Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Sufisme dalam Sajak Ahmad Kamal Abdullah
This study aims to find sufi values in the poems of Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), a modern Malaysian poet. In this study, the writer uses sufi literary theory to analyse poems by Kemala. The poems are taken from three collections of Kemala's poems, namely Ziarah Tanah Kudup (2006), Syurga ke Sembilan (2009), and Dhikr Serenades; Titir Zikir (2010). This study of sufi elements is the poems of Kemala employs the theory of Seyyed Hossein Nasr and concerns three major elements of tasawwuf (sufi mysticism), that is, the Divine, Mankind and spiritual wellbeing. The conclusion that can be drawn from this study is that the poems of Kemala are inseparable from sufism. The Divine is, in Kemala's poems, an aim in mankind's life journey. The Divine in this case is personified as light or "Nur". Mankind, in Kemala's poems, is depicted as the Salik or traveller in search of an end to his journey, which is the Divine Himself. While spiritual wellbeing is about the search and contemplation of human life.
Keywords: Ahmad Kamal Abdullah, sufism, poem, sufi, tasawwufPenelitian ini bertujuan untuk mengetahui kandungan nilai-nilai sufisme dalam sajak-sajak Ahmad Khamal Abdullah (Kemala), penyair Malaysia modern. Dalam penelitian ini, penulis melakukan identifikasi terhadap puisi-puisi Kemala menggunakan teori-teori sastra sufistik. Puisi-puisi tersebut adalah daripada tiga buku kumpulan puisi Kemala, iaitu Ziarah Tanah Kudup (2006), Syurga ke Sembilan (2009), dan Dhikr Serenades; Titir Zikir (2010). Penelitian terhadap nilai-nilai sufisme dalam puisi-puisi Kemala menggunakan teori Sayyed Hossein Nasr tentang tiga unsur utama kajian tasawuf, iaitu kudrat Tuhan, kudrat manusia, dan kebajikan rohani. Daripada penelitian ini didapati bahawa puisi-puisi Kemala sangat dekat dengan unsur sufisme. Kudrat Tuhan dalam puisi-puisi Kemala diposisikan sebagai tujuan pencarian daripada perjalanan hidup manusia. Tuhan dalam hal ini dipersonifikasikan sebagai "Cahaya" atau "Nur". Kudrat manusia, dalam sajak-sajak Kemala diposisikan sebagai seorang Salik, iaitu pengembara yang terus mencari tujuan akhir perjalanannya, iaitu Tuhan itu sendiri. Sedangkan kebajikan rohani berisi sekitar pencarian dan perenungan akan hakikat kehidupan manusia.
Kata kunci: Ahmad Kamal Abdullah, sufisme, sajak, sufi, tasawu
"Air Tangan Ibu" dalam Budaya Makanan Melayu menurut Perspektif Islam Berdasarkan Cerpen-cerpen Melayu Pilihan
In Malay culture, the concept of air tangan ibu (mother's handiwork) generally refers to the noble effort of a woman in cooking dishes for her children. Philosophically, however, air tangan ibu does not merely refer to a mother's cooking but encompasses the love, earnestness and sincerity of the mother in preparing dishes for her children. It is this emotion that flows through it that will lead a child to remember its mother and her sacrifices. In fact, in the context of Islam, the philosophy of air tangan ibu is in line with the encouragement of the Rasulullah s.a.w. that everyone on this Earth should give their best in their everyday occupation. Therefore, this study analyses selected Malay short stories that display their writer's creativity through the dishes highlighted in each of these works. The study unravels the concept of "air tangan ibu" as a backbone of education, as a reminder, and as a character-shaping force, based on the short stories "Kerana Kuih Koci" (Fathul Khair Mohd Dahlan), "Bihun Goreng Berkuah Laksa" (Nordin Saad) and "Serondeng Nasi Pulut" (Jamilah Epin). The study makes clear that air tangan ibu in Malay culture highlights the ability of writers to showcase the culinary creativity of the Malays in each of these short stories, which ultimately has a universal meaning to people in their lives the world over.
Keywords: Air tangan ibu, Malay culinary culture, selected Malay short storiesDalam budaya Melayu, konsep "air tangan ibu" secara umumnya dikenali sebagai usaha mulia seorang yang bergelar wanita yang memiliki anak untuk menyediakan hidangan dalam masakan. Namun begitu, secara falsafahnya "air tangan ibu" bukan sekadar berbentuk hidangan dalam masakan bahkan sebenarnya merupakan aliran kasih sayang, kesungguhan, dan ketulusan hati seseorang ibu yang menyediakan makanan untuk anaknya. Maka, dengan hati itulah sebenarnya yang mengalirkan "air tangan ibu" yang menjadi obor kekuatan kepada seseorang anak untuk mengingati dan mengenangi jasa ibunya. Malahan, dalam konteks Islam, falsafah "air tangan" ini juga dapat disejajarkan dengan dorongan Rasulullah SAW agar setiap manusia di muka bumi ini memperelok kerja seharian. Oleh itu, kajian ini meneliti cerpen Melayu pilihan yang memperlihatkan kreativiti pengarang mengutarakan "air tangan ibu" menerusi menu yang disajikan dalam karya masing-masing. Kajian akan merungkai konsep "air tangan ibu" sebagai tunjang pendidikan, sebagai pemberi peringatan dan sebagai pembentuk akhlak berdasarkan cerpen Kerana "Kuih Koci" (Fathul Khair Mohd Dahlan), "Bihun Goreng Berkuah Laksa" (Nordin Saad) dan "Serondeng Nasi Pulut" (Jamilah Epin). Berdasarkan kajian, jelas menunjukkan bahawa konsep "air tangan ibu" dalam budaya Melayu menyerlahkan keupayaan pengarang mengutarakan kreativiti makanan Melayu dalam cerpen-cerpen masing-masing, yang akhirnya memberikan makna dalam kehidupan manusia sejagat.
Kata kunci: "Air tangan ibu", budaya makanan Melayu, cerpen-cerpen Melayu piliha
JMJ Food & Beverages Sdn. Bhd. V. Mohamad Zukrillah Ismail & Ors [2016] 4 CLJ 368
Kes ini merupakan kes rayuan di Mahkamah Rayuan pada tahun 2016 oleh perayu terhadap keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi pada tahun 2014 yang telah menolak permohonan sivil perayu terhadap responden-responden. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa tiada sebarang pencerobohan oleh pihak responden-responden dan pemeriksaan restoran perayu oleh responden-responden bukanlah mala fide pihak responden-responden terhadap perayu. Kes rayuan di Mahkamah Rayuan telah didengar oleh tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan (HMR) iaitu Yang Arif Abang Iskandar Abang Hashim HMR, Yang Arif Nallini Pathmanathan HMR, dan Yang Arif Zamani A. Rahim HMR
Penerbitan Terjemahan Karya Sastera Mahua Moden dalam Majalah Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
This article documents the translations of works of modern Mahua literature in magazines published by Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Discussion is made descriptively, guided by translation history theory employing eight objects of study proposed by D'hulst (2010), i.e. quis (who)?, quid (what)?, ubi (where)?, quibus auxiliis (which sort of support)?, cur (why)?, quomodo (how)?, quando (when)?, and cui bono (what are the effects)? The translations of modern Mahua literature in magazines published by DBP were collected manually from magazines from the collection stored at the National Library of Malaysia (PNM). Data collected were analysed using bibliometric methods. Findings from the study show that the translations of modern Mahua literature were published in Dewan Bahasa and Dewan Sastera comprises 33 poems and short stories. 12 local translators were involved in producing these translations since 1968. The publishing effort of the translation of Mahua modern literary works into Malay aims at introducing Chinese culture and thoughts through Mahua literature to Malay-language readers to promote understanding and cultivate national integration.Artikel ini mendokumentasikan terjemahan karya sastera Mahua moden dalam majalah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Perbincangan dibuat secara deskriptif berpandukan teori sejarah terjemahan dengan memanfaatkan lapan objek kajian yang diutarakan oleh D'hulst (2010), iaitu quis (siapa?), quid (apa?), ubi (di mana?), quibus auxiliis (apa jenis sokongan?), cur (mengapa?), quomodo (bagaimana?), quando (bila?), dan cui bono (apa kesannya?). Terjemahan karya sastera Mahua moden yang diterbitkan dalam majalah DBP dikumpulkan secara manual daripada koleksi majalah yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah bibliometrik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa karya terjemahan sastera Mahua moden diterbitkan dalam Dewan Bahasa dan Dewan Sastera dengan jumlah sebanyak 33 buah judul puisi dan cerpen. Terdapat seramai 12 orang penterjemah tempatan terlibat dalam penghasilan karya terjemahan ini sejak tahun 1968. Usaha penerbitan terjemahan karya sastera Mahua moden ke dalam bahasa Melayu bertujuan memperkenalkan budaya dan pemikiran kaum Cina melalui sastera Mahua kepada pembaca berbahasa Melayu bagi meningkatkan persefahaman antara kaum sekali gus memupuk integrasi nasional
Fasal 233 Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa 1982: Satu Analisis terhadap Perairan Selat Melaka
The Straits of Malacca is a narrow strait located between three countries, namely Malaysia, Singapore and Indonesia. The Straits functions as the most important passage for hundreds of ships to deal with international affairs, particularly for trading purposes. Such a situation indirectly contributes to high traffic congestion and increases the risk of collision between ships, which consequently causes oil spills and damages the aquatic biosystems. Part III and Part XII of the Law of the Sea Convention 1982 (UNCLOS) would be applicable in addressing such issues, particularly Article 233. Article 233 would be the main discussion applied to analyse the extent of enforcement measures that could be taken towards ships that cause damage. Therefore, this article identifies the concept and definition of Article 233 and its application in curbing the issue of sea pollution in the Straits of Malacca. It aims to identify the measures that could be taken by the littoral states and the application of other provisions under UNCLOS 1982 in enforcing the laws in the Straits. This article also proposes suggestions and recommendations to improve on the issue of sea pollution and the obligations of the littoral states in curbing the problem.
Keywords: Article 233, The Straits of Malacca, sea pollution, Straits States, shipsSelat Melaka merupakan selat yang terletak di antara tiga buah negara, iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Selat tersebut berfungsi sebagai laluan terpenting bagi beratus-ratus kapal untuk melakukan pelbagai aktiviti bersifat antarabangsa terutamanya bagi tujuan perdagangan. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada kesesakan trafik yang amat tinggi, meningkatkan risiko berlakunya perlanggaran dan pertembungan antara kapal yang mengundang tumpahan minyak yang akan menjejaskan biosistem laut. Sungguhpun Bahagian III dan Bahagian XII Konvensyen Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS) diguna pakai untuk mengawal selia isu ini, Fasal 233 secara khususnya menjadi tajuk perbincangan bagi mengenal pasti sejauh mana langkah penguatkuasaan dapat diambil terhadap kapal-kapal yang berbuat kerosakan. Oleh itu, artikel ini mengenal pasti konsep dan definisi Fasal 233 dan keterpakaiannya dalam membendung pencemaran laut di Selat Melaka. Artikel ini turut menganalisis pelaksanaan Fasal 233 yang telah dilakukan oleh Negara-negara Selat serta pemakaian peruntukan UNCLOS 1982 yang lain dalam menguatkuasakan undang-undang di Selat Melaka. Artikel ini turut mengemukakan beberapa cadangan bagi sebarang penambahbaikan terhadap isu pencemaran laut dan kewajipan Negara-negara Selat untuk menangani masalah yang berlaku.
Kata kunci: Fasal 233, Selat Melaka, pencemaran laut, Negara Selat, Kapa
Sokongan Kewangan Anak Lelaki dan Perempuan dalam Membantu Ibu Bapa Mengerjakan Haji
Performing the hajj is the dream of every Muslim. Among the factors that parents consider when achieving this dream include dependent children and insufficient money. Therefore, the most suitable time for them to perform this long-held dream is when their children are grown up and working. This study aims to survey the extent of financial assistance from children that can help parents to perform the hajj. Furthermore, this study will compare the financial efforts of children towards their parents based on gender. The respondents for this study comprised 10 mothers and fathers aged 60 to 80 years who are of Malay ethnicity and of the Islamic faith. Respondents were selected using the purposive sampling technique, and they were interviewed in depth. The data and information resulting from the in-depth interviews were analysed using content analysis and arranged according to themes after they were transcribed and discussed. The results showed that support in the form of random cash contributions and full financing have successfully realized a few of the parents' lifetime dream of performing the hajj. This study has contributed knowledge regarding the role of monetary support from sons and daughters to help their parents fulfil their ambition to perform the hajj, which is a mass pilgrimage that is obligatory to all Muslims, especially for the elderly who wish to achieve their dream of fulfilling the fifth pillar of Islam.
Keywords: parents, monetary help, sons, daughters, the hajj, the fifth pillar of IslamMengerjakan haji menjadi impian setiap orang yang beragama Islam. Antara faktor yang menjadi pertimbangan ibu bapa untuk memenuhi hasrat ini termasuklah anak-anak yang masih dalam tanggungan dan ketidakecukupan wang. Masa yang sesuai untuk memenuhi impian terpendam ini adalah apabila anak-anak sudah dewasa dan telah bekerja. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana bantuan wang ringgit daripada anak-anak dapat membantu ibu bapa mengerjakan haji. Seterusnya, membandingkan bantuan kewangan berasaskan gender anak-anak. Responden kajian terdiri daripada 10 orang ibu atau bapa berumur 60 tahun dan ke atas, berbangsa Melayu dan beragama Islam. Responden dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan, dan mereka telah ditemu bual secara mendalam. Data dan maklumat hasil temu bual dianalisis menggunakan analisis kandungan dan disusun mengikut tema selepas ditranskripsikan dan dibincangkan. Hasil kajian ini mendapati sokongan berbentuk pemberian wang secara tidak tetap dan berkala, serta pembiayaan sepenuhnya telah berjaya merealisasikan impian sebahagian ibu bapa untuk mengerjakan haji. Kajian ini telah menyumbang kepada pengetahuan tentang peranan sokongan berbentuk kewangan daripada anak lelaki dan perempuan telah memainkan peranan untuk membantu ibu bapa memenuhi cita-cita menunaikan haji, satu perjalanan massa (besar-besaran) yang diwajibkan atas semua warga Muslim (yang berkemampuan). Khususnya, mereka yang sudah berumur, yang ingin mencapai impian memenuhi rukun Islam yang kelima.
Kata kunci: ibu bapa, bantuan wang, anak lelaki, anak perempuan, ibadah haji, rukun Islam kelim
Pola Perbelanjaan Belia Melayu B40 dan M40 di Kuala Lumpur
This study focuses on analyzing the spending patterns of youths from across the B40 and M40 income strata living in Kuala Lumpur. To achieve the objectives of this study, an analytical framework was developed that prioritizes needs. These needs include basic necessities, shelter and health, family, religious matters, and free time. The results of this study show that there is no significant difference between the two groups in terms of spending patterns. However, there is a difference in terms of priorities, which are led by the desire to guarantee survival in the city. Basic necessities, such as house ownership, feature as top topics in the discussion of expenditure, especially among lower and middle-income groups. However, the pricing of homes which renders them unattainable to these two groups, especially in the urban setting, results in expenses related to home purchases not being a main item in their spending patterns. This study highlights that the type of residence contributes to the shaping of the lifestyle and spending patterns of urban youth.
Keywords: urban, youth, needs, Malay, income, expenditureKajian ini berfokus untuk menganalisis perbelanjaan belia kumpulan B40 dan M40 yang menetap di bandar iaitu di Kuala Lumpur melalui keperluan-keperluan tertentu. Bagi mencapai objektif kajian ini, satu kerangka kajian mengenai apakah keperluan-keperluan yang diutamakan ketika berbelanja telah dibentuk. Keperluan tersebut adalah keperluan asas, perlindungan dan kesihatan, keluarga, agama, dan masa lapang. Menerusinya, hasil daripada dapatan kajian memperlihatkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan ketika berbelanja berdasarkan keperluan tersebut. Namun begitu, didapati terdapat perbezaan keutamaan ketika berbelanja seperti yang dilakukan oleh responden bagi menjamin kelangsungan hidup di bandar. Walaupun keperluan asas seperti pemilikan rumah sering menjadi topik perbincangan, akibat harga yang tidak mampu milik lebih-lebih lagi di bandar telah menyebabkan membeli rumah bukanlah penyumbang utama dalam pecahan perbelanjaan. Hal ini mencadangkan bahawa jenis penempatan menyumbang kepada bentuk gaya hidup dan perbelanjaan yang menjadi amalan oleh golongan belia di bandar.
Kata kunci: bandar, belia, keperluan, Melayu, pendapatan, perbelanjaa