Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Pola Sebutan Monoftong Bahasa Jerman oleh Penutur Bahasa Melayu

    No full text
    This study investigates the pronunciation of German monophthongs (L3) by Malay speakers. It also compares the way the L3 monophthongs are produced with the monophthongs produced in Standard Malay (L1) and English (L2) to examine if there are any similarities in the way that equivalent vowels are produced. A total of 10 female Malay speakers who were learning German were recorded reading aloud carrier sentences containing the target vowels in a /bVd/ and a /bVt/ context in all three languages. All these speakers also speak English as a second language. Based on the formant frequency model, the first (L1) and second (L2) formants of the target monophthongs were measured. The duration of the vowels was also measured. Scatter plots of the vowels were also generated to enable comparison among similar sets of vowels within and among the three languages within the context of L3 acquisition. The findings suggest that speakers tend to produce equivalent vowels with similar acoustic properties, whilst tending to collapse "new" ones in the L3 to neighbouring L1 or L2 vowels. The findings from this study contribute to the growing area of L3 acquisition research. Keywords: monophthong, L3 acquisition, German, Malay, EnglishKajian ini tertumpu pada sebutan monoftong bahasa Jerman (B3) oleh penutur Melayu. Aspek yang dilihat ialah perbandingan cara sebutan monoftong B3 dengan sebutan monoftong bahasa Melayu Standard (B1) dan bahasa Inggeris (B2). Tujuannya untuk menilai jika terdapat persamaan dari segi sebutan monoftong yang hampir sama. Seramai 10 orang penutur perempuan berbangsa Melayu yang sedang mempelajari B3 telah membaca ayat yang mengandungi perkataan dengan monoftong sasaran dalam konteks /bVd/ dan /bVt/ bagi ketiga-tiga bahasa. Kesemua penutur juga mampu berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Berdasarkan model kekerapan forman, forman pertama (F1) dan kedua (F2) monoftong sasaran telah diukur. Durasi monoftong sasaran turut diukur. Taburan plot daripada monoftong yang setara antara tiga bahasa (B3, B1 & B2) turut dinilai dalam konteks pemerolehan B3. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penutur cenderung untuk menghasilkan monoftong yang setara dengan ciri-ciri akustik yang sama semasa menghasilkan sebutan monoftong "baharu" B3 dengan vokal dari B1 atau B2 yang hampir. Hasil kajian ini dijangka mampu menyumbang kepada kajian pemerolehan B3. Kata kunci: monoftong, pembelajaran bahasa ketiga, bahasa Jerman, bahasa Melayu, bahasa Inggeri

    Hubungan Profesiensi Bahasa Melayu dengan Pencapaian Akademik Murid Bukan Penutur Natif di Sekolah Jenis Kebangsaan

    No full text
    The lack of mastery of Malay proficiency at National Type Schools (SJK) has caused deterioration of academic achievement in recent years. This study was conducted to determine the relationship of proficiency in all four skills of Malay language proficiency with students' academic achievement among non-native speakers at National Type Schools (SJK). A total of 414 samples from 5 SJK schools were selected for study. The two instruments used to obtain data are the UPBM_SR Proficiency Test and UPBM_SR Score Level. Data were processed using IBMSPSS Version 23 with a cross-sectional survey design. The results show that the scores for the four Proficiency Tests conducted are moderate, and writing skills are at a low level. Results for the overall level of proficiency in listening, speaking, reading and writing skills showed that the majority of students obtained Level 5 (almost proficient), which is 29% (120 students). No students received Level 1 or Level 8. This clearly shows that there is a great relationship between Malay language proficiency and academic achievement. Only students who are possess good listening, speaking, reading and writing skills in a second language are able to improve their academic performance. The diligent efforts of all parties are needed to create a generation competent in the Malay language. Keywords: second language, competence, oral, non-native students, proficiencyKelunturan penguasaan kemahiran berbahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik kebelakangan ini. Kajian dijalankan untuk mengenal pasti hubungan penguasaan keempat-empat kemahiran dalam bahasa Melayu dengan pencapaian prestasi akademik murid bukan penutur natif di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Seramai 414 orang sampel kajian dari lima buah sekolah SJK telah dipilih. dua instrumen yang diguna pakai untuk mendapatkan data, iaitu ujian Profesiensi uPbM_SR dan tahap Skor uPbM_SR. data diproses menggunakan IBMSPSS Versi 23 dengan reka bentuk tinjauan hirisan rentas. hasil dapatan menunjukkan skor bagi keempat-empat ujian profesiensi yang telah dijalankan adalah pada peringkat sederhana. malah dapatan bagi kemahiran menulis adalah pada peringkat yang lemah. Keputusan bagi keseluruhan tahap profesiensi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis secara majoriti murid mendapat tahap 5 (hampir profesien), iaitu sebanyak 29% (120 orang). tiada murid yang mendapat tahap 1 dan tahap 8. hal ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan yang besar antara profesiensi bahasa Melayu dengan pencapaian akademik. hanya murid yang cekap mendengar, fasih bertutur, lancar membaca dan mahir menulis terutama dalam bahasa kedua yang dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka. usaha yang padu daripada semua pihak diperlukan untuk melahirkan generasi yang kompeten dalam bahasa Melayu. Kata kunci: bahasa kedua, kecekapan, lisan, murid bukan penutur natif, profesiens

    Pertembungan Nilai Desa dan Kota dalam Buku Komik Budak Kampung dan Mat Som

    No full text
    Lat, whose real name is Mohammad Nor Khalid, is a distinguished and versatile figure among cartoonists in Malaysia. His comic books tend to record sociocultural issues in Malaysia and often show the realities of Malaysian life, especially that of the rural Malay community. Comics are not just reading material for entertainment but are also an important medium for conveying ideas, criticisms and insights as well as having the ability to expose various disparities in local communities. This paper will look into the clash of rural and urban values in two of Lat's comic books entitled Budak Kampung (1979) and Mat Som (1989). The objective of this paper is to analyse the clash of values between rural and urban communities and explain the use of comic elements in conveying meanings in both comics. This paper will use the theory of sociology of literature developed by Alan Swingewood (1972), which is a sociocultural approach to the production of literary works. The findings of this study show that Lat's childhood experiences influenced the creation of Budak Kampung, while his young adulthood experiences influenced the creation of Mat Som. The clash of rural and urban values are tremendously significant in both works, as depicted by the entry of tin mining companies, selling of land, choosing a spouse, clothing styles and way of thinking. Keywords: comic, clash of values, sociocultural influence, Budak Kampung, Mat SomLat atau nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid merupakan tokoh yang unggul dan serba boleh dalam kalangan kartunis di Malaysia. Karya komik beliau cenderung merakamkan isu berkaitan sosiobudaya masyarakat di Malaysia dan sering menampilkan kehidupan realiti rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu desa. Komik bukan sahaja bahan bacaan berbentuk hiburan tetapi juga merupakan medium penting untuk menyampaikan idea, kritikan, pandangan serta mampu mendedahkan pelbagai kepincangan dalam masyarakat setempat. Artikel ini ingin melihat pertembungan nilai desa dan kota dalam dua buah komik Lat bertajuk Budak Kampung (1979) dan Mat Som (1989). Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis pertembungan nilai masyarakat desa dan kota serta menjelaskan penggunaan unsur komik dalam penyampaian makna dalam kedua-dua komik tersebut. Artikel ini akan menggunakan teori sosiologi sastera yang dikembangkan oleh Alan Swingewood (1972), iaitu pendekatan pengaruh sosiobudaya terhadap penghasilan karya sastera. Dapatan kajian mendapati pengalaman kehidupan Lat sewaktu kecil telah mempengaruhi penciptaan komik Budak Kampung dan pengalaman hidup Lat ketika zaman mudanya telah mempengaruhi penciptaan komik Mat Som. Di sebalik semua itu, pertembungan nilai desa dan kota dikesan begitu ketara melalui kemasukan syarikat bijih timah, penjualan tanah, pemilihan jodoh, pemikiran dan gaya pakaian dalam kedua-dua karya tersebut. Kata kunci: komik, pertembungan nilai, sosiobudaya, Budak Kampung, Mat So

    Kata Kerja Bantu dalam Dialek Melayu Kedah: Satu Analisis Program Minimalis

    No full text
    The auxiliary verbs are lexical items considered to be functional words because they have a grammatical function in a sentence. They are generally divided into aspects and modals. They have a fixed distribution in Malay, in which they come before the verb. However, there is a slight difference when the distribution is analyzed in dialects. Thus, this study was conducted to identify, classify and analyze the structure of the auxiliary verb in the Kedah Malay dialect employing theapproach used in the Minimalist Program. In order to achieve the objectives of the study, the researcher conducted field research. The study ofsentences in the Kedah Malay dialect was carried out at Kampung Bandar inthe Siong sub-district of Baling in Kedah. The findings of this study show that the auxiliary verbs in the Kedah dialect have a grammatical function, which is to indicate the tense of its verbs. However, analysis of modals reveals that modals only function to mark the future tense of the verb in this dialect. Keywords: auxiliary verbs, Kedah, Minimalist, dialectsKata kerja bantu (KKB) merupakan leksikal yang dianggap sebagai kata fungsian kerana mempunyai fungsi gramatikal dalam ayat. KKB pada umumnya dibahagikan kepada KKB aspek dan modal. KKB ini mempunyai distribusi yang tetap dalam bahasa Melayu, iaitu hadir sebelum kata kerja. Namun begitu, agak berbeza apabila distribusi ini dianalisis dalam dialek. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kata kerja bantu dalam dialek Melayu Kedah, mengklasifikasikan kata kerja bantu dialek Melayu Kedah, dan menganalisis struktur kata kerja bantu dialek Melayu Kedah menggunakan Program Minimalis. Bagi mencapai objektif kajian tersebut, pengkaji menggunakan kaedah lapangan. Kajian distribusi kata kerja bantu (KKB) dalam ayat dialek Melayu Kedah telah dijalankan di Kampung Bandar Mukim Siong, Baling, Kedah. Hasil kajian ini mendapati bahawa KKB dalam dialek Kedah mempunyai fungsi gramatikal, iaitu menandakan kala kepada kata kerjanya. Namun begitu, analisis terhadap KKB modal mendapati bahawa KKB ini keseluruhannya berfungsi menandakan kala depan sahaja kepada kata kerja dalam dialek ini. Kata Kunci: kata kerja bantu, Kedah, Minimalis, diale

    Peristilahan Bahasa Melayu dalam Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)

    No full text
    Act The Sexual Offences Against Children Act (Act 792) was passed in April 2017 and gazetted on 10 July, 2017. Act 792 was drafted to deal with technological advancements, and new terms for sexual offences relating to child grooming and masochistic abuse were introduced. Some of these terms are new to Malaysians and the meaning of those terms may not be fully understood by legal practitioners. Hence, the purpose of this study is to analyse these new terms from the perspective of semantics. A descriptive method employing the content analysis approach was applied to examine and discuss the meanings of the new terms used in Act 792. The new terms are elaborated on from a legal perspective with reference to several Acts, including the Penal Code 1976, and the Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (2004) is used as the main reference for elaboration from a language point of view. This study concludes that there are five new terms which require elaboration from a linguistic and legal angle in order to protect children in sexual and pedophilic crimes. These are: kebinatangan (bestiality); sadis and masokis (sadistic or masochistic abuse); pengantunan (child grooming); and amang (assault). Keywords: Act 792, terminology, language aspect, legal language, sexual offences against childrenAkta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak (Akta 792) telah diluluskan pada April 2017 dan mula berkuat kuasa pada 10 Julai 2017. Akta ini dirangka bersesuaian dengan kecanggihan teknologi terkini dan memperkenalkan istilah baharu bagi kesalahan seksual yang berkaitan dengan pengantunan kanak-kanak dan masokis. Beberapa istilah baharu ini adalah asing kepada masyarakat Malaysia dan berkemungkinan makna istilah tersebut tidak difahami sepenuhnya oleh pengamal undang-undang. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis peristilahan baharu tersebut dari perspektif makna istilah berkenaan. Kaedah deskriptif menerusi pendekatan analisis kandungan diaplikasikan bagi meneliti dan membincangkan makna istilah baharu yang terdapat dalam Akta 792. Huraian istilah baharu dibincangkan dari aspek undang-undang dengan merujuk beberapa Akta termasuk Kanun Keseksaan 1976, manakala dari aspek bahasa merujuk Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (2004). Hasil kajian ini dirumuskan bahawa terdapat lima istilah baharu yang memerlukan hujahan dari sudut bahasa dan undang-undang untuk perlindungan kepada kanak-kanak dalam jenayah seksual dan pedofilia, iaitu istilah kebinatangan, sadis, masokis, pengantunan, dan amang. Kata kunci: Akta 792, peristilahan, aspek bahasa, aspek undang-undang, jenayah seksual terhadap kanak-kana

    Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah: Persidangan Kumpulan Keluarga sebagai Alternatif kepada Hukuman

    No full text
    Bullying among school students cannot be taken lightly. There are specific guidelines and policies in Malaysia that allow school authorities to take disciplinary action against bullying. Legal action can also be taken against the perpetrator if necessary. However, Family Group Conference have been adopted in some countries as alternatives to punishment for bullying in schools. This study is conducted in order to examine bullying among school students in Malaysian schools, as well as the laws governing school bullying. This research also analyses the resolution of school bullying through Family Group Conferences as alternatives to punishment as practised in several countries. It is recommended that Family Group Conferences be introduced in Malaysia to complement the current solutions for school bullying cases. This study utilizes a qualitative method, referring to Acts, decided cases, and academic writings such as books and journals. Keywords: School bullying, child offenders, Family Group ConferenceBuli yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah tidak boleh diambil mudah. Terdapat garis panduan dan polisi tertentu yang membolehkan pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap pelaku buli. Malah pelaku buli boleh diambil tindakan undang-undang sekiranya perlu. Namun begitu, Persidangan Kumpulan Keluarga telah dilaksanakan di beberapa buah negara sebagai alternatif kepada hukuman bagi kesalahan buli di sekolah. Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes buli dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia, dan proses penyelesaiannya menurut undang-undang. Analisis terhadap penyelesaian kes buli di sekolah melalui Persidangan Kumpulan Keluarga dilakukan sebagai alternatif kepada hukuman seperti yang dilaksanakan di negara-negara terpilih. Berdasarkan respons positif berkaitan Persidangan Kumpulan Keluarga sebagai penyelesaian kes buli di sekolah, disarankan agar proses ini diperkenalkan di Malaysia bagi menambah baik penyelesaian terhadap kesalahan buli di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merujuk akta, kes yang diputuskan, serta penulisan ilmiah seperti buku, dan jurnal. Kata kunci: Buli di sekolah, jenayah kanak-kanak, Persidangan Kumpulan Keluarg

    Pelaksanaan Kad Radha'ah sebagai Alternatif Penjagaan Nasab Keturunan dan Anak Susuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor

    No full text
    This qualitative study is an analysis following the implementation of the MyRadha'ah Card which was introduced in Malaysia by the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) on 19 November, 2018. It is a mechanism for ascertaining the identity of a child and its wet nurse or 'milk- mother'. This aids in safeguarding the Islamic family institution, in particular, involving nasab (lineage) and mahram (unmarriageable kin) to manifest the Maqasid Shariah (objectives of the sharia) which requires hifz al-nasl or care of the offspring. This study, therefore, is meant to study the concept of wet-nursing from the point of view of Islamic law, as well as identifying the institutions or agencies that should play a role in regulating issues related to wet-nursing. The data were obtained through library research and interviews analysed using inductive and deductive methods. The study finds that the implementation of the MyRadha'ah Card should not be limited to one state but is a necessity for the entire country. The cooperation of various parties is crucial for implementation in stages and requires streamlining among all the states in Malaysia. Keywords: MyRadha'ah Card, nasab, hifz al-nasl, wet-nursing, milk kinshipKajian ini meninjau pelaksanaan Kad MyRadha'ah yang telah diperkenalkan buat julung kalinya di Malaysia atas inisiatif Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 19 November 2018. Pelaksanaannya sebagai satu mekanisme untuk memperkenalkan identiti anak dan ibu susuan. Usaha ini secara tidak langsung dapat menjaga institusi keluarga Islam khususnya melibatkan hubungan nasab dan mahram dalam ikatan kekeluargaan bagi memanifestasikan maqasid syariah, iaitu penjagaan keturunan (hifz al-nasl). Maka dalam kajian ini, konsep penyusuan dari sudut perundangan Islam dikaji dan pada masa yang sama mengenal pasti institusi atau agensi yang berperanan mengawal selia isu-isu berbangkit berkaitan dengan penyusuan. Data kajian diperoleh daripada kajian kepustakaan dan temu bual. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan Kad MyRadha'ah ini tidak cukup sekadar dilaksanakan oleh sebuah negeri sahaja, dan sewajarnyalah menjadi keperluan kepada negara. Kerjasama pelbagai pihak amatlah penting bagi melaksanakannya secara berperingkat dan memerlukan penyelarasan secara sekata di setiap negeri di Malaysia. Kata kunci: Kad MyRadha'ah, nasab, hifz al-nasl, penyusuan, ibu susua

    Kepentingan Variasi Fonologi Kata Pinjaman Bahasa Melayu yang Dituturkan oleh Orang Asli Jakun kepada Kajian Linguistik Melayu: Analisis Fonologi Atur Rumus

    No full text
    This study discusses the importance to Malay linguistics of phonological variation of Malay loan words as spoken by theindigenous Jakun people. The objective of this study is to describe,from the phonological point of view, the variety of Malay spoken by the Jakun people and to explain the importance of this variety of Malay to Malay linguistics. This study employs a qualitative descriptive method to describe the data collected from the field. The language data was collected by interviewing informants in five Jakun villages around Kluang in Johor. To describe the phonology of Jakun language, this study employs the rule ordering theory of Chomsky and Halle (1968). This study finds that the Jakun have borrowed many Malay words but with phonological differences. These phonological differences have given birth to a variety of the Malay language that differs slightly from standard Malay. Among the differences are the glottal stop insertion at the ends of words, the presence of the consonant [h] in vowel sequences, the presence of the consonant [h] at the beginning of words, the conversion of low vowels into high-mid vowels, the conversion of highmid vowels into high vowels, and the absence of vowel reduction. This variety of Malay demonstrates the dynamic nature of the Malay language in terms of its ability to be absorbed and adopted by other ethnic groups. Keywords: Indigenous people; Jakun; phonology of the Jakun language; Malay language variation; Malay linguisticsKajian ini membincangkan kepentingan variasi fonologi kata pinjaman bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang asli Jakun kepada kajian linguistik Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan variasi bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang asli Jakun dari sudut fonologi dan menjelaskan kepentingan kewujudan variasi bahasa Melayu ini kepada kajian linguistik Melayu. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif untuk menghuraikan data yang dipungut di lapangan. Data bahasa Jakun ini dikutip melalui temu bual dengan informan di lima buah perkampungan orang asli Jakun di Kluang, Johor. Bagi menghuraikan fonologi bahasa Jakun, kajian ini menggunakan teori atur rumus Chomsky dan Halle (1968). Hasil kajian ini mendapati orang asli Jakun telah meminjam banyak perkataan bahasa Melayu, namun terdapat perbezaan dari sudut fonologi. Perbezaan dari sudut fonologi ini telah menghasilkan variasi bahasa Melayu yang berbeza sedikit dengan bahasa Melayu standard. Antara proses fonologi yang berbeza ialah penyisipan hentian glotis di akhir kata, kewujudan konsonan [h] antara urutan vokal, kewujudan konsonan [h] di awal kata, vokal rendah berubah menjadi vokal separa tinggi, vokal separa tinggi berubah menjadi vokal tinggi dan tiada penengahan vokal. Variasi bahasa Melayu yang terhasil daripada pertuturan orang asli Jakun ini telah memperlihatkan kedinamikan bahasa Melayu dari sudut kebolehan bahasa Melayu itu diserap dan digunakan oleh kaum lain. Kata kunci: Orang asli Jakun, fonologi bahasa Jakun, variasi bahasa Melayu, linguistik Melay

    Penanda Wacana Adapun dalam Manuskrip Taj Al-Salatin

    No full text
    The aim of this paper is to examine the use of "adapun" as a discourse marker in the classical Malay manuscript Taj al-Salatin by Bukhari al-Jauhari. The text was written in the 16th century during the reign of Sultan Alauddin Ri'ayat Shah Sayyid al-Mukammil (1590-1604) in Acheh, as a guide for good governance based on the teachings of Islam. This study focuses on describing the function of the discourse marker "adapun" as a grammatical cohesive device, such as is proposed in the Cohesion Theory of Halliday and Hasan (1995). This analysis was carried out using occurrences of 'adapun' obtained from the Malay Concordance Project (MCP). The study finds that the 'adapun' plays a bigger role rather than just as a grammatical cohesive device. Keywords: discourse markers, cohesion, Taj al-Salatin, Cohesion TheoryMakalah ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan penanda wacana "adapun" yang terdapat dalam manuskrip Melayu lama, iaitu Taj al-Salatin hasil karya Bukhari al-Jauhari. Teks ini telah dihasilkan pada abad ke-16 semasa pemerintahan Sultan 'Alauddin Ri'ayat Shah Sayyid al-Mukammil (1590-1604) dengan tujuan untuk membantu baginda memerintah kerajaan Acheh dengan baik berteraskan ajaran agama Islam. Perbincangan kajian ini tertumpu pada fungsi yang didukung oleh penanda wacana adapun yang hadir sebagai alat perpautan nahuan seperti yang dicadangkan dalam Teori Kohesi oleh Halliday dan Hasan (1995). Analisis makalah ini direalisasikan dengan menggunakan data kekerapan adapun yang diambil daripada Malay Concordance Project (MCP) secara atas talian. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan penanda wacana adapun turut membawa fungsi yang lebih daripada sekadar alat perpautan nahuan semata. Kata kunci: penanda wacana, perpautan, Taj al-Salatin, Teori Kohes

    Motivasi Rumus Salin dalam Penjanaan Ayat Tanya Bahasa Melayu dalam Program Minimalis

    No full text
    Previous theories prior to the Minimalist Program, such as the Government Binding Theory (Chomsky, 1981) and Principles and Parameters, the variation of sentence structures are explicated via the rule move-α, whereby it moves any constituents to any position in a sentence and leaves behind a trace (t) in its antecedent/operator-trace chain. Within the Minimalist Program approach, which was eclectically derived from the ideas in Chomsky (1995), Marantz (1995) and Radford (2009), the rule move-α has been dropped. Sentence generation and sentence varieties are generated via copying rules instead. This study analyses the motivations that support copying rules in the generation of wh-questions and yes-no questions. This study employs the qualitative method and the data for this study was collected through native speakers' introspection. Subsequently, the data were referred to two informants who are native speakers of standard Malay to determine their grammaticality. This study finds that feature [+/-wh] and the edge feature; namely [+comp], [+/-wh], [+/-focus],] and [+/-in situ] are features that motivated or were barriersto the generation of wh- and yes-no questions and their varieties in the Malay language. Keywords: Minimalist Program, copying rules, features, wh- questions, yes-no questionsDalam teori terdahulu sebelum Program Minimalis, iaitu teori Kuasaan dan Tambatan, dan Prinsip dan Parameter variasi ayat dijana oleh Gerak-α yang menggerakkan sesuatu konstituen ke mana-mana sahaja dengan meninggalkan tikas. Tikas ini berada dalam satu rantaian yang sama dengan unsur anteseden/operator yang telah digerakkan. Dalam Program Minimalis yang dirangka secara eklektik daripada idea Chomsky (1995), Marantz (1995) dan Radford (2009). Gerak-α telah digugurkan. Sebaliknya penjanaan ayat dan variasinya dijana melalui operasi rumus salin. Kajian ini menganalisis motivasi rumus salin dalam penjanaan ayat tanya wh- dan ayat ya-tidak bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data kajian diperoleh melalui introspeksi. Data tersebut kemudiannya dirujuk kepada dua orang informan penutur jati bahasa Melayu untuk mengesahkan penerimaan atau penolakannya. Dapatan kajian ini mendapati bahawa fitur [+/-wh] dan fitur-fitur tepian; yakni [+/-komp], [+/-wh] [+/-fokus], dan [+/-in situ] merupakan fitur yang menjadi pemangkin atau penghalang dalam menjana ayat tanya wh- dan ya-tidak bahasa Melayu dan variasinya. Kata kunci: Program Minimalis, rumus salin, fitur, ayat tanya wh-, ayat tanya ya-tida

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇