Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Hak Pemeliharaan Anak bagi Mualaf: Konflik Undang-Undang di Malaysia
In Malaysia, disputes concerning custody rights are among the frequently-debated topics in cases of conversion to Islam, if it involves a marriage previously registered under civil law. Since coming into force, a frequent issue that has arisen is the rights of convert spouses under the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 (Act 164), specifically Sections 3 and 51, as the muallaf (convert to Islam) does not have the right to petition for dissolution of marriage under this Act. However, in 2017, amendments were made to this Act to bring about better and more efficient resolutions to any legal issues arising in such matters. Therefore, this article aims to compare the concept of hadhanah (care and protection of children) in Islamic law with custody rights under Malaysian civil law. The factors that frequently give rise to conflict were analysed, as well as the implications of the 2017 amendments (Act 164) concerning the application procedure for custody rights of convert spouses. Library research was employed to collect data for content analysis. The findings show that the amendments are able to aid in resolving issues concerning divorces of converts who were previously bound to a civil marriage without the right to petition for dissolution. The amendment also allows both spouses the right to apply for custody of a child after their divorce has been finalized by the civil court. The study further recommends that in such cases, child welfare, and not the rights of the converted parent, should be the main concern at all times.
Keywords: Child custody, Muallaf, Islamic law, civil lawPertikaian hak pemeliharaan anak dalam kalangan mualaf yang memeluk agama Islam dan mempunyai rekod pendaftaran perkahwinan di bawah akta sivil di Malaysia sering menjadi perbincangan. Semenjak awal akta ini dikuatkuasakan, permasalahan yang timbul adalah berkaitan dengan ketergantungan hak oleh pasangan mualaf yang memeluk Islam kerana tidak mempunyai hak untuk memfailkan tuntutan perceraian di bawah Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) terutamanya yang melibatkan Seksyen 3 dan Seksyen 51 akta tersebut. Namun demikian, pada tahun 2017 pindaan undang-undang telah dilakukan terhadap kedua-dua peruntukan tersebut bagi menyelesaikan kemelut perundangan yang timbul dan mewujudkan undang-undang yang lebih efisien. Oleh yang demikian, penulisan artikel ini bertujuan untuk membandingkan konsep hadanah undang-undang Islam dan hak pemeliharaan anak menurut undang-undang sivil di Malaysia. Analisis dilakukan terhadap faktor berlakunya konflik yang sering kali terjadi dan menjelaskan implikasi pindaan 2017 (Akta 164) terhadap prosedur permohonan hak pemeliharaan anak pasangan mualaf. Kaedah kajian kepustakaan digunakan bagi mengumpulkan data untuk dianalisis mengikut kaedah analisis kandungan. Hasil penulisan menunjukkan bahawa pindaan undang-undang yang dilakukan berpotensi untuk menyelesaikan isu perceraian mualaf yang sebelum ini terikat dengan perkahwinan sivil tanpa sebarang hak untuk memohon petisyen. Pindaan ini juga mampu memberikan ruang keadilan kepada kedua-dua belah pihak untuk memohon hak pemeliharaan anak setelah urusan perceraian berjaya diselesaikan di bawah mahkamah sivil. dalam hal ini prinsip kebajikan anak tetap perlu menjadi keutamaan dalam setiap keadaan, bukan sekadar perdebatan tentang hak ibu atau bapa yang berstatus mualaf semata-mata.
Kata kunci: Hak pemeliharaan anak, mualaf, undang-undang islam, undang-undang sivi
Persepsi Wanita Orang Asli Bandar dan Luar Bandar di Malaysia terhadap Imej Tubuh
This study investigates the perception of body image among indigenous women in Peninsular Malaysia. Using a sample drawn from urban (n=38) and rural (n=21) settings, the study engages participants who are more or less socio-economically acculturated to mainstream society in order to explore different attitudes to body image, and anxiety level about social physique between rural and urban women. Rural indigenous women registered a higher level of body dissatisfaction than their urban counterparts. However, there was no significant difference in attitudes towards body image between indigenous women in both locations. Due to a degree of presumed acculturation to western ideals of body image, urban indigenous women who were not underweight showed a higher anxiety level concerning their physique than those from rural areas with a similar body size. It was also found that a higher level of body dissatisfaction correlated with a poorer body image among indigenous women in Malaysia.
Keywords: Body Image, indigenous, Malaysian, perception, rural-urban, womenKajian ini meneroka persepsi imej badan di kalangan wanita Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Sampel kajian diambil dari persekitaran bandar (n = 38) dan luar bandar (n = 21) melibatkan peserta yang menghadapi kekangan sosio-ekonomi yang tidak sejajar dengan masyarakat umum dalam memperinci perbezaan ketidakpuasan tubuh, kepuasan terhadap imej, dan tahap kegelisahan sosial fizikal antara wanita Orang Asli bandar dan luar bandar. Wanita Orang Asli di luar bandar mencatatkan tahap ketidakpuasan badan yang lebih tinggi berbanding dengan wanita Orang Asli dari kawasan bandar. Namun, tidak ada perbezaan yang ketara dalam sikap terhadap imej badan antara wanita Orang Asli di kedua-dua lokasi tersebut. Didapati juga tahap ketidakpuasan badan yang lebih tinggi adalah sejajar dengan imej badan yang kurang memuaskan di kalangan wanita Orang Asli di Malaysia. Kerana tanggapan dimana pengaruh pembudayaan Barat terhadap imej badan, wanita Orang Asli di kawasan bandar yang tidak ada masalah berat badan menunjukkan tahap kegelisahan yang lebih tinggi mengenai fizikal mereka berbanding wanita dari luar bandar dengan ukuran badan yang serupa. Didapati juga tahap ketidakpuasan yang lebih tinggi terhadap bentuk imej badan berkolerasi dengan imej bentuk badan yang lebih rendah kalangan wanita Orang Asli di Malaysia.
Kata kunci: Imej tubuh, orang asli Malaysia, bandar dan luar bandar, persepsi wanit
Persona dan Pesona China dalam Historiografi Melayu
Historiographical works are an important source in tracing the early interactions between the Malays and Chinese, through the depiction of certain personages. Furthermore, the Malay society's knowledge about China is presented by the writers through charming descriptions of Chinese customary practices, traditions and arts. At the same time, an assessment of the relationship between the Malays and Chinese, as presented in historiographical works, reveal many mythical elements whose existence requires explanation. This raises many questions concerning the existence of Chinese personages and Chinese presence in Malay historical writings, and to what the extent these accounts are true. This article will discuss these issues by examining selected historiographical works in Malay literature and related historical records. The discussion is based on an intercultural approach to Malay literature and its relevance to the present time.Karya historiografi menjadi sumber penting bagi mengesan interaksi awal orang Melayu dengan China dalam bentuk penampilan watak-watak yang memiliki personanya yang tersendiri. Pengetahuan masyarakat Melayu tentang keadaan negara China turut dicitrakan pengarang melalui deskripsi amalan adat istiadat, kebudayaan dan kesenian masyarakat China yang mempesonakan pembaca. Pada masa yang sama, penilaian terhadap kisah hubungan Melayu dengan China dalam karya historiografi memperlihatkan banyak unsur mitos yang perlu diberikan penjelasan akan kewujudannya. Hal ini menimbulkan pelbagai persoalan tentang sebab-sebab kewujudan unsur persona dan pesona masyarakat China dalam penulisan sejarah Melayu dan sejauh mana pula kebenarannya. Makalah akan membincangkan persoalan ini berdasarkan naskhah historiografi Melayu terpilih dan catatan-catatan sejarah yang berkaitan dengannya. Perbincangan adalah berasaskan pendekatan silang budaya dalam konteks kesusasteraan Melayu serta kerelevanannya sehingga ke hari ini
Sistem Bombon: Fungsionalisme Struktural Terhadap Masyarakat Kadazandusun di Kiulu, Tuaran, Sabah.
This study discusses the practice of the bombon system which is a tradition of the Kadazandusun community. The bombon system is a method of conservation of freshwater fish that has been practiced by the Kadazandusun since the time of their ancestors. Through this practice, the Kadazandusun community can preserve their environment, while at the same time ensuring a continuous source of fish. The bombon tradition is based on the traditional beliefs and customary laws of the Kadazandusun people. The bombon system shows the local wisdom of the Kadazandusun community towards the environment and in human relations. The problem around which this study is centred relates to the structural functionalism of the bombon system in the life of the Kadazandusun community. The objective of this study is to look at the function and role of the practice of the bombon system in the life of the Kadazandusun community. This study was conducted via field study, employing interviews, participatory observations and document research. The results show that the bombon system and the Kadazandusun community are functional and support each other's survival. The practice of the bombon system becomes a functional aesthetic requirement for the community of bombon practitioners, furthering its role as a contributor to the values and culture of the practitioner community. The practice of the bombon system, which highlights many implicit and explicit positive effects in the life of the Kadazandusun community, proves that the practice is functional and continues to be relevant to the life of the community today.
Keywords: Traditional beliefs, customary laws, local wisdom, bombon, KadazandusunTulisan ini membincangkan amalan sistem bombon yang menjadi tradisi masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon merupakan satu kaedah pemuliharaan ikan air tawar yang dilaksanakan sejak zaman nenek moyang masyarakat tersebut. Melalui amalan ini, masyarakat Kadazandusun dapat melestarikan alam sekitar seterusnya dapat memastikan mereka mendapat sumber ikan secara berterusan. Tradisi bombon bertititik tolak daripada kepercayaan tradisional dan hukum adat masyarakat Kadazandusun. Sistem bombon memperlihatkan kearifan tempatan masyarakat Kadazandusun terhadap alam sekitar dan hubungan sesama manusia. Permasalahan kajian ini adalah berkaitan dengan fungsionalisma struktural sistem bombon terhadap kehidupan masyarakat Kadazandusun. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian lapangan. Teknik yang digunakan adalah temu bual, pemerhatian ikut serta dan penelitian dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem bombon dan masyarakat Kadazandusun adalah berfungsi dan menyokong kelangsungan hidup masing-masing. Sistem bombon menjadi keperluan estetik fungsional bagi komuniti pengamal bombon.
Kata kunci: kepercayaan tradisional, hukum adat, kearifan tempatan, bombon, Kadazandusu
Etnografi Komunikasi Orang Asli Jakun
This study discusses the ethnography of communication of Jakun tribes people in two villages in the sub-district of Kahang: Kampung Seri Kenangan and Kampung Punjut. The main objective of this study is to explain the ethnography of communication of the Jakun Tribe. Furthermore, this study uses a qualitative descriptive method to interpret the data collected in the field. The data was collected through interviews with 20 informants of Jakun tribes people. Description of the ethnography of communication of the Jakun language in this study employs the theoretical framework of SPEAKING introduced by Dell Hymes (1964). The SPEAKINGframework enable explanation of the communication event and background of the Jakun tribe.
Keywords: Indigenous people, Jakun tribe, ethnography, communication, SPEAKING modelKajian ini membincangkan etnografi komunikasi orang asli Jakun di dua buah perkampungan orang asli Jakun di Mukim Kahang, iaitu di Kampung Seri Kenangan dan Kampung Punjut. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan etnografi komunikasi orang asli Jakun. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif untuk menghuraikan data yang dikumpulkan di lapangan. Data etnografi komunikasi dipungut menerusi temu bual terhadap 20 orang informan orang asli Jakun. Deskripsi etnografi komunikasi bahasa Jakun dalam kajian ini menggunakan kerangka teori S.P.E.A.K.I.N.G. saranan Dell Hymes (1964). Kerangka teori S.P.E.A.K.I.N.G. ini telah dapat menghuraikan peristiwa komunikasi dan latar belakang Orang Asli Jakun.
Kata kunci: Orang Asli; Orang Asli Jakun; etnografi komunikasi; teori SPEAKIN
Hantaran Bahasa Melayu yang Tular di Facebook: Analisis dari Aspek Kandungan dan Atribut Linguistik
The increasing use of Facebook among users from different walks of life has made it one of the main sources of information on social media. The extra attention given by users to Facebook posts has created a phenomenon known as "virality" in which a post can be shared with hundreds of thousands of users within a short time and much faster than the mainstream media. While previous studies have investigated viral postings from the perspective of business and mostly in the English language, this study aims to linguistically analyze Malay language postings on Facebook that cause them to go viral in terms of content and linguistic attributes. Through textual analysis of 100 Facebook postings of various topics that went viral and with a corpus size of about 10,000 words, this study captured the content and language attributes of each post and tabulate them accordingly. The results showed that the main theme of the content of viral postings is largely related to family-related advice, while the most common linguistic feature is the use of personal pronouns. In terms of writing style, it was found that argumentative and anecdotal styles are the most popular. The findings from this study have provided valuable input to content producers in creating content that would reach out to more users.Pertambahan pengguna Facebook yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menjadikan Facebook salah satu medium sumber maklumat utama dalam media sosial. Hantaran yang mendapat banyak perhatian dalam kalangan pengguna Facebook ini telah mencipta fenomena yang dikenali sebagai penularan, iaitu hantaran yang dikongsikan dengan puluhan ribu pengguna dalam tempoh masa yang singkat dan dengan cara yang lebih cepat berbanding media arus perdana. Kajian lepas telah meneliti hantaran yang tular dalam bidang perniagaan dan kebanyakan hantaran tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris. Kajian ini pula bertujuan untuk menganalisis hantaran bahasa Melayu di Facebook yang tular dari aspek kandungan dan struktur linguistik. Melalui kaedah analisis teks, kajian ini melibatkan 100 hantaran Facebook merangkumi pelbagai topik yang telah tular dengan saiz korpus kira-kira 10,000 patah perkataan. Kajian ini merakamkan kandungan dan atribut bahasa setiap hantaran dalam jadual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tema utama kandungan hantaran yang tular berunsur nasihat yang berkaitan dengan topik keluarga. Bagi atribut linguistik pula, kekerapan penggunaan kata ganti nama diri adalah sangat tinggi dan dari segi gaya penulisan didapati bahawa penghujahan dan penceritaan ialah gaya penulisan yang paling popular dalam hantaran yang tular. Oleh itu, kajian ini memberikan input kepada penyedia kandungan yang bergiat aktif di media sosial untuk menghasilkan kandungan yang boleh menjangkau lebih ramai pengguna
Novelis Feminis Sabah: Sudut Pandangan Mereka
This paper scrutinizes five award-winning novels by five Sabah female writers and the issues of sexual discrimination, lack of opportunities, patriarchal hegemony and the negative perceptions of the body that plague Sabah Malay women. A discursive analysis of these issues is anchored upon a gynocritic feminist approach first introduced by Elaine Showalter in her famous essay entitled "Toward a Feminist Poetics" (Newton, 1997). The purpose of this study is to uncover the concept of the feminine "self" in the Sabah context through a thirty-year interrogation represented by these five female authors' novels and narrative styles, which include an exploration of their themes, language styles and poetics through the five novels entitled Malisiah by Obasiah Hj Usman (1986), Dari dalam Cermin by Azmah Nordin (1992), Gadis Adikara by Ruhaini Matdarin (2007), Pagi di Hujung Senja by Kathirina Susanna Tati (2013) and Helaian Linangkit by Dayangku Mastura Pg. Ismail (2016).Artikel ini meneliti karya lima penulis novel wanita pemenang anugerah novel dan isu yang dibangkitkan berkaitan dengan diskriminasi, kekurangan peluang, hegemoni patriaki dan persepsi negatif oleh badan tertentu yang mengekang wanita Melayu Sabah. Analisis diskursif tentang isu ini menggunakan pendekatan feminis ginokritik yang diperkenalkan oleh Elaine Showalter dalam eseinya yang terkenal "Toward a Feminist Poetics" (Newton, 1997). Tujuan kajian ini adalah untuk menyingkap konsep feminin "diri" dalam konteks Sabah menerusi 30 tahun pengalaman yang dipersembahkan oleh lima penulis novel wanita ini dalam gaya naratif, yang memuatkan penerokaan tentang tema, gaya bahasa dan puisi melalui lima novel bertajuk Malisiah oleh Obasiah Hj Usman (1986), Dari dalam Cermin oleh Ahmah Nordin (1992), Gadis Adikara oleh Ruhaini Matdarin (2007), Pagi di Hujung Senja oleh Kathirina Susanna Tati (2013) dan Helaian Lingkit oleh Dayangku Mastura Pg. Ismail (2016)
Novel Revolusi Kemerdekaan karya Pramoedya Ananta Toer dalam Perspektif Hegemoni Jurnalistik
The journalistic hegemony conceptual framework is an approach in the study of literary works in all genres. This framework functions on the principle that a literary work is a creative medium that comprises facts, data and reality that is fictionalized for the purpose of spreading information to its readers, similar to that of conventional media. Based on documentary research and content analysis, this study proves that Pramoedya Ananta Toer's novels on the theme of the Indonesian National Revolution (1945-1949)-Di Tepi Kali Bekasi (1951), Keluarga Gerilya (1955), Sekali Peristiwa di Banten Selatan (1963) and Larasati (2003)-are creative media intended to raise awareness among the Javanese marginal class. The focus of this study is to prove that Pramoedya Ananta Toer's novels are creative media designed to create hegemony and mental awareness, both intellectually and ideologically, in the social class he represents. The journalistic hegemony conceptual framework is based on the principle of comparative hegemony by Antonio Gramsci and the communication theory. The hypodermic needle theory places these novels on revolution by Pramoedya Ananta Toer as having the function of spreading information creatively in order to raise awareness and subsequently free the marginal class of false consciousness nurtured by the traditional bureaucratic elites and Dutch colonizers in Java.
Keywords: Journalistic hegemony, intellectuality, ideology, Hypodermic Needle Theory, marginal classKerangka konseptual hegemoni jurnalistik merupakan pendekatan dalam kajian terhadap kedudukan karya sastera dalam semua genre. Kerangka ini berfungsi atas prinsip bahawa sesebuah karya sastera merupakan media kreatif yang memiliki fakta, data dan realiti yang difiksyenkan yang bertujuan menyebarkan maklumat kepada pembacanya yang berperanan seperti media konvensional. Berdasarkan penyelidikan perpustakaan dan analisis kandungan, kajian ini membuktikan novel Pramoedya Ananta Toer yang bertema Revolusi Kemerdekaan Indonesia (1945-1949), iaitu Di Tepi Kali Bekasi (1951), Keluarga Gerilya (1955), Sekali Peristiwa di Banten Selatan (1963) dan Larasati (2003) merupakan media kreatif untuk mewujudkan kesedaran kelas marginal Jawa. Fokus kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa novel Pramoedya Ananta Toer merupakan media kreatif untuk menggerakkan hegemoni dan kesedaran mental kelas sosial yang diwakilinya dalam aspek intelektual dan ideologi. Kerangka konseptual hegemoni jurnalistik yang dibina berdasarkan prinsip hegemoni tandingan oleh Antonio Gramsci dan teori komunikasi. Teori Jarum Hipodermik meletakkan novel revolusi Pramoedya Ananta Toer berfungsi menyampaikan informasi secara kreatif dengan tujuan mewujudkan kesedaran dan seterusnya membawa kelas marginal Jawa keluar daripada kesedaran palsu yang dibina oleh para elit birokrasi tradisional dan kolonialisme Belanda di Jawa.
Kata kunci: Hegemoni jurnalistik, intelektual, ideologi, Teori Jarum Hipodermik, kelas margina
Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Kes Indira Gandhi: Implikasi Dan Solusi
This article discusses the verdict of the Indira Gandhi case at the Federal Court and the jurisdictional conflict vis-à-vis Civil and Sharia Courts in matters pertaining to the dissolution of marriage in Section 51 of Act 164 and the determination of the religion of a child. This article aims to find a solution in the event of legal disputes between the aforementioned courts. The methods used in this study are library research and comparative analysis. Comparisons between the Subashini, Fatimah Tan and Nyonya Tahir cases are made, as well as comparisons regarding the definition of the term "parent" in the Federal Constitution and the Act/Enactments of the Administration of Islamic Law. Recent developments of Section 51 of Act 164 are also discussed. The finding indicates that the word "parent" has various meanings. The outcome of this study suggests that this case might imply a "binding precedent" in determining the religion of a child in the future, thus putting the Sharia Court's jurisdiction of judicial review in question.
Keywords: Administration of Islamic Law, jurisdictional conflict, Ahmad Ibrahim, Section 51, Act 1964Artikel ini membincangkan keputusan kes Indira Gandhi pada peringkat mahkamah persekutuan dan konflik bidang kuasa antara mahkamah sivil dengan mahkamah syariah dalam isu pembubaran perkahwinan melalui seksyen 51 Akta 164 serta penentuan agama kanak-kanak. Tujuannya adalah untuk mencari penyelesaian apabila timbul pertikaian undang-undang antara kedua-dua mahkamah tersebut. Metode yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah perpustakaan dan perbandingan. Perbandingan dilakukan antara kes-kes yang berkaitan, antaranya termasuklah kes Subashini, Nyonya Tahir dan Fatimah Tan. Begitu juga, perbandingan dibuat berkaitan dengan takrifan istilah parent dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta/Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri-negeri. Selain itu, perkembangan terkini berkenaan dengan seksyen 51 Akta 164 turut dikaji. Hasil analisis dan perbandingan mendapati bahawa perkataan parent mempunyai tafsiran yang pelbagai. Keputusan kes ini juga bakal memberikan implikasi "duluan mengikat" terhadap kes penentuan agama kanak-kanak dan mempersoalkan bidang kuasa mahkamah syariah dalam isu-isu tertentu seperti bidang kuasa semakan semula.
Kata kunci: Pentadbiran Undang-undang Islam, konflik bidang kuasa mahkamah, Ahmad Ibrahim, Seksyen 51, Akta 16
Perkembangan Undang-Undang Persaingan dalam Konteks Harta Intelek di Malaysia
Competition Competition Law has been introduced in Malaysia since the 1990s, but at that time, there was no specific law on competition. Provisions related to competition were embedded in various legislations, such as the Communications and Multimedia Act 1998 and Energy Commission Act 2001. The government finally took the initiative to introduce specific laws on competition, known as the Competition Act 2010, to show Malaysia's integrity and commitment towards the spirit of market integration in the ASEAN region. Since then, Malaysia has witnessed the development of Competition Law, especially with regard to the implementation of such laws in various commercial sectors, including intellectual property. Nine years after the enactment of the Competition Act 2010, the Malaysia Competition Commission (MyCC) issued specific guidelines on intellectual property in response to the current commercial needs and to meet the aspirations set out in the Guidelines on Chapter 1 Prohibition (Anti-Competition Agreement). Therefore, this article aims to identify and discuss the development of Competition Law in Malaysia related to intellectual property. This article is a literature review that uses primary and secondary sources to obtain data. The result showed that even though MyCC has issued specific guidelines on intellectual property (Guidelines on Intellectual Property Rights and Competition Law) to resolve issues related to intellectual property, some improvements need to be made so that it can be implemented effectively.
Keywords: Competition law, intellectual property, Guidelines for Intellectual Property Rights and Competition Law, MyCC, MalaysiaUndang-undang persaingan telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1990-an, namun pada masa itu tidak ada undang-undang khusus mengenai persaingan. Peruntukan berkaitan dengan persaingan terkandung dalam undang-undang yang pelbagai seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001. Kerajaan akhirnya mengambil inisiatif untuk memperkenalkan undang-undang khusus mengenai persaingan, yang dikenali sebagai Akta Persaingan 2010 untuk menunjukkan integriti dan komitmen Malaysia terhadap semangat integrasi pasaran di rantau ASEAN. Sejak itu, Malaysia telah mengalami perkembangan undang-undang persaingan, terutamanya berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang tersebut dalam pelbagai sektor komersil termasuk harta intelek. Selepas sembilan tahun Akta Persaingan 2010 diwujudkan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengeluarkan garis panduan khusus mengenai harta intelek sebagai maklum balas terhadap keperluan komersil semasa dan memenuhi aspirasi yang dinyatakan dalam Garis Panduan Bab 1 Larangan (Perjanjian Anti-Persaingan). Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan perkembangan undang-undang persaingan di Malaysia berkaitan dengan harta intelek. Artikel ini memaparkan kajian kepustakaan yang menggunakan sumber primer dan sekunder untuk perolehan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun MyCC telah mengeluarkan garis panduan khusus berkaitan dengan harta intelek (Garis Panduan Hak Harta Intelek dan Undang-Undang Persaingan) untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan harta intelek, namun beberapa penambahbaikan perlu dibuat agar pelaksanaannya dapat dijalankan secara berkesan.
Kata kunci: Undang-undang persaingan, harta intelek, Garis Panduan Hak Harta Intelek dan Undang-undang Persaingan, MyCC, Malaysi