Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Konsep Tanggungjawab Keibubapaan di Malaysia: Analisis Perundangan Literatur
This article is a study on the concept of parental responsibility in Malaysia. The intended responsibility is not only focused on child rearing and child support, but also covers every aspect of upholding the best interests of children. The issue of negligence, abuse, manipulation, the involvement of children in criminal behavior, and endless social problems have been discussed widely in previous studies. However, parental responsibility, especially its legal point of view, still requires a critical study. The writing of this article analyses parental responsibility from the perspective of early English legislation, its position in Islamic law, and the concept of parental responsibility in the legislation of Malaysia. The focus is specifically on parental responsibility towards children after divorce. Documentary analysis was performed on data from selected materials, including journal articles, books, and statutes. All data were obtained through literature review. The findings of this study show that the concept of parental responsibility in Malaysia has given rights to children and guarantees their interests, as well as guarantees the continued responsibility of parents.
Keywords: Parental responsibility, post-divorce, children’s rights, best interests of children, civil, shariah
Full text: PDFMakalah ini menjalankan kajian terhadap konsep tanggungjawab keibubapaan di Malaysia. Tanggungjawab yang dimaksudkan tidak hanya tertumpu pada tanggungjawab menjaga anak-anak, memberi nafkah malahan meliputi setiap aspek bagi mengangkat "kepentingan terbaik kanak-kanak". Isu pengabaian, penderaan, manipulasi serta keterlibatan kanak-kanak dengan perilaku jenayah serta masalah sosial yang tiada kesudahan terlalu banyak dibincangkan dalam kajian terdahulu, namun dari sudut tanggungjawab keibubapaan terutamanya dari sudut undang-undang masih memerlukan kajian kritis. Penulisan makalah ini menganalisis tanggungjawab keibubapaan dari sudut perundangan awal Inggeris, kedudukan di sisi undang-undang Islam serta konsep tanggungjawab keibubapaan ini dalam perundangan di Malaysia. Tumpuan dikhususkan terhadap tanggungjawab keibubapaan terhadap anak-anak selepas perceraian. Analisis dokumentari dilakukan terhadap data daripada bahan yang terpilih termasuklah makalah jurnal, buku, dan statut. Kesemua data ini diperoleh melalui kajian kepustakaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa konsep tanggungjawab keibubapaan di Malaysia memberikan hak kepada kanak-kanak dan menjamin kepentingan mereka, seterusnya menjamin kelangsungan tanggungjawab berterusan ibu bapa.
Kata kunci: Tanggungjawab keibubapaan, pasca perceraian, hak kanak-kanak, kepentingan terbaik kanak-kanak, sivil, syariah
Teks penuh: PD
Mandi Bunga: Suatu Penelitian Awal tentang Amalan dan Fungsinya dalam Masyarakat Melayu
This paper discusses the flower bath as a practice and its function in Malay society. Bathing with certain flowers is a cultural tradition in Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand and other related countries. This study aims to provide a clear understanding of flower bath, including its practice and function in Malay society. This study uses the interview method with a traditional medicine practitioner who has been and still upholds the custom of flower bath in Parit Haji Amin, Sungai Rawa, Parit Buntar. This method was carried out in January 2021 to obtain primary sources and justification for the selection based on her experience of being involved in traditional medicine for 30 years and remains active in traditional medicine work. The results found that flower bath involves various types of flowers, along with its preparation method and the purpose of its implementation. Moreover, it is found that flower bath has animism, dynamism and Hindu and Buddhist beliefs concerning the spirit and soul. The practice of flower bath has various purposes, such as enhancing a bride’s glow, dispelling bad luck and obtaining a wish, such as obtaining black magic, position, allure and wearing charm needles (susuk). However, this practice of flower bath is no longer popular in the Malay community because most of them have changed to commercial flower bath. In addition, the tradition of flower bath practiced by the Malay community highly contradicts Islamic teachings because there is an element of believing in spirits, which can lead to polytheism.
Full text: PDFMakalah ini membicarakan mandi bunga sebagai adat dan kepercayaan masyarakat Melayu. Umum mengetahui bahawa mandi bunga adalah adat yang dilakukan untuk mengeluarkan apa-apa perkara yang tidak selesa dari tubuh badan, mengelakkan gangguan roh-roh jahat, menaikkan semangat, persediaan untuk para pengantin baharu dan banyak lagi. Oleh itu, mandi dengan bunga tertentu merupakan tradisi budaya sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan negara serumpun lainnya. Kajian ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas tentang mandi bunga dan tujuannya dalam masyarakat Melayu khususnya. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual bersama seorang pengamal perubatan tradisional yang pernah dan masih mengendalikan adat mandi bunga melibatkan jenis-jenis bunga, kaedah penyediaan mandi bunga dan tujuan pelaksanaannya. Dapatan kajian mendapati mandi bunga mempunyai fahaman animisme, dinamisme dan Hindu-Buddha yang percaya kepada semangat dan roh. Amalan mandi bunga mempunyai pelbagai tujuan tertentu selain menaikkan seri pengantin, mandi bunga juga dilakukan untuk membuang nasib malang dan mendapatkan sesuatu hajat seperti mendapatkan ilmu hitam, kedudukan, memikat, dan memakai susuk. Walau bagaimanapun adat mandi bunga ini tidak lagi popular dalam masyarakat Melayu kerana kebanyakannya telah berubah kepada mandi bunga yang bersifat komersial.
Teks penuh: PD
Penggunaan Teknik Ganjaran dan Keberkesanannya bagi Menarik Minat Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
This study was conducted to see the types of reward techniques that have been used by teachers and their effectiveness to attract students’ interest in learning Malay language during teaching and learning at home (PdPR). A total of 90 primary school teachers teaching Malay language were involved in this study. All the teachers come from two districts in Sarawak. This quantitative study uses a survey study design. A questionnaire was distributed through Google Forms to collect the data. The findings are explained descriptively to report its frequency, mean, standard deviation, and percentage. The results of the analysis showed that the primary school teachers of Malay language mainly used the physical and social reward techniques during PdPR based on the highest mean value. From the reaction of the students towards the rewards, it is found that the teachers of Malay language mainly used emotional, cognitive and social reactions to increase the interest of students while learning Malay language during PdPR. Similarly, giving rewards impacted the interest and grades of the students when learning Malay language during PdPR. The implication of this study is that reward techniques can increase the interest of students to learn even though the learning occurs online. In summary, Malay language teachers can use reward techniques as an effective online teaching and learning method (PdP) to teach students at home.
Full text: PDFKajian ini dilaksanakan untuk melihat jenis teknik ganjaran yang telah digunakan oleh guru dan keberkesanannya bagi menarik minat murid dalam pembelajaran bahasa Melayu semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilaksanakan. Seramai 90 orang guru bahasa Melayu sekolah rendah terlibat sebagai responden kajian. Kesemua guru bahasa Melayu mengajar di dua buah daerah di Sarawak. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen soal selidik yang diedarkan melalui Google Form telah digunakan untuk mengumpulkan data. Dapatan dihuraikan secara deskriptif bagi melaporkan frekuensi, peratusan, min, dan sisihan piawai. Analisis dapatan menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah banyak menggunakan teknik ganjaran fizikal dan sosial ketika mengajar secara PdPR berdasarkan nilai min yang berada pada tahap tinggi. Dari segi tindak balas murid terhadap ganjaran yang diterima, didapati guru-guru bahasa Melayu banyak menggunakan tindak balas emosi, kognitif dan sosial yang dapat menarik minat murid belajar bahasa Melayu secara PdPR. Demikian juga pemberian ganjaran memberikan kesan kepada minat dan pencapaian murid dalam pembelajaran bahasa Melayu secara PdPR. Implikasi kajian ialah teknik ganjaran dapat meningkatkan minat murid untuk belajar walaupun pembelajaran berlaku secara dalam talian. Kesimpulannya, guru-guru bahasa Melayu boleh menjadikan teknik ganjaran sebagai satu kaedah PdP dalam talian yang berkesan untuk mengajar murid-murid sekolah ketika belajar di rumah.
Teks penuh: PD
Asal Usul dan Peranan Tradisi Bertatu dalam Budaya Masyarakat Iban
This research explains the origin and purpose of traditional tattooing in the culture of the Iban community in Sarawak. The tradition of tattooing is part of the culture of the Iban community, and is considered sacred because it is believed to connect the soul of the Iban community to their petara (god). This research used an overall qualitative approach. The data were obtained by conducting observation and interviews with informants who have expertise in the tattoo tradition. The study found that each tattoo motif of the Iban community has its own meaning and function for the group that owns it. This is because in the heritage belief of the Iban community, tattoos are a symbolic gift from petara for an achievement or success experienced in their daily life. Therefore, the tradition of tattooing is seen as a sacred and mystical cultural trait of the Iban community. The Iban community lives in a natural environment. For them, nature is used as a source of ideas and inspiration to produce tattoo motifs. This shows that the Iban community and nature have a close and mutually beneficial relationship. This phenomenon shows that the Iban community greatly appreciates nature, which serves as the main idea in shaping their cultural traditions. Through nature, the Iban community produces a tattoo that describes the nature and character of a person and has characteristics similar to the natural life in their community.
Full text: PDFPenyelidikan ini menjelaskan tentang asal usul dan tujuan tradisi bertatu yang dilakukan dalam budaya masyarakat Iban di Sarawak. Tradisi bertatu merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Iban yang dianggap suci kerana dipercayai dapat menghubungkan jiwa masyarakat Iban kepada petara (tuhan) mereka. Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini. Data yang diperoleh menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian turut serta dan temu bual daripada informan yang mempunyai kepakaran dalam tradisi tatu. Penyelidik mendapati bahawa setiap motif tatu masyarakat Iban mempunyai makna dan fungsi yang tersendiri kepada golongan individu yang memilikinya. Dalam kepercayaan warisan masyarakat Iban, tatu dipercayai merupakan simbol yang melambangkan anugerah daripada petara kepada sesuatu pencapaian ataupun kejayaan yang dikecapi oleh masyarakat Iban dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, tradisi bertatu ini dilihat sebagai satu tradisi budaya yang bersifat sakral dan mistik dalam budaya masyarakat Iban. Pada zaman dahulu, masyarakat Iban tinggal di persekitaran alam semula jadi yang terdapat di kepulauan Borneo. Bagi masyarakat Iban, alam semula jadi dijadikan sebagai sumber idea dan inspirasi untuk menghasilkan motif-motif tatu. Perkara ini memperlihatkan bahawa masyarakat Iban dan alam semula jadi mempunyai hubungan yang rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain. Fenomena ini memperlihatkan bahawa masyarakat Iban amat menghargai alam semula jadi yang dijadikan sebagai idea utama dalam membentuk tradisi budaya mereka. Melalui alam semula jadi, masyarakat Iban menghasilkan tradisi bertatu yang menggambarkan sifat dan perwatakan diri seseorang tersebut mempunyai ciri-ciri yang mirip dengan hidupan alam semula jadi yang terdapat di persekitaran komuniti mereka. Masyarakat Iban percaya bahawa petara (tuhan) menciptakan alam semula jadi sebagai sumber rezeki dan penempatan bagi masyarakat Iban. Fenomena ini memperlihatkan bahawa kewujudan alam semula jadi merupakan wadah bagi masyarakat Iban dalam menghasilkan tradisi bertatu bagi menzahirkan kepercayaan mereka terhadap petara dan kuasa-kuasa luar biasa.
Teks penuh: PD
Penelitian Semula Makna Masyarakat dan Warga Kesan Perubahan Teknologi dan Sosial
This paper intends to re-examine the meaning of the words masyarakat and warga due to the effect of technological and social changes. A preliminary examination in Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2015), Kamus Dewan Edisi Pertama (1970) and Kamus Dewan Perdana (2021) found that the two words are neither synonymous nor depict a clear relationship with one another. However, a cross-referencing analysis from the WebCorp database indicates a possible association between the words due to the effect of technological and social changes. The three words that form this association are "massa", "siber" and "internet". They showed features that clearly explain the meaning of technological and social changes. Based on the analysis of the WebCorp database, the acquired detailed lexical use of masyarakat and warga not only presents their definition, but also their associated activities, hopes and behaviours in relation to "massa", "siber" and "internet". This paper may serve as a stepping stone to explain problem areas in the meaning of both masyarakat and warga, and as a catalyst for lexicographers to scrutinize and re-examine their meaning in order to improve existing dictionary entries.
Keywords: Masyarakat, warga, massa, siber, internet, semantic change
Full text: PDFPenulisan ini meneliti semula makna kata masyarakat dan warga kesan daripada perubahan teknologi dan sosial. Hasil selidikan awal daripada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2015), serta semakan daripada Kamus Dewan Edisi Pertama (1970) dan Kamus Dewan Perdana (2021), didapati bahawa kedua-dua kata yang dikaji tidak bersinonim atau menunjukkan kaitan yang nyata. Walau bagaimanapun, hasil penelitian berdasarkan rujuk silang daripada pangkalan data WebCorp menunjukkan bahawa kedua-dua kata ini berpotensi untuk mempunyai kaitan dari aspek kesan perubahan teknologi dan perubahan sosial. Tiga kata yang mengikat perkaitan tersebut ialah kata "massa", "siber" dan "internet". Ketiga-tiga kata tersebut merujuk ciri yang menjelaskan maksud perubahan teknologi dan perubahan sosial. Dengan berdasarkan semakan terhadap pangkalan data WebCorp juga, dapat diperincikan penggunaan kata masyarakat dan warga yang bukan sahaja memaparkan definisi, malah dapat dijelaskan aktiviti, harapan dan tindak tanduk yang melibatkan masyarakat dan warga yang berkaitan dengan "massa", "siber" dan "internet". Penulisan ini boleh dijadikan sebagai langkah pemula untuk menjelaskan ruang permasalahan bagi makna kata masyarakat dan warga, dan menjadi pemangkin bagi ahli leksikografi untuk meneliti dan menyemak semula makna kedua-dua kata ini untuk menambah baik entri dalam kamus sedia ada.
Kata kunci: Masyarakat, warga, massa, siber, internet, perubahan makna
Teks penuh: PD
Objek dalam Ayat Transitif Bahasa Melayu: Analisis Program Minimalis
The grammatical function of objects often causes confusion among Malay language users even though explanations have been given in the reference grammar book, Tatabahasa Dewan. Based on the issue of object confusion, this study aims to provide a theoretical description of the grammatical function of objects in Malay sentences by examining the syntactic behaviour of four verbs, namely 'mencari', 'mencarikan', 'menderma', and 'mendermakan'. The theoretical explanation is based on the Minimalist Program. From a methodological aspect, this study uses data from the DBP corpus and the Dibuat Individu dengan Yakin (DIY) corpus from the newspaper Berita Harian Online. In addition, a questionnaire survey was also conducted to assess the acceptability of sentences based on the intuition of native Malay speakers. The results of the study show that native Malay speakers accept that the sentences with 'mencari' and 'menderma' have two arguments that function as the subject and the direct object. For the verb 'mencarikan', it was found that native Malay speakers tend to construct two objects structure represented by a noun phrase. However, the findings of this study show that for the verb 'mendermakan', the subjects of this study tend to choose the dative construction, which is FN + verb + FN + FP. This study is of the opinion that the indirect object in the Malay language is given a choice of whether it consists of the construction FN + FN or FN + FP. This dative construction is in line with the native speaker's intuition and theoretical justification.
Keywords: Transitive verb, dative, indirect object, Minimalist Program, Malay language, preposition phrase
Full text: PDFFungsi gramatis objek sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu walaupun penjelasan telah diberikan dalam buku tatabahasa pegangan, Tatabahasa Dewan. Bertitik tolak daripada isu kekeliruan objek, kajian ini bermatlamat untuk memberikan huraian secara teoretis tentang fungsi gramatis objek dalam ayat bahasa Melayu dengan meneliti perilaku sintaksis empat kata kerja, iaitu kata kerja "mencari", "mencarikan", "menderma" dan "mendermakan". Penjelasan teoretis adalah berlandaskan Program Minimalis. Dari aspek metodologi, kajian ini menggunakan data korpus DBP dan korpus dibuat individu dengan yakin (DIY) daripada akhbar Berita Harian Online. Di samping itu, soal selidik juga dilakukan untuk memperoleh penilaian kebolehterimaan ayat berdasarkan intuisi penutur natif bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan bahawa penutur natif bahasa Melayu menerima bahawa ayat "mencari" dan "menderma" mempunyai dua argumen yang berfungsi sebagai subjek dan objek langsung. Bagi kata kerja "mencarikan", didapati bahawa penutur natif bahasa Melayu cenderung terhadap binaan dua objek yang diwakili oleh frasa nama. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bagi kata kerja "mendermakan", subjek kajian cenderung memilih binaan datif, iaitu FN+ kata kerja + FN + FP. Kajian ini berpendirian bahawa objek tak langsung dalam bahasa Melayu perlu diberikan pilihan, sama ada ada frasa nama atau frasa preposisi yang terdiri daripada kontruksi FN + FN atau FN + FP. Binaan datif ini selari dengan intuisi penutur natif dan justifikasi secara teoretis.
Kata kunci: Kata kerja transitif, datif, objek tak langsung, Program Minimalis, bahasa Melayu, frasa preposisi
Teks penuh: PD
Tivi Karya Shahnon Ahmad sebagai Kontra-Hegemoni Mahathirisme
The novel Tivi, written by National Laureate Shahnon Ahmad, was published in 1995 with its second edition published in 2018. Its narrative revolves around the moral decay of a rural family after one of their daughters introduces urban culture, especially the culture of watching television. Past academic studies on this novel do not show much interest in its ideological critiques, including counter-hegemony concerns. Therefore, in this article, Tivi is argued as a counter-hegemony towards the Mahathirism ideology, especially from the capitalist aspects of Mahathir. The term “Mahathirism” which was coined by Dr. Khoo Boo Teik will be the concept that will be applied for this discussion, along with references from other books and articles that are related to Tun Dr. Mahathir Mohamad. The theoretical framework of “hegemony” by Antonio Gramsci will be applied to the discourse on the counter-hegemony of Shahnon Ahmad on Mahathirism. Shahnon Ahmad’s position on the dichotomies — rural and urban, modern and traditional, as well as spiritual and material — in this novel shows the counter hegemonic values towards Mahathirism. The label of Islamic fiction on Tivi and Shahnon Ahmad’s background as an Islamist are factors that allow him to be considered as a “traditional intellectual” based on the Gramscian framework.
Full text: PDFNovel Tivi karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad telah diterbitkan pada tahun 1995 dan cetakan kedua pada tahun 2018 yang memusatkan naratif penceritaan tentang kemerosotan moral sebuah keluarga di kampung selepas salah seorang anak mereka membawa masuk budaya baharu dari bandar, terutamanya budaya menonton televisyen. Kajian lepas dalam lapangan akademik berkenaan dengan novel ini tidak memberikan perhatian terhadap kritikan ideologi apatah lagi persoalan kontra-hegemoni. Oleh itu, dalam makalah ini, Tivi dihujahkan sebagai kontra-hegemoni terhadap ideologi Mahathirisme terutama sekali dari aspek kapitalisme Mahathir. Terma Mahathirisme yang dipelopori oleh Dr. Khoo Boo Teik menjadi konsep perbincangan dan turut merujuk buku dan makalah lain yang berkait dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Teori “hegemoni” oleh Antonio Gramsci akan diaplikasikan bagi mewacanakan kontra-hegemoni oleh Shahnon Ahmad terhadap Mahathirisme. Posisi yang diambil oleh Shahnon Ahmad terhadap dikotomi kampung dan bandar, moden dan tradisional, spiritual dan material dalam novel ini menunjukkan nilai-nilai yang kontra terhadap hegemoni Mahathirisme. Label cereka Islam terhadap novel Tivi dan latar belakang Shahnon Ahmad sebagai penggerak Islamisme membolehkan Shahnon Ahmad dihujahkan sebagai “intelektual tradisional” mengikut kerangka Gramsci.
Teks penuh: PD
Memahami Peranan Pihak-Pihak Berkepentingan Utama dan Cabaran dalam Usaha Mengembangkan Pelancongan Perubatan Patuh Syariah di Malaysia: Suatu Perspektif Undang-undang
The search for healthcare treatment tailored to religious and ethical beliefs has gained popularity in the changing medical tourism environment. This study examines the complexities of Shariah-compliant medical tourism in Malaysia, emphasizing on the critical role of stakeholders in a comprehensive legal framework. The methodology adopted for this study is doctrinal. An important issue that has arisen is the lack of engagement between healthcare providers and appropriate government organisations in developing Shariah-compliant medical tourism. This study initially identifies relevant stakeholders who promote Shariah-compliant medical tourism. It then analyses the role of relevant government agencies, healthcare providers and religious scholars in addressing this topic, alongside legal concerns and religious requirements. This research examines the obstacles and potential in aligning medical tourism practices with Shariah principles. An investigation into the involvement of stakeholders in the legal framework highlighted the critical need to harmonise Islamic principles and modern healthcare services, thus supporting the development of Shariah-compliant medical tourism in Malaysia. This study recommends the formation of a Shariah Advisory Committee to oversee the stakeholders. This committee will ensure that all key stakeholders are not only consulted, but also play an active role in advising government agencies on important policies and measures through integrated research. This cooperative strategy aims to bridge the gap between JAKIM as a responsible institution with relevant ministries and healthcare providers, in addition to promoting this sector globally. This committee is expected to create a synergistic environment that increases the profile of Shariah-compliant medical tourism in Malaysia.
Keywords: Medical tourism, shariah-compliant, stakeholders, challenges, JAKIM, Malaysia
Full text: PDFPencarian rawatan penjagaan kesihatan yang disesuaikan dengan kepercayaan agama dan etika telah menjadi popular dalam persekitaran pelancongan perubatan yang berubah-ubah. Kajian ini mengupas tentang pelancongan perubatan patuh syariah di Malaysia yang kompleks, yang menekankan peranan kritikal pihak berkepentingan dalam rangka kerja perundangan yang lengkap. Kaedah yang digunakan untuk kajian ini adalah bersifat doktrinal. Satu isu penting yang timbul ialah kekurangan penglibatan antara penyedia penjagaan kesihatan dengan organisasi kerajaan yang sesuai dalam usaha membangunkan pelancongan perubatan patuh syariah. Kajian ini terlebih dahulu mengenal pasti pihak berkepentingan yang berkaitan yang mempromosikan pelancongan perubatan patuh syariah. Kajian ini kemudiannya menganalisis peranan agensi kerajaan yang berkaitan, penyedia penjagaan kesihatan, dan alim ulama yang menangani isu ini, di samping kebimbangan undang-undang dan keperluan agama. Penyelidikan ini meneliti halangan dan potensi untuk menyelaraskan amalan pelancongan perubatan dengan prinsip syariah. Siasatan terhadap penglibatan pihak berkepentingan dalam rangka kerja perundangan menyerlahkan keperluan kritikal untuk menyelaraskan prinsip Islam dan perkhidmatan penjagaan kesihatan moden, seterusnya menyokong perkembangan pelancongan perubatan patuh syariah di Malaysia. Kajian ini menganjurkan pembentukan Jawatankuasa Penasihat Syariah untuk menyelia pihak yang berkepentingan. Jawatankuasa ini memastikan bukan sahaja semua pihak berkepentingan utama dirujuk, tetapi juga memainkan peranan aktif dalam urusan menasihati agensi kerajaan tentang dasar dan langkah penting melalui penyelidikan bersepadu. Strategi kerjasama ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku institusi bertanggungjawab dengan kementerian berkaitan dan penyediaan penjagaan kesihatan selain mempromosi sektor ini pada peringkat global. Jawatankuasa ini diharapkan dapat mewujudkan persekitaran sinergi yang meningkatkan profil pelancongan perubatan patuh syariah di Malaysia.
Kata kunci: Pelancongan perubatan, patuh syariah, pihak-pihak berkepentingan, cabaran, JAKIM, Malaysia
Teks penuh: PD
Infodemik COVID-19 di Malaysia: Satu Renungan ke Arah Penambahbaikan Kerangka Kawal Selia Maklumat Salah dan Berita Palsu
The recent COVID-19 pandemic saw the rise of fake news and misinformation dissemination. Experts agree that this phenomenon is caused by the availability of an overabundance of information, also known as infodemic. This infodemic phenomenon has negatively affected the efforts of the authorities across the world to deal with the threat of the pandemic. In the meantime, while there is a fact-checking eco-system in Malaysia, it seems to fail to solve problems related to the infodemic effectively. The enforcement of existing laws has also been viewed as undemocratic and draconian instruments by its critics. What is more worrying is that the traditional legislation approach has been increasingly considered archaic and increasingly out of pace in catching up with the rapid development of technology. Therefore, a new approach is needed to regulate infodemic. Thus, the main objective of this paper is to re-examine the effectiveness of the fact-checking eco-system and legislation related to the existing infodemic regulation. This paper will also recommend new methods, including using technology, to regulate the infodemic in the future. This paper will also examine other countries’ approaches in facing infodemic challenges. Therefore, to achieve the research objective stated above, this paper uses qualitative research methodology to formulate its findings, primarily through the textual analysis of several related legislations and also of available secondary sources, such as academic manuscripts, textbooks, online resources and other relevant sources.
Keywords: Infodemic, Malaysia 5.0, COVID-19, misinformation, fake news, freedom of speech
Full text: PDFKesan penularan COVID-19 memperlihatkan peningkatan penyebaran berita palsu dan maklumat salah yang berleluasa. Ramai pakar bersependapat bahawa fenomena ini disebabkan oleh limpahan maklumat ataupun dipanggil sebagai infodemik. Fenomena infodemik ini telah serba sedikit memberi kesan negatif terhadap usaha pihak berwajib di seluruh dunia untuk menangani ancaman pandemik. Dalam pada itu, walaupun wujudnya ekosistem penyemakan fakta di Malaysia, namun perkara ini dilihat gagal untuk menangani masalah infodemik dengan berkesan. Penguatkuasaan undang-undang sedia ada juga dilihat sebagai instrumen yang tidak demokratik dan drakonian oleh pengkritik. Hal yang lebih membimbangkan, instrumen perundangan tradisional dilihat semakin lapuk ditelan zaman dan semakin jauh ditinggalkan dengan kelajuan perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, satu pendekatan baharu yang lebih segar diperlukan bagi mengawal infodemik. Sehubungan dengan itu, objektif utama makalah ini adalah untuk menilai semula keberkesanan ekosistem penyemakan fakta dan undang-undang berkaitan dengan pengawalan infodemik sedia ada. Makalah ini juga mengusulkan kaedah baharu termasuklah menggunakan teknologi bagi tujuan mengawal selia infodemik pada masa hadapan. Makalah ini turut melihat pendekatan beberapa negara luar dalam usaha menangani cabaran infodemik. Oleh itu, bagi memenuhi objektif yang dinyatakan diatas, makalah ini akan menggunakan kaedah kajian kualitatif untuk memformulasi dapatannya, terutamanya melalui kaedah analisis tekstual terhadap perundangan yang berkaitan dan juga terhadap sumber sekunder, seperti manuskrip akademik, buku teks, sumber dalam talian dan juga sumber lain yang bersesuaian.
Kata kunci: Infodemik, Malaysia 5.0, COVID-19, maklumat salah, berita palsu, kebebasan bersuara
Teks penuh: PD
Asimilasi Homorganik Nasal Imbuhan Pan- dalam Bahasa Banjar
Banjarese is a type of language that forms new words through affixation. There are various types of affixes, some of which are capable of forming allomorphs or variations of morphological form. The paN- affixes are examples that exhibit this phenomenon through nasal segment changes. The purpose of this study is to describe this assimilation process. One set of Banjarese base words was developed from the dictionary. The respondents of the study were asked to pronounce each base word as well as their derived words with the paN- affix. The results found that the change in nasal segment is caused by a process called homorganic nasal assimilation. Through Optimality Theory analysis, it was found that nasal assimilation occurs in order to comply with constraints that exist within this language. This includes the first constraint that prevents the clustering of heterorganic segments from being present in derivative form, which is AGREE (PLACE). In order to comply with the constraint, the nasal segment will have to share the place of articulation with the segment that comes after it. Besides that, there is another constraint that also prevents the nasal segments from losing their nasal feature, which is IDENT-I→O (nasal). In order to comply with this, the coda position of the affix should be filled with the nasal segment in its derived form. This study is expected to add value to previous studies as well as become a pioneer for upcoming studies.
Keywords: Banjarese, allomorphs, nasal change, homorganic nasal assimilation, Optimality Theory, constraints
Full text: PDFBahasa Banjar sejenis bahasa yang membentuk kata baharu melalui proses imbuhan (afiksasi). Terdapat pelbagai jenis imbuhan dalam bahasa ini. Sesetengah daripadanya mampu membentuk alomorf atau kelainan bentuk morfologi. Imbuhan paN- merupakan contoh imbuhan yang mampu membentuk alomorf dengan berlakunya perubahan pada segmen nasalnya. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menghuraikan proses perubahan nasal ini. Satu set kata dasar bahasa Banjar telah dibina berdasarkan kamus. Responden kajian diminta untuk menyebut setiap kata ini, dan kata terbitannya yang menerima imbuhan paN-. Hasil kajian mendapati bahawa perubahan nasal ini dipengaruhi oleh proses asimilasi homorganik nasal. Melalui analisis Teori Optimaliti, didapati bahawa asimilasi nasal ini berlaku bagi mematuhi kekangan yang wujud dalam bahasa ini. Antaranya termasuklah kekangan yang menghalang gugusan segmen heterorganik daripada hadir dalam bentuk terbitan, iaitu SETUJU (KAWASAN). Bagi mematuhi kekangan ini, segmen nasal akan berkongsi titik artikulasi dengan segmen yang berada bersebelahan dengannya. Selain itu, terdapat juga kekangan yang menghalang segmen nasal daripada kehilangan fitur nasalnya, iaitu IDENT-I→O (nasal). Bagi memastikan kekangan ini dipatuhi, posisi koda imbuhan perlu diisi dengan segmen nasal dalam bentuk terbitannya. Kajian ini diharap dapat memberikan implikasi sebagai nilai tambah kepada kajian terdahulu, selain turut menjadi perintis bagi kajian akan datang.
Kata Kunci: Bahasa Banjar, alomorf, perubahan nasal, asimilasi homorganik nasal, Teori Optimaliti, kekangan
Teks penuh: PD