Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
229 research outputs found
Sort by
Analisis Aplikasi Mudah Alih Pendidikan Islam untuk Kanak-Kanak di Google Playstore: Anlysis on The Islamic Education Mobile Application for Children at Google Playstore
This app is categorized based on various themes such as game, social media, education, family, entertainment and others. The objective of this study is to analyse mobile applications which contain/teach children about Islam found in the Playstore. Based on the literature, there are still no studies that analyse and categorize Islamic mobile applications based on their themes, features and approaches. Furthermore, Google Playstore did not have a religious category for reference or user guide. As a matter of fact, this research will review the trends of mobile applications that have been devoted to educating and delivering Islamic messages to target audiences among children. The usage of ICT technology has become a major attraction in education. This is because there is a significant relationship between student development and the use of ICT such as mobile applications. There are various mobile apps in the Google Playstore that are categorized by themes such as games, social media, education, family, entertainment and more. However, the Google Playstore does not have religious categories as a reference or user guide. Based on the attractiveness of mobile applications in education especially for children's education as well as the diversity of mobile applications, the study was conducted to analyse mobile applications that contain / teach children about Islam in the Playstore. The analysis was conducted to categorize mobile apps for Islamic education for children based on their themes, characteristics and approaches.The study uses a content analysis method while the sample was determined via purposive sampling method. The study found that the most popular mobile application, based on the high number of downloads is due to its diversity of functions, interactive and characterized with interesting features. The majority of children's Islamic education mobile apps focus on the theme of Aqidah and the Holy Qur'an. Therefore, in the future, the development of the Islamic mobile apps might concentrate on other themes such as Syariah, Akhlak and the stories of Prophets with variety of its methods and approaches.
ABSTRAK
Penggunaan teknologi ICT telah menjadi tarikan utama dalam bidang pendidikan. Ini kerana terdapat hubungan yang signifikan antara pembangunan diri pelajar dengan penggunaan ICT seperti aplikasi mudah alih. Terdapat pelbagai aplikasi mudah alih di Google Playstore yang dikategorikan mengikut tema seperti permainan (games), sosial media, pendidikan, keluarga, hiburan dan lain-lain. Namun demikian, Google Playstore tidak mewujudkan kategori agama sebagai tema rujukan atau panduan kepada pengguna. Berdasarkan kepada tarikan penggunaan aplikasi mudah alih dalam bidang pendidikan terutamanya pendidikan bagi kanak-kanak serta kepelbagaian aplikasi mudah alih, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisa aplikasi mudah alih yang mengandungi / mengajar kanak-kanak tentang Islam di Playstore. Analisis yang dilakukan bertujuan untuk mengkategorikan aplikasi mudah alih pendidikan Islam bagi kanak-kanak berdasarkan kepada tema, ciri-ciri dan pendekatannya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan manakala sampel kajian pula menggunakan kadeah persampelan bertujuan. Kajian mendapati bahawa aplikasi mudah alih paling popular iaitu berdasarkan kepada bilangan muat turun yang tinggi disebabkan oleh kepelbagaian fungsinya, interaktif dan mempunyai ciri-ciri yang menarik. Majoriti aplikasi mudah alih pendidikan Islam kanak-kanak tertumpu kepada tema Aqidah dan Kitab Suci (al-Quran). Oleh yang demikian, pada masa akan datang, usaha pembangunan aplikasi mudah alih Islamik mungkin boleh menumpukan perhatian kepada tema-tema lain seperti Syariah, Akhlak dan kisah-kisah Nabi dengan metode penyampaian yang pelbagai
Pendekatan Street Dakwah kepada Bukan Islam dalam Kalangan Pendakwah NGO Muslim di Pulau Pinang (Tahap Kefahaman Pendakwah Mengenai Street Dakwah): Street Approach to The Non-Income in Muslim NGOs in Pulau Pinang (Stepper Failure Level of Street Dakwah)
Approach activities street preaching to non-Muslims in Penang by Muslim NGOS capable preacher attracted non-Muslims to approach and understand the teachings of Islam. But prior to this, Islam itself is seen as a religion that organised terrorism and the adoption of a backward way of life that makes it difficult for Da'wah efforts served to them. Therefore, this study aimed to review the approach street preachingon the level of understanding of street preaching to non-Muslims in Muslim NGOS preacher in Penang. The study also reviewed aspects of the approach street preaching and knowing perception it self about street preachers preaching that were carried out. This study is also a quantitative study using the design of the survey. Data collected using questionnaires and analyzed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 23 to see the frequency, percentage and mean foreach item questions. This study is seen contributing towards new areas of interest street preaching to non-Muslims. The implications of this research can also benefitin further preparation for missionary activity towards preacher implement conducted this particular street preaching.
ABSTRAK
Pendekatan aktiviti street dakwah kepada bukan Islam di Pulau Pinang oleh pendakwah NGO Muslim berupaya menarik minat golongan bukan Islam untuk mendekati dan memahami ajaran Islam. Namun sebelum ini, Islam itu sendiri dilihat sebagai agama yang menganjurkan keganasan dan pengamalan cara hidup yang mundur yang menyukarkan usaha dakwah untuk disampaikan kepada mereka. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan street dakwah terhadap tahap kefahaman street dakwah kepada bukan Islam dalam kalangan pendakwah NGO Muslim di Pulau Pinang. Kajian ini juga turut mengkaji aspek pendekatan street dakwah yang digunakan serta mengetahui persepsi pendakwah itu sendiri tentang street dakwah yang telah dijalankan. Kajian ini juga merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Data dikutip dengan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 23 untuk melihat kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item soalan. Kajian ini dilihat dapat memberi sumbangan baru terhadap bidang penyelidikan street dakwah kepada bukan Islam. Implikasi kajian ini juga dapat memberi manfaat dalam memantapkan lagi persediaan pendakwah ke arah perlasksanaan aktiviti dakwah yang dijalankan khususnya street dakwah ini
Pendekatan Penggunaan Warna dalam Qira’at Qur’aniyyah: (Approach Using Colour in Qira’at Qur’aniyyah)
Qur’an is a great book that had been sent with various reading styles for Muslims to learn and read it easily. Qur’an had undergone a very strict process and stages of its writing from the time of revelation to the present through the process and style of writing or printing that are suitable with current demands. One of the simplest approaches to Qira’at Qur’aniyyah are its tagging and writing through colours which each colour has its own definitions. The challenging of using this colour coded technique, there are various opinions on the necessity of the colours usage in the Quranic Qira’at. Therefore, this article will be reviewed on the application of colour usage in Qira’at knowledge and the attitude and reaction of the scholars to it. This study will be using library research methods to obtain references from various libraries. As a result, the approach to the usage of colour in Qira’at knowledge has long been practiced by many previous generations who have also invited various reactions among scholars which among groups who agreed and groups who forbid it.
ABSTRAK
Al-Quran merupakan sebuah kitab agung yang diturunkan dengan pelbagai gaya bacaan sebagai suatu kemudahan untuk umat Islam mempelajarinya dan membacanya. Kitab mu‘jiz ini juga telah melalui proses dan peringkat penulisannya yang ketat bermula daripada zaman wahyu lagi hinggalah ke masa kini melalui proses dan gaya penulisan/pencetakan yang pelbagai yang sesuai dengan tuntutan semasa. Antara pendekatan pemudah cara yang berlaku kepada Qira’at Qur’aniyyah ialah penandaan dan penulisannya melalui penggunaan warna-warna tertentu yang di sebaliknya terdapat justifikasinya yang tertentu. Berdepan dengan aplikasi penggunaan warna inilah timbul pelbagai pendapat tentang keharusan penggunaan warna dalam Qira’at Qur’aniyyah. Sehubungan itu, artikel ini akan mengupas aplikasi penggunaan warna dalam Ilmu Qira’at serta sikap dan reaksi Ulama’ terhadapnya. Artikel ini dihasilkan dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan (library research) untuk mendapatkan sumber-sumber rujukan dari pelbagai perpustakaan. Hasilnya, pendekatan penggunaan warna dalam Ilmu Qira’at telah lama diamalkan oleh pelbagai generasi yang terdahulu yang sekaligus mengundang pelbagai reaksi di kalangan para ilmuan di antara kumpulan yang mengharuskan dan kumpulan yang melarangnya
Tawakal Sebagai Elemen Kecerdasan Spiritual Menurut Perspektif Hadis
Spiritual acts as a mould for someone’s life. Therefore, the emphasis on it should be given priority. Muslim scholars such as al-Ghazali and Uthman Najati had discussed the need for spiritual intelligence and had established a concept of Islamic spiritual intelligence according to the Quran and Hadith. One of the most prominent elements of spiritual intelligence is tawakal. This study discusses the elements of tawakal based on the perspective of the Quran and Hadith. This study uses thematic analysis method by identifying the text of relevant Hadith that relate to tawakal. The results show that tawakal is an important element in determining one’s degree of spiritual intelligence. It plays a vital role in developing a strong soul and hence leading someone to a high level of resilience in facing life’s challenges.
ABSTRAK
Spiritual berfungsi sebagai pembentuk kehidupan seseorang. Maka, penekanan terhadapnya perlu diutamakan. Sarjana muslim seperti al-Ghazali dan Uthman Najati telah membincangkan akan keperluan kepada kecerdasan spiritual dan telah membentuk satu konsep kecerdasan spiritual menurut Islam dengan merujuk kepada al-Quran dan Hadis. Antara elemen kecerdasan spiritual yang penting adalah tawakal. Kajian ini membincangkan elemen tawakal menurut perspektif al-Quran dan Hadis Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara tematik iaitu dengan mengenal pasti teks hadis-hadis yang berkaitan dengan dengan tawakal. Hasil kajian mendapati tawakal merupakan antara elemen penting dalam menentukan tahap kecerdasan spiritual seseorang. Ia berperanan dalam melahirkan jiwa yang kuat seterusnya membawa individu tersebut kepada sifat daya tahan yang tinggi dalam menghadapi cabaran hidu
Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia: Permasalahan dan Cabaran: Teaching of Arabic in Malaysia: Problems and Challenges
The Arabic language education has a unique position in the Malaysia education system. Arabic is the core in the pondok instituition and the religious schools, but now has become one of the subjects in the primary eduation system in Malaysia. In an effort to strengthen the Arab language education in Malaysia, the issue of teaching the Arabic language among teachers is often debated. Thus, this study was conducted with the aim to discuss in detail some of the problems in teaching Arabic faced by teachers in Malaysia as well as the challenges faced in efforts to uphold the environments in all levels. This study was conducted using qualitative approach to collect and examine information relating to the Arabic language education through the Education Act 1996 and past studies such as journals, articles and even books. Findings the study found, the main problems faced by teachers of Arabic much related to the fundamental issues, policies and status of Arabic Language in Education Act 1996.
ABSTRAK
Pendidikan Bahasa Arab mempunyai kedudukan yang unik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bahasa Arab merupakan asas dalam pendidikan pondok dan sistem sekolah aliran agama suatu ketika dahulu, namun kini menjadi salah satu matapelajaran dalam arus pendidikan perdana. Dalam usaha memperkasa pendidikan Bahasa Arab di Malaysia, isu permasalahan guru dalam pengajaran bahasa Arab sering kali diperdebatkan. Justeru, kajian ini dijalankan dengan tujuan membincangkan secara terperinci beberapa permasalahan dalam pengajaraan bahasa Arab yang dihadapi oleh guru-guru di Malaysia serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha memartabatkan pengajarannya di semua peringkat. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengumpul dan meneliti maklumat-maklumat berkaitan pendidikan Bahasa Arab menerusi Akta Pendidikan 1996 serta kajian-kajian lampau seperti jurnal, artikel mahupun buku. Dapatan kajian mendapati, permasalahan utama yang dihadapi oleh guru bahasa Arab banyak bertumpu kepada faktor guru, faktor bahan bantu mengajar dan faktor persekitaran. Cabaran pendidikan bahasa Arab di Malaysia pula sangat berkait rapat dengan isu dasar, polisi, status dan kedudukannya dalam Akta Pendidikan 1996 dan ia perlu ditangani dengan baik
Ancaman Kala Jengking: Analisis Berasaskan Sharh Al-Hadith: Scorpion Threat: an Analysis Based on Understanding of Al-Hadith
Scorpion is a feared animal because it has venom or can be harmful when it is stung. In certain countries, scorpions are considered enemies that can cause death. This is supported by statistical evidence proving the dangers and threats of scorpion sting. Therefore, early prevention measures in the form of education and early understanding are important, especially by understanding the concept of "interaction with pests" in order to avoid any future conflicts. Significantly, the Prophet Muhammad has warned about the dangers and threats of pests, including scorpions. Hence, through the application of inductive and deductive analysis methodology, this paper aims to peel fiqh al-Hadith on threat of scorpion. The main data of the debate are derived from previous and contemporary scholars' discussions. This study is important to guide the society in terms of the potential hazards of certain animals and its most effective control techniques according to al-Sunnah without abandoning the exclusive rights of animals. The study found that scythe stinging is a threat and a cause of human health problems. This article also contains a set of Prophetic Hadith on the nature of the scorpion and the law of killing it. Additionally, this article also includes six [6] sets of values ??and ethics in interacting with fasiq animals and five [5] its control techniques according to sharh al-Hadith.
ABSTRAK
Kala jengking merupakan haiwan yang digeruni kerana mempunyai racun atau bisa merbahaya yang dikeluarkannya ketika menyengat. Di negara-negara tertentu, kala jengking dianggap sebagai seteru yang boleh menyebabkan kematian. Hal ini disokong dengan bukti statistik yang membuktikan bahaya dan ancaman sengatan kala jengking. Oleh itu, langkah awal pencegahan berbentuk pendidikan dan kefahaman awal amat penting, terutamanya dengan memahami konsep “interaksi dengan haiwan perosak” bagi mengelakkan sebarang konflik mendatang. Signifikannya, Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan mengenai bahaya dan ancaman kelompok haiwan perosak termasuk kala jengking. Justeru, melalui aplikasi metodologi analisis induktif dan deduktif, makalah ini bertujuan mengupas fiqh al-Hadith berkenaan ancaman kala jengking. Data utama perbahasan diperolehi daripada perbincangan ulama’ terdahulu dan kontemporari. Kajian ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat mengenai mudarat yang mampu dijelmakan haiwan tertentu serta penjelasan teknik kawalan paling berkesan menurut al-Sunnah tanpa meminggirkan hak-hak eksklusif haiwan. Hasil kajian mendapati sengatan berbisa kala jengking merupakan ancaman dan penyebab masalah kesihatan manusia. Artikel ini turut memuatkan himpunan hadith Nabi SAW mengenai sifat kala jengking dan hukum membunuhnya. Selain itu, artikel ini turut memuatkan enam [6] set nilai dan etika dalam berinteraksi dengan haiwan fasiq dan lima [5] teknik kawalan terhadap haiwan fasiq menurut sharh al-Hadith
Pengaruh Kesediaan Mental dan Emosi Terhadap Kecemerlangan dalam Pembelajaran Ulum Hadis di Kalangan Pelajar: Kajian Kes di KUIS: The Influence of Mental and Emotional Readiness on The Academic Excellenet of Learning Ulum Hadith Among Students: A Case Study in KUIS
Mental and emotional preparedness are vital in learning Ulum Hadith as this particular subject is taught in Arabic. Nevertheless, the average mark is still below satisfactory level. Various factors have been identified in causing a large percentage of students to fail this subject. Thus, this study aims to explore mental and emotional preparedness of the students who are learning Ulum Hadith. This is a qualitative study in nature that employs interview as research instrument and analysis is done using Atlas.ti. Interviews have been conducted with six KUIS students. Findings show tha there are two main factors resulting in an outstanding achievement of this subject namely (1) mental preparedness and (2) emotional. In short, there are five methods in mental preparedness and five factors that influence students’ emotions. Therefore, these findings are hoped to improvise student’s achievement in studying Ulum Hadith.
ABSTRAK
Kesedian mental dan emosi adalah penting untuk mempelajari subjek Ulum Hadis di KUIS ini kerana subjek ini menggunakan bahasa Arab sebagai medium dalam pembelajarannya. Namun, ramai pelajar masih kurang mendapat markah yang memuaskan dalam subjek ini. Pelbagai faktor telah dikenal pasti menjadi punca kegagalan pelajar kerana tiada kesediaan mental dan emosi. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesediaan mental dan emosi pelajar dalam mempelajari subjek Ulum Hadis. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual yang dijalankan terhadap enam orang pelajar. Jumlah sampel terpilih adalah berdasarkan persampelan bertujuaan dan dianalisis menggunakan kaedah Atlas.ti. Hasil kajian mendapati terdapat dua faktor yang mendorong kecemerlangan dalam subjek ini iaitu (1) kesediaan mental dan (2) emosi. Hasil dapatan mendapati lima kaedah kesediaan mental dan lima faktor yang mempengaruhi emosi pelajar. Justeru itu mengenal pasti kesedian mental dan emosi serta kaedah dan faktornya di dalam pembelajaran Ulum Hadis akan membantu untuk meningkatkan kecemerlangan pembelajaran Ulum Hadis
???????? ??????? ?? ????? ????? ????? ??????? Teknik Terkini Dalam Pengajian Dan Pembelajaran Bahasa Arab
Tidak dapat diragukan lagi bahawa bidang pendidikan adalah tunggak utama kemajuan bagi sesebuah masyarakat pada zaman ini. Bidang ini telah menjadi penanda aras yang pertama sejurus Matlamat Pembangunan Pemodenan yang mana ianya telah diterima pakai oleh seluruh dunia melalui Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. Hal ini kerana bidang pendidikan dalam Bahasa Arab berjaya untuk membentuk satu dasar pengetahuan yang sesuai dengan semua peringkat umur: Pada waktu dahulu, pendidikan ini hanya bergantung kepada teknik talaqqi dan hafalan sahaja, kemudian pendidikan ini berlaku perubahan secara berevolusi untuk mencari penyelesaian yang terbaik untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya memperoleh pengetahuan-pengetahuan yang baru. Di tanah Arab pula, para guru sekolah di peringkat rendah diberikan panduan dalam mempermudah cara pembelajaran melalui penggunaan teknologi moden dan pembangunan kokurikulum untuk bergerak ke arah suatu sistem pengetahuan Bahasa Arab yang tetap. Kemudian, bahasa lama ini mula bertumbuh dan berkembang mengikut peredaran zaman dan perubahan masyarakat. Jika terdapat sesuatu yang menghalang dalam perkembangan dan pembinaan atau pembangunan pengetahuan Bahasa Arab yang tetap dan berterusan ini, ianya mestilah dihapuskan dengan serta merta. Salah satu objektif penting dalam topik ini ialah pembaharuan dan pembangunan institusi pendidikan kami ini adalah untuk melahirkan anak-anak bangsa yang sentiasa mempelajari Bahasa ibunda mereka. Maka institusi pendidikan ini termasuklah guru-gurunya, kurikulumnya, keadaan umum persekitarannya juga apa-apa perkara yang mempengaruhinya adalah bertanggungjawab terhadap kejatuhan Bahasa ibunda ini. Bahasa ini masih jauh ketinggalan ke belakang dan kaedah untuk memahami Bahasa ini masih belum kuat untuk mengikuti perkembangan teknologi dan mendalami fikiran anak muda serta memperkuat Bahasa arab mereka itu sendiri.
???? ???? ??????? ???? ??????? ?? ????????? ???????? ??? ??? ????? ??????? ????????? ????? ???? ??? ????? ??????? ??????? ???? ???????? ??? ?????? ?????? ?? ???? ??????? ?????? ????? ???????? ???? ??????? ?????? ??????? ????? ?????? ???? ???? ???? ?????? ??????? ??? ???? ?????????: ??? ?????? ??? ??????? ????? ??? ??????? ??????? ??? ????? ???????? ?????? ??? ????? ????? ?? ????????? ??????? ??????? ???????. ??? ?????? ?????? ??? ????? ?????? ?????? ??????? ???? ????? ??????? ??????? ??????? ?? ???? ??????? ???????? ??????? ?????? ???????? ?????? ??? ???????? ?????? ??????? ??????? ???????? ????? ???? ???? ????? ??????? ?? ???? ??????? ?? ???????? ????? ???????? ??????? ??? ?? ?? ????? ??????? ???? ?????? ???????? ???????? ?? ???? ???????? ???????? ???? ???? ??????? ??? ??? ????? ??? ??????? ????? ?????? ???????? ????????? ??????????? ???? ???? ??????? ??????? ????? ???? ???????? ????????? ?????????? ??? ?????? ?????? ??????? ???? ???????? ???? ?????? ?? ??? ????? ?????? ?????? ??? ?? ???? ??????? ?????????? ????????? ?? ?????? ??????????? ??????? ?? ???? ???????? ???????? ???????? ?? ????? ???????
Peranan Akal Dalam Mengenali Allah S.W.T. : Kajian Terhadap Surah Al-Nahl: The Role of Akal in the Identity of Allah S.W.T. :Al-Nahl Surveys Study
Allah s.w.t. has explained in the Quran that man is the best of His creatures. The privilege they have over other beings is common sense. This grace makes human beings intelligent. Therefore, the basic requirement of man is to know his creator, Allah s.w.t. Therefore, there are many verses in the Quran that advise people to use their intellect to know Allah s.w.t. and deny allies to Him. This study will analyze al-Nahl's surah by focusing on verses that encourage people to use their intellect in directing Allah s.w.t. The methodology used in this study is qualitative. The results show that mind plays a very important role in knowing Allah s.w.t. However, it must be guided by the Quran and the Sunnah in order not to deviate from the true path.
ABSTRAK
Allah s.w.t. telah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa manusia adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakanNya. Keistimewaan yang mereka miliki berbanding makhluk-makhluk lain ialah akal. Anugerah akal ini menjadikan manusia makhluk yang mukalaf. Oleh itu perkara utama yang diwajibkan kepada manusia ialah mengenal penciptanya, iaitu Allah s.w.t. Lantaran itu, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menyarankan manusia menggunakan akal mereka untuk mengenali Allah s.w.t. serta menafikan sekutu bagiNya. Kajian ini akan menganalisis surah al-Nahl dengan memfokuskan ayat-ayat yang menyarankan kepada manusia agar menggunakan akal dalam mentauhidkan Allah s.w.t. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa akal memainkan peranan yang amat penting dalam mengenali Allah s.w.t. Namun ia perlulah dipandu oleh al-Quran dan al-Sunnah agar tidak tersasar daripada jalan yang sebenar