Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Bahasa Melayu sebagai Teras Jati Diri Kebangsaan dalam Sajak Pilihan Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
The aim of this study is to analyse the theme of national identity in the poetry publications of Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). National identity is an important element in nation building. The government has emphasized on national identity and national unity as the foundation for creating a Malaysian nation with a strong national identity since the 13th May 1969 incident. This analysis uses the principles of the National Cultural Policy (formulated in 1971) as the conceptual framework, with focus on the Malay language as the foundation for a national identity. For this study, the content of the selected poetry published by DBP between 2010 and 2015 were analysed. The findings show that the poetry publications studied acknowledge the Malay language as the foundation for national identity.
Keywords: national identity, National Cultural Policy; Dewan Bahasa dan Pustaka, selected poemsKajian ini bertujuan menganalisis jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Jati diri kebangsaan merupakan elemen penting dalam pembinaan negara bangsa. Kerajaan telah memberikan tumpuan khusus tentang kepentingan perpaduan dan kesepaduan nasional sebagai teras untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri kebangsaan yang kental sejak peristiwa 13 Mei 1969. Analisis kajian ini menggunakan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 sebagai kerangka konseptual dengan tumpuan terhadap aspek bahasa Melayu sebagai teras jati diri kebangsaan. Kajian ini dilakukan dengan menganalisis kandungan yang terdiri daripada sajak-sajak terpilih terbitan DBP dari tahun 2010 sehingga tahun 2015. Dapatan kajian mendapati sajak-sajak yang dikaji memperakukan bahawa bahasa Melayu sebagai teras jati diri kebangsaan.
Kata kunci: jati diri Kebangsaan; Dasar Kebudayaan Kebangsaan; Dewan Bahasa dan Pustaka, saja
Ciri Tekstual Perbilangan
Malay sayings, or perbilangan, are a type of language act which represent certain messages, customs, rules, and values as guidelines for society. These are figurative and indirect expressions in stanzaic form. In this article, the textual features of perbilangan will be described. Employing the internal textual analysis approach, which focuses on the organization of texts in their entirety, clause combinations, clause categories, and the nature of the sayings themselves, and aided by functional grammar, the analysis of a corpus of sayings related to the Malay value system, kinship, politics, financial issues, customs, and social strata reveals several textual features of perbilangan. Most of these features have never been discussed before. The findings show that perbilangan are a unique language act. Their uniqueness lies in their textual features, and not so much in embedded values or messages. Values or messages may be presented in more direct ways in everyday expressions. The textual features of perbilangan also differentiate these from other language acts or traditional Malay poems. It is these textual features by which messages or values can be conveyed more effectively, politely and indirectly, indicating the high degree of refinement of Malay culture.
Key words: sayings, textual features, internal textual analysis, values, messages, rules, customsPerbilangan ialah lakuan bahasa yang merepresentasikan sesuatu mesej, adat, aturan dan nilai bagi pedoman masyarakat, yang dihasilkan dalam bahasa yang indah, halus, berkias serta dalam struktur rangkap. Makalah ini membicarakan perbilangan dari dimensi ciri tekstualnya. Melalui pendekatan analisis dalaman teks yang meliputi organisasi seluruh teks, kombinasi klausa, perihal pilihan klausa dan sifat perbilangan, serta berbantukan nahu fungsional dan berasaskan sehimpunan perbilangan yang bertemakan sistem nilai, kekeluargaan, politik, ekonomi, hukum adat dan perlapisan, beberapa ciri tekstual perbilangan telah dikenal pasti. Sebahagian besar ciri yang ditemui ini belum pernah dibincangkan. Dapatan ini menunjukkan bahawa perbilangan ialah sejenis bentuk lakuan bahasa yang unik. Keunikan perbilangan adalah pada ciri tekstualnya yang pelbagai; tidak sangat pada nilai atau mesej yang dikandungnya. Nilai atau mesej boleh sahaja disampaikan dengan ayat atau ungkapan biasa yang terus terang. Ciri tekstualnya itulah yang membezakannya daripada jenis lakuan bahasa ataupun puisi Melayu yang lain. Ciri tekstual itulah juga yang menyebabkan mesej atau nilai yang dikandungnya dapat disampaikan dengan lebih berkesan, santun, tak langsung dan melambangkan budaya tinggi.
Kata kunci: perbilangan, ciri tekstual, analisis dalaman teks, nilai, mesej, aturan, ada
Dialek Melayu di Hulu Kelantan: Laporan Awal
The Kelantan Malay dialect often leads towards one resolution, which is the Kelantan Malay dialect in Kota Bharu and its surrounding areas that are generally known as the downstream area. As a result, there is no information about the dialect spoken in the upstream area especially in the Gua Musang territory. This paper aims to evaluate this particular issue by making the Malay dialect spoken in Sungai Nenggiri, Hulu Kelantan, as the object of study. Preliminary analysis of phonetic and phonological features and other linguistic aspects of five villages located along the Nenggiri River found that the Malay dialect in the area showed significant differences from the Malay dialect spoken in the downstream area. These findings have two important implications, namely (1) separation exists between the Malay dialect in the upstream area with the Malay dialect downstream along the Kelantan River basin. As such, (2) Malay dialect in Kelantan and in the East Coast of the Peninsular require a new grouping.
Keywords: Malay dialect, eastern Malay dialect, Hulu Kelantan Malay, Kelantan Malay, upstream and downstreamDialek Melayu Kelantan sering kali menghala ke arah satu ketetapan, iaitu dialek Melayu yang dituturkan di Kota Bharu dan kawasan berhampiran, atau yang secara umumnya boleh dikatakan sebagai kawasan hilir. Kesannya, sehingga kini tidak ada sebarang maklumat mengenai dialek yang dituturkan di kawasan hulu, khususnya kawasan yang berada dalam jajahan Gua Musang. Makalah ini bertujuan menilai perkara ini dengan menjadikan dialek Melayu yang dituturkan di Sungai Nenggiri, Hulu Kelantan, sebagai bahan kajian. Analisis awal terhadap ciri fonetik dan fonologi serta beberapa aspek linguistik lain yang diperoleh dari lima buah kampung yang terletak di sepanjang Sungai Nenggiri mendapati dialek Melayu Kelantan di kawasan tersebut memperlihatkan perbezaan yang agak ketara daripada dialek Melayu Kelantan di kawasan hilir. Penemuan ini membawa dua implikasi penting, iaitu (1) wujud pemisahan antara dialek Melayu di kawasan hulu dengan dialek Melayu di kawasan hilir di sepanjang lembangan Sungai Kelantan. Oleh sebab itu, (2) dialek Melayu di Kelantan dan Semenanjung Timur memerlukan pengelompokan yang baharu.
Kata kunci: dialek Melayu, dialek Melayu Semenanjung Timur, dialek Melayu Hulu Kelantan, dialek Melayu Kelantan, hulu dan hili
Bentuk dan Kedudukan Kata Tanya Dialek Perak Utara: Satu Huraian Deskriptif
The Perak dialect is spoken in an area stretching from Kuala Kangsar to central and lower Perak. Even though the dialects of these three areas have similarities and are categorized as one dialect, each area has its own sub-dialects. This paper is a descriptive analysis of the northern Perak dialect, and seeks to identify the forms and status of question words in this dialect. The methodology used in this research was to obtain data from respondents in Kampung Sayong Lembah and Kampung Simpang Melembu. The research shows that the question words in the northern Perak dialect differ slightly from those of standard Malay but can still be comprehended by others. The differences that can be seen are the question words can occur in the initial, medial and final positions in a sentence. This shows that there is variation in the Perak dialect.
Keywords: question words, dialect, northern Perak, syntax, descriptiveDialek Perak dituturkan dari Kuala Kangsar, Perak Tengah dan seterusnya ke Perak Hilir. Walaupun tiga dialek ini mempunyai persamaan dan dikategorikan dalam satu dialek, iaitu dialek Perak, setiap dialek ini mempunyai subdialek masing-masing. Makalah ini memfokuskan penghuraian secara deskriptif tentang dialek Perak bahagian utara, iaitu untuk mengenal pasti bentuk dan kedudukan kata tanya dalam dialek Perak Utara. Kaedah kajian lapangan digunakan untuk mendapatkan data daripada responden di kawasan kajian, iaitu Kampung Sayong Lembah dan Kampung Simpang Melembu. Kajian ini mendapati bahawa bentuk kata tanya dialek Perak Utara ini walaupun berbeza daripada bahasa Melayu standard, masih dapat difahami oleh masyarakat Melayu yang lain. Perbezaan yang ketara ialah kata tanya ini mempunyai tiga kedudukan, iaitu pada awal, tengah dan akhir ayat. Kedudukan yang pelbagai ini menunjukkan bahawa kata tanya dalam dialek Perak Utara bersifat variasi.
Kata kunci: kata tanya, dialek, Perak Utara, sintaksis, deskripti
Pemahaman Unsur Anthropomorphisme Sebagai Bentuk Panggilan dalam Komunikasi Berdasarkan Model Proses Tiga Serangkai
The study aims to identify and describe the meaning of anthropomorphism elements used by the speakers (especially the subgroups) during the process of greeting or calling someone while communicating. The research data were drawn from six local films with the theme of social issues which presumably represent the communication process of the lower class society. Data which have been identified were analyzed using the three-step process model introduced by Stöver, a model that describes how the understanding of a word can be explained in a reasonable and empirical manner. Findings reveal that the speakers employ three animal symbols as anthropomorphism elements such as dogs, chickens and insects (ants, lice and the bluebottle flies). It is believed that the selection of the three animals did not occur arbitrarily; instead it is motivated as it is connected with the human cognitive system that quickly searches for the similarities between animal and human traits.
Keywords: anthropomorphism, three step process model, animal trait, human trait, simulation processKajian ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan pemahaman makna unsur antropomorfisme yang telah digunakan oleh penutur (khusus masyarakat kelas bawahan) semasa proses menyapa atau memanggil seseorang ketika berkomunikasi. Data kajian diperoleh daripada enam filem tempatan yang bertemakan permasalahan sosial, yang dianggap mewakili proses komunikasi masyarakat kelas bawahan. Kesemua data yang dikenal pasti telah dianalisis menggunakan model proses tiga serangkai yang diperkenalkan oleh Stöver, iaitu model yang menjelaskan cara pemahaman sesuatu kata dapat dijelaskan secara berpada dan empirikal. Hasil kajian mendapati bahawa penutur menggunakan tiga perlambangan haiwan sebagai unsur antropomorfisme, iaitu anjing, ayam dan serangga (semut, kutu dan langau). Setelah dianalisis, diyakini bahawa, pemilihan ketiga-tiga haiwan tersebut tidak berlaku secara sewenang-wenang, sebaliknya bermotivasi, iaitu berkaitan dengan sistem kognitif manusia yang cepat mencari unsur keserupaan atau persamaan antara sifat haiwan dengan sifat manusia.
Kata kunci: antropomorfisme, model proses tiga serangkai, sifat haiwan, sifat manusia, proses simulas
Hubungan Semantik dan Sintaksis Kata Kerja Gerak Bersifat Pemilikan: Satu Pendekatan Struktur Konseptual
Verbs of possession refer to those concerning "belonging". This category of verb also means the transfer of a property (ownership) from one person to another. This article will focus on verbs of possession such as milik (possess), beri (give) and terima (accept) based on conceptual (abstract) point of view. This study utilizes data from the Corpus Data Base of Dewan Bahasa Pustaka as a sample. The analysis employs the Theory of Conceptual Structure of Ray Jackendoff (2005, 2007 & 2011). Semantic representations are described in the form of conceptual structures within Functions [Events] and [States] that carry the conceptual structure formula BE [x, y]. The findings show the representation of the conceptual structure of the verbs represented by the constituents of [BE possession], [GO possession] and [LET possession] in relation to the constituents [THING],[PATH] and [PLACE]. For conceptual structure representation to syntax, data findings indicate a relationship between the Head Rule and Argument Rule based on the role of the argument that becomes a subset of the request and acceptance of verbs to the Name Phrase. Consequently, this study demonstrates the conceptual structure of representation and its relations with systematic syntax, especially concerning verbs of possession.
Keywords: verb of possession, conceptual structure, constituents and argumentKata kerja bersifat pemilikan merujuk sesuatu kepunyaan atau hak milik. Kategori kata kerja ini juga membawa maksud perpindahan sesuatu kepunyaan (hak milik) daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Makalah ini akan memfokuskan penelitian terhadap kata kerja bersifat pemilikan dalam bahasa Melayu, iaitu kata milik, beri dan terima dengan berasaskan sudut pandangan konseptual (abstrak). Kajian ini menggunakan data yang diambil daripada Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai contoh bahan kajian untuk dianalisis. Data dianalisis dengan menggunakan teori struktur konseptual (TSK) - Ray Jackendoff (2005, 2007 & 2011). Representasi semantik dalam TSK digambarkan dalam bentuk struktur konseptual dalam Fungsi [Keadaan] dan [Peristiwa] yang membawa rumus struktur konseptual MENJADI [x, y]. Hasil dapatan menunjukkan representasi struktur konseptual bagi kata kerja milik, beri dan terima direpresentasikan berdasarkan konstituen [MENJADIpemilikan], [GERAKpemilikan] dan [BENARpemilikan] yang berhubungan dengan konstituen [BENDA], [HALA] dan [TEMPAT]. Bagi representasi struktur konseptual kepada sintaksis, dapatan data menunjukkan adanya hubungan antara fungsi utama dengan fungsi argumen berdasarkan peranan argumen yang menjadi subset kepada permintaan dan penerimaan kata kerja kepada frasa nama. Sehubungan dengan itu, kajian ini menunjukkan representasi struktur konseptual dan hubungannya dengan sintaksis secara sistematik dan berpada khususnya dalam kata kerja bersifat pemilikan.
Kata kunci: Kata kerja pemilikan, teori struktur konseptual (TSK), konstituen dan argume
Conflict Elements in Nenek Novel by Razali Endun
This article discusses the conflict found in the novel Nenek. Nenek won the prestigious Hadiah Sastera Perdana literary prize in 2014. The novel sparked controversy when it was declared the winner. Critics felt that Nenek did not meet the criteria and was awarded the prize due to political interference. The objective of this study is to classify and analyse elements of conflict in Nenek. This study will look at conflicts in the novel from the perspective of the humanistic psychologist Abraham Maslow. Humans are never free of problems. These problems and conflicts cause people to struggle, and they are in a constant state of dilemma where they are unable to make the right decisions and solve problems. Human beings are forced to deal with conflicts to disperse the problems that upset their lives instead of avoiding them. In the end, conflicts involving the characters are handled wisely. The study finds that Nenek touches on several types of conflict, such as political conflicts, economic conflicts and family conflicts. The study shows that Razali Endun is able to depict contemporary society by depicting such conflicts in his novels.
Keywords: Nenek, Hadiah Sastera Perdana 2014, conflict, Maslow HumanisticMakalah ini membicarakan konflik yang terdapat dalam novel Nenek. Novel ini memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2014. Kemenangan novel Nenek mencetuskan kontroversi kerana ada pihak yang tidak bersetuju novel tersebut diangkat sebagai pemenang. Objektif kajian ini adalah untuk mengklasifikasi dan menganalisis unsur konflik yang terdapat dalam novel Nenek dari perspektif humanistik Abraham Maslow. Novel ini memaparkan kisah manusia yang sering bertelagah dan berada dalam situasi dilema dan tidak dapat membuat keputusan yang tepat bagi menyelesaikan masalah. Mereka berhadapan dengan konflik untuk meleraikan masalah yang membelenggu hidup mereka. Konflik yang berlaku kepada watak-watak akhirnya dapat ditangani oleh mereka dengan bijak. Daripada penelitian, novel Nenek menyentuh beberapa aspek konflik seperti konflik individu, politik, ekonomi dan keluarga. Kajian mendapati Razali Endun berjaya memberikan gambaran tentang masyarakat kontemporari berdasarkan paparan konflik semasa dalam novelnya.
Kata kunci: Nenek, Hadiah Sastera Perdana 2014, konflik, humanistik Maslo
Naratif Asal Usul Mantera dalam Masyarakat Bajau di Pitas, Sabah
This qualitative study was intended to document and perceive the existing narratives on the origins of mantra among the Bajau community living in the villages of Kampung Mapan-Mapan Darat and Kampung Mapan-Mapan Laut in Pitas, Sabah. This study uses participant observation as a systematic method of collecting data on mantra through three informants, who are also experienced mantra practitioners, residing in the two said villages. The data collected was analyzed using Malinowski's functional theory, which emphasizes on analyzing the origins of occurrences and cultural phenomena in an ethnic group. This study focused more on the Bajau community's need for safety and food. The urgent documentation of the narrative of mantra is imperative before the practice disappears from the cultural expressions of the Bajau community.
Keywords: narrative, origins, mantra, Bajau communityKajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan proses temu bual serta pemerhatian sebagai cara untuk mendapatkan data kajian secara sistematik yang melibatkan tiga orang informan, di Kampung Mapan-Mapan Darat dan Kampung Mapan-Mapan Laut, Pitas. Dalam usaha untuk menganalisis data, penyelidik menggunakan kerangka teori fungsional Malinowsky yang menjurus kepada penganalisisan asal usul sesuatu kejadian dan fenomena budaya dalam sesuatu kelompok etnik. Penelitian ini lebih memfokuskan keperluan manusia dari sudut keselamatan dan keperluan terhadap makanan. Pada dasarnya, kajian ini dilakukan dalam usaha untuk meneliti naratif yang wujud untuk mengungkapkan asal usul mantera dalam kalangan masyarakat Bajau Pitas. Usaha pendokumentasian kajian naratif dalam mantera perlu dilakukan dengan segera sebelum warisan ini hilang daripada kamus budaya masyarakat Bajau Pitas.
Kata kunci: naratif, asal usul, mantera, masyarakat Baja
Perjalanan Si Tua dalam Novelet "Sebuah Mimpi Buat Hari Tua": Suatu Penelitian Gerontologi
Shahnon Ahmad is a writer who has been elevated as a National Laurate by the Malaysian government. At the same time, he is a public intellectual well-liked by his community. As evidenced by the highly controversial novel Shit (1999), in producing his works he did not consider friends or opponents, and was never afraid in expressing his ideas and conviction. His works starting from the 60s often highlight various issues plaguing the communities in the urban and rural areas. However, since the early 2000s when Shahnon was at the later stage of his life, his writing had undergone an extreme change. He started to incorporate his experience of old age in his works. In this context, this article aims to analyse a novelette titled "Sebuah Mimpi Buat Hari Tua" (2003), with the focus on the human condition at old age. This work is analysed based on the conceptual framework of critical gerontology by Nancy R. Hooyman and H. Asuman Kiyak. This study finds that the novelette "Sebuah Mimpi Buat Hari Tua" fulfils three dimensions of gerontology, namely biological, psychological, and social. In fact, this literary work shows similarities between the author's perspectives and the views of scholars in critical gerontology. The findings of this study are important because they assert the position of "Sebuah Mimpi Buat Hari Tua" as a material for literary gerontology.
Keywords: aging, critical gerentology, biological dimension, psychological dimension, social dimension, literary gerontolgyShahnon Ahmad ialah seorang penulis yang diangkat sebagai Sasterawan Negara oleh Kerajaan Malaysia. Pada masa yang sama, beliau seorang intelektual awam yang digemari oleh masyarakat. Buktinya karyanya Shit (1999) yang amat kontroversial. Dalam berkarya beliau tidak kenal kawan atau lawan, tidak gentar mengungkapkan apa-apa sahaja idea dan pendiriannya. Karyanya mulai tahun 60-an banyak sekali mengetengahkan pelbagai isu yang membelenggu rakyat, di desa dan di kota. Namun begitu, sejak sekitar awal 2000-an apabila memasuki usia emas, Shahnon memperlihatkan perubahan yang ketara dalam penulisannya. Beliau jelas kelihatan mula menerapkan penghayatan usia emasnya dalam karyanya. Dalam konteks tersebut, makalah ini bertujuan menganalisis novelet "Sebuah Mimpi Buat Hari Tua" (2003) dengan tumpuan terhadap keperihalan manusia pada usia emas. Karya ini dikaji berpandukan kerangka konseptual kajian gerontologi kritikal oleh Nancy R. Hooyman dan H. Asuman Kiyak. Kajian mendapati novelet "Sebuah Mimpi Buat Hari Tua" memenuhi tiga dimensi dalam kajian gerontologi kritikal iaitu biologi, psikologi dan sosial. Malah, karya ini juga memperlihatkan apa-apa yang dipaparkan oleh pengarang kelihatan selari dengan pandangan para sarjana dalam gerontologi kritikal. Penemuan kajian ini penting kerana hasilnya menegaskan kedudukan novelet "Sebuah Mimpi Buat Hari Tua" sebagai suatu bahan gerentologi sastera.
Kata kunci: usia tua, gerontologi kritikal, dimensi biologi, dimensi psikologi, dimensi sosial, gerontologi saster