Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Halalan Tayyiban dalam Kerangka Perundangan Malaysia
Halal does not simply indicate a product as edible for not being prohibited by shariah, but should encompass the meaning of tayyib (good), i.e. clean, hygienic, safe, of good quality and not being harmful. Therefore, the need in Muslim society for products that are merely halal is insufficient, instead it is necessary to truly understand and apply the concept of halalan tayyiban (halal and good). The aspect of halal, particularly for food products, is guaranteed under the Malaysian legal framework through legal and institutional mechanisms. This article elaborates on the concept of halalan tayyiban from the shariah perspective, and subsequently relates it to the relevant laws. The writers conclude that the concept of halalan tayyiban exists and is applied through various laws.
Keywords: halal, law, shariah, food, product, halalan tayyibaHalal bukan sekadar bermaksud sesuatu produk itu boleh dimakan disebabkan tiada larangan oleh hukum syarak. Halal turut meliputi maksud "baik" (tayyib) yakni bersih, suci, selamat, berkualiti dan tidak memudaratkan. Oleh itu keperluan masyarakat Islam kepada produk halal semata-mata tidak memadai, sebaliknya mereka perlu benar-benar memahami dan mengaplikasikan konsep halal dan baik (halalan tayyiban). Aspek halal, khususnya untuk produk makanan, dijamin di bawah kerangka perundangan Malaysia melalui pendekatan mekanisme undang-undang dan institusi. Makalah ini menghuraikan konsep halalan tayyiban dari perspektif syariah, dan kemudian mengaitkannya dengan undang-undang sedia ada. Penulis merumuskan bahawa konsep halalan tayyiban wujud dan diaplikasikan melalui undang-undang yang pelbagai.
Kata kunci: halal, undang-undang, syariah, makanan, produk, halalan tayyiba
Anggapan Kematian Al-Mafqud Menurut Undang-Undang Sivil dan Syariah: Satu Penilaian Semasa
Deciding whether a person is mafqud (missing and presumed dead) is very important to Muslims and non-Muslims as the process of distribution of the deceased's estate will be difficult if it is unknown whether the person is still alive or dead. Accordingly, a person must be pronounced mafqud (presumed dead) by the court. It is the aim of this article to draw a comparison between the presumption of death from the perspective of civil and Syariah law in Malaysia. In addition, the article attempts to evaluate the current practice of both the civil and Syariah courts in dealing with the presumption of death. It appears there are variations in the period required for the establishment of the presumption of death in the civil and Syariah courts. Based on decided cases, Muslim heirs of al-mafqud have the option to apply to civil court or Syariah court to obtain a declaration of presumption of death.
Keyword: Mafqud, missing person, presumption of death, civil court, Syariah courtStatus al-mafqud penting untuk masyarakat Islam dan bukan Islam kerana proses pembahagian harta al-mafqud akan menjadi sukar sekiranya tidak diketahui sama ada al-mafqud itu masih hidup atau pun sudah mati. Oleh itu, anggapan kematian perlu dilakukan oleh mahkamah supaya status al-mafqud dapat diputuskan dengan muktamad. Tujuan makalah ini adalah untuk membuat perbandingan antara anggapan kematian menurut undang-undang sivil dengan syariah di Malaysia, serta penilaian semasa terhadap anggapan kematian seperti yang diamalkan di mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Didapati terdapat ketidakseragaman pada peruntukan undang-undang dalam tempoh membentuk anggapan kematian al-mafqud di mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Berdasarkan kes mahkamah, waris al-mafqud yang beragama Islam mempunyai pilihan untuk ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah bagi mendapatkan pengisytiharan anggapan kematian al-mafqud.
Kata kunci: al-mafqud, orang hilang, anggapan kematian, mahkamah sivil, mahkamah syaria
Ulasan Buku: Penyelesaian Kes Kebankrapan di Mahkamah Tinggi Malaysia dan Pengadilan Niaga Indonesia
Nafkah Saudara Sedarah Sesisi (Hawashi) dalam Undang-Undang Islam Di Malaysia
Under Islamic law, blood relatives from among hawashi (collateral kin) fall into the category of those who deserve nafaqah (maintenance), especially whenever they are in need or when they are incapable of maintaining themselves, while at the same time having relatives who are capable and well off. This research discusses maintenance for collateral relatives as an instrument to ensure continuous protection of relatives under Islamic law. The discussion includes the views of the fuqaha on maintenance to hawashi in Islam. It also reviews the basis for the responsibility to maintain relatives including relevant principles in the Quran and the Sunnah of the Prophet SAW, the discussion and views of contemporary fuqaha (Islamic jurists) on the extent of a person's responsibility to maintain relatives. Further, this research also analyses the application of Islamic law in Malaysia in relation to one's responsibility to maintain relatives. For the purpose of comparison, discussion will also include provisions of the law on maintenance for relatives in several Muslim countries. The research was conducted through library research and analysing the treatises of Muslim jurists, as well as the provisions of Islamic law on maintenance for collateral relatives. The findings of this research are deemed significant to improve the existing provisions on Islamic law relating to maintenance in Malaysia.
Keywords: Nafaqah, Islamic law, sibling maintenance, hawashi, Malaysian sharia law, Muslim countriesDalam Islam, saudara sedarah sesisi (hawashi) merupakan satu lagi kategori orang-orang yang berhak menerima nafkah daripada saudara-mara mereka terutama ketika keadaan memerlukan atau ketika mereka tidak berkemampuan menanggung nafkah diri mereka sendiri sedangkan dalam masa yang sama mempunyai saudara-mara lain yang berkemampuan dan kaya raya. Kajian ini membicarakan tentang "nafkah" kepada saudara sesisi (hawashi) sebagai satu instrumen untuk memastikan perlindungan berterusan kepada saudara-mara di dalam undang-undang Islam. Perbincangan merangkumi pandangan fuqaha tentang nafkah hawashi dalam Islam serta asas tanggungjawab untuk menanggung saudara-mara termasuklah prinsip-prinsip dalam al-Quran dan sunah Rasulullah SAW, dan perbincangan ulama kontemporari terhadap sejauh mana tanggungjawab seseorang untuk menanggung saudara-mara. Seterusnya, kajian ini juga akan meneliti pemakaian undang-undang Islam di Malaysia yang berkaitan dengan tanggungjawab menanggung nafkah saudara-mara. Bagi tujuan perbandingan, perbincangan juga akan merangkumi Peruntukan undang-undang tentang nafkah saudara mara di beberapa buah negara-negara Islam. Kajian ini secara umumnya menggunakan metode kajian perpustakaan dan menganalisis kitab-kitab fiqah dan peruntukan undang-undang tentang nafkah hawashi. Hasil kajian ini dirasakan amat penting bagi tujuan penambahbaikan peruntukan undang-undang Islam tentang nafkah yang sedia ada di Malaysia.
Kata kunci: Nafkah, undang-undang Islam, nafkah adik-beradik, saudara sedarah sesisi (hawashi), undang-undang syariah Malaysia, negara-negara Isla
Kesan Retrospektif Undang-Undang Jenayah Menurut Perundangan Islam dan Perlembagaan Persekutuan: Satu Analisis Perbandingan
This article comparatively analyzes the retrospective application of criminal laws between Islamic law and the Federal Constitution. Islamic law has placed two important exceptions to the retrospective application of criminal law. Firstly, if the crime is so dangerous and capable of posing a threat to public peace and the stability of the country, and secondly, if the law is in favour of the offender. This includes circumstances where a new law provides for a lighter punishment or decriminalizes the act. If the new law provides for a greater punishment then it cannot be applied retrospectively since it disfavours the offender. On the other hand, Article 7(1) of the Constitution clearly provides for only two circumstances in which criminal laws cannot be enforced with retrospective effect i.e. if the act was not a crime under the existing law at the time it was committed, and if a new law provides for a greater punishment.
Keywords: ex post facto, Federal Constitution, crime cases, comparative analysisMakalah ini menganalisis pemakaian retrospektif undang-undang jenayah secara perbandingan antara perundangan Islam dengan Perlembagaan Persekutuan. Perundangan Islam meletakkan dua prinsip pengecualian kepada pemakaian retrospektif undang-undang jenayah. Pertama, sekiranya sesuatu perlakuan jenayah berbahaya dan berupaya menggugat keamanan awam dan kestabilan negara. Kedua, sekiranya undang-undang tersebut menyebelahi pelaku jenayah dan ini termasuklah undang-undang yang memperuntukkan hukuman yang lebih ringan atau tidak lagi menganggap perlakuan jenayah itu sebagai suatu jenayah. Sekiranya undang-undang baharu tidak menyebelahi pelaku jenayah seperti memperuntukkan hukuman yang lebih berat, maka hukuman baharu tersebut tidak boleh dikuatkuasakan secara retrospektif. Secara perbandingannya Perkara 7(1) Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan dengan jelas dua keadaan undang-undang jenayah tidak boleh dikuatkuasakan ke belakang, yang merangkumi undang-undang yang memperuntukkan kesalahan baharu dan hukuman yang lebih berat.
Kata kunci: kesan retrospektif, perlembagaan persekutuan, kes jenayah, analisis perbandinga
Sejarah, Adat dan Warisan Orang Asli Jahut di Pahang
This article is a study of the history, customs and heritage of the indigenous Jahut tribe. An ethnographic approach was used for this study to explain descriptively the culture and sub-culture of the Jahut in Kampung Kuala Krau in the state of Pahang. Based on data from the profile of indigenous villages in the Temerloh district in 2009/2010, the ethnic Jahut in this village number 702 people. From this number, seven informants were selected. The method employed for this research was structured interviews, observations and recordings. The findings of this study constitute a record of the beliefs, customs, healing practices and taboos of the Jahut community in the area under study. Being a minority, their culture and identity are under threat with the passage of time. Therefore, this article is an effort to document the existence of this community.
Keywords: history, customs, heritage, beliefs, Jahut indigenous peopleMakalah ini meneliti sejarah, adat dan warisan orang asli Jahut. Pendekatan etnografi digunakan dalam penelitian ini untuk menerangkan secara deskriptif budaya dan subbudaya kumpulan masyarakat orang asli Jahut di Kampung Kuala Krau, Pahang. Berdasarkan Data Profil Perkampungan Orang Asli Pahang Daerah Temerloh 2009/2010, bilangan suku kaum Jahut di kampung ini ialah 702 orang. Daripada bilangan tersebut, seramai tujuh orang asli Jahut dipilih sebagai informan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual berstruktur, pemerhatian dan rakaman. Dapatan kajian ini merakamkan kepercayaan, adat resam, perubatan dan pantang larang masyarakat orang Jahut di kawasan kajian. Sebagai kelompok minoriti, budaya dan jati diri mereka dikhuatiri semakin hilang ditelan zaman. Oleh itu, penulisan artikel ini merupakan usaha untuk mendokumentasikan keberadaan masyarakat ini.
Kata kunci: sejarah, adat, warisan, kepercayaan, orang asli Jahu
Ulasan Buku: Undang-undang Keluarga (Islam) Jilid 14 (Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia)
Kebebasan Akademik: Memperkasa Sistem Pendidikan di Malaysia
Academic freedom is one of the important elements of the establishment of higher education institutions for promoting a holistic and integrated education in order to produce knowledgeable human capital. Article 10 of the Federal Constitution clearly states that it all citizens have the right and freedom to express their views freely. From the said provisions of the Federal Constitution, there are many other legal provisions that have an impact on academic freedom in Malaysia. These include the Penal Code (Act 574), the Defamation Act 1957, the Sedition Act 1948, the Printing Presses and Publications Act 1984, the Official Secrets Act 1972, the Communications and Multimedia Act 1998, the University and University Colleges Act 1971, the constitution of every educational institution in Malaysia and others. A knowledge-based society should be given the right and freedom to express any ideas, findings or reforms that can be channeled to the relevant parties for the development of the country. However, limiting the space for these rights and freedoms will result in an "infertile" climate of thinking within local society, which will eventually lead to a reduction in intellectualism. Therefore, this article is designed to provide the concepts, scope and other factors that are considered appropriate to help the public understand the reality of the situation and how it can lead to the formation of a knowledge society as outlined in the Malaysian education system.
Keywords: Academic freedom, role, strengthening of education system, knowledge societyKebebasan akademik merupakan antara inti pati dalam pembentukan sesebuah institusi pendidikan tinggi yang bermatlamatkan pendidikan yang holistik dan bersepadu untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menetapkan hak dan kebebasan kepada semua warganegara untuk menyuarakan pendapat mereka secara bebas. Walau bagaimanapun terdapat banyak peruntukan undang-undang lain yang memberikan kesan terhadap kebebasan akademik di Malaysia antaranya termasuklah; Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan Perlembagaan bagi setiap institusi pendidikan di Malaysia. Masyarakat yang berteraskan ilmu hendaklah diberikan hak dan kebebasan untuk menyuarakan apa-apa pendapat, idea, penemuan atau pembaharuan yang kemudiannya disalurkan kepada pihak yang berkaitan bagi membangunkan negara. Keterbatasan ruang yang diberikan terhadap hak dan kebebasan ini mengakibatkan "kemandulan" pemikiran masyarakat yang akhirnya menyumbang ke arah penguncupan dari segi keilmuan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menzahirkan konsep, dan skop yang difikirkan sesuai bagi membantu masyarakat memahami hakikat sebenar keadaan ini dan menjurus kepada pembentukan masyarakat berpengetahuan seperti matlamat yang digariskan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Kata kunci: Kebebasan akademik, peranan, memperkasa sistem pendidikan, masyarakat berpengetahuan
Dialek Pasir Raja: Ciri Fonologi dan Pengelompokan
This paper discusses the spoken Malay dialect in the Pasir Raja subdistrict. From the perspective of folk linguistics, this dialect is deemed distinctive from the general Terengganu dialect. This thus raises a few issues that need to be addressed, namely (i) the phonological features that render the dialect different from other Malay dialects, and (ii) the relationship between this dialect and the other dialects in the eastern region of Peninsular Malaysia. To address these issues, the present study collected and recorded more than 600 words and conversations in the Pasir Raja dialect as its corpus. Based on the diachronic dialectology approach, this study describes some phonological features of the dialect and compares them with the features of Proto-Malayic and several other Malay dialects. This comparison was made for classification purposes. A number of phonological features discovered in the Pasir Raja dialect suggest the dialect is to be included as a branch of the Malay dialects of the interior on the eastern part of the Peninsula. Apart from the linguistic evidence, the close connection between the dialects is also proven by historical and sociological evidence. The significance of this study is the discovery of the existence of another Malay dialect in the east of the Peninsula.
Keywords: Dialectology, Proto-Malayic, interior eastern dialects of the Malay Peninsula, innovation and retention, classificationArtikel ini membincangkan dialek Melayu yang dituturkan di Mukim Pasir Raja. dari perspektif linguistik rakyat, dialek di kawasan ini dipersepsikan sebagai berbeza dengan dialek Melayu terengganu di kawasan kuala dan pesisir pantai. Perbezaan yang dipersepsikan wujud ini, jika dicerap menurut sudut pandang dialektologi diakronik menimbulkan persoalan yang perlu ditangani, iaitu: (i) ciri fonologi dialek di Pasir Raja yang menjadikannya berbeza dengan dialek Melayu lain dan (ii) hubungannya dengan dialek-dialek berkenaan. bagi menjawab persoalan ini, aktiviti yang dilaksanakan adalah dengan mengumpul lebih 600 item daftar kata dan rakaman perbualan sebagai korpus data. berasaskan pendekatan dialektologi diakronik, artikel ini memerikan beberapa ciri fonologi, dan membandingkannya dengan bahasa Malayik purba. ciri fonologi dialek Pasir Raja turut dibandingkan dengan dialek di kawasan kuala dan pesisir pantai termasuk beberapa dialek Melayu lain. Perbandingan fonologi adalah bagi tujuan pengelompokan. beberapa ciri fonologi dialek Pasir Raja menunjukkan dialek ini masih lagi terangkum di bawah cabang dialek Melayu hulu Semenanjung timur. Selain fakta linguistik, hubungan yang akrab ini dapat juga dijelaskan menerusi bukti sejarah dan sosiologi. implikasi penemuan artikel ini yang penting ialah adanya dialek baharu dalam cabang dialek Semenanjung timur.
Kata kunci: dialektologi, dialek hulu Semenanjung timur, bahasa Malayik purba, inovasi dan retensi, pengelompoka
Perlindungan Undang-Undang terhadap Mangsa Salah Laku Pengamal Perubatan di Indonesia dan Malaysia
Nowadays, it is a norm for patients to claim for medical negligence. Negligence includes the offence of giving a wrong diagnosis, mistreatment and failure to do treatment which resulting in patients getting disability or death. The objectives of the article are to discuss the efforts made to prevent the occurrence of medical misconduct, and the law that protects victims of medical misconduct. This article is based on qualitative research and using a comparative socio-legal method. The research uses a variety of data collection methods i.e. library search, documentation review, observation, interviews and questionnaires. Data were analyzed by content analysis and t-test. The result shows there are five parameters that have the sig <0.05 significant legal protection for victims of wrongdoing which is better in Malaysia rather than in Indonesia. In Indonesia, negligence is specified in the Penal Code, Sections 359 and 360, and the Law Number 29, Section 1365 and 1239, while in Malaysia are stated in the law of tort. Legal protections for victims of wrongdoings in Indonesia are still not effective even though there is a law Number 29 of 2004 because it was not in favour of the patients, but it is more favourable to medical practitioner.
Keywords: comparison, law, Indonesia, Malaysia, misconduct, medical practitioners, negligenceTuntutan pesakit terhadap kelalaian dalam perkhidmatan pengamal perubatan kini sudah menjadi kelaziman. Kesalahan pengamal perubatan ini dapat mengakibatkan pesakit mengalami kecacatan ataupun meninggal dunia. Makalah ini membincangkan tentang usaha yang dilakukan untuk mencegah terjadinya salah laku pengamal perubatan, dan undang-undang yang memberi perlindungan mangsa salah laku pengamal perubatan. Makalah ini berdasarkan kajian kualitatif yang dilaksanakan dan melibatkan kaedah perbandingan sosioperundangan. Penyelidikan ini menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data, iaitu kajian kepustakaan, kajian dokumentasi, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Data dianalisis dengan metode analisis kandungan- ujian t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima parameter yang memiliki nilai sig < 0.05 yang bererti perlindungan undang-undang terhadap mangsa salah laku lebih baik di Malaysia daripada di Indonesia. Di Indonesia kelalaian dinyatakan dalam Kanun Keseksaan Seksyen 359 dan 360, dan Undang-Undang Nombor 29, Seksyen 1365 dan 1239, manakala di Malaysia dinyatakan dalam undang-undang tort. Di Indonesia perlindungan undang-undang bagi mangsa salah laku masih belum efektif meskipun sudah ada undang-undang Nombor 29 Tahun 2004 kerana secara praktis tidak memihak kepada pesakit tetapi lebih memihak kepada pengamal perubatan.
Kata kunci: Indonesia, Malaysia, kelalaian, perbandingan, pengamal perubatan, undang-undang, salah lak