Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Perlindungan Pascaakad terhadap Pihak Berkontrak melalui Remedi Pilihan Sendiri Menurut Islam dan Undang-undang yang Berkaitan dengan Kontrak
The thought about protection of the contracting party does exist in Islam and the law because it is a necessity to give justice to the weaker party in the contract, such as the buyer. Recently, there are many cases involving fraud and exploitation towards the buyer and consumer in the sale of goods due to the imbalance of negotiating power between the two parties in the contract. Therefore, the effort to protect the weaker party in a contract is very appropriate and because it can give integrity to the sealed contract. Islamic scholars have outlined certain rules to protect contracting parties at the post-contract phase. Similarly, in the law related to contracts, there are various methods that can be used by the aggrieved party to claim their right to be honoured by the other party. Among the intended methods is self-help remedies. This article discusses the aspects of self-help remedies that can be claimed by the aggrieved party after the contract is executed based on Islam and the law. This study is that of a comparison by analyzing views from the perspectives of Islam and the law related to self-help remedies to protect and provide justice to the contracting weaker party. The results of this study found that there are some differences of opinion in terms of concepts and philosophy between Islam and modern contract law regarding the forms of self-help remedies. Some concepts of remedies found in Islam are not found in modern law. However, there are similarities in the general goal between Islam and modern contract law, which is to guarantee justice and the balance of negotiating power between the contracting parties. It is hoped that the findings of this study can contribute to the efforts to improve the protection of contracting parties in current times, which are increasingly complex and difficult.
Keywords: Self-help remedies, post-contract protection, khiyar (options), cancellation of contract, right of return, Islamic view
Full text: PDFPemikiran tentang perlindungan pihak berkontrak memang wujud dalam Islam dan undang-undang kerana menjadi suatu keperluan untuk memberikan keadilan kepada pihak yang lemah dalam berakad, seperti pembeli. Mutakhir ini, banyak kes yang melibatkan penipuan dan eksploitasi terhadap pembeli dan pengguna dalam urusan jualan barang disebabkan oleh ketidakseimbangan kuasa berunding antara kedua-dua belah pihak dalam berakad. Oleh sebab itu, usaha melindungi pihak yang lemah dalam berakad amat wajar kerana dapat memberikan keutuhan kepada kontrak yang dimeterai. Ulama telah menggariskan peraturan tertentu untuk melindungi pihak berkontrak pada peringkat pascaakad. Dalam undang-undang yang berkaitan dengan kontrak juga, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh pihak yang terkilan dalam berkontrak untuk menuntut haknya agar dihormati oleh pihak lain. Antara kaedah yang dimaksudkan termasuklah remedi pilihan sendiri. Makalah ini membincangkan aspek remedi pilihan sendiri yang boleh dituntut oleh pihak yang terkilan selepas akad menurut Islam dan undang-undang. Kajian ini berbentuk kajian perbandingan dengan menganalisis pandangan dari sudut Islam dan undang-undang yang berkaitan dengan remedi pilihan sendiri untuk melindungi dan memberikan keadilan sewajarnya kepada pihak yang lemah dalam berakad. Hasil kajian ini mendapati bahawa wujud beberapa perbezaan pandangan dari segi konsep dan falsafah antara Islam dengan undang-undang kontrak moden tentang bentuk remedi pilihan sendiri. Sesetengah konsep remedi yang terdapat dalam Islam tidak didapati dalam undang-undang moden. Namun begitu, terdapat persamaan dari segi matlamat umum antara Islam dengan undang-undang kontrak moden, iaitu untuk menjamin keadilan dan keseimbangan kuasa berunding antara pihak yang berkontrak. Dapatan daripada kajian ini diharap dapat menyumbang kepada usaha menambah baik aspek perlindungan pihak berkontrak pada masa kini yang semakin kompleks dan rencam.
Kata kunci: Remedi pilihan sendiri, perlindungan pascaakad, khiyar, pembatalan kontrak, hak pemulangan, Islam
Teks penuh: PD
Ilmu Diplomatik sebagai Pustaka Watan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional
Malay manuscripts are valuable documents that have records of the government and administration of a Malay Sultanate. Based on the records, there are various knowledge that can be searched as national wisdom. National wisdom is a collection of local knowledge that benefits the community, besides proving the intellectual peak of the past, which can be inherited by the community. Among the types of knowledge that are identified is diplomatic knowledge, which is knowledge of how a government manages its international affairs. The development of management and reinforcement of the stability of the Malay Sultanate is based on this relationship. The diverse sharing of organizational resources and natural materials made the relationship between two or more governments closer and based on mutual trust. However, diplomatic knowledge as national wisdom is still not fully explored in studies. Therefore, this article describes and analyzes diplomatic knowledge as national wisdom by using Hikayat Merong Mahawangsa as the material of discussion. As such, library methods and text analysis were used to achieve the objectives of the study. The results of this study showed that, on the whole, there is a form and method to handling diplomatic knowledge as national wisdom through selected manuscripts. This study can contribute knowledge to researchers in other related fields in order to utilize the data that have been recorded by previous authors in Malay manuscripts.
Full text: PDFManuskrip Melayu merupakan khazanah berharga yang mencatatkan rekod pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan kesultanan Melayu. Menerusi catatan peristiwa tersebut, terdapat pelbagai ilmu yang dapat diselongkar sebagai pustaka watan. Pustaka watan ialah himpunan ilmu tempatan yang memberi kemaslahatan kepada masyarakat selain membuktikan ketinggian keintelektualan zaman silam yang dapat diwarisi. Antara ilmu yang dapat dikenal pasti ialah ilmu diplomatik. Ilmu diplomatik ialah pengetahuan tentang pengurusan hal ehwal hubungan antarabangsa sesebuah kerajaan. Perkembangan pengurusan serta pengukuhan kestabilan pemerintahan kesultanan Melayu adalah bersandarkan cetusan hubungan ini. Kepelbagaian perkongsian sumber organisasi dan bahan semula jadi menjadikan hubungan antara dua atau lebih kerajaan menjadi akrab dan dapat membina hubungan atas dasar percaya dan keyakinan masing-masing. Namun demikian, ilmu diplomatik sebagai pustaka watan masih lagi belum berkembang kajiannya. Oleh itu, makalah ini akan menghuraikan serta menganalisis ilmu diplomatik sebagai pustaka watan dengan menggunakan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai bahan perbincangan. Dalam pada itu, kaedah kepustakaan dan juga analisis teks digunakan untuk mencapai objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya terdapat bentuk dan juga kaedah pengendalian ilmu diplomatik sebagai pustaka watan menerusi naskhah terpilih. Kajian ini dapat menyumbangkan pengetahuan kepada pengkaji bidang lain yang berkaitan agar memanfaatkan data yang telah direkodkan oleh para ilmuwan terdahulu dalam manuskrip Melayu.
Teks penuh: PD
View Article Penguasaan bahasa Melayu oleh pelajar Melayu dalam arus globalisasi
This research attempts to study the achievement of the Malay students in UPSR and PMRfor bahasa Melayu. This study was carried out at four schools. 1000 students were chosen as samples and were asked to sit for the examination for tree consecutive years, 1999, 2000 and 2001. The data show that UPSR result for the year 1999, 113 students achieved good result, and the number decreases to 105 for the year 2000 and finally only 38 for the following year. The same pattern surfaces for PMR. High achievers students for 1999 are 274 and declines to 142 in the year 2000 and increases to 145 in the year 2001. The research proves that there is a correlation between the students achievement and the questions asked in the examination which we named them as a problematic questions. The problematic questions are 16 percent in 1999, 20 percent in 2000 and 40 percent in 2001 for UPSR. For PMR there are 23.3 percent in 1999, 33.3 percent in 2000 and 30 percent in 2001. This study also discloses that the problematic questions are related to a misleading proposed grammar. This leads to confusions among students because the questions are based on prescriptive grammar as opposed to practical grammar. Practical grammar is a grammar used by the mass and disseminate widely through media as a result of globalization.Kajian ini berlujuan untuk menelili prestasi anak~anak Mclayu dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat UPSR dan PMR. Kajian telah dilakukan ke atas empat buah sekolah, Seramai 1000 pelajar tclah dijadikan sampcl dengan menjawab soalan pcperiksaan tahun 1999, 2000 dan 2001. Paparan data menunjukkan bagi peperiksaan UPSR lahun 1999, 113 pelajar telah mencatat pencapaian baik, turun pada 105 orang pada tahun 2000 dan hanya 38 orang pada tahun 2001. Pada peringkat PMR juga menunjukkan pola yang sama. Prestasi pelajar baik bagi tahun 1999 ialah 274 orang menurun kepada 142 pada tahun 2000 dan naik sedikit kepada 145 pada tahun 2001. Kajian ini mendapati pcnurunan prcstasi pclajar berkait rapat dengan bentuk soalan yang dikemukakan yang kami golongkan sebagai soalan bermasalah. Soalan bermasalah yang ditemui ialah 16 peratus bagi tahun 1999, 20 peratus bagi tahun 2000 dan 40 peratus bagi tahun 2001 bagi UPSR. Peralus soalan bermasalah PMR pula adalah 23.3 peratus pada tahun 1999, 33.3 peratus pada Lahun 2000 dan 30 peratus pada tahun 2001. Kajian ini juga mendapati soalan bennasalah ada kaitannya dengan aspek nahu yang bermasalah. Soalan bermasalah mengelirukan pelajar kerana soalan tersebut berteraskan nahu pegangan tetapi bertentangan pula dengan nahu praktis. Nahu praktis ialah nahu yang digunakan olch masyarakat umum sehari-hari yang disebarluaskan oleh media sebagai kesan daripada arus globalisasi
Padanan Istilah Kesihatan Awam Berkaitan Isu COVID-19
The spread of the COVID-19 virus in early 2020 has had a major impact on the world's population. Every day, the media will report on the latest news about COVID-19, both locally and abroad. Therefore, accurate and correct information should be delivered to the public to create understanding and awareness of this pandemic. In the field of public health in Malaysia, the COVID-19 issue is considered as something new. This implied the need to translate the exact medical terms from English to Malay to ensure that the information presented is completely acceptable by the society. The efforts made by the Ministry of Health Malaysia and Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) in forming accurate terms is a proactive step. This study was conducted to describe the methods of translation, absorption, and adaptation of foreign term remuneration or a combination of such methods in forming terms in the field of public health, particularly related to the issue of COVID-19. This qualitative study was conducted by utilizing data observed from the Twitter handle, @DBPMalaysia, which aims to articulate the right terms for the issue of COVID-19. Data were taken from submissions on DBP's official social media from 18 March 2020 to 18 March 2021. A total of 54 public health terms related to the COVID-19 issue were identified and the formation methods of the terms used were analyzed. Discussions matching those terms are based on "Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu" (2004), published by DBP. The findings of the study indicate that the translation method is the most widely used method in the data studied, followed by a combination of translation and absorption. Keywords: COVID-19, Public Health, terminology, translation, combination of translation, absorption
Full text: PDFPenularan virus COVID-19 pada awal tahun 2020 telah memberi impak yang besar kepada penduduk dunia. Saban hari pihak media akan melaporkan berita terkini tentang COVID-19 sama ada di dalam mahupun luar negara. Oleh itu, maklumat yang tepat dan betul harus disampaikan kepada orang awam bagi mewujudkan kefahaman dan kesedaran kepada mereka tentang bahaya ancaman penyakit pandemik ini. Isu COVID-19 merupakan sesuatu yang baharu dalam bidang kesihatan awam di Malaysia. Secara tidak langsung menunjukkan perlunya padanan istilah yang tepat dan sejadi daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi memastikan maklumat yang disampaikan benar-benar dapat diterima oleh masyarakat. Usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membentuk padanan istilah yang tepat merupakan suatu langkah proaktif. Kajian ini dilakukan untuk menghuraikan kaedah penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing atau gabungan kaedah tersebut untuk membentuk istilah dalam bidang kesihatan awam khususnya berkaitan dengan isu COVID-19. Kajian kualitatif ini dilakukan dengan memanfaatkan data yang dicerap daripada laman media sosial Twitter @DBPMalaysia yang bertujuan menguar-uarkan istilah yang tepat bagi isu COVID-19. Data diambil daripada hantaran di media sosial rasmi DBP tersebut sepanjang 18 Mac 2020 hingga 18 Mac 2021. Sebanyak 54 istilah kesihatan awam berkaitan dengan isu COVID-19 telah dikenal pasti dan dianalisis kaedah pembentukan istilah yang digunakan. Perbincangan padanan istilah tersebut berpandukan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu (2004) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah penterjemahan merupakan kaedah paling banyak digunakan dalam data yang dikaji, diikuti dengan gabungan penterjemahan dan penyerapan. Kata kunci: COVID-19, Kesihatan Awam, istilah, penterjemahan, gabungan penterjemahan, penyerapan
Teks penuh: PD
Penggunaan kata ganti nama 'dia' dan 'kita' dalam pertuturan kanak-kanak Melayu: satu analisis pragmatik
The purpose of the study is to analyse the usage of pronouns 'dia' and 'kita' in Malay childrens' conversation. Twenty five from Tabika Kemas in Serdang were selected. From the research, the findings indicated that there are ambiguities existed in the usage of the pronouns. Pronoun 'dia' is used to refer to third person, [ + animate], i.e. 95 out of 135 utterances or 70.4 percent. Meanwhile, in relevant contexts, pronoun 'dia' is also refered to inanimate {-inanimate], i.e. 40 out of 135 utterances or 29.6 percent. The ambiguities in the usage of pronoun 'kita' arises when the children used it in different contexts. Pronoun 'kita' is used to indicate plurality, i.e. 110 out of 144 utterances or 76.4 percent. From the study, it was also found out that 'kita' is used for singularity, i.e. 34 out of 144 utterances or 23.6 percent. The ambiguities in the use of 'dia' and 'kita' could be overcomed with the use of Bridging Cross Reference which is contained in the relevance theory.Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan kata ganti nama 'dia' dan 'kita'dalam pertuturan kanak-kanak Melayu. Sampel kajian (KGND) adalah terdiri daripada 25 orang kanak-kanak Tabika Kemas di kawasan Serdang. Hasil kajian menunjukkan terdapat kekaburan dalam penggunaan KGND 'dia' dan 'kita' dalam pertuturan kanak-kanak Melayu. KGND 'dia' digunakan untuk merujuk orang ketiga, [ +manusia], iaitu sebanyak 95 daripada 135 ujaran atau 70.4 peratus yang menggunakan KGND 'dia'. Manakala dalam konteks yang relevan, KGND 'dia' boleh merujuk kepada benda lain yang bukan manusia, [-manusia], iaitu sebanyak 40 daripada 135 ujaran atau 29.6 peratus. Kekaburan dalam penggunaan KGND 'kita' timbul apabila kanak-kanak menggunakannya dalam konteks yang berbeza. 'Kita' sebagai KGND pertama digunakan untuk menunjukkanjamak, iaitu sebanyak 110 daripada 144 ujaran atau 76.4 peratus. Di samping itu, sampel juga menggunakan 'kita' sebagai KGND pertama mufrad iaitu sebanyak 34 daripada 144 ujaran atau 23.6 peratus. Kekaburan penggunaan KGND 'dia' dan 'kita' ini dapat diselesaikan derigan menggunakan Rangka Rujuk Silang (RRS) yang terkandung dalam teori relevan
Lakuan Tutur Terima kasih: Strategi Pragmatik yang digunakan dalam kalangan Generasi Z Melayu
Generation Z is a generation of technology. They are said to show very little verbal communication skills. They are relatively weak in terms of expression, verbal communication, confidence and interpersonal skills. Among the weaknesses that are commonly mentioned is that the younger generation find it quite "difficult" to express "thank you" in their daily life as it is not considered an important matter. Therefore, this paper aims to examine the strategy of thanking speech acts among the Malay Generation Z. The speech act of thanking expresses feelings of gratitude, appreciation and indebtedness for a gift, offer or help given by a person. This study employs a descriptive quantitative approach in the form of a Discourse Completion Task (DCT) questionnaire. In this approach, counts are performed to indicate which thanking strategies occur more in number and frequency. DCT contains five questions based on three different situations, namely receiving a gift, receiving help and receiving an award. These situations are also differentiated in terms of participant relationships based on social distance and social status. The questionnaire was distributed to 212 respondents representing Generation Z, namely Form 4 and Form 6 students as well as university students. Additionally, the data were analyzed based on a modified version of the classification of gratitude expressions by Cheng (2005), which comprised eight gratitude strategies. The study found that in displaying grateful actions, Generation Z more often used a direct or explicit strategy when using the words "thank you" or "thank you very much". The results also showed that Malay Generation Z is still aware and know how to perform acts of gratitude when faced with situations that require responses of gratitude
Keywords: Verbal communication, speech act, thanking speech act, Generation Z, pragmatics strategies, Malay
Full text: PDFGenerasi Z ialah generasi teknologi. Mereka dikatakan menunjukkan kemahiran komunikasi lisan yang sangat sedikit. Mereka agak lemah dari sudut ekspresi, komunikasi lisan, keyakinan dan kemahiran interpersonal. Antara kelemahan yang biasa disebut termasuklah generasi muda agak "sukar" mengungkapkan ucapan "terima kasih" dalam kehidupan seharian ekoran dianggap ia bukanlah satu perkara penting. Oleh itu makalah ini bertujuan untuk meneliti strategi lakuan terima kasih dalam kalangan generasi Z Melayu. Lakuan bahasa terima kasih ialah lakuan bahasa ekspresif yang mengungkapkan perasaan berterima kasih, penghargaan dan rasa terhutang budi atas pemberian, tawaran dan bantuan yang diberikan oleh seseorang. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif berbentuk soal selidik Tugas penyempurnaan Wacana (TPW). Dalam pendekatan ini kiraan dilakukan untuk menunjukkan strategi terima kasih yang lebih banyak atau lebih kerap berlaku. TPW ini mengandungi lima soalan berdasarkan tiga situasi berbeza, iaitu situasi menerima hadiah, menerima pertolongan dan menerima anugerah. Situasi ini dibezakan juga dari segi hubungan peserta berdasarkan jarak sosial dan status sosial. Soal selidik diedarkan kepada 212 responden yang mewakili generasi Z, iaitu pelajar tingkatan 4, tingkatan 6 dan pelajar universiti. Selanjutnya, data dianalisis berdasarkan versi yang dimodifikasikan daripada klasifikasi ekspresi terima kasih oleh Cheng (2005) yang mengandungi lapan strategi terima kasih. Kajian mendapati dalam usaha mempamerkan tindakan berterima kasih, generasi Z lebih kerap menggunakan strategi langsung, iaitu secara eksplisit menggunakan perkataan "terima kasih" atau "terima kasih banyak/banyak-banyak". Hasil kajian juga menjelaskan bahawa Generasi Z masih sedar dan tahu untuk melaksanakan lakuan terima kasih apabila berhadapan dengan situasi yang memerlukan respons berterima kasih.
Kata kunci: Komunikasi lisan, lakuan tutur, lakuan tutur terima kasih, Generasi Z, strategi pragmatik, Melayu
Teks penuh: PD
Pendeskripsian kontur intonasi jenis ayat dalam filem Sembilu 1 dan Sembilu 2
This study deals with the descriptions of intonation contours of sentence types by adapting the first two initial tone movements. The findings of these varied intonation contours were simplified by using prototype principles. There were four groups of initial tone movements in Malay type of sentences, i. e. %LL, %LH, %HL and %HH, with optional combinations of medial tones and L%, L*%, H % and H “% as the finals. The %HL group showed the highnest, 57 (53.27%) and the lowest being the %HH, 2 (1.87%). The final tone, the highest being the L%, 82 (76.63%) as opposed to the L*% and H*%, I (0.94%).Kajian ini membincangkan pendcksripsian kontur intonasi jenis ayat. Pendeksripsian kontur intonasi dalam kajian ini mengambil dua pergcrakan nada awal kontur. Dapatan kontur intonasi yang rencam ini dipermudah dengan prinsip protolaip. Terdapal empat kelompok pergerakan nada awal jenis ayat bahasa Melayu, iaitu %LL, %LH, %HL dan %I-IH, gabungan pilihan nada tengah yang pelbagai dan pergerakan nada akhir L%, L*%, H% dan H*%. Kelompok pergerakan nada awal %HL merupakan yang tertinggi dengan 57 (53.27%) dan yang terendah, %HH, 2 (1.87%). Pergcrakan nada akhir yang paling kerap, L%, 82 (76.63%) berbanding dengan L*% dan H*% yang masing-masing, l (0.94%)
Mimpi sebagai Satu Strategi Naratif Pengarang dalam Teks Melayu Klasik Terpilih
This paper discusses dream as a narrative strategy in selected classical Malay texts. The discussion covers six Malay historiographical texts: Sulalatus Salatin, Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Banjar, Tuhfat Al-Nafis, Babad Tanah Jawa and Syair Peperangan Aceh. Mieke Bal’s narrative theory (2017) is used as the main method of discussion. In her book, Narratology: Introduction to the Theory of Narrative (2017), Bal presents 12 important characteristics in narrative theory; event, character, time, location, plot, repetition, focalization, text, author, description, narrative stages and ideology. Based on the analysis, the characteristics can be condensed into five categories: text (theme, point of view, repetition, description, narrative stages, plot, and focalization), author, setting (time, place, and event), ideology and character. However, the discussion of this paper uses one element only, which is the author’s ideology. The findings intend to show the author’s ideology in using dream as one of the narrative strategies to highlight the sovereignty and veneration of the Malay kings. The study’s results prove that dream was used as a narrative strategy by the past royal court authors. Makalah ini membincangkan unsur mimpi sebagai satu strategi naratif dalam teks kesusasteraan Melayu klasik terpilih. Perbincangan ini akan menelusuri enam teks historiografi Melayu iaitu; Sulalatus Salatin, Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Banjar, Tuhfat Al-Nafis, Babad Tanah Jawa dan Syair Peperangan Aceh. Bagi memperdalamkan lagi perbincangan, teori naratif oleh Mieke Bal (2017) dijadikan sebagai metodologi utama perbincangan. Menurut Mieke Bal dalam bukunya Narratology Introduction to the Theory of Narrative (2017) telah mengetengahkan dua belas ciri penting dalam teori naratif iaitu peristiwa, watak, masa, lokasi, plot, perulangan, fokus penceritaan, teks, pengarang, deskripsi, tahap-tahap narasi dan ideologi. Namun berdasarkan analisis yang dilakukan dua belas ciri-ciri ini dapat di ringkaskan kepada lima bahagian utama iaitu teks (termasuk tema, sudut pandangan, perulangan, deskripsi, tahap-tahap narasi, plot dan fokus penceritaan), pengarang, latar (termasuk latar masa, tempat dan peristiwa), ideologi dan watak. Namun perbincangan ini akan menggunakan satu elemen sahaja iaitu ideologi pengarang. Hasil daripada penulisan bertujuan memperlihatkan kecenderungan ideologi pengarang istana menjadikan mimpi sebagai salah satu strategi dalam penulisannya untuk membentangkan kedaulatan dan ketinggian raja-raja Melayu. Justeru itu, penulisan ini telah berjaya membuktikan unsur mimpi telah dijadikan sebagai salah satu strategi naratif oleh pengarang-pengarang istana silam
Pindaan Perlembagaan 2019 Mengenai Pindaan Umur Layak Mengundi
-
Full text: PDF-
Teks penuh: PD
Masa dan masyarakat Melayu: peradaban berterusan
The notion of 'Malay promise' (meaning 'not punctual') persists till today. In the past when absence of instruments for observing time was usually held responsible for unpunctuality, the availability of clocks and watches in present day society does not seem to solve the so-called problem of lack of promptness. Concomitant with this, the existence of malay phrases such as, 'the duration of a hombill s incubation', 'the duration of the ripening of a papaya', and 'the duration of the ripening of the rambai fruit' seems to belie this assumption of unpunctuality. This is because they do indicate a conception of time, which includes consideration of duration and period. The currency of such sayings would suggest that Malay concept of time, as understood in olden times persists despite rapid changes in modern society. In fact the former phrases of time has changed to 'afterasar (early evening) prayer', 'after maghrib (evening) prayer', and dusk in todays life. This observation lends itself to a relevant question. Are Malays so inflexible that changes wrought by modernization and globalisation failing to affect any significant shift in their perception of time? Or, could this so-called rigidity be explained in terms of the built-in leeway, which inevitably accompanies any conception of time, a way of thinking which in turn explains Malay tolerance and politeness. To this end, data form both modern and traditional texts are analyzed from the perspective of pragmatics. The findings would prove whether Malay way of conceiving time is eroded or reinforced and strengthened over time.Dari dahulu hingga kini, konsep 'janji Melayu' masih lekat dalam masyarakat Melayu. Jika dahulu dikatakan masyarakat Melayu tidak mempunyai pengukur masa yang tepat namun setelah munculnya peradaban masa yang tepat,jam umpamanya, penilaian orang Melayu terhadap masa boleh dikatakan masih kekal. Ukuran-ukuran masa seperti selama enggang mengeram, selangkas betik berbuah dan semasak buah rambai adalah mariifestasi betapa lamanya masa yang diambil untuk melakukan sesuatu perkara. Peredaran masa dan kesan modenisasi masih menyaksikan ukuran masa seumpama ini dipraktikkan lagi. Ungkapan-ungkapan seperti-lepas asar, lepas maghrib, senja telah dipakai bagi merujuk pada masa. Persoalannya sekarang adakah masyarakat Melayu begitu sempit pemikiran mereka sehingga arus modenisasi dan globalisasi gagal mengikis pandangan mereka terhadap masa. Atau adakah ini nilai peradaban Melayu yang mesti dipertahankan agar Melayu akan tetap dihormati sebagai bangsa yang boleh bertolak ansur dan berhati budi. Data teks klasik dan moden akan dijadikan perbandingan ukuran masa bersandarkan perspektif ilmu pragmatik. Hasilnya kelak akan menjadi hakim kepada pengukuhan atau perubahan nilai peradaban itu sendiri