Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
    229 research outputs found

    Peranan Masjid dalam Menyantuni Asnaf Al-Riqab: The Roles of the Mosque in Supporting the Asnaf Al-Riqab

    Full text link
    Masjid adalah sebuah institusi yang menjadi pusat dakwah dan tarbiyah kepada orang-orang Islam. Namun, masjid juga acap kali menjadi lokalisasi untuk menempatkan pejabat zakat bagi menguruskan zakat khususnya kepada golongan asnaf. Asnaf al-riqāb merupakan salah satu daripada lapan golongan yang berhak menerima zakat sebagaimana termaktub dalam surah al-Tawbah [9] ayat 60. Pada zaman dahulu, al-riqāb dimaksudkan dengan hamba mukatab iaitu hamba yang dijanjikan dengan perjanjian yang sah oleh tuannya untuk bebas daripada belenggu dengan syarat membayar sejumlah wang. Setelah beredarnya zaman, para ulama kontemporari meluaskan maknanya sebagai tawanan perang, orang Islam yang diculik, umat Islam yang dijajah dan umat Islam yang terbelenggu. Oleh itu, apakah sebenarnya peranan masjid dalam menyantuni golongan al-riqāb? Apakah kepentingan dan cabarannya? Adakah masjid hanya terhad untuk memberi bantuan dari segi kewangan? Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengenalpasti peranan masjid terhadap asnaf al-riqāb dan menghuraikan kepentingan dan cabaran bagi masjid untuk menyantuni asnaf al-riqāb ini. Kajian ini berbentuk kajian kualitaitf. Data yang digunakan diperolehi daripada kajian kepustakaan dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan tekstual. Dapatan kajian ini mendapati bahawa masjid berperanan penting dalam membantu asnaf al-riqāb agar dapat membantu mereka dari terbelenggu dalam masalah akidah dan sosial. Hasil kajian ini mencadangkan strategi mengatasi cabaran yang dapat membantu pihak pengurusan masjid agar optimis dalam menyantuni asnaf al-riqāb

    Manhaj Kritik Matan Hadis Ibn Al-Qayyim: Kajian Terhadap Kitab Al-Manār Al-Munīf: The Methods of Matan Hadith Criticism Ibn Al-Qayyim: A Study of Al-Manār Al-Munīf

    Full text link
    Ibn al-Qayyim merupakan salah seorang tokoh hadis yang menonjol pada abad ke 8 Hijrah. Kesarjanaan Ibn al-Qayyim dalam mengutarakan kritikan terhadap hadis terutamanya pada sudut matan telah menjadi topik perbahasan yang rancak dalam kalangan ilmuwan hadis sejak abad ke 10 Hijrah sehingga zaman moden kini. Justeru, kajian ini meneliti tentang manhaj kritik matan hadis Ibn al-Qayyim menerusi kitab beliau yang berjudul al-Manār al-Munīf. Biografi ringkas Ibn al-Qayyim turut dinyatakan. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kepustakaan. Setiap data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan metode induktif dan analisis kandungan. Kajian mendapati empat kriteria utama yang penting di sisi Ibn al-Qayyim dalam aplikasi kritik matan hadis. Dapatan kajian ini diperolehi daripada analisis jawapan Ibn al-Qayyim terhadap soalan yang ditujukan kepada beliau mengenai kemungkinan mengenal hadis palsu secara pasti tanpa dimulai kajian menerusi sanad. Hasil penelitian daripada kajian menunjukkan kriteria penting di sisi Ibn al-Qayyim dalam manhaj kritik matannya adalah matan hadis mengandungi perumpamaan melampau, matan hadis bercanggah secara jelas dengan akal, matan hadis mengandungi ketetapan tarikh-tarikh tertentu dan matan hadis berunsur petua-petua ganjil dalam perubatan. Kajian ini membawa implikasi positif dalam mendepani penyebaran hadis palsu dalam kalangan masyarakat yang semakin menular mutakhir ini. Harapan kajian adalah dapat menambah sumbangan kepada perbendaharaan ilmu tentang kajian kritik hadis secara khusus di samping membantu umat Islam bersikap lebih berhati-hati menerima hadis Nabi SAW lalu menyebarkannya tanpa semakan bagi memelihara kemuliaan dan kedudukannya yang tinggi dalam agama Islam

    Keseimbangan Antara Kelestarian Alam Sekitar dengan Pembangunan Negara Moden Menurut Perspektif Maqasid Al-Shariah: The Balance Between Environmental Sustainability and Modern National Development According to The Perspective of Maqasid Al-Shariah

    Full text link
    Pembangunan negara moden sewajarnya tidak mengesampingkan isu berkaitan kelestarian alam sekitar. Pemodenan tanpa kelestarian alam sekitar akan mencacatkan ekosistem dunia secara fitrah. Kerakusan terhadap pemodenan tanpa keseimbangan dengan kelestarian alam hanya menatijahkan kerosakan demi kerosakan dan bencana alam yang akhirnya memangsakan manusia itu sendiri. Objektif kajian ini bertujuan untuk membincangkan keseimbangan antara kelestarian alam sekitar dengan pembangunan negara moden menurut perspektif maqasid al-shariah menerusi kajian ke atas nas-nas di dalam al-Quran dan al-hadith. Metodologi kajian ini adalah berdasarkan reka bentuk kajian kualitatif berdasarkan kajian kepustakaan menerusi analisis kandungan ke atas ayat-ayat al-Quran dan al-hadith. Kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini ialah secara induktif untuk mencapai tema penting dalam keseimbangan yang difokuskan dalam penjagaan kelestarian alam sekitar dengan pembangunan negara moden. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa kelestarian alam sekitar sangat berkait rapat dengan pembangunan negara moden yang mendatangkan kesejahteraan dan kebaikan kepada manusia dan negara itu sendiri. Keseimbangan antara dua perkara ini merupakan agenda penting dan utama yang mesti dilaksanakan secara tanggungjawab yang kolektif bagi memastikan penjagaan-penjagaan keperluan asas yang memenuhi perspektif maqasid al-shariah

    Bahasa melayu: The Concept of Sustenance According of Sayyid Ahmad Ibn Idris In The Risalah Kimiya' Al- Yaqin

    No full text
    Rezeki merupakan kurniaan Allah SWT seluruh makhluk yang berbentuk material dan spiritual. Salah faham terhadap konsep rezeki akan menatijahkan manusia bergantung kepada sebab semata dan melupakan Allah sebagai Pemberi Rezeki.  Rezeki dalam konteks tasawuf membawa manusia untuk lebih yakin kepada Allah SWT sebagai sumber Pemberi Rezeki dengan sentiasa bertawakkal kepadaNya serta didahului dengan usaha. Oleh itu, objektif kajian ini untuk menjelaskan konsep rezeki menurut pandangan salah seorang tokoh sufi iaitu Sayyid Ahmad ibn Idris. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis dokumen Risalah Kimiya’ al-Yaqin. Sayyid Ahmad ibn Idris berpandangan rezeki adalah jaminan Allah SWT kepada seluruh makhluk. Allah SWT adalah Pemberi Rezeki yang mutlak dan makhluk hanya perantaraan sahaja dalam usaha menjemput rezeki. Tawakkal adalah benteng utama bagi menghilangkan segala keraguan dan kebimbangan terhadap rezeki yang terletaknya di dalam hati. Meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT dalam urusan rezeki akan melahirkan ketenangan dan menjauhi keluh kesah

    Memperkasa Nilai Keharmonian Masyarakat Majmuk Madani Berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah: Empowering The Value of Harmony in a Civil Pluralistic Society Based on the Quran and Sunnah

    Full text link
    Keharmonian merupakan tunjang kepada kesatuan dan tanpa adanya perpaduan, adalah mustahil sesebuah masyarakat berdaya untuk menapak maju ke hadapan. Kemajmukan masyarakat pula merupakan salah satu cabaran dalam menerapkan nilai keharmonian kerana kepelbagaian identiti dan latar mewujudkan perbezaan yang boleh membawa kepada konflik serta ketegangan. Nilai keharmonian ini sememangnya bergerak seiring dengan pembentukan masyarakat madani. Ketika Rasulullah SAW mula-mula dilantik menjadi utusan Allah, mesej kesejahteraan dan kerharmonian merupakan di antara perkara yang baginda tekankan kerana masyarakat tanah Arab pada zaman tersebut terkenal dengan sikap asabiyah. Usaha baginda SAW ini berjaya membuahkan hasil dengan pembentukan negara Islam Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar masyarakat. Ini membuktikan bahawa keharmonian boleh diterapkan walaupun adanya perbezaan dan prinsip pembangunan negara Islam Madinah boleh kita jadikan contoh. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengkaji kaedah dan formula bagi memperkasa nilai keharmonian dalam masyarakat majmuk melalui analisis ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Berdasarkan kajian, terdapat tiga konsep yang boleh dipraktikkan iaitu al-ta‘āruf, al-ta‘āwun, dan al-tanāsuh. Ketiga-tiga konsep ini boleh dijadikan kerangka dalam membangunkan program serta aktiviti model insan untuk memperkasa keharmonian dalam pelbagai peringkat institusi dan lapisan masyarakat

    Prospek Penyelidikan Tafsir Mawdu'i di Malaysia: Prospects for Tafsir Mawdu'i Research in Malaysia

    Full text link
    Kajian tafsir mawdu'i di Malaysia memberikan prospek yang menarik bagi pemahaman mendalam terhadap warisan intelektual Islam dalam konteks tempatan. Artikel ini menggambarkan landskap penyelidikan tafsir mawdu'i dan menyoroti cabaran serta peluang yang dihadapi oleh para penyelidik dalam usaha mereka untuk mengembangkan bidang ini di Malaysia. Melalui pendekatan kritikal terhadap sumber-sumber primer dan sekunder, artikel ini membincangkan kepentingan tafsir mawdu’i dalam konteks Malaysia dan bidang penyelidikan tafsir mawdu’i. Selain itu, artikel ini mengemukakan langkah-langkah memperkasakan penyelidikan tafsir mawdu’i di Malaysia. Data dikumpul melalui analisis dokumen dan dianalisis secara deskriptif. Kajian ini memberikan wawasan yang bernilai kepada para penyelidik yang berminat dalam bidang ini di Malaysia dan di seluruh dunia

    Contentment Elements in The Context Of Depression Women: Elemen Kepuasan dalam Konteks Wanita yang Mengalami Kemurungan

    Full text link
    Nowadays mental health is one of the main issues in women or careerwomen.  There are many factors highlighted by researchers and plenty of safety measures were considered to overcome this issue. In this research, we listed out some of the factors of depression among married women. These include economic factors, lack of communication, jealousy, and even outlook on religion. We dive into Islamic perspective as guidance for every woman afflicted. The elements that we called attention to are life balance, patience, optimism, self-serenity, and composure upon facing depression crisis. Qualitative interviews were carried out on four participants aged 30 to 50 years-old and N-Vivo 12.0 software was used to achieve the most accurate analysis whilst finding out the effects of depression trauma.  Various negative and positive effects encountered by participants are found in this research. Undeniably, all individuals are being tested on their struggles to learn and improve themselves to grasp happiness and self-possession to pull off their married lives.

    Historiografi Liberalisme dalam Dasar Luar Amerika Syarikat: Historiography of Liberalism in United States Foreign Policy

    Full text link
    Dalam pengajian Islam, kajian terhadap liberalisme dapat diperhatikan antaranya dalam aspek historiografi ideologi ini. Walau bagaimanapun, kajian sejarah ideologi ini dalam dimensi politik antarabangsa, khususnya dalam konteks dasar luar kuasa Barat pada hari ini – khususnya Amerika Syarikat – masih belum dilaksanakan dalam pengajian Islam. Sorotan dari sudut literatur mendapati bahawa bahawa topik tersebut sama ada hanya diulas secara ringkas atau tidak menjadi fokus dalam kajian sama sekali. Sehubungan dengan itu, untuk mendiskripsikan sejarah dan perkembangan “liberal internasionalisme” dalam dasar luar Amerika Syarikat semenjak era kemerdekaan Amerika Syarikat dan sehinggalah era pasca Perang Dingin, kajian ini dengan menggunakan kaedah kualitatif – kajian dokumen dan kajian pensejarahan – akan menganalisis sumber-sumber sekunder daripada literatur hubungan antarabangsa. Kajian ini mendapati bahawa liberalisme dalam bentuk tradisi dan ideologi dasar luar Amerika Syarikat dapat dilihat dalam agenda dan usaha Washington yang berusaha untuk mempromosi dan mempertahankan  demokrasi di seluruh dunia dalam sejarah dasar luarnya

    Kemajuan Inovasi Aplikasi Tahfiz Digital: Satu Kemudahan bagi Pengajian Tahfiz Al-Quran di Malaysia: Innovative Progress of Digital Tahfiz Application: A Facility of Tahfiz Al-Qur'an Study In Malaysia

    Full text link
    Pengajian Tahfiz antara modul pengajaran yang mengambil tempat di institusi kerajaan dan juga swasta. Saban tahun berlalu, jumlah pengeluaran huffaz dari institusi, pusat dan madrasah mencapai angka yang dapat dibanggakan. Ini kerana berimpak dari model dan modul pembelajaran yang digunakan dan diimplimentasikan dalam silibus pengajaran. Namun, mutakhir ini dunia sempat dikejutkan dengan penularan virus COVID-19 yang akhirnya sempat mengorbankan jutaan jiwa dan memusnahkan ekonomi di pelbagai negara, malah ianya juga memberi impak kepada sektor pendidikan termasuklah pengajian Tahfiz. Masyarakat dunia yang masih dalam proses adaptasi akhirnya menerima kenyataan betapa pentingnya teknologi dalam sektor kewangan dan pendidikan bagi meneruskan kembali rutin agar generasi baru ini tidak terkapai-kapai pada masa hadapan, walaupun hakikatnya ia memberikan kesan yang mendalam dalam sektor pendidikan, apabila standard pendidikan anak-anak berada di tahap yang tidak memuaskan. Justeru fokus kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti aplikasi digital Tahfiz yang wujud di dalam Google play dan Apps store dan kelebihan-kelebihannya. Dengan menggunakan metode kualitatif, iaitu analisis dokumen (kajian-kajian lepas) dan pemerhatian terhadap aplikasi di dalam pasaran digital, kajian ini mendapati terdapat sembilan aplikasi Tahfiz digital yang sedang dipasarkan di dalam Google Play dan Apps Store. Sekali gus menunjukkan kebolehpasaran inovasi digital dalam sistem pembelajaran dan pengajaran Tahfiz, ianya memperlihatkan kemampuan untuk institusi ini untuk bergerak seiring dengan aliran perdana yang lain. Persoalannya bagaimanakah penerimaan pelajar dan bagaimanakah impaknya kepada para pelajar, adakah hasilnya positif atau sebaliknya. Tahfiz studies are among the teaching modules that take place in government and private institutions. Every year that passes, the amount of huffaz production from institutions, centers and madrasahs reaches a figure that can be proud of. This is because of the impact of learning models and modules that are used and implemented in the teaching syllabus. However, recently the world was shocked by the contagion of the COVID-19 virus which ended up costing millions of lives and destroying economies in various countries, and it also had an impact on the education sector including Tahfiz studies. The world community, which is still in the process of adaptation, has finally accepted the reality of how important technology is in the financial and educational sectors in order to resume the routine so that this new generation does not go confused in the future. Despite the fact that it has a profound impact on the education sector when the standard of education of children child is at unsatisfactory level. Therefore, the focus of this research is to identify Tahfiz digital applications that exist in Google Play and Apps store and their advantages. By using qualitative methods, namely document analysis (past studies) and observation of applications in the digital market, this study found that there are nine digital Tahfiz applications that are being marketed in Google Play and the Apps Store. At once showing the marketability of digital innovation in Tahfiz's learning and teaching system, it shows the ability of this institution to move along with other mainstream trends. The question is how is the acceptance of the students and what is the impact on the students, is the result positive or otherwise

    Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Hafazan Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Secara Dalam Talian Terhadap Murid Sekolah Rendah Arab: The Implications of Online Teaching and Learning Hafazan in Pendidikan Islam Subject to Arabic Primary School Pupils

    Full text link
    Sesuatu tindakan atau perubahan dapat dilihat daripada hasil kecekapan dan keberkesanan mengoptimumkan semua prosedur bagi mendapatkan hasil terbaik dan paling diharapkan. Langkah penutupan sektor pendidikan dalam tempoh PKP telah mengubah proses PdP secara bersemuka yang dijalankan secara turun temurun selama ini di Malaysia kepada secara dalam talian dari rumah. Justeru itu, satu kajian dijalankan ke atas murid di sebuah sekolah rendah Arab di Melaka untuk mengenalpasti implikasi keberkesanan dan cabaran yang dihadapi oleh murid semasa PdP hafazan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam secara dalam talian. Sampel kajian dipilih menggunakan persampelan rawak mudah dan kelompok yang terdiri daripada murid Tahun 6. Satu set borang selidik berkomputer diedarkan, dan data yang dikumpul dianalisa menggunakan perisian Microsoft Excel dan SPSS Versi 25.0. Hasil daripada kajian, nilai purata skor min tahap keberkesanan yang diperolehi ialah 3.09 iaitu skala 3 (sederhana setuju). Terdapat penurunan sebanyak 19% tahap penguasaan hafazan berskala baik apabila PdP dijalankan secara dalam talian. 53.4% menggunakan telefon bimbit ibu bapa mereka untuk mengikuti kelas secara dalam talian. Malah, terdapat 28% responden menghadapi masalah rangkaian internet. Respon bahawa murid tidak setuju bahawa mereka jelas akan tajwid termasuk tanda bacaan semasa belajar hafazan secara dalam talian menunjukkan peratusan longgokan sebanyak 34.5%. Walaubagaimanapun, 41.4 % dan 27.6% responden yang respon bahawa mereka seronok belajar hafazan secara dalam talian dan berasa selesa berkomunikasi dalam talian. Namun, secara kesimpulannya, murid masih lagi memilih PdP secara bersemuka berdasarkan keputusan respon yang diperolehi iaitu 95%.

    203

    full texts

    229

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Pengajian Islam
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇