Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Perau Bangkong sebagai Alat Perang Iban: Satu Analisis Material Budaya
The Iban community in Sarawak is an agrarian community and does not practice maritime culture in their lifestyle. However, the influence of ngayau practices that have been carried out for generations has enabled them to dominate the ocean using perau bangkong in carrying out war expeditions. The perau bangkong is a symbol of courage and cultural identity in the Iban community. The wars that took place among the Iban ethnic group, or with other ethnic groups such as the Malay, Bidayuh, Urang Ulu and the Brooke army up to the settlement of the Dayak and Banjar communities in Kalimantan have made the perau bangkong famous and feared on the island of Borneo at that time. The objective of this study is to provide an understanding and knowledge about the culture of perau bangkong. This research is in the form of ethnography that uses qualitative methods in its data collection. The findings of the study indicate that perau bangkong has a significant history in the historical legacy of the Iban community in Sarawak. Even though the Iban community no longer practice the ngayau custom, the story and inspiration in the struggle of perau bangkong has spirit in the formation of the community’s identity in the culture and art of their ancestors. The significance of this research is that it can archive and form an understanding through perau bangkong cultural objects as well as celebrate diversity in the cultural togetherness of Malaysians.
Full text: PDFMasyarakat Iban di Sarawak secara fitrahnya merupakan masyarakat agrarian dan tidak mengamalkan budaya maritim dalam corak kehidupan mereka. Namun begitu, pengaruh amalan ngayau yang dilakukan secara turun-temurun telah menjadikan mereka menguasai lautan menggunakan perau bangkong dalam melakukan ekspedisi perang. Perau bangkong ialah simbol keberanian dan identiti budaya dalam masyarakat Iban. Peperangan yang berlaku dalam kalangan etnik Iban, atau dengan kumpulan etnik yang lain seperti etnik Melayu, Bidayuh, Urang Ulu dan tentera Brooke sehinggalah ke penempatan masyarakat Dayak dan Banjar di Kalimantan telah menjadikan perau bangkong menjadi terkenal dan ditakuti di Pulau Borneo pada ketika itu. Objektif kajian adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan tentang kebudayaan perau bangkong. Penyelidikan ini adalah berbentuk etnografi yang menggunakan kaedah kualitatif dalam pengumpulan datanya. Dapatan kajian mendapati bahawa perau bangkong mempunyai sejarah yang signifikan dalam legasi sejarah masyarakat Iban di Sarawak. Walaupun, kini masyarakat Iban tidak mengamalkan adat ngayau namun cerita dan inspirasi dalam perjuangan perau bangkong mempunyai semangat dalam pembentukan jati diri masyarakat tersebut dalam kebudayaan dan kesenian nenek moyang mereka. Signifikan penyelidikan ini dapat mengarkibkan dan membentuk kefahaman melalui objek budaya perau bangkong serta meraikan kepelbagaian dalam kebersamaan budaya rakyat Malaysia.
Teks penuh: PD
Keruntuhan Institusi Kekeluargaan dan Perzinaan Remaja Muslim di Malaysia
The family institution is the key environment that shapes the lives of adolescents. Without proper monitoring and education from parents and family, adolescents are exposed to acts that can destroy their personality, such as engaging in adulterous activities. Therefore, this study was conducted to describe the family factors that contribute to adultery among Muslim adolescents in Malaysia. Adopting a qualitative method, 12 research participants were interviewed. The researcher used semi-structured interviews, which involve the flexibility of interviews with open-ended questions. The data obtained from the interview were then analyzed to obtain the results of the study. The findings of this study show that there are several family factors that have contributed to adultery. These factors are the divorce of parents, lack of communication between parents and children, excessive restrictions, lack of religious education, adulterous family, drug use and, the most serious of all, the family’s exploitation of adolescents for prostitution. These findings also indicate that the basis for the formation of the Islamic family institution in Malaysia needs to be re-examined and monitored as well as possible in order to provide a safe environment for adolescents and, in turn, avoid adultery.
Keywords: Personality, family factors, the collapse of the family institution, adolescents, Muslim, adultery
Full text: PDFInstitusi kekeluargaan ialah persekitaran utama yang mencorakkan kehidupan seseorang remaja. Tanpa pemantauan dan didikan yang betul daripada ibu bapa dan keluarga, remaja terdedah kepada perbuatan yang boleh meruntuhkan sahsiah, seperti terlibat dalam aktiviti perzinaan. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan untuk memerihalkan faktor keluarga yang menyumbang kepada perzinaan remaja Muslim di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, responden kajian yang terdiri daripada 12 peserta kajian telah ditemu bual. Penyelidik telah menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur yang melibatkan fleksibiliti temu bual dengan soalan terbuka. Data yang diperoleh daripada hasil temu bual kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan hasil kajian. Hasil penyelidikan ini mendapati bahawa terdapat beberapa faktor keluarga yang menyumbang kepada perzinaan remaja. Faktor ini ialah perceraian ibu bapa, kegagalan komunikasi antara ibu bapa dengan anak, pengongkongan yang keterlaluan, ketiadaan didikan agama, keluarga yang berzina, pengambilan dadah dan yang paling serius ialah pengeksploitasian remaja untuk pelacuran oleh keluarga sendiri. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa asas pembentukan institusi kekeluargaan Islam di negara ini perlu diteliti semula dan dipantau dengan sebaik-baiknya agar mampu menyediakan persekitaran yang selamat kepada remaja, seterusnya menghindari perlakuan zina.
Kata kunci: Sahsiah, faktor keluarga, keruntuhan institusi kekeluargaan, remaja, Muslim, perzinaan
Teks penuh: PD
Falsafah Mistik Sinkretisme: Penelitian terhadap Struktur Segi Empat Pada Ilustrasi Visual dalam Manuskrip "Pelaga Lembu"
The dimension of traditional arts in the Malay world is famous for its diversity of elements of mystical syncretism. At the same time, it reflects the local community’s intellectual and cultural thinking. This intermingled and cross-cultural practice is manifested in every discipline through a visual sign system that has existed for a long time until it has caused confusion between what is true and false. This study in the context of visual arts will involve several basic structures of the square in the practice of translating visual imagery, in particular the optical illusion effect of the visual illustration of chapter marks and wafak found in the Pelaga Lembu manuscript from Kelantan-Patani, kept by the National Centre for Malay Manuscripts, National Library of Malaysia. The sign and meaning system of this element is interpreted using theoretical methods from the semiotic framework of the Inderalogy Model. Each basic frame of the square that becomes the reinforcement structure of the visual component is separated in the strain of rare knowledge. In order to scientifically balance the influence of mystical syncretism and the material of traditional arts, the researcher also looked at the meaning of this element through various cultural perspectives that once inhabited Malay culture. The results of the study found that there is an overlap of double meaning values from Pythagorean philosophy, Sufism, Hinduism and Buddhism, Kabbalah, animism and Israelite influences, which have been processed and accepted systematically into the core of common sense and integration.
Full text: PDFDimensi kesenian tradisi alam Melayu terkenal dengan kepelbagaian unsur kepercayaan mistik sinkritisme, sekali gus mencerminkan wajah pemikiran akal budaya masyarakat setempat. Amalan yang bercampur baur dan merentas budaya ini dimanifestasikan dalam setiap disiplin ilmu melalui sistem tanda visual yang telah lama wujud sehingga menimbulkan kekeliruan antara yang benar dan batil. Kajian dalam konteks seni visual ini akan melibatkan beberapa struktur asas segi empat dalam amalan menterjemahkan imejan visual, khususnya kesan ilusi optikal yang terdapat ilustrasi visual tanda bab dan wafak yang terdapat dalam manuskrip “Pelaga Lembu” dari Kelantan-Patani, simpanan Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Sistem tanda dan makna pada elemen ini diinterpretasi menerusi kaedah teoritikal daripada kerangka Semiotik Model Inderalogi. Setiap kerangka asas segi empat yang menjadi struktur pengukuhan komponen visual dicerakinkan dalam galur ilmu pengetahuan bersifat langka. Mengimbangi pengaruh konsep mistik sinkritisime dalam meterial kesenian tradisi secara ilmiah, maka pengkaji turut melihat pengertian makna unsur ini menerusi pelbagai perspektif budaya yang pernah mendiami budaya Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa berlaku pertindihan nilai makna berganda daripada laras falsafah Pythagoras, tasawuf, Hindu-Buddha, Kabbala, animisme dan pengaruh Israiliyat, telah diolah dan diterima secara sistematik menjadi teras akal budi dan sebati.
Teks penuh: PD
Kedudukan Tanah Melayu sebagai Negeri Naungan dalam Empayar British Berdasarkan Sumber Kolonial
This article aims to determines the protectorate position as dependency of the British empire. The protectorate issues being debated among scholars for certifying the Malay States position during the British colonial period. By literally interpretation of protectorate term "protectorate" some parties claimed that the Malay States was never been colonised. However, what is the concept or real system of the protectorate from the British colonial perspective? The study used history methodology by collecting primary sources from the National Archives of Malaysia, the National Archives of United Kingdom and the National University of Malaysia's Library. The Colonial Office's documents in series CO 717, CO 273, CO 576 and FCO 141, which between 1920s and 1930s were the main sources used to answer the stated research question. By using the sources, this article formulates the exact position of the protectorate and the Malay States in the British empire. The study finds that, as protectorates, the Malay States were the dependencies in the British empire. Nevertheless, the British jurisdiction limited as stipulated in the agreement with the Malay Rulers'. The British only recognised the Malay Rulers sovereignty of immune from jurisdiction of the courts, while the administrative and legislative sovereign under the British government jurisdiction through the Colonial Office. Although the imperial laws do not apply directly in the Malay States, the British used the legislative council to endorsed its implementation.Artikel ini bertujuan untuk menentukan kedudukan negeri naungan sebagai jajahan dalam empayar British. Isu negeri naungan menjadi polemik dalam kalangan sarjana bagi menentukan kedudukan Tanah Melayu ketika era penjajahan British. Berdasarkan tafsiran secara literal terhadap istilah negeri naungan, sesetengah pihak mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Namun begitu, apakah konsep atau sistem sebenar negeri naungan menurut sudut pandang kolonial British? Kaedah kajian sejarah digunakan untuk mengumpul sumber primer daripada Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara United Kingdom dan Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dokumen Pejabat Tanah Jajahan siri CO 717, CO 273, CO 576 dan FCO 141 antara tahun 1920-an dan 1930-an merupakan sumber utama yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang dinyatakan. Melalui sumber British tersebut, artikel ini memformulasikan kedudukan sebenar negeri naungan dan Tanah Melayu dalam empayar British. Hasil kajian mendapati, sebagai negeri naungan, Tanah Melayu merupakan jajahan dalam empayar British. Namun begitu, British hanya mempunyai bidang kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam perjanjiannya dengan Raja-Raja Melayu. British hanya mengiktiraf kekebalan Raja-Raja Melayu daripada tindakan mahkamah, manakala daulat pentadbiran dan perundangan berada di bawah bidang kuasa kerajaan British melalui Pejabat Tanah Jajahan. Walaupun undang-undang imperial tidak terpakai secara langsung di Tanah Melayu, British menggunakan majlis perundangan untuk mengabsahkan pelaksanaannya
Berkeliling Dunia dengan Kata: Iktibar daripada Kamus Bahasa Melayu Abad Ke-17
The attention of the English in the 17th century towards the development of the Malay language can be presumed as a part of fierce competition between them and their rival, the Dutch (VOC). This stiff competition was not only limited to the monopoly of trade, but also territorial disputes, support from local governments as well as trading advantages. All these environmental factors influenced the English involvement in the production of texts in the Malay language, such as dictionaries, travelogues, religious books and other manuscripts that describe the race, language and land at the time. Thomas Bowrey (TB), for example, was a British merchant who sailed in the Malay Archipelago in the 17th century and became renowned for publishing the first English-Malay dictionary in 1701. Bowrey also produced other works on the Malay language, compiling enormous information about Malay civilization and policy in the 17th century as well as the role, attention and interest of the English in the effort to illustrate the development of the time. This paper discusses proof of the evolution and policy of the Malay civilization in Bowrey’s manuscript. The discussion focuses on navigation jargon in the manuscript. The data are discussed based on etymology approach (Collins, 2003 & 2018). This paper concludes that the data in Bowery’s manuscript show the attention and curiosity of the English towards the Malay language that did not only emerge because of the attestation by the EIC, but also because of the scientific environment and scholarship of the Malay language and people in the 17th century.
Full text: PDFPerhatian orang Inggeris pada abad ke-17 terhadap perkembangan bahasa Melayu dapat dijangkakan sebagai sebahagian daripada bukti persaingan sengit yang wujud antara Inggeris dan pesaingnya Belanda (VOC). Persaingan sengit tersebut tidak hanya terbatas dalam hal memonopoli perdagangan tetapi juga dalam perebutan kawasan, pengaruh dukungan daripada pemerintah tempatan serta kelebihan ketika berdagang. Kesemua faktor persekitaran ini mencorakkan hasil penglibatan orang Inggeris dalam penghasilan naskhah dalam bahasa Melayu seperti kamus, catatan kembara, risalah agama dan manuskrip yang memerikan batang tubuh bangsa, bahasa dan negara yang dilawati ketika itu. Thomas Bowrey (TB), misalnya, merupakan seorang pedagang British yang belayar di Kepulauan Melayu pada abad ke-17 yang terkenal dengan kamus Inggeris-Melayu pertama yang terbit pada tahun 1701. Bowrey juga telah menghasilkan karya lain tentang bahasa Melayu yang menyimpan banyak maklumat seputar kebijakan tamadun bangsa Melayu pada abad ke-17 serta peranan, perhatian dan minat orang Inggeris dalam usaha mencorakkan perkembangan yang berlaku ketika itu. Makalah ini akan membincangkan bukti kemajuan dan kebijakan tamadun Melayu yang terdapat dalam manuskrip Thomas Bowrey yang disusun pada abad ke-17. Perbincangan akan menyentuh istilah daripada kosa kata pelayaran dalam manuskrip tersebut. Maklumat bahasa ini dibincangkan berdasarkan pendekatan etimologi (Collins, 2003 & 2018). Makalah ini menyimpulkan maklumat dalam manuskrip Bowrey menunjukkan perhatian dan rasa ingin tahu Inggeris terhadap bahasa Melayu bukan hanya muncul akibat desakan pengaruh dan kuasa dalam perdagangan oleh pihak EIC semata-mata tetapi juga oleh suasana keilmuan dan kesarjanaan bahasa dan bangsa Melayu pada abad ke-17 itu sendiri.
Teks penuh: PD
Persamaan dan kemiripan bahasa: perbandingan kosa kata dasar 10 bahasa Austronesia di Sarawak
This article focuses on research findings of a linguistic process known as comparative method which is carried out in the discipline known as comparative historical linguistics. The expressions of comparative historical linguistics. The expressions of comparative historial linguistics are formed from two terminologies which are historical linguistics and comparative linguistics. The function of historical linguistics is to analyse the development of internal and external elements in languages since the early emergence of that particular languages until a certain point of time whereas, the function of comparative linguistics, involve current dialects or languages that are still exist in the present day. These dialects or languages are used because both are supposedly qist as a result of previous language development. In other words, there is an older form of a language which was thought to disperse "younger" or newer dialects oe languages. Therefore, other than getting a portrayal of the parent language, a specific comparison will be employed to analyse changes that occurred in a dialect or language that was dispersed by the parent language. As a result, the comparative field is supposed to be afield that examines datafrom one or more languages, at least in two periods. The data of one language over two periods or more were compared carefully to obtain changing methods that occurred in that particular language. (Gorys, 1984:22). Using a combination of both comparative and historical linguistic approaches, linguists can make an effort to reach further into the life of the language during the prehistoric period. The efforts can be analysed through four focal points of research in this field. Firstly, this discipline can be used to trace the history of a particular language and to express the relationship between a particular language and other languages during the prehistoric period. Secondly, this discipline also can be used to restore, redevelop or reconstruct the form of the parent language which was thought to disperse the related languages that exist now. Thirdly, this discipline also functions to subgroup or classify languages that is to group languages into specific subgroups based on similar linguistic characteristics and to confirm the related levels between the subgroups of those languages. The fourth focal point of the comparative and historical linguistics is to predict the centres of spread of the parent language and trace the transfer of the parent language speakers from those centres. The pivotal point of this research is on the first focal point that is to trace the history of a particular language and to express relationship of that language with other languages during the prehistoric period. As stated in the comparative and historical linguistics, the relationship between languages can be expressed through the comparative method. For this purpose, the article will compare Lexis of ten Autronesian languages, identify similarities and differences between Lexis of those languages and investigate general processes of change that can be traced from these comparisons.Makalah ini berfokus kepada hasil kajian terhadap satu proses linguistik yang disebut kaedah perbandingan yang dilaksanakan dalam disiplin ilmu yang disebut linguistik sejarah dan perbandingan. Ungkapan linguistik sejarah dan perbandingan terbentuk daripada dua istilah, iaitu linguistik sejarah dan linguistik perbandingan. Linguistik sejarah berfungsi meneliti perkembangan unsur dalaman dan luaran bahasa sejak awal kemunculan bahasa berkenaan sehingga suatu waktu tertentu. Fungsi linguistik perbandingan pula adalah untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih daripada dua dialek atau bahasa. Dialek atau bahasa yang digunakan dalam linguistik perbandingan merupakan dialek atau bahasa semasa, yakni yang wujud pada hari ini. Dialek atau bahasa semasa digunakan kerana diandaikan kedua-duanya wujud hasil perkembangan bahasa yang terdahulu. Dengan kata lain, terdapat bahasa yang lebih tua yang dianggap memencarkan dialek atau bahasa yang lebih muda. Waiau bagaimanapun, disebabkan perkembangan masa, dialek atau bahasa yang lebih muda mungkin berubah atau tidak sama lagi dengan bahasa induk yang menjadi pemencar itu. Oleh sebab itu, selain untuk mendapatkan gambaran tentang bahasa induk, perbandingan secara khusus digunakan untuk meneliti perubahan yang berlaku terhadap dialek atau bahasa yang dipencarkan daripada bahasa induk. Oleh ha! yang demikian, bidang perbandingan ini dianggap sebagai bidang yang mempelajari data-data daripada suatu bahasa atau lebih, sekurang-kurangnya dalam dua periode. Data-data daripada suatu bahasa dari dua periode atau lebih itu dibahdingkan secara cermat untuk memperoleh kaedah-kaedah perubahan yang terjadi dalam bahasa itu (Gorys, 1984,22). Dengan menggunakan gabungan kedua-dua pendekatan linguistik sejarah dan perbandingan yang dihuraikan, ahli bahasa berusaha menjangkau lebih jauh ke dalam kehidupan bahasa pada zaman prasejarah. Usaha ini dapat diteliti menerusi empat fokus kajian ilmu ini. Pertama, disiplin ini berusaha menelusuri sejarah sesuatu bahasa dan mengungkapkan perkaitan bahasa berkenaan dengan bahasa lain pada zaman prasejarah. Kedua, disiplin ini mencuba memulihkan, membina semula atau merekonstruksi bentuk bahasa induk yang dianggap memencarkan bahasa-bahasa sekerabat yang wujud sekarang. Ketiga, disiplin ini selanjutnya berfungsi membuat pengelompokan (subgrouping) atau pengelasan bahasa, yakni mengumpulkan bahasa-bahasa ke dalam kelompok bahasa berkenaan. Fokus keempat disiplin linguistik sejarah dan perbandingan ialah meramalkan pusat (atau pusatpusat) penyebaran bahasa (atau bahasa-bahasa) induk dan menelusuri perpindahan penutur bahasa induk berkenaan dari pusat (atau pusat-pusat) penyebaran berkenaan. Tumpuan kajian ini ialah kepada fokus yang pertama, yakni menelusuri sejarah sesuatu bahasa dan mengungkapkan perkaitan bahasa berkenaan dengan bahasa lain pada zaman prasejarah. Sebagaimana yang dinyatakan dalam linguistik sejarah dan perbandingan, pengungkapan perkaitan antara bahasa dilakukan menerusi kaedah perbandingan. Untuk tujuan ini makalah ini akan membandingkan kosa kata 10 bahasa Austronesia yang dipilih, mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara kosa kata bahasa-bahasa berkenaan dan meninjau proses perubahan umum yang dapat dikesan daripada perbandingan yang dijalankan
Tinjauan Awal Subdialek Melayu Sarawak Berdasarkan Ciri Fonologi dan Kata Leksikal
This article is a preliminary comparison of the phonological features of the subdialects of Sarawak Malay. The comparison covers basic phonological features that include phonemes inventory and their distribution in words, diphthongs, and vowel and consonant clusters. The survey is important as the basis for future research on the subdialect mapping of Sarawak Malay. Without the fundamental description of each subdialect in the aspects of phonology, lexical and, to some extent, grammar, it is difficult to research on the development of Malay subdialects in Sarawak. The data for this study were compiled by the present authors and also from the works of past researchers on the subject. The subdialects compared include those of Kuching, Tambirat, Kabong, and Debak, which also represent four focal areas of the Malay population in Sarawak. Two subdialect clusters were identified, namely the subdialect cluster of Kuching and another cluster spoken by the coastal Malays in Western Sarawak. The former group includes varieties in Malay villages in Bahagian Kuching, the surrounding basin of Sg. Sarawak, Sematan, Santubong, and Bako. The latter group includes varieties in the Kalaka-Saribas area in Bahagian Sri Aman and Betong, as well as in Bahagian Samarahan in Btg Sadong and its surrounding areas, namely Asajaya, Simunjan, and Sebuyau. This latter group is more phonologically heterogeneous than the former group, and shares some distinctive phonological features, such as the 8-vowel system, the absence of phoneme /-ɣ/ at word end, as well as diversity in diphthongs. At the same time, they also display phonological differences, such as the realisation of phoneme /-a/ to /-ə/ or /-o/, or maintenance of /-a/ at word end. Keywords: Malay subdialects, comparative phonology, dialect grouping, Borneo, geolinguistics, dialect mapping
Full text: PDFMakalah ini merupakan tinjauan awal perbandingan ciri umum dan khusus fonologi subdialek Melayu yang dituturkan di Sarawak (SDMS). Perbandingan ini terhad kepada fonologi asas yang merangkumi inventori fonem serta lingkungan kehadirannya dalam kata, diftong, rangkap vokal dan rangkap konsonan. Tinjauan ini penting sebagai landasan kepada penelitian seterusnya yang berusaha melakukan pemetaan subdialek Melayu di Sarawak. Tanpa penelitian fundamental tentang fonologi, leksikal dan nahu subdialek ini sudah tentu sukar untuk kita menyelusuri perkembangan subdialek Melayu di Sarawak. Data kajian dikumpulkan oleh penulis makalah ini dan daripada kajian lepas oleh penulis lain. Subdialek yang dibandingkan ialah subdialek Kuching, Tambirat, Kabong dan Debak yang juga mewakili empat kawasan petempatan asal orang Melayu. Kajian ini mengenal pasti dua kelompok utama SDMS, iaitu kelompok subdialek Kuching (SDM Kuching) dan kelompok subdialek Melayu persisiran (SDM Persisiran). Kelompok SDM Kuching dituturkan di perkampungan Melayu di Bahagian Kuching, sekitar lembangan Sg. Sarawak, Sematan, Santubong dan Bako. SDM Persisiran pula dituturkan di kawasan Kalaka-Saribas di Bahagian Sri Aman dan Betong, dan di Bahagian Samarahan di lembangan Btg. Sadong dan kawasan sekitarnya, iaitu Asajaya, Simunjan dan Sebuyau. SDM Persisiran kelihatan lebih tinggi kerencaman fonologinya daripada kelompok SDM Kuching, dan berkongsi beberapa ciri khusus fonologi seperti sistem 8-vokal, pengguguran ɣ di akhir kata serta kepelbagaian diftong, dan pada masa yang sama, turut mempamerkan perbezaan fonologi seperti penjelmaan /-a/ kepada /-ə/ atau /-o/, atau pengekalan /-a/ di akhir kata.Kata kunci: Subdialek Melayu, perbandingan fonologi, pengelompokan dialek, Borneo, geolinguistik, pemetaan dialek
Teks penuh: PD
Analisis Berita COVID-19 Menggunakan Konsep Ad Hoc
In the news, there are lexical and phrasal uses that are taxing and metaphorical but can be easily processed by the cognition of the reader. This study applies the ad hoc concepts of narrowing and expansion found in the Relevance Theory introduced by Barsalou (1987). Using data obtained from the Malaysiakini portal, the researcher analyzed the real meaning intended by the Malaysiakini author in the lexical items "menghidupkan" (animate) and "melindungi" (protect), as well as the phrase "mata pencarian" (livelihood). The results showed that the use of the ad hoc concept of narrowing succeeded in finding a total of six inferences for the lexical item "menghidupkan" and 13 inferences for the lexical item "melindungi" that could be categorized into four forms. The use of the ad hoc concept of expansion, on the other hand, succeeded in producing up to three implicature assumptions for the phrase "mata pencarian". Thus, it is evident that the lexical items and phrase have their actual meaning as intended by the author. The ambiguity of meaning can be detected through the analysis of the ad hoc concepts of narrowing and expansion. Keywords: Ad hoc concepts, ambiguity of meaning, metaphors, Relevance Theory, real meaning, implicature assumptions
Full text: PDFDalam berita terdapat penggunaan leksikal dan frasa yang taksa dan berbentuk metafora namun masih mampu diproses dengan mudah oleh kognisi pembaca. Kajian ini mengaplikasikan konsep ad hoc penyempitan dan konsep ad hoc peluasan yang terdapat dalam Teori Relevans yang diperkenalkan oleh Barsalou (1987). Dengan menggunakan data yang diperoleh daripada portal Malaysiakini, pengkaji menganalisis makna sebenar yang dihajati oleh penulis Malaysiakini dalam leksikal menghidupkan dan melindungi, serta frasa mata pencarian. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan konsep ad hoc penyempitan berjaya menemukan sebanyak enam inferens bagi leksikal menghidupkan dan 13 inferens bagi leksikal melindungi yang dapat dikategorikan kepada empat bentuk. Penggunaan konsep ad hoc peluasan pula berjaya menghasilkan sehingga tiga andaian implikatur bagi frasa mata pencarian. Maka, terbukti bahawa setiap leksikal dan frasa mempunyai makna sebenar yang dihajati oleh penulis. Ketaksaan makna akan dapat dikesan melalui analisis konsep ad hoc penyempitan dan konsep ad hoc peluasan ini. Kata kunci: Konsep ad hoc, ketaksaan makna, metafora, Teori Relevans, makna sebenar, andaian implikatur
Teks penuh: PD
Kumpulan Sajak Sungai, Laut dan Kita Karya Morsidi M.H.: Cerita Penyair tentang Kehidupan
Poetry has become a popular choice among Bruneian writers. As a result, many of those who received the Southeast Asian Writers’ Awards came from the genre of poetry. Most recently, in 2021, Morsidi M.H was announced as the recipient of the award for his book, Kumpulan Sajak Sungai, Laut and Kita, which was published in 2021. This book contains 57 poems and is divided into four themes, namely Pulse and the Journey of Life (20 poems) , Homeland (7 poems), Nature and the Meaning of Life (12 poems), and Introspection and the Reality of Life (18 poems). In accordance with the contents and title, this collection of poetry presents life in line with time that is always moving forward. It works on the poet’s imagination, wisdom, and emotions to produce the poems. In the Pulse and Journey of Life section alone, there is a connection between one poem and another. This attracts attention to be used as research with the objective to study and interpret all the events that the poet went through during the passage of time recorded in the form of verses of his poems. A close reading of the poems in the Pulse and Journey of Life section is not enough. Therefore, it is coupled with an expressive approach to achieve the objective of this study more effectively. The findings of this research showed that these poems share the meaning of life, which is a journey that is not considered too easy to go through, especially when confronted with many faces of human nature. This journey of life is passed along with the passage of time, and it is finally realized that there is no best way to follow this journey of life except with faith and the guidance of Islamic teachings.
Sajak menjadi pilihan popular dalam kalangan penulis Brunei. Natijahnya, ramai penulis tanah air yang menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A.Write Award) datangnya daripada genre sajak. Paling mutakhir, pada tahun 2021 Morsidi M.H diangkat sebagai penerima anugerah tersebut dengan hasil karya Kumpulan Sajak Sungai, Laut dan Kita yang diterbitkan pada tahun 2021. Buku ini mengandungi 57 buah sajak dan dibahagikan kepada empat tema, iaitu Denyut Nadi dan Perjalanan Hidup (20 buah sajak), Tanah Air (7 buah sajak), Alam dan Makna Hidup (12 buah sajak), Introspeksi dan Hakikat Hidup (18 buah sajak). Sesuai dengan kandungan dan judul, kumpulan sajak ini mengemukakan tentang kehidupan yang seiring dengan masa yang sentiasa bergerak ke depan. Hal ini menggarap imaginasi, kebijaksanaan dan emosi penyair untuk menghasilkan sajak. Tema Denyut Nadi dan Perjalanan Hidup saling berhubung kait di antara satu sama lain. Hal ini menarik perhatian untuk dijadikan penelitian dengan berobjektifkan untuk mentafsir dan menghuraikan peristiwa yang dilalui penyair tentang kehidupan sepanjang edaran masa yang terakam dalam bentuk bait-bait karangan sajaknya. Membaca secara rinci teks sajak-sajak dalam bahagian Denyut Nadi dan Perjalanan Hidup tidak memadai, oleh kerana itu diganding dengan pendekatan ekspresif untuk lebih berkesan dan mencapai objektif penelitian ini. Dapatan hasil kajian, sajak-sajak ini berkongsi tentang erti kehidupan, iaitu sebuah perjalanan kehidupan yang bukannya dianggap mudah untuk dilalui terutamanya berhadapan dengan pelbagai sifat manusia. Perjalanan kehidupan ini dilalui seiring dengan peredaran masa dan disedari akhirnya tidak ada jalan yang paling terbaik meniti perjalanan kehidupan ini kecuali dengan keimanan dan pedoman ajaran Islam.  
Memikirkan Semula Malaria dan Penyakit Berjangkit Lain di Alam Melayu Borneo: Teks dan Konteks
The COVID-19 pandemic has made people aware of the importance of attention to infectious diseases. Malaria is one of the infectious diseases in the tropics and is a disease that many literary writers have depicted in their works. Malaria and other infectious diseases emerged and spread very quickly among workers since the colonial period, when large-scale plantations and mining in the Malay World was carried out, primarily supported by the construction of roads connecting the plantation and mining areas. This article will analyse the emergence of discourse about the spread of malaria and other infectious diseases in literary works, especially in short stories about the Malay World of Borneo. This study will also analyse two works by two authors, namely “Penari Dari Kutai” in Dunia Sukab, a short stories collection by Seno Gumira Adjidharma (2015), and “Kampung Beremai” in Kayu Naga short stories collection by Korrie Layun Rampan (2007). The two works tell the story of the spread of malaria and other infectious diseases in the Borneo Malay World, especially in the East Kalimantan region of Indonesia. The method used in this study is based on close reading method with data collection and data analysis through textual analysis or document analysis. The results of this study demonstrate that literary works about the of Borneo Malay World also record the presence of infectious diseases, such as malaria, syphilis, and the plague, which coincide with forest clearing for plantation and mining activities.
Full text: PDFPandemik COVID-19 telah menyedarkan orang ramai tentang kepentingan memberi perhatian kepada penyakit berjangkit. Malaria merupakan salah satu penyakit berjangkit di kawasan tropika yang telah ditimbulkan oleh ramai penulis sastera. Sejak zaman penjajahan memulakan perladangan dan perlombongan secara besar-besaran di Alam Melayu, terutamanya disokong oleh pembinaan jalan raya yang menghubungkan kawasan ladang dan perlombongan, malaria muncul dan merebak dengan cepat dalam kalangan pekerja. Artikel ini akan menganalisis kemunculan wacana tentang penularan malaria dalam karya sastera khususnya cerpen tentang alam Melayu Borneo. Kajian ini akan menganalisis dua karya dua orang pengarang, iaitu “Penari Dari Kutai” dalam kumpulan cerpen Dunia Sukab karya Seno Gumira Adjidharma (2015) dan “Kampung Beremai” dalam kumpulan cerpen Kayu Naga karya Korrie Layun Rampan (2007). Kedua-dua karya tersebut mengisahkan penularan penyakit malaria dan penyakit berjangkit lainnya di Alam Melayu Borneo khususnya wilayah Kalimantan Timur, Indonesia. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan pengumpulan data dan analisis data melalui analisis teks atau analisis dokumen. Hasil kajian ini merumuskan bahawa karya sastera tentang Alam Melayu Borneo turut merekodkan kehadiran penyakit berjangkit malaria, rajasinga (sifilis), dan sampar, yang bertepatan dengan pembukaan hutan untuk aktiviti perladangan dan perlombongan.
Teks penuh: PD