Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
229 research outputs found
Sort by
Cabaran Komunikasi Ibu Bapa Dalam Keluarga Muslim di Selangor: Parents Communication Challeges in Muslim's Family in Selangor
Communication is an important aspect of strengthening the well-being of a family. However, ineffective communication can have a negative impact and can cause havoc in families including Muslim families. To counteract these symptoms, parents are a key driver in shaping and guiding children and then establishing a family. This study discusses parent communication and parental communication challenges among Muslim families in Selangor. The objective of this article is to discuss the challenges parents communicate in Muslim families to educate children today. The methodology of this study is to use qualitative studies in the form of phenomenology. It is used to understand the challenges parents face in communicating with their children. The results show that parental communication can affect personal development, behavior and belief systems. In communicating with children, parents face a variety of communication challenges including failure to understand the child's needs, misunderstandings of the parent's message, parental misunderstandings, parental busyness, parenting attitude unable to control emotions, gender and age differences and the influence of gadgets on children. Therefore, it is hoped that parents can improve parenting and communication skills to cope with challenges wisely and reach a happy home
Abstrak
Komunikasi merupakan aspek penting dalam mengukuhkan kesejahteraan sesebuah keluarga.Walau bagaimana pun, komunikasi yang tidak efektif memberi impak negatif sekaligus mencetuskan kucar kacir dalam keluarga termasuk keluarga Muslim. Bagi membendung gejala ini, ibu bapa merupakan penggerak utama dalam membentuk dan membimbing anak-anak seterusnya mewujudkan sesebuah keluarga. Dalam kajian ini membincangkan berkaitan komunikasi ibu bapa dan cabaran komunikasi ibu bapa dalam kalangan keluarga Muslim di Selangor. Objektif artikel ini membincangkan cabaran komunikasi ibu bapa dalam keluarga Muslim mendidik anak-anak masakini. Metodologi kajian ini adalah menggunakan kajian kualitatif berbentuk fenomenologi. Ia digunakan bagi memahami cabaran ibu bapa dalam berkomunikasi dengan anak-anak. Hasil kajian menunjukkan bahawa komunikasi ibu bapa dapat memberi kesan kepada perkembangan peribadi, tingkah laku dan sistem kepercayaan. Dalam berkomunikasi dengan anak-anak, ibu bapa menghadapi pelbagai cabaran komunikasi antaranya kegagalan memahami kehendak anak, anak-anak tidak memahami mesej yang disampaikan oleh ibu bapa, mesej tidak sampai disebabkan kelekaan anak-anak, kesibukan ibu bapa dalam menunaikan tanggungjawab, sikap ibu bapa yang tidak dapat mengawal emosi, perbezaan jantina dan peringkat umur serta pengaruh gajet kepada anak-anak.Oleh itu, diharap agar ibu bapa dapat meningkatkan ilmu keibubapaan dan kemahiran komunikasi bagi menangani cabaran dengan penuh hikmah dan dapat mencapai rumah tangga yang bahagia
Elemen Syukur Dalam Psikoterapi Islam:Adaptasi Terhadap Rawatan Pedofilia: Element of Gratitude in Islamic Psychotherapy:Adaption for Pedophilia Treatment
Pedophilia is an inverse sexual category born of human greed in the pursuit of lust. The dangers of pedophilia can spread in Malaysian society when most victims become predators at one level. Therefore, it is important that this study be discussed so that there is a scientific effort on this issue in society. This article aims to examine the concepts and content of gratitude that can be adapted to the treatment of pedophilia. Using qualitative methods, this study found many Quranic verses and hadiths to be used as arguments for gratitude in Islamic psychotherapy. In fact, there are some scholars of Sufism using gratitude as elements of al-Nafs psychotherapy and tazkiyah in their respective works. Therefore, the adaptation of the gratitude element to the pedophiles can serve as the basis for the Islamic rehabilitation and psychotherapy treatment module in particular.
Abstrak
Pedofilia adalah satu kategori seksual songsang yang lahir akibat kerakusan manusia dalam mempertuhankan nafsu dan syahwat. Pengaruh bahaya pedofilia ini boleh merebak dan menular dalam masyarakat Malaysia apabila kebanyakan mangsa akan menjadi pemangsa pada satu tahap. Oleh itu, penting kajian seperti ini dibahaskan agar menyumbang usaha ilmiah berkenaan isu sebegini dalam masyarakat. Artikel ini bertujuan untuk meneliti konsep dan intipati syukur yang dapat diadaptasi kepada rawatan pedofilia. Dengan menggunakan metode kualitatif, kajian ini telah menggunakan dua kaedah, iaitu analisis dokumen dan temubual responden. Seramai 10 pesalah pedofilia telah ditemubual bagi mengumpulkan data kajian. Artikel ini mendapati beberapa ayat al-Quran dan hadis yang sesuai dijadikan sebagai dalil tentang syukur dalam merawat pedofilia. Malah, terdapat dalam kalangan sarjana dan tokoh ilmuan tasawuf menjadikan syukur sebagai elemen psikoterapi dan penyucian jiwa dalam karya masing-masing. Justeru itu, pengadaptasian elemen syukur terhadap golongan pedofilia dapat dijadikan sebagai asas kepada modul rawatan pemulihan dan psikoterapi Islam secara khusus.  
Sokongan Sosial: Satu Keperluan Dalam Pemerkasaan Saudara Baru: Social Support: A Need for Empowerment New Muslims
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan sokongan sosial yang boleh membantu dalam menangani masalah saudara baru yang memerlukan bantuan dan dorongan selepas memeluk agama Islam. Dalam pada itu terdapat banyak cabaran serta permasalahan yang dihadapi oleh mereka dalam menjalani kehidupan sebagai seorang saudara baru. Sebagai saudara baru, mereka memerlukan sokongan sosial dari ahli keluarga, masyarakat, pendidikan dan bimbingan agama, pekerjaan dan bantuan kewangan. Penulisan ini akan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan menganalisis dokumen yang berkaitan dengan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa, sokongan sosial yang diperlukan saudara baru mempunyai pelbagai aspek seperti sokongan dari keluarga, sokongan dari masyarakat, penghargaan kendiri, kewangan dan kebajikan, pekerjaan, pendidikan dan bimbingan agama, dakwah dan kaunseling dan pendekatan emosi. Oleh itu semua saudara semuslim memainkan peranan penting dalam memberi sokongan kepada saudara baru supaya dapat membimbing saudara baru terus berpegang teguh dengan agama islam dan menjalani kehidupan sebagai saudara baru dengan baik.
This study aims to identify the need for social support that can help in dealing with the problems of Muslims convert who need help and encouragement after embracing Islam. In the meantime, there are many challenges and problems faced by them in living life as a Muslims convert. As Muslims convert, they need social support from family members, the community, education support and religious guidance, employment and financial aid. This paper will use library research and analyze the documents related to the study. The results of the study found that, the social support needed by Muslims convert has various aspects such as support from family, support from society, self-esteem, finance and welfare, employment, education and religious guidance, da'wah counseling and emotional approach. Therefore, all Muslim play an important role in giving social support and guide to Muslims convert to remain and firm believe in Islam and live life as New Muslims well
Kajian Pengurusan Korban di Aqiqah Nasional Enterprise: Korban Management:Study in Aqiqah Nasional Enterprise
This research aims to determine what is the mechanism practice of korban online in the institution of Aqiqah Nasional Enterprise through out the compliance with rule in Islamic jurisprundence. The research method used is descriptive qualitative method. The results of this study demonstrate the mechanism practice of korban online through ANE starting from ordering, choosing, paying, checking the quality and quantity, distribution, until to verification (documentation) with payment can be done directly (at the counter) and indirectly (website and online shopping sites). The implementation of korban and akikah in ANE is akad wakalah and bai` salam contracts. The practice of sacrifice was accordance with Islamic jurisprundence, because pillars and terms requirements are met.
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana mekanisma korban online yang ada di Aqiqah Nasional Enterprise serta kesesuaiannya dengan aturan dalam fiqh Islam. Metode penelitian menggunakan metode penelitian deskriptif kualitatif. Hasil penelitian ini menunjukkan mekanisma korban online melalui ANE bermula dari memesan, memilih, membayar, pengesahan kualiti dan kuantiti, penyaluran, hingga pembuktian (dokumentasi) dengan pembayaran yang dapat dilakukan secara langsung di kaunter dan secara tidak langsung di laman sesawang. Pelaksanaan ibadah korban di ANE menggunakan akad wakalah dan bai` salam. Aplikasi korban tersebut sesuai dengan fiqh Islam kerana rukun dan syaratnya sempurna
Pemikiran Radikal Politik Kepartian Melayu Islam di Malaysia:Analisa Peristiwa Takfir: Radical Thought of Political Islamic Malay Party in Malaysia:Takfir Events Analysis
The matter of alleged infidelity in religion is a phenomenal issue among Islamic movement nearly throughout the world. Malaysia is not excluded in facing this issue especially in politics. The main problem in this article is focusing on observation towards the incidents of alleged infidelity happened in Malaysia, which need for careful evaluation considering such incidents can reoccur and disrupt stability and peace of the country. PAS the only Islamic Party based of Islamic Movement. This article aimed to analyse major incidents related to alleged infidelity happened in Malaysia through few point of views, such as assignment of law, radicalism, democracy, Islam Country and Infidel Country. This research is qualitative, using document analysis method. Analysis is done by evaluating effects on society generally. The outcome shows radicalism mindset exists in the incidents, although such outlook is not currently applied among Islamic party and Islamic Movement regarding political situation in Malaysia, especially during post PRU-14.
Abstrak
Isu takf?r merupakan isu yang menjadi fenomena di dalam gerakan Islam hampir di seluruh dunia. Malaysia di antara negara yang tidak terkecuali berhadapan dengan isu takf?r ini khususnya di dalam isu politik. Permasalahan utama dalam penulisan ini ialah penelitian terhadap peristiwa-peristiwa takf?r yang berlaku di Malaysia seputar Parti Islam Se-Malaysia PAS yang mana perlu diteliti dengan baik kerana peristiwa seumpama itu boleh berulang dan menganggu kestabilan dan keamanan negara. PAS merupakan satu-satunya Parti Politik yang berasaskan gerakan Islam di Malaysia. Objektif penulisan ini ialah menganalisa peristiwa-peristiwa besar berkaitan takf?r yang pernah berlaku di Malaysia dari beberapa sudut seperti pengistinbatan hukum, radikalisme, Negara Islam dan Negara Kafir dan demokrasi. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode analisis dokumen. Analisis dilakukan dengan menilai berasaskan kesan kepada sosio masyarakat umumnya. Hasil kajian menunjukkan corak pemikiran radikalisme wujud dalam peristiwa yang diketengahkan namun corak tersebut tidak diaplikasi parti Islam dan Gerakan Islam dalam situasi politik Malaysia masakini khususnya pasca PRU 14
Sumbangan Shaykh Muhammad Mutawalli Al-Sha'rawi Terhadap Dunia Islam: Shaykh Muhammad Mutawalli Al-Sha'rawi Contributors to the Islamic World
Quran is the holy book of Muslims that is always be read, practiced and referred. The fields of knowledge of Quran include qir?’?t, tafsir, tajwid, asb?b al-nuz?l and many others. At each age, these fields of Quranic knowledge eventually produce great figures. Thus, this article discusses a well-known figure in the field of Quranic knowledge, Shaykh Muhammad Mutawall? al-Sha‘r?w?. He is a prolific Muslim figure who debates extensively on current issues and challenges faced by Muslims. He also produced many works and held important positions throughout his life to serve the community. One of his great works which became a main reference is Tafsir al-Sha‘r?w?. This paper focuses on the contributions towards the Islamic world by Shaykh Muhammad Mutawall? al-Sha‘r?w? throughout his life. The lack of acknowledgement and recognition of his contribution is the problem statement of this study. This study used qualitative method, utilizing literature review and observation for data collection. Findings of this study indicate that Shaykh Muhammad Mutawall? al-Sha‘r?w? made significant contributions to Muslims in the form of good deeds, knowledge, writings and services while in office. Findings from this study contribute to the pool of research on Shaykh Muhammad Mutawall? al-Sha‘r?w? and other figures in this field.
Abstrak
Al-Quran merupakan sebuah kitab suci umat Islam yang sentiasa dibaca, diamalkan dan dijadikan rujukan. Antara ilmu al-Quran yang dipelajari adalah ilmu qir?’?t, ilmu tafsir, ilmu tajwid, asb?b al-nuz?l dan sebagainya. Pada setiap zaman, bidang al-Quran pasti akan melahirkan tokoh-tokoh yang terkemuka. Justeru itu, artikel ini membincangkan seorang tokoh al-Quran yang masyhur iaitu Shaykh Muhammad Mutawall? al-Sha‘r?w?. Beliau merupakan seorang tokoh Islam prolifik yang banyak membahaskan mengenai isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam. Beliau banyak menghasilkan karya-karya dan memegang jawatan-jawatan penting sepanjang kehidupan beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat. Antara karya beliau yang agung dan menjadi rujukan adalah kitab Tafsir al-Sha‘r?w?. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada sumbangan-sumbangan yang dicurahkan sepanjang kehidupan beliau terhadap dunia Islam. Permasalahan kajian ini adalah kerana masyarakat masih tidak mengenali dan mengetahui sumbangan beliau. Metode kajian dilakukan secara kualitatif manakala pengumpulan data dijalankan menerusi kaedah kepustakaan dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati Shaykh Muhammad Mutawall? al-Sha‘r?w? memberi sumbangan yang besar kepada umat Islam dalam bentuk kebajikan, keilmuan, penulisan dan perkhidmatan jawatan. Diharapkan kertas kerja ini dapat memberi sumbangan dan manfaat dalam aspek kajian terhadap Shaykh Muhammad Mutawall? al-Sha‘r?w? dan tokoh-tokoh yang lain dalam lapangan ini.
 
Kepentingan Jati Diri Dalam Mengurus Cabaran Dakwah Menurut Perspektif Al-Quran:Analisis Terhadap Kisah Nabi Ibahim AS: The Importance of Personality in Managing Da'wah Challenges According to Al-Quran Perspecives:Analysis of the Story of Ibrahim AS
The challenge in preaching the Da'wah requires strong personality so as not to give up on the tests faced. The story of Ibrahim AS ought to be a backup in conveying Islamic Da'wah. This writing will discuss the importance of personality in the face of a specific Da'wah challenge by referring to the story of Ibrahim AS. This study shaped qualitative study with the design of a synthesalized (content analysis). The instrument of study used is a document, which is analysed with a missed approach. The result of the study found that the prophet Ibrahim had great personality when brave to convey preaching to the wrongdoers, King Namrudh, bravery to say the truth to his father, to be faithful to Allah SWT while his father was a carvers statue of Idols. Have a high confidence and clever sense to be able to argue with his father of God, a high tawakkal while making her people think will be astray worship Idol. The personality was very great when he was brave in crushing his people, obedient God's instruction to build Ka'abah. It is clear that the personality is importance in managing the challenges of preaching.
Abstrak
Cabaran dalam penyampaian dakwah memerlukan jati diri yang utuh supaya tidak berputus asa atas ujian yang dihadapi. Kisah dakwah Nabi Ibrahim AS wajar dijadikan sandaran dalam menyampaikan dakwah Islam. Penulisan ini akan membincangkan berkenaan kepentingan jati diri dalam menghadapi cabaran dakwah khusus dengan merujuk kepada kisah Nabi Ibrahim AS. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan reka bentuk pensejarahan (analisis kandungan). Instrumen kajian yang digunakan ialah dokumen, ianya dianalisis dengan pendekatan induktif. Hasil kajian mendapati Nabi Ibrahim AS mempunyai jati diri yang hebat apabila berani menyampaikan dakwah kepada pemimpin yang zalim iaitu Raja Namrudh, Keberanian menegur ayah Baginda AS supaya beriman kepada Allah SWT sedangkan ayah Baginda AS adalah seorang pengukir patung berhala. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan akal yang bijak sehingga mampu berhujah dengan ayahnya tentang tuhan, tawakkal yang tinggi ketika mengajak kaumnya berfikir akan kesesatan penyembahan berhala. Jati diri yang dilihat amat hebat apabila Baginda AS berani menghancurkan berhala sembahan kaumnya, patuh suruhan Allah supaya membina ka’abah. Ianya jelas bahawa jati diri penting dalam mengurus cabaran dakwah.
 
Faktor Berhutang dalam Kalangan Belia Muslim: Factor of Indebtedness Among Muslim Youth
Hutang adalah masalah biasa dalam ekonomi moden negara kita. Kesukaran yang mungkin berlaku dengan pembayaran hutang walaupun dalam kes yang melampau cenderung mempengaruhi kesejahteraan harta benda dan kepuasan umum dengan pekerjaan semasa. Makalah ini meneroka faktor keberhutangan di kalangan pemuda Muslim di Malaysia. Kekurangan sumber ekonomi yang merupakan pendapatan akan menyebabkan pengguna memilih jalan hutang untuk memenuhi keperluan dan juga kemudahan lain untuk keselesaan seumur hidup. Data dikumpulkan berdasarkan penelitian literatur dan perpustakaan sebagai data sekunder. Dapatan kajian ini mengenai faktor hutang adalah kos sara hidup yang tinggi, sikap materialistik, tingkah laku tamak, pengurusan kewangan yang lemah, tahap pendapatan rendah, kad kredit dan pinjaman pendidikan. Kajian ini juga membincangkan batasan dan cadangan untuk kajian masa depan.
Debt is a common problem in the modern economy of our country. Difficulties that may occur with debt repayment even in extreme cases tend to affect property well-being and general satisfaction with current employment. This paper explores the factors of indebtedness among Muslim youth in Malaysia. The limited resources of the economy which is income will cause consumers to choose the path of debt to meet the needs and also other facilities for lifelong comfort. Data were collected based on literature and library research as secondary data. The finding of this study regarding the factors of indebtedness are high living cost, materialistic attitude, greed behavior, poor financial management, low income level, credit card and education loan. This study also discusses the limitations and recommendations for future studies
Kesedaran Terhadap Pengaruh Rakan dalam Sebaran Kefahaman Syiah: Kajian Kes dalam Kalangan Pelatih-Pelatih Institut Pendidikan Guru di Selangor: Awareness of The Influence of Partners in The Spread of Syiah Understanding: A Case Study Among The Institute of Teacher Education in Selangor
Sejak dahulu lagi kemelut dunia Islam melibatkan pelbagai pengaruh fahaman menyebabkan umat Islam sentiasa diancam. Kebelakangan ini pula di Malaysia terdapat banyak kes umat Islam yang terlibat dengan sebaran fahaman sesat. Sebahagian umat Islam mula bergerak aktif secara persendirian atau berkumpulan dan terikut Syiah sekaligus merosakkan aqidah dan syariat dalam kehidupan. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesedaran terhadap pengaruh rakan dalam sebaran kefahaman Syiah dalam kalangan pelatih-pelatih institut pendidikan guru di Selangor. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif dan mengumpulkan data melalui analisis dokumen dan instrumen soal selidik. Kajian ini juga menjalankan teknik pensampelan bertujuan (purposive sampling) dan melakukan analisa deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai. Keseluruhan kajian mendapati tahap kesedaran terhadap pengaruh sebaran kefahaman Syiah dalam kalangan pelatih–pelatih Institut Pendidikan Guru di Selangor berada pada tahap rendah dengan nilai min 1.97. Walaupun pengaruh sebaran kefahaman syiah yang berlaku dalam kalangan guru-guru pelatih rendah, namun perkara ini perlu diberi perhatian agar ia dapat dicegah dan dibendung lebih awal sebelum terus merebak dan menjadi parah. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu merangka dasar baru pendidikan akidah dalam menangani penularan pengaruh Syiah di Malaysia.
Since the turmoil of the Islamic world involving various religious influences has caused Muslims to be constantly threatened. Recently, in Malaysia, there are many cases of Muslims involved in the spread of different ideologies. Some Muslims begin to involved actively individually or through organizations which follow the unislamic ideology of Shiites which destory the true Islamic teaching on aqeedah and syariah laws. Therefore, this study aims to examine the awareness of the influence of peers in spreading of Shiite’s ideologies among trainees of the Institutes Education in Selangor. This study uses quantitative methodology and collects data through document analysis and questionnaire instruments. This study also conducts purposive sampling techniques and performs descriptive analysis using mean and standard deviation. The entire study found that the level of awareness on the influence of the spread of Shiite’s ideologies among trainees of the Institute of Education in Selangor is at a low level with a mean value of 1.97. Despite the influence of the spread of Shiite’s ideologies that occurs among the lower trainees, but this matter needs to be give an attention so that it can be prevented and curbed earlier before it continues to spread and become severe. The findings of this study are expected to help formulate a new policy of faith education in dealing with the spread of Shiite’s ideologies in Malaysia
Gaya Komunikasi Puan Siti Nadzrah Sheh Omar dalam Pembentukan Sahsiah Anak: (Style Communication Siti Nadzrah Sheh Omar in The Development Character of The Children)
oai:ojs.pkp.sfu.ca:article/1Mother plays an important role as primary motivator in a child character building. A mother needs to be wise in dealing with changes of character among children. Good communication with children is vital in forming harmonious relationship apart from influencing their moral and social character. Hence, this study aims to elucidate the communication style according to Islamic and Western perspectives. Therefore, this study focuses on the style of communication practiced by a mother named Madam Siti Nadzrah binti Sheh Omar who has succeeded in establishing the character of children and educating the children becoming professional huffaz (profazz). This study is qualitative in nature that adopts phenomenological approach. Data is obtained through structured interviews and is analyzed thematically. The results of the study found that Madam Siti Nadzrah binti Sheh Omar had practiced 10 of various communication styles in character development of her children consisting of Qaulan Sad?d?, Qaulan Ma’r?f?, Qaulan Qaulan Layyina, animated communication styles, dramatic communication styles, open communication styles, friendly communication styles, attentive communication styles, strict communication styles and assertive communication styles. The experience of Madam Siti Nadzrah binti Sheh Omar communication style has certainly able to instil good values in her children and stimulate positive ambiances in their character building.
ABSTRAK
Ibu memainkan peranan penting sebagai penggerak utama dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Seorang ibu juga perlu bijak dalam menangani karenah dan perubahan tingkah laku anak-anak. Gaya komunikasi dengan anak yang baik mampu membentuk hubungan yang harmoni dan dapat mempengaruhi sosial dan akhlak anak. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji gaya komunikasi menurut perspektif Islam dan Barat. Oleh itu, kajian ini menumpukan kepada gaya komunikasi yang diamalkan oleh seorang ibu yang bernama Puan Siti Nadzrah Binti Sheh Omar yang telah berjaya membentuk sahsiah anak-anak dan mendidik anak-anak menjadi profesional huffaz (profazz). Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif iaitu fenomenologi, data diperolehi melalui temubual struktur dan data dianalisis secara tematik. Hasil kajian mendapati bahawa Puan Siti Nadzrah Binti Sheh Omar telah mempraktikkan 10 gaya komunikasi dalam pembentukan sahsiah anak-anaknya. Ia terdiri daripada Qaulan Sad?d?, Qaulan Ma’r?f?, Qaulan Qaulan Layyina, gaya komunikasi animasi, gaya komunikasi dramatik, gaya komunikasi terbuka, gaya komunikasi sahabat, gaya komunikasi atentif, gaya komunikasi tegas dan gaya komunikasi asersif. Pengamalan gaya komunikasi ibu ini telah berjaya membentuk jiwa anak-anaknya dengan sifat mahmudah dan dapat memberi rangsangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah mereka