Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Individu Autisme dan Perlakuan Melanggar Undang-undang
Individuals with autism experience complex neuro-developmental disorders in early childhood or neuro-development disturbances, as a result of which they exhibit unusual behaviours that are usually beyond their control. Despite the increasing number of individuals with autism in Malaysia, the general public is still lacking in knowledge regarding behaviours of individuals with autism. The actions of individuals with autism can at times be categorized as criminal or syariah offences. This article aims to discuss the consequence of behaviours of those individuals that result in them breaking laws. The focus of this discussion is also to identify the types of illegal offences committed by teenagers with autism. The methods of data collection are through document analysis and semi-structured interviews with teachers from a non-governmental organization that was established to conduct intervention programmes for autistic individuals. The data gathered was analysed descriptively and presented according to relevant themes. The study found that individuals with autism have their own behaviours which exposes them to committing criminal offences. These behaviours include difficulties to adapt in new places and environments, understanding verbal and non-verbal social interaction, an unusually deep interest in or obsession with certain subjects. These behaviours are found to be capable of influencing them to commit criminal offences such as murder, arson, sexual offences as well as cybercrime.
Keywords: ASD, autism, criminal offences, sexual behaviorIndividu autisme ialah mereka yang mengalami kecelaruan neurologi yang kompleks atau gangguan perkembangan neuro yang menyebabkan mereka mempunyai tingkah laku dan minat yang luar biasa, dan lazimnya sukar dikawal. Bilangan individu autisme semakin meningkat setiap tahun namun, masyarakat umum masih kurang terdedah dengan perilaku individu autisme. Perlakuan tersendiri individu autisme juga didapati sebahagiannya menyebabkan mereka melakukan kesalahan yang dikategorikan sebagai jenayah sivil mahupun syariah. Artikel ini bertujuan membincangkan kesan perilaku individu austime yang mendorong mereka melakukan kesalahan melanggar undang-undang. Fokus perbincangan juga mengenal pasti jenis-jenis pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh remaja autisme. Kaedah pengumpulan data secara analisis kandungan dan temu bual semi struktur bersama guru di sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi menjalankan program intervensi autisme. Data terkumpul kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan kemudiannya dipersembahkan mengikut tema yang bersesuaian. Kajian mendapati bahawa individu autisme mempunyai perilaku tersendiri yang menyebabkan mereka terdedah untuk melakukan kesalahan jenayah. Perlakuan seperti sukar menyesuaikan diri dalam persekitaran dan tempat baharu, sukar memahami interaksi sosial secara verbal dan bukan verbal, dan sikap ingin tahu yang sangat mendalam atau obsesi terhadap sesuatu perkara. Perilaku berkenaan didapati menyebabkan mereka terlibat dengan kesalahan jenayah seperti melakukan pembunuhan, pembakaran, terlibat dengan kesalahan perilaku seksual dan juga kesalahan jenayah siber.
Kata kunci: ASD, autisme, kesalahan jenayah, perilaku seksua
Struktur Seni Bina Melayu "Tangga" dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif
Malay architecture has undergone modifications due to cultural influences and development in its composition. Local architecture is established through natural elements and constructed based on the wisdom of the Malay mind. The relationship between the architecture and the Malay mind is reflected in the proverbs of the Malay community. Accordingly, this study attempts to examine the Malay proverbs pertaining to the architectural structure of the Malay house within the framework of semantic theory. The relevant data were generated from the Pusat Rujukan Persuratan Melayu Data Base at Dewan Bahasa dan Pustaka (http://www.prpm.dbp.gov.my/). A total of 63 proverbs relating to natural objects of house architecture was collected. However, this study only analyzes and describes the material object "stair" because its occurrence is the highest in the data along with its unique function. The analysis is couched in the Great Chain of Being Metaphor and specific Metonymy that stands for the generic for describing cognitive mapping from the concrete source domain to the abstract target domain. Subsequently, the inquisitive semantic approach explains the justifications of selecting the relevant objects, and explicates the reflection of the Malay mind. The findings demonstrate the existence of human characteristics, such as status, realistic attitude, and dignity which are exemplified by the material object "stair". The importance of stairs from various aspects, such as construction, material, components and culture, successfully reflect the Malay mind. This cross-disciplinary study is a successful innovation in the study of linguistics and Malay architecture.
Keywords: inquisitive semantics, architectural structure, material object, Malay proverbsReka bentuk seni bina Melayu banyak memanfaatkan unsur alam dan dibina berdasarkan falsafah pemikiran masyarakat Melayu. Hubungan antara seni bina dengan pemikiran tergambar pada peribahasa yang diungkapkan oleh masyarakat Melayu. Artikel ini meneliti peribahasa Melayu yang berkaitan dengan struktur seni bina rumah Melayu dari sudut ilmu semantik. Data peribahasa dijana daripada laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (http://www.prpm.dbp.gov.my/). Sebanyak 63 peribahasa yang berkaitan dengan pelbagai objek alam benda seni bina berjaya dikumpulkan. Namun, kajian ini hanya menganalisis objek alam benda "tangga" sahaja kerana peratusan kehadirannya paling tinggi dalam peribahasa, di samping fungsinya yang unik. Analisis kajian menerapkan pendekatan Metafora Rantaian Utama Makhluk (RUM) dan Metonimi spesifik yang melambangkan generik bagi menghuraikan pemetaan kognitif daripada domain sumber yang konkrit kepada domain sasaran yang abstrak. Selanjutnya, pendekatan semantik inkuisitif pula menjawab kewajaran pemilihan objek sehingga mencerminkan akal budi Melayu. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya ciri keperibadian manusia yang ditonjolkan melalui objek alam benda "tangga", iaitu darjat, sikap realistik, dan maruah. Kepentingan tangga dari pelbagai aspek, seperti pembinaan, bahan, komponen dan budaya masyarakat berjaya mencerminkan akal budi Melayu. Kajian yang bersifat rentas disiplin ini berjaya memerikan suatu inovasi terhadap kajian linguistik dan seni bina Melayu.
Kata kunci: semantik inkuisitif, struktur seni bina, alam benda, peribahas
Analisis Persepsi Pihak Berkuasa Agama Brunei terhadap Permasalahan Kufu dalam Perkahwinan Masyarakat Melayu Negara Brunei Darussalam
For Muslims, the formation of the family begins with choosing a life partner, based on certain criteria provided in Islam. One of the efforts to prevent marital conflict is to examine the practice of kufu (equivalence) between the future husband and wife before getting married. This article analyses the concept of kufu as practised among in Brunei Darussalam, and its relation with the family institution nowadays. A structured interview was carried out with eight authoritative informants from the Shariah Court and Family Counselling Service Division of the Shariah Affairs Department of Brunei. Using ATLAS.ti, a computer program, a descriptive analysis was made based on the data collected. The study found that the term kufu is not well-known among the people of Brunei and the Muara District. Due to this, they are less aware of the importance of kufu in producing better-quality families.
Keywords: life-partner selection, kufu, family institution, marital conflictPembentukan sebuah keluarga bermula daripada pemilihan pasangan berdasarkan kriteria yang dianjurkan dalam Islam. Antara usaha untuk menghindari daripada berlakunya konflik rumah tangga adalah dengan meneliti konsep kufu yang dipraktikkan oleh calon suami dan isteri sebelum melangsungkan perkahwinan. Artikel ini bertujuan menganalisis konsep kufu dalam perspektif amalan masyarakat di Negara Brunei Darussalam dan hubung kaitnya dengan institusi kekeluargaan pada masa ini. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual berstruktur dengan lapan orang informan daripada mahkamah syariah dan Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah Brunei. Seterusnya, analisis dilakukan secara deskriptif berdasarkan data yang dikumpulkan menggunakan perisian komputer ATLAS.ti. Hasil kajian mendapati masyarakat di daerah Brunei dan Muara tidak terdedah dengan konsep kufu dalam perkahwinan secara menyeluruh. Oleh sebab itu, masyarakat kurang memahami akan kepentingan kufu untuk menjana institusi kekeluargaan yang lebih berkualiti.
Kata kunci: pemilihan pasangan, kufu, institusi kekeluargaan, konflik rumah tangg
Peranan Bahasa Melayu Kolokial dalam Mengimbangi Kesan Bilingualisme di Singapura
The research monitors the use of languages among the Malays in Singapore. It aims to identify the role of languages in their pragmatic use in a bilingual environment. Qualitative data were collected through interviews and analysed based on the language use framework. The data were recorded and transcribed using the phonemic transcription technique. Conversations from the interviews were recorded verbatim using standard orthography. Paralinguistic features were also observed and recorded. The research found that the use of Malay in Singapore is polyglossic and diglossic. It also found that the presence of four types of colloquial Malay helps to stabilize the impact of bilingualism in Singapore. The existence of such language variation helps to bring the Malays closer as a community and helps them to preserve their culture and ethnicity.
Keywords: bilingualism, language use, language accommodation, colloquial language, domain, diglossia, language vitalityKajian ini memantau penggunaan bahasa dalam kalangan penutur Melayu di Singapura dengan tujuan mengenal pasti peranan bahasa-bahasa yang lahir daripada pragmatik berbahasa di Singapura dalam suasana dwibahasa. Data dikumpulkan secara kualitatif melalui temu bual yang dilakukan terhadap 1155 responden belia Melayu. Perbualan dirakamkan dan ditranskripsikan dengan menggunakan pendekatan transkripsi fonemik, iaitu mencatatkan perbualan secara verbatim dengan menggunakan ortografi standard, serta mencatatkan juga ciri-ciri paralinguistik secara berasingan. Data dianalisis dengan menggunakan rangka kerja penggunaan bahasa. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan bahasa Melayu di Singapura umumnya ialah poliglosia dan diglosia. Kajian ini juga mendapati bahawa bilingualisme dapat diimbangi dengan kehadiran empat jenis bahasa kolokial yang membantu mengeratkan hubungan masyarakat Melayu serta memelihara budaya dan citra bangsa.
Kata kunci: bilingualisme, penggunaan bahasa, akomodasi bahasa, bahasa kolokial, domain, diglosia, keberdayaan bahas
Kajian Perbandingan antara Undang-undang Takaful di Malaysia dengan Indonesia
Asean countries have dominated the 30 percent of the global takaful (Islamic insurance) market in 2014. This development has had a major impact on the changes in takaful rules and regulations in Asean countries, especially Malaysia and Indonesia. This change is necessary to ensure that the takaful rules and regulations are always relevant to the development of the global takaful industry, and comply with Islamic law. Thus, this comparative study is aimed at analysing the similarities and differences between takaful rules and regulations through the Islamic Financial Services Act (APKI) of 2013 in Malaysia and Law No. 40 (UU40) of 2014 on Insurance in Indonesia. The findings show that there are similarities and differences in the law due to the different legal frameworks between the two countries. The results of this study are expected to contribute to legal control over takaful operators in Asean countries, especially in Malaysia and Indonesia.
Keywords: Takaful Rules and Regulations, Islamic Financial Services Act (2013), Law No. 40 (2014), Malaysia, IndonesiaNegara-negara Asean telah menguasai 30% pasaran takaful global pada tahun 2014. Perkembangan ini telah memberikan kesan yang besar kepada perubahan peraturan dan undang-undang takaful di negara Asean terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Perubahan ini perlu dilakukan untuk memastikan peraturan dan undang-undang takaful sentiasa sesuai dengan perkembangan industri takaful global dan mematuhi syariat Islam. Kajian perbandingan ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan antara peraturan dan undang-undang takaful melalui Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) tahun 2013 di Malaysia dan Undang-undang No. 40 (UU40) tahun 2014 mengenai Insurans di Indonesia. Dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya persamaan dan perbezaan undang-undang berkenaan yang disebabkan oleh kerangka perundangan yang berbeza di antara kedua-dua negara. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada kawalan perundangan terhadap pengendali takaful di negara-negara Asean terutama di Malaysia dan Indonesia.
Kata kunci: Peraturan dan Undang-undang Takaful, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (2013), Undang-undang No. 40 (2014), Malaysia, Indonesia
Workplace Privacy: The Legal Point of View in Malaysia
The rapid growth of information and communication technology has made it possible for everybody to search information and be more efficient in their work. Another shift taking place as a result of the advancement of surveillance technologies involves the control of personal data. Controlling personal data enables employers to monitor work performance as well as maintaining employee discipline and productivity. The new technology involved includes global positioning systems, video surveillance, smart cards, face recognition and biometrics. The collection of personal data has significant importance with regard to privacy. The Malaysian Federal Constitution does not specifically recognize privacy as a fundamental right, while the Personal Data Protection Act 2010 only protects the handling of personal data in commercial transactions. As such, this article discusses the extent to which protection is available to employees relating to privacy. The doctrinal methodology was employed in conducting this research. Cases from the European Union and the United States of America were used as guides and for comparison with the situation in Malaysia. The findings are that there is no protection of privacy at the workplace provided specifically to protect employees in Malaysia.
Keywords: privacy, workplace privacy, personal data, surveillance, employee rightsPertumbuhan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) menggesa pekerja mencari maklumat dan menjana kecekapan dalam pekerjaan. Perubahan ini berlaku akibat peningkatan kecanggihan teknologi pengawasan yang melibatkan kawalan data peribadi yang membolehkan majikan memantau prestasi pekerja, mengekalkan disiplin dan produktiviti pekerja. Antara teknologi pengawasan yang digunakan termasuklah aplikasi sistem penentududukan sejagat (global positioning system), pengawasan video, kad pintar, pengecaman wajah dan biometrik. Pengumpulan data ini juga amat berkait rapat dengan privasi. Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak mengiktiraf secara khusus privasi sebagai suatu hak asasi dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 hanya melindungi data yang berkaitan dengan transaksi komersial sahaja. Oleh itu, artikel ini membincangkan sejauh manakah perlindungan privasi diberikan kepada pekerja di Malaysia menggunakan kaedah kajian doktrin. Kes Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat dirujuk sebagai panduan dan perbandingan dengan keadaan di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada perlindungan privasi secara khusus diberikan kepada pekerja di Malaysia.
Kata kunci: privasi, privasi tempat kerja, data peribadi, pengawasan, hak pekerj
Bahasa Kiasan dalam Lagu "Mati Hidup Semula": Analisis Semantik Inkuisitif
The lexical selection in song lyrics requires a serious thought from the author because the lyrics should be poetic, while the desired message is to be accurately communicated to the listeners. The purpose of this study is to describe the meaning and the mind of the author through the figurative language used in the song "Mati Hidup Semula". Two implicit expressions have been selected for analysis, namely "Dulu hidup kurasakan mati" [I used to live but felt dead] and "Setelah mati kuhidup semula" [After being dead I am alive again]. This study is a qualitative analysis by applying the inquisitive semantic approach proposed by Nor Hashimah Jalaluddin (2014). The combination of data, theory, philosophy and culture are able to produce meaningful interpretations of the two implicit expressions so as to illustrate the author's mind. The results of the analysis show that "life" and "death" are not only antonymic at a literal level but have a secondary meaning of dualism. The selection of these two expressions was not done arbitrarily but through the serious thinking of the author.
Keywords: figurative language, song lyrics, "Mati hidup Semula", inquisitive semanticsPemilihan leksikal dalam lirik lagu memerlukan pemikiran tajam penulis kerana kepuitisan perlu ada dalam lirik lagu di samping mesej dapat disampaikan dengan tepat kepada pendengar. Kajian ini bertujuan menghuraikan makna dan akal budi penulis melalui bahasa kiasan yang digunakan dalam lagu "Mati Hidup Semula". Dua ungkapan implisit telah dipilih untuk dianalisis, iaitu "Dulu hidup kurasakan mati" dan "Setelah mati kuhidup semula". Kajian ini berbentuk analisis kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif yang diasaskan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Gandingan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna dua ungkapan implisit tersebut sehingga memperlihatkan akal budi penulis. Hasil analisis mendapati hubungan kata "hidup" dengan "mati" bukan sahaja bersifat antonim pada peringkat harfiah tetapi mendukung makna tambahan secara dualisme. Pemilihan kedua-dua ungkapan tersebut tidak dilakukan sewenang-wenang tetapi telah difikirkan dengan teliti oleh penulisnya.
Kata kunci: bahasa kiasan, lirik lagu, mati hidup semula, semantik inkuisiti
Perancangan dalam Novel Mengukir Larut Berdasarkan Pendekatan Pengurusan
This study focuses on a more recent approach in the world of literature in Malaysia known as the Management Approach, which was introduced by Mohamad Mokhtar Hassan in 2013. The novel Mengukir Larut by Amer Hmzah L. Kadir has been selected as the research corpus. The analysis of this study uses the planning principle, which is one of the five principles comprising the Management Approach. This article aims to distinguish and analyse selected events found in Mengukir Larut in order to show the presence of the planning principle. This is a qualitative study using literature review and textual analysis. Based on the detailed observation and analysis towards the occurring events in the selected novel, this study proves a high tendency of the application of the planning principle. The different planning stages such as setting the objective, devising strategies, choosing different alternatives, evaluating various alternatives and choosing one or more ways were the dominant stages in the novel. However, the researcher also found that not all the processes under the planning principle were implemented by the characters in certain events. This study contributes to the world of Malay literature using the Management Approach and proves that the application of literary approaches across different literatures is highly relevant and should be focused upon in future studies.
Keywords: Novel, management approach, planning principle, Mengukir Larut, literary criticismMakalah ini menekuni sebuah pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia, iaitu Pendekatan Pengurusan. Novel Mengukir Larut karya Amer Hmzah L. Kadir telah dipilih sebagai korpus kajian. Analisis kajian ini menggunakan prinsip perancangan, iaitu merupakan satu daripada lima prinsip yang terkandung dalam Pendekatan Pengurusan seperti yang telah diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan pada tahun 2013. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis peristiwa-peristiwa terpilih yang terdapat dalam korpus kajian yang memperlihatkan kehadiran prinsip perancangan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dilaksanakan dengan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Hasil dapatan kajian memperlihatkan kecenderungan yang tinggi bagi menyokong prinsip yang diketengahkan, iaitu prinsip perancangan. Penelitian secara rinci dan analisis terhadap peristiwa yang dilakukan menerusi korpus kajian memperlihatkan penerapan prinsip perancangan. Prinsip perancangan yang diterapkan termasuklah menetapkan objektif, membentuk strategi, pilihan alternatif, penilaian alternatif dan memilih satu atau beberapa cara merupakan peringkat yang dominan dapat dikesan dalam korpus kajian. Pengkaji juga mendapati tidak semua proses dalam prinsip perancangan diaplikasikan oleh watak-watak dalam peristiwa yang terpilih.
Kata kunci: Novel, Pendekatan Pengurusan, Prinsip Perancangan, Mengukir Larut, Kritikan Saster