Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Perancangan Bestari dalam "Hikayat Khoja Maimun": Aplikasi Prinsip Perancangan dalam Pendekatan Pengurusan

    No full text
    This paper aims to analyze the problem solving strategies in relation to moral issues in the traditional prose of Hikayat Khoja Maimun according to the planning principles that are part of the 'management approach'; one of the methods of analysis in the world of literary criticism in our country. The method of research is qualitative, with focus on text analysis. Applying aspects of the aforementioned planning principles, four events are analyzed that have been taken from the Hikayat Khoja Maimun. The results of the analysis showed that the problem-solving strategies usedby Bayan's character to overcome problems or moral issues with regards to the character of Zainab Bibi's violation vary in terms of morality and ethic. The strategy formed is based on the use of praise and support, personal analogy technique, storytelling or saga, questions, criticism and support, attracting attention and providing advice. The variation of formation in problem-solving strategies shows that systematic and smart planning is very significant in the analysis of data besides revealing the traditional community's power of intellect and wisdom, as well as providing a detailed look at its thought. Keywords: problem solving strategies, "Hikayat Khoja Maimun", model of planning principles, smart planning, variation, analogyMakalah ini bertujuan menganalisis strategi penyelesaian masalah yang berhubung dengan isu moral dalam prosa tradisional "Hikayat Khoja Maimun" daripada dimensi prinsip perancangan dalam pendekatan pengurusan yang merupakan salah satu pendekatan dalam dunia kritikan sastera tanah air. Kaedah yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan memberikan fokus terhadap analisis teks. Analisis ini mengaplikasikan aspek perancangan dalam model prinsip perancangan berlandaskan empat peristiwa yang telah diklasifikasikan dalam "Hikayat Khoja Maimun". Dapatan analisis menunjukkan pembentukan strategi penyelesaian masalah yang bervariasi oleh watak Bayan bagi mengatasi masalah atau isu moral berhubung dengan pelanggaran moral dan etika oleh watak Bibi Zainab. Berdasarkan analisis, strategi yang digunakan ialah pujian dan sokongan, teknik analogi peribadi, bercerita atau berhikayat, pertanyaan, membuat kritikan dan sokongan, menarik perhatian dan memberikan nasihat. Pembentukan strategi penyelesaian masalah yang bervariasi ini memperlihatkan bahawa perancangan bestari dan sistematik amat signifikan. Hikayat ini dapat mengungkapkan kebijaksanaan daya intelektual dan ketajaman pengamatan pemikiran masyarakatnya. Kata kunci: strategi penyelesaian masalah, "Hikayat Khoja Maimun", model prinsip perancangan, perancangan bestari, bervariasi, analogi, berhikaya

    Pola, Sistem dan Estetika Fitrah dalam Puisi daripada Kumpulan Puisi Yang Menyala Karya Norjannah Ma: Satu Kritikan Fitrah

    No full text
    One of the most important aspects of Islamic teachings is nature (fitrah). Muslims are obliged to believe in nature as something that has existed since its creation. Man is believed to have the potential of becoming Muslim, so he is obligated to devote himself to Allah, the Creator. Some people are not born Muslim but later enter into Islam, such as Norjannah MA, who was born a non-muslim but later became a muallaf, a Muslim revert. As a Muslim revert, she most likely goes through the process of understanding her new religion. The purpose of this paper is to examine the return to the fitrah-the original or natural state-as experienced by Norjannah MA herself, and how it is addressed in her work titled Kumpulan Puisi Yang Menyala (2017). This study uses the theory of fitrah criticism, which is based on three principles namely the pattern, system and aesthetics of fitrah, or the natural state. The results of this study show that the love and belief of God (akidah) which burns in her heart becomes a dominant pattern of nature. Seeking God's love is not easy and the natural state (fitrah) shows that anger is often a strong impediment to Norjannah. In comparison to the natural aesthetic, the natural pattern and system discussed are not expressed poetically. Arabic terms are widely used, and their presence interferes with the author's expression, as well as the reader's appreciation of the text. Keywords: fitrah, fitrah critism, Norjannah M.A., Kumpulan puisi yang menyalaSalah satu aspek penting dalam ajaran Islam ialah fitrah. Muslimin diwajibkan mempercayai fitrah sebagai sesuatu yang wujud semenjak azali lagi. Manusia diyakini berpotensi Islam, iaitu mereka diciptakan untuk mengabdikan dirinya kepada Allah. Mereka yang tidak dilahirkan sebagai Muslim seperti Norjannah MA, yang kemudiannya kembali kepada fitrahnya apabila memeluk agama Islam. Penulis yang berstatus mualaf ini melalui proses mengenal dan mendalami agama baharunya. Tujuan kajian dalam makalah ini adalah untuk membincangkan persoalan fitrah yang dilalui oleh Norjannah MA, dan bagaimana persoalan itu disampaikan dalam karyanya yang bertajuk Kumpulan Puisi Yang Menyala (2017). Kajian ini menggunakan teori kritikan fitrah yang berasaskan tiga prinsip, iaitu pola, sistem dan estetika fitrah. Hasil kajian ini menunjukkan pola fitrah yang berteraskan akidah menjadi topik penting dalam karya ini. Cinta kepada Allah menjadi pola fitrah yang dominan. Mencari cinta Allah itu tidak mudah dan sistem fitrah menunjukkan bahawa nafsu amarah sering menjadi halangan yang kuat kepada Norjannah. Dari segi estetika fitrah, pola fitrah dan sistem fitrah yang bincangkan tidak memperlihatkan penyampaian yang puitis. Istilah Arab banyak digunakan sehingga kehadirannya mengganggu ekspresi penulis dan penghayatan pembaca. Kata kunci: Fitrah, kritikan fitrah, Norjannah MA, Kumpulan Puisi Yang Menyal

    Ulasan Perundangan: Akta Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) Akta 1976

    No full text

    Pencegahan dan Hukuman Perbuatan Buang Bayi menurut Perundangan Syariah dan Sivil di Malaysia: Cukupkah Undang-undang yang Ada?

    No full text
    Baby-dumping is one of the most inhumane acts that is on the rise in Malaysia. News about such incidents is prevalent in the mass media, resulting in a cabinet decision being made that baby-dumping cases should be investigated as homicide and attempted murder in order to curb the number of incidents. This article aims at examining whether the legal framework concerning punishment and prevention are adequate to address this matter. It is found that offenders can be charged under the Penal Code and Child Act of 2001 for any offences regarding the life of a person such as murder, attempted murder, or any act causing death and injury. The Shariah Criminal Offences Act, which is applicable for such offences as close proximity, illegitimate sexual intercourse, public indecency and so on, is also adequate to curb the issue of baby-dumping. However, efforts to inform the public of these must be stepped up. Keywords: abandoned babies, baby-dumping, murder, punishment, prevention, shariah law, civil lawKes pembuangan bayi adalah antara perbuatan tidak berperikemanusiaan yang semakin membimbangkan dan mendapat liputan meluas di Malaysia. Ekoran itu, Kabinet Malaysia memutuskan bahawa kes pembuangan bayi hendaklah disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi mencegah masyarakat melakukan kesalahan tersebut. Artikel ini mengkaji sama ada kerangka perundangan yang berkaitan dengan hukuman dan pencegahan terhadap kesalahan tersebut mencukupi atau tidak bagi membendung perbuatan tersebut daripada berlaku. Didapati bahawa peruntukan kesalahan yang berkaitan dengan nyawa dan tubuh badan seperti membunuh, percubaan membunuh, serta perbuatan yang menyebabkan kematian dan kecederaan boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-kanak 2001. Peruntukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah juga didapati mencukupi bagimencegah kesalahan khalwat, percubaan persetubuhan haram, dan sebagainya.Walau bagaimanapun, pelbagai usaha perlu ditingkatkan bagi menguar-uarkannya kepada masyarakat. Kata kunci: pembuangan bayi, kesalahan membunuh, hukuman, pencegahan, undang-undang syariah, undang-undang sivi

    Fonologi Kata Pinjaman Tamil dalam Bahasa Melayu Berdasarkan Teori Optimaliti

    No full text
    This study intends to explain the phonological modifications of Tamil loanwords that have been absorbed into Malay language. Tamil loanwords have to undergo some phonological modifications in order to conform to the system of Malay grammar. The grammar differences between Tamil and Malay languages have given rise to the question of which Tamil words have been borrowed by Malay and how new words have been formed to comply with the Malay language system. Thus, this study was conducted to identify Tamil loanwords that have undergone phonological changes when they are incorporated into Malay language as well as to categorize and explain theoretically the type of adaptation that occurs based on the phonological changes of Tamil loanwords. This study utilizes secondary data obtained from Noriah and Selvarani (2015). A total of 381 words have been identified as Tamil loanwords that are used in Malay language. The results of the hierarchical constraint analysis in Optimality theory show that Tamil loanwords in Malay language involved modification at the syllable structure such as degemenation, vowel shortening and syllable deletion. Keywords: Malay, Tamil, loanwords, phonology, Optimality theoryKajian ini bertujuan untuk menjelaskan perubahan fonologi kata pinjaman Tamil yang diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kata pinjaman Tamil perlu menjalani perubahan fonologi demi untuk mematuhi sistem nahu bahasa Melayu. Oleh sebab bahasa Tamil dan bahasa Melayu mempunyai nahu yang berbeza, maka timbul persoalan, apakah perkataan bahasa Tamil yang telah dipinjam dan bagaimanakah perkataan Tamil tersebut menghasilkan bentuk yang baharu untuk disesuaikan dengan sistem bahasa Melayu? Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kata pinjaman Tamil yang mengalami perubahan fonologi apabila diserap masuk ke dalam bahasa Melayu, dan mengkategorikan serta menjelaskan secara teoretis jenis adaptasi yang berlaku berdasarkan perubahan fonologi kata pinjaman Tamil. Kajian ini menggunakan data sekunder yang diperoleh daripada Noriah dan Selvarani (2015). Sejumlah 381 perkataan Tamil telah dikenal pasti digunakan dalam bahasa Melayu. Hasil analisis tatatingkat kekangan dalam teori Optimaliti menunjukkan kata pinjaman Tamil dalam bahasa Melayu melibatkan perubahan pada peringkat struktur suku kata, iaitu degeminasi, pemendekan vokal dan pengguguran suku kata. Kata kunci: bahasa Melayu, bahasa Tamil, kata pinjaman, fonologi, teori optimalit

    Vowel Nasalization in the Malay Dialect of Saribas: A Feature Geometry Approach

    No full text
    Makalah ini menghuraikan proses nasalisasi vokal dalam fonologi dialek Melayu Saribas (DMSbs). Data dianalisis menggunakan model geometri fitur Halle (1995) yang merupakan salah satu daripada pendekatan dalam fonologi autosegmental. Kajian ini ialah kajian lapangan di empat buah kampung Melayu di Saratok, Sarawak. Data diperoleh daripada sepuluh orang penutur jati DMSbs yang menetap di kampung Melayu tersebut. Pengumpulan data linguistik DMSbs menerapkan kaedah temu bual dan senarai kata, serta rakaman perbualan audio. Makalah ini juga mengemukakan rumus nasalisasi vokal bagi menangani permasalahan fonologi apabila konsonan nasal mendahului atau mengikuti vokal dalam kata DMSbs. Data DMSbs memperlihatkan proses nasalisasi vokal berlaku apabila segmen nasal yang mempunyai fitur [+nasal] menyebarkan fiturnya kepada vokal bersebelahan dan menyebabkan vokal turut mendapat fitur [+nasal]. Proses nasalisasi vokal dalam DMSbs adalah secara progresif dan regresif. Penyebaran fitur [+nasal] juga berlaku sejauh mungkin selagi tiada konsonan legap yang menghalang penyebarannya. Penerapan geometri fitur dapat menjelaskan kekangan yang berlaku apabila konsonan legap menghalangi penyebaran fitur [+nasal] bagi mematuhi prinsip syarat purna bentuk yang tidak membenarkan garis penghubung bersilang. Kata kunci: konsonan nasal, nasalisasi vokal, vokal nasal, geometri fitur, prinsip syarat purna bentuk, konsonan legap, konsonan telus, dialek Melayu SaribasThis paper describes the process of vowel nasalization in the phonology of the Malay dialect of Saribas (MDoS). Data were analysed using Halle's feature geometry model (1995), one of the approaches in autosegmental phonology. This study was based on field work conducted in four main Malay villages in Saratok, Sarawak. Linguistic data which were obtained from ten MDoS native speakers were collected through interviews, wordlists and audio recordings. Findings reveal that the vowel nasalization rule can be used to address a phonological problem when a vowel is preceded or followed by nasal consonants in the MDoS. The findings also demonstrate that vowel nasalization occurs when nasal segments with [+nasal] feature spread their features to the adjacent vowel causing the vowel to subsequently absorb the [+nasal] feature. Vowel nasalization in MDoS occurs progressively and regressively. The [+nasal] feature also spreads as far as possible as long as there is no opaque consonant that blocks the feature from spreading. The application of feature geometry can help to explain the constraints that take place when opaque consonants obstruct the spread of the [+nasal] feature in order to adhere to the principle of Well-formedness which prohibits the crossing of association lines. Keywords: nasal consonant, vowel nasalization, nasalized vowel, feature geometry, well-formedness condition, opaque consonants, transparent consonants, Malay dialect of Sariba

    Pelestarian Dialek Kelantan di Besut dan Kaitannya dengan Pembentukan Jati Diri

    No full text
    The community of Besut in Terengganu mainly uses the Kelantanese dialect as their main dialect. As dialect plays an important role in reflecting the identity of a community of speakers, this study aims to link dialect with the identity of the Besut community. This study was conducted using a modified framework based on Abdullah Hassan's Identity Construction (2009), the Sapir-Whorf hypothesis (2007) and the Wave Theory (2010). A total of 120 respondents from Besut were selected using a questionnaire. The data was then analysed using quantitative and qualitative analysis. The findings of this study reveal that the use of dialect is that the speakers do not only use dialect to determine self-identity. Apart from dialect, several other factors also play a part, such as culture, geographical location, ancestry and religion. This research provides insight into the true identity of speakers of the Kelantanese dialect in Besut. Keywords: Kelantanese dialect, Terengganu, Besut, Besut community, identityMasyarakat Besut ialah masyarakat di negeri Terengganu yang menuturkan dialek Kelantan sebagai dialek asas mereka. Oleh sebab bahasa (dialek) memainkan peranan penting untuk menggambarkan keperibadian dan jati diri sesebuah masyarakat penutur, maka kajian ini bertujuan menghubungkaitkan dialek dengan jati diri masyarakat Besut. Bagi mencapai objektif tersebut, kerangka teori pembentukan jati diri yang diubah suai daripada Abdullah Hassan, Hipotesis Sapir-Whorf dan teori gelombang telah digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 120 orang responden Melayu di Besut telah dipilih untuk mendapatkan data melalui soalan soal selidik. Kemudian, data tersebut dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan dialek adalah tidak muktamad dalam penetapan jati diri mereka. Selain bahasa, terdapat beberapa faktor lain yang boleh membentuk jati diri sesebuah masyarakat, termasuklah budaya, geografi, leluhur, dan agama. Kajian ini memberikan gambaran sebenar tentang perihal jati diri masyarakat penutur dialek Kelantan di Besut. Kata kunci: dialek Kelantan, negeri Terengganu, Besut, masyarakat Besut, jati dir

    Analisis Kesopanan Bahasa dalam Novel Melunas Rindu: Aplikasi Maksim Leech dan Grice

    No full text
    This article discusses linguistic politeness in Melunas Rindu, a text in the literature component (Komsas) for Form 4 students in Zone 4 (Johor, Sabah, Sarawak and the Federal Territory of Labuan). Politeness is an essential aspect in life and it is a socio-cultural element in society. The dialogue of the main and supporting characters in Chapter 5 of this novel was analysed. The politeness models of Grice and Leech were applied in the analysis. Both models present maxims of politeness which have to be observed in order to create conflict-free situations. The methodology employed in this research includes library research, text analysis and quantitative analysis. Based on the classifications and the analysis, the findings show only four out of six of Leech's maxims, and two out of four of Grice's are observed. This study revealswhich are the dominant forms of linguistic politeness (according to the models of Grice and Leech) found in this novel, that at once also reflect Malay socio-culture. Keywords: Komsas, politeness principle, co-operative principle, socio-culture, pattern of maxims, combinations of maxims, tact maxim, lexicalMakalah ini membincangkan kesopanan bahasa yang dipaparkan dalam novel Melunas Rindu, iaitu komponen sastera (Komsas) untuk para pelajar Tingkatan 4 di Zon 4 (negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Kajian ditumpukan pada dialog watak utama dan watak sampingan dalam Bab 5 novel ini. Dialog yang menjadi data kajian dianalisis berdasarkan model kesopanan Leech dan model kesopanan Grice. Kedua-dua model ini mengemukakan maksim kesopanan yang perlu dipatuhi bagi mewujudkan situasi bebas konflik. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan, analisis teks dan kuantitatif. Berdasarkan pengklasifikasian dan analisis yang dilakukan, dapatan kajian memperlihatkan hanya empat daripada enam maksim Leech dan dua maksim Grice yang dipatuhi. Novel ini memaparkan kesopanan bahasa yang dominan berdasarkan paparan analisis kesopanan maksim Leech dan Grice yang sekali gus menggambarkan sosiobudaya Melayu. Kata kunci: Komsas, prinsip kesopanan, prinsip kerjasama, sosiobudaya, pola maksim, pola kombinasi maksim, maksim kebijaksanaan, leksika

    Metafora Kritikan dalam Mitos Peminangan Puteri Gunung Ledang: Analisis Pragmatik

    No full text
    This study focuses on criticism of the King's attitude and leadership, as metaphorized by the traditional writers in the legend of Puteri Gunung Ledang. The analysis was conducted using a pragmatic approach, employing the ad hoc concept of the relevance theory,and supported by Bridging Cross Reference, whereas the data used were extracted from the Malay Annals (1997). The results of the study indicate that the legend of Puteri Gunung Ledang was created with the aim of conveying the people's criticisms of the King during that particular era. The true meaning of these metaphoric criticisms can only be discerned through a reasonable pragmatic analysis. The findings also reveal the reason why these criticisms were not made directly. Through this theoretical study, it can be concluded that the traditional Malay writers were intellectuals who incorporated important messages figuratively in myths and legends intertwined with history. Key words: metaphor, criticism, myth, relevance theory, pragmaticArtikel ini memberikan fokus pada metafora kritikan yang disampaikan oleh pengarang tradisional terhadap sikap kepimpinan raja yang disampaikan melalui mitos Puteri Gunung Ledang. Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan pragmatik, iaitu konsep ad hoc dalam teori relevans dan dikukuhkan dengan pendekatan Rangka Rujuk Silang, manakala data yang digunakan diambil daripada teks Sulalatus Salatin (1997). Dapatan kajian menunjukkan bahawa mitos Puteri Gunung Ledang dicipta untuk menyampaikan kritikan rakyat terhadap sikap golongan raja pada zaman tersebut. Makna sebenar metafora kritikan hanya dapat diinterpretasi melalui analisis pragmatik yang berpada. Hasil kajian juga menemukan alasan sebab kritikan tersebut tidak disampaikan secara langsung. Melalui kajian bersifat teoretis yang dilakukan, didapati pengarang Melayu tradisional merupakan intelek yang mampu menitipkan mesej penting secara kiasan melalui mitos yang dijalinkan bersama-sama sejarah. Kata kunci: metafora, kritikan, mitos, teori relevans, pragmati

    Compensation for Victim of Road Traffic Accident:Towards an Integration of Diat and Insurance in Malaysia

    No full text
    Road traffic accident is a disaster that can happen due to negligence. The accident can cause both physical injuries and property losses. Road Transportation Act 1987 makes it an obligation for all vehicle owners to have policy insurance that covers them from any loss. However, there are still parties involved, apart from the insured, that is not eligible to any compensation. The issue is how the compensation was calculated based on the insurance policy and the law regulating road traffic accident in Malaysia. The article analyses the possibility of integrating the principle of diat into the framework of compensation based on the insurance as 'aqilah. The research is done based on the theoretical analysis. It is found that insurance company and the motor insurance policy are consistent with the philosophy of 'aqilah. In terms of quantum of damages, it is found that the value under diat is much higher that those covered both under the insurance/takaful policy and Compendium of Personal Injury Awards 2014. It is also suggested that an automobile fund is set up to assist the unprotected victims. Keywords, diat, insurance, compensation, damages, risk, protectionKemalangan jalan raya merupakan suatu bencana akibat kecuaian ketika pemanduan. Akibatnya, berlaku kecederaan fizikal dan kerugian harta benda. Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan setiap pemilik kenderaan untuk memiliki polisi insurans bagi melindungi mereka dan pihak terbabit daripada sebarang kerugian. Namun, terdapat juga pihak yang terlibat dalam kemalangan tidak layak mendapat ganti rugi. Timbul persoalan bagaimanakah pengiraan ganti rugi dibuat berdasarkan polisi insurans dan undang-undang yang mengatur kemalangan jalan raya di Malaysia. Artikel ini menganalisis kemungkinan prinsip diat selaku pampasan yang boleh diserap ke dalam kerangka pengenaan ganti rugi berdasarkan kedudukan insurans sebagai 'aqilah. Kajian dilakukan menggunakan analisis teoretikal. Kajian mendapati syarikat insurans dan polisi insurans kenderaan motor menepati tafsiran 'aqilah. Dari segi kuantum pampasan, didapati nilai diat lebih tinggi daripada apa-apa yang ditetapkan oleh sistem takaful atau insurans dan Compendium of Personal Injury Awards 2014. Juga dicadangkan agar satu dana permotoran ditubuhkan bagi membolehkan mangsa yang tidak dilindungi oleh insurans mendapat ganti rugi. Kata kunci: diat, insurans, pampasan, risiko, perlindunga

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇