Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Analisis Struktur Interaksi Wacana Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia Berdasarkan Teori Analisis Perbualan Liddicoat dan Model Struktur Interaksi Asmah

    No full text
    In the Malaysian context, there are very few studies related to interaction structure in media conferences. In general, a media conference is a platform to convey information to the society. The question that the researcher aims to answer in this study is whether a Malaysian media conference is structured or not. As such, there are two objectives in this study, namely to identify the interaction structure and to discuss the arrangement of the interaction structure found in the Ministry of Health Malaysia's COVID-19 media conference. This study uses a qualitative method by downloading a YouTube recording and analyzing the text content. The research material is a recording of the COVID-19 media conference on May 8, 2021, that was transcribed into written form, which is done by applying the transcription symbols by Jefferson (2004). Each utterance found in this transcription was analyzed using the framework of Theory of Conversation Analysis by Liddicoat (2011) and the Interaction Structure Model by Asmah (2010). The findings of the study show that there are nine aspects of the interaction structure in this media conference, namely sequence opener, introduction of speaker, purpose statement, question and answer, turn taking, overlapping, adjacent pairs, correction and closing the conversation. This also shows that the speaker's adherence to the interaction structure facilitates the question-and-answer session, hence making the information presented to be clearer and more accurate. Through this study, it can be proven that Malaysian media conferences that involve the Malaysian Ministry of Health is a media conference with its own distinctive structure. Keywords: Interaction structure, Liddicoat's Theory of Conversation Analysis (2011), Asmah's Interaction Structure Model (2010), media conference, COVID-19, transcription Full text: PDFDalam konteks negara Malaysia, kajian yang berkaitan dengan struktur interaksi dalam sidang media masih kurang dilakukan. Pada umumnya, sidang media merupakan suatu platform untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Persoalan yang ingin dijawab oleh pengkaji dalam kajian ini ialah sama ada sesuatu sidang media yang dijalankan di Malaysia mempunyai struktur yang tersendiri atau tidak. Oleh itu, terdapat dua objektif dalam kajian ini, iaitu mengenal pasti struktur interaksi dan membincangkan susunan struktur interaksi yang terdapat dalam sidang media COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan cara memuat turun rakaman daripada Youtube dan analisis kandungan teks. Bahan kajian merupakan rakaman sidang media COVID-19 pada 8 Mei 2021 yang ditranskripsikan kepada bentuk tulisan, iaitu dengan mengaplikasikan simbol transkripsi oleh Jefferson (2004). Setiap ujaran yang terdapat dalam transkripsi ini dianalisis dengan menggunakan kerangka Teori Analisis Perbualan oleh Liddicoat (2011) dan Model Struktur Interaksi oleh Asmah (2010). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sembilan aspek struktur interaksi dalam sidang media ini, iaitu pembuka turutan, pengenalan pemeran, pernyataan tujuan, tanya jawab, pengambilan giliran, pertindihan, pasangan bersebelahan, pembetulan dan penutup perbualan. Hal ini menunjukkan bahawa kepatuhan pemeran terhadap struktur interaksi dapat melancarkan sesi tanya jawab yang berlangsung, seterusnya membolehkan maklumat disampaikan dengan lebih jelas dan tepat. Melalui kajian ini, dapat dibuktikan bahawa sidang media di Malaysia yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan sidang media yang mempunyai struktur tersendiri. Kata kunci: Struktur interaksi, Teori Analisis Perbualan Liddicoat (2011), Model Struktur Interaksi Asmah (2010), sidang media, COVID-19, transkripsi Teks penuh: PD

    Watak dan Nilai Positif dalam Cerita Jenaka Etnik Peribumi Terpilih di Sabah

    No full text
    The inheritance of traditional oral literature through the speech of individuals or storytellers is not just for entertainment, but also reflect the common sense of previous societies and possess the essence of teaching with the aim to provide education to the society. Nowadays, oral literature is documented, published and analyzed according to the needs of a study. Oral literature in the form of narrative, known as folktales, contains animal stories, humorous stories, tales and so on. Malay humorous folktales such as Pak Pandir, Lebai Malang and Si Luncai are so popular that their characters are often portrayed in a negative perspective, such as stupid, foolish and unlucky. This paper discusses ethnic humorous folktales from Brunei, Bajau Laut/Suluk and Dusun in Sabah. The data from this study were taken from Koleksi Cerita Rakyat Sabah (2019) compiled by Lokman Abdul Samad and Suhaimi Yasi, whereas data on Bruneian humorous folktales were obtained from fieldwork in 2012. Data analysis utilized the Theory of Emotional Intelligence by Salovey and Mayer (1990) to dissect characters and their characterization in the selected folktales. This study found that Sabah Full text: PDFPewarisan sastera lisan secara tradisi menerusi pertuturan orang perseorangan atau penglipur lara bukan sekadar hiburan tetapi juga menggambarkan akal budi masyarakat terdahulu dan memiliki inti pati pengajaran yang bertujuan memberikan didikan kepada masyarakat. Kini, sastera lisan didokumentasikan, diterbitkan dan dianalisis mengikut keperluan sesuatu kajian. Sastera lisan yang berbentuk naratif, dikenali sebagai cerita rakyat mengandungi kisah binatang, cerita jenaka, hikayat dan sebagainya. Cerita jenaka Melayu seperti Pak Pandir, Lebai Malang dan Si Luncai sangat popular sehingga watak mereka dicitrakan dalam perspektif negatif seperti bodoh, bebal dan malang. Makalah ini membincangkan cerita jenaka etnik Brunei, Bajau Laut/Suluk dan Dusun yang terdapat di Sabah. Data daripada kajian ini diambil daripada buku Koleksi Cerita Rakyat Sabah (2019) yang diselenggarakan oleh Lokman Abdul Samad dan Suhaimi Yasin serta data cerita jenaka etnik Brunei yang telah diperoleh daripada kajian lapangan pada tahun 2012. Analisis data menggunakan teori kecerdasan emosi oleh Salovey dan Mayer (1990) bagi merungkai watak dan perwatakan menerusi cerita tersebut. Kajian mendapati bahawa cerita jenaka peribumi Sabah menemukan ciri watak dan nilai yang positif sekali gus memperbetul persepsi cerita jenaka Melayu yang sering kali memperlihatkan sifat bodoh dan malang sahaja. Oleh itu, cerita jenaka daripada pelbagai etnik juga wajar diberikan penekanan dan diajarkan di sekolah atau dibacakan kepada anak-anak untuk membentuk peribadi positif dalam kalangan mereka.  Teks penuh: PD

    Pendaftaran Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf: Antara Hak Asasi dan Cabaran Perundangan Islam di Malaysia

    No full text
    A legitimate identity from a legal point of view is essential because it is closely related to the protection of basic human rights to development, such as the right to life, health and education. However, illegitimate children in Malaysia, especially Muslims, often face discrimination due to their unregistered birth. This paper will examine the history of human rights development and provisions related to the protection of children’s rights, in particular the right to birth registration in the Convention on the Rights of the Child 1989 (CRC) and the Child Act 2001 [Act 611]. In addition, the position of illegitimate children in the Islamic Law is also described. This writing is a purely legal study with qualitative methods and content analysis. This paper concludes that among the challenges in Islamic Law that prevent the registration of childbirths in the country are marriage document requirements, stigma and social exclusion as well as lack of public awareness. Therefore, several ideas for improvement are proposed, namely amending the law, creating a special birth register for illegitimate children, simplifying the birth registration procedure as well as enhancing knowledge on the importance of birth registration in society. Keywords: Illegitimate children, basic rights, children, birth registration, registration procedure, Islamic law Full text: PDFIdentiti diri yang sah dari sudut undang-undang adalah penting kerana mempunyai kaitan rapat dengan perlindungan hak asasi manusia untuk membangun seperti hak untuk hidup, hak kesihatan dan hak pendidikan. Namun demikian, anak tidak sah taraf di Malaysia, khususnya mereka yang beragama Islam sering kali berdepan dengan diskriminasi akibat kelahiran mereka yang tidak didaftarkan. Makalah ini meneliti sejarah pembangunan hak asasi serta peruntukan yang berkaitan dengan perlindungan hak asasi kanak-kanak, khususnya hak terhadap pendaftaran kelahiran dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak 1989 (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]. Selain itu, kedudukan anak tidak sah taraf dalam perundangan Islam turut dihuraikan. Penulisan ini merupakan kajian undang-undang tulen dengan kaedah kualitatif dan analisis kandungan.  Makalah ini menyimpulkan cabaran dalam perundangan Islam yang menghalang pendaftaran kelahiran kanak-kanak di negara ini yang menjadi syarat dokumen perkahwinan, stigma dan penyisihan masyarakat serta kurangnya kesedaran awam. Oleh itu, beberapa idea dicadangkan untuk penambahbaikan, iaitu meminda undang-undang, mewujudkan daftar kelahiran yang khusus untuk anak tidak sah taraf, memudahkan prosedur pendaftaran kelahiran serta meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan pendaftaran kelahiran dalam kalangan masyarakat. Kata kunci: Anak tidak sah taraf, hak asasi, kanak-kanak, pendaftaran kelahiran, prosedur pendaftaran, undang- undang Islam Teks penuh: PD

    Konfrontasi Indonesia-Malaysia dan Kesannya terhadap Pelabuhan Pulau Pinang, 1963-1966

    No full text
    The relationship between Malaysia and Indonesia had already shown conflict since before the confrontation, or konfrontasi. However, after the proposal for the formation of ​​Malaysia was first announced by Tunku Abdul Rahman, the then-Chief Minister of the Federation of Malaya, the relationship between the two countries experienced a period of significant and prominent conflict. This study discusses the Indonesia-Malaysia confrontation and its impact on Penang Port from 1963 to 1966. This study was conducted using qualitative method, specifically the analysis of documents and manuscripts. The references used are primary sources comprising British records and Malaysian official records, while the secondary sources comprise journals, articles, scholarly books, newspapers, and magazines. The economic relationship between Malaysia and Indonesia was severely damaged during the confrontation. The number of imports and exports involving Indonesia at the Penang Port decreased drastically, but did not stop during the confrontation. Nonetheless, upon comparing the overall growth value of trade at Penang Port during the confrontation, the decrease in the amount of trade that occurred between Indonesia and Penang Port was not very significant. Also, this decrease was not mainly caused by the confrontation, but by the sudden drop in iron ore exports. In conclusion, the slight decrease in the total trade at Penang Port during the confrontation was not solely caused by the confrontation itself and the impact on the whole trade performance at Penang Port in the said period was not that significant. Full text: PDFHubungan antara Malaysia dengan Indonesia telah menunjukkan konflik sejak sebelum berlakunya konfrontasi. Walau bagaimanapun, selepas cadangan Pembentukan Malaysia pertama kali diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia, hubungan antara Malaysia dengan Indonesia mengalami tempoh konflik yang signifikan. Kajian ini membincangkan tentang tempoh masa konfrontasi Indonesia-Malaysia dan impaknya terhadap Pelabuhan Pulau Pinang yang dikaji dari tahun 1963 hingga 1966. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif yang menekankan analisis dokumen dan manuskrip. Sumber rujukan yang digunakan ialah sumber primer yang terdiri daripada rekod British dan rekod rasmi Malaysia, manakala sumber sekunder yang digunakan termasuklah jurnal, artikel, buku ilmiah, akhbar, dan majalah. Hubungan ekonomi antara Malaysia dan Indonesia terjejas secara serius semasa era konfrontasi. Bilangan import dan eksport yang melibatkan Indonesia dan Pelabuhan Pulau Pinang mengalami penurunan drastik tetapi tidak berhenti sepenuhnya semasa konfrontasi. Namun begitu, jika dibandingkan dengan nilai pertumbuhan keseluruhan perdagangan di Pelabuhan Pulau Pinang semasa  konfrontasi, penurunan jumlah perdagangan antara Indonesia dengan Pelabuhan Pulau Pinang tidak begitu signifikan, dan penurunan ini bukanlah disebabkan oleh konfrontasi semata-mata tetapi disebabkan oleh penurunan mendadak dalam eksport bijih besi. Kesimpulannya, penurunan sederhana dalam jumlah perdagangan keseluruhan di Pelabuhan Pulau Pinang semasa konfrontasi bukan sepenuhnya disebabkan oleh konfrontasi Indonesia-Malaysia sahaja, dan kesan terhadap perdagangan secara keseluruhan tidak begitu signifikan. Teks penuh: PD

    Metafora Akal, Kehidupan Dan Fikiran Dalam Buku Falsafah Hidup Karya Hamka

    No full text
    Humans tend to use metaphors to convey the implicit meaning behind the delivery of literal meaning, especially in writing. The use of metaphors is intended to convey something abstract or explain a complex concept. However, metaphors that contain layered meanings lead to the misinterpretation of meaning. Language users are not able to understand the meaning behind a said expression. This causes the message conveyed by the writer to be misunderstood by the reader, creating ambiguity in meaning and communication failure. In line with that, this study discusses the interpretation of meanings of the metaphors of MIND, LIFE, and THOUGHT in Hamka's book Falsafah Hidup [The Philosophy of Life] based on Hybrid theory and textual analysis. The data for this study was obtained from the first four chapters of Falsafah Hidup. The analysis of these three metaphors has produced several conceptual regions that manifest Hamka's mind in describing the basic dimensions of life. Two forms of metaphor, namely conventional metaphor and linguistic metaphor, have been identified in the study. These two forms of metaphor have also successfully produced three types of conceptual metaphors, namely orientation metaphors, ontological metaphors, and structural metaphors. Keywords: Linguistic metaphor, conventional metaphor, orientation metaphor, ontological metaphor, structural metaphor, Hybrid Theory Full text: PDFManusia cenderung untuk memanfaatkan metafora bagi menyampaikan makna implisit di sebalik penyampaian makna literal terutamanya dalam penulisan. Pemanfaatan metafora dapat dilihat daripada pelbagai sudut dan perspektif seperti menyampaikan sesuatu yang bersifat abstrak atau menjelaskan sesuatu konsep yang kompleks. Namun begitu, metafora yang mengandungi makna yang berlapis membawa kepada berlakunya penyalahtafsiran makna, disebabkan pengguna bahasa tidak dapat memahami makna disebalik ungkapan tersebut. Hal ini turut menyebabkan mesej yang cuba disampaikan oleh penulis kepada pembaca gagal difahami dan terjadinya kekaburan makna dan kegagalan komunikasi. Penggunaan metafora yang menghiasi penulisan karya Hamka dengan konsep falsafah kehidupan menjadi wadah untuk menginterpretasikan makna tersirat yang wujud disebalik penulisannya. Sehubungan dengan itu, kajian ini membincangkan penginterpretasian makna metafora AKAL, KEHIDUPAN dan FIKIRAN yang paling mendominasi dalam buku Falsafah Hidup karya Hamka berdasarkan kepada pengaplikasian teori Hibrid. Data kajian ini diperoleh daripada empat bab pertama buku Falsafah  Hidup. Analisis terhadap tiga metafora ini telah dapat menghasilkan beberapa rantau konseptual yang memanifestasikan fikiran Hamka dalam menghuraikan dimensi asas kehidupan. Dua bentuk metafora iaitu metafora konvensional dan metafora linguistik telah dikenal pasti dalam kajian. Kedua-dua bentuk metafora ini juga berjaya menghasilkan tiga jenis metafora konseptual iaitu metafora orientasi, metafora ontologi dan metafora struktural. Kata kunci: Metafora linguistik, metafora konvensional, metaforaorientasi, metafora ontologi, metafora struktural, Teori Hibrid Teks penuh: PD

    Kengadharan Ramasamy v Menteri Kewangan Malaysia & Anor [2023] 4 MLJ 386

    No full text
    - Full text: PDF- Teks penuh: PD

    Penerapan Pantun Kenangan Perpisahan dalam Penilaian Lisan sebagai Kesan Pembelajaran Teradun

    No full text
    The discussion on teaching Malay pantun by means of innovative pedagogy follows the lead towards progressive Malay language education. In sustaining the Malay pantun, a series of methodologies are proposed as techniques that can provide a basic understanding of the four-line pantun to foreign language students, thus achieving an outcome that is indicative of high-level thinking skills. The pedagogical approach in question enabled two non-native students of Malay as a Foreign Language at the National University of Singapore (NUS) to voluntarily produce a four-line pantun as part of an oral recording in online learning via Zoom. The students’ responses are considered as a blended learning outcome that merits a close study of teaching Malay as a foreign language. Deductively, we focus on a combination of pedagogy in a lecture on their skill to create pantun. There are three sets of teaching appropriated in the complementary lecture. Firstly, the teaching of various monkey names to the students in order to develop their fauna terms in the construction of foreshadow in pantun and to improve their command of Malay proper nouns. Secondly, the teaching of Malay onomatopoeia as an appropriate element in pantun coinage so as to evoke their awareness of the Malayness language instinct. Thirdly, using a video clip of social interaction that displays the alternating acts of pantun exchange in order to broaden their vision to the practice of reciprocal pantun chanting, which remains well appreciated by the Malay speakers. The network of language pedagogy highlighted in inculcating their skills of pantun coinage is recommended as an effective blended teaching method. Full text: PDFPerbincangan tentang pengajaran pantun Melayu dengan menggunakan pedagogi inovatif ini menuju ke arah pendidikan bahasa Melayu yang progresif. Demi kelestarian pantun Melayu, satu siri pengkaedahan diusulkan sebagai teknik yang dapat memberi kefahaman asas kepada pelajar bahasa asing tentang pantun empat baris sehingga memperlihatkan kesannya, iaitu kemahiran berfikir aras tinggi. Pendekatan pedagogi yang dimaksudkan membolehkan dua orang pelajar bukan penutur asli dalam pengkhususan bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Universiti Nasional Singapura (NUS) menghasilkan serangkap pantun empat baris secara sukarela sebagai sebahagian daripada rakaman lisan pembelajaran dalam talian melalui Zoom. Maklum balas pelajar ini dianggap sebagai kesan pembelajaran teradun yang mewajarkan pemerhatian teliti dalam pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Secara deduktif, perhatian ditumpukan pada seperangkat pedagogi dalam kuliah kemahiran mencipta pantun. Terdapat tiga set pengajaran yang disediakan dalam kuliah pelengkap. Pertama, pengajaran nama monyet yang berlainan kepada pelajar untuk memperkembang kosa kata fauna dalam binaan pembayang maksud pantun dan mempertingkatkan penguasaan kata nama khas Melayu. Kedua, pengajaran onomatopoeia bahasa Melayu sebagai elemen yang bersesuaian dalam penciptaan pantun memupuk kesedaran pelajar tentang naluri bahasa Melayu. Ketiga, penggunaan klip video tentang pergaulan sosial yang memperlihatkan aksi berbalas pantun secara bersilih ganti meluaskan pandangan pelajar terhadap amalan berpantun yang masih dihargai dan dituturkan oleh penutur bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Rangkaian pedagogi bahasa yang digalurkan mampu memupuk kemahiran mereka untuk mencipta pantun dan disyorkan sebagai satu kaedah pengajaran teradun yang berkesan. Teks penuh: PD

    Pindaan Peruntukan Seksyen Mengenai Nafkah daripada Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Selangor) 1952 kepada Akta 303

    No full text
    This article discusses the amendment regarding the provisions of alimony matters with its enactment before independence, which is the Shariah Law Administration Enactment (Selangor) 1952 (Enactment No. 3). However, for residents of Kuala Lumpur, this enactment was discontinued when the Federal Territory of Kuala Lumpur was established in 1974 with the enactment of the Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984 (Act 303). From the said formulation, this article examines the changes that occurred in the amendment on alimony. Among the studies conducted is whether there is a change in terms of Shariah or only in administration. In addition, there is also a question of enforcement if the alimony is not implemented by the person ordered, and whether it is improved or maintained without any amendment. The purpose of this study is to see the compatibility of the changing times with the amendment of Enactment No. 3 to Act 303 as well as through changes in terms of Shariah. This study uses data collection method, namely library research. The discussion concerns legal statutes only. In addition, related documents such as journal papers, fiqh books and previous studies were also used. The results of the study found that there are only five amendments from Enactment No. 3 to Act 303 and one to Act 585. The amendment of the five provisions involves the period of iddah alimony, the period of child alimony, alimony bearer, illegitimate child alimony and changes and cancellation of alimony. Out of the five provisions, only one provision involves Shariah, while the other four involve administration only. The latter involves the enforcement of law, amended from Enactment No. 3 to Act 585, which is more detailed and systematic. Keywords: The Syarak Law Administration Enactment (Selangor) 1952, alimony, amendment, Islamic family law, law, Shariah Court Full Text: PDFMakalah ini membincangkan pindaan berkaitan dengan peruntukan hal ehwal nafkah dengan penggubalannya sebelum merdeka, iaitu Enakmen Pentadbiran Hukum Syariah (Selangor) 1952 (Enakmen No. 3). Namun begitu, bagi penduduk di Kuala Lumpur, enakmen ini telah diberhentikan pemakaiannya apabila wujudnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1974 dengan tergubalnya Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). Daripada penggubalan tersebut, makalah ini mengkaji perubahan yang berlaku dalam pindaan mengenai nafkah. Antara kajian yang dilakukan termasuklah penelitian sama ada berlakunya perubahan dari segi syarak atau hanya melibatkan aspek pentadbiran. Selain itu, turut menjadi persoalan tentang penguatkuasaan undang-undang sekiranya nafkah tersebut tidak dilaksanakan oleh orang yang diperintahkan, sama ada ditambah baik atau dikekalkan tanpa sebarang pindaan. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesesuaian dengan perubahan zaman dengan berlakunya pindaan daripada Enakmen No. 3 kepada Akta 303 serta kajian melalui perubahan dari segi syarak. Kajian ini menggunakan metod pengumpulan data, iaitu kajian secara kepustakaan. Perbincangan adalah tentang statut perundangan sahaja. Selain itu, turut digunakan dokumen yang berkaitan seperti jurnal, kitab fiqh dan kajian terdahulu. Hasil kajian mendapati, hanya terdapat lima pindaan sahaja daripada Enakmen No. 3 kepada Akta 303 dan satu kepada Akta 585. Pindaan sebanyak lima peruntukan tersebut melibatkan tempoh nafkah idah, tempoh nafkah anak, penanggung nafkah, nafkah anak tak sah taraf dan perubahan serta pembatalan nafkah. Daripada kelima-lima peruntukan tersebut, hanya satu peruntukan melibatkan hukum syarak dan empat lagi hanya melibatkan pentadbiran. Yang terakhir melibatkan penguatkuasaan undang-undang, dipinda daripada Enakmen No. 3 kepada Akta 585, yang lebih terperinci dan sistematik. Kata kunci: Enakmen Pentadbiran Hukum Syariah (Selangor) 1952, nafkah, pindaan, undang-undang keluarga Islam, perundangan, mahkamah syariah  Teks penuh: PD

    Penjejakan Kosa Kata Melayu: Data dalam Kamus Pigafetta (1521)

    No full text
    This article studies the oldest Malay dictionary based on data collected by Antonio Pigafetta in 1521. This dictionary, which was organized by Pigafetta himself (1522-1524) and published in part in 1536, survives in the Ambrosiana manuscript in Milan, Italy (Robertson 1906). Only a few 20th-century scholars have studied these lexical data. However, for various reasons, the identification of the meanings and sources of these lexical items has not been adequately explored. At the present time, 500 years after Pigafetta's fieldwork, new materials are available and can be utilized. This article examines some of the data in Pigafetta's dictionary in order to understand the sociolinguistic setting in East Nusantara at that time as well as to trace the meanings and sources of the 1521 data. Full text: PDFMakalah ini mengkaji kamus Melayu yang paling tua berdasarkan data yang dicatatkan oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521. Kamus ini disusun oleh Pigafetta sendiri (1522-1524) dan diterbitkan sebahagiannya pada tahun 1536. Naskhah Pigafetta ini (Manuskrip Ambrosiana) disimpan di Milan, Itali (Roberston 1906). Hanya beberapa sarjana abad ke-20 yang mengkaji data leksikal ini. Namun begitu, atas beberapa sebab, identifikasi makna dan sumber kosa kata ini belum dijejaki dengan tuntas. Pada hari ini, 500 tahun sesudah kajian lapangan Pigafetta, terdapat bahan baharu yang dapat dimanfaatkan. Makalah ini meninjau beberapa data dalam kamus Pigafetta untuk memahami situasi sosiolinguistik di Nusantara Timur pada zaman itu, serta menjejaki makna dan sumber data pada tahun 1521. Teks penuh: PD

    Pembentukan Kerangka Kemodenan Munshi Abdullah dalam Kesusasteraan Melayu: Satu Pengamatan Kritis

    No full text
    The West introduced modernity in literature to relevantize their contribution to scholarship in the Malay Archipelago. This led to the acknowledgement of Munshi Abdullah as a key reformer. Despite various scholarly discussions concerning the modernity of Munshi Abdullah’s writing, there has been no systematic idea in relation to the framework of the modernity of his writings. Thus, this study aims to organise scholars’ views on Munshi Abdullah’s modernity in Malay literature from the colonial era to now and create a framework for it. This study employs a qualitative method in the form of grounded theory. It is a method of deriving theories directly from gathered data that is systematically analysed using comparative analysis. The findings outline the framework of modernity in literature by Munshi Abdullah based on two concepts; realism and individualism. Realism emphasises logical thinking and the rejection of superstitions, while individualism highlights on individual viewpoints and the rejection of institutional authority. Through the construction of this framework, studies concerning modernity in traditional and modern literary works can be carried out systematically. Lastly, this study may broaden the audience’s understanding of the modernity of Munshi Abdullah’s writings, which, up until now, has not been supported by a clear framework.  Full text: PDFBarat memperkenalkan kemodenan dalam kesusasteraan untuk merelevankan sumbangan keilmuan mereka di Alam Melayu. Perkara ini membawa kepada pengenalan Munshi Abdullah sebagai agen pembaharuan tersebut. Walaupun terdapat pelbagai perdebatan berhubung dengan kemodenan kesusasteraan oleh Munshi Abdullah daripada para sarjana, namun sehingga kini belum ada kesatuan idea yang sistematik berhubung dengan kerangka kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengklasifikasikan pendapat sarjana sejak kolonialisasi sehingga kini mengenai kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah dan membina kerangka kemodenan kesusasteraan oleh Munshi Abdullah. Kaedah kajian bersifat kualitatif yang berbentuk teori berasas (grounded theory), iaitu teknik penjanaan data untuk mencari atau membina teori daripada data yang diperoleh serta dianalisis secara sistematik menggunakan analisis perbandingan. Dapatan kajian ini membentuk satu kerangka kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah yang bertitik tolak daripada dua konsep yang dapat dihasilkan, iaitu realisme dan individualisme. Realisme merangkumi penekanan kepada logik dan penolakan perkara tahyul dan khurafat manakala individualisme mementingkan penekanan kepada pandangan individu dan penolakan autoriti institusi. Menerusi pembinaan kerangka ini, kajian terhadap kemodenan dalam karya-karya kesusasteraan tradisional dan moden dapat dilakukan dengan lebih teratur. Akhirnya, kajian ini dapat memperluas pemahaman khalayak terhadap kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah yang selama ini tidak disokong oleh satu kerangka yang jelas.  Teks penuh: PD

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇