Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
    229 research outputs found

    Solat Dan Kaifiyat Solat Berdasarkan Golongan Anti Hadis: Anti-hadith Group's (GAH) Stance on Prayer and Kaifiyat Prayer

    Full text link
    Hadis merupakan sumber kedua Islam selepas al-Quran yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW dari segi perkataan, perbuatan, perakuan dan sifat tubuh badan (jasmani) atau akhlak (rohani). Ia berperanan sebagai penjelas kepada isi kandungan al-Quran dengan lebih terperinci. Namun terdapat sekelompok masyarakat yang terpengaruh dengan pemikiran orientalis barat sehingga mereka tergolong sebagai kelompok yang beraliran anti hadis. Golongan ini berpegang dan beramal dengan intipati al-Quran semata-mata dan menolak autoriti hadis sebagai sumber perundangan Islam yang kedua. Kajian ini bertujuan mengkaji pegangan golongan anti hadis (GAH) dari aspek al-Quran, hadis, akidah dan syariat. Secara khususnya, kajian ini memfokuskan kepada pendirian golongan ini terhadap isu solat iaitu yang berkaitan (i) pensyariatan solat, (ii) waktu solat, (iii) kaedah-kaedah solat dan (iv) rakaat solat. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengumpulkan data daripada buku, jurnal dan artikel. Analisis data pula dilakukan secara deskriptif tematik. Kajian mendapati bahawa pendirian golongan anti hadis (GAH) terhadap isu solat dan kaifiyat solat adalah salah dan terpesong kerana mereka mentafsirkan ayat al-Quran berkaitan solat mengikut logik akal semata-mata dan tidak menjadikan hadis sebagai panduan. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya golongan ini seterusnya memberi manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam usaha membanteras golongan ini di Malaysia.Hadith is the second source of Islam after the Quran which is based on the Prophet Muhammad SAW in terms of words, actions, testimonies and the nature of the body (physical) or morals (spiritual). It provides a more complete explanation of the content of the Quran. However, there is a subset of people who are opposed to hadith because they have been affected by western orientalist thought. This group rejects the legitimacy of the hadith as the second source of Islamic law and only accepts the Quranic text as the final authority. The purpose of this study is to investigate the anti-hadith group's (GAH) opinions from the perspectives of the Qur'an, hadith, creed, and sharia. This study focuses on this group's stance on matters related to (i) prayer requirements, (ii) prayer times, (iii) prayer rules, and (iv) prayer rakats. By gathering information from books, journals, and articles, this study is qualitative. The analysis of the data is descriptive and thematic. According to the study, the anti-hadith group's (GAH) stance on prayer and kaifiyat prayer is incorrect and twisted because they interpret the Qur'anic verses regarding prayer using just their own reasoning without referencing any of hadith. Therefore, this study is expected to bring awareness to the community about the risks posed by this organization and help those who are involved in efforts to eradicate this group in Malaysia

    Cabaran Mualaf di Malaysia dan Cadangan Penyelesaian: The Challenge of Converts in Malaysia and Proposed Solution

    Full text link
    Golongan mualaf merupakan mereka yang melalui proses perpindahan agama iaitu asalnya bukan beragama Islam lalu membuat keputusan untuk memeluk Islam.  Kesan daripada proses perpindahan tersebut, golongan mualaf sering ditimpa pelbagai cabaran sebagai seseorang yang baru sahaja mendapat status ‘muslim’.  Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh golongan mualaf di Malaysia.  Kajian ini akan dijalankan secara kualitatif menggunakan kajian kepustakaan untuk mengenalpasti kajian-kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan cabaran yang dihadapi oleh mualaf di pelbagai kawasan berbeza.  Pengkaji mencadangkan agar semua umat Islam mengambil cakna mengenai cabaran yang dihadapi golongan mualaf kerana mereka sangat memerlukan bimbingan dan sokongan daripada semua pihak.  Dapatan kajian ini penting untuk memberi gambaran kepada semua masyakarat Islam dan agensi dakwah yang berkenaan tentang isu yang berlaku dalam kalangan mualaf agar suatu perancangan sistematik dapat dilaksanakan

    صورة المرأة في رواية عذراء جاكرتا لنجيب الكيلاني وغرق السفينة "فين دا وايك" لحمكا من منظور النسوية الإسلامية: The Image of Women in the Novel “The Virgin of Jakarta” by Najib al-Kilani and the Novel “The Sinking of The Ship "Van Der Wijick” by Hamka from an Islamic feminist Perspective.

    Full text link
    هذه الدراسة تهدف إلى رؤية الأديبين العربي والملايوي في تصويرهما للمرأة وحالاتها في المجتمع الإسلامي الملايوي، فكلا الأديبين يختلفان في الثقافة والعادات. لذا تتطرق الدراسة إلى الكشف عن نظرة الأديبين حول قضية المرأة من الجانب النظرية النسوية الإسلامية في المجتمع الإسلامي بما فيها من المساواة بين الرجل والمرأة في ذلك العهد الذي تتحكم فيه العادات القوية في المجتمع، إلى جانب رؤية صورة المرأة البارزة في الروايتين. وتعتمد الدراسة على منهج التحليل الوصفي في تحليل صورة المرأة مستعينة بالنظرية النسوية الإسلامية، في معرفة كيف أشكال وصور المرأة الملايوية والتعامل معها. وأما النتائج البحث التي توصلت إليها الباحثة في هذه الدراسة فهي أن الأديب نجيب الكيلاني في روايته "عذراء جاكرتا" والأديب حمكا في روايته "غرق السفينة "فين دا وايك" (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijick) التزم بمبدأ الأدب الإسلامي للمرأة، وأحسن التصوير صورة المرأة وفقًا للرؤية الإسلامية، وتصوير حياة المرأة التي ما زالت تعيش في البيئة العائلية والتقليدية المحكمة. وقد تم اختيار الرواية "عذراء جاكرتا" وغرق السفينة "فين دا وايك" (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijick) لأن هاتين الروايتين من مؤلفات الأديبين المشهورين في الأدب الإسلامية وتركزان على ثقافة واحدة.This study looks at how Arab and Malay writers portray women and their situation in Malay Islamic Society, despite their cultural and tradition differences. Therefore, the study explores the writer’s perspective on the issue of women from perspective of Islamic feminist theory in Islamic society, including equality between men and women in that period that is governed by strong social customs, as well as the prominent image of women in the two novels. The study employed descriptive analysis approach in analyzing the image of women, using the Islamic feminist theory to understand, how Malay women’s forms and images appear and how to deal with them. According to the research finding from this study, the writer Najib al-Kilani in his novel “The virgin of Jakarta” and the writer Hamka in his novel “The Sinking of The Ship Van Der Wijick” adhered to the principle of Islamic Literature for women and portrayed the image of women according to Islamic view and portrayed the life of women who still live in the family environment and the traditional court. The novel “The Virgin of Jakarta” and “The Sinking of The Ship Van Der Wijick” were chosen because these two novels are among works of famous writers in Islamic Literature and they focus on one culture.  

    Penganjuran Acara Mesra-Muslim - Sebuah Cadangan Garis Panduan : Muslim-Friendly Event – Proposal For A Guideline

    Full text link
    Acara ialah program keramaian yang dianjur oleh satu pihak sebagai tuan rumah, dan pihak ‎lain sebagai tetamu yang dilayan. Dalam tradisi keilmuan Islam, ia disebut sebagai dhiyafah ‎‎(resepsi tetamu) dan ia adalah satu tuntutan dalam Islam. Namun, pembaca yang menyelurusi kitab turath akan mendapati terdapat banyak elemen resepsi yang sangat berat untuk diamalkan oleh setiap Muslim. Standard/garis panduan biasa pula tidak memerhatikan soal iman dan hukum hakam Islam. Dengan menggunakan kaedah induktif terhadap Qur’an dan hadis serta sistesis dengan rekabentuk standard dan garis panduan yang sering dipakai, kajian ini mencadangkan satu garis panduan untuk penganjuran acara yang dipayung di bawah jenama Mesra Muslim. Kajian ini menyentuh pelbagai aspek penganjuran acara dan resepsi tetamu merangkumi standard, garis panduan dan fatwa sedia ada yang perlu dibaca bersama, persiapan pengurusan, jemputan dan sambutan tetamu, hidangan makanan, hiasan dan persembahan, serta tuntutan fardhu ain. ‎Kajian ini berpotensi untuk menambah baik standard MS 2610:2015 Muslim-Friendly ‎Hospitality Services Requirements yang dikeluarkan Jabatan Standard Malaysia, atau sebagai rujukan agensi yang melihat keperluan adanya garis panduan tersebut

    Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran: Tinjauan Terhadap Aspek Etika dan Kesannya dalam Pembentukan Nilai Moral: The Use of Technology in Teaching and Learning Al-Quran: An Overview of Ethical Aspects and Its Impact on The Formation of Moral Values.

    Full text link
    Kajian ini membincangkan mengenai pentingnya pemahaman dan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran serta kesannya dalam membentuk nilai moral dalam kalangan pelajar. Kajian ini memberikan tinjauan yang komprehensif terhadap aspek etika yang perlu diberi perhatian dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Kajian ini mengemukakan bahawa penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran mempunyai potensi yang besar untuk membentuk nilai moral dan etika yang positif dalam kalangan pelajar. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran perlu diselaraskan dengan prinsip-prinsip etika yang tinggi dan kesesuaian konteks sosial dalam usaha membentuk generasi muda yang berkualiti dengan nilai moral yang kukuh

    Keperluan Pembangunan Model Islamik Daya Tindak Keluarga dalam Menangani Gejala Gangguan Mental Remaja di Selangor : Analysis on The Need of Islamic Developmental Models in Familial Coping for Dealing with The Symptoms of Mental Disorders Among Teenagers in Selangor

    Full text link
    Dalam penyelidikan pembangunan model, analisis keperluan dijalankan bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan pengguna. Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan dan spesifikasi model islamik daya tindak keluarga dalam menangani gejala gangguan mental dalam kalangan remaja di Selangor. Bagi mewujudkan model yang mampu memenuhi keperluan keluarga sebagai pengguna, analisis keperluan telah dijalankan ke atas 4 orang ibu bapa yang mempunyai anak remaja yang mengalami gejala gangguan mental di sekitar negeri Selangor. Pengumpulan data adalah melalui temu bual separa berstruktur dan teknik persampelan melibatkan ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami gangguan mental yang menetap di negeri Selangor. Data kualitatif daripada temu bual dengan ibu bapa telah dikategorikan dan dianalisis untuk mengenal pasti tema untuk memahami data. Analisis data mencungkil tiga tema utama iaitu: (1) Kesediaan ibu bapa dalam menghadapi anak yang mengalami masalah gangguan mental, (2) Pendekatan dan tindakan yang diambil ibu bapa dalam merawat anak mereka yang mempunyai gangguan mental dan (3) Stigma dan pandangan masyarakat terhadap pesakit dan isu gangguan mental. Analisis dapatan menunjukkan bahawa model islamik daya tindak keluarga dalam menangani gejala gangguan mental dalam kalangan remaja berpotensi untuk berkembang dan ditambah baik. Selain daripada tiga tema utama yang dikenal pasti, cadangan dan spesifikasi yang diperolehi daripada temu bual dengan ibu bapa memberi maklumat berguna untuk membangunkan kandungan model. Dapatan ini akan digunakan untuk mereka bentuk dan membangunkan model dalam fasa seterusnya. Dapatan ini juga diharapkan dapat membantu dalam menghasilkan model yang mampu membantu mengurangkan masalah gangguan mental remaja dan memberi panduan kepada ibu bapa dalam berdaya tindak berlandaskan pendekatan secara Islam

    Sejarah Kemunculan Teori Hifz al-Nafs dalam Maqasid Syari‘at: Analisis Sorotan Teoritikal: History of The Emergence of Hifz Al-Nafs Theory in Maqasid Syari 'At: Analysis of Theoretical Review

    Full text link
    Sejarah kemunculan teori Hifz al-Nafs ini sering dikaitkan dengan perbincangannya yang begitu tuntas dalam ilmu Maqasid Syari‘at pada zaman al-Syatibi (790 H). Namun begitu, ia disangkal oleh beberapa literatur lepas apabila sebahagian mereka mendakwa bahawa kemunculannya telah lama wujud tatkala turunnya al-Quran dan al-Sunnah dan secara tidak langsung telah diperincikan oleh ilmuan-ilmuan Islam sebelum zaman al-Syatibi (790 H). Oleh yang demikian, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat kronologi sejarah kemunculan teori Hifz al-Nafs itu dengan lebih terperinci bersandarkan kepada pandangan-pandangan ulama silam dan kontemporari. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif dan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasi reka bentuk kajian. Manakala kaedah pengumpulan dan analisis data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen. Hasil dapatan menunjukkan bahawa, teori Hifz al-Nafs itu telah wujud lamanya di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Namun, teori Hifz al-Nafs itu secara istilahnya telah mula diperkenalkan oleh Abu Hassan al-Amiri (381 H) dalam bukunya yang masyhur al-I’lam. Walaupun kemunculan ilmu Maqasid Syari‘at secara mustaqil tidaklah dipopularkan oleh beliau, namun perbahasan tentang pecahan-pecahan ilmu tersebut telah lama diperkenalkan oleh beliau dengan susunan awalnya iaitu Hifz al-Nafs, Hifz al-Mal, Hifz al-Nasl, Hifz al-‘Ird dan Hifz al-Din. Teori ini mula digunakan dan dibincangkan secara meluas oleh kebanyakan ilmuan Islam selepasnya bermula kurun keempat Hijrah. Setelah runtuhnya kota Granada, Tahir Ibnu Asyur memperluaskan penulisan Maqasid Syariat hinggalah pada hari ini. Oleh itu, kejumudan sebahagian pihak yang terlampau taasub kepada kemunculan teori Hifz al-Nafs itu adalah daripada mazhab Maliki oleh al-Syatibi (790 H) perlulah diharmonikan dengan mengambil kira isi perbincangan dalam kajian ini. Kata kunci: Hifz al-Nafs, Kronologi, Maqasid Syari‘at, Sejarah, Teoritika

    تصميم دليل تقرير التدريب الميداني لدى طلبة مرحلة البكالوريوس في اللغة العربية: Development of Guidebook for Writing Practical Reports for Bachelor of Arabic Language Students

    Full text link
    الملخص أجري هذا البحث لتصميم دليل تقرير التدريب الميداني لدرجة البكالوريوس في اللغة العربية. تؤدي هذه الكتابة الأكاديمية إلى كتابة التقرير التدريب الميداني وهو شرط إلزامي للتخرّج في هذه الجامعة. واختار الباحثون عشوائيًا ستة نماذج للكتابة الأكاديمية من الطلاب الذين حققّوا مستوى ممتازًا في درجة البكالوريوس عن طريق أخذ العينة الغرضية. تتكون عينة الدراسة من طلبة الكلية الجامعية الإسلامية العالمية بسلانجور (KUIS) وطلبة جامعة العلوم الإسلامية الماليزية (USIM). من بين أهمية هذا البحث نقطة البداية من أخطاء استخدام اللغة والتي تتكون من أخطاء في النحو والصرف والنحو والتهجئة وأسلوب اللغة وتلك التي تحدث عادة في الكتابة. ولذا؛ يقترح هذا البحث تنظيم برامج خاصة وورش عمل مستمرة لصقل وتحسين مهارات الكتابة في الكتابة الأكاديمية.أجري هذا البحث لتصميم دليل تقرير التدريب الميداني لدرجة البكالوريوس في اللغة العربية. تؤدي هذه الكتابة الأكاديمية إلى كتابة تقرير التدريب الميداني وهو شرط إلزامي للتخرّج في هذه الجامعة. واختار الباحثون عشوائيًا ستة نماذج للكتابة الأكاديمية من الطلاب الذين حققّوا مستوى ممتازًا في درجة البكالوريوس عن طريق أخذ العينة الغرضية. تتكون عينة الدراسة من طلبة الكلية الجامعية الإسلامية العالمية بسلانجور (KUIS) وطلبة جامعة العلوم الإسلامية الماليزية (USIM). تكمن أهمية هذا البحث حول الأخطاء الشائعة في استخدام اللغة والتي تتكون من أخطاء في النحو والصرف والنحو والتهجئة وأسلوب اللغة وتلك التي تحدث عادة في الكتابة. ولذا؛ يقترح هذا البحث تنظيم برامج خاصة وورش عمل مستمرة لصقل وتحسين مهارات الكتابة في الكتابة الأكاديمية

    Penilaian Keberkesanan Kursus Etika dan Tamadun Berdasarkan Model Cipp: Analisis Faktor Eksploratori: Evaluation of The Effectiveness of The Ethics & Civilization Course Based on The Cipp Model: An Exploratory Factor Analysis

    Full text link
    Evaluation is a comprehensive data collection procedure that provides an initial assessment of the effectiveness of a program or curriculum. As a result, the purpose of this study is to examine the efficiency of the ethics and civilization course for UiTM Kota Kinabalu Sabah branch students using the CIPP model. This study is entirely quantitative, involving survey methodologies and questionnaire procedures. As respondents, 150 students from ethics and civilization courses participated. Cronbach's Alpha reliability and Exploratory Factor Analysis were used to assess the data descriptively (EFA). Since of outliers in the normalcy analysis, three respondents were eliminated from this study. Cronbach's Alpha is 0.952, which is above 0.70 as a result of the achieved normality value. Meanwhile, the Exploratory Factor Analysis (EFA) results show four factors with Elgen values in excess of 1.0 and KMO values (Kaiser-Meyer-Olkin) of 0.942 ≥ 0.6, indicating that variable items in the evaluation of the efficiency of the ethics and civilization course are intercorrelated. We identified a new factor that influences the evaluation of the efficiency of the ethics and civilization course as a result of the exploratory factor analysis (EFA) test. Following that, the Bartlett test is significant (Chi Square 6745.895, p < 0.05). This study included no exclusions, and all loading factor values were found to be greater than 0.05. As a result, the overall findings suggest that the items for evaluating ethics and civilization courses may be measured and answered the study's objectives. A total of 45 items have been validated and are suitable for measuring the success of CIPP-based ethics and civilization courses

    Masalah Spiritual Remaja Berisiko dan Faktor yang Mempengaruhinya: Suatu Kajian Literatur: Spiritual Problems among at-Risk Youth and Influencing Factors: A Literature Review

    Full text link
    Isu remaja berisiko bukan lagi perkara yang boleh dipandang remeh pada masa kini, sebaliknya ia merupakan di antara isu yang perlu diberikan perhatian. Peningkatan kes yang melibatkan remaja menunjukkan bahawa kadar keruntuhan akhlak remaja yang semakin membarah. Hal ini terjadi disebabkan oleh pengaruh luaran dan dalaman seperti cabaran anasir dan pengaruh luar berbentuk global yang amat mudah menjajah pemikiran dan mempengaruhi budaya remaja. Di samping itu, kekurangan ilmu pengetahuan berkaitan akhlak Islam juga membuatkan spiritual remaja tidak kuat bagi menghadapi cabaran tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku remaja berisiko dan masalah spiritual yang dihadapi oleh mereka menerusi sorotan literatur berkaitan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan terhadap penelitian ke atas kajian lepas berbentuk tesis, disertasi, artikel jurnal dan sebagainya. Hasil kajian mendapati bahawa perilaku seseorang remaja sama ada positif atau negatif dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran seperti kurangnya penghayatan ilmu agama, tekanan emosi, pengaruh rakan sebaya, media massa, pengaruh ibubapa, persekitan dan sebagainya. Beberapa masalah spiritual remaja berisiko juga turut dikenal pasti seperti al-halu’ (keluh kesah), hubbu al-dunya (cinta dunia), hasad dan sebagainya

    203

    full texts

    229

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Pengajian Islam
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇