Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Understanding Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman and Arus through Goodenough Ethnosemantics Approach
This article discusses the position of the novels Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979) and Arus (1985) by Anwar Ridhwan as these are considered to be cultural products and behaviors of the Malay community. Based on the interpretation of the novels, from an ethnosemantics study by Goodenough proves that cultural products (literature) are the collective knowledge system of the Malay society in the 1940s and 1970s. In these two novels, Anwar Ridhwan has created a discourse of knowledge and cultural phenomena to discuss various issues in his society. It includes three main elements which are conflict of values, psychosocial and social leadership which can be connected with knowledge system, philosophy, public thinking and cultural behavior collectively. These works can be understood through content analysis to understand the forms of thought, cultural patterns, and behavior that form the basis of a society’s knowledge system which is the focus of Anwar Ridhwan’s novels. Therefore, these two novels in Goodenough’s ethnosemantics perspective are social facts which are the basis to understand the way of life, thinking, philosophy, common sense and cultural practices that are the core of his authorship.
Full text: PDFTulisan ini membahaskan kedudukan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979) dan Arus (1985) karya Anwar Ridhwan yang dapat difahami sebagai produk dan perilaku budaya masyarakat Melayu. Berdasarkan pentafsiran terhadap novel tersebut, kajian etnosemantik oleh Goodenough membuktikan produk budaya (sastera) merupakan sistem pengetahuan kolektif masyarakat Melayu pada tahun 1940-an dan 1970-an. Dalam kedua-dua novel tersebut, Anwar Ridhwan telah membina wacana pengetahuan dan fenomena budaya untuk memperkatakan pelbagai isu yang berkembang dalam masyarakatnya.Fenomena ini merangkumi tiga elemen utama, iaitu konflik nilai, psikososial dan kepimpinan sosial yang dapat dihubungkan dengan sistem pengetahuan, pemikiran dan falsafah, pemikiran awam dan perilaku budaya secara kolektif. Karya-karya ini dapat difahami melalui analisis kandungan (content analysis) untuk memahami bentuk pemikiran, pola kebudayaan, dan perilaku yang menjadi asas kepada sistem pengetahuan sesebuah masyarakat yang menjadi fokus dalam novel Anwar Ridhwan. Oleh itu, kedua-dua novel ini dalam perspektif etnosemantik Goodenough merupakan fakta sosial untuk memahami cara hidup, pemikiran, falsafah, akal budi dan amalan budaya yang merupakan teras kepada kepengarangannya.
Teks penuh: PD
Transformasi Teknologi Elektronik melalui Aplikasi Sistem e-Syariah dan i-Syariah dalam Sistem Pengurusan Mahkamah Syariah di Malaysia
The implementation of information technology in the Syariah Judiciary Institution has been well received by all Syariah Courts throughout Malaysia through the application of the e-Syariah system. The innovation and electronic technology transformation has been continued in several Syariah Courts, including the Syariah Court in Sarawak that developed a new system called the i-Syariah, or Syariah Intelligence Management System. This research paper is aimed at analysing the development of the Syariah Court Case Management System through the e-Syariah system at the federal level and the i-Syariah system that is applied in Sarawak. Analysis was also done on the modules developed in the e-Syariah and i-Syariah systems to acquire comprehensive research information. A qualitative research methodology was applied to the progress of e-Syariah and i-Syariah systems' development and a comparative methodology was applied to compare the systems applied in the Civil Court with the contents of systems applied in the Syariah Judiciary Institution. The research found that the electronic technology transformation in the Syariah Court has shown less development compared to that of the Civil Court, which applies e-Filing system (EFS), Case Management System (CMS), Queue Management System (QMS), Court Recording and Transcribing (CRT), Artificial Intelligence (AI) and Community and Advocate Portal System (CAP). However, according to the i-Syariah development plan, various applications that are used in the Civil Court will be implemented in the Sarawak Syariah Court to ensure that the information and communication technology (ICT) transformation is in line with the digital technology development in Sarawak.
Keywords: e-Government, i-Syariah, e-Syariah, Syariah Court Case Management System, Sarawak Syariah Judiciary Department, Syariah judicial institution
Full text: PDFImplimentasi teknologi maklumat dalam institusi kehakiman syariah disambut baik oleh semua mahkamah syariah negeri di Malaysia melalui aplikasi sistem e-Syariah. Inovasi dan transformasi teknologi elektronik ini diteruskan oleh sebahagian mahkamah syariah termasuk mahkamah syariah di Sarawak yang membangunkan sistem baharu yang dinamakan i-Syariah, iaitu Sistem Pengurusan Pintar Syariah. Artikel ini bertujuan menganalisis pembangunan sistem Pengurusan Mahkamah Syariah melalui sistem e-Syariah pada peringkat Persekutuan dan i-Syariah yang diaplikasikan di Sarawak. Penelitian juga dilakukan terhadap modul yang dibangunkan dalam sistem e-Syariah dan i-Syariah bagi dapatan maklumat penyelidikan yang menyeluruh. Metodologi penyelidikan dilakukan secara kualitatif terhadap perkembangan pembangunan sistem e-Syariah dan sistem i-Syariah serta melaksanakan metode komparatif dengan membandingkan sistem yang diguna pakai di mahkamah sivil dengan kandungan sistem yang diaplikasikan di institusi kehakiman syariah. Penyelidikan ini mendapati bahawa transformasi teknologi elektronik mahkamah syariah kurang menunjukkan perkembangan berbanding mahkamah sivil yang telah mengaplikasi e-Filing system (EFS), Case Management System (CMS), Queue Management System (QMS), Court Recording and Transcribing (CRT), Artificial Intelligence (AI) dan Community and Advocate Portal System (CAP). Walau bagaimanapun berdasarkan pelan pembangunan i-Syariah maka sistem-sistem yang diguna pakai pada peringkat mahkamah sivil ini akan diimplimentasikan di mahkamah syariah Sarawak untuk memastikan transformasi informasi teknologi maklumat seiring dengan perkembangan teknologi digital di Sarawak.
Kata kunci: e-Kerajaan, i-Syariah, e-Syariah, Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, intitusi kehakiman syariah
Teks penuh: PD
Penguasaan bahasa dan kreativiti wacana sastera: fenomena Membunuh Orang Gila Sapardi Djoko Damono
With Membunuh Orang Gila, "Killing a Mad Man ", Sapardi establishes himself as a short story writer; while he was previously known only as a poet. The short stories in this anthology differ from those in Pengarang Telah Mati, "The Writer is .Dead", his previous anthology of short stories. They are not "prose in the form of poems" or "prose that resembles poems" that simply make use the poetic form. In Membunuh Orang Gila, Sapardi, on the other hand, makes use the linguistic mechanism he uses to express ideas in his poetry. His language expression is terse, using few words as possible. And it is staccato as well, omitting words usually used to show the (logical) connection between units of a linguistic expression. This is made possible by his long history as a poet that also makes him very conscious in using of a language expression. In addition to that, we also have to nclude as well his long association with the linguistic and literary study as a teaching staff of a university. His command of language and style is not only part of his long experience as a poet, it is also the result of his academic experience as a student of literature and linguistics. He can use the language expression so far regarded as being cliches efficiently and refreshing.Dengan Membunuh Orang Gila, Sapardi muncul sebagai pengarang cerpen, padahal sebelumnya dia hanya menulis puisi. Pengucapan bahasa antologi ini berbeza dari yang menandai cerpen dalam Pengarang Telah Mati, antologi cerpennya yang lebih dulu. Cerpennya bukan "prosa yang puisi" yang memanfaatkan bentuk puisi. Ia memanfaatkan mekanisme pengucapan bahasa puisinya, pengucapan bahasa tanpa pemborosan dan staccato, yang penuh lompatan tanpa kata yang menandai hubungan antara dua unit pengucapan bahasa. Ini dimungkinkan oleh pengalaman puisi dan penguasaan bahasa Sapar di dan oleh pengalamannya bergerak dalam dunia ilmu sastera dan bahasa. Kerana itu dia juga mampu menggunakan kata dan ungkapan yang selama ini dianggap telah mengklise namun di tangannya berubah menjadi sesuatu yang segar dan menyegarkan
Pilihan bahasa dan lingua franca suku kaum di Sarawak
The aim of this research is to identify the the common language or lingua franca of Malay, Iban, Chinese and Melanau ethnics groups in Sarawak. There are several ethnic groups in Sarawak, the member of each communicating among themselves in their own language. At the same time, the ethnic groups also share and use a common language or languages to communicate with speakers of other languages spoken within the state. A lingua franca is approriate, comprehendible and does not give rise to communication problems. It is used in everyday life and will be automatically selected and used by speakers from different ethnic groups both in formal and informal situations. An analysis of the choice of language by Malay, Iban, Chinese and Melanau respondents in Sarawak shows that the Iban language and the Sarawak Malay dialect are most often chosen as the lingua francas of Sarawak. The Iban language is used in informal settings while the Sarawak Malay dialect is used in formal settings.Kajian ini membincangkan lingua franca suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau di negeri Sarawak. Di Sarawak terdapat bermacam-macam suku kaum dan masing-masing menggunakan bahasanya sendiri. Oleh yang demikian, lingua franca di Sarawak merupakan bahasa yang dipilih untuk berhubung dan bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain agar hubungan antara suku kaum menjadi lebih erat dan sejahtera. Tentu sahaja bahasa perhubungan yang dipilih telah menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah. Kewajaran kajian ini bertunjangkan lingua franca yang bertitik tolak daripada maklumat pilihan bahasa semasa yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Sesuatu bahasa itu akan terus dipilih dan digunakan oleh semua pihak sama ada semasa situasi formal atau tidak formal sekiranya bahasa tersebut memenuhi peranan lingua franca. Hasil analisis pilihan bahasa responden Melayu, Iban, Cina dan Melanau di negeri Sarawak, didapati pilihan bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak lebih tinggi jika dibandingkan dengan pilihan bahasa yang lain. Walau bagaimanapun, pilihan bahasa Iban dilihat digunakan dalam situasi tidak formal dan pilihan bahasa dialek Melayu Sarawak pula semasa situasi formal
Implikasi pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing terhadap budaya
This paper discusses the cultural implications of teaching English as a second or foreign language, and the extent to which we should teach English or Western culture when we teach the language. It also discusses the reasons as to why Muslims are concerned about these cultural implications, and proposes how we can deal with the issue of culture when teaching English. It argues that although English is rooted in the Judea-Christian culture, and often viewed as a primary vehicle for the transmission of Western or secular values, the learning of English is not in conflict with Islamic values, and that a learner can become proficient in English without having to adopt its culture. Muslims should regard English as an important language to be mastered as it is a major language through which we acquire much of contemporary knowledge.Makalah ini membincangkan implikasi mengajarkan bahasa lnggeris terhadap budaya dan sejauh mana kita harus mengajarkan budaya Inggeris atau Barat apabila mengajarkan bahasa ini. Juga dibincangkan adalah sebab-sebab mengapa orang Islam mengambil berat akan implikasi mengajarkan bahasa Inggeris terhadap budaya, dan mencadangkan bagaimana kita boleh menangani isu budaya apabila mengajarkan bahasa Inggeris. Akhir sekali, makalah ini membicarakan bahawa walaupun bahasa Inggeris berakar umbi budaya Yahudi-Kristian, dan sering dianggap sebagai laluan utama nilai Barat atau sekular, mempelajari bahasa Inggeris tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam, dan pelajar boleh menguasai bahasa lnggeris tanpa mengambil budayanya. Umat Islam harus menganggap bahasa lnggeris sebagai suatu bahasa penting yang patut dikuasai kerana bahasa ini adalah bahasa utama untuk memperoleh kebanyakan daripada ilmu kontemporari
Pengantar Etika Hikayat Seri Rama: Ramayana Versi Melayu
The Malay Hikayat Seri Rama (HSR) represents a Hindu legend that was heavily Islamicized in its final Malay form (as presented to Oxford University in 1633). This paper seeks to discern the ethical values of HSR. These values are included in sentences spoken by the narrator, and in sentences spoken by the characters themselves. The values are described in single words (just, brave, generous, etc.), phrases, and occasionally whole paragraphs. The values are related to the administration of the state and to the maintenance of an army. They are particularly male values. It is suggested that the source of these values lies in the Arabic-Persian wisdom tradition, as particularly represented in Malay by Taj al Salatin, a work from the same time and place as HSR (Aceh, North Sumatera, in the early 17th century). A brief glance of several Indian business websites related to the contemporary relevance of Valmiki’s Ramayana reveals a series of manipulative selfish propositions. The paper concludes by emphasizing on the contemporary importance of individual responsibility, such as justice, fairness, awareness, thoroughness, compassion, and maintaining “a good name”.
Full text: PDFHikayat Seri Rama (HSR) Melayu mementaskan legenda Hindu yang sangat dipengaruhi oleh agama Islam dalam versi terakhir (naskhah yang dianugerahkan kepada Universiti Oxford pada tahun 1633). Makalah ini membahaskan nilai-nilai etika dalam HSR. Nilai-nilai ini disebut dalam kalimat ucapan pencerita dan ucapan watak-watak hikayat. Seringkali nilai-nilai ini sederhana sekali – satu patah perkataan sahaja (adil, ikhlas, berani, dsb.), jarang sampai suatu perenggan. Nilai-nilai tersebut membicarakan cara memimpin negeri dan tentera yang berkaitan. Nilai-nilai ini sesuai dengan dunia lelaki. Kemungkinan nilai-nilai kerajaan ini berasal daripada tradisi akhlak Arab-Parsi, khas yang dibentangkan oleh Taj al-Salatin, yang dihimpun di tempat yang sama pada waktu yang sama dengan HSR (Aceh, Sumatera Utara, abad ke-17). Makalah ini membicarakan kerelevanan nilai HSR pada masa kini. Beberapa laman web perniagaan India menjelaskan penekanan sikap menangani orang lain berdasarkan Ramayana Valmiki. Sebagai penutup, makalah ini mengungkapkan kepentingan kontemporari tanggungjawab seseorang individu seperti keadilan, kesaksamaan, kesedaran, sikap berhati-hati, kasih sayang dan memelihara nama baik.
Teks penuh: PD
Dr. Kok Choong Seng & Lain-lain lwn Soo Cheng Lin dan Perayu Lain
-
Full text: PDF-
Teks penuh: PD
Undang-undang Antilompat Parti: Pandangan Sepintas Lalu
-
Full text: PDF-
Teks penuh: PD
Implikasi Pindaan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] Terhadap Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia
At the present time, Muslims in Malaysia can apply for a Letter of Administration (LA) at the Small Estate Unit under the Department of Director General of Lands and Mines (JKPTG) when it involves immovable assets only, or immovable and movable assets. However, based on the issue of delay in the administration of the estate, which is becoming increasingly worrying, and the increase of unclaimed money, which is estimated to be up to RM90 billion, the Government of Malaysia has taken a proactive step by amending the Small Estates (Distribution) Act 1955 [Act 98], which has been approved in the Malaysian Parliament on 21 October 2022 and is ready to be implemented soon. Therefore, this study analyzes the implications of the amendment to Act 98, which involves the administration of Muslim estates in Malaysia. The methodology used are document analysis involving the Small Estates (Distribution) (Amendment) Act 2022 (Act A1643) and secondary sources, such as journal articles, proceedings, books, newspaper clippings, and websites. In addition, interviews were also conducted involving agency representatives from Amanah Raya Berhad (ARB) and JKPTG. This study found that there are four main implications to the amendment of Act 98 which involves the expansion of jurisdiction, improving governance, a shorter time period for the administration of the estate, and automatic petitions.
Keywords: Small Estates (Distribution) Act 1995 [Act 98], Small Estates (Distribution) (Amendment) Act 2022 [Act A1643], Small Estate, estate administration, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Amanah Raya Berhad (ARB).
Full text: PDFPada ketika ini, masyarakat Islam di Malaysia boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (SKM) di Unit Pembahagian Pusaka Kecil di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) apabila melibatkan aset tidak alih sahaja, atau aset tidak alih berserta aset alih. Namun demikian, berdasarkan masalah isu kelewatan pentadbiran harta pusaka yang semakin membimbangkan dan peningkatan jumlah harta tidak dituntut yang dianggarkan hingga RM90 bilion, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan meminda Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98]. Pindaan ini telah diluluskan di Parlimen Malaysia pada 21 Oktober 2022, seterusnya sedia dilaksanakan. Oleh sebab itu, kajian ini akan menganalisis implikasi terhadap pindaan Akta 98 ini yang melibatkan pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia. Metodologi yang digunakan ialah analisis dokumen yang melibatkan Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2022 [Akta A1643] dan sumber sekunder, iaitu makalah jurnal, prosiding, buku, keratan akhbar, dan laman sesawang. Selain itu, temu bual juga dijalankan melibatkan wakil agensi daripada Amanah Raya Berhad (ARB) dan JKPTG. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat empat implikasi utama terhadap pindaan Akta 98 ini, iaitu melibatkan peluasan bidang kuasa, pembaikan tadbir urus, penyingkatan tempoh masa pentadbiran harta pusaka dan petisyen secara elektronik.
Kata kunci: Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98], Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2022 [Akta A1643], Unit Pusaka Kecil, pentadbiran harta pusaka, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Amanah Raya Berhad (ARB)
Teks penuh: PD
Penipuan dalam Urus Niaga Tanah di Malaysia: Satu Kajian
This article was written to examine the issue of land fraud arising from land dealings in Malaysia. Various types of modus operandi have been committed by criminals in this fraud. With these modus operandi, many land offices have been successfully deceived into causing fraudulent land dealings. This has triggered concerns in the public about the legal surety of their proprietorship, which should be legally indefeasible upon legal registration in accordance with the National Land Code (NLC). The study conducted is based on analysis of cases that have been decided by the courts. The findings showed that various types of modus operandi (MO) were attempted by fraudsters and there were various factors that led to the commission of such fraudulent acts. This paper also highlights several suggestions for improvement in order to curb attempted frauds in land dealings.
Keywords: Fraudulent land dealing, identity fraud, proprietorship, case analysis, modus operandi, transaction
Full text: PDFArtikel ini ditulis untuk mengkaji isu penipuan tanah yang berlaku dalam urus niaga tanah di Malaysia. Pelbagai modus operandi telah dilakukan oleh penjenayah untuk melakukan penipuan. Dengan modus operandi ini, pihak pejabat tanah telah berjaya diperdaya sehingga menyebabkan berlakunya penipuan dalam urus niaga tanah. Perkara ini telah menimbulkan rasa kebimbangan kepada orang awam tentang jaminan ketuanpunyaan yang merupakan bukti muktamad pemilikan terhadap tanah apabila pendaftaran dilakukan dan juga pemilikan tanah yang ditadbir menurut perundangan Kanun Tanah Negara (KTN). Kajian yang dilakukan berdasarkan kaedah analisis kes yang telah diputuskan oleh mahkamah. Hasil kajian mendapati pelbagai modus operandi (MO) telah dilakukan oleh penipu dan pelbagai faktor yang mendorong perbuatan penipuan ini. Penulisan ini turut mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan bagi mengekang cubaan penipuan dalam urus niaga tanah.
Kata kunci: Penipuan urus niaga tanah, penipuan identiti, ketuanpunyaan, analisis kes, modus operandi, transaksi
Teks penuh: PD