Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Perlindungan Hak Warga Emas dalam Perundangan di Malaysia
The elderly are vulnerable people who need to be protected and protected due to their immense contributions to religion and the country. But today, urbanisation, career and education have made these people marginalised and neglected. Cases of abuse are also frequently displayed in the masses and print media as a result of the increasing population of Malaysian and world elders. This study aims to look at the protection of senior citizens in national legislation to examine the extent to which senior citizens' rights are protected. The research is conducted using qualitative approach through the study of extinction and thermally analyzed. The results show that the existing legislation protects the rights of senior citizens in general but has not been comprehensive in meeting the rights of senior citizens. Therefore it is necessary for an amendment to the existing legislation or the drafting of legislation specifically for senior citizens to be done to meet the requirements.
Keywords: Protection of senior citizens, rights of senior citizens, amendment of legislation, civil law, Islamic law, Malaysia
Full text: PDFWarga emas adalah golongan rentan yang perlu dilindungi dan dibela berikutan jasa dan sumbangan mereka yang amat besar terhadap agama dan negara. Namun dewasa ini faktor urbanisasi, kerjaya dan pendidikan telah menjadikan golongan ini mula dipinggir dan diabaikan. Kes-kes penderaan juga sering dipaparkan dimedia massa mahupun media cetak berikutan peningkatan populasi warga emas Malaysia dan dunia. Kajian ini adalah bertujuan melihat perlindungan warga emas yang sedia ada dalam perundangan negara bagi meneliti sejauhmana hak-hak warga emas dilindungi. Kajian dilakukan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian keperpustakaan dan dianalisis secara analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan perundangan yang ada telah melindungi hak-hak warga emas secara umum namun masih belum menyeluruh dalam memenuhi keperluan hak-hak warga emas. Oleh yang demikian adalah perlu suatu pindaan kepada perundangan sedia ada atau penggubalan perundangan khusus untuk warga emas dilakukan bagi memenuhi keperluan tersebut.
Kata kunci: Perlindungan warga emas, hak warga emas, pindaan perundangan, perundangan sivil, undang-undang Islam, Malaysia
Teks penuh: PD
Fungsi Alat Repih Masyarakat Prasejarah Timur Sabah
Flake tools are flake of stones which were used as a tool for light work by prehistoric society. These flakes are obtained by flaking the core, a process of making a pebble tool. However, the flake which obtained from core indicate there is a specific method to produce the flake tools. This special method shows the society during that time already have the knowledge to produce flake tools. Flake tools which come from human striking can be distinguished from naturally crack fragment based on the characteristics such as the presence of bulb percussion, ripples and fissures. The artifacts of flake tools which were analysed are from the Paleolithic sites in the Tingkayu Valley for instance the Tingkayu Open Site, Madai Cave and Baturong Cave. These three sites are located on the East Coast of Sabah. Two of them are cave sites from limestone formations which are Baturong Cave and Madai Cave. While the Tingkayu site is an open site. The analysis of flake tools for these three sites is focusing on the function of flake tools whether they have the same function or not. Thus, through image analysis should be conducted to identify the function and value of the flake tools for different activities. The results of use wear analysis showed that the prehistoric society of Eastern Sabah in general using flake tools for drilling, slicing, scraping, grinding and multi functions uses. This study proves that the early society of Eastern Sabah were more economical in producing stone tools because they used flake tools for multifunction.Alat repih merupakan repihan batuan yang digunakan sebagai alat untuk kerja-kerja ringan oleh masyarakat prasejarah. Repihan diperoleh dengan memecahkan batu teras semasa membuat alat pebel. Walau bagaimanapun, repihan yang diperoleh daripada batu teras menunjukkan bahawa terdapat penghasilan khusus untuk dijadikan sebagai alat repih. Penghasilan khusus ini menunjukkan masyarakatnya telah mempunyai pengetahuan menghasilkan alat repih. Alat repih hasil pemukulan manusia dapat dibezakan dengan repihan yang terpecah secara semula jadi berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada bulbar pemukulan, riak dan fisur. Artifak alat repih yang dianalisis adalah dari tapak Paleolitik di Lembah Tingkayu, iaitu tapak terbuka Tingkayu, Gua Madai dan Gua Baturong. Ketiga-tiga tapak ini terletak di bahagian Pantai Timur Sabah. Dua daripadanya merupakan tapak gua daripada formasi batu kapur, iaitu Gua Baturong dan Gua Madai. Sementara tapak Tingkayu ialah tapak terbuka. Analisis alat repih bagi ketiga-tiga tapak ini bertujuan untuk melihat fungsi alat repihnya sama ada mempunyai fungsi yang sama ataupun tidak. Analisis imej perlu dijalankan untuk mengenal pasti fungsi dan ketinggian nilai gilapan yang terhasil bagi aktiviti yang berbeza. Hasil analisis kesan guna menunjukkan masyarakat prasejarah Timur Sabah secara umumnya menggunakan alat repih untuk menggerudi, menghiris, mengikis, meraut dan kegunaan pelbagai fungsi. Kajian ini membuktikan masyarakat awal Timur Sabah lebih bersifat ekonomik dalam penghasilan alat batu kerana alat repih digunakan untuk pelbagai fungsi
Kepentingan Memahami Fakta Kes dalam Prosiding Kehakiman: Analisis dari Perspektif Kehakiman Islam
The importance of understanding the factual reality (fiqh al-waqi‘)of a case has been extensively discussed by Muslim jurists in their deliberation of Islamic legal theory. It has been accepted as an important component of the practice of ijtihad and recognized as a valid justification for the renewal of ijtihad. In light of the above, yet in a different setting, this paper discusses the concept of al-da‘wa and the significance of understanding the fact of a legal dispute (fahm al-da‘wa) in Islamic judicial proceedings. It examines the significance of fahm al-da‘wa by the trial judge in judicial proceedings. This doctrinal research finds that understanding of facts of the cases assumes a very critical position in judicial proceedings, the laxity of which affect the propriety of judicial decisions and thus lead to injustice. Further, the paper argues that the kind of facts that need to be ascertained and understood by trial judges are not limited to the specific and direct facts of the cases, rather, the general circumstances and the reality of the living conditions of the times need consideration as well. Finally, the paper avers that the obligation to understand the facts of the cases necessitates a kind of undertaking in the nature of ijtihad which is to be carried out by all judges regardless of their status, whether they are mujtahid (jurist) or muqallid (imitator).
Keywords: Understanding of Facts, Islamic Judicial Proceedings, facts of cases, al-da’wa, Judicial Ijtihad, judges
Full text: PDFKepentingan memahami fakta (fiqh al-waqi’) telah banyak dibincangkan oleh sarjana perundangan Islam dalam kajian mereka mengenai teori perundangan Islam. Dalam ruang lingkup teori perundangan Islam, pemahaman fakta telah diterima sebagai komponen penting bagi amalan ijtihad dan diiktiraf sebagai justifikasi yang sah untuk pembaharuan ijtihad. Bertitik tolak daripada pernyataan di atas, namun dalam konteks yang berbeza, makalah ini membincangkan konsep dakwaan (al-da’wa) dan kepentingan memahami fakta kes dalam prosiding Kehakiman Islam. Kajian perpustakaan bersifat doktrin ini membuktikan bahawa, dalam prosiding kehakiman Islam, pemahaman tentang fakta kes adalah sangat mustahak. Kegagalan dan kelalaian untuk memahami fakta kes akan mempengaruhi ketepatan sesuatu keputusan kehakiman dan boleh membawa kepada ketidakadilan. Selanjutnya, makalah ini menegaskan bahawa jenis fakta yang perlu diambil kira dan difahami oleh hakim perbicaraan tidak terhad pada fakta langsung kes, malah keadaan dan realiti semasa kehidupan masyarakat juga perlu diambil kira. Akhirnya, makalah itu menegaskan bahawa keperluan untuk memahami fakta kes memerlukan usaha ijtihad yang mesti dijalankan oleh semua hakim tanpa mengira status mereka sebagai mujtahid atau muqallid.1
Kata kunci: Memahami fakta, Prosiding Kehakiman Islam, fakta kes, al-da’wa, ijtihad kehakiman, hakim
Teks penuh: PD
Kaedah Visual dan Penggolongan Makna Akhiran -an {an}
Pedagogical studies in the morphology of Malay language have long been conducted since the 19th century. In this regard, Boer (1951), is his grammatical work, has summarized the classification of the meaning of the suffix -an {-an} into three major groups. However, this work is hardly noticed by local researchers. Since the 1980s, the results of the analyses of the meaning of the suffix concerned have been presented in detail in Indonesia and Malaysia. The author has compared three Malay-language works, namely Asmah (2009), Harimurti (1996), and Nik Safiah et al. (2010). However, the various meanings of the suffixes concerned are not related to each other, and even the examples given are sometimes inconsistent. This article used a logical rearrangement of the classification of meaning and introduces four classifications of the meaning of the suffix -an {-an} along with basic mathematical ideas as their auxiliaries, namely: I. "set unit"; II. "similarity"; III. "something related with the process of action", and; IV. "the influence of tribal languages in Indonesia". With this classification, the relationship between the various meanings of the suffix -an {-an} could be clarified easily. The method used by this foreign researcher is the result of foreign students who are learning Malay language in order to ease the burden of memorization through dictionary and textbook grammar.Kajian pedagogi dalam morfologi bahasa Melayu telah lama dijalankan sejak abad ke-19. Dalam hal ini, Boer (1951) dalam buku tatabahasanya mengemaskan penggolongan makna akhiran -an {-an} kepada tiga golongan besar dalam bahasa Melayu. Sejak tahun 1980-an hasil analisis makna akhiran -an dikemukakan secara terperinci di Indonesia dan di Malaysia. Penulis membandingkan tiga buah buku tatabahasa tokoh bahasa Melayu, iaitu Asmah (2009), Harimurti (1996), dan Nik Safiah et al. (2010). Akan tetapi, hasil kajian ini mendapati pelbagai makna akhiran berkenaan tidak dikaitkan antara satu sama lain. Artikel ini menggunakan penyusunan semula logik terhadap penggolongan makna dengan memperkenalkan empat penggolongan makna akhiran -an {-an} bersama-sama dengan idea matematik asas, himpunan dan tindanan, untuk mengelaskannya, iaitu I. "satuan himpunan", II. "keserupaan", III. "sesuatu yang berkaitan dengan proses perbuatan", dan IV. "pengaruh bahasa sukuan di Indonesia". Dengan penggolongan ini, hubungan antara pelbagai makna akhiran -an {-an} dapat diperjelas dengan mudah. Kaedah yang diusahakan oleh pengkaji asing ini merupakan hasil pembelajaran pelajar asing yang belajar bahasa Melayu untuk meringankan beban hafalan melalui kamus dan tatabahasa buku teks
Antara Stigma dengan Realiti: Naratif Kolonial tentang Pendidikan Islam dan Perbahasan Ilmu Keduniaan di Tanah Melayu
The repercussion of colonialism on the Muslim society was not only limited to the administrative and structural aspects of society through the implementation of secular law and the Western administrative system. Above all, especially in Malaya, British colonial also introduced Western education system and colonial knowledge which was regarded as the best education system and incompatible with the progressive agenda. To ensure that Western education will be easily accepted by the Malays who were very prone to traditional religious education, the British colonial officials had created a narrative which describes the drawbacks of the traditional education system as well as instilled various negative stigma about the traditional education system. The clash of thoughts between groups of indigenous intellectuals who support or reject Western education had closed the initiative towards exploring the treasures and traditions of indigenous knowledge. Thus, this article aims to reassess the narrative constructed by the colonial British and to what extent it actually reflects the reality that existed in Malaya.Impak kolonialisme terhadap masyarakat Islam tidak hanya terbatas kepada aspek pentadbiran dan struktur masyarakat sahaja menerusi pelaksanaan undang-undang sekular dan sistem pentadbiran Barat. Lebih utama lagi, kehadiran kolonial British khususnya di Tanah Melayu turut memperkenalkan sistem pendidikan Barat dan ilmu kolonial yang dianggap sebagai sumber pendidikan terbaik dan secocok dengan agenda kemajuan. Bagi memastikan pendidikan Barat diterima oleh masyarakat Melayu yang pada ketika itu sangat cenderung kepada pengajian agama secara tradisional, pihak British telah mencipta naratif yang menggambarkan kelemahan sistem pendidikan tradisional serta pelbagai stigma negatif mengenai sistem pendidikan tersebut. Pertembungan pemikiran antara kelompok ilmuwan peribumi yang menyokong atau menolak pendidikan Barat kemudiannya telah menutup inisiatif ke arah mengkaji semula khazanah dan tradisi keilmuan tempatan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menilai kembali naratif yang dibina oleh kolonial British dan sejauh mana naratif tersebut benar-benar menggambarkan realiti yang wujud di Tanah Melayu
Perang sebagai Penyelesaian Konflik dalam Syair Perang Menteng
This study discusses war as conflict resolution in Syair Perang Menteng. The objective of this study is to clarify the conflict between Sultan Mahmud Badaruddin II and Muntighe that was resolved by war only. It is undeniable that several methods were used to avoid a war from happening, but all of them failed to reach an agreement. To discuss in detail, the war theory that Sun Tzu introduced in his book, The Art of War (2002), was used to achieve the objective of this study. Sun Tzu has listed 13 war strategies, which are valuation, battle launching, planning attack, strategic positions, strategic advantages, weaknesses and strengths of armed conflict, adapting to the nine possibilities, deploying troops, terrain, nine types of terrain, arson attacks, and using spies. Based on the analysis of Syair Perang Menteng, Sultan Mahmud Badaruddin II applied this strategy in the war against the Dutch. In addition to the strategies based on Sun Tzu’s views, Sultan Mahmud Badaruddin II also had superiority in forming war strategies. Among the superior strategies owned by Sultan Mahmud Badaruddin II was placing Allah and the Islamic faith as the primary basis of the war against the Dutch and having the full support and obedience of the Palembang community. The superiority of this war strategy successfully gave victory to the Palembang side in this battle, and they successfully resolved the conflict between these two sides through war.
Full text: PDFKajian ini membincangkan perang sebagai penyelesaian konflik dalam Syair Perang Menteng. Objektif kajian ini, adalah untuk menjelaskan konflik antara Sultan Mahmud Badaruddin II dan Muntighe berhasil dileraikan melalui peperangan sahaja. Tidak dinafikan terdapat beberapa kaedah lain yang telah digunakan bagi mengelakkan berlakunya peperangan, tetapi kaedah tersebut gagal mencapai kata sepakat. Bagi memperdalam perbincangan, teori peperangan yang telah diperkenalkan oleh Sun Tzu dalam bukunya The Art of War (2002) didapati memenuhi objektif kajian ini. Sun Tzu telah menyenaraikan 13 strategi peperangan, iaitu penilaian, melancarkan pertempuran, merencanakan serangan, posisi strategik, keunggulan strategik, kelemahan dan kekuatan konflik bersenjata, menyesuaikan diri terhadap sembilan kemungkinan, mengerahkan pasukan, medan, sembilan jenis medan, serangan pembakaran dan menggunakan mata-mata. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan terhadap Syair Perang Menteng didapati Sultan Mahmud Badaruddin II telah mengaplikasikan strategi sebegini dalam peperangan menentang Belanda. Selain strategi berdasarkan pandangan Sun Tzu, Sultan Mahmud Badaruddin II juga memiliki keunggulan tersendiri dalam usaha mengatur strategi peperangan. Antara keunggulan strategi yang dimiliki oleh Sultan Mahmud Badaruddin II ialah meletakkan Allah dan agama Islam sebagai landasan utama peperangan menentang Belanda serta mendapat sokongan dan ketaatan daripada masyarakat Palembang. Keunggulan strategi peperangan ini telah berjaya memberi kemenangan kepada pihak Palembang dalam pertempuran ini dan konflik antara kedua-dua belah pihak ini telah berjaya diselesaikan melalui kaedah peperangan.
Teks penuh: PD
Analisis Kesinambungan Topik dalam Cerita Rakyat Melayu Batu Batangkup
This study is about topic continuity in the Batu Batangkup Malay folklore text. This study aims to describe the level and degree of topic continuity in grammatical devices in the said text. The research method used is a quantitative-descriptive method by applying the documentation method in data collection and interactive model in data analysis. The data in this study were the grammatical devices in clauses, which consist of zero anaphora, third-person pronouns, possessive pronouns, defined noun phrases, and undefined noun phrases that are sourced from the selected text. The results showed that the representation of grammatical devices consists of zero anaphora, third-person pronouns, possessive pronouns, defined noun phrases, and undefined noun phrases. Of the five grammatical sets, zero anaphora has the highest level of topic continuity (4.62), while defined noun phrases have the lowest level of topic continuity (9.19). Four of the grammatical devices have low topic continuity, namely third-person pronouns (7.28), possessive pronouns (8.40), undefined noun phrases (9.13), and defined noun phrases (9.19). The highest degree of continuity starts from the grammatical level of zero anaphora, third-person pronouns, possessive pronouns, undefined noun phrases, and defined noun phrases.Keywords: Discourse analysis, topic continuity, grammatical device, level, degree, Batu Batangkup
Full text: PDFKajian ini mengenai kesinambungan topik dalam teks cerita rakyat Melayu Batu Batangkup. Kajian ini bertujuan untuk mendeskripsikan tingkat dan darjat kesinambungan topik pada perangkat nahu dalam teks cerita rakyat Melayu Batu Batangkup. Kaedah kajian yang digunakan ialah kuantitatif-deskriptif dengan menerapkan kaedah dokumentasi dalam pengumpulan data dan kaedah interaktif untuk menganalisis data. Data dalam kajian ini berbentuk perangkat nahu pada klausa yang terdiri daripada anafora kosong, kata ganti nama orang ketiga, kata ganti nama milik, frasa nama definit, dan frasa nama indefinit yang bersumber daripada teks cerita rakyat Melayu Batu Batangkup. Hasil kajian menunjukkan bahawa (1) representasi perangkat nahu terdiri daripada anafora kosong, ganti nama orang ketiga, ganti nama milik, frasa nama definit, dan frasa nama indefinit. Daripada lima perangkat nahu, anafora kosong memiliki tingkat kesinambungan topik paling tinggi (4.62) dan frasa nama definit memiliki tingkat kesinambungan yang paling rendah (9.19). (2) daripada lima perangkat nahu, empat memiliki kesinambungan topik yang rendah, iaitu ganti nama orang ketiga (7.28), ganti nama milik (8.40), frasa nama indefinit (9.13) dan frasa nama definit (9.19). (3) darjat kesinambungan tertinggi dimulai daripada perangkat nahu anafora kosong, ganti nama orang ketiga, ganti nama milik, frasa nama indefinit dan frasa nama definit.Kata kunci: Analisis wacana, kesinambungan topik, perangkat gramatikal, tingkat, darjat, Batu Batangkup
Teks penuh: PD
Laporan kajian lapangan di Pulau Borneo: dialek Melayu Sekadau
This article discusses one of the results of the research fended by Southeast Asian Studies Regional Exchange Program (SEASREP) in Borneo, namely the Sekadau Malay dialect, the lingua franca in the downriver areas of the Sekadau River, an area located about 300 kilometre upriver from the coast near Pontianak, Kalimantan Barat. This dialect is discussed from two perspectives, namely the sociolinguistic and linguistic aspects. From the sociolinguistic aspect, this dialect functions as the first language of the native Malay speakers, the first and second language of the minority migrant groups, the medium of interaction in multiethnic settings in this multilingual society, and the language that serves as the default language for certain pragmatic purposes. In general, many words of the Sekadau Malay dialect are similar to other western Borneo Malay dialects, such as those of Kapuas Hulu, Melawi, Saribas and Sarawak. Phonologically, the Sekadau variant displays phonemic contrast between /kl and/?/, a final glottal stop added to certain words, /hi corresponding to both /hi and 171, and the palatalization of the velar nasal after the high vowel, [i].Makalah ini membincangkan salah satu basil kajian yang dibiayai oleh Southeast Asian Studies Regional Exchange Program (SEASREP) di Pulau Borneo, yakni kajian tentang dialek Melayu Sekadau sebagai linguafranca di hilir Sungai Sekadau, sebuah kawasan yang berlokasi kira-kira 300 km di hulu Kuala Sungai Kapuas di Pontianak, Kalimantan Barat. Dialek ini dibincangkan daripada dua aspek, iaitu ciri sosio-linguistik dan ciri linguistik. Dari sudut sosiolinguistik, dialek ini merupakan bahasa ibunda bagi penduduk Melayu tempatan, bahasa ibunda danbahasa kedua bagi suku imigran (minoriti), bahasa interaksi utama bagi penduduk yang multilingual; dan bahasa pilihan dengan tujuan pragmatik tertentu. Sepintas lalu, kebanyakan kosa kata dialek Melayu Sekadau mirip dengan dialek-dialek Melayu Borneo Barat lainnya, misalnya di Kapuas Hulu, Sungai Melawi, Sungai Saribas dan Sungai Sarawak. Antara ciri fonologi yang dimiliki bersarna ialah kontras foneniik antara /kl dengan /?/, penambahan hentian /?/ pada posisi akhir kata pada sesetengah kata; dua kesepadanan /hi, iaitu h:h dan h:? dan palatalisasi nasal velar selepas bunyi vokal tinggi [i]
Prinsip Keadilan dalam Sekatan Hak terhadap Golongan yang Tidak Divaksin
Unvaccinated groups are exempted from any legal action under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 or any other written law. Basically, everyone has the right to make a decision on themselves. The same goes for the individual’s right to choose to be vaccinated or otherwise. As citizens, we are bound by the law of the country and it becomes an obligation to implement it. However, the choice to not be vaccinated will result in various restrictions imposed on the said groups. These restrictions are made according to the law and are in the public interest to protect the people. Thus, these groups claim that they were not treated equally to those who chose to be vaccinated. It should be noted that the law in Malaysia is not limited to the “naturalist” theory which is concerned with morality only, but is also positive in nature, which is concerned with compliance with the law that is enacted, even if there is an element of injustice towards some parties. This article will answer the question of whether the restrictions in the social activities and movements of unvaccinated individuals are justified based on the theory of justice. This article is based on a qualitative study which is analyzing the principles of justice in the restriction of rights against the unvaccinated according to the views of jurisprudent figures critically. Based on the findings, restrictions against unvaccinated groups are permissible. Therefore, this study is important in order to explain that discrimination against the unvaccinated groups is fair.
Keywords: Vaccine, anti-vaccine, justice, restriction, discrimination, equality
Full text: PDFGolongan yang tidak divaksin tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 mahupun undang-undang bertulis yang lain. Pada asasnya, setiap orang mempunyai hak membuat sesuatu keputusan terhadap diri masing-masing. Begitu juga dengan hak individu sama ada memilih untuk divaksin atau tidak. Sebagai rakyat, kita terikat dengan undang-undang di negara itu dan menjadi satu obligasi untuk melaksanakannya. Namun begitu, pilihan untuk tidak divaksin ini akan menyebabkan pelbagai sekatan dikenakan terhadap golongan tersebut. Sekatan ini dibuat menurut undang-undang adalah untuk kepentingan awam bagi menjaga kemaslahatan umum. Oleh sebab itu, golongan ini berpendapat bahawa layanan yang diperolehnya tidak sama seperti yang diperoleh oleh individu yang divaksin. Perlu diketahui, undang-undang di Malaysia tidak terhad kepada teori “naturalis” yang mementingkan moraliti sahaja, tetapi juga bersifat positif, iaitu mementingkan kepatuhan undang-undang yang digubal walaupun terdapat unsur ketidakadilan kepada sebahagian pihak. Makalah ini akan menjawab persoalan, sama ada sekatan terhadap aktiviti sosial dan pergerakan individu yang tidak divaksin ini wajar dilakukan atau tidak berdasarkan teori keadilan. Makalah ini ditulis berasaskan kajian kualitatif, iaitu menganalisis prinsip keadilan dalam sekatan hak terhadap golongan yang tidak divaksin menurut pandangan tokoh jurisprudens secara kritis. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, sekatan hak terhadap golongan yang tidak divaksin wajar dilakukan. Oleh sebab itu, kajian ini penting untuk menerangkan bahawa diskriminasi terhadap golongan yang tidak divaksin ialah suatu perkara yang adil.
Kata kunci: Vaksin, antivaksin, keadilan, sekatan, diskriminasi, sama rata
Teks penuh: PD
Hak untuk Mendapatkan Rawatan Kesihatan bagi Komuniti Transgender di Malaysia: Suatu Kelompangan antara Peraturan dan Amalan
Equality of citizens on the grounds of gender is guaranteed under Article 8(2) of the Federal Constitution and international human rights treaties. Despite this guarantee of right, transgender people claim that they are still discriminated and receive unequal treatment, especially when accessing health care. Therefore, the objective of this study is to determine the extent to which the existence of domestic laws and international laws have placed the highest standard of treatment for individuals with gender identity disorder or transgender people in Malaysia. The methods used in completing this study were through referrals and interviews. In this study, the researcher successfully found that the right to equality guaranteed under the Federal Constitution is not absolute and is subjected to other relevant laws. The researcher also managed to identify several alternatives that can be employed to solve the problems related to discrimination against transgender people, namely with more stringent law enforcement and actions by the Malaysian government on health practitioners in the event of discriminatory treatment against transgender people.
Keywords: Transgender, equality, domestic law, international law, Ministry of Health Malaysia, Federal Constitution
Full text: PDFHak kesamarataan terhadap warganegara atas alasan jantina telah dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Perseketuan dan triti hak asasi manusia antarabangsa. Walaupun hak kesamarataan mereka telah dijamin, golongan transgender mendakwa mereka masih menerima diskriminasi dan layanan tidak sama rata terutamanya ketika mendapatkan rawatan kesihatan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana kewujudan undang-undang domestik dan perjanjian antarabangsa yang telah meletakkan piawaian tertinggi mengenai layanan terhadap individu yang mempunyai kecelaruan identiti jantina atau transgender diaplikasikan di Malaysia. Kaedah yang digunakan dalam menyelesaikan kajian ini adalah melalui rujukan dan juga temu bual. Dalam kajian ini, pengkaji berjaya melihat bahawa hak kesamarataan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah tidak mutlak dan tertakluk pada undang-undang lain yang berkaitan. Penyelidik juga berjaya mengenal pasti beberapa alternatif yang boleh digunakan agar permasalahan berkaitan diskriminasi terhadap golongan transgender ini dapat diselesaikan, iaitu dengan penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan penetapan suatu tindakan yang lebih berat oleh kerajaan Malaysia terhadap pengamal kesihatan apabila berlaku diskriminasi terhadap golongan transgender.
Kata kunci: Transgender, kesamarataan, undang-undang domestik, undang-undang antarabangsa, Kementerian Kesihatan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan
Teks penuh: PD