Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Bahasa dan Agama Menurut Falsafah Analitik British: Respons Linguistik Melayu

    No full text
    In philosophy of religion, language serves as a medium of expression of religious meaning, as it is descriptive and possesses true-false faculty in mysticism. In philosophy of language, religion is one of the backgrounds or contexts in the production of religious meaning and interpretation. This shows the symbiotism of language and religion within the philosophy of religion and philosophy of language. This article discusses the position of language and religion within the two philosophies from the viewpoints of two 20th century British analytic philosophers, namely Hick and Ayer, with the objectives of: (1) identifying the meeting point of language and religion in philosophy; (2) detailing the boundaries of language and religion according to the division of linguistic philosophy and religious philosophy, and; (3) parsing the Malay linguistic response to the products of British analytic philosophical thought. The focus of analysis is metaphysics. The metaphysical arguments were analysed based on the function of language in the philosophy of religion that Hick (1990) highlighted in Philosophy of Religion, as well as the religious background in the philosophy of language that Ayer (1936) put forward in Language, Truth and Logic.Dalam falsafah agama, bahasa berfungsi sebagai medium pengungkapan makna keagamaan, seperti bersifat deskriptif dan kebolehtentuan benar-salah dalam mistisisme. Dalam falsafah bahasa pula, agama merupakan salah satu latar atau konteks dalam penghasilan makna dan interpretasi yang bersifat keagamaan. Hal ini memperlihatkan simbiotisme bahasa dan agama dalam falsafah agama dan falsafah bahasa. Artikel ini membincangkan kedudukan bahasa dan agama dalam kedua-dua falsafah berkenaan dari sudut pandang dua ahli falsafah abad ke-20 aliran falsafah analitik British, iaitu Hick dan Ayer, dengan objektif (1) mengenal pasti titik pertemuan bahasa dan agama dalam falsafah, (2) memperincikan garis sempadan bahasa dan agama mengikut pembahagian falsafah bahasa dan falsafah agama, dan (3) mengupas respons linguistik Melayu terhadap produk pemikiran falsafah analitik British. Fokus analisis ialah metafizik. Penghujahan metafizik dianalisis berdasarkan fungsi bahasa dalam falsafah agama yang Hick (1990) ketengahkan dalam Philosophy of Religion, dan juga latar agama dalam falsafah bahasa yang Ayer (1936) kemukakan menerusi Language, Truth and Logic

    Motif Flora dan Fauna dalam Sulaman Kelingkan Kelantan Berdasarkan Pendekatan Estetika Seni Melayu

    No full text
    The Kelantan kelingkan embroidery has been a creation of Malay art of fashion for ages. The application of various motifs of flora and fauna using gold and silver thread embroidery makes kelingkan a beautiful and exclusive clothing. This article aims to identify the presence of the various flora and fauna motifs and its functions, as well as analyze the elements of the flora and fauna in the art of kelingkan embroidery using the Aesthetic Approach to Malay Arts by Zakaria Ali (1989). This study used two main methods, namely library research and field research, by interviewing practitioners or experts in kelingkan embroidery, especially in the state of Kelantan. The observation method was also used for the operation of the kelingkan embroidery workshop that is implemented at the National Craft Complex, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. This study focused on the principles of the Aesthetic Approach to Malay Arts to analyze the use of flora and fauna motifs in order to highlight the Malay values of beauty. The findings suggest that Kelantan kelingkan embroidery has implemented motifs of flora and fauna in line with the six principles of the Aesthetic Approach to Malay Arts. The values of beauty and aesthetics that are shown through the implementation of flora and fauna motifs in the art of Kelantan kelingkan showcase the uniqueness and distinctiveness of the Malay thought itself in the production of traditional Malay art of fashion.Sulaman kelingkan Kelantan merupakan ciptaan seni busana Melayu sejak zaman-berzaman. Penerapan pelbagai motif flora dan fauna menggunakan sulaman benang emas dan perak dalam kelingkang menjadikan kelingkan busana yang indah dan eksklusif. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kehadiran motif flora dan fauna dan fungsinya, serta menganalisis unsur keindahan flora dan fauna dalam seni sulaman kelingkan menggunakan Pendekatan Estetika Seni Melayu gagasan Zakaria Ali (1989). Kajian ini menggunakan dua kaedah utama, iaitu kaedah kajian kepustakaan dan kaedah kajian lapangan dengan menemu bual pengamal atau pakar penyulam kelingkan khususnya di negeri Kelantan. Kaedah tinjauan juga dilakukan terhadap proses pengendalian bengkel sulaman kelingkan yang dilaksanakan di Kompleks Kraf Negara, Jalan Conlay Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan prinsip Pendekatan Estetika Seni Melayu untuk membuat analisis terhadap penggunaan motif flora dan fauna bagi memperlihatkan nilai keindahannya. Dapatan kajian menunjukkan sulaman kelingkan Kelantan telah menerapkan motif flora dan fauna sejajar dengan enam prinsip dalam Pendekatan Estetika Seni Melayu. Nilai keindahan dan estetika yang diperlihatkan melalui penerapan motif flora dan fauna dalam seni kelingkan Kelantan mempamerkan keunikan dan keistimewaan pemikiran bangsa Melayu itu sendiri dalam penghasilan seni busana Melayu

    Penolakan Ajakan dalam Masyarakat Melayu dan Jepun: Satu Kajian Sosiopragmatik

    No full text
    The choice of communication behaviour is closely related to the thoughts, values and beliefs in a society. The objective of this study is to elaborate on the refusal strategies in invitation used by native speakers of Malay (MNSs) and Japanese (JNSs) towards two different situations, namely "shopping" and "holding a party". The data collection method utilised in this study was open role-play through a social networking service by involving 20 informants in each group. The study made comparisons of the frequency of semantic formula usage in both native and intercultural contexts. The results showed that the MNSs focused more on "positive politeness", while the JNSs prioritised "negative politeness" for both situations in native contexts when the "refusal intention" was presented. Meanwhile, for the refusal to "hold a party" in native contexts, the MNSs showed indirect "interest" by frequently using "positive interjection", while the JNSs showed more explicit "interest" by frequently stating {positive opinion} and {disappointment}. Regarding the intercultural contexts, the MNSs altered their approach to enhance "negative politeness" and show more direct "interest" in response to the target language norms. This study has highlighted the influence of the "situation" and the power of openness among the MNSs who avoid conflict.Pemilihan lakuan komunikasi berkait rapat dengan pemikiran, nilai dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan strategi penolakan ajakan yang digunakan oleh penutur asli bahasa Melayu (MNS) dan penutur asli bahasa Jepun (JNS) terhadap dua situasi yang berlainan, iaitu "membeli-belah" dan "mengadakan parti". Kaedah pengutipan data yang diterapkan dalam kajian ini ialah kaedah lakonan terbuka menerusi perkhidmatan rangkaian sosial dengan melibatkan 20 orang informan bagi setiap kumpulan MNS dan JNS. Kajian ini membuat perbandingan terhadap kekerapan penggunaan formula semantik dalam kedua-dua konteks bahasa ibunda mahupun konteks antara budaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa MNS lebih menitikberatkan "kesantunan positif", manakala JNS lebih mementingkan "kesantunan negatif" bagi kedua-dua situasi dalam konteks bahasa ibunda apabila "niat penolakan" dikemukakan. Sementara itu, bagi penolakan untuk "mengadakan parti" dalam konteks bahasa ibunda, MNS menunjukkan "minat" secara tidak langsung dengan kerap menggunakan "kata seru positif", manakala JNS menunjukkan "minat" secara lebih eksplisit dengan kerap menyatakan {reaksi positif} dan {kesedihan}. Bagi konteks antara budaya pula, pendekatan MNS telah berubah untuk menitikberatkan "kesantunan negatif" serta menunjukkan "minat" secara terus terang mengikut norma dalam bahasa sasaran. Kajian ini telah menonjolkan pengaruh "situasi" serta daya keterbukaan dalam kalangan MNS yang mengelakkan konflik

    Buku Katan: satu kajian awal leksikografi Melayu

    No full text
    This article discusses several aspects of lexicography in a monolin-gual Malay language dictionary, Buku Katan. Published in 1936 by Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku (P.B.M.P.B.) Diraja Johor, this dictionary was arranged by Hj. Mohd. Said bin Haji Sulaiman. The aspects discussed include the form and type of entries as well as the method of explaining meaning. This Buku Katan is compared with Kamus Dewan and Kamus Umum Bahasa Indonesia. Buku Katan con-tains virtually all the lexicography aspects of a monolingual Malay language dictionary. Besides, this article contains a background of Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku (P.B.M.P.B.) Diraja Johor and Hj. Mohd. Said bin Haji Sulaiman.Makalah ini membincangkan beberapa aspek leksikografi yang terkandung dalam sebuah kamus ekabahasa bahasa Melayu, iaitu Buku Katan. Kamus ini dihasilkan pada tahun 1936 oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku (P.B.M.P.B.) Diraja Johor, dan disusun oleh Haji Mohd. Said bin Haji Sulaiman. Antara aspek yang dibincangkan ialah bentuk dan jenis kata entri, dan kaedah pemberian takrif yang digunakan dalam kamus tersebut. Kamus ekabahasa yang dijadikan perbandingan ialah Kamus Dewan dan Kamus Umum Bahasa Indone-sia. Daripada perbandingan yang dibuat, dapat dilihat bahawa Buku Katan mengamalkan hampir keseluruhan amalan leksikografi yang seharusnya terdapat dalam sesebuah kamus ekabahasa bahasa Melayu. Selain itu, dimuatkan juga sedikit Tatar belakang penghasil dan penyusun kamus tersebut, iaitu Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku (P.B.M.P.B.) Diraja Johor dan Haji Mohd. Said bin Haji Sulaiman

    Konsep Akal Menurut Nuruddin Al-Raniri dalam Bustan Al-Salatin

    No full text
    Written by Nuruddin al-Raniri, Bustan al-Salatin ranks among the most well-known pieces of traditional Malay literature. This work discusses issues of varying themes, such as religion, politics, customs and culture, in order for a kingdom to function and as a guide for the rulers of a kingdom.  One of the issues discussed in the Bustan al-Salatin concerns the intellect. The intellect is the highest gift awarded by Allah to humankind. Therefore, Nuruddin al-Raniri deals at length with this and uses several sources as references to strengthen his argument. The present article will focus on two objectives that is, to identify the concept of the intellect in the manuscript, and to analyse the categories which al-Raniri divides the intellect as in his Bustan al-Salatin. Library research and content analysis was employed to achieve this. Early findings show that there are several categories into which al-Raniri divides the intellect in Bustan al-Salatin, namely: understanding, function, position, the different categories of the intellect and the ideal life through the use of the intellect. The content of this manuscript is not only aimed at giving rulers direction but also to educate the community to become servants of Allah who know their Creator. Bustan al-Salatin merupakan antara karya termasyhur dalam kesusasteraan Melayu tradisional yang dikarang oleh Nuruddin al-Raniri. Karya ini membincangkan pelbagai tema yang merangkumi aspek agama, politik, adat dan budaya agar menjadi panduan kepada pemerintah kerajaan. Salah satu perkara yang dikenal pasti menerusi Bustan al-Salatin ialah perbincangan berkenaan akal. Akal ialah mahkota paling tertinggi yang dikurniakan oleh Allah. Oleh sebab itu, Nuruddin al-Raniri menghuraikan bahagian ini dengan terperinci serta merujuk pelbagai sumber sebagai pengukuhan. Penulisan ini akan memfokuskan kepada dua tujuan, iaitu mengenal pasti konsep akal dalam naskhah dan menganalisis pembahagian akal menurut Nuruddin al-Raniri menerusi Bustan al-Salatin. Bagi mencapai tujuan ini, kaedah kepustakaan dan analisis kandungan akan digunakan. Melalui pembacaan awal, hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa pembahagian tentang konsep akal menurut Nuruddin al-Raniri menerusi Bustan al-Salatin, iaitu pengertian, fungsi, kedudukan dan pembahagian akal dan kehidupan yang sempurna melalui penggunaan akal. Kandungan naskhah ini bukan sahaja bertujuan untuk menentukan hala tuju dalam pemerintahan tetapi juga mendidik masyarakat menjadi hamba Allah yang mengenal penciptaNya

    Gaya ujaran berbantu komputer dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah

    No full text
    This article discusses how the conversational style of children has been influenced by the multimedia device that is the computer. It shows that computers help children converse and also influences their conversational style. The children’s conversations were recorded and analysed using the Conversational Style Theory based on a list of 20 basic positive utterance. As a result of stimulation by computers, children are seen to produce conversation styles and able to handle communication situations. The analysis also proved that children have their own conversational style. It is hoped that this study will provide a little more information about the conversational style among children that results from the stimulation provided by computers.Makalah ini membincangkan gaya ujaran kanak-kanak yang dipengaruhi oleh penggunaan alat multimedia, iaitu komputer. Dalam kajian ini, komputer digunakan sebagai alat rangsangan supaya kanak-kanak menghasilkan gaya ujaran dalam perbualan mereka. Perbualan kanak-kanak dirakamkan dan dianalisis menggunakan Teori Gaya Ujaran berdasarkan 20 senarai asas ujaran yang bersifat positif. Kanak-kanak dilihat dapat menghasilkan gaya ujaran dan berupaya mengadakan situasi komunikasi. Analisis membuktikan kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya ujaran mereka sendiri. Kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat tentang gaya ujaran yang terhasil berdasarkan bantuan alat rangsangan, seperti komputer dalam kalangan kanak-kanak

    Morfem { me- } dan nasalisasi sebagai imbuhan kata namaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban

    No full text
    In Malay and Iban, complex words are formed by affixation and reduplication comprises of nominals and verbals. One way of affixation is by using the morpheme { me- } in order to produce complex words which is verbal. Synchronically in Malay, morpheme { me- } occurs with nasalization. On the other hand, this morpheme has its correspondences in !ban such as in nasalization, { eN-} and {me-}. But {me-} could have came into the language due to the influence of Malay. Even though words derive from the prefixes {me-} or { eN-} are of the verbal class, in certain cases these morphemes can as well function in the derivation of nominals. Therefore this paper attempts to investigate the nominal function of { me- } and { eN- } in both Malay and Iban languages.Dalam bahasa Melayu dan !ban, kata kompleks yang terdiri daripada kata namaan dan kata karyaan dibentuk menerusi pengimbuhan dan penggandaan. Salah satu cara mengimbuh ialah menerusi penggunaan morfem { me- } untuk menerbitkan kata karyaan kompleks. Secara sinkronik, dalam bahasa Melayu morfem { me- } muncul bersama-sama proses nasalisasi. Sebaliknya juga, morfem ini mempunyai padanannya dalam bahasa Iban, misalnya dalam proses nasalisasi, { eN- } dan { me- } . Waiau bagaimanapun, { me- } dalam bahasa Iban mungkin wujud akibat pengaruh bahasa Melayu. Walaupun perkataan yang muncul apabila digandingkan dengan awalan { me- } atau { eN- } tergolong dalam kata karyaan, dalam kes-kes tertentu morfem ini boleh berfungsi menerbitkan kata namaan. Kertas kerja ini mencuba meninjau fungsi nominal/namaan { me- } dan { eN- } dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban

    Watak Wanita dalam Ms 46 Cerita Panji Hikayat Kelana Sita Kembara

    No full text
    The panji tales were popular in Java and gained widespread popularity throughout the Malay Archipelago at one point of time. Many manuscripts of these Panji tales have been studied using various approaches and research frameworks by both local and foreign researchers. However, there is still a dearth of the research, especially studies of the panji tales which were documented in Malaysia, despite the large number of manuscripts stored at the Malay Documentation Centre of Dewan Bahasa dan Pustaka, the National Library of Malaysia and the University of Malaya Library. Research related to the appearance of women character in the panji tales is still not thoroughly discussed by researchers, especially in helping readers to appreciate the beauty of the genre. Therefore, formalistic approach is used in this paper to examine the character’s appearance in the manuscript MS 46 panji tales entitled Hikayat Kelana Sita Kembara documented in the Malay Documentation Center, Dewan Bahasa dan Pustaka. The discussion in this paper aims (i) to identify women’s role of Ken Banjaransari in the panji tales of Hikayat Kelana Sita Kembara; (ii) to discuss the methods and techniques of writing used by the author to show the appearance of the women’s character of Ken Banjaransari; and (iii) to identify the effect of the role of women’s character of Ken Banjaransari on the work and readers of the panji tales Hikayat Kelana Sita Kembara. In conclusion, the appearance of a women’s character in panji tales Hikayat Kelana Sita Kembara successfully shows the ability of the author to use various writing techniques to build women’s character in order to produce an interesting story of the panji tales.  Full text: PDFCerita panji yang popular di Jawa telah berkembang ke seluruh Kepulauan Melayu pada suatu ketika dahulu. Banyak naskhah cerita panji telah dikaji dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan rangka penyelidikan oleh pengkaji tempatan mahupun luar negara. Namun begitu, cerita panji yang didokumentasikan di Malaysia masih kurang dikaji meskipun terdapat sejumlah besar naskhah yang tersimpan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaya. Penelitian berkaitan dengan penampilan watak sampingan dalam cerita panji juga masih kurang dibincangkan secara tuntas oleh para penyelidik khususnya untuk membantu pembaca menghayati keindahan genre tersebut. Sehubungan dengan itu, pendekatan formalistik digunakan dalam kertas ini untuk meneliti penampilan watak wanita Ken Banjaransari dalam manuskrip MS 46 cerita panji yang berjudul Hikayat Kelana Sita Kembara yang tersimpan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Perbincangan ini bertujuan (i) mengenal pasti peranan watak wanita Ken Banjaransari yang ditemui dalam cerita panji Hikayat Kelana Sita Kembara; (ii) membincangkan kaedah dan teknik penulisan yang digunakan oleh pengkarya bagi memperlihatkan penampilan watak wanita Ken Banjaransari dan (iii) mengenal pasti kesan peranan watak wanita Ken Banjaransari terhadap karya dan pembaca cerita panji Hikayat Kelana Sita Kembara. Kesimpulannya, penampilan watak wanita Ken Banjaransari dalam cerita panji Hikayat Kelana Sita Kembara berjaya memperlihatkan keupayaan pengkarya menggunakan pelbagai teknik penulisan untuk membina watak wanita Ken Banjaransari demi menghasilkan sebuah naskhah cerita panji yang menarik. Teks penuh: PD

    Status Quo Hibah dalam Penyelesaian Pertikaian Harta di Mahkamah Malaysia

    No full text
    In achieving the well-being of the ummah, wealth management through various property planning instruments is important. This article examines the status quo of hibah in Malaysia, including practices, sources of authority, jurisdiction, and court decisions in hibah-related cases. This legal study is qualitative in nature and employs a descriptive analysis, which involves collecting data through various books, journals, and documents of legal texts such as Parliamentary acts, state enactments, and Shari’ah resolutions. Together with six themes of analysis, a concept is formulated based on the references and analysis of decided court cases. It is found that Malaysia’s hibah practices are separated into two categories, subject to different sets of laws and courts: non-commercial grant contracts and commercial grant contracts. Although hibah is enumerated under List 2 of the Ninth Schedule of the Federal Constitution, conflicts of jurisdiction may arise through the development of contemporary concepts of hibah and contract implementation. The findings show that all cases related to non-commercial hibah contracts are subject to the Syariah Court’s jurisdiction. In contrast, commercial hibah contract cases will be decided in the Civil Courts. As a result of the lack of standard statutory legislation at the Syariah Court, a large lacuna exists and various approaches are adopted in determining the validity of hibah. It is recommended that a specific, holistic and comprehensive hibah legislation be enacted to standardize and coordinate hibah in Malaysia. Keywords: Dispute settlement, hibah, comercia, court, property, jurisdiction Full text: PDFDalam mencapai kesejahteraan ummah, pengurusan kekayaan menerusi pelbagai instrumen perancangan harta adalah penting. Makalah ini mengkaji status quo hibah di Malaysia yang meliputi aspek amalan, punca kuasa, bidang kuasa dan keputusan mahkamah dalam kes yang berkaitan dengan hibah. Kajian perundangan ini berbentuk kualitatif menggunakan analisis deskriptif yang melibatkan pengambilan data kajian menerusi pelbagai buku, jurnal dan dokumen perundangan, seperti akta Parlimen, enakmen negeri-negeri dan resolusi Syariah. Kajian ini menganalisis enam tema, iaitu penentuan elemen hibah, hadiah dan sedekah, niat hibah tanpa lafaz ijab dan kabul, kabul menerusi perbuatan tanpa lafaz, pemilikan sempurna al-mauhub, sighah ijab dan kabul secara elektronik; dan qabd dalam pemberian hibah. Hasil kajian ini mendapati bahawa amalan hibah di Malaysia terbahagi kepada kontrak hibah bukan komersial dan kontrak hibah komersial. Sungguhpun perkara hibah diletakkan di bawah Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, konflik bidang kuasa boleh tercetus berdasarkan perkembangan aplikasi konsep dan kontrak hibah kontemporari. Pada akhir kajian, disimpulkan bahawa semua kes yang berkaitan dengan kontrak hibah bukan komersial adalah tertakluk pada bidang kuasa mahkamah syariah, manakala kes kontrak hibah komersial pula akan dibicarakan dan diputuskan di mahkamah sivil. Pada peringkat mahkamah syariah, wujud kelompangan besar dan perbezaan pendekatan keputusan oleh mahkamah yang memutuskan keabsahan hibah disebabkan oleh ketiadaan perundangan statut yang menjadi piawai. Makalah ini juga mengemukakan cadangan penggubalan undang-undang hibah yang bersifat spesifik, holistik dan komprehensif sebagai panduan dan penyelarasan hibah di Malaysia. Kata kunci: Penyelesaian pertikaian, hibah, komersial, mahkamah, harta, bidang kuasa Teks penuh: PD

    Amerika Syarikat dan Darurat di Tanah Melayu, 1948-1960: Satu Kajian Literatur

    No full text
    This manuscript focuses on discussions of the historiography of the emergency in Malaya from 1948 to 1960, which holds a connection with the United States of America. The main objective of this study is to analyse previous studies on the emergency in Malaya by focusing on the question of the United States’ involvement in the conflict, whether it be directly or indirectly. The focus on this issue is to show that the United States had a connection with the emergency because of its usual attention given to the British, who were the main character in the conflict in Malaya. Without excluding the British in Malaya during the emergency, this historiographical study also sheds light upon the position of this imperialist country in other Commonwealth countries throughout the event. Qualitative method was used in this study through the analysis of past papers related to the emergency, as furthest as can be. Studies in the form of theses, books, paperwork, and journal articles were analysed to produce a more objective discussion. Based on the findings, it can be concluded that the historiography of the emergency in Malaya has a connection with the United States, and indeed consists of its own significance in acting as evidence of their direct and indirect interference in the 12 years of conflict.Manuskrip ini menumpukan perbincangan tentang kajian historiografi darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960 yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis kajian terdahulu tentang darurat di Tanah Melayu dengan menumpukan soal penglibatan Amerika Syarikat dalam konflik ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penekanan terhadap perkara ini adalah untuk menunjukkan bahawa Amerika Syarikat turut mempunyai kaitan dengan darurat kerana lazimnya perhatian hanya diberikan kepada British yang merupakan watak utama dalam konflik di Tanah Melayu. Tanpa mengetepikan pihak British di Tanah Melayu ketika darurat, kajian historiografi ini turut menyentuh kedudukan imperialis itu, di samping Negara Komanwel lain sepanjang peristiwa itu berlangsung. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini menerusi analisis terhadap kajian darurat sejauh yang dapat ditanggapi. Kajian yang berbentuk tesis, buku, kertas kerja dan artikel jurnal telah dianalisis untuk menghasilkan perbincangan yang lebih objektif. Berdasarkan hasil kajian, dapat disimpulkan bahawa historiografi darurat di Tanah Melayu yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat sememangnya mengandungi signifikan yang tersendiri dalam pembuktian penglibatan kuasa besar itu baik secara langsung atau tidak langsung dalam konflik 12 tahun tersebut

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇