Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    The Message of Household Harmony in the Song Lyrics of Dikir al-Burdah among the Malay Community in Sarawak

    No full text
    This study is based on the practice of the Malay community in Sarawak which makes the performance of dikir al-Burdah as part of the event in the wedding ceremony. In practice, dikir al-Burdah is usually presented in the morning as a starting for a bersanding ceremony, with the intention of applying for the ceremony. Based on its role in the Malay wedding ceremony in Sarawak, this study examined specifically the art of the song dikir al-Burdah related to marriage. This study outlines two objectives, namely identify the messages contained in the art of the word dikir al-Burdah related to marriage, and then evaluate the alignment of the message with the teachings of Islam. This study adopts a text analysis approach, by making five songs of the word dikir al-Burdah derived from the An-Nur Organization, Kampung Melango Baru, Saratok District, Sarawak, as texts. The analysis found that all the songs of the word dikir al-Burdah which were examined addressed the message of household harmony, which were found to be in line with the teachings of Islam as contained in the al-Qur'an and Hadith. Keywords: dikir al-Burdah; An-Nur Organization, Kampung Melango Baru, wedding ceremony, message, IslamKajian ini bertitik tolak daripada amalan masyarakat Melayu di Sarawak yang menjadikan dikir al-Burdah antara acara yang dipersembahkan dalam majlis perkahwinan. Kajian ini meneliti secara khusus seni kata lagu dikir al-Burdah yang berkaitan dengan perkahwinan. Objektif kajian ini, mengenal pasti mesej yang terkandung dalam seni kata lagu dikir al-Burdah berkaitan perkahwinan, dan seterusnya menilai kesejajaran mesej tersebut dengan ajaran Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis teks, dengan menjadikan lima seni kata lagu dikir al-Burdah yang diperoleh daripada Pertubuhan An-Nur, Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak, sebagai teks. Analisis mendapati bahawa kesemua seni kata lagu dikir al-Burdah yang dikaji mengutarakan mesej tentang kerukunan rumah tangga, yang didapati sejajar dengan ajaran Islam seperti yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis. Kata kunci: dikir al-Burdah; Pertubuhan An-Nur, Kampung Melango Baru; majlis perkahwinan; mesej; Isla

    A Comparison of the Concept of Romantic Love in the Novels Ayat-ayat Cinta 2 and Salju Sakinah

    No full text
    Kajian ini meneroka konsep cinta romantisme dengan kaedah analisis teks dan perbandingan antara novel Islam Indonesia dengan novel Islam Malaysia. Kajian memilih novel Ayat-ayat Cinta 2 oleh Habiburrahman El-Shirazy dan novel Salju Sakinah oleh Zaid Akhtar. Penelitian ini menggunakan Teori Persuratan Baru dengan memberi penekanan terhadap Konsep Hakikat dan Fungsi Sastera. Kajian mendapati kelahiran novel berunsurkan Islam dan cinta romantisme di Indonesia dan Malaysia didorongi dua faktor utama, iaitu kesedaran penulis menyampaikan mesej Islam dan kehendak penerbit yang mahukan keuntungan. Dua faktor ini menyebabkan novel berunsurkan Islam dan cinta romantisme menjadi jenama atau produk pasaran di kedua negara. Hasil analisis menunjukkan novel Ayat-ayat Cinta 2 menggunakan konsep cinta romantisme yang berorientasikan seksual, manakala novel Salju Sakinah mementingkan bahasa nurani berbanding sentuhan fizikal. Kata Kunci: novel Islam, Ayat-ayat Cinta 2, Salju Sakinah, cinta romantisme, seksualitiThis study uses textual analysis to explore the concept of romantic love by comparing the Indonesian Islamic novel, Ayat-Ayat Cinta 2, by Habiburrahman El-Shirazy with the Malaysian Islamic novel, Salju Sakinah, by Zaid Akhtar. This investigation utilises the theory of persuratan baru (genuine literature) by focusing on the concept of the nature and function of literature. This study discovers that the creation of novels infused with Islamic elements and romantic love in Indonesia and Malaysia is influenced by two main factors, which are the awareness of the writer to disseminate Islamic messages and the profit motive of the publisher. These two factors cause novels, imbued with Islamic elements and romantic love, to become a branded or marketable commodity in both countries. The findings reveal that Ayat-Ayat Cinta 2 utilises the concept of romantic love with emphasis on sexual intimacy while Salju Sakinah places emphasis on the language of understanding over physical intimacy. Keywords: Islamic novels, Ayat-Ayat Cinta 2, Salju Sakinah, romantic love, sexuality

    Ulasan Buku: Undang-undang Pembinaan: Konsep, Skop dan Persekitaran Perundangan Am

    No full text

    Basic Human Rights for Persons with Disabilities in Malaysia: An Analysis

    No full text
    Banyak perbahasan tentang prinsip perundangan tanah air mengabaikan konsep kedaulatan yang dijunjung oleh Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, makalah menghuraikan konsep kedaulatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan berasaskan kerangka peribumi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sejarah perundangan. Data terkumpul terdiri daripada sumber primer, sekunder dan temu bual. Hasil kajian mendapati kedaulatan raja-raja Melayu yang berteraskan ajaran Islam tidak pernah terhapus. Pentafsiran tersebut menghuraikan kedudukan sebenar kedaulatan raja-raja Melayu dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, prinsip perundangan dan pelaksanaan sistem politik di Malaysia hendaklah selaras dengan konsep kedaulatan yang diwarisi. Kata kunci: kedaulatanperibumi, kerangkaperibumi, kedaulatan raja-raja Melayu, kedaulatan Malaysia, Perkara 181(1) Perlembagaan PersekutuanThere has been debate over whether Malaysian legal principles have ignored the concept of sovereignty which has been upheld by the Federal Constitution. Hence, this study aims to elaborate the concept of sovereigntyas stipulated in Article 181(1) of the Federal Constitution based on the indigeneity framework. This study employsthe qualitative legal history methodology. The data was collected from primary and secondary sources, as well as interviews. The results reveal that the sovereignty of the Malay rulers is based on Islamic teachings, and has never been abolished. This interpretation reveals the true position of the Malay rulers within the framework of the Federal Constitution. Thus, the legal principles and political system implemented in Malaysia have to be in line with this inherited concept of sovereignty. Keywords: Indigenous sovereignty, indigeneityframework, sovereignty of Malay Rulers, Malaysian sovereignty, Article 181(1) of the Federal Constitution

    Collection of Manuscripts From Malacca Kept in London with Special Emphasis on Adat Raja-Raja Melayu

    No full text
    Kedudukan sebenar manuskrip yang berasal usul dari negeri Melaka masih lagi menjadi tanda tanya. Manuskrip tersebut masih belum tersusun dalam sebuah senarai yang sepatutnya, dan sebelum masih kabur dalam pengetahuan masyarakat. Manuskrip bagi karya-karya besar yang berhubungan dengan sejarah Kesultanan Melaka kebanyakannya ditemui di negeri-negeri yang lain, terutamanya di London dan Leiden. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang lalu seolah-olah tidak meninggalkan impak yang besar kepada sejarah penulisan manuskrip Melayu. Keadaan ini menimbulkan kelompangan dalam sejarah persuratan Melaka yang sepatutnya menjadi lokasi terawal pembentukan tradisi penulisan manuskrip Melayu. Makalah akan membicarakan semula persoalan ini dengan membuat penelitian awal terhadap koleksi manuskrip Melaka yang kini tersimpan di London dengan memberikan tumpuan khusus terhadap manuskrip Adat Raja-raja Melayu. Kata kunci: Adat Raja-raja Melayu, manuskrip Melayu, Kesultanan Melaka, London, LeidenThe real situation of the manuscripts originating from the state of Malacca is still a big question. There is no arrangement in a proper listing and is still vaguely understood by society at large. The manuscripts of major works revolving around the history of the Malacca Sultanate are mostly found in other countries, in particular London and Leiden. The splendour of the Malay Sultanate in Malacca during the 15th century seems to have left little impact on the history of Malay manuscript writing. This state of affairs leaves a gap in the history of Malay literature in Malacca as this should have been the earliest location of the Malay manuscript writing tradition. This article will discuss again this issue by conducting an initial study of the collection of manuscripts from Malacca kept in London with special emphasis on the manuscript Adat Raja-raja Melayu. Keywords: Adat Raja-raja Melayu, Malay manuscript, Malacca Sultanate, London, Leide

    Konsep Penamaan dalam Sistem Perbankan, Takaful dan Caruman: Implikasinya menurut Perspektif Perundangan Islam

    No full text
    This article comprehensively analyses nomination as applied in the banking, takaful and contribution system, and its implications from the perspective of Islamic law. The study employs the qualitative approach of content analysis. The findings of the study are that the introduction of nomination in the Islamic financial system gives the depositors, takaful participants and contributors options when it comes to the administration and distribution of property after death. In addition, nomination is also a convenient mechanism and speeds up the payment of savings, takaful benefits and contributions after the death of depositors, takaful participants or contributors. This study also suggests steps that can be taken to protect the interests of the recipients entitled to the property of the deceased. Keywords: nomination, implications, banking, takaful contributionArtikel ini menganalisis konsep penamaan dalam system perbankan, takaful dan caruman, serta implikasinya menurut perspektif perundangan Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara analisis kandungan. Hasil kajian mendapati pengenalan penamaan dalam sistem kewangan Islam memberikan pilihan kepada penyimpan, peserta takaful dan pencarum dalam pengurusan pengagihan harta selepas berlaku kematian, mempercepat proses pembayaran, serta mencadangkan langkah yang boleh dilaksanakan untuk melindungi kepentingan penerima yang berhak terhadap harta simati. Kata kunci: penamaan, implikasi, perbankan, takaful, caruma

    Klasifikasi Alat Repeh Berperimping Zaman Paleolitik di Malaysia

    No full text
    During the Palaeolithic Age-the Early Stone Age-flake tools that could be used like knives were made of stone flakes. These tools can be divided into two, based on the edges of the tool, namely edges that are used directly and edges that have been retouched. A flake tool that has been retouched before being used is known as retouched flake tool. In addition, these two types of stone tools are also known as scrapers. They are named based on their functions because they do not have any particular shape, and are thus called 'amorphous'. Therefore, a classification analysis needs to be carried out to understand the technology produced and its relationship to the function of the tools. This illustrates the strategy of adaptation among the Palaeolithic society in the Early Stone Age. This study will also answer the issue on environmental exploitation such as how this nomadic society used its environment to produce stone tools. Moreover, the classification study will also encourage us to know more about the organization of technology and adaptation strategies of the Palaeolithic societies in Malaysia. Keywords: flake tools, amorphous, classification, technology, retouchPada zaman paleolitik, iaitu Zaman Batu Lama, alat yang berfungsi seperti pisau diperbuat daripada repehan batu dan dijadikan sebagai alat repeh. Alat repeh ini dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan mata tepinya, iaitu mata tepinya yang digunakan secara langsung dan yang dirapikan terlebih dahulu. Alat repeh yang dirapikan mata tepi ini dikenali sebagai alat repeh berperimping atau alat repeh pengikis. Alat ini juga dinamakan mengikut fungsinya kerana tidak mempunyai bentuknya khusus dan dikenali juga sebagai amorfus. Oleh itu, analisis klasifikasi perlu dijalankan untuk membantu memahami teknologi yang dihasilkan dan hubungannya dengan fungsi yang secara tidak langsung memberikan gambaran tentang strategi adaptasi masyarakat paleolitik pada Zaman Batu Lama. Kajian ini juga akan menjelaskan cara eksploitasi persekitaran masyarakat nomadik untuk menghasilkan alat batu. Malah, kajian klasifikasi ini juga dapat mendedahkan organisasi teknologi dan strategi adaptasi masyarakat paleolitik di Malaysia. Kata kunci: alat repeh, amorfus, klasifikasi, teknologi, berperimpin

    Tapak Guar Kepah: Bukti Perkuburan Masyarakat Neolitik di dalam Timbunan Cangkerang Laut

    No full text
    The archaeological site of Guar Kepah lies in the state of Penang on the northern part of Peninsular Malaysia. Studies conducted in the area over a period of more than 155 years have revealed clear evidence of a coastal Neolithic community that adapted to its marine and estuarine environment. The fluctuation of sea levels and coastline changes affected ancient humans in Guar Kepah, as well as their subsistence pattern. A recent excavation in 2017 on a shell mound at site B has revealed an in-situ human skeleton with associated artefacts and ecofacts, displaying rituals of Neolithic burials. The discovery of this skeleton, as well as 41 other human remains recorded previously, indicates that Guar Kepah has been used as the main burial site for Neolithic communities in the area. Furthermore, Guar Kepah is the only site of shell-mound burials in Malaysia to date. Keywords: Guar Kepah, neolithic, burials, human skeletons, shell mound, isotopesGuar Kepah merupakan sebuah tapak arkeologi yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Kajian yang dijalankan sejak lebih dari 155 tahun dahulu menemukan bukti yang jelas tentang masyarakat neolitik yang hidup di pinggir pantai, serta beradaptasi dengan persekitaran marin dan sungai. Perubahan aras laut dan garis pantai jelas mempengaruhi masyarakat prasejarah di Guar Kepah dan corak penghunian di tapak tersebut. Ekskavasi terkini pada tahun 2017 terhadap timbunan cangkerang (shell-mound) di tapak B menemukan satu rangka manusia dalam keadaan in-situ yang berasosiasi dengan artifak dan ekofak yang menggambarkan istiadat pengebumian pada zaman neolitik. Penemuan rangka tersebut dan 41 rangka lain yang direkodkan sebelum ini menjadi bukti Guar Kepah sebagai perkuburan utama masyarakat neolitik yang tinggal di persisiran pantai di kawasan tersebut. Sehingga kini, Guar Kepah merupakan satu-satunya tapak dengan bukti pengebumian di dalam timbunan cangkerang di Malaysia. Kata kunci: Guar Kepah, neeolitik, pengkebumian, rangka manusia, timbunan cangkerang, isoto

    Pemaknaan Medan Kecantikan Berasaskan Amalan Cobuild

    No full text
    This article presents is a study which applies COBUILD (Collins Birmingham University International Language Database) to describe the semantics field of "beauty" for the monolingual Malay language dictionary. The COBUILD approach is chosen as it provides meaning in the form of description. This form explains meaning in a similar way to Standard Malay. This approach is different from the lexicographical practices applied in the contemporary monolingual dictionary, which uses the "compression" form. 18 entries of the semantics field of beauty were examined. This study presents two objectives, firstly, the application of COBUILD in describing the semantic field of beauty and secondly, to look at collocations as a meaning differentiator. 33 meanings were gathered from 18 entries through the computerized corpus data of Dewan Bahasa and dan Pustaka. From these meanings, 15 groups of meaning were grouped, whether from the same entry or a different one. The similarities and differences are defined through collocations examined from the concordance lines. Keywords: COBUILD, semantics field of beauty, collocation, corpus data, monolingual dictionaryMakalah ini mengemukakan kajian yang menerapkan amalan COBUILD (Collins Birmingham University International Language Database) dalam pemerian makna medan kecantikan bagi kamus ekabahasa bahasa Melayu. Pendekatan COBUILD dipilih kerana pemerian maknanya dalam bentuk huraian. Bentuk ini menghuraikan makna sama seperti bentuk bahasa Melayu yang standard. Bentuk ini agak berbeza daripada amalan leksikografi yang diterapkan dalam kamus ekabahasa kini, iaitu yang menggunakan bentuk "mampatan". Sebanyak 18 entri medan kecantikan yang diteliti. Kajian ini mengemukakan dua objektif, iaitu pertama, penerapan amalan COBUILD dalam pemerian makna medan kecantikan dan kedua, kolokasi sebagai pembeza makna. Daripada 18 kata entri kecantikan ini yang memanfaatkan data korpus berkomputer Dewan Bahasa dan Pustaka diperoleh 33 makna keseluruhannya. Daripada jumlah ini sebanyak 15 kelompok makna sama ada bagi kata entri yang sama atau kata entri yang berbeza dapat dikelompokkan. Persamaan dan perbezaan ini adalah menerusi kolokasi yang diteliti daripada baris konkordans. Kata kunci : COBUILD, medan kecantikan, kolokasi, data korpus, kamus ekabahas

    Abstraksi Objek Konkrit dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

    No full text
    Malay proverb is one of the evidence that reflects the high level of wisdom and reasoning of the Malay mind. Proverbs normally have exact, concise and complex meanings. Their meanings cannot be understood literally. This happens because the Malay proverb has both concrete and abstract meaning that can be mapped through the domain and target source. This article aims to explain the process that occurs in the mind as well as to explain the reasoning and philosophy why certain objects are chosen as an object to a proverb. 31 Malay proverbs using the lexical item "garam" (salt) is generated from the website (http://www.malayciviliza ion.com.my/peribahasa) This study employs the inquisitive semantics framework proposed by Nor Hashimah (2014). The combination of corpus data, theory, philosophy, and culture proves its effectiveness in exploring the reasoning and wisdom of the Malay mind. Findings reveal that there are several features that serve as a mechanism in abstracting the concrete meaning. "Garam" is abstracted by a feature [+cheap] as well as "easy to melt" to reflect the meaning of "despicable". "Garam" is also abstracted as a "despicable person" by the Malays because of its "easy to dissolve" property. Through this research, the abstraction that happens in proverbs are able to be described and simultaneously reflect the wisdom of the Malay mind. Keywords: Malay proverbs, abstraction, Malay cognitive reasoning, Malay mind, inquisitive semantics frameworkPeribahasa Melayu merupakan salah satu bukti tingginya akal budi orang Melayu. Ungkapan berkias yang ringkas ini biasanya mempunyai makna yang tepat, padat serta bersifat kompleks. Dalam peribahasa, ujarannya tidak akan dapat difahami dengan hanya mengambil makna selapis atau makna harfiah. Hal ini berlaku kerana, banyak peribahasa mempunyai makna konkrit dan abstrak yang boleh dipetakan melalui domain sumber dan sasaran. Makalah ini bermatlamat untuk menjelaskan proses mental yang berlaku dalam minda serta menghuraikan akal budi dan falsafah di sebalik pemilihan objek peribahasa. Sebanyak 31 peribahasa yang menggunakan leksikal garam diperoleh melalui janaan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com. Kajian ini berteraskan kerangka analisis semantik inkuisitif yang dikemukakan oleh Nor Hashimah (2014). Kombinasi data korpus, teori, kognitif, falsafah dan budaya terbukti mampu mencungkil akal budi orang Melayu. Analisis mendapati terdapat beberapa fitur yang menjadi mekanisme kepada berlakunya abstraksi makna objek konkrit. Garam diabstraksi melalui fitur makna [+murah] yang berhubung dengan makna "hina". Garam juga diabstraksi sebagai "manusia hina" oleh orang Melayu kerana sifat "mudah lebur" objek garam. Kajian ini bukan sahaja menghuraikan abstraksi yang berlaku dalam peribahasa, malah dapat mencungkil kearifan dan kebijaksanaan orang Melayu. Kata kunci: peribahasa Melayu, abstraksi, kognitif Melayu, akal budi Melayu, semantik inkuisiti

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇