Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
229 research outputs found
Sort by
Program Pemulihan Akhlak Remaja Delinkuen di Pusat Pemulihan Akhlak Kelolaan Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat: The Moral Rehabilitation Programme Of Delinquences At The Moral Rehabilitation Center of The Malaysian Prisons Department and Community Welfare Department
Gejala delinkuen yang berlaku dalam kalangan remaja semakin meruncing di Malaysia. Statistik menunjukkan peningkatan pembabitan golongan remaja dalam tingkah laku delinkuen. Penubuhan institusi pemulihan akhlak remaja merupakan antara inisiatif pihak kerajaan, persendirian, majlis agama serta organisasi bukan kerajaan melaksanakan program pemulihan. Artikel ini bertujuan untuk mengemukakan program-program pemulihan akhlak remaja delinkuen yang dilaksanakan di pusat-pusat pemulihan akhlak di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan protokol temu bual separa berstruktur sebagai instrumen kajian. Hasil temubual mendapati program pemulihan akhlak yang dilaksanakan di pusat-pusat pemulihan akhlak remaja di Malaysia memberi tumpuan terhadap aspek pembangunan spiritual dan fizikal. Pelaksanaan program yang dirancang berupaya memberi impak positif terhadap pembangunan jati diri remaja delinkuen.
The symptoms of delinquency among teenagers are getting worse in Malaysia. Statistics show an increase in the involvement of teenagers in delinquent behavior. The establishment of juvenile moral rehabilitation centers is one of the initiatives of the government, private parties, religious councils and non-governmental organizations to implement rehabilitation programs. This article aims to present the programs implemented for teenagers in moral rehabilitation centers managed by the Malaysian Prisons Department and the Social Welfare Department. This study is a qualitative study with an ethnographic design. Research data was obtained through a semi-structured interview protocol. The results of the interviews found that moral rehabilitation programs implemented in youth moral rehabilitation centers managed by the Malaysian Prisons Department and the Social Welfare Department in Malaysia focus on aspects of spiritual and physical development. The implementation of the program seeks to develop the identity of delinquent teenagers in rehabilitation centers.
 
Uslub Mawʿizah Hasanah dalam Pendidikan Anak-Anak Muslim Berdasarkan Tarbiyah Al-Awlad Fi Al-Islam: Uslub Mawʿizah Hasanah in the Upbringing of Muslim Children Based on Tarbiyah Al-Awlad Fi Al-Islam
Al-Mawʿizah al-Hasanah merupakan satu uslub daripada uslub induk dakwah yang terdapat di dalam al-Quran menerusi surah al-Nahl ayat 125. Ia digunakan oleh para pendakwah bagi melembutkan hati sasaran dakwah. Uslub ini juga kerap dibincangkan sebagai kemahiran keibubapaan yang digunakan dalam pendidikan anak-anak Muslim. Namun begitu, realiti pada hari ini terdapat ibu bapa yang culas dengan tanggungjawab mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tema-tema al-Mawʿizah al-Hasanah dalam pendidikan anak-anak muslim. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif. Instrumen pengumpulan data adalah secara dokumen. Kitab Tarbiyah al-Awlad fi al-Islam yang ditulis oleh Abdullah Nasih Ulwan digunakan sebagai sampel kajian. Analisis bagi data kajian melalui analisis kandungan. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat enam tema yang dibincangkan dalam kitab Tarbiyah al-Awlad fi al-Islam mengenai uslub Al-Mawʿizah al-Hasanah iaitu nasihat melalui panggilan yang lembut, nasihat melalui peringatan, nasihat melalui soal jawab, nasihat melalui cerita, nasihat melalui arahan dan nasihat yang disertai dengan gurauan. Dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa dalam mempraktikkan uslub Mawʿizah hasanah dengan cara yang betul ketika berkomunikasi dengan anak-anak agar pembentukan sahsiah yang baik dapat diamalkan dalam kehidupan anak-anak terutama dalam institusi kekeluargaan Islam.
"حمكا وتوظيف دروس السيرة النبوية وعبرها لمنهجه الاجتماعي: دراسة تحليلية في"تفسير الأزهر: Hamka and The Employment of Prophetic History's Highlights and Lessons for His Social Approach: An Analytical Study in "Tafsir Al-Azhar"
إن القضية الأساسية التي تحاول هذه الورقة معالجتها هي مدى توظيف الحاج عبد الملك كريم أمر الله (حمكا) دروس السيرة النبوية وعبرها لمنهجه الاجتماعي في "تفسير الأزهر"، من خلال شرحه للآيات المتعلقة بأحداث السيرة. وإن اختيار الباحثين حمكا كعينة الدراسة لأنه قد أكثر في تناول القضايا الاجتماعية في تفسيره بهدف هداية المجتمع وإصلاحه؛ وأما اتّخاذهما سيرة النبي -صلى الله عليه وسلّم- كموضوع الدراسة لأن فقه السيرة مورد ضروري للمهتمّين بالإصلاح الاجتماعي لإبلاغ الرسالة الإصلاحية بأسلوب بليغ مؤثّر، ولتحقيق نجاح الحركة الدعوية. فمن هنا، تنبع أهمية دراسة منهج حمكا في هذا المجال ليكون مسلكه نموذج المنهج الحي الواقعي للاستفادة من الهدي النبوي في إصلاح المجتمع وتغييره. واعتمدت الدراسة على منهجين أساسين، وهما: المنهج الاستقرائي لتتبّع ترجمة حمكا، والمراد بالمنهج الاجتماعي في تفسير القرآن؛ والمنهج التحليلي لكشف القناع عن نماذج تطبيق حمكا للمنهج الاجتماعي في تفسيره، ومظاهر توظيف حمكا دروس السيرة وعبرها للمنهج الاجتماعي. وتوصّل الباحثان إلى أن حمكا قد عني بتوظيف دروس السيرة وعبرها لمنهجه الاجتماعي عناية فائقة، ومظاهر ذلك التوظيف هي: إصلاح عقيدة المجتمع، وتحسين سلوك المجتمع، وإرشاد المجتمع إلى الأحكام المستنبطة من وقائع السيرة، وإبراز دروس السيرة وعبرها للحياة الاجتماعية، وتنبيه المجتمع على التحدّيات الحديثة، وربط دروس السيرة وعبرها بالقضايا الوطنية. وخلّصت الدراسة إلى أن حمكا قد نجح في وضع السيرة النبوية في موضعها كمورد من موارد الإصلاح الاجتماعي.The main issue that this paper aims to discover is the employment of Prophetic history’s highlights and lessons for social approach by Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) in his exegetical work “al-Azhar”, through his explanation of the verses related to Prophetic events. The selection of HAMKA as the sample of study due to his great deal with social issues in his exegesis with the objective of guiding and reforming society; and the selection of Prophetic history as the subject of study because the reflection on Prophetic history is a necessary source for the preachers and social reformers to convey the reformation message in effective manner, and to actualize the success of the movement. Consequently, the study of HAMKA's method in this field is particularly significant as it will be a model of the realistic and living approach to take advantage of the Prophet's guidance in reforming and changing society. This study is based on the inductive method to trace HAMKA’s biography, and the meaning of social approach (al-Manḥaj al-Ijtimā’ī) in Qur’ānic exegesis; and the analytical method to discover HAMKA's application models of the social approach in his exegesis, and the manifestations of HAMKA’s employment of the highlights and lessons from Prophetic history for social approach. The researchers found that HAMKA is very concern about the employment of the Prophetic history’s highlights and lessons in his social approach. The manifestations of that employment are: reforming the community's belief, enhancing the community’s attitude, guiding the community to the jurisprudence rulings derived from the Prophetic events, bringing out Prophetic history’s highlights and lessons for social life, alerting the community to modern challenges, and linking Prophetic history’s highlights and lessons with national issues. The study concluded that HAMKA succeeded in placing the Prophetic history in its position as one of the primary resources for social reform
Parameter Orientasi Tafsiran Al-Quran Dalam Pembangunan Psikoterapi Abad Ke-21: The Quranic Exegesis Orientation Parameters In The Development of Psychotherapy in The 21st Century
Pasca transisi dunia ke abad ke-21 menunjukkan perubahan dimensi teoretikal dan praktikal psikoterapi telah berinovasi menjadi lebih fleksibel. Trend perubahan tersebut membuka ruang kepada pembangunan mekanisme komplementari dalam psikoterapi arus perdana berpandukan pelbagai sumber keagamaan dan nilai-nilai spiritual. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif pembangunan psikoterapi berorientasikan tafsiran al-Quran telah dihasilkan pelbagai pihak. Antaranya seperti pengintegrasian kandungan al-Quran dalam model psikologi barat atau mekanisme psikoterapi arus perdana dan intervensi dalam kerangka perubatan klinikal. Justeru, berasaskan metode analisis retrospektif secara tematik, kajian ini bertujuan mengemukakan sebuah parameter hasil rumusan orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi abad ke-21. Secara khusus, parameter ini berperanan memandu fleksibiliti orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi berdasarkan klasifikasi Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition (DSM-5). Secara keseluruhan, tafsiran lengkap 72 nas al-Quran yang membicarakan perihal jiwa telah dianalisis secara komprehensif dan dipetakan selari dengan klasifikasi DSM-5. Tuntasnya, parameter orientasi tafsiran al-Quran ini akan memudahkan proses aplikasi tafsiran al-Quran sebagai mekanisme psikoterapi arus perdana. Kesimpulannya, pembangunan psikoterapi sepanjang abad ke-21 membuktikan kepentingan dan kemantapan tafsiran al-Quran sebagai mekanisme penjagaan kesihatan mental. Oleh demikian, adalah tidak keterlaluan orientasi tafsiran al-Quran dalam lapangan psikoterapi boleh dimartabatkan sebagai mekanisme psikoterapi komplementari arus perdana abad ke-21
Amalan-Amalan Dakwah dalam Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah kepada Saudara Baru Orang Asli: Dakwah Practices in Islamic Treatment of Ruqyah Syariyyah among Orang Asli Muslim Converts
ABSTRAK
Perubatan Islam merupakan salah satu daripada amalan dakwah yang boleh dijalankan kepada masyarakat Orang Asli di semenanjung Malaysia. Melalui amalan ini dapatlah diterapkan bacaan ayat-ayat Al-Quran, doa dan ruqyah sebagai asas kepada penerapan Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli disebabkan masyarakat ini juga masih kuat berpegang amalan rawatan tradisional. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji amalan-amalan dakwah melalui pengubatan Islam ruqyah syariyyah kepada saudara baru Orang Asli di Selangor. Kajian ini menjalankan metodologi kualitatif iaitu temu bual bersama lima orang yang terlibat secara langsung dengan perubatan Islam dan disokong dengan data kuantitatif sebagai dengan melibatkan 94 orang responden. Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa amalan-amalan dakwah dalam pengubatan Islam ruqyah syariyyah kepada saudara baru Orang Asli ialah menjadi platform kepada praktikal dakwah, kaunseling secara tidak langsung, penjelasan mengenai perubatan Islam, kebajikan kepada masyarakat Orang Asli dan motivasi bahkan pesakit turut mendapat kata-kata nasihat supaya sentiasa bersabar dengan ujian hidup. Implikasi daripada kajian ini adalah amalan perubatan Islam sudah diterima dalam kalangan pesakit sehingga mendapat tempat dalam hati masyarakat Orang Asli
Kajian Isu Keluar Islam di Malaysia: Kebebasan Beragama atau Jenayah Syariah: A Study of Apostasy Issues in Malaysia: A Fundamental Freedom or Syariah Crimes
Kajian kualitatif yang dijalankan ini bertujuan untuk menganalisis serta mengupas isu-isu keluar Islam yang sering didengari yang mana masyarakat sendiri telah keliru dan menyatakan bahawa sama ada keluar Islam itu merupakan suatu jenayah ataupun suatu hak kebebasan agama yang boleh mereka tuntut. Ini kerana permohonan keluar Islam ini tidak akan berlaku jika ianya mempunyai pertahanan yang kukuh dari sisi perundangan. Beberapa permasalahan dari sudut undang-undang telah menjadikan mahkamah syariah telah beralih bidangkuasa ke mahkamah sivil. Oleh hal yang sedemikian, dalam penulisan memfokuskan isu perundangan dan pentadbiran yang berkaitan dengan kes keluar Islam sekaligus mencadangkan solusi untuk perkara berkenaan. Oleh itu, hasil dari kajian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat keluar Islam merupakan satu kesalahan jenayah syariah, bukannya suatu hak kebebasan agama yang ditindas
Coaching dalam Pengajaran Tahfiz: Coaching in Teaching Tahfiz
The world of education is increasingly moving towards progress along with the development of information and communication technology which is also rapidly developing. Teachers don't miss out on diversifying teaching methods, techniques and strategies to apply them to students. This concept paper discusses coaching in tahfiz teaching. This concept paper uses literature review through analysis from previous studies. There are two research objectives which are to identify the challenges of teachers in teaching tahfiz and to identify the need for coaching in teaching tahfiz. The results of the study found that students need specific guidance from teachers especially regarding the memorization of the Quran. The goal of this study is for teachers, especially tahfiz teachers, to improve the level of professionalism in their teaching
Peranan NGO Sebagai Sistem Sokongan Pembangunan Keluarga Islam Golongan OKU Pendengaran: Satu Tinjauan Ringkas: The Role of NGO as a Support System for the Development of Islamic Families for the Hearing Disabled: A Brief Overview
Penyertaan golongan OKU pendengaran dalam sebarang program berkaitan pembangunan kekeluargaan Islam adalah sangat terhad dan terbatas termasuk penyertaan mereka dalam kursus pra dan pasca perkahwinan disebabkan kurangnya kemudahan untuk menyertai program-program berkaitan. Komitmen dan penyertaaan OKU pendengaran dalam program-program tersebut banyak bergantung kepada inisiatif dan kerjasama pihak badan bukan kerajaan (NGO) sama ada NGO yang terlibat dengan OKU pendengaran secara langsung atau tidak langsung. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan mengenalpasti peranan NGO sebagai sistem sokongan kekeluargaan Islam bagi golongan OKU pendengaran dan mengenalpasti NGO-NGO yang berperanan memberikan pendedahan atau program-program kekeluargaan kepada golongan OKU pendengaran. Kajian ini merupakan kajian kualitatif lapangan melibatkan metode pengumpulan data melalui perbincangan meja bulat (Round Table Discussion/RTD) melibatkan informan yang terdiri daripada wakil NGO OKU, ahli akademik, wakil Jabatan Agama Iskam Negeri-negeri, wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai penggubal MBKPPI, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wakil Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Kajian mendapati badan-badan NGO memainkan peranan yang sangat penting membantu kerajaan dan golongan OKU pendengaran sendiri dalam usaha meningkatkan kualiti insititusi kekeluargaan Islam golongan tersebut melalui program-program yang sesuai.
The participation of hearing impaired people in any program related to Islamic family development is very limited and limited, including their participation in pre- and post-marriage courses due to the lack of facilities to participate in related programs. The commitment and participation of the hearing impaired in the programs depends a lot on the initiative and cooperation of non-governmental organizations (NGOs) whether NGOs are involved with the hearing impaired directly or indirectly. Therefore, this study aims to identify the role of NGOs as a support system for the disabled in the development of Muslim families among them. This study is a qualitative field study involving the method of data collection through a round table discussion (Round Table Discussion/RTD) involving informants consisting of representatives of NGOs with disabilities, academics, representatives of the State Religious Affairs Department, representatives of the Islamic Development Department of Malaysia as drafters of MBKPPI, representatives of the Social Welfare Department and representatives of the National Population and Family Development Board (LPPKN). The study found that NGOs play a very important role in helping the government and the hearing impaired themselves in an effort to improve the quality of Islamic family institutions for the group through appropriate programs
Alih Kod Melayu-Arab Dalam Drama “Warkah Cinta”: Malay – Arabic Code Switching in Drama “Warkah Cinta”
ABSTRAK
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan berbilang bangsa yang melahirkan pelbagai keunikan budaya, kepercayaan dan bahasa. Hampir kesemua negara yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan kaum mengalami fenomena alih kod. Fenomena ini mempengaruhi kewujudan alih kod dalam komunikasi masyarakat yang merupakan sebahagian daripada ciri multilingual rakyat Malaysia. Kajian ilmiah ini dijalankan untuk mengenal pasti fenomena alih kod Melayu-Arab dalam drama ‘Warkah Cinta’ pada tahun 2012, saluran TV Al-Hijrah. Kajian ini meneliti jenis alih kod dan fungsi alih kod melalui drama ‘Warkah Cinta’. Di samping itu, kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis teks dalam mengaplikasikan pendekatan Teori Poplack (1980) bagi mencapai objektif utama iaitu mengkaji jenis-jenis alih kod. Hasil dapatan kajian menunjukan bahawa bahawa alih kod terbahagi kepada dua jenis sahaja menerusi drama ini iaitu inter-ayat dan intra ayat. Terdapat 19% alih kod jenis inter-ayat dan 81% alih kod jenis intra-ayat ditemui dalam kajian ini.
Kata kunci: Alih kod Melayu- Arab, drama, inter-ayat, intra-ayat
ABSTRACT
Malaysia is a multiracial nation that creates a variety of cultures, beliefs and languages. Almost all countries with multilingual and racial populations will experience a phenomenon of code switching. This phenomenon of code switching affects the existence in communication of the multilingual speaker in Malaysia. This scientific study was conducted to identify the code switching of Malay-Arabic in the 'Warkah Cinta' in 2012, the Al-Hijrah TV channel. This study examines the type of code switching and its function through the drama 'Warkah Cinta'. In addition, this study was qualitative using the text analysis method in applying the Poplack’s theory (1980) to studying the types of code switches which is the main objective in this research. The findings show that code switching is divided into two types, inter-sentential and intra-sentential. There were 19% inter-sentential type and 81% intra-sentential type was found in this study.
Keyword: Code switching Malay-Arabic, drama, inter- sentential, intra-sententialMalaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan berbilang bangsa yang melahirkan pelbagai keunikan budaya, kepercayaan dan bahasa. Hampir kesemua negara yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan kaum mengalami fenomena alih kod. Fenomena ini mempengaruhi kewujudan alih kod dalam komunikasi masyarakat yang merupakan sebahagian daripada ciri multilingual rakyat Malaysia. Kajian ilmiah ini dijalankan untuk mengenal pasti fenomena alih kod Melayu-Arab dalam drama ‘Warkah Cinta’ pada tahun 2012, saluran TV Al-Hijrah. Kajian ini meneliti jenis alih kod dan fungsi alih kod melalui drama ‘Warkah Cinta’. Di samping itu, kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis teks dalam mengaplikasikan pendekatan Teori Poplack (1980) bagi mencapai objektif utama iaitu mengkaji jenis-jenis alih kod. Hasil dapatan kajian menunjukan bahawa bahawa alih kod terbahagi kepada dua jenis sahaja menerusi drama ini iaitu inter-ayat dan intra ayat. Terdapat 19% alih kod jenis inter-ayat dan 81% alih kod jenis intra-ayat ditemui dalam kajian ini.
Quranic Texts and Hadiths to Clear Misconceptions in Encouraging Breast Cancer Screening Among Muslim Women
Breast cancer (BC) among women is the most prevalent cancer globally. Muslim women tend to have a poorer survival rate compared to other ethnicities due to late detection and late stage of BC detection. Factors cited for maladaptation of BC screening include religiosity, spirituality, fatalistic beliefs and or misconceptions. Late detection and advanced stages of BC can lead to poor prognosis and issues of morbidity, mortality and cost of treatment. As such, promoting the behavioural adoption of BC screening for early detection of BC is pertinent. This study focuses on extracting related religious texts from the Quran, hadiths and fatwas to clear the misconceptions and encourage BC screening among Muslim women. The discussion utilising Quranic verses and prophetic hadiths to clear the misconceptions will focus on five themes; socio-ethical misconceptions, cultural and religious beliefs, cultural and religious barriers, stigma and fear of BC, obtained from our previous systematic review. The systematic review was conducted on related studies published globally over the past ten years. The search strategy was performed through four databases namely PubMed, Cochrane Library, Scopus and Science Direct. Resources for related Quranic verses, hadiths and fatwas were obtained from electronic databases including sunnah.com, surah.my and islamweb.net using search keywords. The discussion of the related religious texts to clear the misconceptions can provide legal guidance within the shari’ah in paving the way for Muslim women to adopt BC screening practices for early detection of BC