Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Komik Selendang Siti Rugayah: Suatu Bacaan Hermeneutik Kerohanian

    No full text
    Rejabhad is more popularly known as Malaysia's "king of cartoons". His works stand out because they provide the opportunity for researchers to analyse them from the angles of visual design and text. Scholarly research in the past has tended only to look at the superficial level of comics. However, those of Rejabhad deserve closer analysis to uncover their meaning on both their superficial and deeper levels. This is important in order to completely understand the meaning of these cartoons and the personality of their creator. This study focuses on Rejabhad's Selendang Siti Rugayah [Siti Rugayah's Shawl] (1997). The methodology employed in this research is a qualitative one, involving analysis of the literal aspects of the visual and textual elements to glean the obvious meaning of this work. A spiritual hermeneutics reading or 'takwil method' is applied to obtain the deeper/spiritual meaning of this comic. The findings of this research enable readers to gain a greater understanding about the deeper meanings of the work and the personality of the writer. The spiritual hermeneutic reading is a new way for exploring works and changing opinions concerning the ability and creativity of Malay comic-book writers, especially Rejabhad, whose works were hitherto appreciated and understood solely on a superficial level. Keywords: sequential art, comics, interpretation, hermeneutics, spiritual hermeneutics, deep meaning, personalityRejabhad, dikenali sebagai Raja Kartun Malaysia. Keistimewaan karyanya memberi peluang kepada pengkaji menganalisis dari sudut reka bentuk lukisan (visual) dan penceritaan (tekstual). Kajian para ilmuwan lepas banyak membincangkan komik Melayu pada lapisan luaran sahaja. Komik Melayu, terutamanya karya Rejabhad, wajar diteliti dengan lebih mendalam untuk mencungkil maksudnya pada lapisan luar dan dalam. Hal ini penting bagi memahami maksud karya sepenuhnya dan memahami jati diri pengarangnya. Kajian ini tertumpu pada karya komik terpilih Rejabhad, iaitu Selendang Siti Rugayah (1997). Metodologi yang digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif yang melibatkan kaedah tafsir atau analisis literal aspek visual dan tekstual untuk mendapatkan maksud luaran karya berkenaan. Seterusnya, bacaan hermeneutik kerohanian, atau kaedah takwil digunakan untuk memperoleh maksud dalaman atau kerohanian karya komik Selendang Siti Rugayah. Hasil kajian ini membolehkan khalayak mendapat kefahaman tentang maksud dalaman karya dan jati diri atau keperibadian pengarang dalam pengkaryaan komiknya. Kajian berdasarkan bacaan hermeneutik kerohanian ini merupakan satu penjelajahan baharu yang mengubah pandangan tentang kearifan dan kreativiti seorang seniman komik Melayu, khususnya Rejabhad,yang dahulunya dihayati dan difahami hanya berasaskan bacaan luaran semata-mata.  Kata kunci: Seni bersekuen, komik, tafsir, hermeneutik kerohanian, maksud dalaman, jati dir

    Isu Pertembungan Sosial dalam Novel Ke Hujung Usia Berdasarkan Teori Konflik Fungsional Coser

    No full text
    This research intends to prove social conflict in the novel Ke Hujung Usia (2018) by A. Rahman C.M. based on Lewis A. Coser's Functional Conflict Theory, which places conflict as an indicator of a healthy relationship in the social structure. The conflicts presented between characters in the novel include clashes involving Tuk Aki, Tuan Guru Haji Munir, District Office officials, Rasol (the Political Secretary of the Chief Minister), and Umar, who represents the students at Pondok Haji Hamid, and others. The conflicts between the characters have a positive influence on the integration, consensus and strength of the in-group among the students, and on the position of Tuk Aki himself, as the administrator of the centre of religious education. Based on Coser's theory, conflict is not negative because the clashes of out-group are normal due to the positive impact on the strength of social structure. Thus, Coser rejected the argument that absence of conflict is an indicator of the strength and stability of a relationship. Based on the thought of Coser, the conflict between Tuk Aki and the out-group help to strengthen structural relations, in addition to enhancing the integration of the students who are led by Umar. The social group consensus exists because there is two-way communication in the conflict, and because Tuk Aki plays the role of the safety valve to control the conflict. Key Words: functional conflict, in-group, out-group, indicator, safety valveKajian ini bertujuan memahami bentuk-bentuk konflik sosial dalam novel Ke Hujung Usia (2018) karya A. Rahman C.M. berdasarkan Teori Konflik Fungsional Lewis A. Coser yang meletakkan konflik sebagai indikator suatu hubungan yang sihat dalam pembentukan sesebuah struktur masyarakat. Pertembungan berlaku antara watak-watak dalam novel tersebut seperti Tuk Aki, Tuan Guru Haji Munir, pegawai-pegawai Pejabat Daerah, Rasol (Setiausaha Politik Menteri Besar), Umar yang mewakili para pelajar di Pondok Haji Hamid. Konflik antara watak-watak tersebut memberikan implikasi yang positif kepada integrasi, kesepakatan serta kekuatan kelompok dalam kalangan para pelajar dan kedudukan Tuk Aki sendiri sebagai mudir di pusat pendidikan agama tersebut. Berdasarkan pandangan Coser, konflik tidak bersifat negatif kerana pertembungan kelompok luar merupakan peristiwa normal yang sebenarnya dapat memperkuat struktur sosial. Dengan hal yang demikian, Coser menolak pandangan bahawa ketiadaan konflik sebagai indikator kepada kekuatan dan kestabilan sesuatu hubungan. Berdasarkan pemikiran Coser, konflik Tuk Aki dan kelompok luar telah membantu mengukuhkan hubungan struktural, selain meningkatkan integrasi sesama pelajar yang dipimpin oleh Umar. Tahap kesepakatan kelompok sosial tersebut wujud kerana sesebuah konflik memiliki komunikasi dua hala dan peranan injap keselamatan sebagai medium untuk mengawal konflik yang peranannya dimainkan oleh Tuk Aki. Kata Kunci: konflik fungsional, kelompok dalam, kelompok luar, indikator, injap keselamata

    Kerahsiaan Kemasukan Islam: Isu Undang-Undang Kes Pemelukan Islam Saudara Baru di Malaysia

    No full text
    This article discusses the issue of secret conversion to Islam among muallaf (Muslim converts) in Malaysia. The objective of the research is to analyse the impact of such secrecy on court decisions in cases of conversion to Islam, which create conflict between the Shariah law and civil law. This is a qualitative study using content analysis approach with reference to primary and secondary sources. It also involves a semi-structured interview with several officers involved in this field. The data collected is analyzed through descriptive and thematic approaches. The study finds that the secret conversion to Islam by muallaf causes difficulties to judges in deciding cases, due to the conflict of laws applicable between both parties in the case. Furthermore, such secrecy is the main factor muallaf are able to avoid responsibilities they may have had previously under civil law. In contrast, for those muallaf who announced their conversion to Islam, their cases can be decided quickly according to the particular courts' jurisdictions to the satisfaction of all parties involved in the case. This research concludes making announcement of conversion to Islam mandatory is seen as the best solution in handling the conflict of jurisdiction between the civil and Shariah courts in Malaysia. Keywords: secrecy, conversion to Islam, Malaysian law, muallaf, conflict of lawsMakalah ini membincangkan isu kerahsiaan kemasukan Islam oleh mualaf di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kesan kerahsiaan itu sendiri terhadap keputusan sesuatu kes pemelukan Islam di mahkamah, yang melibatkan konflik antara undang-undang diri mualaf itu sendiri, iaitu undang-undang Syariah dengan undang-undang sivil. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi analisis kandungan yang merujuk sumber primer dan sekunder, serta sedikit temu bual separa struktur dengan seorang pegawai yang terlibat dalam bidang ini. Seterusnya, data yang dikumpul dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa kerahsiaan kemasukan Islam oleh mualaf telah menyebabkan kesukaran kepada hakim dalam memutuskan kes disebabkan konflik undang-undang peribadi antara kedua-dua pihak dalam kes itu. Kerahsiaan ini menjadi faktor utama kepada mualaf untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab lalu dalam undang-undang sivil. Mualaf yang memaklumkan kemasukan Islam, kes mereka dapat diselesaikan dengan lebih cekap mengikut bidang kuasa mahkamah, serta memuaskan hati semua pihak yang terlibat. Kajian ini merumuskan bahawa dengan mewajibkan pemakluman kemasukan Islam dilihat sebagai satu penyelesaian terbaik dalam menangani konflik bidang kuasa antara mahkamah sivil dengan syariah di Malaysia. Kata kunci: kerahsiaan, kemasukan Islam, perundangan Malaysia, mualaf, konflik perundanga

    Sejarah Kewujudan Golongan Kanak-Kanak Jalanan dan Definisi dalam Konteks Perundangan Malaysia

    No full text
    Historically, street children have been the result of rapid technological advances, leading to the migration of people from rural areas to big cities. However, due to several factors that thwart their efforts to improve their lives, street children come into being. To date, the issue of street children has still met a dead end. In addition to the problems they face in terms of economic, social and environmental aspects, the main drawback is the absence of a clear definition of 'street children' as it concerns various categories of children on the streets. The absence of a definitive definition not only hinders data collection and further information concerning this group but makes it challenging to help them. This paper discusses the history of street children, definitions by several authors, terms used to refer to 'street children' in Malaysia, an explanation of the Childrens' Act 2001 (Act 611) and issues that arise therefrom. Keywords: Street children, definition, Child Act 2001 (Act 611), human rights, discriminationMenurut sejarah, kanak-kanak jalanan ialah golongan yang wujud hasildaripada perkembangan teknologi secara pesat, sehingga menyebabkan berlakunya penghijrahan masyarakat dari kawasan pedalaman ke bandar besar. Namun demikian, atas beberapa faktor yang menggagalkan usaha untuk menaik taraf kehidupan mereka, akhirnya wujud golongan kanak-kanak jalanan. Sehingga kini, isu kanak-kanak jalanan masih menemui jalan buntu. Selain masalah yang dihadapi oleh mereka dari aspek ekonomi, sosial dan persekitaran, hal utama yang mengusutkan lagi gejala ini ialah definisi sebenar istilah "kanak-kanak jalanan". Hal ini kerana, kanak-kanak jalanan terdiri daripada pelbagai kategori kumpulan kanakkanak yang berada di lorong-lorong jalan. Ketiadaan definisi muktamad bukan sahaja akan membantutkan pengumpulan data dan informasi lanjut kumpulan ini, malah turut menyukarkan saluran bantuan kepada mereka. Makalah ini membincangkan sejarah kewujudan golongan tersebut, definisi oleh beberapa penulis lain, gelaran bagi kanak-kanak jalanan di Malaysia, huraian daripada Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) serta masalah yang timbul daripadanya. Kata kunci: Kanak-kanak jalanan, definisi, Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), hak asasi, diskriminas

    Hak Penentuan Nasib Sendiri Orang Asal: Kajian Kes Orang Asli di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey

    No full text
    The indigenous peoples had received the most significant development within international law when their rights have been recognized under the United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples in 2007. However, the scope of the right to self-determination is still unresolved. This article aims to analyse the status of self-determination of the Mah Meri, an indigenous group in Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey. This study reveals that the Mah Meri face constraints to practice self-determination. Despite existing legal provisions and an agency dedicated to their welfare, the lackadaisical attitude of this group to improve on their standard of living, has resulted in their current backwardness. Thus, this article proposes that the indigenous peoples, particularly in Kampung Sungai Bumbun should be given the freedom to make decide on their way of life, with the state agency acting as a care taker without interfering into their traditional way of life. Keywords: Indigenous peoples, orang asli, aboriginal peoples, selfdetermination, international lawsKedudukan orang asal pada peringkat antarabangsa kini telah mendapat pengiktirafan di bawah undang-undang dengan lulusnya sebuah Deklarasi khusus untuk mereka, iaitu Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak terhadap Orang asal (Deklarasi 2007) pada 13 September 2007 oleh Perhimpunan Agung PBB. Namun begitu, hak penentuan nasib sendiri atau "self-determination" masih menjadi pertelagahan khususnya bagi negara berkuasa besar. Oleh yang demikian, makalah ini akan meninjau status hak penentuan nasib sendiri secara khusus di sebuah penempatan orang asli, suku kaum Mah Meri di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey. Kajian ini telah mendedahkan bahawa penduduk orang asli di sini mempunyai beberapa kekangan untuk mempraktikkan hak penentuan nasib sendiri ini dengan sempurna. Selain peruntukan undang-undang dan kewujudan agensi kebajikan orang asli ini, sikap penduduk orang asli di kampung itu sendiri yang gagal untuk menggunakan peluang sebaiknya menyebabkan taraf kehidupan mereka masih berada pada tahap yang rendah. Oleh itu, makalah ini mencadangkan agar penduduk orang asli di Kampung Sungai Bumbun ini perlu diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri manakala agensi lain berperanan membantu menaikkan taraf kehidupan mereka tanpa mengganggu cara hidup tradisional mereka. Kata kunci: Orang Asal, orang asli, Hak Penentuan Nasib Sendiri, Undang-undang antarabangs

    Thilagavathy A/P Arunasalam lwn Maxis Mobile Services Sdn. Bhd.

    No full text
    Ulasan kes

    Respons Seniman Malaysia Dekad 1970-an terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan: Satu Analisis Awal Pameran "Towards a Mystical Reality" (1974) dan "Rupa dan Jiwa" (1979)

    No full text
    Art exhibitions play an important role in developing and supporting art activities in Malaysia and are often used as platforms to showcase works of the visual arts to the public. The National Cultural Policy (NCP) (1971) had a profound impact on the development of the visual arts in Malaysia. This policy is the country's official attempt to establish a Malaysian identity, especially in the arts. Indirectly, it also challenged the boundaries of the definition of art in terms of philosophy, sociology, and aesthetics, in the context of exhibition practices. This paper discusses two local art exhibitions-Towardsa Mystical Reality (TMR) (1974) and Rupa dan Jiwa (1979). This paper discusses both exhibitions in the contexts of the NCP, particularly by focusing on the aspect of (Malay) nativism, and through the introduction of new ideas and concepts with an intellectual component. Keywords: Malaysian modern art, visual arts, art exhibitions, National Cultural Policy, Towards a Mystical Reality, Rupa dan JiwaPameran seni memainkan peranan yang penting dalam kegiatan pembangunan dan sokongan seni di Malaysia dan menjadi platform yang kerap digunakan untuk mempamerkan karya seni visual kepada umum. Dalam bidang seni visual, Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK), 1971 memberi pengaruh yang besar kepada pembangunan artistik Malaysia. Dasar yang menekankan nilai kebudayaan nasional menjadi percubaan rasmi negara untuk membentuk identiti Malaysia terutama dalam bidang seni. Secara tidak langsung, turut mencabar batasan pentakrifan seni sama ada dari segi falsafah, sosiologi, dan estetika dalam praktis pameran. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan konteks pameran seni tempatan-- pameran Towards a Mystical Reality (TMR) (1974) dan Rupa dan Jiwa (1979). Penulisan ini membincangkan kedua-dua pameran tersebut dalam konteks DKK, khususnya daripada aspek entiti keperibumian (Melayu) dan pembawaan idea dan konsep pemikiran baharu yang mengandungi unsur intelektual. Kata kunci: Seni moden Malaysia, pameran seni, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Towards a Mystical Reality, Rupa dan Jiw

    Politik dan Ekonomi Terengganu pada Hujung Abad Ke-18: Kajian terhadap Warkah Sultan Mansur Shah I

    No full text
    This article discusses the contents of 17 letters from Sultan Mansur Shah I, the Sultan of Terengganu, are preserved in the library of the School of Oriental and African Studies at the University of London with the reference number SOAS MS 40320. Written in Malay using Arabic script, these were sent between 1785 and 1794. The contents discussthe political history of Terengganu involving foreign relations with the Siamese and the British. The Siamese were a continuous threat to Terengganu, especially after the Siamese conquest of Patani in 1785. Therefore, Terengganu sought to establish diplomatic relations with the British East India Company to protect it from the Siamese invasion. However, the attempt was unsuccessful due to the East India Company's principle of non-involvement in Malay affairs. In terms of economy, Terengganu had trade links with Palembang, which supplied pepper and tin, as well as with ports in Java and Borneo. Terengganu also had trade relations with China and India. The Sultan of Terengganu employed a royal merchant, Saudagar Nasruddin, to manage his trade. British ships were used to carry pilgrims to Mecca through ports in Pulau Pinang and India. The letters also discuss the lineage of Sultan Mansur Shah I, which closely links him to the Johor and Patani sultanates. The entire contents of these letters have helped to provide more detailed information on the politics and economy of the Terengganu sultanate in the late 18th century. Keywords: The Light Letters, Terengganu, Sultan Mansur Shah I, Malay sealsArtikel ini membincangkan tentang kandungan 17 pucuk warkah kiriman Sultan Terengganu, iaitu Sultan Mansur Shah I kepada Francis Light yang tersimpan di perpustakaan School of Oriental and African Studies, University of London dengan nombor rujukan SOAS MS 40320. Warkah bertulisan jawi ini telah dikirim sekitar tahun 1785 hingga tahun 1794. Kandungannya merangkumi politik Terengganu yang melibatkan hubungan luar dengan Siam dan Inggeris. Siam sentiasa mengugut untuk menyerang Terengganu terutamanya selepas Siam menawan Patani pada tahun 1785. Terengganu berusaha menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kompeni Inggeris untuk melindunginya daripada serangan Siam. Namun begitu, usaha tersebut tidak berjaya disebabkan dasar tidak campur tangan Kompeni Inggeris. Dalam aspek ekonomi, Terengganu menjalin hubungan dagang dengan Palembang yang membekalkan lada dan timah dan pelabuhan di Jawa dan Borneo. Terengganu turut mempunyai hubungan dagang antarabangsa dengan China dan India. Perdagangan Sultan Terengganu diuruskan oleh saudagar raja, iaitu Saudagar Nasruddin. Kapal-kapal Inggeris turut digunakan untuk menumpangkan bakal haji ke Mekah melalui pelabuhan di Pulau Pinang dan India. Warkah ini turut menceritakan jalur keturunan Sultan Mansur Shah I yang berkait rapat dengan kesultanan Johor dan Patani. Keseluruhan kandungan warkah ini telah membantu memberikan maklumat yang lebih terperinci terhadap politik dan ekonomi kesultanan Terengganu pada hujung abad ke-18. Kata kunci: Koleksi Surat-surat Francis Light, Terengganu, Sultan Mansur Shah I, cap moho

    Objek dalam Metafora dan Akal Budi Melayu

    No full text
    Idioms, proverbs, similes and pantun all fall under the category of "metaphor" in Malay. Interestingly, the metaphors are not superficial; instead, they are permeated with philosophy, which in turn convey Malay thought. Clearly, these metaphors are composed using specific objects that have a close connection with meaning. Therefore, it is worthwhile to examine this connection and the meaning that is meant to be conveyed. This study focuses on data concerning idioms about mata[eyes] and kuku [fingernails]. References to ulam-ulaman (herbal plants eaten raw) were chosen for analysis of pantun. All of the data was taken from www.malaycivilization.com. The data analysis was performed using inquisitive semantics in an effort to uncover cognitive philosophical and cultural roles to explain why a particular object is selected for a particular metaphor. The actual meaning is revealed through three steps: literal, cognitive and inquisitive. The findings of this study show that the objects mata and kuku, as well as herbal plants, are aptly used to suggest the meaning that they are to convey. Mata signals feelings, kuku concerns closeness and herbal plants are associated with love, as proven by the data selected. The discussionthen extends to other fields, medicine and nutrition, in reference to proverbs and pantun. Clearly, this kind of multidisciplinary study is able to discuss Malay metaphors scientifically and convincingly. Keywords: object, metaphor, pantun, Malay mind, philosophy, cultureSimpulan bahasa, peribahasa, simile dan pantun dimasukkan di bawah kategori metafora Melayu. Menariknya, metafora ini bukan semata-mata harfiah sifatnya, malah sarat dengan falsafah yang dapat membawa kita memahami pemikiran Melayu. Jelasnya, metafora ini terbentuk dengan adanya objek khusus yang mempunyai pertalian yang rapat dengan makna, maka adalah berbaloi untuk dilihat hubungan ini dengan makna yang hendak disampaikan. Kajian ini memfokuskan pada data simpulan bahasa "mata" dan "kuku". Ulam-ulaman dipilih bagi mewakili pantun. Semua data ini diambil daripada www.malaycivilization.com. Data telah dianalisis menggunakan semantik inkuisitif dan diupayakan untuk mencungkil peranan kognitif, falsafah dan budaya bagi menghuraikan mengapa sesuatu objek dipilih dalam metafora tersebut. Ada tiga langkah yang diambil sebelum makna sebenar dicapai, iaitu, makna harfiah, kognitif dan inkuisitif. Dapatan kajian membuktikan bahawa objek "mata", "kuku" dan "ulam-ulaman" membawa makna yang sangat bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan. Objek "mata" berkaitan dengan isyarat perasaan, objek "kuku" berkaitan dengan keakraban dan "ulam-ulaman" dengan kasih sayang dapat dibuktikan melalui data yang dipilih. Huraian ini seterusnya digabungkan dengan ilmu lain seperti perubatan bagi simpulan bahasa dan khasiat pemakanan bagi pantun. Jelasnya, kajian bersifat multidisiplin ini mampu menghuraikan metafora Melayu secara saintifik dan meyakinkan. Kata kunci: Objek, metafora, pantun, akal budi Melayu, falsafah, buday

    Api dalam Sekam: Menelusuri Faktor Pencetus Konflik Perkauman Melayu-Cina Selepas Pendudukan Jepun

    No full text
    This paper examines the factors that sparked tensions between the Malays and the Chinese after the Japanese military rule in Malaya. The Pangkor Treaty of 1874 had changed the British colonial landscape in Malaya. Imperialism and colonialism led to the influx of immigrants in Malaya and the loss of the rights of the Malays in their own homeland. The Japanese military rule gave opportunity to the communists to commit atrocities, especially when legitimising their power. This sowed the seeds of prejudice which then resulted in Malay-Chinese racial conflict in Malaya. The Malays, who had been ill-treated by the colonialists, began to think about the nation's survival. The present research employed a historical approach methodology, colonial records and interviews with local informants to study existing problems. It shows that Malay-Chinese conflict raised nationalistic feelings among the Malays to stand up against their colonizers. Keywords: Pangkor Treaty, imperialism and colonialism, Japan, Malay-Chinese conflict, nationalismArtikel ini meneliti faktor yang mencetuskan ketegangan hubungan antara orang Melayu dengan Cina selepas pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu. Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 mengubah landskap penjajahan British di Tanah Melayu. Imperialisme dan kolonialisme membawa kebanjiran imigran di Tanah Melayu dan kehilangan hak orang Melayu di tanah air sendiri. Pemerintahan tentera Jepun memberikan ruang kepada komunis melakukan kezaliman ketika melegitimasikan kuasa mereka. Prasangka yang berakar umbi diterjemahkan dalam bentuk konflik perkauman Melayu-Cina di Tanah Melayu. Orang Melayu yang dizalimi oleh penjajah mula memikirkan kelangsungan survival bangsa. Kajian menggunakan metodologi pendekatan sejarah, rekod kolonial dan wawancara informer tempatan. Ternyata, konflik perkauman Melayu-Cina membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu untuk menentang penjajah. Kata kunci: Perjanjian Pangkor, imperialisme dan kolonialisme, Jepun, pergaduhan Melayu-Cina, nasionalism

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇