Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Kelangsungan Makyung di Kelantan: Cabaran di Bawah Pentadbiran Negeri

    No full text
    Makyung is one of the many traditional performances from the Malaysian region that has shaped the Malay national cultural identity. It has been recognized as one of the Masterpieces of the Oral and Intangibles of Humanity in 2001 as well as part of intangible cultural heritage having significant cultural values propounded by the UNESCO International Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage of 2003 (ICH Convention). However, the State of Kelantan had enacted the Entertainment Control and Places of Entertainment Enactment (1998) (KECE 1998) that clearly prohibits any entertainment containing prohibited elements according to Islamic principles. Currently, the performance of makyung was allowed with certain modifications but recently, there is an intention by the state government of Kelantan to prohibit Makyung totally. It is to be noted that there are overlapping powers between the Federal and the State jurisdictions with regard to the safeguarding of makyung. At federal level, the National Heritage Act 2005 (the NHA) is the existing law in Malaysia for the safeguarding of intangible cultural heritage inspired by the establishment of the ICH Convention. However, the NHA is a general law that is inadequate at giving comprehensive protection to makyung since heritage matter falls under the Concurrent List of the Ninth Schedule of the Federal Constitution where the State also has the legislative power to make law with regard to the same. In order to address this conflict, there is a need to examine the provisions in the Federal Constitutions, the NHA, KECE 1998 and evaluate to what extent these laws safeguard the performance of makyung. This study examines the conflicts in powers between both Federal and the State Legislations which powers are guaranteed by the Constitution. This study uses the qualitative research method, where a doctrinal research is conducted. This paper contends that, both powers must come to a compromise and meet halfway for the preservation of the heritage. Keywords: Makyung, federal, state, intangible cultural heritage, lawMakyung merupakan salah satu persembahan tradisional yang telah memperkenalkan identiti kebudayaan kebangsaan Melayu Malaysia di persada antarabangsa. Makyung diiktiraf sebagai salah satu karya lisan kemanusiaan pada tahun 2001 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kerana persembahan ini mempunyai nilai budaya yang signifikan oleh Konvensyen Antarabangsa Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO (Konvensyen 2003 UNESCO). Walau bagaimanapun, undang-undang Negeri Kelantan telah dengan jelas melarang mana-mana hiburan yang mengandungi unsur terlarang mengikut prinsip Islam bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan (1998). Kini, persembahan makyung dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu walaupun wujudnya hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk melarang makyung sepenuhnya. Artikel ini memberikan tumpuan terhadap kuasa bertindih antara Kerajaan Persekutuan dan bidang kuasa Kerajaan Negeri berkenaan dengan pemuliharaan makyung di Negeri Kelantan. Pada peringkat Persekutuan, Akta Warisan Kebangsaan 2005 (NHA) sebagai undang-undang sedia ada melindungi warisan kebudayaan tidak ketara yang diilhamkan oleh Konvesyen Antarabangsa Warisan Tidak Ketara UNESCO. Walau bagaimanapun, NHA sebagai undang-undang am tidak mencukupi untuk memberi perlindungan komprehensif kepada makyung sejak perkara warisan jatuh di bawah senarai bersama Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, iaitu Negeri juga mempunyai kuasa perundangan untuk membuat undang-undang yang berkaitan dengan perkara ini. Dalam usaha untuk menangani konflik ini, terdapat keperluan untuk menyemak peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Warisan Kebangsaan 2005, Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 1998 dan menilai sejauh mana sistem perundangan di Malaysia mampu memelihara seterusnya memulihara makyung sebagai sebuah seni budaya warisan Kebangsaan. Kajian ini mengkaji konflik kuasa antara daripada sistem persekutuan negara dan bidang kuasa negeri yang kuasanya dijamin oleh Perlembagaan. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu  kajian semula kepustakawanan dijalankan. Artikel ini menegaskan bahawa kedua-dua kuasa perlukan pengharmonian untuk pemeliharaan Warisan. Kata kunci: Makyung, Persekutuan, Negeri, warisan kebudayaan tidak ketara, undang-undan

    Perintah Kawalan Pergerakan dan Akta-akta Berkaitan

    No full text

    Bukti Saintifik dan Penerimaannya di Mahkamah Syariah: Analisis Perundangan bagi Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah

    No full text
    Presenting scientific evidence in court is significant to prove and convict a case, as well as to exonerate innocent people. Acceptance of scientific evidence has been practiced in the civil courts as early as the 1950s and is widely adopted today. However, the scenario is different in the syariah courts, where scientific evidence is rarely used. In fact, Syariah Court Evidence law contains provisions pertaining to scientific evidence that are in pari materia to the Evidence Act 1950. Therefore, this paper aims to examine the provisions in Syariah Court Evidence law regarding scientificevidence and its acceptance in the Syariah Court. This qualitative study uses documentary research methods in collecting primary and secondary e content analysis method by adopting inductive reasoning. The results of the study show that scientific evidence can be presented by forensic experts. The hukum syarak (sharia law) accepts scientific evidence as one of the means of proving or disproving. In addition, the syariah court's Evidence Law also paves the way for the acceptance of scientific evidence through provisions concerning public documents and expert opinions. There are also legal procedures regarding scientific evidence. In conclusion, sharia law has accepted forensic science for over a thousand years before it was introduced using more scientific and modern names, terms, and concepts. This study focuses on the evidence law, as well as clarifying the opinions of experts that have not yet been examined in previous studies. This study also provides a thorough understanding of the concept of forensic science in the context of the evidence law of the syariah courts. Keywords: Fiqh forensics, forensic science, evidence law, syariah courts, scientific evidencePenggunaan bukti saintifik di mahkamah dapat mensabitkan seseorang dengan sesuatu kes, dan membebaskan orang yang tidak bersalah. Penerimaan bukti saintifik telah diamalkan di mahkamah sivil sejak tahun 1950-an dan diguna pakai secara meluas sehingga hari ini. Sungguhpun demikian, senario berbeza berlaku di mahkamah syariah, bukti saintifik amat jarang digunakan. Pada hakikatnya, undangundang Keterangan Mahkamah Syariah mempunyai peruntukan yang hampir sama dengan Akta Keterangan 1950 berkaitan pembuktian saintifik. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengkaji peruntukan dalam undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah berkaitan bukti saintifik dan penerimaannya di mahkamah syariah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah penyelidikan dokumentari dalam pengumpulan data primer dan sekunder. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dengan pendekatan penalaran induktif. Hasil kajian menunjukkan pembuktian saintifik boleh dilakukan oleh ahli forensik. Hukum Syarak menerima dan mengamalkan pembuktian saintifik sebagai salah satu kaedah bagi mensabitkan atau menafikan sesuatu dakwaan. Selain itu, undang-undang keterangan mahkamah syariah juga membuka laluan dan ruang untuk menerima pakai kaedah pembuktian saintifik melalui peruntukan berkaitan keterangan dokumen awam dan pendapat pakar. Terdapat prosedur perundangan yang telah disediakan berkaitan pembuktian saintifik. Hukum Syarak didapati tidak menolak konsep sains forensik malah telah menerimanya sejak ribuan tahun sebelum diperkenalkan melalui nama, terma, dan konsep yang moden. Aplikasi dan sumbangan kajian ini tertumpu pada kajian undang-undang keterangan serta membuat penjelasan berkaitan pendapat pakar yang kurang dikupas dalam kajian terdahulu. Kajian ini turut memberikan kefahaman yang terhadap konsep sains forensik dalam konteks undang-undang keterangan mahkamah syariah. Kata kunci: Fiqh forensik, sains forensik, Undang-undang Keterangan, mahkamah syariah, bukti saintifi

    Bahasa dan Identiti Penan Muslim di Kampung Tanjong Belipat, Niah: Satu Tinjauan Awal

    No full text
    This article discusses the Penan Muslim community, which lives scattered around the Niah and Suai river valley in the northern part of Sarawak. In the past, they were a nomadic tribe that settled the remote areas in Sarawak and Kalimantan. Since the 19th century, some moved to the coastal area and embraced Islam as the religion of their community. The Penan Muslims in Tanjong Belipat village are one such community. After converting to Islam, the Penan Muslims abandoned their old traditional beliefs and also their mother tongue, the Penan language. Linguistically, the Penan language belongs to the Kayan-Kenyah language subgroup. After they embraced Islam, they adopted the Bintulu language-another language from the subgroup of languages in Northern Sarawak-as their main language. The Penan and Bintulu languages are mutually unintelligible. This kind of inter-group language shifting has a relation to religion, i.e. the Penan chose a language which they felt symbolizes a Muslim identity. Since the Bintulu tribe was the only Muslim tribe in the Niah valley, their language was chosen by the Penan as they adopted a new ethnic identity. After converting to Islam, the Penan Muslim community seems to have faced two complex yet subjective identities. Although they were now Muslim, they did not identify themselves as "Malay" like the Melanaus of Sarawak or the Dayak Muslims of Kalimantan. The term "Malay" was only used in certain circumstances and domains that are related to the economy. It is also observed that although the Penan Muslims are loyal to the Penan identity, intermarriage between them and the Malays has accelerated the "masuk Melayu" (becoming Malay) phenomenon among the Penan Muslim community. Keywords: Penan, Penan Muslims, Islam, language, identity, becoming MelayuArtikel ini membincangkan etnik Penan Muslim yang tersebar di lembah Niah dan lembah Sungai Suai, bahagian Utara Sarawak. Mereka berasal daripada kaum Penan nomadik yang suatu ketika dulu tinggal di pedalaman Sarawak dan Kalimantan. Kira-kira pada awal abad ke-19, sekelompok kecil suku Penan telah berpindah ke kawasan persisir pantai dan memeluk agama Islam. Suku Penan Muslim yang tinggal di Kampung Tanjong Belipat adalah antara suku dalam kelompok ini. Setelah memeluk agama Islam, mereka bukan sahaja meninggalkan kebudayaan tradisi, tetapi juga bahasa ibunda mereka-bahasa Penan. Dari segi linguistik, bahasa Penan tergolong dalam subkelompok kepada cabang bahasa Kayan-Kenyah. Namun begitu, setelah beragama Islam, mereka memilih bahasa Bintulu, iaitu subkelompok lain dalam cabang bahasa Sarawak Utara. Kedua-dua bahasa ini adalah saling tidak memahami tanpa dipelajari. Faktor bertukar kepada bahasa yang berlainan cabang ini didorong oleh faktor keagamaan. Dalam erti kata lain, mereka inginkan "bahasa Muslim" yang melambangkan identiti agama Islam. Oleh sebab suku Bintulu merupakan satu-satunya suku yang beragama Islam di lembah sungai Niah, maka bahasa ini dipilih sebagai bahasa baharu setelah memperoleh identiti etnisiti baharu. Setelah memeluk agama Islam, Penan Muslim tampil dengan dua identiti yang kompleks dan subjektif. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti ini tidak membawa identiti "Melayu" seperti kes kaum Melanau di Sarawak dan Dayak Muslim di Kalimantan Barat. Identiti "Melayu" hanya digunakan mengikut konteks dan dalam domain tertentu yang berkaitan dengan aspek ekonomi. Juga diperhatikan bahawa walaupun mereka taat pada identiti Penan, namun fenomena "masuk Melayu" semakin rancak berlaku hasil daripada perkahwinan campur antara Penan Muslim dengan suku Melayu. Kata kunci: Penan, Penan Muslim, Islam, bahasa, identity, masuk Melay

    Analisis Makna Konteks Nilai Moral Konfusianisme Ren dan Yi dalam Karya Terjemahan Hikayat Tiga Negara

    No full text
    Artikel ini bertujuan meneliti makna konteks nilai kemoralan Konfusianisme "仁" (ren) dan "义" (yi) konteks situasi dalam novel kesusasteraan karya terjemahan Hikayat Tiga Negara. Konteks situasi dalam teks kesusasteraan merupakan episod yang mengisahkan sesuatu peristiwa. Pengolahan hikayat ini pula bertemakan nilai "仁" (ren) atau "义" (yi) berserta dengan deskripsi nilai yang terpapar pada amalan, pegangan dan tingkah laku watak-watak dalam konteks situasi. Kajian lepas menunjukkan bahawa pentafsiran makna nilai kemoralan Konfusianisme berdasarkan konteks ayat bagi menyampaikan makna konteksnya secara umum. Masalah lain ialah pentafsiran makna konteks nilai secara subjektif berdasarkan tujuan dan konteks budaya penterjemah. Bagi mengisi jurang kajian makna nilai yang terhad pada konteks ayat dan pentafsiran secara subjektif, kajian ini memfokuskan pentafsiran makna konteks nilai berdasarkan makna asalnya dalam konteks situasi. Kajian memanfaatkan kaedah analisis makna konteks berdasarkan sistem sinkronik Peng Liyuan (2005) bagi mentafsirkan makna konteks "仁"  (ren) atau "义" (yi). Dengan mengklasifikasikan konteks situasi kepada konteks umum, konteks khusus dan konteks ekstralinguistik, makna konteks yang dirujuk dapat dikenal pasti. Hasil kajian mendapati bahawa makna konteks "仁"  (ren) terbahagi kepada makna umum, makna khusus dan makna ekstralinguistik, manakala makna konteks "义" (yi) pula terbahagi kepada makna umum, makna khusus, makna tema dan makna berasaskan hubungan interpersonal berdasarkan klasifikasi konteks situasi. Selain itu, interaksi antara konteks situasi intralinguistik dan ekstralinguistik juga mempengaruhi pentafsiran makna konteks nilai. Kajian ini memaparkan kepentingan makna konteks wacana dalam merekayasa nilai kemoralan Konfusianisme dalam konteks situasi karya terjemahan Hikayat Tiga Negara. Kata kunci: nilai kemoralan Konfusianisme, konteks situasi, makna konteks, pentafsiran, sinkronikThis paper aims at investigating the contextual meaning of the Confucian moral values of "仁" (ren) and "义" (yi) in the situational contexts of Hikayat Tiga Negara. The situational context in a literary text is the episode that describes an event. This story centres on the themes of the values "仁" (ren) and "义" (yi), together with the descriptions of these values through the practices, beliefs and behaviour of characters in the situational contexts. Previous studies have shown that the interpretation of the contextual meaning of Confucian moral values is based on the sentential contexts to convey the general contextual meaning. The other problem is the subjective interpretation of the contextual meaning of the values, based on the motives and cultural contexts of the translators. In order to fill the gap in the studies on the interpretation of the meaning of values, which is confined to sentential contexts and subjective interpretation, this study focuses on the interpretation of the contextual meaning of the values based on their original meaning in the situational contexts. The research employs the method of synchronic system-based contextual meaning analysis to interpret the synchronic contextual meaning of "仁" (ren) and "义" (yi). By classifying the situational contexts into general context, distinctive context and extralinguistic context, the particular contextual meaning can be identified. The findings reveal that the contextual meanings of  "仁" (ren) are divided into general meaning, specific meaning and extralinguistic meaning, while the contextual meanings of  "义" (yi) are divided into general meaning, specific meaning, thematic meaning and interpersonal relationship-based meaning upon the classification of situational contexts. Besides this, the interaction between the intralinguistic and extralinguistic situational contexts also affects the interpretation of the contextual meaning of the values. This study presents the importance of discourse context to meaning in recreating Confucian moral values in the situational contexts of Hikayat Tiga Negara. Keywords: Confucian moral values, situational context, contextual meaning, interpretation, synchroni

    Hipotesis Pengimbuhan me(N)- dan menge- dalam Bahasa Melayu Standard

    No full text
    This study focuses on the intricacies of the collisions of prefixes me(N)- and pe(N)- with root words in standard Malay. Some scholars use the idea of "available existing choice", while others from the generative stream use the idea of "generative rules" with fixing the forms meng- {məN-} and peng- {pəN-} as basic morphemes. Both ideas in fact do not deviate from the rules of assimilation of articulation area at the boundary of two morphemes. However, the intricacies of the collisions of two morphemes have not been clarified physiologically. The phenomenon of the collisions of two morphemes has been observed since the 19th century but the details of the collision process have not been studied scientifically. Evidently, the generative rules in use now are not correct based on the physical experiment. We begin by presenting a hypothesis on the forming processes of the variations of prefixes concerned in terms of physiology and computer-aided acoustic phonetics (ANALYSIS [I] - [VI]). In the second stage, another similar form of affixes, i.e. the prefixes menge-, penge- or the confixes menge-/-kan, penge-/-an are hypothesized as new forms in Malay, influenced by the Sundanese prefix nge(N)- (ANALYSIS [VII]). Keywords: assimilation of the articulation area, Sundanese, the collision of two morphemes, available existing options, generative rules, pseudo-vowel characteristicsKajian ini memfokuskan selok-belok pertembungan awalan me(N)- dan pe(N)- dengan kata dasar dalam bahasa Melayu standard. Sesetengah pengkaji menggunakan idea "pilihan yang sedia ada", dan sesetengah pengkaji aliran generatif pula menggunakan idea "rumus generatif" untuk menetapkan bentuk meng- {məN-} dan peng- {pəN-} sebagai morfem dasar. Kedua-dua idea tersebut, pada hakikatnya, tidak lari daripada aturan asimilasi daerah artikulasi di sempadan dua morfem. Namun begitu, proses pertembungan dua morfem itu sebenarnya belum diperjelas dari segi fisiologi. Fenomena pertembungan dua morfem diperhatikan sejak abad ke-19 tetapi butir proses pertembungannya tidak diteliti secara saintifik. Rumus generatif yang digunakan ternyata tidak tepat dari segi eksperimen fizik. Artikel ini mengemukakan satu hipotesis terhadap proses kelahiran bentuk variasi awalan yang berkenaan pada mulanya dari segi fisiologi dan fonetik akustik berkomputer. Pada peringkat kedua, satu lagi bentuk awalan menge-, penge- atau apitannya menge-/-kan, penge-/-an dihipotesiskan sebagai bentuk bahasa Melayu yang baharu yang terpengaruh oleh awalan bahasa Sunda nge(N)-. Kata kunci: asimilasi daerah artikulasi, bahasa Sunda, pertembungan dua morfem, pilihan yang sedia ada, rumus generatif, sifat vokal semu

    "Legenda Nakhoda Ragam" di Alam Melayu dan Hubungannya dengan Sejarah Awal Pulau Pinang

    No full text
    -The Malay World has produced many legends about extraordinary people such as rulers, nobles, warriors and the like. Patih Gajah Mada and Hang Tuah are examples of such legendary figures who possess a variety of extraordinary abilities and who are proudly regarded as idols of the community that produced them. Nevertheless, there are many other legendary figures who are not yet well known within the community but who have played no less than an important part in the history of the nation. Legends do not tell the life stories of ordinary persons; they showcase very special events associated with particular figures, which are then told and retold many times again. This article will discuss "Legenda Nakhoda Ragam" [The Legend of Nakhoda Ragam], which is well known in Brunei Darussalam, and his extraordinary adventures as a traveller in the Malay World, including his link to the founding of Pulau Pinang (Penang). Based on notes by Vaughan (1857), Nakhoda Ragam was a trader who often sailed between Lingga and Kedah. There was only one island between these two places that was attractive for him to anchor at, which he named "Pulo Ka Satu" (later Pulau Pinang or Penang). Nakhoda Ragam was also said to have founded several other places here, among them "Pulo Kindi", "Bayan Lepas", "Gerattah Sangkol", "Pulo Bittong" and "Puchut Muka", which all still exist today. This article presents evidence regarding the presence of this figure and his connection to the early history of Penang. Keywords: Nakhoda Ragam, legends, Brunei Darussalam, PenangMasyarakat Alam Melayu banyak melahirkan legenda yang telah memainkan peranan yang luar biasa selaku pemerintah, pembesar, pahlawan dan sebagainya. Nama seperti Patih Gajah Mada dan Hang Tuah merupakan sebahagian daripada legenda yang memiliki berbagai-bagai kelebihan dan kehebatan serta menjadi tokoh kebanggaan masyarakat yang melahirkannya. Walau bagaimanapun, masih banyak legenda yang belum diketengahkan kepada khalayak masyarakat tetapi telah memainkan peranan yang tidak kurang hebatnya kepada sejarah sesebuah bangsa itu. Legenda bukan mengisahkan sejarah hidup seseorang tokoh yang biasa tetapi menampilkan peristiwa-peristiwa yang sangat istimewa yang berhubungan dengan tokoh tersebut sehingga menjadi sebutan masyarakat zaman-berzaman. Makalah akan membicarakan "Legenda Nakhoda Ragam" yang terkenal di Brunei Darussalam dan kisah kehebatan Nakhoda Ragam selaku seorang pengembara di Alam Melayu, termasuk hubungannya dengan sejarah awal pembukaan Pulau Pinang. Berdasarkan catatan Vaughan (1857), Nakhoda Ragam ialah seorang pedagang yang sering belayar di antara Lingga dan Kedah. Antara kedua-dua tempat itu, hanya ada sebuah sahaja pulau yang kelihatan sangat ketara untuk Nakhoda Ragam singgah, lalu dinamakannya sebagai "Pulo Ka Satu" (Pulau Pinang). Nakhoda Ragam juga dikatakan telah mengasaskan nama bagi beberapa tempat lain di sekitar pulau tersebut, antaranya "Pulo Kindi", "Bayan Lepas", "Gerattah Sangkol", "Pulo Bittong" dan "Puchut Muka". Semua tempat ini masih wujud sehingga hari ini. Artikel ini mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan keberadaan tokoh ini dan kaitannya dengan sejarah awal Pulau Pinang. Kata kunci: Nakhoda Ragam, legenda, Brunei Darussalam, Pulau Pinan

    Menyirat Makna dalam Manisnya Rambutan Kampung dari Perspektif Kod Simbolik Roland Barthes

    No full text
    This study aims to review the literal meaning of Zahari Affandi's Manisnya Rambutan Kampung. The focus of this research is the interpretation of the literal meaning presented by the writer through the use of symbols. The objectives of this study are to identify the significance of the literal meaning to the community, to analyze the literal meanings in the text from the symbolic code perspective, as well as to evaluate the extent to which the literal meanings in the text conform to connotative properties from this perspective. This research was carried out using a simple qualitative method. The data collected was each illustration of events that employed signs or symbols. Therefore, the research was performed using the Semiotic Theory of Roland Barthes, which focuses on the use of symbols. The present research uses this theory to explore the meanings of signs in a more detailed way in all instances that contain elements of signifiers and signifieds in the literary work. This is due to the fact that the symbols used by the writer in the work have both a literal and implied meaning. Based on the research, we conclude that Zahari Affandi inserted several symbols with their own meaning in his work to convey certain messages. Keywords: Barthes, semiotics, symbolic code, sign, signified, Zahari AffandiKajian ini bertujuan untuk mengkaji tafsiran makna dalam karya Zahari Affandi, iaitu Manisnya Rambutan Kampung. Aspek permasalahan kajian ialah pentafsiran makna tersirat yang dihadirkan oleh penulis novel kajian dengan menggunakan perlambangan simbol dalam penulisannya. Dalam kajian ini objektif yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti makna tersirat Manisnya Rambutan Kampung terhadap masyarakat dalam karya, menganalisis makna tersirat dalam teks menggunakan perspektif kod simbolik dan seterusnya menilai sejauh mana siratan makna dalam teks menepati ciri-ciri konotatif dalam perspektif kod simbolik. Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif mudah. Data bagi kajian ini dikumpul melalui setiap peristiwa penceritaan yang dihadirkan dengan penggunaan tanda atau simbol dalam penulisan. Oleh hal yang demikian, keseluruhan kajian ini telah menggunakan teori Semiotik, Roland Barthes, iaitu berfokuskan pada penggunaan simbol. Kajian ini menggunakan teori tersebut untuk merungkaikan makna dengan lebih terperinci mengenai tanda dalam setiap perkara yang ada atau wujud unsur penanda dan petanda dalam karya. Hal ini demikian kerana simbol yang digunakan oleh pengarang dalam penceritaan karya mempunyai makna tersurat dan tersirat. Berdasarkan penelitian yang telah dibuat, dapatlah dirumuskan bahawa Zahari Affandi telah menyelitkan beberapa simbol yang mempunyai makna tersendiri pada setiap peristiwa yang terdapat dalam karya beliau untuk menyampaikan mesejnya. Kata kunci: Barthes, semiotik, kod simbolik, tanda, petanda, Zahari Affand

    Seksyen 17a Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

    No full text
    Ulasan Perundangan

    Lapisan Budaya Keris Taming Sari dalam Hikayat Hang Tuah: Pendekatan Budaya dan Semiotik

    No full text
    The Keris is a short-bladed dagger considered to be the traditional weapon of the Malays. The dagger known as "keris Taming Sari" is the weapon of Hang Tuah in Hikayat Hang Tuah. This Keris is not only a traditional Malay weapon but also a symbol of Malay culture. However, there have not been any systematic studies about the keris Taming Sari. Based on the cultural studies of Edgar H. Schein, Taming Sari can be seen as a cultural organization with a layered structure. Each cultural layer has a specific meaning. The first layer is the artifact layer and the second layer is the value layer; both of these are obvious or explicit. However, the third layer is hidden or unseen. For this, it is necessary to use Roland Barthes's semiotics approach. Two codes have been selected, namely the symbolic code and the cultural code, to interpret the meanings within this third layer. This study finds that in the first layer, keris Taming Sari has a form that consists of the hilt, sheath and blade. In the second layer, the usage value is evident, as keris Taming Sari is a weapon and a gift. By using the symbolic code, this third layer of Taming Sari reveals magical and miraculous values, while the cultural code reveals that the third layer indicates two underlying beliefs: animism and feudalism. The three cultural layers together give keris Taming Sari its own identity as a cultural artifact in Malay culture Keywords: Hikayat Hang Tuah, keris Taming Sari, cultural layers, codesKeris dianggap sebagai senjata pendek tradisional Melayu. Keris Taming Sari merupakan alat senjata yang istimewa kepada Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah. Keris ini bukan sahaja senjata orang Melayu tradisional tetapi juga lambang budaya masyarakat Melayu. Namun begitu, belum ada lagi kajian secara sistematik dilakukan terhadap keris Taming Sari. Berdasarkan kajian budaya oleh Edgar H. Schein, keris Taming Sari ialah satu organisasi budaya yang mempunyai struktur yang berlapis-lapis. Setiap lapisan budaya pada keris Taming Sari mempunyai makna yang tertentu. Lapisan pertama ialah lapisan artifak dan lapisan kedua ialah lapisan nilai dan kedua-duanya boleh dilihat atau nyata tetapi pada lapisan ketiga maknanya terselindung atau tidak nampak. Maka pendekatan semiotik daripada Roland Barthes diperlukan. Dua kod tanda telah dipilih iaitu kod simbol dan kod budaya untuk mentafsir makna yang ada pada lapisan ketiga itu. Kajian ini mendapat bahawa dalam lapisan pertama, keris Taming Sari mempunyai bentuk yang terdiri daripada tiga bahagian, iaitu hulu, sarung dan mata. Pada lapisan kedua, nilai kepenggunaan nyata, iaitu sebagai keris Taming Sari senjata dan anugerah. Dengan menggunakan kod simbol, lapisan ketiga keris Taming Sari menunjukkan adanya nilai magis dan daulat, manakala melalui kod budaya, lapisan ketiga keris memancarkan dua andaian yang mendasar, iaitu animisme dan feudalisme. Ketiga-tiga lapisan budaya ini telah memberi satu identiti tersendiri kepada keris Taming Sari sebagai artifak budaya dalam masyarakat Melayu. Kata kunci: Hikayat Hang Tuah, keris Taming Sari, lapisan budaya, kod tand

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇