Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Analisis Metafora Konseptual "Rasa" Berasaskan Data Korpus dalam Kalangan Pesakit Kemurungan
This study examines the phenomenon of depression in Major Depressive Disorder (MDD) patients from a language perspective. The research design is based on a case study of an MDD patient at the University of Malaya Medical Center (UMMC). The study used the Conceptual Metaphor Theory (CMT) by Lakoff and Johnson (1980), systematic metaphor analysis by Cameron et al. (2010), and Metaphor Identification Procedure (MIP) by Pragglejaz Group (2007). By building this study's own corpus data (i.e., DIY corpus), spoken data were transcribed for in-depth analysis. This study found that 61% of the word "feel" in the corpus data demonstrated a summation of a person's emotional language and feelings. Therefore, the word "feel" in the corpus data is analysed to ascertain how MDD patients implicitly express sadness, disappointment, and hopelessness. As many as 87% of linguistic metaphors were a realisation to the conceptualisation of depression. The findings also indicated that the Malay language is composed of a set of metaphors that are congruent with previous studies, whereby the identified metaphor of depression is highly relevant to the existing conceptual metaphor mapping, namely: DEPRESSION IS DOWN, DEPRESSION IS A PHYSICAL SYMPTOM, DEPRESSION IS A THING, DEPRESSION IS A BURDEN, DEPRESSION IS A LIVING ORGANISM, DEPRESSION IS A JOURNEY and DEPRESSION IS WAR. The combination of systematic metaphors can also frame the thinking of depressed patients and the surrounding community, forming a set of systematic metaphors, namely: MENTALLY ILL PATIENT’S PERCEPTION OF SOCIETY'S STIGMA IS A NEGATIVE PERCEPTION OF ISLAM.Kajian ini meneliti fenomena kemurungan dalam kalangan pesakit MDD dari perspektif bahasa. Kajian kes yang menjadi reka bentuk kajian ini memfokuskan seorang pesakit MDD di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kajian menggunakan Teori Metafora Konseptual (TMK) oleh Lakoff dan Johnson (1980), analisis metafora sistematik oleh Cameron et al. (2010) dan Prosedur Pengidentifikasian Metafora (PPM) oleh Kumpulan Pragglejaz (2007). Dengan membangunkan data korpus sendiri (DIY corpus), data lisan ditranskripsi untuk dianalisis secara mendalam. Kajian ini mendapati bahawa sebanyak 61% kata "rasa" yang ditemukan dalam data korpus menunjukkan rangkuman bahasa emosi dan perasaan seseorang. Kata "rasa" dalam data korpus dianalisis untuk melihat cara pesakit Major Depression Disorder (MDD) mengekspresikan emosi kesedihan, kekecewaan dan putus harapan yang disampaikan melalui ungkapan tersirat. Sebanyak 87% metafora linguistik mengkonseptualkan metafora kemurungan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai set metafora yang sama dengan kajian lepas apabila metafora kemurungan yang telah diidentifikasikan sangat relevan dengan pemetaan metafora konseptual yang sedia ada, iaitu KEMURUNGAN IALAH KEJATUHAN, KEMURUNGAN IALAH SIMPTOM FIZIKAL, KEMURUNGAN IALAH BENDA, KEMURUNGAN IALAH BEBAN, KEMURUNGAN IALAH ORGANISMA HIDUP, KEMURUNGAN IALAH PERJALANAN dan KEMURUNGAN IALAH PEPERANGAN. Gabungan metafora sistematik juga dapat membingkaikan pemikiran pesakit kemurungan dan masyarakat sekeliling sehingga membentuk satu set metafora sistematik, iaitu PERSEPSI PESAKIT MENTAL TERHADAP STIGMA MASYARAKAT IALAH PERSEPSI NEGATIF TERHADAP ISLAM
Nilai Spiritual dalam Pemikiran Za'ba
Za'ba, or his real name Zainal Abidin bin Ahmad is not just a preacher and thinker who has sharp eyes, but also a spiritual teacher. It is based on the idea that emphasizes its meaning, purpose and value of life, which should belong to every human being, especially to a Malay Muslim. Her contributions to the community is unbeatable. It underlines the general appreciation of Islam by emphasizing a determination to use the world for the happiness of life, here and in the hereafter. For Za'ba, mistakes in thinking lead to weaknesses in making a decision and followed by a bad action. Za'ba's thinking goes beyond times. His writings are almost 70 years old, was found in Qalam magazine which was published in 1952, but the essence and the topics of discussion are still fresh and still relevant until today. The determination of the mindset to ensure that the Malays are on the right track again, as it was recommended in Islam is very evident in his writing. Therefore, this work aims to examine and analyze Za'ba's spiritual values found in his mind through his writings.
Keywords: Za'ba, spirituality, thought, Malay, meaning and value in lifeZa'ba, atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad bukan sekadar pendeta dan pemikir yang mempunyai mata hati yang tajam, malahan beliau juga merupakan seorang guru spiritual. Hal ini berdasarkan pemikiran beliau yang menyerlahkan makna, tujuan dan nilai hidup yang seharusnya dimiliki oleh setiap manusia yang bergelar Melayu Muslim. sumbangan beliau kepada masyarakat Melayu sukar ditandingi. Beliau sangat menitikberatkan penghayatan Islam secara menyeluruh dengan memberikan penekanan kepada kesungguhan untuk menggunakan dunia demi kebahagiaan hidup di akhirat. Bagi Za'ba kesalahan dalam berfikir telah menjurus kepada kelemahan dalam membuat sesuatu keputusan dan seterusnya tindakan. Pemikirannya mendahului zaman. Tulisan beliau telah berusia hampir 70 tahun, seperti yang terdapat dalam majalah Qalam yang telah diterbitkan pada 1952, namun inti pati dan topik perbincangannya masih segar dan kekal relevan sehingga ke hari ini. Kesungguhannya memastikan pola pemikiran bangsa Melayu berada pada landasan yang betul lagi benar, seperti yang dianjurkan dalam agama islam amat jelas kelihatan dalam tulisan beliau. sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis nilai spiritual Za'ba yang terdapat dalam pemikiran melalui tulisannya.
Kata Kunci: Za'ba, spiritualiti, pemikiran, melayu, makna, nilai hidu
Sudut Pandangan dalam Cereka Melayu
Point of view is one of the ways an author to visualizes what is heard or seen by a character in a piece of fiction. Usually, point of view is presented through pronouns and modalities. This study investigates the use of both markers in Malay fiction. Aspects of pronouns are analysed from the point of view of subjectivity and objectivity, while the aspect of modality is discussed in terms of its form and meaning in the text. This is because the limitations of the author's knowledge can be assessed through the presence of pronouns and modalities. For this purpose, this study will use some examples of Malay-language fiction to describe the strategy of using pronouns and modalities. To identify the category and meaning of modality, this study applies the category of modality proposed by Halliday (1994). The findings show that the third person point-of-view functions to describe the author's omniscience, while the first-person point-of-view portrays limited knowledge. The use of modality in Malay literature also varies. For example, barangkali (may), mungkin (perhaps) and boleh jadi (maybe) serve to illustrate the limitations of author's knowledge, while mesti (must) and perlu (need) show the author's omniscience. In addition, this study also found that the truth of a proposition varies according to the category of modality.
Keywords: Pronoun, modality, point of view, subjectivity, objectivitySudut pandangan merupakan salah satu cara yang digunakan oleh pengarang untuk menggambarkan sesuatu yang sedang didengar atau diilihat oleh watak dalam sesebuah cereka. Lazimnya sudut pandangan dipersembahkan dalam bentuk ganti nama dan modaliti. Kajian ini meneliti penggunaan kedua-dua penanda bahasa tersebut dalam cereka Melayu. Aspek ganti nama dianalisis dari sudut subjektiviti dan objektiviti. Aspek modaliti pula dibincangkan dari segi bentuk dan maknanya dalam teks. Hal ini kerana keterbatasan pengetahuan pengarang dapat diukur melalui kehadiran ganti nama dan modaliti. Untuk tujuan tersebut, kajian ini mengkaji sejumlah cebisan karya berbahasa Melayu untuk mengetahui strategi penggunaan ganti nama dan modaliti. Untuk mengenal pasti kategori dan makna modaliti, kajian ini menggunakan kerangka modaliti yang dicadangkan oleh Halliday (1994). Hasil kajian mendapati sudut pandang ketiga bertujuan untuk menggambarkan pengetahuan serba tahu pengarang, sementara sudut pandang pertama memperlihatkan pengetahuan yang terbatas. Penggunaan modaliti dalam teks sastera Melayu pula sangat bervariasi. Contohnya barangkali, mungkin dan boleh jadi berfungsi untuk menggambarkan keterbatasan pengetahuan pengarang. Kata dapat dan sudah pula memperlihatkan pengetahuan serba tahu pengarang. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa darjah kebenaran sesuatu proposisi berbeza-beza, iaitu bergantung pada kategori modaliti.
Kata kunci: Ganti nama, modaliti, sudut pandangan, subjektiviti, objektivit
Dialek Melayu Baling: Satu Pemerian Awal
It is proven that dialects in the rural areas have different linguistic systems compared to urban areas. One of the dialects in the rural area considered to be distinctive among Malay dialects us that found in the district of Baling in Kedah. This study aims to examine the phonological system of the Baling Malay dialect. The analysis focuses on the distribution of vocal phonemes and several phonological features that illustrate the dialect's distinctiveness. Phoneme characterization is performed based on the method proposed in Basic Linguistic Theory, while the analysis of phonological features is carried out by applying a diachronic dialectology framework that focuses on representation, comparison and clustering. The existence of consonants [ɣ] and phonological processes such as the nasal unification of BMP *-am to [-an], the unification of the diphthongs of BMP *-aw and *-ay to [ɔ], besides the retention of BMP *ɣ at the beginning and between vowels and its deletion at the end that change the preceding vowel clearly show that the Malay dialect of Baling differs from the assumptions of previous researchers. This means that Baling Malay is a dialect in its own right rather than merely being a subdialect of Kedah Malay, and should be considered as requiring its own clustering and nomenclature. The implication of this discovery is that it renders inaccurate the general perception that Malay dialects within one state on the Peninsula are "subdialects" of the Malay spoken in that state.Berdasarkan fakta, dialek di kawasan pedalaman memiliki sistem linguistik yang berbeza dengan sistem linguistik di kawasan bandar dan pekan. Salah satu dialek di kawasan pedalaman yang ditanggapi memiliki kelainan yang dimaksudkan ialah dialek Melayu yang dituturkan di daerah Baling, Kedah. Artikel ini bertujuan memaparkan pemerian sistem fonologi dialek Melayu tersebut dengan tumpuan terhadap pemerian fonem dan analisis beberapa ciri fonologi bagi mengesahkan dakwaan kelainannya. Pemerian fonem dilakukan berdasarkan kaedah yang ditetapkan dalam Basic Linguistic Theory; manakala analisis ciri fonologi pula dikerjakan dengan menerapkan kerangka dialektologi diakronik yang memfokuskan pemerian, perbandingan dan pengelompokan. Kewujudan konsonan [ɣ] dan proses fonologi seperti penyatuan nasal BMP *-am kepada [-an], penyatuan diftong BMP *-aw dan *-ay kepada [ɔ] selain pengekalan BMP *ɣ di awal dan di antara vokal dan penggugurannya di akhir yang mengubah nilai vokal sebelumnya jelas menunjukkan bahawa dialek Melayu di Baling memerlukan kelihan yang berbeza daripada tanggapan pengkaji lepas. Kelihan yang dimaksudkan menegaskan bahawa dialek tersebut wajar dianggap sebagai dialek tersendiri yang memerlukan nomenklatur dan pengelompokan baharu daripada hanya sekadar dikelompokkan di bawah subdialek Melayu Kedah. Implikasi penemuan seperti ini secara tidak langsung menolak perspektif umum tentang pengelompokan dialek Melayu Semenanjung yang masih melihat kewujudan dialek tersendiri dalam sesebuah negeri dianggap sebagai "subdialek" kepada dialek negeri berkenaan
Hubungan Kekerabatan antara Bahasa Jakun dengan Bahasa Melayu Purba: Satu Analisis Perbandingan Kosa Kata Dasar
This study discusses the Jakun language spoken by the native Jakun tribe of Peninsular Malaysia. The objective of this study is to compare the basic vocabulary and determine the relationship between the Jakun language with the Proto Malayic language. This study employs the lexicostatistics theory suggested by Swadesh (1955). Furthermore, this study uses the qualitative descriptive method to interpret the data collected in the field. The Jakun basic vocabulary data was obtained using Swadesh's 200-word list (Swadesh 1955). The study found that the Jakun language and Proto Malayic are in the same language family. This study rejects Carey's (1976) claim that the Jakun language has lost its originality and borrows Malay vocabulary. On the contrary, the study reveals that the Jakun language does not borrow from standard Malay but is a branch of the parent language, Proto Malayic. In conclusion, this study hopes to be a catalyst for more studies on Jakun languages elsewhere, as well as on other Orang Asli languages.
Keywords: Jakun tribe, Jakun language, Proto Malayic, lexicostatistics, comparative linguisticsKajian ini membincangkan bahasa Jakun yang dituturkan oleh masyarakat orang asli Jakun. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan kosa kata dasar dan menentukan tingkat kekerabatan antara bahasa Jakun dengan bahasa Melayu purba. Kajian menggunakan teori leksikostatistik yang disarankan oleh Swadesh (1955) dan kaedah kualitatif deskriptif untuk menghuraikan data yang diperoleh di lapangan. Data kosa kata dasar diperoleh dengan menggunakan senarai 200 kosa kata dasar Swadesh (1955). Hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan bahasa Jakun ini dengan bahasa Melayu purba adalah pada peringkat keluarga bahasa. Kajian ini menolak kenyataan Carey (1976) yang menganggap bahasa Jakun kini sudah hilang sifat keasliannya dan meminjam kosa kata bahasa Melayu sahaja. Kajian ini mendapati bahawa bahasa Jakun tidak meminjam bahasa Melayu tetapi bahasa Jakun merupakan salah satu cabang daripada bahasa induk, iaitu bahasa Melayu purba. Kesimpulannya, hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada kajian yang lebih banyak terhadap bahasa Jakun di tempat lain dan bahasa-bahasa orang asli yang lain.
Kata kunci: Orang asli Jakun, bahasa Jakun, bahasa Melayu purba, leksikostatistik, linguistik perbandinga
Pemerkasaan Pelaksanaan Sulh dalam Kes Tuntutan Hartanah Orang Islam di Mahkamah Syariah di Malaysia
Sulh (settlement) has been used in Malaysia as an alternative to the litigation process since 2002. The Syariah courts face several challenges in carrying out sulh. The main cause of this challenge is limited jurisdiction in addition to other administrative issues. The present study was conducted with the objective to analyse the method of application of sulh concerning real estate in the Syariah courts. This study also suggests improvements to improve the application of sulh for case resolution in the Syariah courts. This is a qualitative study, whereby data was collected through library research and interviews with parties directly involved in the sulh process. The data collected, such as case judgments and interviews, was analysed using a descriptive content analysis. This study found that problems concerning the sulh process are the result of administrative issues, while legal challenges and limited jurisdiction do not have much impact on sulh implementation. This is because the courts use their discretion and implement sulh with flexibility in line with laws and regulations, as well as existing sulh procedures where necessary. Much depends on the commitment and skills of sulh officers who are trained and knowledgeable in legal and case management aspects. To avoid a clash between the rules and discretionary practices, some improvement measures are required. These improvements involve the revision and coordination of existing laws and sulh regulations. An implication of this this study is that it can help strengthen the application of sulh in matters concerning real estate in the Syariah courts, especially with the said improvements.
Keywords: sulh, real estate, Syariah CourtsSulh telah menjadi alternatif kepada proses litigasi sejak tahun 2002 di Malaysia. Dalam kes yang melibatkan tuntutan hartanah, mahkamah syariah menghadapi beberapa cabaran semasa pelaksanaan sulh. Punca utama cabaran ini ialah bidang kuasa yang terhad, di samping isu pentadbiran yang lain. Penulisan ini dilakukan dengan objektif untuk menganalisis kaedah pelaksanaan sulh di mahkamah syariah dari aspek hartanah di mahkamah syariah. Kajian ini juga mengemukakan saranan penambahbaikan bagi pemerkasaan penyelesaian kes secara sulh di mahkamah syariah. Kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif, iaitu data dikumpulkan menerusi kajian perpustakaan dan temu bual dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan proses sulh. Data yang dikumpulkan seperti penghakiman kes dan temu bual dianalisis secara deskriptif kandungannya. Kajian ini mendapati cabaran pelaksanaan sulh berpunca daripada isu pentadbiran. Cabaran perundangan dan bidang kuasa yang terhad tidak banyak memberikan kesan terhadap pelaksanaan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak mahkamah menggunakan budi bicara untuk melaksanakannya secara fleksibel terhadap undang-undang dan peraturan termasuk prosedur sulh yang sedia ada mengikut kesesuaian. Perkara ini banyak bergantung pada komitmen dan kemahiran pegawai sulh terlatih dan berpengetahuan dalam aspek perundangan dan pengendalian kes. Bagi mengelakkan pertembungan antara peraturan dengan amalan yang berasaskan budi bicara, beberapa langkah penambahbaikan perlu dilakukan. Penambahbaikan ini melibatkan semakan dan penyelarasan undang-undang serta peraturan sulh sedia ada. Implikasi daripada kajian ini dapat membantu memantapkan pelaksanaan sulh dalam bidang hartanah di mahkamah syariah, terutamanya melalui penambahbaikan tersebut.
Kata kunci: Sulh, hartanah, mahkamah syaria
Kurangnya Penglibatan dan Minat Wanita Melayu dalam Bidang Kejururawatan pada Awal Pascakolonial Malaysia (1957-1977): Perspektif Budaya
Modern nursing started in Malaysia during the colonial rule and with embedded colonial values. During the first two decades of post-independent Malaysia, the Malays were a minority in the nursing workforce despite being the majority population. This study examines the issue of this paradoxical underrepresentation of Malay women from the lens of Malay culture during this period. Document analysis was conducted on relevant annual reports, official letters, minute papers, newspaper articles and parliamentary debates official reports between 1957 and 1977. The findings suggest that the underrepresentation of the Malays in nursing was predominantly due to the disinterest of Malay women to become nurses due to the discordance between the Malay culture and various aspects of nursing. This article highlights the importance of a culturally sensitive work environment in promoting inclusivity for the diverse members of the society.
Keyword: Nursing, Malay women, post-colonial, inclusivity, diversityKejururawatan moden bermula di Tanah Melayu ketika era kolonial dengan nilai-nilai kolonial terpasak bersama-samanya. Ketika dua dekad pertama pascakemerdekaan Malaysia, kaum Melayu merupakan golongan minoriti dalam sektor kejururawatan biarpun kaum Melayu merupakan golongan majoriti dalam populasi. Kajian ini membincangkan isu paradoks kekurangan penglibatan wanita Melayu ini dari lensa budaya Melayu dalam tempoh tersebut. Analisis dokumen dijalankan terhadap laporan tahunan, surat rasmi, kertas minit, laporan akhbar dan penyata rasmi parlimen antara tahun 1957 hingga 1977. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kekurangan pelibatan kaum Melayu dalam sektor kejururawatan disebabkan oleh kurangnya minat wanita Melayu untuk menjadi jururawat kerana pertentangan antara budaya Melayu dengan pelbagai aspek kejururawatan moden. Artikel ini menunjukkan kepentingan suasana kerja yang mesra budaya dalam hal mempromosikan keterangkuman untuk ahli rencam latar dalam masyarakat.
Kata kunci: kejururawatan, wanita Melayu, pasca-kolonial, keterangkuman, kerencama
Pandemik COVID-19 di Malaysia: Mengurus Infodemik melalui Majlis Akhbar
The online dissemination of fake news and disinformation phenomenon has become increasingly rampant as the world continues to face the COVID-19 pandemic. The overabundance of available information on a subject matter, known as infodemic, has negatively affected the effort to fight the pandemic. The phenomenon of infodemic has also amplified anxiety and mistrust among the people against the authorities' effort to curb the spread of COVID-19. Strict legal actions have been taken by the authorities in their crusade against the infodemic. Regardless, these actions have been construed by critics as being ineffective, draconian, and undemocratic. Thus, the main objective of this study is to re-evaluate the effectiveness of existing related laws in Malaysia that make it difficult to regulate infodemic. This study also proposes the establishment of a Press Council to curb misinformation and manage infodemic. To achieve the research objective, this study adopts a qualitative methodology in formulating its findings, which is mainly through textual analysis of legislations as well as semi-structured interviews.
Keywords: Constitutional law, freedom of speech, freedom of press, media laws, Media Council, infodemicFenomena penyebaran berita palsu dalam talian dilihat semakin berleluasa ketika dunia sedang menghadapi cabaran pandemik COVID-19. Lambakan maklumat yang turut dikenali sebagai infodemik telah memberikan kesan negatif terhadap usaha untuk mengawal penularan virus COVID-19. Fenomena infodemik ini juga telah menimbulkan kegelisahan dan ketidakpercayaan terhadap usaha kerajaan bagi melawan pandemik ini dalam kalangan rakyat. Bagi mengawal infodemik, pihak berkuasa telah menguatkuasakan tindakan perundangan secara tegas, namun dilihat oleh sebahagian pengkritik sebagai tidak efektif, drakonian dan tidak demokratik. Berdasarkan latar belakang ini, kajian ini menilai semula isu-isu perundangan yang timbul dalam kerangka undang-undang antiberita palsu sedia ada di Malaysia yang menyebabkan fenomena infodemik sukar dikawal selia. Kajian ini juga mengusulkan cadangan untuk mengawal selia penyebaran berita palsu dan mengurus infodemik melalui penubuhan Majlis Akhbar. Bagi mencapai objektif ini, kajian ini menggunakan metode kualitatif bagi mengumpulkan maklumat melalui kaedah analisis tekstual perundangan serta kaedah temu bual semi struktur.
Kata kunci: Undang-undang Perlembagaan, kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, undang-undang media, Majlis Akhbar, infodemi
Menarikan Ilustrasi: Perkembangan Sistem Notasi Vernakular untuk Tari Melayu
The use of vernacular dance notation systems that are specifically created, used and circulated among the practitioners of various local Malay dance genres have become one of the alternatives for dance documentation and preservation since the 1940s, for both the academic domain (D'Cruz, 1979; Mohd Ghouse, 1979) and general public (Ahmad Omar, 2005; Daud, 1965). This article recognizes the existence of vernacular notation systems of Malay dance that are based on three categories of illustration, namely: (1) footprint notation, (2) notation of dancers' positions, and (3) floor plan. The findings were obtained from the movement score analysis based on Labanotation, as well as from literature review and participant observation. This article seeks to fill in the gap of the development and usage of vernacular notation systems that have not been explored in the context of local dance studies and research. The article also points out the roles of vernacular notation in the current dance industry.
Keywords: Dance notation, vernacular notation, Malay dancePengamalan sistem notasi tari vernakular yang dicipta khas, digunakan dan diedarkan dalam kalangan komuniti pengamal pelbagai genre tari Melayu tempatan menjadi salah satu alternatif dalam pengukuhan dokumentasi dan pelestarian tari sejak 1940-an, untuk kedua-dua domain akademik (D'Cruz, 1979; Mohd Ghouse, 1979) dan masyarakat umum (Ahmad Omar, 2005; Daud, 1965). Artikel ini menghuraikan keberadaan sistem notasi vernakular tari Melayu yang berlandaskan tiga jenis pendekatan ilustrasi, iaitu (1) notasi tapak kaki, (2) notasi posisi penari, serta (3) pelan pola lantai. Dapatan diperoleh daripada analisis skor pergerakan berdasarkan pengetahuan Labanotasi serta daripada sorotan literatur dan pemerhatian peserta. Artikel ini ingin mengisi kekosongan pembangunan dan kepenggunaan sistem-sistem notasi vernakular yang belum diwacanakan dalam konteks pengajian dan penyelidikan tari tempatan, serta menunjukkan peranan notasi vernakular dalam industri seni tari semasa.
Kata-kata kunci: notasi tari, notasi vernakular, tari Melay
Kata Ganti Nama Dialek Melayu Terengganu: Analisis Geolinguistik
The purpose of this study is to describe the distribution of Terengganu dialect personal pronouns that based on fieldwork. This study tries to fulfill the gap of the previous study by giving the full description of this personal pronouns found in Terengganu. This effort will contribute to the Malay dialect heritage by providing the comprehensive description on pronouns. One interesting fact is that this study accommodates GIS software that can synergized both linguistics and non-linguistics factor in describing its distribution. This study involves 500 respondents comprising of old, adult and adolescents. They were asked to fill in the questionnaires and being interviewed for the correct pronunciation. All data have been transcribed and processed in MsExcel before being applied to GIS for the map. The findings show that there is an influence form the Kelantan dialect in Terengganu. In addition there is a unique pattern in these pronouns used in Hulu Terengganu. The map with choropleth has succeeded produce a clear isogloss regarding these pronouns distribution. The application of GIS has given a positive impact on the dialect study and hence make the study more dynamic and scientific.
Keywords: Terengganu dialect, pronouns, choropleth, heritage, geolinguisticsKajian ini bertujuan menghuraikan penyebaran Kata Ganti Nama (KGN) dialek Melayu Terengganu khususnya berdasarkan analisis geolinguistik. Usaha ini menyumbangkan penelitian terhadap warisan dialek Melayu dengan memberikan huraian KGN secara tuntas. Kajian ini memanfaatkan kemajuan teknologi Geographic Information System (GIS) bagi membantu menghuraikan penyebaran dialek ini dengan mensinergikan faktor linguistik dan bukan linguistik. Seramai 500 orang yang terdiri daripada warga tua, dewasa dan remaja telah dipilih sebagai responden. Kaedah penyelidikan menggunakan soal selidik dan temu ramah bagi mendapatkan sebutan responden yang tepat. Kesemua data yang ditranskripsi dirakamkan dalam MsExcel sebelum dimasukkan dalam ArcGis bagi mendapatkan peta taburannya. Dapatan kajian menunjukkan wujud pengaruh dialek Kelantan di Terengganu di samping keunikan KGN di Hulu Terengganu. Pemetaan menggunakan koroplet menghasilkan peta yang jelas titik isoglos untuk penggunaan KGN yang dikaji. Kajian menggunakan GIS terbukti memberikan impak positif kepada kajian dialek dan seterusnya menjadikan kajian ini lebih dinamik dan saintifik.
Kata kunci: Dialek Terengganu, kata ganti nama, koroplet, isoglos, geolinguisti