Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Puisi Exile Mahroso Doloh: Suara dari Tanah Asing dalam Kiblat Cinta-Kumpulan Sajak Suara Bunga Patani

    No full text
    Exile is a term of isolation, which involves the author or his work produced in a state of exile, either in a new place of emigration or in his native land. Exile may be voluntary, or be the result of economic, political, legal or military pressures. Because the term covers a broad range of meaning, it the term exile'is maintained here in its original form to discuss a number of poems written by Mahroso Doloh in his poetry collection entitled Kiblat Cinta-Kumpulan Sajak Suara Bunga Patani. This study explains the meaning of exile through the perspective of several scholars, and discusses its appearance in Mahroso Doloh's poems through two topics, namely the response of the exiled author, and the experience of the exiled author. The result is the finding of what exile literature is and how exile literature is used by exiled authors to obtain relief or tranquillity, whether in the land they have emigrated to, or their homeland. Keywords: exile, statelessness, outcast, homeland, immigration countryExile ialah istilah tentang buangan dan terasing, yang melibatkan pengarang ataupun karyanya yang dihasilkan dalam keadaan terpinggir sama ada di tempat hijrah yang baharu, ataupun di tanah kelahiran sendiri. Exile boleh berlaku atas kerelaan sendiri, ataupun akibat terpaksa kerana tekanan ekonomi, politik, perundangan ataupun ketenteraan. Lantaran istilah ini mencakupi pengertian yang meluas, maka dikekalkan penggunaannya sebagai exile bagi membincangkan sejumlah puisi yang ditulis oleh Mahroso Doloh dalam kumpulan puisinya Kiblat Cinta - Kumpulan sajak suara bunga Patani. Melalui kajian ini dijelaskan pengertian exile ini melalui pandangan beberapa orang sarjana, dan dibincangkan penampilannya dalam sajak-sajak Mahroso Doloh melalui dua topik, iaitu tindak balas pengarang exile dan pengalaman pengarang exile. Hasilnya ditemukan apa itu yang dikatakan sebagai karya kesusasteraan exile dan bagaimana kesusasteraan exile dimanfaatkan oleh pengarang exile untuk memperoleh kelegaan atau ketenangan, sama ada di tanah hijrahnya ataupun di tempat asalnya. Kata kunci: exile, buangan, terasing, tanah asal, tanah hijra

    Sharenting: Implikasinya dari Perspektif Perundangan Malaysia

    No full text
    Uncontrollable information-sharing may cause some legal issues. The recent trend is that parents are eager to share information regarding their children freely and without restrictions via the Internet. This is known as 'sharenting'. The sharing of such information must be viewed in terms of the security of personal information, confidentiality and privacy. The aim of this article is to take a holistic look at the issue of sharenting by examining the necessity of legal controls. This research is a qualitative socio-legal research that studies the implication of sharenting in the current situation, and the adequacy of existing legal protection. The research reveals that there is a need for this issue to be looked at more seriously and that improvements to existing laws are necessary to provide more comprehensive protection to children. Keywords: sharenting, information-sharing, parental rights, childrens' rights, legal protectionPerkongsian maklumat secara tidak terkawal boleh menimbulkan beberapa masalah perundangan. Tren mutahir yang dikenali sebagai sharenting nunjukkan kesungguhan ibu bapa untuk berkongsi maklumat anak-anak secara bebas tanpa batasan melalui internet. Perkongsian maklumat secara berlebihan di media sosial perlu dilihat dari aspek keselamatan maklumat peribadi, kerahsiaan dan privasi. Artikel ini bertujuan melihat isu sharenting secara lebih holistik dengan mengkaji keperluan undang-undang untuk mengawalnya daripada berleluasa. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara sosioperundangan dengan mengkaji kesan sharenting kepada keadaan semasa dan melihat tahap kawalan undang-undang yang sedia ada. Hasil kajian mendapati bahawa wujud keperluan untuk melihat isu ini secara lebih serius dengan membuat penambahbaikan terhadap undang-undang sedia ada supaya perlindungan yang lebih komprehesif boleh ditawarkan kepada anak-anak. Kata kunci: sharenting, perkongsian maklumat, hak ibu bapa, hak anak-anak, kawalan undang-undan

    Pelamin Masyarakat Iranun di Daerah Kota Belud, Sabah

    No full text
    This article aims to study the material culture or tools used for showcasing the beauty of the bridal dais of the Iranun, an ethnic minority that occupies, particularly, the coastal areas at Kota Belud and several villages in Lahad Datu. The study looks at the beauty of Iranun bridal dais, which symbolizes the social values or authority structure in its social system, from the point of view of material culture. This study was conducted through fieldwork employing the observational method and interviews. The location under study included three villages in the Kota Belud area, comprising Kampung Payas-Payas, Kampung Pantai Emas and Kampung Peladuk. Eight informants were interviewed using the unstructured interview method to document the material culture of the Iranun with respect to bridal dais. The study reveals that artefacts are important in order to maintain social status among the Iranun, while at the same time displaying the uniqueness of this ethnic minority, who continue to practice the culture inherited from their forebears to this very day. Keywords: Iranun, Kota Belud, material culture, bridal dais, social status.Artikel ini bertujuan mengkaji budaya benda atau peralatan yang digunakan untuk menonjolkan nilai keindahan pelamin masyarakat Iranun yang merupakan etnik minoriti yang mendiami kawasan di pesisir pantai khususnya di Kota Belud dan beberapa kampung di Lahad Datu. Penelitian ini melihat hubungan keindahan budaya benda (pelamin) masyarakat Iranun yang mengambarkan nilai sosial atau autoriti dalam struktur sosialnya melalui aspek budaya benda tersebut. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual. Lokasi kajian bertempat di tiga buah kampung di daerah Kota Belud yang terdiri dari Kampung Payas-Payas, Kampung Pantai Emas dan Kampung Peladuk. Seramai lapan orang informan telah ditemu bual dengan menggunakan kaedah soalan tidak berstruktur yang meliputi dokumentasi budaya benda yang terdapat pada pelamin masyarakat Iranun. Kajian menunjukkan bahawa artifak benda penting untuk memelihara status sosial masyarakat Iranun sekali gus mempamerkan keunikan etnik minoriti ini dalam meneruskan kelansungan hidup mereka dengan mengamalkan budaya yang diwarisi sehingga ke hari ini. Kata kunci: Iranun, Kota Belud, budaya benda, pelamin, status sosia

    Ilustrasi Seni Visual Jin dalam Manuskrip Pelaga Lembu

    No full text
    Illustrations of supernatural beings called jinns (genies) have long existed in the manuscripts of the Malay world. One such manuscript is Pelaga Lembu (MS1649) from Kelantan-Patani, which was composed from around the 1860s to the 1920s, and is a single manuscript describing the rites and rituals surrounding the readying of bulls for bullfighting. This manuscript contains text and illustrations of jinns, fulfilling various purposes and roles, that dominate almost every page of the manuscript. The illustrations of jinns were provided by writer-illustrators considered in the olden days to be "experts" in this field, such as shamans, mediums and medicine men, as a means to record-in visual means-the ways of handling fighting bulls. The characteristics and illustrations of jinns are interpreted, and communicated in a symbolic artistic medium through the folk art style. The image shows the variety of influences on the beliefs of the local community, with its tribal and ethnic diversity. The jinn illustrations are visual expressions displaying the belief system that lay at the very basis of the cultural practices in the Malay world some time ago. This proves that these authors were artists of their day, and that the Malay visual arts developed through writing and drawing. Keywords: Illustrations, jinn, Malay manuscripts, artsArtikel ini membincangkan ilustrasi visual makhluk halus, iaitu jin dalam naskhah manuskrip Alam Melayu, Pelaga Lembu (MS1649) dari Kelantan-Patani. Manuskrip ini dikarang sekitar 1860an-1920an, merupakan manuskrip tunggal yang menerangkan perihal adat dan tatacara penyediaan lembu pelaga sempena temasya laga lembu. Kandungan manuskrip mengandungi unsur teks dan ilustrasi jin mendominasi hampir setiap halaman manuskrip dengan pelbagai tujuan dan peranan. Reka bentuk ilustrasi jin yang dipamerkan merupakan aktiviti pengarang-pelukis dalam kalangan "orang pandai" seperti bomoh, dukun dan pawang merekodkan sesuatu peraturan berkaitan pengurusan lembu pelaga melalui bidang seni visual. Sifat dan ciri-ciri ilustrasi jin diterjemah dan berkomunikasi dalam medium seni simbolik melalui gaya kesenian rakyat. Proses pembentukan imej memperlihatkan kepelbagaian pengaruh kepercayaan masyarakat setempat yang telah bercampur baur suku dan etnik. Reka bentuk ilustrasi jin menjadi wahana seni visual mendasari sistem kepercayaan dalam amalan kebudayaan Alam Melayu. Lantas, hal ini membuktikan bahawa pengarang-pelukis ialah seniman pada zamannya dan kesenian visual Alam Melayu berkembang melalui kegiatan tulis dan lukis. Kata kunci: Ilustrasi visual, jin, manuskrip Alam Melayu, kesenia

    Warkah Sultan Ibrahim 1785-1794: Cerminan Politik dan Ekonomi Selangor pada Hujung Abad ke-18

    No full text
    This paper analyzes the content of 47 letters sent by the Sultan of Selangor, Sultan Ibrahim, at the end of the 18th century, which form a part of 'The Light Letters' collection, with the reference number MS 40320. These jawi-written manuscripts are preserved in the Archive and Special Collections of the School of Oriental and African Studies Library at the University of London. The letters from Sultan Ibrahim were retrieved from the collection of "The Light Letters" and reorganized according to the dates listed in these letters, beginning from 1785. These letters largely display the relationship between Sultan Ibrahim and Francis Light. The analysis included the seals of the sultan, content and closing statements. The content of the letters covers politics, the economy, weaponry and the hajj pilgrimage. In summary, these letters are important as a primary reference for studying the history of Selangor at the end of 18th century because of their content that shows the political and economic situations in Selangor, based on the writings by the sultan himself. Keywords: The Light Letters, Selangor, Sultan Ibrahim, Malay SealsArtikel ini menganalisis kandungan 47 pucuk warkah yang dikirimkan oleh Sultan Selangor, iaitu Sultan Ibrahim sekitar penghujung abad ke-18 yang tersimpan dalam koleksi "Surat-surat Francis Light" (the Light Letters) dengan nombor rujukan MS 40320. Kesemua warkah ini merupakan manuskrip bertulisan jawi yang tersimpan di bahagian Arkib Perpustakaan School of Oriental and African Studies, University of London. Warkah Sultan Ibrahim ini telah dikumpulkan daripada koleksi "Surat-surat Francis Light" dan diatur semula susunannya mengikut tarikh yang tercatat pada warkah. Warkah ini sebahagian besarnya memaparkan hubungan antara Sultan Selangor, iaitu Sultan Ibrahim dengan Francis Light. Penganalisisan warkah termasuklah cap mohor, isi kandungan dan penutup warkah. Kandungan warkah menyentuh aspek politik, ekonomi, persenjataan dan urusan menunaikan fardu haji. Warkah ini merupakan rujukan bertulis yang penting bagi sejarah negeri Selangor kerana kandungannya yang memaparkan suasana politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di Selangor pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim berdasarkan sumber daripada baginda sendiri. Kata kunci: Surat-surat Francis Light, Selangor, Sultan Ibrahim, cap moho

    Struktur Tema dalam Teks Saintifik

    No full text
    Scientific texts are rich in unique linguistic features in conveying scientific knowledge, values, and beliefs. One of them is the theme and rheme aspect. Theme plays an important role as a point ofdeparture of a message and each theme selection has its own purpose and is not arbitrarily chosen because what is prioritized will be foregrounded in sentences. The remainder of the message is called rheme, which contains new information to be delivered to readers or listeners. This study is an analysis of the types of theme used in nine research articles from three different disciplines, namely from the pure sciences (ST), social sciences (SS), and humanities (SK). Subsequently, the journal structures were synthesized according to the IMRD model by Swales (1990) and the data were analysed using the Systemic Functional Grammar approach (Halliday & Matthiessen, 2014). The result reveals that the texts of all three disciplines show a preference for marked theme as compared to unmarked Theme. More importantly, this study concluded that the selection of the types of theme is associated with the nature of the discipline and the nature of the rhetorical parts of scientific texts. This research provides a holistic explanation of the thematic structure and a comprehensive understanding of the textual dimension of scientific texts.Teks saintifik kaya dengan pelbagai fitur linguistik yang unik dalam menyampaikan pengetahuan, nilai, dan kepercayaan saintifik. Salah satunya ialah aspek tema dan rema. Tema mendukung perananutama sebagai titik tolak mesej dalam ayat. Setiap pemilihan tema adalah bersebab dan bukan sewenang-wenangnya dipilih, kerana yang dipentingkan akan dikehadapankan dalam ayat. Lebihan mesej, iaitu rema mengandungi maklumat baharu yang hendak disampaikan kepada pembaca atau pendengar. Makalah ini menjalankan analisis tekstual terhadap jenis tema yang digunakan dalam sembilan tekssaintifik berlatarbelakangkan tiga disiplin yang berbeza, iaitu sains tulen (ST), sains sosial (SS), dan (SK). Kemudian, bahagian teks saintifik disintesiskan mengikut model IMRD yang dicadangkan oleh Swales (1990) dan data dianalisis melalui pendekatan Nahu Fungsional Sistemik (Halliday & Matthiessen, 2014). Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga disiplin teks saintifik mengutamakan tema bertanda berbanding tema biasa. Kajian ini menyimpulkan bahawa pemilihan jenis tema berhubung rapat dengan tabii disiplin dan tabii bahagian teks saintifik. Secara tidak langsung, kajian ini memberikanpenjelasan secara holistik terhadap struktur tema dan pemahaman secara komprehensif terhadap dimensi tekstual wacana saintifik

    Tahap Harga Diri Kumpulan Berpendapatan Rendah yang Berhutang dan Peranan Organisasi dalam Sektor Perladangan

    No full text
    High level self-esteem is a very important human need. Many studies have found that one's behaviour are somewhat influenced by their level of self-esteem. According to Maslow's Theory, if this need is not fulfilled, an individual may experience failed identity, unbalanced personality, lack self-confident and quick to quit, and sometimes it may lead to social and criminal problems. Some individual consider money not only as instrument to meet the basic needs but also for the high level needs such as self-esteem. Due to poverty and lack of income, low-income individuals are seen as less successful and reluctant to socialize with others. This group is also often associated with debt to meet their basic needs. However, the current scenario also shows that debt is not only associated with the purpose of purchasing basic needs but also for higher needs such as to increase self-esteem. Previous study found that there is a link between organizational supports towards self-esteem and suggested that organizations need to enhance the rewarding system that is more focuses on individual self-esteem. Hence, this study is conducted to see the level of self-esteem of the B40 Muslim borrower and evaluate the level of organizational support in raising the Muslim B40's self-esteem. Respondents in this study consisted of settlers and general Muslim workers who belong to the category of low-income households residing and working in Felda. The findings show that their level of self-esteem as well as the role of employers is at a moderate level. Implicitly, this study can help Felda management, employers and certain authorities in Malaysia to draw up human development plan to empower their self-esteem. Keyword: self-esteem, debt, low income, organizational supportHarga diri merupakan salah satu keperluan dalam diri manusia. Banyak kajian mendapati tindakan seseorang sedikit sebanyak dipengaruhi tahap harga dirinya. Menurut Teori Maslow (1954) sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, seseorang individu akan mengalami identiti gagal, personaliti tidak seimbang, kurang yakin diri dan cepat putus asa, dan kadang-kadang boleh menjurus kepada masalah social dan jenayah. Segelintir kumpulan menganggap wang bukan sahaja instrumen untuk memenuhi keperluan asas bahkan juga untuk keperluan peringkat tinggi seperti harga diri. Disebabkan faktor kemiskinan dan kekurangan sumber pendapatan, individu yang berpendapatan rendah dilihat sebagai kurang berjaya, malu untuk bersosial dengan orang lain. Kumpulan ini juga sering dikaitkan dengan hutang untuk memenuhi keperluan asas mereka. Namun begitu, senario semasa mendapati hutang tidak lagi dikaitkan dengan tujuan untuk membeli keperluan asas tetapi untuk keperluan yang lebih tinggi seperti berhutang untuk meningkatkan harga diri. Terdapat kajian yang menemui adanya hubungan antara sokongan organisasi terhadap harga diri dan mencadangkan supaya organisasi perlu mengembangkan sistem penghargaan yang berfokus kepada harga diri seseorang. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap harga diri komuniti Muslim B40 yang berhutang menilai tahap sokongan organisasi dalam meningkatkan harga diri Muslim B40 yang berhutang. Responden dalam kajian ini terdiri daripada peneroka dan pekerja am Muslim yang tergolong dalam kategori isi rumah berpendapatan rendah yang bermastautin dan bekerja di Felda. Hasil kajian mendapati tahap harga diri mereka dan peranan majikan adalah pada tahap sederhana. Implikasinya, kajian ini dapat membantu pihak pengurusan Felda, majikan dan pihak tertentu di Malaysia untuk merangka pelan pembangunan insan bagi memperkasakan lagi harga diri mereka. Kata kunci: Harga diri, hutang, berpendapatan rendah, peranan majika

    Analisis Kepercayaan Etnik Kadazandusun Sabah dalam Antologi Tangon

    No full text
    The existence of various ethnic groups in Sabah has not contributed to miscommunication even though there are a lot differences in terms of religion, customs, language and beliefs. The unique way of life as well as the beliefs of the ethnic Kadazandusun prove the strong influence of their ancestral beliefs persists even in the younger generation. This article is aimed at uncovering the beliefs that underlie the cusotmary practuces of the Kadazandusun as reflected in the short story anthology Tangon. The short stories are analysed using the approach of literary anthropology as a means to examine the preservation of the ethnic identity of the Kadazandusun in Sabah through their beliefs and the continued importance of the Bobolian in their society. The findings show that Sabahan writers successfully incorporate and maintain elements of their traditional beliefs to mark their identity as Kadazandusun of Sabah even till this very day. Keywords: Tangon, Sabah, literary anthropology, beliefs, Kadazandusun, Bobolian, supernatural beingsKehadiran kelompok pelbagai etnik di Sabah tidak menghalang hubungan komunikasi walaupun memiliki perbezaan agama, adat resam, bahasa sukuan, dan kepercayaan. Keunikan corak budaya hidup serta pegangan kepercayaan etnik Kadazandusun membuktikan kekuatan pengaruh peninggalan nenek moyang kepada generasi muda pada hari ini. Artikel bertujuan menyingkap unsur kepercayaan yang menjadi amalan etnik Kadazandusun dalam antologi cerpen Tangon. Cerpen dianalisis menggunakan pendekatan antropologi sastera sebagai satu cara meneliti pengekalan jati diri etnik peribumi masyarakat Kadazandusun di Sabah melalui unsur kepercayaan dan pengekalan fungsi bobolian dalam masyarakat tersebut. Hasil kajian mendapati pengarang di Sabah berjaya menerapkan dan mengekalkan unsur kepercayaan sebagai suatu identiti etnik Kadazandusun Sabah hingga hari ini. Kata kunci: Tangon, Sabah, antropologi sastera, kepercayaan, Kadazandusun, bobolian, makhluk ghai

    Penggandaan Separa dalam Dialek Melayu Urak Lawoi

    No full text
    This article discusses the partial reduplication of the Malay dialect of Urak Lawoi' Laem Tukkae (MdULLT) in the province of Phuket, Thailand. The objective of this article is to analyse the process of partial reduplication within the MdULLT. In order to obtain primary data, an interview with five informants above the age of 50 from the area of Laem Tukkae, Phuket was carried out. This data was processed and analysed using the autosegmental theory which is based on Clements model of melodic transfer (1985(a)) and Clement's Representation Level of Syllable Structure (1985(b)). Findings reveal that MdULLT has two types of partial reduplication, which is the root partial reduplication that ends with an open syllable and the root partial reduplication that ends with a closed syllable. Examples of the root partial reduplication ending with open syllables are /bini/ [ni.bi.ni] bebini (women), /rama/ [ma.ra.ma] rerama (butterflies), while the examples for the root partial reduplication ending with closed syllables are /bintaN/ [tak.bi.tak] bebintang (stars) and /rumah/ [mah.ru.mah] rerumah (houses). Based on Clements model of melodic transfer (1985(a)), both types of partial reduplication for the MdULLT are processed using the CVC template. Keyword: process of partial reduplication, open syllables, closed syllables, urak lawoi'Makalah ini membincangkan penggandaan separa dialek Melayu Urak Lawoi' Laem Tukkae (DMULLT) di wilayah Phuket, Thailand. Tujuan makalah ini adalah untuk menganalisis proses penggandaan separa yang berlaku dalam DMULLT. Untuk mendapatkan data primer, temu bual dilakukan terhadap lima orang informan yang berusia lima puluh tahun ke atas dari kawasan Laem Tukkae, wilayah Phuket. Data ini diproses dan dianalisis dengan menggunakan teori autosegmental, iaitu berdasarkan model pemindahan melodi oleh Clements (1985(a)) dan representasi tingkat suku kata oleh Clements (1985(b)). Dapatan kajian menunjukkan DMULLT mempunyai dua bentuk penggandaan separa, iaitu penggandaan separa kata dasar yang diakhiri suku kata terbuka dan penggandaan separa kata dasar yang diakhiri suku kata tertutup. Contoh penggandaan separa kata dasar yang diakhiri suku kata terbuka ialah /bini/ [ni.bi.ni] bebini (perempuan-perempuan), /rama/ [ma.ra.ma] rerama (rama-rama), dan contoh penggandaan separa kata dasar yang diakhiri suku kata tertutup ialah /bintaN/ [tak.bi.tak] bebintang (bintang-bintang) dan /rumah/ [mah.ru.mah] rerumah (rumah-rumah). Berdasarkan model pemindahan melodi oleh Clements (1985(a)), kedua-dua bentuk penggandaan separa DMULLT ini diproses dengan menggunakan acuan (templat) KVK. Kata kunci: penggandaan separa, suku kata terbuka, suku kata tertutup, urak lawoi

    Prinsip dan Konsep Teori Moral Alamiah dalam Novel Sa.b.a!

    No full text
    This paper examines the principles and concepts of nature moral theory in the novel "Sa.b.a!", the works of Haji Abdul Aziz Tuah who is the recipient of the 2015 SEA Write Award for Brunei Darussalam, on its surface structure. The discussion in this paper is to express this novel in conformity with the principles and concepts of nature moral theory, which is meet the situation, events and processes of nature the creation of God. This study shows that the novel of the author's creation has occurred with God's blessing. Author, like other nature elements are capable of forming something that eventually becomes a source of nature as well. In this case the literary work (novel) that combines experience and knowledge into text becomes the source of nature the author's creation. Meanwhile narratives in novel can be likened as a dream that contains a mysterious event but there is experience and knowledge in it. The formation of this novel's text is like natural occurrence of nature that has diversity, balance and harmony. Its existence or creation is not futile but it contains usefulness in accordance with nature occurrence, beneficial and beautiful, as a lesson to human beings. Keywords: nature, creator, dream, object, narrative, surfaceKajian dalam makalah ini menerapkan prinsip dan konsep teori moral alamiah pada struktur permukaan terhadap novel Sa.b.a!. Novel ini karya Haji Abdul Aziz Tuah, penerima SEA Write Award 2015 untuk negara Brunei Darussalam. Perbincangan dalam makalah ini mengungkapkan novel berdasarkan konsep dan prinsip teori moral alamiah. Novel ini didapati menepati keadaan, kejadian dan proses pembentukan alam ciptaan Tuhan. Kajian ini mempelihatkan bahawa novel hasil ciptaan pengarang itu berlaku dengan adanya restu Tuhan. Pengarang sama seperti unsur alam yang lain mampu membentuk sesuatu yang akhirnya menjadi sumber alam juga. Dalam hal ini karya sastera (novel) yang menggabungkan pengalaman dan ilmu pengetahuan menjadikan teks sebagai sumber alam ciptaan pengarang. Sementara itu naratif di dalamnya dapat disamakan dengan mimpi yang mengandungi peristiwa yang misteri bentuknya, namun ada pengalaman dan ilmu di dalamnya. Pembentukan teks novel ini seperti kejadian alam yang mempunyai kepelbagaian, keseimbangan dan keharmonian. Kewujudan atau penciptaannya tidak sia-sia tetapi mengandungi manfaat, sesuai dengan kejadiannya yang berfaedah dan indah sebagai iktibar kepada manusia. Kata kunci: alamiah, pencipta, mimpi, objek, naratif, permukaa

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇