Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Tarif Galakan bagi Pembangunan Tenaga Boleh Baharu di Malaysia: Suatu Kajian Perundangan Tenaga Baharu
The government's target for obtaining 5 percent of the country's energy from renewable energy sources (RE) in 2015 has not yet been achieved. Notwithstanding the fact that the Renewable Energy Act 2011 (Act 725) has been enacted as the primary means to increase RE generation, which provides feed-in tariff (FiT) mechanisms. This paper aims to identify existing policies and laws in Malaysia relevant to FiT, as well as the scope of the law applicable to increase electricity generation from RE in Malaysia. The findings show that FiT mechanisms have been successful in establishing RE market for electricity generation in various jurisdictions. However, FiT is unable to guarantee the sustainability of energy sources in the country. Through this article, it is found that the diversity of legal instruments is vital for long-term RE expansion.
Keywords: Renewable energy, feed-in tariff, environmental sustainability, incentive, policy.Sasaran kerajaan sebanyak lima peratus sumber tenaga negara daripada Tenaga Boleh Baharu (TBB) pada tahun 2015 masih belum tercapai walaupun Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) digubal sebagai suatu usaha meningkatkan penjanaan TBB dengan menyediakan mekanisme tarif galakan. Artikel ini bertujuan mengenal pasti dasar dan undang-undang yang berkaitan dengan tarif galakan, serta skop undang-undang yang diguna pakai untuk meningkatkan penjanaan elektrik daripada sumber TBB di Malaysia. Menerusi pendekatan black-letter dan kaedah perbandingan dengan menganalisis undang-undang dan polisi yang berkaitan, dapatan kajian menunjukkan bahawa tarif galakan berjaya mewujudkan pasaran TBB bagi penjanaan tenaga elektrik di pelbagai negara. Walau bagaimanapun, kebergantungan terhadap tarif galakan tidak menjamin kelestarian sumber tenaga di negara ini dan kepelbagaian instrumen perundangan penting untuk menggalakkan pertumbuhan TBB dalam jangka masa panjang.
Kata kunci : tenaga boleh baharu, tarif galakan, kelestarian alam sekitar, insentif, polis
Representasi Tanda Babi sebagai Penanda Penyucian dalam Entelah Masyarakat Iban
Entelah atau teka-teki dalam masyarakat Iban mengandungi banyak tanda tersurat yang menginterpretasikan makna tersirat. Kajian terhadap 10 buah entelah mendapati bahawa satu tanda dominan yang kerap diungkapkan dalam entelah ialah penggunaan kata babi. Teori semiotik Charles Sander Peirce digunakan sebagai alat untuk meneliti penggunaan kata babi sebagai tanda, penanda dan petanda dalam kehidupan masyarakat Iban. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa babi bukan sahaja menjadi makanan orang Iban tetapi menjadi alat penyucian bagi membuang badi dan sial yang digunakan dalam upacara menguruskan kematian, upacara perkahwinan terlarang, upacara menguruskan anak luar nikah, upacara membersihkan pasangan berzina, dan upacara penyucian dalam pertanian.
Kata kunci: entelah, babi, penanda penyucian, teori semiotik Peirce, masyarakat IbanEntelah or riddles are a part of the oral literature of the Iban. Entelah contain many signs for different signified meanings. A study of 10 entelah reveals that the most dominant sign is that of 'swine' or 'pig'. Consequently, this study employs the semiotic theory of Charles Sander Peirce to study the use of 'swine' or 'pig' as sign, signifier and signified among the Iban community. The findings show that swine are not only consumed but are also a used in purification rituals to remove the badi (bad influence) or sial (ill fortune) asscoiated with deaths, taboo marriages, out-of-wedlock births, adulterers, and the purification of agricultural lands.
Keywords: Entelah, swine/pig, purification signifiers, Peirce's semiotic theory, Iban communit
Kata Soal Brapa Dalam Dialek Perlis: Analisis Program Minimalis
This article will discuss the question word brapa that focuses on open-ended questions in the Perlis dialect, using the minimalist programme framework. The data analysed in this article was obtained through a field study conducted in the state of Perlis. The data was obtained through recording of native speakers of Perlis dialect. The researcher employed two research methods, namely library research and fieldwork. The researcher conducted library research to gather information related to question words, while fieldwork was carried out to obtain the data. The area for the field research covered all the districts within the political border of Perlis. Each district was divided into squares on a scale of 5km:1cm, covering the areas of the north, south, east and west. The data collected was analysed using the minimalist programme. The analysis shows that the in-situ or moved question word is related to the features of the question brapa itself, and also the OP feature that prevents its movement. As a result, the question word brapa in the Perlis dialect is moveable and also in-situ when it is associated with the position and presence of the OP in the Spec CP position. This theoretical analysis proves that the native speakers of the Perlis dialect have open-ended words that have both in situ and movable properties.
Keywords: open-ended question words, close-ended question words, Perlis, features, dialectMakalah ini akan membincangkan kata soal yang berfokuskan kata soal terbuka, iaitu brapa dalam dialek Perlis dengan menggunakan pendekatan kerangka program minimalis. Data yang dianalisis dalam artikel ini diambil daripada kajian lapangan yang dilakukan di kawasan negeri Perlis. Data tersebut diperoleh dengan cara merakamkan perbualan informan yang menuturkan dialek Perlis. Penulis telah menggunakan dua kaedah kajian, iaitu kaedah kepustakaan dan lapangan. Penulis menggunakan kaedah pustaka untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan kata soal, dan kaedah lapangan digunakan untuk mendapatkan data di kawasan lapangan. Kawasan yang dijadikan kawasan lapangan meliputi semua daerah yang terdapat dalam sempadan politik negeri Perlis. Setiap daerah dibahagikan mengikut petak-petak yang mempunyai skala 5km: 1cm untuk satu petak yang meliputi kawasan di utara, selatan, timur dan barat. Data yang telah dikumpulkan itu dicerakinkan dan dianalisis dengan menggunakan program minimalis. Kata soal yang bersifat in-situ ataupun bergerak dikaitkan dengan fitur yang dimiliki oleh kata soal berapa itu sendiri dan juga fitur OP yang telah menghalang pergerakannya. Hasilnya, kata soal brapa dalam dialek Perlis bersifat bergerak dan in situ apabila dikaitkan dengan kedudukan dan kehadiran OP pada posisi Spek FKOMP. Analisis teoritikal membuktikan bahawa penutur natif dialek Perlis mempunyai kata soal terbuka yang mempunyai kedua-dua sifat in situ dan bergerak.
Kata kunci: kata soal terbuka, kata soal tertutup, Perlis, fitur, diale
Penanda Santun dalam Perbualan Kanak-kanak Melayu
The present study aims to identify and analyze the usage of politeness markers in the dialogues of Malay children. This qualitative study involved a sample of 20 Malay children aged six years old from four different kindergartens in Malaysia. The data were taken from recordings of the children's conversations while participating in formal educational activities in class, and were analyzed using Leech's Politeness Principles (1983). The results of the study indicate that Malay children in kindergarten use a number of politeness markers in their conversations with their peers and also the researcher. The most commonly-used politeness markers were 'boleh' (could/can), 'tolong' (please) and 'terima kasih' (thank you). Furthermore, the study also found that the tact maxim is the most dominant in the conversations of Malay children.
Keywords: politeness in conversation, politeness markers, children, Leech's politeness principlesMakalah ini mengenal pasti dan menganalisis penggunaan penanda santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini menggunakan kaedah persampelan. Sebanyak 20 orang kanak-kanak Melayu berumur enam tahun dipilih daripada empat buah tadika atau prasekolah. Data diperoleh melalui rakaman perbualan kanak-kanak Melayu tersebut semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran formal di dalam kelas dan seterusnya dianalisis menggunakan prinsip kesopanan Leech (1983). Dapatan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak Melayu di tadika atau prasekolah telah menggunakan beberapa penanda santun dalam perbualan mereka dengan rakan dan penyelidik. Penanda santun yang paling kerap digunakan ialah kata 'boleh', diikuti dengan kata 'tolong' dan 'terima kasih'. Sehubungan itu, kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan maksim santun adalah paling dominan dalam perbualan kanak-kanak Melayu.
Kata kunci: kesantunan berbahasa, penanda santun, kanak-kanak, Prinsip Kesopanan Leec
Citra Kerohanian dalam Puisi Abizai Abi daripada Bacaan Takmilah
This article focuses on a number of poems by Zainal Abidin Bin Haji Suhaili, better known as Abizai Abi, in his anthology of poems entitled Sinar Benar [True Ray of Light]. Abizai has been prolific in producing beautiful and meaningful poems of high quality. However, not many in-depth studies of his works have been conducted. This study attempts to examine several poems selected from Sinar Benar by employing the Takmilah Theory. Being an important writer in Malaysia, especially in the state of Sarawak, Abizai stands out through his application of spiritual imagery, in line with his framework of thought consistently anchored in the "relationship between human beings and Allah". This framework of thought encompasses issues of piety and obedience to Allah (SWT), which is entirely in line with the Takmilah Theory. This study finds that the beauty of Abizai Abi's poetry lies in its refined, meaningful and effective language. The poems studied also reveal that a good relationship between human beings and nature is the basis of a good relationship with the Great Creator. Abizai Abi's thinking is conveyed through the diction of his symbolism, which foregrounds "piety" and "utter humility". He attempts to demystify nature and examine it spiritually, and relate it to the Greatness and Might of Allah (SWT) as the One who owns all.
Keywords: Abizai Abi, poems, Sinar Benar, Takmilah TheoryMakalah ini memfokuskan penelitian terhadap sejumlah puisi Abizai Abi dalam kumpulan puisi perseorangan yang berjudul Sinar Benar.Abizai merupakan seorang penyair yang sangat produktif dalam menghasilkan puisi yang baik, indah dan bermakna. Namun begitu, tidak banyak kajian yang mendalam dilakukan terhadapnya. Kajian ini cuba menelusuri sejumlah puisi terpilih dari antologi puisinya berjudul Sinar Benar dari perspektif Teori Takmilah. Sesuai dengan kedudukannya sebagai penyair yang penting khususnya di Sarawak dan secara amnya di Malaysia, Abizai tampil dengan citra kerohanian daripada kerangka pemikirannya yang berlandaskan "hubungan manusia dengan Allah" secara konsisten. Kerangka pemikiran tersebut melampaui isu ketakwaan dan ketaatan manusia kepada Allah Azzawajjalla. Hal ini amat bertepatan dengan kecenderungan Teori Takmilah. Penelitian ini mendapati keindahan puisi Abizai Abi terpamer dari sudut bahasa yang diungkapkan dengan begitu halus, bermakna dan berkesan. Puisi tersebut juga menggambarkan hubungan baik sesama insan dan dengan alam sebagai landasan menjalin hubungan dengan Yang Maha Pencipta. Pemikiran Abizai Abi dititipkan melalui diksi perlambangan yang menyerlahkan makna "ketaatan" dan "kekerdilan diri". Beliau cuba menyingkap kejadian alam dan menelusurinya dengan mata hati untuk menghubungkannya dengan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT sebagai pemilik segala-galanya.
Kata kunci: Abizai Abi, puisi, Sinar Benar, teori takmila
The Evolution of Malay Morphophonemics from the 16th to the 20th Century
Makalah ini mengkaji dan menganalisis perkataan yang mengalami proses morfofonemik akibat penerimaan imbuhan awalan meN- dan apitan meN… kan daripada tujuh belas teks terpilih dari abad ke-16 hingga abad ke-20. Penulisan ini juga bertujuan untuk melihat sejauh manakah benarnya kenyataan Asmah bahawa bahasa Melayu pada abad ke-16 dan ke-17 sedang mengalami perubahan dalam morfofonemiknya. Analisis dalam kajian ini menggunakan teori fonologi generatif dan pendekatan atur rumus. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu memang mengalami perubahan dalam morfofonemiknya pada abad ke-16 dan ke-17. Dapatan kajian ini menunjukkan perkataan yang menggugurkan atau mengekalkan fonem awal apabila bertembung dengan imbuhan meN- dijumpai dalam teks terpilih dari abad ke-16 hingga abad ke-20, dan semakin berkurangan mengikut perubahan abad serta tidak ditemui fonemena tersebut dalam bahasa Melayu standard sekarang ini. Dapatan ini mengukuhkan kenyataan Asmah.
Kata kunci: proses morfofonemik, perubahan bahasa Melayu, teori fonologi generatif, pendekatan atur rumusThis study aims to investigate and analyse the process of morphophonemics as a result of adding affixes meN- and meN… kan to words found in seventeen selected texts from the 16th century to the 20th century. It also aims to determine the extent to which Asmah's argument that the Malay language in the 16th and 17th century had undergone morphophonemic changes can be verified. The analysis applies the theory of generative phonology and ordered phonological rules. Findings reveal that the Malay language had experienced the process of morphophonemic change in the 16th and 17th century. As well, the findings show that there was a gradual decrease of words that retain or omit the initial phoneme when merging with the prefix meN- over the past centuries. Since this phenomenon is absent in present standard Malay, it helps to further strengthen Asmah's argument.
Keywords: morphophonemic process, changes of Malay language, generative phonology theory, ordered phonological rule
Pemakaian Serban dalam Kalangan Penganut Islam dan Sikh di Malaysia: Wujudkah Diskriminasi?
Muslims, especially students, are often prohibited from wearing turbans in schools as well as while riding motorcycles, whereas Sikh followers are given leeway to wear turbans at all times and occasions. This situation suggests that there exists discrimination in law enforcement, even though the law guarantees equality for all religions in Malaysia. This article aims to determine whether there exists racial discrimination with regard to the wearing of turbans by Muslims and Sikhs in Malaysia. The finding shows that the special exception given to the Sikhs is to foster racial understanding and to protect their right, whereby wearing if the turban is compulsory, while for Muslims it is merely encouraged.
Keywords: turban, Islam, Sikhism, discrimination, International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) 1969Orang Islam, terutamanya pelajar sekolah sering ditegah memakai serban ketika di sekolah mahupun ketika menunggang motosikal, tetapi penganut agama Sikh diberikan kelonggaran untuk memakai serban dalam semua keadaan. Situasi ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi pelaksanaannya, meskipun undang-undang memberikan hak yang sama rata kepada semua agama. Artikel ini bertujuan melihat wujud atau tidak unsur diskriminasi perkauman dalam amalan pemakaian serban antara penganut agama Islam dengan penganut agama Sikh di Malaysia. Kajian mendapati pengecualian yang diberikan kepada penganut agama Sikh adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum dan menjamin hak mereka yang wajib memakai serban berbanding dengan tuntutan sunat kepada penganut agama Islam.
Kata kunci: serban, agama Islam, agama Sikh, diskriminasi, Konvensyen Antarabangsa tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman (ICERD) 196
Pantun Kanak-kanak dari Perspektif Semiotik Riffaterre
This article analyzes 20 vocabulary items from classical and contemporary Malay using concept analysis and an analysis method based on 15 children's pantun from a collection of such poems by Mohamad Nazel Hisham. The Semiotics Theory of Riffaterre is seen as appropriate for analyzing children's pantun based on four aspects of meaning, namely viewing pantun as indirect expressions; applying heuristic and hermeneutic reading concepts, as well as hypograms. The findings reveal that children's pantun contain indirect expressions of poetry, the actual structure and the lexical form and paragraphs can be seen based on heuristic readings, while the actual message and meaning can be traced through heuristic and hermeneutic readings. The application of matrix aspect (MAT), model (MOD) and variant (VAR), and the application of hypogram elements also completes the process of meaning creation. The application of these four aspects of meaning proved successful in helping children to interpret the literal meanings, and reducing difficulties in understanding the intended message, thereby improving their ability to understand the Malay language.
Keywords: Children's pantun, Riffaterre's Semiotics, hypograms, heuristic and hermeneutic.Artikel ini menganalisis 20 kosa kata klasik dan 20 kosa kata moden menggunakan kaedah analisis konsep dan analisis makna berdasarkan 15 rangkap pantun kanak-kanak daripada Koleksi Pantun Kanak-kanak karya Mohamad Nazel Hisham. Teori Semiotik Riffaterre dilihat sesuai untuk menganalisis pantun kanak-kanak berdasarkan empat aspek pemaknaan, iaitu melihat pantun sebagai ekspresi tidak langsung; mengaplikasikan konsep pembacaan heuristik dan hermeneutik, serta hipogram. Hasil kajian mendapati pantun kanak-kanak mengandungi ekspresi puisi secara tidak langsung, struktur dan bentuk leksikal dan ayat dapat dilihat berdasarkan pembacaan heuristik, manakala mesej dan makna sebenar yang hendak disampaikan dapat dikesan menerusi pembacaan hermeneutik. Pengaplikasian aspek matriks (MAT), model (MOD) dan varian (VAR), serta penerapan unsur hipogram turut menjadikan proses pemaknaan pantun menjadi lebih lengkap. Penerapan keempat-empat aspek pemaknaan ini ternyata berjaya memberikan kefahaman kepada kanak-kanak untuk mentafsir makna tersurat dan mengurangkan kesukaran kanak-kanak untuk memahami mesej yang hendak disampaikan, sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang betul.
Kata kunci: Pantun kanak-kanak, Semiotik Riffaterre, hipogram, heuristik dan hermeneutik
Manifestasi Fonologi Bahasa Melayu Standard terhadap Perubahan Konsonan dalam Nyanyian Lagu Melayu Asli
This paper examines Malay Asli songs to determine the underlining phonological processes in singing. This is due to the fact that the elucidation of linguistic features in the Malay Asli songs remains scarce and unclear. For the purpose of this study, 10 Malay Asli songs were selected as the data, which were then phonetically transcribed from their MP3 format into text. The study places emphasis on the phonological processes concerning consonant segments. These were elaborated based on the theory of Generative Linear Phonology (Chomsky & Halle, 1968). The results indicated that a few of the underlining phonological processes in the singing of the Malay Asli songs are a reflection or manifestation of Standard Malay language. The singing corresponded to the phonological processes of Standard Malay language, which include glottalisation, nasal assimilation, voiceless obstruent deletion, nasal deletion, pharyngeal insertion and glide insertion. In addition, there was an absence of lateral trill deletion in the singing, as all of the singers retained the lateral trill /r/ in coda position. This shows that the singing of the Malay Asli songs violates the lateral trill deletion rule, which is an optional rule in Standard Malay language utterance.
Keywords: Phonology, phonological process, Standard Malay, Malay Asli songsMakalah ini mengkaji lagu Melayu asli untuk mengenal pasti proses fonologi yang terdapat dalam nyanyian. Kajian atau huraian ciri-ciri bahasa dalam nyanyian lagu Melayu asli amatlah berkurangan dan masih tidak jelas. Oleh itu, sebanyak sepuluh (10) buah lagu Melayu asli telah dijadikan sebagai data kajian dan menjalani proses alih bentuk daripada bentuk fail MP3 kepada bentuk teks menerusi proses transkripsi fonetik. Penelitian memberikan tumpuan terhadap proses fonologi yang melibatkan segmen konsonan dan dihuraikan dengan berpandukan Teori Fonologi Generatif Linear (Chomsky & Halle, 1968). Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian proses fonologi yang terkandung dalam lagu Melayu Asli ialah cerminan atau manifestasi bahasa Melayu Standard dalam nyanyian. Nyanyian lagu Melayu asli mematuhi proses fonologi bahasa Melayu standard seperti pengglotisan, asimilasi nasal, pengguguran obstruen tak bersuara, pengguguran nasal, penyisipan farinks dan penyisipan geluncuran. Selain itu, pengguguran likuida getaran didapati tidak terlaksana dalam nyanyian lagu Melayu asli kerana penyanyi tidak menggugurkan likuida getaran /r/ pada posisi koda. Hal berkenaan menunjukkan bahawa nyanyian lagu Melayu Asli mengingkari rumus pengguguran likuida getaran yang terdapat dalam bahasa Melayu standard yang bersifat pilihan.
Kata kunci: fonologi, proses fonologi, bahasa Melayu standard, lagu Melayu Asl
Bunyi Geluncuran di Sarawak: Suatu Ciri Bunyi yang Bersifat Wilayah
This paper discusses the off-glide sounds which exist in the Malay dialect (Saribas, Krian, Rejang) as well as the Iban, Melanau and Bintulu languages. Since Iban language is the dominant language in Sarawak, and rich in glided sounds, a question arises as to whether they are influenced by the Iban language or caused by other factors. The discussion of this paper is based on Blust's (1997) on nasal and nasalization phenomenon in Borneo. Since the nasal preplosion is attested in several geographically discontinuous regions of Borneo, this linguistic characteristic seems to appear regionally rather than influenced by other languages. The linguistic features that are regionally characterized displayed two common phenomenon, namely: (1) its spread is geographically discontinuous, and (2) beyond a unitary language branch or language. In the Malay dialect of the Iban, Melanau and Bintulu languages examined here, the criteria correspond with the case of nasal preplosion as described by Blust. Additional data from Sumatera (Jambi Malay, Minangkabau and Kerinci), which are scattered outside the Borneo Island, also exhibited glided sounds at the end of words. Findings reveal that glided sounds in Sarawak native languages fulfilled both criteria, which is they contain this particular sound and by coincidence meet the criteria of Blust's framework.
Keywords: off-glide sounds, regional, language influence, nasalisationMakalah ini membincangkan bunyi geluncuran (off-glide) yang wujud dalam dialek Melayu (Saribas, Krian, Rejang), bahasa Iban, bahasa Melanau dan bahasa Bintulu. Oleh sebab bahasa Iban merupakan bahasa dominan di Sarawak dan kaya dengan bunyi geluncuran, maka timbul persoalan sama ada fonologi bahasa bukan Iban (seperti dialek Melayu, Melanau dan Bintulu) telah dipengaruhi oleh bahasa Iban? Makalah ini dibincangkan dengan berlandaskan kerangka Blust (1997) tentang nasal dan nasalisasi di Borneo. Oleh sebab ciri bunyi praletupan nasal wujud di kawasan yang tidak menunjukkan kesinambungan dari segi geografi, kewujudan bunyi ini lebih bersifat wilayah daripada dipengaruhi oleh bahasa lain. Ciri bunyi yang bersifat kewilayahan ini menunjukkan dua fenomena yang umum, iaitu (1) persebarannya tidak bersinambungan dari segi geografi, dan (2) merentasi cabang/rumpun bahasa. Dalam dialek Melayu, Iban, Melanau dan Bintulu yang dikaji, ciri kriterianya sejajar dengan kes bunyi praletupan nasal yang diterangkan oleh Blust. Data tambahan dari kawasan luar Pulau Borneo, iaitu Sumatera (bahasa Melayu Jambi, Minangkabau dan Kerinci) juga menunjukkan ciri geluncuran pada akhir kata. Hasil analisis mendapati bahawa bunyi geluncuran di Sarawak menepati kedua-dua kriteria ini, iaitu bahasa-bahasa yang mengandungi ciri bunyi ini dan secara kebetulan menepati kriteria kerangka Blust.
Kata kunci: Bunyi geluncuran, kewilayahan, pengaruh bahasa, fenomena nasalisas