Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
229 research outputs found
Sort by
Tafsiran Had Umur Pesalah Muda Kanak-Kanak dari Sudut Fiqh dan Perundangan Malaysia: Age Limit for Juvenile Delinquents from Syaria Perspective and Malaysian Law
Kesalahan jenayah di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu jenayah dalam aspek syariah seperti khalwat serta jenayah sivil seperti mencederakan orang lain. Isu jenayah ini semakin menggusarkan masyarakat apabila ia turut melibatkan pesalah dalam kalangan kanak-kanak sama ada jenayah ringan mahupun jenayah berat. Oleh yang demikian, peruntukan hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan merupakan ikhtiar daripada pihak kerajaan dalam mendepani isu peningkatan kes jenayah. Justeru, had umur minimum tanggungjawab jenayah perlu ditelusuri dengan mendalam bagi memastikan kemaslahatan pesalah kanak-kanak tersebut masih terpelihara berpandukan kepada peruntukan had umur oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations). Di samping meninjau had umur pesalah muda kanak-kanak dari sudut perundangan Malaysia, penetapan had umur dari sudut fiqh syariah Islam turut diteliti. Sehubungan itu, kaedah kualitatif dengan menggunakan metod dokumentasi akan digunakan. Penganalisaan data pula akan dilakukan secara deskriptif dan kandungan. Hasil daripada kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai pendapat berkenaan dengan penetapan had umur pesalah dalam kalangan kanak-kanak. Ketidakselarasan had umur ini berlaku di antara mahkamah-mahkamah syariah dan mahkamah sivil di Malaysia. Perbezaan penilaian umur kanak-kanak ini juga dapat dilihat apabila dibandingkan dengan peruntukan fiqh iaitu pandangan empat mazhab terkemuka. Oleh itu, had umur kanak-kanak yang tidak mempunyai penyelarasan ini perlu dipastikan tidak menimbulkan sebarang ketidakadilan dalam struktur perundangan
Peranan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dalam Dakwah Akidah Terhadap Anak-Anak Mualaf: Satu Penelitian : The Role of Information and Communication Technology in Guiding The Faith of Muslim Convert Children: A Research Study
Peredaran zaman yang pantas menuntut golongan pendakwah untuk lebih kreatif dalam penyebaran agar khususnya dalam konteks akidah Islamiah. Antara golongan yang sering kali dilihat terpinggir daripada mendapatkan bimbingan yang kukuh ialah anak-anak mualaf yang kini semakin meningkat jumlahnya. Malangnya, kekurangan penggunaan media sosial dan teknologi komunikasi terkini telah menyebabkan kelemahan bimbingan yang disampaikan kepada mereka. Oleh yang demikian, matlamat penulisan kertas kerja ialah mengkaji tentang pengaplikasian teknologi dan penggunaan media sosial sebagai pendekatan dakwah semasa bagi membimbing akidah anak-anak mualaf. Kaedah kajian kepustakaan dan temu bual digunakan bertujuan mengumpul data untuk dianalisis mengikut metode analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan dakwah yang boleh digunakan hendaklah bertepatan dengan fitrah dan tahap kemampuan diri anak-anak mualaf. Pendekatan bimbingan juga hendaklah selari dengan peredaran zaman kanak-kanak masa kini. Hasil kajian mencadangkan agar golongan pembimbing masa kini perlu memanfaatkan ICT sedia ada sebagai bagai alat bantu dakwah secara kreatif dan efektif. Hal ini penting bagi memastikan proses bimbingan terus berlangsung, sekali gus memperkukuhkan keimanan dan keyakinan anak-anak mualaf terhadap ajaran Isla
Literature Review of Tafsir al-Quran Studies Tradition in Malaysia: Methods of Quranic Interpretation Study in Malaysia: Literature Review From 2018-2023
Pengajian tafsir di Malaysia mengalami perubahan dari pelbagai sudut sama ada platform pengajian, silibus dan kandungan serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Sebelum abad ke-20, pengajian tafsir telah dijalankan di rumah tuan guru, pondok, masjid dan surau. Kemudian, ia semakin berkembang dengan lebih pesat selepas pertengahan abad ke-20 apabila diajar di sekolah dan madrasah seterusnya di institusi pengajian tinggi. Pembelajaran tafsir terus giat dijalankan di institusi-institusi tersebut dan kini dilaksanakan juga melalui media baharu untuk memberi ilmu dan kefahaman kepada masyarakat mengenai tafsir al-Quran. Oleh itu, kajian ini bertujuan menyoroti bentuk-bentuk pengajian tafsir melalui institusi di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan metode analisis kandungan terhadap literatur dalam tempoh 2018 sehingga 2023. Data kemudian dianalisis secara deskriptif bertema dan mendapati dua tema iaitu pengajian tafsir di institusi bukan formal dan pengajian tafsir di institusi formal. Kajian merumuskan bahawa kaedah pengajaran tradisional dalam pengajian tafsir di masjid masih dikekalkan walaupun kaedah tersebut tidak mengikut arus semasa. Selain itu, pusat pembelajaran umum sebagai institusi bukan formal yang melaksanakan pengajian tafsir belum diteroka dalam penyelidikan. Demikian juga pengajian tafsir dalam media baharu di Malaysia masih kurang mendapat tempat dalam penyelidikan akademik.Tasfir studies in Malaysia have changed in a variety of ways, including the study platform, the curriculum and content and the methods used for teaching and learning. Tafsir studies were carried out in tuan guru houses, pondok, mosques, and surau prior to the 20th century. After the middle of the 20th century, it expanded more quickly when it was taught in schools and madrasahs then in higher education institutions. In order to educate the public about tafsir al-Quran, tafsir studies are still being pursued in these institutes and are now also applied through new media. The goal of this study is to highlight the various types of tafsir studies conducted in Malaysia. The literature from 2018 to 2023 was analyzed using a descriptive content analysis method in a qualitative design for this study. Two main themes were highlighted in this study — tafsir studies in non-formal institutions and tafsir studies in formal institutions. The study comes to the conclusion that conventional teaching methods in tafsir studies in mosques are still used. Additionally, there hasn't been much research on learning centers as non-formal institutions that conduct tafsir courses. Similar to this, academic research still does not address the study of tafsir al-Quran in new media in Malaysia
Prophecies in The Holy Qur’an Attesting Its Divine Origin: Ramalan dalam al-Quran sebagai Bukti Keasliannya yang Suci
A fundamental pillar in the Islamic faith is the belief that Allah is the only Being who knows how the unseen events and facts will exactly happen in the future. Therefore, it was reasonable to find prophecies in the Qur’an as evidence to prove that this book is the truth from God. The present article aimed to shed the light on the major prophecies mentioned in the Holy Qur’an testifying for its truthfulness as a religious book sent from God to his last and final messenger, Prophet Muhammad peace and blessings upon him (PBUH). Eight Qur’anic prophecies were categorized and discussed in this article. The first category comprised prophecies that came true during the Prophetic life span, which we referred to as “near-future happenings”. The second category included events that have come true after Prophet Muhammad PBUH has passed away which we termed “far-future happenings”. The third category included far-future news that was foretold to uncover an ancient event. The fourth category covers two undeniable consistent facts that become more evident as time passes. Appropriate understanding of these prophecies is essential for every Muslim to present and prove Islam to people as the religion of truth.
Keywords: Prophecy, Qur’an, proof, divine, origin
Kesan Bacaan Tartil (Tajwid dan Tadabur) terhadap Fisiologi dan Aktiviti Neurosains Kognitif Menggunakan Electroencephalography dan NeuroFeedback Training: Suatu Sorotan: The Effects of Tartil Reading (Tajwid and Tadabur) on Physiology and Cognitive Neuroscience Activities Using Electroencephalography and NeuroFeedback Training: A Highlight
Tartil merupakan bacaan al-Quran dengan sebutan yang tepat dan sempurna beserta penghayatan ketika membacanya. Ramai di kalangan pembaca al -Quran tidak menitikberatkan pembacaan secara Tartil. Penulisan ini bertujuan mengenal pasti kajian literatur berkaitan kesan bacaan al -Quran terhadap gelombang otak dan fisiologi secara umum. Seterusnya mengenal pasti dan menganalisis kajian literatur berkaitan kesan bacaan Tartil iaitu bertajwid dan bertadabbur terhadap gelombang otak dan fisiologi. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah tinjauan terhadap artikel riview dari literatur sebelum ini yang berkaitan kaedah eksperimen melalui satu siri pemerhatian dan tafsiran keputusan daripada data yang diperolehi daripada rakaman EEG atau latihan neurofeedback dan kaedah yang berkaitan dengannya melibatkan terapi al -Quran. Data dari artikel terpilih dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif untuk menghuraikan serta memberi penerangan mengenai sesuatu fakta yang diperolehi. Hasil penelitian, gelombang alfa dilihat lebih dominan ketika bacaan tartil dimana gelombang ini dapat mengaktifkan hormon endorfin secara semulajadi dimana hormon ini dikenali sebagai penghilang rasa sakit, dan berperanan dalam melegakan gejala kemurungan, tekanan, dan kebimbangan. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi bukti saintifik bahawa tuntutan bacaan secara Tartil mempunyai kaitan dengan kesihatan minda dan fisiologi serta pembangunan akal manusia khususnya terhadap umat Islam
Amalan Istitabah dalam Perlaksanaan Pemulihan Akidah di Malaysia: Istitabah Practices in the Implementation of Faith Restoration in Malaysia
Perundangan di Malaysia mempunyai perbezaan prosedur dalam penukaran agama atau pengesahan status agama. Prosedur yang digunakan seperti proses rundingcara akidah atau penasihatan akidah dikenali sebagai istitabah. Prosedur ini bertujuan memujuk pemohon untuk kekal dalam Islam. Di samping itu istitabah menjelaskan kekeliruan agama yang wujud dalam diri pemohon. Begitu juga istitabah ini digunakan untuk kesalahan yang berkait dengan ajaran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah. Istitabah juga menggunakan Pusat Bimbingan Akidah sebagai lokasi dikenakan perintah penempatan. Namun begitu terdapat keadaan perlaksanaan istitabah tidak dapat dijalankan berpunca daripada masalah pengurusan, ketidakselarasan arahan dan ketiadaan garis panduan taubat. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan istitabah dalam perlaksanaan pemulihan akidah di Malaysia. Kajian dilakukan menggunakan metodologi kualitatif melalui pendekatan temubual dan disokong dengan dokumen berkaitan. Kajian ini dijalankan terhadap amalan istitabah di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan. Hasil kajian menunjukkan terdapat persamaan dan perbezaan dalam amalan istitabah bagi setiap negeri meliputi proses, modul, pihak yang menjalankan istitabah, tempoh masa istitabah dan tindakan susulan pasca istitabah. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan kaedah pelaksanaan istitabah di peringkat negeri agar prinsip maqasid syariah dalam aspek pemeliharaan agama di Malaysia diutamakan.
There are differences in the legislation procedure of conversion of religious status of applicants among the states in Malaysia. “Istitabah” is one of procedure to consult the applicants regarding their faith. The aim of “Istitabah” is to persuade the applicant to remain in Islam. “Istitabah” process explains to the applicant any confusion regarding the religions. Besides, “Istitabah” used to consult any offenses related to teachings other than Ahli Sunnah wa Jamaah. “Istitabah” uses the Akidah Guidance Center as a location of placement orders. However, there are few situations where the implementation of “Istitabah” cannot be carried out due to management problems, inconsistency of instructions and the absence of guidelines for repentance. Therefore, the objective of this study is to identify the practice of “Istitabah” in the implementation of faith restoration among applicant in Malaysia. The study was conducted using qualitative methodology through interview method and supported by relevant documentation. This study was conducted to know the practice of “Istitabah” in Penang, Negeri Sembilan, Selangor and Kelantan. The results show there are similarities and differences in the practice of “Istitabah” between the state mention, including the process, the module used, the party conducting the process, duration of “Istitabah” and follow-up action of “Istitabah”. We hope this study will contribute to the improvement of the implementation of “Istitabah” at the state level in order to preserve the principles of syariah maqasid in Malaysia. 
Elemen Islam Liberal dalam Idea Pembaharuan Islam Ahmad Wahib: Elements of Liberal Islam In Ahmad Wahib's Idea Of Islamic Reform
Ahmad Wahib's idea of Islamic reform in the book Pergolakan Pemikiran Islam Catatan Ahmad Wahib became one of the sources of inspiration for Islamic liberal thought in Indonesia. The objective of the study is focused on the idea of Ahmad Wahib's Islamic reform, examining Ahmad Wahib's biography and educational background and examining the elements of liberal Islam contained in the idea of Islamic reform in the book Pergolakan Pemikiran Islam Catatan Harian Ahmad Wahib. The pattern of Ahmad Wahib's Islamic reform idea which has elements of liberal Islam is described in several cases, namely questioning the methodology of interpreting the Quran and hadith, encouraging new interpretations of the concept of worship, questioning the criteria and morals of prophethood, attitudes towards Islamic knowledge and attitudes towards Islamic law.Idea pembaharuan Islam Ahmad Wahib di dalam buku Pergolakan Pemikiran Islam Catatan Ahmad Wahib menjadi salah satu sumber inspirasi pemikiran Islam liberal di Indonesia. Objektif kajian tertumpu kepada idea pembaharuan Islam Ahmad Wahib, mengkaji biografi dan latar belakang pendidikan Ahmad Wahib dan meneliti elemen Islam liberal yang terdapat dalam idea pembaharuan Islam di dalam buku Pergolakan Pemikiran Islam Catatan Harian Ahmad Wahib. Corak idea pembaharuan Islam Ahmad Wahib yang mempunyai elemen Islam liberal dikelaskan dalam beberapa perkara iaitu mempersoalkan metodologi penafsiran al-quran dan hadith, menggesa tafsiran baru konsep ibadat, mempertikaikan kriteria dan akhlak kenabian, sikap terhadap ilmu-ilmu Islam dan sikap terhadap hukum-hukum Islam.
Kata kunci: Ahmad Wahib, Idea pembaharuan, Islam libera
Human Development towards Leadership according to Al-Māwardī in Al-Adab Al-Dunya Wa Al-Din: An Analysis: Pembangunan Insan terhadap Kepimpinan Menurut Al-Māwardī Dalam Karya Al-Adab Al-Dunya Wa Al-Din: Satu Analisis
Pembangunan insan merupakan aspek sangat penting dalam pucuk pimpinan . Membina insan hebat merupakan perkara yang bukan mudah dan ia memerlukan cara dan usaha yang efektif untuk dibentuk sejak awal. Pelbagai cara telah diperkenalkan dalam mencapai objektif serta matlamat yang digariskan melalui institusi-institusi, sistem pendidikan,dan penyebaran maklumat melalui media sosial, tetapi ia masih lagi kurang berkesan dalam mempengaruhi pucuk pimpinan seseorang. Ini disebabkan oleh faktor serta sifat yang berkurangan pada seseorang insan. Kajian ini ingin mengenal pasti elemen-elemen pembangunan insan dalam kitab al-Adab al-Dunya wa al-Adin karya al-M?ward?. Metodologi kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian terdiri daripada dua elemen penting, iaitu adab al-Nafs dan adab al-Riyadah wa al-Istislah dalam pembentukan pembangunan insan tersebut. Kesimpulannya, dengan adanya kedua-dua elemen ini dalam pembangunan insan seseorang, ia akan mempengaruhi akhlak dan sifat pemimpin tersebut.Human development is a crucial aspect of leadership. Cultivating exceptional individuals is not an easy task and it requires effective methods and efforts to shape them from the beginning. Various approaches have been introduced to achieve the objectives and goals outlined through institutions, educational systems, the dissemination of information on social media, and so forth, but they are still less effective in influencing a person's leadership. This is due to factors and qualities that are lacking in an individual's leadership. Therefore, this study aims to identify the elements of human development in the book “al-Adab al-Dunya wa al-Adin" by al-Māwardī. The research methodology in this article is qualitative, using content analysis methods. The findings reveal two crucial elements, namely adab al-nafs and adab al-riyadah wa al-istislah in shaping human development. In conclusion, with these two elements in the development of an individual, it will influence the ethics and character of that leader
مشكالت تعلّم النحو العريب لدى طلبة أكادميية الدراسات اإلسالمية والعربية، جامعة األمرية انراديواس بتايالند: PROBLEMS OF LEARNING ARABIC GRAMMAR AMONG STUDENT OF THE ACADEMY OF ISLAMIC AND ARABIC STUDIES, PRINCESS OF NARADHIWAS UNIVERSITY, THAILAND
يهدف هذا البحث إىل تشخيص املشكالت يف تعلّم النحو العريب لدى طلبة أكادميية الدراساتاإلسالمية والعربية يف جامعة األمرية انراديواس بتايالند،كما يهدف إىل تذليل املشكالت يف تعلّمالنحو العريب واقرتاح احللول، وابإلضافة إىل ذلك فالبحث يعمل على تنمية وعي الطلبة حنو أمهيةJurnal Pengajian Islam, 2023, Bilangan 16, Isu I, Halaman 101-128 102تعلم النحو العريب وتعزيز كفائتهم اللغوية، نظرا إىل مادة النحو العريب يف أكادميية الدراساتاإلسالمية والعربية جبامعة األمرية انراديواس هي مساقا إجباراي لدى املتعلمني يف كل أقسام الدراسيأن يتعلموه. اتبع الباحث املنهج الوصفي التحليلي يف مجع املعلوم ات والبياانت وحتليلها، واستخدماالستبانة كأداة جلمع البياانت، ومت توزيعها على عينة البحث من )97( طالبا وطالبة، وقد توصلالبحث إىل العديد من النتائج ومن أمهها: ) 1( تواجه الطلبة عديدة من املشكالت يف تعلّم النحوالعريب، أكثرها املشكلة اليت تتعلق بطريقة التعليم، ومن أسباهبا عدم تنويع لدى املعلمني يف استخدامالطريقة التعليمية اجلديدة يف التعليم. )2( اختار املعلمون طرق التعليم املناسبة أمر ضروري، تساعدعلى إصالح جو التعليم وتيسريه، و يرى الباحث الطريقة التواصلية من أهم وأجنح الطر ق التعليميةاجلديدة، ألن ا تسعى إىل متكني املهارات اللغوية ال سيما املهارات التواصلية.This research aims to identify the problems in learning Arabic grammar among students of the Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University in Thailand and diagnose its causes. And to enhance their linguistic competence, given that Arabic grammar at the Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University is a compulsory course for learners in all academic departments to learn. The researcher followed the analytical descriptive approach in collecting and analyzing information and data, and used the questionnaire as a tool for data collection, and it was distributed to a research sample of (97) male and female students. The research reached many results, the most important of which are:
Students face many problems in learning Arabic grammar, most of which are related to the method of teaching and its educational style from the learners' point of view.
The communicative method is one of the most important and successful new educational methods. It is preferred and suitable for teaching Arabic grammar, and important for renewing its teaching method, because the communicative method seeks to empower communicative skills.
There are needs of the learners to design a special model in teaching Arabic grammar in the academy, and there are needs to apply the Arabic language and practice it in linguistic communication in life, and there are also needs to evaluate curricula, courses or courses to train them with communicative competence
Development of Quran Learning Website for the Islamic Sharia Service in Southeast Aceh District Using the Waterfall Method: Pembangunan Laman Web Pembelajaran al-Quran bagi Perkhidmatan Syariah Islam Daerah Aceh Tenggara Menggunakan Kaedah Air Terjun
This study aims to develop an Al-Qur'an learning website for the Islamic Sharia Office of Southeast Aceh District using the waterfall method. The website development stage includes needs analysis, design, implementation, testing, and maintenance. At the design stage, the website features and appearance are made. Functional testing results show that the website can run correctly and according to the desired specifications. This research benefits the Southeast Aceh District Islamic Sharia Office and future researchers who wish to develop a website for learning the Qur'an using the waterfall method. In future website development, it is advisable to involve users actively in every stage of development to ensure their involvement in design and testing