasons for application, and the outcome of the court hearing. A semi-structured interview with the Mufti of Negeri Sembilan and the Officer in-charge of the Akidah Counselling Unit under the Mufti Department were conducted to observe the counselling processes. The study shows that section 119 of the Enactment is the legal instrument that guides the Syariah court in its judgment on pronouncing the status of the applicant, through section 61(3)(b)(ix) provided that the applicant has a reasonable cause to leave Islam and supported with strong evidence that is accepted by the court. In other words, with the amendment made to section 119 in 2009, there is more scrutiny and limits to renounce the religion.
Keywords: leave Islam, Shariah High Court Negeri Sembilan, Islamic lawMakalah ini menganalisis amalan dan prosedur Mahkamah Syariah Negeri Sembilan menangani kes permohonan keluar Islam. Analisis doktrin undang-undang dilakukan terhadap Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003. Analisis kandungan pula dilakukan terhadap 45 sampel fail kes yang telah selesai pada tahun 2003 hingga 2014 dengan tema status pemohon, alasan permohonan dan pendekatan hakim untuk membuat keputusan. Temu bual tidak berstruktur melibatkan Mufti Negeri Sembilan dan Pegawai Unit Runding Cara Akidah bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan proses kaunseling. Hasil kajian mendapati Seksyen 119 memandu mahkamah syariah melaksanakan bidang kuasanya untuk mengisytiharkan seseorang itu bukan lagi beragama Islam seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 61 (3(b)(x) sekiranya disokong oleh sebab dan keterangan yang munasabah, dan diterima oleh mahkamah. Dengan kata lain, pindaan seksyen ini pada tahun 2009 telah berjaya membatasi atau mengehadkan kelayakan seseorang untuk keluar Islam.
Kata kunci: keluar Islam, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, undang-undang Isla
Pelaksanaan Hibah Amanah sebagai Suatu Instrumen Pengurusan Harta Islam di Malaysia
The use of hibah amanah has become an alternative in the Islamic property management in Malaysia. Hibah amanah enables a donor to have control over his/her property during his/her lifetime and the donee or beneficiary can only benefit from it upon the death of the donor. On the surface,hibah amanah seems to be inconsistent with the Islamic rules of hibah, wills, trust and inheritance as the donor does not give up his rights or possession of the property during his lifetime even though the donee has the legal capacity to own and manage his property. Hence, this article seeks to examine the implementation of hibah amanah by Muslims in Malaysia and its legality as an instrument of property distribution in Islamic law so that the rights of every entitled person in one's estate may be ascertained and protected.
Keywords:hibah, trust, wills, inheritance,hibah ruqba, MuslimPenggunaan hibah amanah menjadi salah satu alternatif untuk merancang pengurusan harta Islam di Malaysia. Hibah amanah memberikan ruang kepada pemberi hibah untuk mengekalkan kawalan penuh terhadap harta hibah semasa hayat, manakala penerima hibah akan memperoleh harta tersebut hanya selepas kematian pemberi hibah. Keadaan ini secara zahirnya dilihat tidak konsisten dengan prinsip hibah, wasiat, amanah dan pusaka Islam kerana pemberi hibah tidak melepaskan hak dan faedah terhadap harta yang dihibahkan semasa hidupnya, walaupun penerima hibah merupakan seseorang yang mempunyai kelayakan untuk memiliki dan menguruskan harta. Makalah ini membincangkan hibah amanah dan kedudukannya sebagai salah satu instrumen pelupusan harta mengikut hukum syarak dan perundangan di Malaysia supaya setiap pihak berhak mendapat haknya mengikut undang-undang Islam.
Kata kunci: hibah, amanah, wasiat, pusaka, hibah ruqba, Musli
Penghijrahan dan Pencarian Identiti Melayu Patani Diaspora dalam Cerpen Isma Ae Mohamad
Malay Patani authors who have migrated to Malaysia form their identities based on diasporic conditions. Most of their works focus on the genre of novels and short stories. Among the prominent authors is Isma Ae Mohamad who has produced many short stories. This paper aims to analyse the short stories of Isma Ae Mohamad by focusing on the cultural crisis and the search for identity faced by his characters. The short stories comprise "Cerita Dari Sempadan", "Ke Negeri Impian", "Perjalanan Ke Sebelah Sana", "Gadis Tomyam", and "Rindu Cerita Nenek". The diasporic author's works are analysed based on the conceptual framework of diaspora studies proposed by Regina Lee. This study finds that the works of Isma Ae Mohamad fulfil the three proposed diaspora patterns, namely, the idealization of the homeland, manifestation of boutique multiculturalism, and identity politics in transition. In fact, his works also clearly illustrate the phenomena of cultural crisis and the search for identity. Various experiences of the diasporic community are expressed primarily on issues pertaining to education and citizenship. Overall, these short stories reflect the views of the diasporic community of Patani towards their past and the present of their lives. Findings of this study are important as the results can contribute towards the understanding of the fate of the diasporic Patanis and the crisis of identity that they face.
Keywords: Malay Patani, diaspora, migration, search for identityPengarang Melayu Patani yang berhijrah ke Malaysia membentuk identiti mereka berasaskan keadaan diaspora. Kebanyakan karya mereka tertumpu pada genre sajak dan cerpen. Antara pengarang yang menonjol ialah Isma Ae Mohamad yang banyak menghasilkan cerpen. Makalah ini bertujuan menganalisis cerpen terpilih Isma Ae Mohamad dengan tumpuan pada krisis budaya dan pencarian identiti wataknya. Cerpen yang dimaksudkan ialah "Ke Negeri Impian", "Perjalanan ke Sebelah Sana", "Gadis Tomyam" dan "Rindu Cerita Nenek". Karya pengarang diaspora ini dikaji berpandukan kerangka konseptual kajian diaspora oleh Regina Lee. Kajian ini mendapati karya Isma Ae Mohamad memenuhi tiga pola diaspora, iaitu sanjungan terhadap tanah air, manifestasi butik multibudaya, dan politik identiti transisi. Malah, karya beliau juga jelas menonjolkan krisis budaya dan pencarian identiti. Pelbagai pengalaman masyarakat diaspora diungkapkan terutama tentang masalah pendidikan dan kerakyatan. Secara keseluruhan, cerpen ini memperlihatkan pandangan orang Patani yang berdiaspora tentang masa lalu dan masa kini dalam kehidupan mereka. Penemuan kajian ini adalah penting kerana hasilnya dapat menyumbang ke arah memahami nasib diaspora Patani dan krisis identiti yang mereka hadapi.
Kata kunci: Melayu Patani, diaspora, penghijrahan, pencarian, identit
Perempuan Melayu dalam Tiang Seri Tegak Berlima Karya Noordin Hassan
In the theatre script of Tiang Seri Tegak Berlima, it was made known that the men in Malay society are strong and powerful. The role they played was not just restricted to aspects of religion, in fact, it encompassed culture, social, economy and even the political aspects of the society. This situation becomes an important issue in the script written by Dato' Noordin Hassan. Apart from explaining the nature of men, this script also discusses the symbolic positioning of Malay women through the character of Siti Muhsinat. With reference to this character in the script, this paper discusses the issue of Malay women's positioning and the role they play in society, as well as society's response towards Malay women's ability to perform their symbolic roles. To address these two issues, this article employs the theory of critical feminism through the mode of qualitative narrative analysis in order to reveal that men tend to utilize cultural and religious symbols as tools to dominate women.
Keywords: Malay women, positioning of the Malay Women, society's recognition, critical feminismDalam naskhah teater Tiang Seri Tegak Berlima diketahui bahawa peranan laki-laki dalam masyarakat Melayu sangat kuat. Peranan tersebut tidak hanya terdapat dalam aspek agama, malah budaya, sosial dan ekonomi bahkan politik. Keadaan tersebut menjadi isu penting dalam naskhah yang ditulis oleh Dato' Noordin Hassan. Selain menghuraikan idea kefitrahan, naskhah ini pula membincangkan posisi perempuan Melayu secara simbolik melalui watak Siti Muhsinat. Merujuk watak dalam naskhah tersebut, makalah ini membincangkan persoalan, bagaimanakah posisi atau peranan perempuan Melayu dalam masyarakat, dan bagaimanakah penerimaan masyarakat terhadap upaya perempuan Melayu mengambil peranan secara simbolik? Untuk menemukan jawapan kedua-dua soalan ini, makalah ini menggunakan teori feminisme kritikal berdasarkan metode analisis naratif yang bersifat kualitatif sehingga menghasilkan temuan bahawa watak laki-laki menggunakan simbol budaya dan agama sebagai alat dominasi terhadap watak perempuan.
Kata kunci: perempuan Melayu, posisi Perempuan Melayu, penerimaan masyarakat, feminisme kritika
Kepengarangan Melayu dalam Landskap Ungu: daripada Sumber Seni kepada Dampak Kebijaksanaan
This article discusses the contribution of Dato' Ahmad Kamal Abdullah or Kemala regarding the development of Malay poetry in Malaysia and the history of Malay poetry in the archipelago. This article is based fully on the essays compiled in Landskap Ungu (2010). It examines Kemala's contribution to the Malay art of poetry composition, the approach or the evaluation used in analyzing Malay poetry, specifically in interpreting Islamic poetry and the country's sociopoliticsal landscape, as well as comparing the quality of the art of poetry of international poets with that of some of Malaysia's poets. Apart from that, other issues are also discussed, such as the art concept of sufi poetry which is the basic expression of some Malay poets, either in Indonesia or Malaysia. Kemala's contribution is exceptional and has proven to be very significant in the development of Malay poetry with regard to his capability as a critic and a disciplined researcher, especially in the world of Malay poetry. His level of thought and intellectualism boost the quality of the art of expression of creative thinking locally or universally.
Keywords: epistemology, aesthetics, hermeneutics, irony, critiques, literature, mystique, thinker, sufi, sufi poetry, semiotic, symbolism, theory of literatureMakalah ini menghuraikan sumbangan Dato' Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala terhadap perkembangan puisi Melayu di Malaysia dan sejarah puisi Melayu di Nusantara. Penulisan makalah ini berlandaskan hasil tulisan beliau sepenuhnya, iaitu esei yang terkumpul dalam karya terbaik beliau, Landskap Ungu (2010) terbitan Penerbit UPM. Makalah ini meneliti sumbangan Kemala dalam dunia perpuisian Melayu, seni dan gubahan puisi, pendekatan atau ukuran kualiti yang digunakan dalam menganalisis puisi Melayu, khususnya untuk mentakrif puisi Islam dan sosiopolitik tanah air, serta perbandingan kualiti seni pengungkapan puisi penyair antarabangsa yang dibandingkan dengan puisi beberapa penyair tanah air. Selain itu, beberapa kecenderungan lain turut dibicarakan seperti konsep seni puisi sufi yang menjadi asas pengucapan beberapa penyair Melayu, baik di Indonesia mahupun di Malaysia. Sumbangan Kemala amat istimewa dan terbukti sangat besar dalam perkembangan perpuisian Melayu kerana keupayaan beliau sebagai pengkritik dan pengkaji yang berdisiplin, terutamanya dalam dunia kepenyairan Melayu yang dikatakan sudah mencapai tahap kematangan yang boleh dibanggakan. Tahap pemikiran dan keintelektualan beliau meningkatkan kualiti seni pengucapan fikiran yang kreatif sama ada bersifat setempat mahupun universal.
Kata kunci: epistemologi, estetik, etika, hermeneutik, kritikan, kesusasteraan, mistik, pemikir, sufi, puisi sufi, semiotik, simbolisme, teori kesusasteraa
Kajian Saka dari Perspektif Sains Berdasarkan Warna Aura
Saka is a phenomenon that has long existed in the community of Southeast Asia and is often associated with the culture of the Malay community in Malaysia. The concept of saka associated with the relationship between humans and spirits or ghosts for a particular purpose. The objective of this study is to identify the existence of saka by utilizing scientific approach. This study is a pilot study which has utilized experimental methods and case study. Only one respondent participated in this study with the main features of possessing saka. Data is derived from the body's response equipment (biofeedback) and aura body colour machine. The study has found that individual who has saka shows special colour (red) on ertain parts of their body. However, this study has not yet managed to establish a link between certain phenomena of aura colour with perennial existence scientifically.
Keywords: Saka, scientific research, experiment method, case study, biofeedback, aura colourSaka merupakan suatu fenomena yang telah lama wujud dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara dan sering dikaitkan dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Saka merujuk hubungan antara manusia dengan jin atau makhluk halus untuk tujuan tertentu. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kewujudan saka dari perspektif sains. Kajian yang dijalankan merupakan kajian rintis yang menggunakan kaedah eksperimental dan kajian kes. Kajian ini melibatkan dua orang responden yang memiliki saka dan seorang responden yang tidak memiliki saka untuk tujuan perbandingan. Data kajian diperoleh daripada alat tindak balas badan, iaitu biomaklum balas (biofeedback) yang menggunakan program warna aura badan (WinAura). Hasil kajian mendapati bahawa individu yang memiliki saka menunjukkan warna khas (merah) pada bahagian tertentu badan. Kajian ini telah berjaya menghubungkan antara fenomena aura yang bewarna merah dengan kewujudan jin di dalam diri responden, tetapi masih belum dapat membuktikan kewujudan jin, iaitu "jenis jin" saka secara saintifik.
Kata kunci: saka, alat biomaklum balas, program warna aura badan, kajian saintifik, kaedah eksperimenta
Makna Tambahan dalam Penyataan Keputusan Perlawanan Sukan secara Implisit
Kajian ini menghuraikan makna yang didukung secara implisit dalam penyataan keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris khususnya berkaitan dengan kemenangan dan kekalahan sesuatu perlawanan. Bagi mendapatkan makna tambahan daripada ungkapan yang digunakan, iaitu bagi perkataan 'membelasah', 'benam', 'menjinakkan', 'tersungkur', 'dikejutkan' dan 'tumbang' yang memerlukan penginterpretasian makna sebenar berdasarkan konteks. Oleh itu, kajian ini mengaplikasikan teori relevans yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson (1986, 1995) yang memberikan penekanan kepada konsep konteks, kesan kognitif dan usaha memproses data yang mengandungi ungkapan implisit berkaitan dengan keputusan perlawanan. Data ini diperoleh melalui pembacaan terhadap berita sukan dalam akhbar Berita Harian Online. Hasil penganalisisan terhadap ungkapan implisit tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya makna tambahan yang sukar diperoleh jika hanya dilihat pada peringkat permukaan, dapat diselesaikan melalui penganalisisan makna secara pragmatik, yakni berdasarkan konteks ketika ungkapan tersebut digunakan.
Kata kunci: makna tambahan, ungkapan implisit, liga perdana inggeris, teori relevans, konteksThis research seeks to explain the implicit meanings in the reports of English Premier League match results. The implied meanings of expressions such as membelasah (wallop), benam (bury), menjinakkan (tame), tersungkur (stumble), dikejutkan(shock) and tumbang (fall) require interpretation of meaning based on context. Therefore, this study applies the relevance theory of Sperber and Wilson (1986, 1995) to focus on context, cognitive effects and the processing of match results data containing these implicit expressions. The data was obtained from sports reports published in Berita Harian Online. The analysis of the data shows that pragmatic analysis of the expressions, that is, taking into consideration the context, reveals their additional meanings, which are difficult to discern when merely looking at them superficially.
Keywords: additional meanings, implicit expressions, English Premier League, relevance theory, contex
Mau'izah Remaja dalam Novel Satu Bulan Tiga Bintang Karya Ummuhani Abu Hassan
There are several efforts being undertaken, to shape the personality of teens or young adults, based on Islamic perspective. One such effort is contained in the concept of mau'izah which includes advising and reminding one another towards virtue, truth and patience. The concept of mau'izah as portrayed in Islam is the core of education, particularly in shaping the personality of young adults towards embracing good values. It has been found that mau'izah is not only useful for uplifting the spirit of these young people, but it also provides good reading material for society at large. In line with this, literary works, especially teen novels are reading material that have the ability to shape the behaviour and personality of youths. Therefore, this study will explore mau'izah for teens in the novel Satu Bulan Tiga Bintang by Ummu Hani Abu Hassan to show the extent to which advising and reminding towards virtue is presented by the writer to the readers. This study clearly shows that the concept of mau'izah is utilized by the author with the intention of developing an excellent youth personality guided by Islamic principles in the midst of present-day modernization and technology. The effort to advise and remind others towards virtue, truth and patience has made the concept of mau'izah the main prerequisite for the development of humanity and nurturing of a human being.
Keywords: mau'izah, teen, Satu Bulan Tiga Bintang, Ummu Hani Abu HassanBerdasarkan perspektif Islam, terdapat beberapa usaha yang dijalankan untuk membentuk keperibadian anak muda. Satu daripadanya konsep mau'izah, iaitu usaha nasihat dan menasihati, pesan dan memesan ke arah kebaikan, kebenaran dan kesabaran. Konsep mau'izah yang digambarkan dalam Islam ini merupakan tunjang dalam pendidikan khususnya bagi membentuk sahsiah diri golongan remaja kepada nilai-nilai murni. Didapati bahawa mau'izah berguna bukan sahaja dalam pembinaan jiwa anak muda, bahkan dalam proses menghidangkan bahan bacaan yang bermanfaat dalam masyarakat. Sejajar dengan itu, karya sastera khasnya novel remaja merupakan bahan bacaan yang berupaya membentuk perilaku dan sahsiah anak muda. Justeru, kajian ini merungkai mau'izah remaja dalam novel Satu Bulan Tiga Bintang karya Ummu Hani Abu Hassan bagi memperlihatkan sejauh mana usaha menasihati dan berpesan kepada kebaikan dan kebenaran ditampilkan pengarang kepada pembaca. Kajian ini jelas memperlihatkan bahawa konsep mau'izah dikemukakan pengarang dengan tujuan membangunkan keperibadian remaja yang unggul mengikut garis panduan Islam dalam arus kemodenan dan teknologi hari ini. Usaha menasihati dan berpesan kepada kebaikan, kebenaran dan kesabaran telah menjadikan konsep mau'izah sebagai syarat utama dalam pembangunan manusiawi dan pembugaran insani.
Kata kunci: mau'izah, remaja, Satu Bulan Tiga Bintang, Ummu Hani Abu Hassa
Kepemimpinan Pemerintah Kesultanan Melayu dalam Menjalinkan Hubungan Diplomatik
Leadership is the ability of a government in shaping the people's mind to achieve goals that have been planned together in order to strengthen its administration especially in establishing diplomatic relations with other countries. Without the mobilization of intellectual and physical cooperation from these two groups, it is impossible for a government to succeed in its diplomatic missions. Therefore, this article will discuss the leadership of the Malay Sultanate in establishing diplomatic relations through data analysis of the events described in historiographic manuscripts such as Sulalat al-Salatin, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa and Tuhfat al-Nafis. In addition, this article also describes the effectiveness of this leadership in response to the diplomatic relations that had been initiated by and accepted from other governments. The result of the study will show that a variety of methods or approaches were used by the rulers of the Malay Sultanate in advancing the government's reputation from the economic, social and physical aspects.
Keywords: leadership, leaders/rulers, Malay Sultanate, diplomatic, historiographyKepemimpinan merupakan keupayaan interaksi pemerintah kerajaan dalam usahanya membentuk jiwa dan minda rakyat untuk bersama-sama merealisasikan matlamat yang telah direncanakan bagi memantapkan tadbir urus kerajaan khususnya, dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan lain. Tanpa penggemblengan daya fikir dan fizikal daripada dua golongan ini, menjadi suatu kemustahilan untuk sesebuah kerajaan itu berjaya dalam misi diplomatiknya. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan kepemimpinan pemerintah kesultanan Melayu dalam hubungan diplomatik dengan menggunakan kaedah analisis data terhadap peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam naskhah historiografi seperti Sulalat al- Salatin, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa dan Tuhfat al-Nafis. Selain itu, tulisan ini juga menghuraikan keberkesanan kepemimpinan tersebut terhadap hubungan diplomatik yang ditawarkan dan diterima daripada kerajaan luar. Jangkaan hasil dapatan akan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kaedah kepemimpinan yang akan digunakan oleh pemerintah kesultanan Melayu dalam melonjakkan nama kerajaan yang diperintah daripada aspek ekonomi, sosial dan fizikal.
Kata kunci: kepemimpinan, pemerintah, Kesultanan Melayu, diplomatik, historiograf
Rangka Kerja Pengurusan Risiko Syariah Institusi Kewangan Islam: Aplikasi Global Menangani Risiko Ketidakpatuhan Syariah
In addition to the risks faced by traditional financial institutions, Islamic banks are widely exposed to sharia-related risks with regards to the need for ensuring compliance of its operational activities and financial products with Islamic law. In order to mitigate these additional risks, Islamic financial institutions are urged to establish a comprehensive 'Framework for Sharia Risk Management' that can help them monitor their banking, financing and investment activities in conformity with sharia principles and hence enhance their sustainability in the long run.
Keywords: Sharia Risk Management Practices, sharia compliant, Islamic finance, traditional financial institutions, banking systemInstitusi kewangan Islam pada masa kini tidak sahaja terdedah kepada risiko yang dihadapi oleh institusi kewangan konvensional, malah terpaksa berhadapan dengan risiko menurut perspektif syariah berdasarkan konsep kebertanggungjawaban syarak bagi memastikan semua operasi dan produk kewangan yang ditawarkan kepada pengguna memenuhi kehendak syarak. Oleh itu, semua institusi kewangan Islam perlu mewujudkan Rangka Kerja Amalan Pengurusan Risiko Syariah supaya dapat memantau pematuhan syariah dalam setiap aktiviti perbankan yang dijalankan.
Kata kunci: Amalan Pengurusan Risiko Syariah, kepatuhan syariah, kewangan Islam, institusi kewangan konvensional, sistem perbankan