Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
    229 research outputs found

    The Practice of Politeness in Language in The Treatment and Recovery of Drugs through The Approaches of Islamic Psychospiritual and Tasawuf: The Practice of Politeness in Language in The Treatment and Recovery of Drugs through The Approaches of Islamic Psychospiritual and Tasawuf

    No full text
    Abstrak Kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa yang tertib dan halus, bahasa yang mempunyai nilai hormat kepada seseorang, mempunyai unsur keteguhan dan persetujuan, mempunyai nilai kerendahan hati, kesetiaan dan berintegriti ketika berkomunikasi. Walaupun kesantunan bahasa amat sinonim dengan masyarakat Timur termasuklah masyarakat Melayu, pengamalannya dalam dunia rawatan penagihan dadah menerusi pendekatan psikospiritual Islam dan tasawuf masih belum dikaji secara menyeluruh khususnya kesepakatan pakar dalam bidang berkaitan. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data kajian daripada 12 orang pakar yang berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang psikospiritual Islam dan tasawuf dalam rawatan penagihan dadah. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua elemen kesantunan bahasa yang diketengahkan oleh Leech menepati syarat iaitu nilai threshold (dkonstruk) adalah kurang daripada 0.2 dan peratusan kumpulan pakar pula melebihi 75 peratus. Hal ini menunjukkan bahawa elemen kesantunan bahasa yang diperkenalkan oleh Leech dan kesemua item yang terkandung dalamnya dipersetujui berdasarkan kesepakatan pakar. Dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan dalam rawatan dan pemulihan dadah menerusi pendekatan psikospiritual Islam dan tasawuf. Abstract The politeness in Language is the use of orderly and refined language, a language that has a respect for one, has an element of strength and consent, has a value of humility, loyalty and integrity when communicating. Although the language politeness is synonymous with Eastern society including the Malay community, its practice in the world of drug addiction treatment through Islamic psychospiritual approaches and Sufism has not been fully studied in particular in the field of specialist expertise. This quantitative study uses questionnaires to collect the data from 12 experts who have more than 10 years of experience in the field of Islamic psychospiritual and Sufism in drug addiction treatment. The data were analyzed using the Fuzzy Delphi method. The findings show that all elements of Leech's language-based elements meet the requirements of threshold values of less than 0.2 and that the percentage of expert groups exceeds 75 percent. This indicates that the language elements introduced by Leech and all of the items contained therein are agreed upon by expert agreement. The findings of this study can be used in the treatment and recovery of drugs through Islamic psychospiritual approaches and Sufism. &nbsp

    Dakwah Maqasid Al-Shari’ah dalam Memupuk Kesejahteraan Masyarakat: Dakwah Maqasid Al-Shari’ah dalam Memupuk Kesejahteraan Masyarakat

    No full text
    Abstract The agenda of building a community and their well-being need a particular approach, method or strategy which is in line with the background of the community. Community development is part of the agendas and responsibilities that the messengers of Allah have implemented in various ways, strategies and approaches. This article attempts to analyse how the 'Maqasid Syariah' through the elements of preserving religion (hifz al-din), soul (hifz al-nafs), intellect (hifz al-aql), offspring/progeny (hifz al-nasl) and property (hifz al-mal) can be an applied as a medium and approach of da’wah (the propagation of Islam) in the context of community development and promoting well-being. The methods used in the writing of the article refer to documents related to the subject of the study and are thematically analysed. The analysis of the study reveals that the da'wah based on the principle of maqasid syariah has an important role and function in building the well-being society since the principle aim of the maqasid is to produce happiness, prosperity and better life for human life. The aforesaid elements of maqasid al-syaria’ah namely hifz al-din (preserving religion), hifz al-nafs (preserving soul/life), hifz al-aql (preserving intellect), hifz al-nasl (preserving offspring or human progeny and hifz al-mal (preserving property) are vital and could be a basis of da’wah approach in producing well-being in human life. The implication of this study is that the nurturing of maqasid shari’ah to develop the well -being of society must take into account the content aspect (mawdu ') of maqasid shari'ah and the approach of dakwah based on wisdom (hikmah). Abstrak Agenda membangunkan masyarakat memerlukan pendekatan, metod dan strategi khusus yang selaras dengan latarbelakang masyarakat. Pembangunan masyarakat menjadi sebahagian agenda dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan para rasul melalui pelbagai cara, strategi dan pendekatan. Artikel ini cuba menganalisis bagaimana 'Maqasid Syariah' melalui elemen-elemen memelihara agama (hifz al-din), memelihara jiwa (hifz al-nafs), memelihara akal (hifz al-aql), memelihara keturunan (hifz al-nasl) dan memelihara harta benda (hifz al- mal) boleh diaplikasikan sebagai medium dan pendekatan dakwah (penyebaran Islam) dalam konteks pembangunan masyarakat dan memupuk kesejahteraan hidup. Kaedah yang digunakan dalam penulisan artikel merujuk kepada dokumen yang berkaitan dengan subjek kajian dan dianalisis secara tematik. Analisis kajian menunjukkan bahawa dakwah berasaskan prinsip maqasid syariah mempunyai peranan dan fungsi yang penting dalam membina kesejahteraan masyarakat memandangkan matlamat prinsip maqasid adalah untuk melahirkan kebahagiaan, kemakmuran dan kehidupan yang lebih baik bagi kehidupan manusia. Unsur-unsur maqasid al-syaria'ah yang disebut sebelum ini iaitu hifz al-din (memelihara agama), hifz al-nafs (memelihara jiwa/nyawa), hifz al-aql (memelihara akal), hifz al-nasl (memelihara zuriat atau keturunan manusia. dan hifz al-mal (memelihara harta benda) adalah penting dan boleh menjadi asas pendekatan dakwah dalam melahirkan kesejahteraan hidup manusia. Implikasi kajian ini ialah pemupukan maqasid syariah bagi membangunkan kesejahteraan masyarakat hendaklah mengambil kira aspek kandungan (mawdu’) maqasid shari’ah dan pendekatan dakwah berhikmah

    The Perception and Awareness among Construction Players Towards The Practice of Shariah Compliance: Persepsi dan Kesedaran Pemain Industri Pembinaan ke Arah Amalan Pematuhan Syariah

    Get PDF
    The term Shariah is the general name given to Islamic law. Meanwhile, according to Islamic Markets, shariah compliance refers to an act or activity that complies with the requirements of the shariah, or Islamic law. However, going deeper into the construction industry, corruption continues to be a pervasive stain in developing countries worldwide, jeopardising project performance and with wide-ranging negative implications for all facets of society. Besides that, poor quality work also has become a serious issue in the construction industry. There have been many cases of completed buildings and structures collapsing because the construction was done poorly. In addition to that, contractors and parties in the construction industry complain either not getting paid or payments have been unduly delayed by the employer. The issues of late and non-payment are paramount to the construction industry as compared to other industries. Due to these issues, the aim focused on strategies to enhance the practice of shariah compliance among construction players. To achieve the aim, this study was performed with three objectives, which are to identify the perception and awareness of construction players to apply and practice shariah compliance, to determine all the problems and issues that have become a challenge for the enhancement practice of shariah compliance and lastly to suggest and recommend a solution towards the barrier arise. The survey approach was using questionnaire surveys and interviews with construction players as data collection techniques. In addition to that, the data was presented in the mean of average index and frequency by using SPSS software. The results from the research conducted show that the level of awareness and perception of construction players to apply and practice shariah compliance is at a medium level. One of the problems and challenges is the lack of awareness and exposure regarding shariah compliance among construction players. To overcome this issue, responsible parties such as the Government sector especially Public Work Department and CIDB should organise more awareness campaigns regarding shariah compliance from time to time. This study can support the industry players to plan a strategy which can create the awareness on how important the application of shariah compliance in construction industry. In addition to that, the Institution of Higher Learning should not only create the awareness of shariah compliance earlier through universities’ syllabus contents, but also by implementing the aspect of shariah compliance to produce a professional that comply with the shariah compliance among built environment students. Istilah Shariah dari segi bahasa merujuk pada tunduk dan patuh pada undang-undang Islam. Konsep shariah merangkumi cara hidup, tingkah laku, keperibadian dan juga sosial. Industri pembinaan sering dikaitkan dengan aktiviti yang negatif seperti rasuah, kualiti kerja yang tidak menepati spesifikasi dan pembayaran lewat kepada kontraktor. Isu ini memberikan impak yang negatif pada industri pembinaan. Terdapat kes dimana berlakunya keruntuhan struktur bangunan disebabkan cara kerja yang tidak berkualiti. Malahan isu pembayaran lewat bukan merupakan satu isu baru dalam industri ini. Berdasarkan kepada perkara ini, matlamat utama kajian ini adalah untuk merangka strategi dalam menerapkan amalan patuh shariah dikalangan pemain industri pembinaan. Bagi mencapai hasrat tersebut, kajian ini dilaksanakan dengan tiga objektif iaitu mengenal pasti persepsi dan tahap kesedaran pemain industri pembinaan untuk mengamalkan pematuhan shariah, menentukan permasalahan yang menjadi cabaran kepada peningkatan amalan pematuhan shariah dan terakhir mencadangkan penyelesaian ke arah halangan yang timbul. Kajian in dijalankan menggunakan tinjauan soal selidik dan temu bual dengan pemain industri pembinaan dari pelbagai latar belakang sebagai teknik pengumpulan data. Di samping itu, data telah dianalisis dalam purata indeks dan kekerapan dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan tahap kesedaran dan persepsi pemain industri pembinaan untuk mengamalkan pematuhan syariah adalah pada tahap sederhana. Kurangnya pendedahan dan kesedaran amalan ini merupa cabaran utama dikalangan pemain industri. Kerjasama diantara pihak berwajib seperti Jabatan Kerja Raya dan CIDB serta institusi pengajian tinggi adalah penting dalam menerapkan amalan patuh shariah ini diperingkat awal lagi. Kajian yang dibuat ini boleh digunakan oleh pihak industri dalam merancang strategi bagi mewujudkan kesedaran akan pentingnya amalan patuh shariah didalam industri pembinaan. Pihak institusi pengajian tinggi pula boleh merangka kandungan kursus yang tidak hanya menitik beratkan aspek teknikal malahan menyuntik serba sedikit aspek amalan patuh shariah bagi melahirkan pelajar yang profesional dan patuh shariah

    Cabaran Islam Menghadapi Sains dan Teknologi Abad Ke 21: Analisa Pemikiran Prof Dr Seyyed Hossein Nasr: The Challenge of Islam on Science and Technology Towards 21st Century: Analysis of Seyyed Hoesein Nasr’s Thought

    Get PDF
    Sejak dari zaman rennainsance hingga kini, penguasaan bidang sains dan teknologi terus cemerlang di tangan kuasa-kuasa Barat di mana umat Islam masih belum mampu keluar dari kepompong westernisasi dan kolonolisasi Barat. Dari sekecil-kecil aspek hingga sebesar-besarnya ternyata umat Islam masih bergantung kepada Barat dan umat Islam masih gagal mencari formula keajaiban untuk keluar dari krisis ini sepertimana yang dicapainya sebelum kebangkitan sains Barat Moden. Makalah ini akan cuba melihat beberapa cabaran yang dihadapi oleh umat Islam samada cabaran dalaman mahupun luaran berdasarkan analisa terhadap pemikiran dan pandangan tokoh pemikir Islam antarabangsa yang tersohor dalam bidang sejarah dan falsafah sains Islam iaitu Professor Dr Seyyed Hossein Nasr. Analisa ini berdasarkan satu ucaptama Prof Nasr yang bermauduk, “Islam and the Challenge of the 21st Century” yang merupakan salah satu siri wacana pemikiran beliau yang menjangkaui pelbagai disiplin ilmu termasuklah sains dan teknologi. Penulisan ini berbentuk kualititatif dengan metod analisis kandungan yang dilakukan secara deskriptif terhadap beberapa cabaran dan solusi yang dibincangnya yang tidak sahaja menuntut perpaduan di kalangan negara Islam malah menuntut pemikiran yang mendalam dalam pelbagai bidang politik, ekonomi, sejarah dan sosial. Objektif penulisan ini adalah untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh umat Islam abad ini dalam menangani pelbagai isu terutamanya yang berkaitan dengan sains dan teknologi akibat daripada perkembangan sains Barat Moden. Apa yang menariknya Prof Nasr menekankan Islam sebagai solusinya samada melibatkan dimensi esoterik mahupun eksoterik. Adalah diharapkan akan terdapat satu kajian yang lebih komprehensif berhubung isu ini pada masa akan datang.  Justeru itu dengan penguasaan semula umat Islam dalam bidang sains dan teknologi akan melahirkan umat yang bermaruah berdikari sekaligus menjadikan semula Islam sebagai agama yang menekankan dimensi keseimbangan atau equallibrium fardu ain vis a vis fardu kifayah. Since the Rennaisance period until now, the dominance of science and technology continues to excel in the hands of Western powers where Muslims have not yet been able to get out of the cocoon of Westernization and Western colonization. From the smallest aspects to the largest, it turns out that Muslims are still dependent on the West and Muslims have still failed to find a miracle formula to get out of this crisis as they did before the rise of Modern Western science. This paper will try to look at some of the challenges faced by Muslims, whether internal or external, based on an analysis of the thoughts and views of a famous international Islamic thinker in the field of history and philosophy of Islamic science, namely Professor Dr Seyyed Hossein Nasr. This analysis is based on one of Prof. Nasr's keynote speeches, "Islam and the Challenge of the 21st Century" which is one of his series of thought discourses that spans various disciplines including science and technology. This writing is qualitative with a content analysis method that is done descriptively on some of the challenges and solutions discussed which not only demand unity among Muslim countries but also demand deep thinking in various political, economic, historical and social fields. The objective of this writing is to identify the challenges that must be faced by Muslims in this century in dealing with various issues, especially those related to science and technology as a result of the development of Modern Western science. What is interesting is that Prof. Nasr emphasizes Islam as the solution whether it involves esoteric or exoteric dimensions. It is hoped that there will be a more comprehensive study on this issue in the future. Therefore, with the re-mastery of Muslims in the field of science and technology, it will give birth to a dignified and self-reliant community and re-establish Islam as a religion that emphasizes the dimension of balance or equalibrium fardu ain vis a vis fardu kifayah. &nbsp

    Peranan Pendidikan Islam dalam Pembangunan Modal Insan Berdasarkan Pendekatan Hikmah di Dalam Surah Luqman Menurut Tafsir Al-Thobari: The Role of Islamic Education in The Development of Human Capital Based on The Approach of Wisdom in Surah Luqman According to Tafsir Al-Thobari

    Get PDF
    Keruntuhan moral yang ditunjukkan dalam media massa di Malaysia dilihat semakin meruncing. Pembangunan Modal Insan adalah penting dalam menangani masalah keruntuhan moral dan sosial tersebut. Kajian ini bertujuan meneliti sejauh mana peranan Pendidikan Islam dan elemen-elemennya yang dapat menjadi asas pembangunan modal insan sepertimana yang terdapat dalam Surah Luqman menurut Tafsir al-Thobari dan pandangan  terkuat menurut Imam al-Thobari serta maklumat lain yang dianggap relevan dan bermanfaat dengan perbincangan topik kajian. Kajian dijalankan melalui pendekatan  literasi kajian terhadap sumber skunder di dalam kitab dan kaedah yang digunakan adalah berdasarkan metod keperpustakaan. Kaedah yang digunakan adalah pengumpulan data dalam bentuk analisis isi dan melibatkan pembacaan Kitab Tafsir al-Thobari secara intensif mengenai Pendidikan Islam dalam Surah Luqman. Dapatan kajian ini menunjukkan peranan dan elemen-elemen pendidikan Islam yang terdapat dalam Surah Luqman telah memainkan peranan penting dalam proses pembangunan modal insan  dari sudut fizikal, intelektual, emosional dan spiritual yang bersesuaian sepanjang zaman. Kajian ini diharap dapat dijadikan asas dan panduan kepada ibubapa, guru-guru dan masyarakat dalam mendalami ilmu keibubapaan, pedagogi pendidikan Islam dan pembangunan modal insan supaya masalah keruntuhan moral dan sosial di kalangan individu dan masyarakat boleh dielakkan. The moral decay shown in the mass media in Malaysia is seen to be getting worse. Human Capital Development is important in dealing with the problem of moral and social decay. This study aims to examine the extent to which the role of Islamic Education and its elements can be the basis of human capital development as found in Surah Luqman according to Tafsir al-Thobari and the strongest view according to Imam al-Thobari as well as other information that is considered relevant and useful for discussing the topic research. The study was conducted through a literacy approach to the study of secondary sources in the book and the method used was based on the library method. The method used is data collection in the form of content analysis and involves intensive reading of Tafsir al-Thobari Book on Islamic Education in Surah Luqman. The findings of this study show the role and elements of Islamic education found in Surah Luqman have played an important role in the development of human capital from a physical, intellectual, emotional and spiritual point of view throughout the ages. It is hoped that this study can be used as a basis and guide for parents, teachers and the community in deepening the science of parenting, Islamic education pedagogy and human capital development so that the problem of moral and social collapse among individuals and society can be avoided

    I-Tasmi’ Tahfiz Apps: dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Universiti: I-Tasmi’ Tahfiz Apps: in The Teaching and Learning Process at University

    Get PDF
    Fokus kajian ini ialah tentang kaedah i-Tasmi’ Tahfiz yang telah diperkenalkan di UiTM Cawangan Terengganu. Ia adalah satu kaedah latih tubi bagi membantu pelajar-pelajar menghafal ayat-ayat al-Quran. Objektif kajian ialah menjelaskan persepsi pelajar terhadap penggunaan i-Tasmi’ dan korelasi penggunaan i-Tasmi’ Tahfiz terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar universiti. Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kajian rintis telah dijalankan untuk menunjukkan keberkesanan i-Tasmi’ Tahfiz di UiTM Terengganu. Responden kajian terdiri daripada pelajar yang terlibat dengan kelas pengajian tasmi’ al-Quran di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun. Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian disamping kaedah perpustakaan, temu bual dan pemerhatian. Jawapan yang diberikan oleh responden dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22. Data dianalisa dengan menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai min dan peratus. Kajian mendapati terdapat korelasi penggunaan i-Tasmi’ dalam membantu kecemerlangan pelajar. Justeru, penyelidik mencadangkan penggunaan sistem ini dikekalkan dan ditambah baik sebagai satu aplikasi dan inovasi yang dapat terus digunakan untuk merekod bacaan al-Quran para pelajar. Dengan perkembangan teknologi dan penggunaan telefon pintar yang amat luas, i-Tasmi’ boleh diaplikasikan kepada para pelajar universiti dan sekaligus dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum mereka. Secara tidak langsung ini dapat membantu pencapaian untuk bergeraduat dalam masa yang ditetapkan (GOT). The focus of this study is about the i-Tasmi' Tahfiz method that was introduced at the UiTM Cawangan Terengganu.  The i-Tasmi’ method is aimed at aiding students in intensively memorizing the Quran. The objective of the study is to explain the students' perceptions of the i-Tasmi application and its correlation towards teaching and learning at the university. The researchers use both qualitative and quantitative approaches in the study. The respondents of the studies were students that were involved in tasmi’ Al-Quran classes at UiTM Cawangan Terengganu, Dungun Campus. In this study, researchers used questionnaires as research instruments in addition to library research, interviews and observations. The respondents feedback and information were analyzed by the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software version 22. The data was analyzed by descriptive statistics in order to obtain a mean value and percentage. The study has found that there is a correlation between the usage of i-Tasmi and aiding student excellence. Therefore, researchers suggest that i-Tasmi’ application is to continue in usage with some improvements and innovations in recording Al-Quran. With the technological advancement and wide usage of smartphones, i-Tasmi’ could be widely applied among university students towards better academic and co-curricular achievements. Hence, the application of i-Tasmi’ could also aid in achieving on-time graduation (GOT).&nbsp

    Faktor Motivasi Pembelajaran Sepanjang Hayat terhadap Peningkatan Kompetensi Pengajaran Bahasa Arab Era Endemik: Motivational Factors of Lifelong Learning towards Improving The Competence in Teaching Arabic during Endemic Era

    Get PDF
    Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan khususnya terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan tahap kompetensi guru. Faktor motivasi telah dikenal pasti sebagai pendorong seseorang guru melibatkan diri dalam PSH bagi menguasai segala ilmu dan kemahiran yang berkaitan ke tahap yang lebih optimum. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti sejauh mana faktor motivasi PSH mempengaruhi penglibatan guru Bahasa Arab bagi meningkatkan tahap kompetensi pengajaran mereka di era endemik. Pelaksanaan kajian ini adalah secara kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dalam pengumpulan data. Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah rendah agama (SRA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Seramai 423 orang guru SRA yang mewakili semua daerah di Selangor terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan faktor motivasi, iaitu motivasi instrinsik dan ekstrinsik memainkan peranan penting yang mendorong guru Bahasa Arab melibatkan diri dalam PSH dengan nilai min yang tinggi, iaitu (M = 4.38, SD = 0.665). Implikasi kajian menjelaskan bahawa motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik merupakan faktor yang menjamin penglibatan guru Bahasa Arab dalam PSH bagi mencapai tahap kompetensi pengajaran Bahasa Arab selain untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam profesionalisme keguruan. Justeru, semua pihak dan organisasi yang berkaitan dengan pembangunan profesionalisme keguruan perlu memperbanyakkan program dan latihan yang lebih sesuai dalam PSH untuk memberi peluang kepada para guru menambah pengetahuan, kemahiran dan memiliki peribadi yang unggul dalam pelaksanaan pengajaran Bahasa Arab yang berkesan. Lifelong learning (LLL) plays an important role in education, especially towards the effectiveness of teaching and learning as well as upgrading the level of teacher’s competence. The motivational factor has been identified as an incentive for a teacher to get involved in LLL in order to master all related knowledge and skills to the optimal extent. Thus, this study was conducted to identify which motivational factors of LLL influences the involvement of Arabic teachers aimed at improving their level of teaching competence in the endemic era. This study implements a quantitative method by a survey and uses a questionnaire as an instrument in data collection. The respondents of this study consist of teachers who teach Arabic subjects in religious primary schools (SRA) under the Selangor Islamic Religious Department (JAIS). A total of 423 SRA teachers representing all districts in Selangor were involved in this study. The obtained data was analyzed using the Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 26.0. The findings of the study show that motivational factors, for example, intrinsic and extrinsic motivation, portray an important role in motivating Arabic teachers to engage in LLL with a high mean value, which is (M = 4.38, SD = 0.665). The implications of the study demonstrate that intrinsic motivation and extrinsic motivation are factors that guarantee the involvement of Arabic teachers in LLL to achieve a level of Arabic teaching competence in addition to improve the quality of service in teaching professionalism. Therefore, all parties and organizations related to the development of teaching professionalism need to increase the number of programs and training that supplies opportunity to increase their knowledge, skills and becoming superior personalities in the implementation of effective Arabic teaching

    Analisis Padanan Perkataan Al-Khianah dalam Terjemahan Melayu (Khianat) bagi Novel Al-Liss Wa Al-Kilab Karya Naguib Mahfouz: Analysis of the Matching Word for Al-Khianah in the Malay Translation in the Novel Al-Liss Wa Al-Kilab by Naguib Mahfouz

    Get PDF
    Terjemahan sesuatu karya bahasa Arab ke bahasa Melayu bukanlah perkara mudah. Perterjemah pasti menghadapi banyak cabaran dan kesukaran untuk menghasilkan karya sasaran yang bermutu tinggi setanding dengan karya sumber. Salah satu perkara penting dalam terjemahan ialah penterjemah perlu menitik berat padanan makna kerana suatu padanan makna mempunyai kosa kata dan leksikal yang berbeza apabila digunakan dalam konteks situasi yang berlainan. Makna perkataan bukan sahaja dipengaruhi oleh kedudukannya dalam ayat tetapi juga bergantung dalam laras bidang yang menggunakan frasa atau perkataan tersebut. Justeru, makalah ini menganalisis padanan perkataan al-khianah dalam terjemahan Melayu bagi novel al-Liss wa al-Kilab karya Naguib Mahfouz. Analisis ini memanfaatkan prosedur terjemahan Vinay & Darbelnet. Didapati bahawa perkataan al-khianah dan derivasinya diterjemahkan dengan beberapa makna yang bersesuaian dengan konteks bahasa sasaran (Melayu). Diharapkan kajian seperti ini dapat meningkatkan lagi ketepatan terjemahan Arab – Melayu. Translation of Arabic language into Malay is not easy. Translators have to face many challenges and difficulties in producing high-quality target works on par with the source's work. One of the important points in translation is that the translator needs to emphasize on the importance of selecting matching meaning, because the aspect of lexical of a word is different when used in the context of different situations. The meaning of a word is not only affected by its position in a sentence but also depends on the field of knowledge that uses the phrase or the word. Thus, this paper analyzes the matching word for al-khianah in the Malay translation in the novel al-Liss wa al-Kilab by Naguib Mahfouz. This analysis benefits from the Vinay & Darbelnet translation procedure. It is found that the word al-khianah and its derivation are translated with several meanings that correspond to the context of the target language (Malay). It is hoped that such studies will further improve the accuracy of Arabic-Malay translations

    Pendekatan Psikoterapi Islam dalam Merawat Kemurungan Wanita Muslimah: Approach of Islamic Psychotherapy in Treating Depression of Muslim Women

    Get PDF
    Kemurungan kembali dibincangkan di dalam penerbitan akhbar pasca perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia ketika berhadapan dengan pandemik Covid-19. Impak kawalan pergerakan ini menyebabkan berlakunya keretakan rumah tangga. Antara punca berlakunya keretakan rumah tangga adalah kerana kemurungan pasangan. Pendekatan pengubatan Nabi SAW atau al-Tibb al-Nabawi menggunakan konsep psikoterapi islam adalah kaedah yang dapat diaplikasikan untuk merawat gejala kemurungan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan psikoterapi islam dalam merawat gejala kemurungan di kalangan alumni Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan set soalan kaji selidik sebanyak 38 soalan. Fokus kajian ini dihadkan kepada wanita muslimah, seramai 56 orang wanita yang telah menjadi alumni. Hasil kajian mendapati hampir 75% responden mengalami gejala kemurungan. Antara kesan yang dapat dikumpulkan adalah wanita-wanita ini mengalami serangan keresahan (anxiety attack), memilih untuk menyendiri (seclusion), merasakan diri mereka tidak dihargai, dan mempunyai dorongan untuk mencederakan diri (suicidal). Hasil kajian menunjukkan lebih daripada 60% responden yang mengalami gejala kesihatan minda ini mempunyai amalan tersendiri yang diamalkan ketika berhadapan dengan kemurungan. Kepentingan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan kaedah pengubatan psikoterapi islam sebagai rawatan komplimentari yang dapat menyembuhkan gejala kemurungan di kalangan wanita muslimah. Issues regarding mental depression was discussed again in the press publications especially after Movement Control Order (MCO) that has been carried out by Malaysian government in dealing with Covid-19 pandemic. The impact of this movement control order stirred chaos among household. Among the causes of its occurrence for marital problems is due to spouse’s depression. Among the approach for treatment are as to follow the sunnah of Prophet SAW or al-Tibb al-Nabawi that uses the concept of Islamic Psychotherapy which is a method that can be applied to treat the symptoms of depression. This study aims to examine the practice of Islamic Psychotherapy in treating symptoms Depression especially among alumni of Universiti Sains Islam Malaysia. This study used Quantitative methods which mean by using a survey question set of 38 questions. The basic limitation on this study is focused to Muslimah, which is total of 56 women who have become alumnus. The results of the study found that almost 75% of respondents experienced symptoms depression among the effects that can be collected are these women experiencing an anxiety attack, choosing to be alone (seclusion), feel themselves unappreciated, and have the urge to self harm (suicidal). The results of the study show that more than 60% respondents who experience mental health symptoms have their own methods which is practiced when dealing with depression. The importance of this study is to evaluate the effectiveness of Islamic Psychotherapy as a treatment method as a complementary treatment that will be a cure for the symptoms of depression among Muslimah

    Konsep Kebahagiaan Ummah Melalui Pemahaman Hakikat Perayaan Menurut Sasterawan Islam Mu?taf? ??diq Al-R?fi`?y: The Concept of Ummah’s Happiness Through Understanding The Reality of Feasts According to Islamic Writer Mu?taf? ??diq Al-R?fi`?y

    Get PDF
    Konsep kebahagiaan dalam tamadun sesuatu Ummah dapat dilihat dalam pelbagai perspektif dan dimensi. Pemahaman yang jelas dan tepat berkenaan konsep ini diperlukan oleh sesebuah negara untuk mencapai kemajuan yang menyeluruh sama ada dari aspek rohani mahupun fizikal. Idea berkaitan konsep ini pula dilihat mendapat perhatian pelbagai golongan masyarakat antaranya para sasterawan. Antara tokoh sasterawan Islam terkemuka dalam bahasa Arab ialah Mu?taf? ??diq al-R?fi`?y. Objektif artikel ini ialah mengkaji idea dan pemikiran Mu?taf? ??diq al-R?fi`?y berkaitan konsep kebahagiaan melalui pemahaman terhadap hakikat perayaan yang diutarakan oleh beliau. Daripada aspek metodologi, artikel ini berteraskan kajian kepustakaan serta analisis deskriptif yang bersumberkan makalah penulisan Mu?taf? ??diq al-R?fi`?y dalam karyanya Wa?yu al-Qalam. Analisis dijalankan terhadap aspek sintaksis, leksikal serta retorik karya tersebut. Analisis ini dilakukan untuk memahami konsep tersebut serta mengenalpasti tema-tema yang berkaitan. Kajian ini mendapati bahawa tokoh tersebut berjaya mengetengahkan pemikiran beliau berkaitan konsep ini menerusi kepelbagaian struktur ayat yang mempunyai kekuatan khususnya dari aspek retorik serta sintaksis itu sendiri. Pemahaman terhadap pemikiran sasterawan ini merupakan satu nilai tambah dalam usaha mewujudkan kebahagiaan dalam ummah.   The concept of happiness in the civilization of an Ummah can be seen in various perspectives and dimensions. A clear and accurate understanding of this concept is needed by a country to achieve a comprehensive progress both spiritually and physically. The idea of this concept have received the attention of various groups of society including literary figures. Among the Islamic literary figures in Arabic language is Mu?taf? ??diq al-R?fi`?y. The objective of this article is to examine the ideas and thoughts of Mu?taf? ??diq al-R?fi`?y related to the concept of happiness through the understanding of the reality of the feasts presented by him. From the methodological aspect, this article is based on a library study and a descriptive analysis of an article by Mu?taf? ??diq al-R?fi`?y in his work Wa?yu al-Qalam. The analysis is carried out on the syntactic, lexical and rhetorical aspects of the work. This analysis is perfomed to understand the concept as well as to identify the relevant themes. This study found that the figure managed to highlight his thoughts related to this concept through the variety of sentence structures that have particular strength in terms of rhetoric and syntax itself. The understanding of this figure’s thinking is considered as an added value in the effort to create happiness in Ummah. &nbsp

    203

    full texts

    229

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Pengajian Islam
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇