Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
229 research outputs found
Sort by
Pendekatan Al-Muaddib dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Pendidikan Islam: Al-Muaddib's Approach in The Teaching and Learning of Islamic Education Teachers
Guru Pendidikan Islam (GPI) memang mempunyai tanggungjawab menyampaikan ilmu terus kepada anak muridnya. Di samping itu, menghapuskan kejahilan, memperkukuhkan amalan, menerapkan nilai-nilai murni, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran juga menjadi peranan GPI. Walau bagaimanapun, sejauh mana peranan tersebut mampu melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak dan adab yang baik tanpa GPI itu sendiri memberi contoh teladan yang baik. Pendekatan yang sesuai sangat diperlukan dan ini boleh dilakukan dengan melaksanakan pendekatan al-Muaddib dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan pendekatan al-Muaddib dalam pengajaran dan pembelajaran GPI dalam usaha membentuk akhlak dalam kalangan pelajar. Ia dilakukan berdasarkan kepada kajian lepasan dalam bidang pendidikan dan peranan guru dalam membentuk akhlak dan adab pelajar. Artikel ini merumuskan bahawa pendekatan al-Muaddib dalam pengajaran dan pembelajaran GPI dapat dilaksanakan dan mampu membantu dalam pembentukan akhlak dan adab yang baik dalam kalangan pelajar dengan mempraktikkan beberapa sifat al-Muaddib. Antara sifat-sifat yang dapat dipraktikkan dan perlu ada dalam kalangan GPI ialah prihatin terhadap pemahaman dan keperluan pelajaran pelajar, menepati masa, memberi contoh akhlak yang baik, menjadi role model berpakaian sopan dan menurut syariat, bil hikmah dan mau’izatul hasanah dan rendah diri, sopan serta beretika. Sifat-sifat al-Muaddib dalam kalangan GPI ini mampu membantu dalam pembentukan akhlak dan adab pelajar.
Teachers of Islamic Education (GPI) have the responsibility to impart knowledge directly to their students. In addition, eliminating ignorance, strengthening practices, inculcating virtuous values, calling to goodness and preventing evil is also the role of the GPI. However, the extent to which the role is capable of producing students with good morals and manners without the GPI itself sets a good example. An appropriate approach is much needed and this can be done by implementing the al-Muaddib approach in the teaching and learning of Islamic Education. Accordingly, this article aims to discuss al-Muaddib’s approach in the teaching and learning of GPI in an effort to shape morals among students. It is done based on graduate studies in the field of education and the role of teachers in shaping the morals and manners of students. This article concludes that al-Muaddib's approach in the teaching and learning of GPI can be implemented and is able to help in the formation of good morals and manners among students by practicing some of the attributes of al-Muaddib. Among the qualities that can be practiced and must be present among GPIs are concern for the understanding and educational needs of students, punctuality, setting an example of good morals, being a role model dressed politely and according to the syariah, bil hikmah and mau'izatul hasanah and humility , polite and ethical. The qualities of al-Muaddib among the GPI are able to help in the formation of morals and manners of students
Games-Based Arabic Learning through Mobile Devices: Games-Based Arabic Learning through Mobile Devices
Abstrak
Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia tidak asing lagi sama ada melalui kaedah formal ataupun tidak. Subjek bahasa Arab telah dimasukkan ke dalam sukatan pembelajaran sejak dari sekolah rendah, menengah sehingga ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengikut keperluan kurikulum dan aliran yang dibawa. Di Univerisiti Teknologi MARA (UiTM), Bahasa Arab merupakan kursus elektif yang boleh diambil oleh pelajar dari tiga gugusan utama; Sains Sosial dan Kemanusiaan, Sains dan Teknologi serta Sains Pengurusan dan Perniagaan. Bagi pelajar yang memilih subjek Bahasa Arab di UiTM, perbezaan latar belakang pendidikan (bukan aliran agama) menyebabkan pelajar sukar menguasai subjek ini dengan baik kerana tiada/kurang asas terhadap subjek berkenaan. Cara penyampaian sukatan pembelajaran yang mudah dan seronok berpotensi untuk membantu proses pembelajaran. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan i) mereka bentuk pembelajaran berasaskan permainan untuk subjek Bahasa Arab di UiTM; ii) mebangunkan pembelajaran berasaskan permainan melalui peranti mudah alih untuk subjek Bahasa Arab di UiTM; dan iii) menilai elemen keseronokan yang terdapat dalam aplikasi yang dibangunkan terhadap pengguna. Pembangunan prototaip kajian ini merujuk kepada model Pembelajaran Berasaskan Permainan (Game-Based Learning model). Rangka kerja Agile dijadikan rujukan utama untuk menyiapkan prototaip. Seterusnya, penilaian keseronokan (enjoyment) terhadap prototaip menerusi adaptasi model eGameflow dijana. Hasil analisa deskriptif mendapati bahawa kesemua elemen keseronokan yang terdapat dalam prototaip mendapat skor 50% dan ke atas untuk skala setuju dan sangat setuju. Ianya menunjukkan bahawa kajian ini berjaya memasukkan elemen keseronokan ke dalam pembangunan prototaip.
Abstract
Learning Arabic is commonly known in Malaysia either in formal education or informal education. Arabic subject has been included in the syllabus starting from primary school, secondary school, to higher education institution in accordance to the needs of Malaysia education’s stream and curriculum. In UiTM, Arabic is an elective course that can be taken by the students from three major course clusters; Social Sciences and Humanities, Science and Technology, and Business and Management Sciences. For students who choose the subject of Arabic, differences in educational background, especially for the students who are not coming from religious stream, they would find it difficult to master this subject proficiently as they have no, or less, foundation in Arabic. A simple and interesting method of teaching Arabic subject would have the potential in helping them to learn this language. In response to the matter, this study was conducted in order to develop a game through a mobile device application, with the reference from the syllabus of Arabic subject taught in UITM, as well as guidelines provided by experienced lecturers. The contents available in this application are more directed and systematic. The application prototype development of this study was based on Game-Based Learning model and Agile framework. Next, an evolution of the enjoyment rate of the prototype through the adaptation of eGameflow model was generated. The results of the descriptive analysis have found out that all of the fun elements provided by the prototype scored 50% and above, on the likert scale descriptors of “Agree” and “Strongly Agree”. It shows that this study has successfully incorporated element of fun into the development of the prototype
Pendekatan Pembentukan Akhlak Remaja Melalui Aspek Takhalli Di Institusi Pondok Selangor: Approach of Youth Character through Takhalli Aspects in Selangor Pondok Institution
Membentuk akhlak remaja pada masa kini memerlukan pendekatan yang pelbagai, antara pendekatan yang perlu digunakan ialah membentuk akhlak melalui aspek Takhalli iaitu proses mujahadah untuk menyingkirkan sifat terkeji dengan menyucikan diri daripada najis dan hadas, menyucikan diri daripada dosa zahir dan menyucikan diri daripada dosa batin termasuk juga membebaskan diri daripada sifat tercela. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan pendekatan pembentukan akhlak aspek Takhalli di institusi pondok Selangor. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif dengan instrumen temu bual serta dianalisis dengan pendekatan induktif. Hasil kajian mendapati pendekatan pembentukan akhlak aspek Takhalli yang diterapkan oleh pondok-pondok ialah pemantauan guru, Tazkiyyah al-Nafs dan menjaga pemakanan. Pendekatan ini wajar dijadikan panduan oleh institusi pengajian yang lain agar dapat memaksimakan impak pendidikan akhlak kepada remaja agar tidak terlibat dengan unsur-unsur yang tidak sihat.
Forming the morals of teenagers nowadays requires a variety of approaches, among the approaches that need to be used is forming morals through the Takhalli aspect which is the process of mujahadah to get rid of abominable traits by purifying oneself from najis and hadas, purifying oneself from outward sins and purifying oneself from inner sins including free oneself from reprehensible nature. This paper aims to discuss the approach to the formation of morals in the aspect of Takhalli in the Selangor pondok institution. This study uses a qualitative study with interview instruments and analyzed with an inductive approach. The results of the study found that the Takhalli aspects of character formation approaches applied by the lodges are teacher monitoring, Tazkiyyah al-Nafs and taking care of nutrition. This approach should be used as a guide by other educational institutions in order to maximize the impact of moral education on teenagers so that they do not get involved with unhealthy elements
Pengamalan Agama Berdasarkan Konsep Al-Falah Terhadap Remaja: Religious Practice Based on The Concept of Al-Falah for Adolescents
Abstrak
Remaja merupakan aset penting bagi mencorakkan masa hadapan negara. Pembangunan dan kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada kualiti remajanya. Namun, faktor perubahan fizikal, biologi, mental, dan sosial menyebabkan mereka menghadapi cabaran mengawal dan mengekspresikan emosi mereka. Kesannya, isu sosial dan tingkah laku yang melibatkan remaja semakin bertambah dan membimbangkan. Dalam Islam, terdapat satu konsep yang menjelaskan tentang kebahagian dan kesejahteraan yang dikenali sebagai konsep al-falah. Oleh itu kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti pembentukan remaja berdasarkan amalan konsep al-falah. Kajian literatur ini menggunakan metode kajian perpustakaan dan analisis kandungan ayat-ayat al-Quran. Hasil kajian mendapati remaja boleh terbina daripada pengamalan agama berdasarkan konsep al-falah. Amalan berdasarkan konsep al-falah mampu mengurangkan risiko konflik dalam kalangan remaja yang terhasil daripada kehendak nafsu yang tidak terkawal. Oleh itu, pengamalan agama berdasarkan konsep al-falah melalui amalan dunia dan akhirat perlu diberi penekanan dalam kehidupan remaja agar dapat membentuk peribadi yang baik.
Abstract
Youth is an important asset in shaping the future of the country. The development and progress of a country depends a lot on the quality of its youth. However, factors of physical, biological, mental, and social change cause them to face challenges in controlling and expressing their emotions. As a result, social and behavioral issues involving adolescents are on the rise and worrying. In Islam, there is a concept that explains about happiness and well-being known as the concept of al-Falah. Therefore, this study was conducted to identify the formation of adolescents based on the practice of the concept of al-Falah. This literature review uses library research methods and content analysis of Quranic verses. The results of the study found that adolescents can be built from religious practices based on the concept of al-Falah. Practices based on the concept of al-Falah are able to reduce the risk of conflict among adolescents resulting from uncontrolled lust. Therefore, the practice of religion based on the concept of al-falah through the practice of this world and the hereafter should be given emphasis in the lives of adolescents in order to form a good personality
Quranic Views on Quality of Islamic Educational System: Pandangan Al-Quran Terhadap Kualiti Sistem Pendidikan Islam
Abstrak
Dunia hari ini yang kian mencabar melihat sektor pendidikan antara faktor penting dan menjadi keutamaan dalam keberjayaan pencapaian matlamat dan cita-citanya. Konsep dan sistem pengurusan diwujudkan dan dibangunkan mengikut piawaian pembangunan dunia kontemporari, dan setiap negara bersaing untuk menunjukkan keberkesanan sistem pendidikannya. Sistem pengurusan dan pentadbiran semasa berkait rapat dengan nilai dan penyelidikan Barat. Walau bagaimanapun, strategi dan pemodelannya masih kurang. Adakah ini akibat kualiti guru yang lemah, dan sistem pentadbiran yang tidak cekap, atau kekurangan am dalam pengurusan pendidikan? Melalui dokumentasi dan kajian literatur yang lengkap, kajian ini mendapati bahawa pengurusan pendidikan mesti diurus dengan bijak oleh pihak berkepentingan. Pelajar yang berkualiti tinggi adalah hasil daripada pemurnian dan pembangunan yang berterusan, kejayaan yang dapat menjamin kesejahteraan sesebuah negara untuk generasi semasa dan akan datang. Justeru, pengurusan dilihat sebagai asas dan konsep panduan yang ideal bagi strategi pengurusan pendidikan negara dari perspektif al-Quran. Selain itu, artikel ini juga mendapati empat konsep asas sistem pengurusan pendidikan Islam yang berkualiti, iaitu konsep ins?niyyah, i?s?n berpaksikan sifat ketauhidan, pengurusan dengan sh?r?, dan budaya istiq?mah dan komitmen.
Abstract
Today, it is becoming increasingly challenging to regard education as a critical area to prioritize accomplishing its goals and ideals. Management concepts and systems are established and developed by contemporary world development standards, and each country competes to demonstrate the effectiveness of its educational systems. Current management and administration systems are inextricably linked to Western values and research. However, its strategy and modelling remain deficient. Is this a result of poor teacher quality, an inefficient administrative system, or a general deficiency in educational management? Through documentation and complete literature research, this study determined that educational management must be managed sensibly by its stakeholders. Students of superior quality are the result of continuous refinement and development, the success of which can ensure a country’s well-being for the current and future generations. Thus, management is viewed as the ideal foundation and guiding concept for the national education management strategy from a Quranic perspective. This paper also found four fundamental concepts of a quality Islamic educational management system, namely the ins?niyyah concept, i?s?n-centric nature of the tawhidic, management with sh?r?, and istiq?mah culture and commitment
Faktor-Faktor Kecemerlangan Hafazan Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Tahfiz di Sabah: Factors of Excellence in Memorizing The Holy Al-Qur'an among Tahfiz Students in Sabah
Kajian ini memberi fokus terhadap faktor-faktor kecemerlangan hafazan Al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz di Sabah. Metodologi kajian ini adalah berbentuk metode campuran antara kajian kualitatif dan kuantitatif iaitu menggunakan tinjauan soal temu bual dan pengedaran soal selidik untuk mendapatkan data kajian. Kajian ini melibatkan seramai 15 orang informan bagi mendapatkan data kualitattif manakala 76 orang responden pula akan menjawab data kuantitatif. Analisis data tematik bagi menjelaskan data kualitatif manakala data kuantitatif dilaporkan secara statistik deskriptif untuk mengenalpasti faktor-faktor kecemerlangan menghafaz Al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz di Sabah. Bagi menentukan dapatan kajian, data telah dianalisis menggunakan min bagi mengenalpasti tahap faktor tersebut. Hasil dapatan kajian menemukan bahawa tahap kesuluruhan faktor-faktor kecemerlangan hafazan Al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz adalah berada pada tahap sangat tinggi iaitu dengan min 4.13. Ini menunjukkan bahawa faktor kecemerlangan pelajar-pelajar tahfiz di Institusi Tahfiz di Sabah berada pada tahap yang sangat tinggi sesuai dengan respon yang diberikan oleh para pelajar terhadap soalan-soalan yang ditanyakan kepada mereka. Manakala hasil dapatan kajian melalui kajian kualitatif pula menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kecemerlangan para pelajar tahfiz di Sabah adalah minat terhadap hafazan al-Quran, guru-guru yang suka membantu pelajar, sikap disipilin yang tinggi, motivasi diri dan keluarga, suasana pembelajaran dan doa daripada orang lain.
This study focuses on the factors of excellence in Al-Quran memorization among tahfiz students in Sabah. The methodology of this study is in the form of a mixed method between qualitative and quantitative research, which is to use a survey of interview questions and the distribution of a set of questionnaires to gather quantitative data. This study involved a total of 15 informants to obtain qualitative data while 76 respondents will answer a set of instrument. Thematic data analysis to explain qualitative data while quantitative data is reported statistically descriptively to identify the factors of excellence in memorizing the Holy Al-Quran among tahfiz students in Sabah. In order to determine the findings of the study, the data was analyzed using the mean to identify the level of the factors of excellence. The results of the study found that the overall level of the factors of excellence in memorizing the Al-Quran among tahfiz students is at a very high level with a mean of 4.13. This shows that the factor of excellence of tahfiz students at Tahfiz Institution in Sabah is at a very high level in accordance with the response given by students to the questions asked to them. While the results of the study through qualitative research also explains that there are several factors that lead to the excellence of tahfiz students in Sabah namely interest in memorizing the Quran, teachers who like to help students, high discipline, self-motivation and family, environment and doa from others
Dapatan Awal Mengenai Praktis Wakaf Ahli di 5 Buah Majlis Agama Islam Negeri (Main) di Malaysia: Kajian dari Aspek Benefisiari Wakaf: Preliminary Findings on The Practice of Waqf Ahli in 5 State Islamic Religious Councils (Sircs) in Malaysia: A Study From The Aspects of Waqf Beneficiaries
Wakaf Ahli pernah memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ummah satu ketika dahulu. Di Malaysia, walaupun praktis Wakaf Ahli tidak begitu popular, namun terdapat rekod yang menunjukkan kewujudan pengamalan Wakaf Ahli dikalangan masyarakat. Namun begitu, praktis Wakaf Ahli dilihat tidak begitu digalakkan atas faktor kesulitan dalam pengurusannya. Oleh itu, kajian ini mencadangkan solusi reka bentuk pelaksanaan Wakaf Ahli dari aspek benefisiari wakaf. Bagi mencapai objektif ini, kajian ini telah menggunakan metodologi analisis dokumen dan temubual terhadap 5 buah MAIN terpilih. Pada fasa pertama, analisis dokumen dilakukan terhadap kitab Fiqh bagi mendapatkan pandangan Fuqaha Muslim terhadap benefisiari Wakaf Ahli. Manakala pada fasa kedua, temubual dilakukan terhadap 5 buah MAIN terpilih iaitu MAIN Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Perak dan Johor bagi mengetahui praktis semasa Wakaf Ahli di negeri-negeri berkenaan. Data yang diperolehi telah dianalisis secara tematik dan secara perbandingan dengan bantuan perisian Atlasti.8. Hasil kajian mendapati benefisiari Wakaf Ahli perlu ditetapkan sejak awal penciptaannya yang merangkumi limitasi benefisiari keluarga dan benefisiari akhir wakaf.
Waqf Ahli once played a significant role in the development of the civilization.In Malaysia, although the practice of Waqf Ahli is not very popular, however, there are few records that show the practice of Waqf Ahli among the community. However, the practice of Waqf Ahli is seen as not being encouraged due to the difficulty in its management. Therefore, this study proposes a solution from the aspect of waqf beneficiaries. In order to achieve this objective, this study has used the methodology of document analysis and interviews with 5 selected State Islamic Religious Councils (SIRCs). In the first phase, document analysis were made toward the book of Fiqh to obtain the views of Muslim scholars on the beneficiaries of Waqf Ahli. While in the second phase, interviews were conducted with 5 selected SIRCs namely SIRC in Kelantan, Penang, Terengganu, Perak and Johor to identified the current practice of Waqf Ahli in the respective states. The data obtained was analyzed thematically and comparatively with the assist of Atlasti software version. 8. The finding of the study found that the beneficiaries of Waqf Ahli need to be set from the beginning of its creation, which includes the limitations of family beneficiaries and ultimate beneficiaries of waqf
Kaedah Pembangunan Jati Diri Remaja Delinkuen Menurut Perspektif Islam: Tinjauan Sorotan Literatur: Methods of Identity Development of Delinquent Teenagers according to The Islamic Perspective: A Review of Literature Highlights
Remaja merupakan tunggak dan harapan bangsa pada masa hadapan. Golongan ini merupakan generasi muda yang bakal meneraju kepimpinan negara pada masa hadapan. Sekiranya generasi ini rosak, maka akan berlakunya kerosakan pada pentadbiran dan pemerintahan negara masa akan datang. Namun, pada hari ini terdapat pelbagai isu yang berkaitan golongan remaja yang terlibat dengan salah laku delinkuen sehingga menimbulkan kebimbangan dan menggusarkan pelbagai pihak. Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2020 mencatatkan sebanyak 5342 orang remaja terlibat dengan jenayah dan berdasarkan kepada laporan juga menunjukkan bahawa majoriti penghuni di Pusat Pemulihan dan Pelindungan Akhlak adalah terdiri daripada remaja Melayu yang beragama Islam. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pembangunan jati diri remaja delinkuen menurut perspektif Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan berdasarkan hasil tinjauan kajian-kajian yang lepas. Hasil kajian mendapati, secara umumnya kaedah untuk membangunkan jati diri remaja delinkuen menurut perspektif Islam adalah terbahagi kepada dua dimensi utama iaitu pembangunan spiritual, pembangunan fizikal. Kedua-dua dimensi ini merupakan aspek penting dalam proses membangun, membentuk dan membina jati diri remaja agar tidak terjebak dengan gejala delinkuen serta melahirkan remaja Muslim yang beriman, bertaqwa dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.
Teenagers are the pillar and hope of the nation in the future. This group is the young generation who will lead the country's leadership in the future. If this generation is damaged, then there will be damage to the administration and government of the country in the future. However, today there are various issues related to teenagers who are involved in delinquent misbehavior causing concern and upsetting various parties. Statistics from the Department of Social Welfare in 2020 recorded a total of 5342 teenagers involved in crime and based on reports also show that the majority of residents at the Moral Rehabilitation and Protection Center are Malay teenagers who are Muslim. Therefore, this study was conducted in order to identify the method of identity development of delinquent teenagers according to the Islamic perspective. This study is qualitative by using the content analysis method based on the results of a survey of past studies. The results of the study found that, in general, the method to develop the identity of delinquent teenagers according to the Islamic perspective is divided into two main dimensions, namely spiritual development and physical development. These two dimensions are an important aspect in the process of developing, forming and building the identity of teenagers so as not to get stuck with delinquent symptoms as well as giving birth to young Muslims who believe, are pious and are useful for religion, nation and country
Pengaruh Emosi Terhadap Perubahan Personaliti Artis di Malaysia: The Influence of Emotion on The Personality Changes Among Artists in Malaysia
Abstrak
Emosi merupakan satu aspek penting dalam pembentukan personaliti manusia. Pengawalan emosi yang baik akan mempengaruhi pembentukan personaliti yang baik. Sebaliknya kegagalan dalam mengawal emosi akan mempengaruhi pembentukan personaliti yang tidak baik. Justeru itu, objektif kajian ini ialah mengkaji pengaruh emosi terhadap perubahan personaliti dalam kalangan artis di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Data diperolehi melalui kaedah temubual mendalam dengan menggunakan pendekatan temubual separa struktur bersama 9 orang peserta kajian yang terdiri daripada artis yang beragama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berumur 40 tahun ke atas sama ada pelakon ataupun penyanyi. Selain itu, peserta kajian juga terdiri daripada artis yang telah berubah daripada tidak baik kepada baik dari sudut penampilan diri, pemikiran dan penglibatan bersama gerakan-gerakan dakwah sekurang-kurangnya 5 tahun dan ke atas serta berubah secara konsisten. Data dianalisis secara tematik. Hasil kajian mendapati emosi mempengaruhi perubahan personaliti artis daripada segi sikap, pemikiran, penampilan dan tingkah laku. Emosi sedih adalah faktor dominan yang mempengaruhi perubahan personaliti dalam kalangan artis diikuti dengan emosi takut, emosi penyesalan dan emosi kecewa.
Abstract
Emotions are a paramount aspect of the formation of human personality. Appropriate emotional control will foster the formation of a good personality. Conversely, inappropriate emotional control will harm personality formation. Hence, this study intended to examine the influence of emotions on personality changes among artists in Malaysia. This study was a qualitative study that employed a case study design. Data were obtained through in-depth interviews using a semi-structured interview approach with nine study participants consisting of Muslim artists, either male or female, aged 40 years and above, either actors or singers. Furthermore, the study participants also consisted of artists whohave transformed their lifestyle, practising the Islamic way of life in terms of self-appearance, thinking and joint engagement with the dakwah movements for at least five years and above and changed consistently. Next, the data were analysed thematically. The conclusionsconfirmed that emotions influence changes in the artist’s personality in terms of attitude, thinking, appearance and behaviour. Sad emotions are the predominant factor influencing personality changes among artists, followed by emotions of fear, regret and frustration
Student Achievement Level in Program Plus Tahfiz UiTM: Student Achievement Level in Program Plus Tahfiz UiTM
Abstrak
Program Plus Tahfiz UiTM adalah program dibawah kursus Kokurikulum yang ditawarkan bagi pelajar lepasan pengajian tahfiz di seluruh negara yang melanjutkan pengajian akademik dalam pelbagai bidang profesional di UiTM. Program tersebut bertujuan membuka ruang kepada pelajar aliran tahfiz yang melanjutkan pengajian di UiTM untuk terus konsisten dalam mempertahankan hafazan walaupun berada dalam pelbagai bidang pengajian di UiTM sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Program ini ditubuhkan pada September 2018 dan lepasan kohort pertama Plus Tahfiz UiTM telah berjaya menamatkan program ini. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan tahap pencapaian pelajar kumpulan pertama yang mengikuti program Plus Tahfiz UiTM sebagai petunjuk awal kejayaan perlaksanaan program ini. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif iaitu melalui analisis dokumen berkaitan program Plus Tahfiz UiTM, rekod hafazan pelajar dan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) pelajar. Dapatan menunjukkan suatu pencapaian positif untuk kumpulan pertama perlaksanaan program Plus Tahfiz UiTM dengan penyertaan seramai 226 orang pelajar, yang mana 181 orang pelajar dari pengajian peringkat Diploma, dan 45 orang dari pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kedua-dua sesi pengajian ini juga menunjukkan suatu tahap pencapaian yang baik apabila seramai 72% pelajar berjaya memperoleh keputusan purata CGPA 3.00 hingga 4.00.
Abstract
Program Plus Tahfiz UiTM is a program under the co-curriculum course offered to tahfiz graduates nationwide who pursue academic studies in various professional fields at UiTM. The program aims to open space for tahfiz students who continue their studies at UiTM to continue to be consistent in maintaining memorization despite being in various fields of study at UiTM whether at the Diploma or Bachelor's Degree level. The program was established in September 2018 and the first cohort of Plus Tahfiz UiTM graduates have successfully completed the program. Therefore, this article aims to highlight the level of achievement of the first group of students who follow the Program Plus Tahfiz UiTM as an initial indicator of the success of the implementation of this program. The approach used in this study is qualitative through the analysis of documents related to the Plus Tahfiz UiTM program, students 'memorization records and students' Cumulative Grade Point Average (CGPA). The findings show a positive achievement for the first group of the implementation of the Plus Tahfiz UiTM program with the participation of 226 students, of which 181 students are from Diploma level studies, and 45 people are from Bachelor's Degree level studies. Both of these study sessions also showed a good level of achievement when as many as 72% of the students managed to obtain an average CGPA result of 3.00 to 4.00