Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    The Meaning of the Concept of Rahmatan lil 'Alamin According to the Federal Constitution

    No full text
    The Federal Constitution has allocated a special place for Islam and Malays without forsaking the interests of other religions and races as the manifestation of the long-agreed Social Contract. Nonetheless, sparks of tension could be seen surfacing after the 14th General Election, allowing sensitive issues especially related to religions and races to materialize. Hence, Rahmatan lil 'Alamin (mercy for all, RLA) was introduced as a means to harmoniously create an inclusive multicultural society. This research identifies the true definition of this concept according to the Federal Constitution through the lens of discussions between Muslim scholars and the constitution itself. The findings were then analysed inductively to encapsulate the definition based on the constitution. A clear understanding and acknowledgement of the special place for Islam in Federal Constitution is key to generate a more harmonious and sensible multi-racial and multi-religious society. The values of RLA should be instilled through making the safeguarding of the place of Islam in Malaysia the focal theme. Keywords: Islam, Rahmatan lil 'Alamin, multiculturality, Federal ConstitutionPerlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan yang istimewa kepada bangsa Melayu dan agama Islam tanpa mengabaikan kepentingan bangsa dan agama lain sebagai manifestasi kontrak sosial yang telah dipersetujui sekian lama. Namun begitu, pasca PRU-14 telah memperlihatkan bibit-bibit ketegangan mulai tumbuh sehingga membawa kepada lahirnya isu-isu sensitif terutamanya berkaitan agama dan kaum. Maka, gagasan Rahmatan lil 'Alamin (RLA) telah diperkenalkan sebagai suatu pendekatan untuk mengharmonikan kemajmukan masyarakat secara inklusif. Kajian bertujuan mengenal pasti makna sebenar konsep ini menurut Perlembagaan Persekutuan menerusi penelitian terhadap perbahasan para sarjana Muslim dan teks perlembagaan itu sendiri. Dapatan seterusnya dianalisis secara induktif, dan merangkumkan pemaknaan sebenar konsep ini yang bersesuaian dengan tafsiran perlembagaan. Pemahaman yang jelas dan penerimaan kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan kunci utama untuk mewujudkan masyarakat berbilang kaum dan agama yang lebih harmoni dan bertanggungjawab. Penerapan nilai Rahmatan lil 'Alamin seharusnya dilaksanakan dengan menjadikan agenda mendaulatkan kedudukan Islam di Malaysia sebagai tema utama gagasan ini. Kata Kunci: Islam, rahmatan lil 'Alamin, kemajmukan, Perlembagaan Persekutua

    Penetapan Standard bagi Industri Nutraseutikal di Malaysia: Melindungi Hak Pengguna

    No full text
    The growing consciousness among consumers of the importance of health has resulted in the mushrooming of various nutraceutical products in the market. This rapid growth has created the opportunity for nutraceuticals manufacturers to take advantage of producing and marketing those products via contract manufacturing. Contract manufacturing allows anyone to own a product with minimum capital without the need to have certain expertise or even adequate knowledge or skills concerning the science behind the nutraceutical products. The issue that arises is the absence of proper regulations that control the production of nutraceutical products. In Malaysia, nutraceuticals can be regulated by different regulatory agencies depending on their classification. This creates a double standard as different agencies have different standard procedures that govern the product. This paper analyses the issue pertaining to the development of nutraceutical products through contract manufacturing, and seeks to propose that there is a real need to have a specific, standard procedure to safeguard and protect consumer interest in the long run. The study was conducted through content analysis of various literatures, as well as focus group discussions with relevant authorities. Keywords: Nutraceuticals, product, contract manufacturing, regulatory bodiesKesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan telah menggalakkan pemasaran produk nutraseutikal di Malaysia. Nutraseutikal didefinisikan sebagai produk berasaskan makanan yang diyakini mampu memberikan kesan positif kepada kesihatan pengguna dengan cara melindungi serta merawat pengguna daripada penyakit. Oleh sebab permintaan terhadap produk ini semakin meningkat, ramai pengeluar produk mengambil peluang mengeluarkan produk nutraseutikal melalui pengilangan secara kontrak. Perkhidmatan pengilangan kontrak ini ditawarkan oleh syarikat yang mempunyai status Amalan Perkilangan Baik (AMP) kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengeluarkan produk menggunakan jenama sendiri. Pengilangan kontrak membolehkan sesiapa sahaja berupaya memiliki produk dengan modal minimum tanpa memerlukan kepakaran atau kemahiran tertentu dalam penghasilan sesuatu produk. Hal ini menyebabkan terdapat lambakan produk nutraseutikal di pasaran. Tambahan pula sistem undang-undang di Malaysia masih lagi belum jelas dalam pengawalseliaan produk nutraseutikal. Produk nutraseutikal dikawal selia oleh agensi yang berbeza mengikut kategori sama ada makanan atau farmaseutikal. Agensi yang berbeza mempunyai prosedur atau standard yang berbeza dalam pengurusan produk. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu berkaitan dengan pembangunan produk nutraseutikal melalui pengilangan kontrak dan mendapati bahawa terdapat keperluan yang sangat tinggi untuk menetapkan satu standard piawaian dalam penghasilan produk nutraseutikal bagi tujuan melindungi kepentingan pengguna untuk jangka masa panjang. Kajian ini dijalankan melalui kaedah analisis kandungan menggunakan pelbagai sumber kepustakaan dan juga perbincangan dan temu bual berkumpulan yang telah diadakan dengan pihak-pihak yang berkaitan. Kata kunci: Nutraseutikal, Pengilangan Kontrak, Badan-badan Kawal Seli

    Bekalan Air Domestik Negeri Kedah dalam Rancangan Malaya Kedua 1960-1965

    No full text
    This paper highlights the role of the Kedah Government in managing water supply facilities in the Second Malaya Plan from 1960 to 1965. The year 1960 was choosen due to the planning and implementation of water supply projects throughout the state of Kedah, while 1965 was chosen following the end of the Second Malaya Plan which aimed to improve the standard of living of Malaysians. This research used some materials and sources from the National Archives of Malaysia, the National Archives of Kedah/Perlis Branch, Wisma Darul Aman, Kedah Public Library and University Malaya Main Library. The findings of the study show that the Kedah Government successfully developed water supply facilities in the state of Kedah within the stated period, which set the momentum for the implementation of the water supply projects thereafter. Keywords: water supply, domestic, Kedah, development, Second Malaya PlanMakalah ini menonjolkan peranan Kerajaan Kedah dalam membangunkan kemudahan bekalan air negeri Kedah dalam Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1960 sehingga tahun 1965. Tahun 1960 dipilih ekoran perancangan dan pelaksanaan projek bekalan air di seluruh negeri Kedah, manakala tahun 1965 dipilih ekoran berakhirnya Rancangan Malaya Kedua pada tahun berkenaan yang bermatlamat meningkatkan taraf hidup penduduk di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan bahan dan sumber dari Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis, Wisma Darul Aman, Perpustakaan Awam Kedah dan Perpustakaan Awam Universiti Malaya. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa Kerajaan Kedah dilihat berjaya membangunkan kemudahan bekalan air di negeri Kedah dalam tempoh yang dinyatakan dan menjadi momentum kepada pelaksanaan projek bekalan air selepas itu. Kata kunci: Kedah, bekalan air, domestik, pembangunan, Rancangan Malaya Kedu

    Terjemahan Aforisme dalam Karya Tuan Gatsby

    No full text
    The novel The Great Gatsby (1925) remains one of the most sought-after classic novels among avid readers to date, whose popularity opened the door for the production of a Malay translation, titled Tuan Gatsby (1988). This masterpiece is made up of diverse literary devices and poetic language which demonstrate the original author's creativity. Among the literary devices present in this well-known work are aphorisms. This term refers to the expressions of differences and similarities in a message, such as idioms, simile, and satire. Aphorisms, however, are rhetorical devices that are rarely discussed by scholars in Malaysia. For this reason, this study was conducted to focus on the translation of aphorisms by comparing the original and translated text. The objectives of this study include identifying the types of aphorisms found in the original work and subsequently assessing the translation of aphorisms in the target text. Besides this, the present study also evaluates the translation approach used by the translator. Based on the analysis conducted, there are six particular types of aphorisms found in the source text which are: aphorisms that hint at a character, confessional aphorisms, metaphorical aphorisms, aphorisms that tease a commonplace, aphorisms that tease out cultural assumptions and aphorisms that hint at questions, as mentioned in Angel-Lara's research (2015). The findings also show that the translation of aphorisms in the target text successfully convey the aesthetic value of the source text. This is due to the fact that dynamic equivalence, as introduced by Nida (1964), was used as the main approach in the translation of the text under study. Keywords: translation of creative writing, aphorisms, rhetorical style, literary devices, dynamic equivalenceKarya kreatif bergenre sastera, iaitu The Great Gatsby (1925) merupakan antara novel klasik yang masih mendapat tempat di hati golongan penggemar novel sehingga sekarang. Populariti karya ini secara langsung telah memberikan peluang kepada penghasilan karya terjemahannya kepada bahasa Melayu yang bertajuk Tuan Gatsby (1988). Gaya penulisan dan lenggok bahasa yang dipamerkan dalam karya asal menyerlahkan kreativiti pengarang asalnya. antara gaya penulisan yang istimewa hadir dalam karya masyhur ini ialah unsur “aforisme”, iaitu unsur penulisan yang merujuk penggunaan bahasa perlambangan yang menunjukkan makna persamaan dan perbezaan dalam mesej, seperti simpulan bahasa, perumpamaan dan satira. oleh hal yang demikian, menerusi analisis perbandingan teks sumber dan teks sasaran, fokus pemerhatian dibuat terhadap terjemahan aforisme dalam penulisan ini. objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis aforisme yang hadir dalam karya asli, diikuti dengan penelitian terhadap terjemahan aforisme yang dihasilkan dalam karya terjemahan. Penelitian terhadap pendekatan terjemahan dan prosedur terjemahan yang dimanfaatkan oleh penterjemah juga dilakukan. dapatan analisis menunjukkan terdapat enam jenis aforisme khusus yang ditemui dalam karya asal, iaitu aforisme berbentuk bayangan perwatakan watak, aforisme berbentuk pengakuan, aforisme berbentuk metafora, aforisme berbentuk usikan stereotaip, aforisme berbentuk usikan andaian budaya dan aforisme berbentuk klu jawapan seperti yang dikemukakan dalam kajian angel-lara (2015). dapatan kajian menunjukkan bahawa terjemahan aforisme dalam karya Tuan Gatsby (1988) dilihat berjaya mengekalkan nilai estetikanya menerusi penggunaan pendekatan dinamik yang dikemukakan oleh nida (1964) sebagai pendekatan terjemahan utama. Kata kunci : Penterjemahan teks kreatif, unsur aforisme, gaya retorik, gaya bahasa, pendekatan dinami

    Motif Kelahiran, Inisiasi dan Kematian dalam Naratif Rakyat Dusun Tambunan di Sabah

    No full text
    Rich in culture as reflected in their material culture, the Dusun ethnic group of Sabah (previously known as North Borneo) possess a wealth of folktales in the form of oral narratives that are rapidly fading along with the storytellers themselves. This research project has been initiated to reverse this threat towards the non-material folk culture by collecting and analyzing the folk narratives, popularly referred to as tangon among the Dusun ethnic group in the district of Tambunan, Sabah. This paper also hopes to demonstrate a method of interpretation that takes into consideration the social and cultural background of the respondents (storytellers) and the influences that affect the narrated tales. The method involved the collection of 20 tangon from 13 storytellers who are Dusun ethnic informants residing in Kampung Sunsuron, Tambunan. The analysis demonstrates an attempt to understand the Dusun ethnic group's perspective on the cycle of life, especially the elements of birth, initiation and death that are contained in their folk narratives. It is the objective of this paper to encourage a method of interpretation and collection that emphasizes on the storytellers' social and cultural background and the integral part played by them in the creation of their folk narratives. Keywords: Tambunan Dusun, tangon, life cycle, birth, initiation, deathOrang Dusun di Sabah, Malaysia bukan sahaja kaya dengan budaya kebendaan malah kaya dengan bahan folklor dalam bentuk naratif yang semakin hari semakin berkurangan bersama-sama dengan penceritanya. Kajian ini dimulakan dengan tujuan mengatasi ancaman kehilangan budaya rakyat bukan kebendaan dengan mengumpul dan menganalisis naratif rakyat, yang dikenali sebagai tangon dalam kalangan etnik Dusun di Daerah Tambunan, Sabah. Tulisan ini turut bertujuan menunjukkan satu kaedah interpretasi, yang mementingkan latar belakang sosial budaya responden dan pengaruh yang mendatangkan kesan terhadap cerita yang disampaikan. Kaedah interpretasi ini akan diaplikasikan terhadap dua puluh buah tangon, yang dikumpulkan daripada tiga belas orang pencerita etnik Dusun yang tinggal di Kampung Sunsuron, Tambunan. Analisis yang dilakukan menunjukkan satu percubaan untuk memahami Dusun Tambunan perspektif terhadap putaran hidup, khususnya unsur kelahiran, inisiasi dan kematian, yang terkandung dalam naratif rakyat mereka. Kata kunci: Dusun Tambunan, tangon, kitaran hidup, kelahiran, inisiasi, kematia

    Timbang Tara dan Pengantaraan: Penyelesaian Pertikaian Alternatif untuk Permasalahan Kewangan Islam di Malaysia

    No full text
    Islamic finance is a financial system that operates according to Islamic principles. Some of the features found in the Islamic banking system are similar to those of the conventional banking system from the aspect of capital markets, fund managers, investment companies, and insurance companies. However, if there is a dispute related to Islamic finance, the parties involved will be referred to the courts. Nevertheless, the legal position in Malaysia indicates that any dispute arising in connection with Islamic financial transactions will be the jurisdiction of the civil courts and not the syariah court. Progress through the courts usually takes a long time and at high cost. Therefore, this study will identify alternative dispute resolution mechanisms for parties to resolve disputes without going to court. The method of alternative dispute resolution is seen as a solution that emphasizes the reduction of cost, time and expense to achieve progress in the field of Islamic finance. The study also provides brief information about some of the alternative dispute resolution methods (arbitration and mediation) in terms of features and their importance in resolving disputes relating to the Islamic financial system in Malaysia. Keywords: Islamic finance, alternative dispute resolution, arbitration and mediationKewangan Islam merupakan sistem kewangan yang beroperasi mengikut prinsip syariah. Ciri-ciri yang terdapat dalam sistem perbankan Islam menyerupai sistem perbankan konvensional, iaitu dari aspek pasaran modal, pengurus dana, syarikat pelaburan, dan syarikat insurans. Lantaran itu, sekiranya terdapat pertikaian yang berkaitan dengan kewangan Islam berlaku, pihak-pihak yang terlibat akan merujuk mahkamah untuk memperoleh penyelesaian. Namun begitu, kedudukan undang-undang di Malaysia menunjukkan bahawa apa-apa pertikaian yang timbul berkaitan dengan urus niaga kewangan Islam akan menjadi bidang kuasa mahkamah sivil dan bukannya dalam bidang kuasa mahkamah syariah. Proses penyelesaian melalui mahkamah selalunya akan mengambil masa yang lama dan memerlukan kos yang tinggi. Oleh hal yang sedemikian, kajian ini akan mengenal pasti mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif (PPA) bagi pihak-pihak untuk menyelesaikan pertikaian mereka tanpa perlu pergi ke mahkamah. Penyelesaian pertikaian alternatif dilihat sebagai kaedah yang menekankan aspek pengurangan kos, masa dan perbelanjaan bagi mencapai penyelesaian dalam bidang kewangan Islam. Kajian ini turut menyediakan maklumat secara ringkas mengenai penyelesaian pertikaian alternatif, iaitu timbang tara dan pengantaraan, dari segi ciri-ciri dan kepentingannya dalam penyelesaian pertikaian berkaitan dengan sistem kewangan Islam di Malaysia. Kata kunci: Kewangan Islam, penyelesaian pertikaian alternatif, timbang tara, pengantaraa

    Tanah Adat Masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan: Kajian Kes di Langkap, Kuala Pilah, Parit Gong Jelebu dan Bukit Kepong, Port Dickson

    No full text
    Securing tenure rights to land is recognized as an indicator to achieve the sustainable development goals as outlined in Agenda 2030. Land is an essential foundation for vulnerable indigenous peoples to maintain their livelihood and identity. By providing a case study of the Orang Asli Temuan in Negeri Sembilan on the customs, practices, use and traditions relating to land, drawn on the framework of common law jurisprudence on indigenous peoples' customary land, this paper illustrates the significance of land and its security for the communities. In particular, by using case study, this paper investigates the customary land of the Orang Asli in selected villages: Langkap in Kuala Pilah, Parit Gong in Jelebu and Bukit Kepong in Pasir Panjang. It is found that the Temuan Orang Asli regard the land and territory that they live in as belonging to their own community, and its maintenance based on Adat Perpatih is vital for the community and future generations. Within this territory, there are areas surrounding the settlement and agricultural areas that they regard as foraging areas which function as a buffer zone for community members. It is evident that the Orang Asli communities have their own "legal system" based on their customs and community system. The research findings are important to provide knowledge and understanding of the communities and their practices, which may pave the way towards changes in laws and policies to better protect these peoples, consistent with sustainable development goals. Keywords: Orang asli, Temuan, customary land, adat perpatih, Sustainable Development Goals (SDGs)Hak terhadap pegangan tanah yang selamat diterima sebagai salah satu petunjuk pembangunan lestari seperti yang dinyatakan dalam Agenda 2030 Matlamat Pembangunan Lestari. Bagi masyarakat minoriti orang asal khususnya, hak pegangan tanah yang selamat merupakan perkara asas bagi mengekalkan jati diri dan kehidupan mereka. Artikel ini menghuraikan hasil kajian kes tanah adat masyarakat orang asli di Negeri Sembilan, iaitu di Langkap, Kuala Pilah, Parit Gong di Jelebu dan Bukit Kepong di Port Dickson. Kajian ini berasaskan kerangka prinsip common law sebagai asas pengiktirafan tanah adat masyarakat asal di negara ini. Kajian kes menunjukkan bahawa masyarakat orang asli Temuan melihat tanah dan kawasan yang mereka tinggal, bertani dan sebagainya sebagai satu "kawasan" ataupun "wilayah" yang dimiliki oleh komuniti mereka yang dipelihara berasaskan adat perpatih bagi kesejahteraan komuniti pada masa ini serta generasi yang akan datang. Di dalam wilayah tersebut, terdapat kawasan di sekitar penempatan dan pertanian yang penting sebagai kawasan rayau yang berfungsi sebagai zon penyangga (buffer zone) kepada ahli yang memerlukan. Masyarakat orang asli mempunyai "sistem perundangan" mereka sendiri yang diatur oleh adat dan sistem komuniti yang tersusun dengan konsep wilayah tersendiri. Hasil kajian ini penting bagi memberikan pengetahuan dan kefahaman masyarakat di negara ini terhadap komuniti orang asli serta amalan mereka yang mungkin mampu membuka jalan ke arah perubahan dasar dan undang-undang yang memberikan perlindungan yang lebih baik kepada mereka selaras dengan matlamat pembangunan lestari. Kata kunci: Orang asli, Temuan, tanah adat, adat perpatih, matlamat pembangunan lestari (SDGs

    Ulasan Perundangan: Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737)

    No full text

    Perenungan Diri dari Sisi Pendekatan Seni dalam 77 Tuju: Siri Ingatan kepada Kawan Karya Zaen Kasturi

    No full text
    This paper examines a collection of poems titled 77 Tuju: Siri Ingatan kepada Kawan [77 Aims: Reminders for Friends Series](2015) by Zaen Kasturi. This discussion underscores Zaen Kasturi's tendency to advocate for introspection by asking questions about friendship. Zaen Kasturi's introspection is studied using a theoretical viewpoint called Pengkaedahan Melayu [Malay Methodology], introduced by Hashim Awang. Malay Methodology also discusses an approach known as pendekatan seni (arts approach). This approach is deemed suitable for examining the strengths of Zaen Kasturi's art as evident through the diction and metaphorical expression in his work. Zaen Kasturi's careful selection of words in crafting his poems creates an aesthetic effect and a "colouring of language" that clearly identifies Zaen Kasturias an accomplished poet. The high quality and style of Zaen Kasturi's metaphorical language and his ingenuity in creating new expressions and fresh, original idioms are unique attractions to draw attention to the issue of introspection. Diction and metaphor are not merely stylistic ornamentation but are intended to strengthen the link between vocabulary and implicit meaning. This group of poems does not disregard the importance of art in the sharing of meaning, especially of content with introspective value. Keywords: Malay methodology, arts approach, Zaen Kasturi, poem, diction, metaphor, implicit meaningArtikel ini meneliti kumpulan puisi 77 Tuju: Siri Ingatan kepada Kawan (2015) oleh Zaen Kasturi. Perbincangan ini merungkai kecenderungan Zaen Kasturi yang menganjurkan perihal perenungan diri dengan mengajukan pertanyaan dan persoalan tentang persahabatan. Sisi introspeksi atau muhasabah diri Zaen Kasturi diteliti menerusi sudut pandang teori Pengkaedahan Melayu, diasaskan oleh Hashim Awang. Di bawah Pengkaedahan Melayu, terdapat turut dibahaskan tentang Pendekatan Seni. Ia bertepatan untuk meneliti kekuatan seni Zaen Kasturi yang jelas terlihat melalui aspek diksi dan gaya bahasa metafora dalam karyanya. Pemilihan kata-kata yang cermat oleh Zaen Kasturi dalam menukangi puisi menimbulkan kesan estetika dan "warna bahasa" begitu jelas menandakan identiti Zaen Kasturi sebagai penyair mapan. Mutu gaya bahasa metafora Zaen Kasturi yang tinggi malah kepintarannya mencipta pengucapan kalimat baharu serta kiasan asli dan segar menjadi tarikan unik dalam mengetengahkan soal introspeksi. Diksi dan metafora tidak sekadar perhiasan bahasa Zaen Kasturi tetapi bertujuan mengukuhkan rantai hubungan antara kosa kata dan sirat maksud yang ingin disampaikan. Kumpulan puisi ini tidak mengecualikan kepentingan seni dalam berbahagi makna, khasnya isi yang bernilai introspektif. Kata Kunci: Pengkaedahan Melayu, Pendekatan Seni, Zaen Kasturi, puisi, kosa kata, sirat makn

    Jugun Ianfu in Literary Works: A Femicide Reading

    No full text
    Bidang Ilmu Kesusasteraan menawarkan pelbagai kerencaman tentang kehidupan sama ada terpancar secara tersurat mahupun tersirat. Fenomena kehidupan manusia menerusi karya kesusasteraan tidak terbatas waktu dan tempat. Menerusi makalah ini, satu perbincangan cuba mengimbau kembali golongan wanita yang menjadi mangsa jenayah perang ketika meletusnya perang dunia kedua dan kesannya hingga kini terasa. Golongan ini teraniaya kerana mereka perempuan, menjadi hamba seks kepada tentera lelaki tanpa rela, diperkosa, diseksa bahkan dibunuh. Tumpuan perbincangan memfokuskan kepada genre novel antaranya Perempuan Remaja dalam Cengkeraman Militer (2001) karya Pramoedya Ananta Toer dan Cantik Itu Luka (2004) karya Eka Kurniawan. Analisis kajian akan menggunakan bacaan femicide yang dipelopori oleh Russell. Kaedah ini juga akan memperlihatkan bagaimana "the killing of females by males because there are females" merupakan eksploitasi seksual terhadap wanita yang disebut sebagai jugun ianfu atau comfort women. Hakikatnya, golongan ini adalah wanita dan gadis remaja yang dipaksa menjadi hamba seks. Situasi ini telah meninggalkan kesan jenayah perang yang penuh tragis dan karya sastera telah berjaya memaparkan peristiwa ini sebagai satu dokumen sejarah dan budaya untuk tatapan dan tindakan generasi yang akan datang. Kata kunci: femicide, jenayah perang, jugun ianfu, seksualiti, sasteraThe field of Literature presents life stories, either explicitly or implicitly. Human life is depicted in literary works unconstrained by time and place. This paper attempts to recollect how women became victims of war crimes during the outbreak of the Second World War, whose impact is felt until now. They were victimized solely because they were women, forced to become sex slaves, raped, tortured and even murdered. The discussion focuses on novels, namely Perawan Remaja dalam Cengkeraman Militer [Virgin Girls in the Grip of the Military] (2001) by Pramoedya Ananta Toer and Cantik Itu Luka [Beauty is a Wound] (2004) by Eka Kurniawan. The analysis of the study will use the femicide reading pioneered by Russell. This method will show the "killing of females by males because they are females" through the sexual exploitation of women as jugun ianfu or "comfort women". The fact is, these were women and girls who were forced to become sex slaves. This very tragic war crime has left a deep mark, and literary works that successfully portray itare historical and cultural documents for future generations to ponder and react to. Keywords: Femicide, war crimes, jugun ianfu, sexuality, literature

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇