Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
229 research outputs found
Sort by
Kesilapan Penafsiran Ayat-ayat Al-Quran oleh Golongan Anti Hadis di Malaysia:Kajian Terhadap Kassim Ahmad: Error of the Quranic Interpretation by the Anti Hadis in Malaysia:A Study on Kassim Ahmad
Generally, the verses of the Quran cannot be understood unless they are interpreted according to the certain methods. Thus, in interpreting the Quranic verses either by using the type of al-Tafsir bi al-Ma'thur or al-Tafsir bi al-Ra'yi, the scholars have provided the specific methods and guidelines to interpret the Quranic verses. These guidelines are intended to ensure that the texts of the Quranic verses are not interpreted according to their desires and are far from the exact purpose. Nonetheless, violations of the methods outlined in the interpretation of the Quranic verses are often committed by groups of particular interest in distorting Islamic teachings such as the Anti-Hadith, Shia, Sister in Islam and LGBT groups. This study will focus on the errors of the Anti-Hadith groups in Malaysia, in focusing on the study of Kassie Ahmad in understanding the Quranic verses. This study will refer to the works and writings that he has produced. The methodology used in this study is qualitative. The study found that the mistake made in understanding the Quranic verses was due to his inadequate understanding of Arabic language. At the same time, he failed to follow the guidelines set by the scholars in interpreting the Quran. In addition, he did not refer to the views of scholars who interpreted the verses in their interpretation. These factors have led him to misunderstand the contents of the Quranic verses correctly.
Abstrak
Secara umumnya ayat-ayat al-Quran tidak dapat difahami melainkan ianya ditafsir mengikut metode-metode tertentu. Justeru dalam menafsirkannya sama ada secara al-Tafsir bi al-Ma’thur atau al-Tafsir bi al-Ra’yi, para ulama telah meletakkan garis panduan serta metode-metode yang khusus buat ahli tafsir al-Quran. Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan agar nas-nas al-Quran tidak ditafsir mengikut hawa nafsu dan jauh tersasar daripada maksud yang dikehendaki. Namun demikian, perlanggaran terhadap metode-metode yang digariskan dalam penafsiran al-Quran sering kali dilakukan oleh golongan yang mempunyai kepentingan tertentu atau bertujuan untuk memesongkan ajaran Islam seperti golongan Anti Hadis, Syiah, Sister in Islam dan LGBT. Kajian ini akan memfokuskan kesilapan golongan Anti Hadis di Malaysia, yang dipelopori oleh Kassim Ahmad dalam memahami nas-nas al-Quran. Kajian ini akan merujuk kepada karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa kesilapan yang berlaku ketika memahami nas-nas al-Quran adalah disebabkan ketidakfahaman beliau terhadap Bahasa Arab secara mendalam. Dalam masa yang sama beliau gagal mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh para ulama dalam menafsirkan al-Quran. Di samping itu beliau tidak merujuk kepada pandangan para ulama tafsir yang muktabar dalam menafsirkan ayat-ayat tersebut. Faktor-faktor ini telah menjerumuskannya kepada kesilapan memahami nas-nas al-Quran secara tepat dan benar.
 
Aplikasi Fiqh Al-‘Awlawiyyah dalam Pengurusan Dakwah Pertubuhan Ikram Malaysia Kawasan Kajang: Application of Fiqh Al-‘Awlawiyyah in Da’wah Management of Pertubuhan Ikram Malaysia Kajang Branch
Kajian tentang konsep fiqh al-‘Awlawiyyah telah menjadi perhatian Sarjana-Sarjana Islam dan para pendakwah. Setelah konsep fiqh al-‘Awlawiyyah dimurnikan oleh Yusuf al-Qaradawi, kajian dan perbincangan aplikasinya semakin meluas. Taburan kajian dan aplikasi ini, merangkumi pengurusan rumahtangga ahli dan pengurusan kewangan. Kajian ini menumpukan kepada naratif fiqh al-‘Awlawiyyah dan aplikasiannya yang diusahakan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia cawangan Kajang. Justeru, objektif kajian ini ialah mengkaji konsep fiqh al-‘Awlawiyyat dalam perspektif Islam dan kefahamannya dari kalangan aktivis IKRAM. Metodologi kajian in adalah berbentuk kajian kes ke atas Pertubuhan IKRAM Malaysia cawangan Kajang yang juga disertakan dengan kajian perpustakaan yang bersandarkan kepada dua rujukan utama, al-Quran dan hadis Rasulullah SAW dan akhir sekali kajian ini menggunakan temubual untuk mendapat sorotan maklumat di lapangan. Ianya juga membincangkan pendekatan dakwah yang dijalankan dan kajian ini juga menganalisis aplikasi fiqh al-‘Awlawiyyah dalam pendekatan IKRAM Kajang. Hasil kajian mendapati, visi dan misi IKRAM selaras dengan fiqh al-W?qi’ di Malaysia dan sejajar dengan naratif fiqh al-‘Awlawiyyah dalam ciri-ciri Negara Rahmah. Pengaplikasian fiqh al-‘Awlawiyyah yang dilaksanakan pada pengurusan kebajikan ahli dan pengurusan kewangan berupaya menghasilkan objektif maq??id al-Shari?yah yang hendak dituju.
The study of the concept of fiqh al-‘Awlawiyyah has been the concern of Islamic Scholars and preachers. After the concept of fiqh al-‘Awlawiyyah was refined by Yusuf al-Qaradawi, the study and discussion of its application became more widespread. The distribution of these studies and applications, includes member household management and financial management. This study focuses on the narrative of fiqh al-‘Awlawiyyah and its application undertaken by Pertubuhan IKRAM Malaysia Kajang branch. Thus, the objective of this study is to study the concept of fiqh al-‘Awlawiyyah in an Islamic perspective and its understanding among IKRAM activists. The methodology of this study is in the form of a case study on Pertubuhan IKRAM Malaysia Kajang branch which is also accompanied by a library research based on two main references, al-Qur’an and ?adith of the Prophet (pbuh) and finally this study uses interviews to get information highlights in the field. It also discusses the da’wah approach carried out and this study also analyzes the application of fiqh al-‘Awlawiyyah in the IKRAM Kajang approach. The results of the study found that the vision and mission of IKRAM is in line with fiqh al-Waqi’ in Malaysia and in line with the narrative of fiqh al-‘Awlawiyyah in the characteristics of Negara Rahmah. The application of fiqh al-‘Awlawiyyah implemented on member welfare management and financial management is able to produce the objectives of maq??id al-Syari?ah to be addressed
Elemen Kesejahteraan Keluarga Islam dalam Menangani Penderaan Seksual Kanak-Kanak: Elements of The Islamic Family Wellbeing in Dealing with Children Sexual Abuse
Kesejahteraan keluarga merupakan asas kepada kesejahteraan masyarakat seterusnya pembangunan negara. Walau bagaimanapun, kepincangan dalam institusi keluarga pada masa kini terutamanya dalam kes penderaan seksual kanak-kanak serta sumbang mahram dalam kalangan ahli keluarga amat membimbangkan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen kesejahteraan keluarga Islam dalam menangani penderaan seksual kanak-kanak di rumah. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan Nominal Group Technic (NGT) dalam menentukan senarai elemen kesejahteraan keluarga Islam bagi mencegah penderaan seksual di dalam rumah. Pendekatan NGT merupakan satu kaedah penyelidikan untuk mendapatkan kesepakatan pakar bagi mengenalpasti penerimaan atau penolakan sesuatu elemen. 10 orang pakar daripada pelbagai bidang kekeluargaan dan kanak-kanak telah dipilih untuk memberikan sumbangsaran termasuklah mereka yang berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes penderaan seksual kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 23 elemen telah diterima sebagai indikator keluarga sejahtera bagi menangani gejala penderaan seksual ini. Kajian juga mendapati pengamalan nilai-nilai moral oleh ahli keluarga, ibu bapa mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain serta ibu bapa menjadi contoh yang baik kepada anak-anak merupakan tiga elemen tertinggi yang sewajarnya diamalkan oleh setiap keluarga. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pencegahan penderaan seksual kanak-kanak dalam kalangan keluarga Islam seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera.
The well-being of a family institution is an important element in a developing country. However, the lack of family institution today especially in the case of child sexual abuse and incest among family members is alarming. Therefore, this study aimed to identify elements of family well-being in addressing child sexual abuse. The methodology of this study uses the Nominal Group Technic (NGT) approach in developing a list of prosperous family elements to prevent sexual abuse at home. The NGT approach is a method of research for expert consensus to determine the acceptability or rejection of an element. 10 experts from various fields of family were selected to provide input, including those with experience in dealing with child sexual abuse cases. The findings show that there are 26 elements that have been accepted as elements of a successful family to deal with the symptoms of sexual abuse. The study also found that the practice of moral values by family members, parents having good relationships with each other and parents being good examples to children is the highest elements that every family should practice. The study is expected to contribute to strong Muslim families without childrens sexual abuse towards creating a best community
???? ?????? ?????? ?????? ??????? ???????? The Emergence of Imam al-Nawawi and His Effort in Knowledge and Syntax.
?????? ?????? ?? ???? ??????? ????? ?????? ?????? ??????? ?? ???? ?????? ???????? ?????? ????? ?? ???????? ????????? ?? ????? ??????. ????? ????? ??? ????? ???? ?????? ?????? ??????? ??????? ?????? ?????? ???? ?????? ??????? ?? ????? ??????? ?????? ???????? ???????? ?????? ?????? ???????? ???????? ?? ?????? ?????? ??????? ???????? ??????. ???? ????? ?????? ??????? ?? ????? ?????? ??????? ??? ?????? ?????? ??? ???? ?????? ?? ??? ????? ?????? ?????? ??????.
Imam al-Nawawi is one of the important scholars who make great efforts in the service of religious knowledges. Many authors and researchers have written about his biography and his upbringing. The research aims to study the imam’s grammatical efforts and positions in order to highlight the grammatical aspect of it, beginning with talking about his life, his upbringing, and his knowledge efforts, and addressing his grammatical positions and opinions. This study based on the descriptive approach to clarify and explain the findings. The research is considered a modest attempt to highlight the grammatical efforts of Imam al-Nawawi, as well as the importance of his grammatical contribution
Faktor Motivasi Pekerja di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia: Factors Influencing Employees Motivation at Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Motivasi dianggap sebagai salah satu faktor utama yang dapat mempengaruhi prestasi pekerja dalam organisasi. Kajian terdahulu telah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pekerja seperti gaji, kepemimpinan transformasional, pengayaan pekerjaan, keselamatan kerja, latihan dan pengembangan dan pemberdayaan. Walau bagaimanapun, kesan faktor-faktor ini terhadap motivasi Organisasi Islam, khususnya di Malaysia belum diterokai melalui kajian empirikal. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi motivasi pekerja di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang terletak di Kompleks Islam Putrajaya, Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga menyelidiki lebih lanjut kesan kepuasan kerja dan penglibatan kerja antara hubungan faktor-faktor gaji, kepemimpinan transformasional, pengayaan pekerjaan, keselamatan kerja, latihan dan pembangunan, pemberdayaan dan motivasi pekerja. Untuk menjawab objektif sebelumnya, data kajian ini telah dikumpulkan melalui soal selidik di kalangan 190 pekerja di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pekerja di Yadim adalah gaji, kepemimpinan transformasional, pengayaan pekerjaan, keselamatan kerja, latihan dan pengembangan, pemberdayaan. Kajian ini juga mendedahkan bahawa gaji, kepemimpinan transformasional, pengayaan pekerjaan, keselamatan kerja, latihan dan pembangunan, pemberdayaan. mempunyai kesan positif terhadap motivasi pekerja yang disederhanakan oleh kepuasan kerja dan penglibatan kerja.
Motivation is regarded as one of the main factors that can influence employee’s performance in organization. The previous studies have identified the factors that influence employee motivation such as salary, transformational leadership, job enrichment, job security, training and development and empowerment. However, the impact of these factors on the motivation of Islamic Organization, particularly in Malaysia has not been explored through empirical study. Therefore, this study was conducted to examine the factor that influence employee’s motivation in Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) located in Kompleks Islam Putrajaya, Malaysia. In addition, this study also further investigates the moderating effects of job satisfaction and job involvement between the relationship of the factors of salary, transformational leadership, job enrichment, job security, training and development, empowerment that and employee motivation. To answer the previous objectives, the data of this study have been collected through questionnaire among 190 employees in Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. This study has found that the factors that influence employee’s motivation in Yadim are salary, transformational leadership, job enrichment, job security, training and development, empowerment. This study also reveals that salary, transformational leadership, job enrichment, job security, training and development, empowerment. have a positive effect on employees’ motivation that moderate by job satisfaction and job involvement
Perspektif Sayyid Qu?b Tentang Isu Penjagaan Pandangan Berdasarkan Ayat 30-31 Surah Al-Nur: The Perspective of Sayyid Qu?b on The Issue of Lowering The Gaze Based on Quranic Verses 30-31 of Surah Al-Nur
Kupasan tentang menjaga pandangan dalam ayat 30-31 surah al-Nur kurang diperbincangkan secara maw??‘? atau tematik dalam kitab-kitab tafsir. Walau bagaimanapun kajian pensejarahan mendapati bahawa kitab tafsir F? ?il?l al-Qur’?n karangan Sayyid Qu?b adalah salah satu kitab tafsir terbaik yang ditulis berasaskan objektif surah. Justeru, penulisan ini dilakukan bertujuan mengkaji apakah pendapat dan perspektif Sayyid Qu?b tentang menjaga pandangan yang terdapat dalam surah al-Nur, ayat 30-31. Metode yang digunakan dalam penulisan ini ialah analisis kandungan terhadap kitab-kitab tafsir dan hadis serta kajian-kajian ilmiah seperti tesis, jurnal-jurnal dan kertas-kertas penyelidikan. Kajian mendapati bahawa tafsiran tentang menjaga pandangan telah dikupas dengan amat terperinci dalam kitab F? ?il?l al-Qur’?n. Selain daripada menjaga pandangan adalah langkah pencegahan daripada perlakuan zina, beliau telah mengaitkan kepentingan menjaga pandangan dengan suasana masyarakat yang bersih dengan mendedahkan teori Freud yang tidak mendatangkan sebarang manfaat malah boleh merosakkan masyarakat. Sayyid Qu?b juga menjelaskan beberapa hukum yang berkaitan dengan menjaga pandangan, kesan-kesan dan akibat daripada tidak menjaganya. Penulisan ini penting kerana dapat menzahirkan pemikiran Sayyid Qu?b mengenai isu penundukan pandangan yang kurang mendapat tumpuan dalam kalangan pengkaji terkini sekaligus membuktikan penguasaan Sayyid Qu?b dalam berbagai ilmu yang dapat membantu mentafsirkan al-Quran al-Karim.
There are few discussions about the Islamic etiquette lowering the gaze as stated in Surah An-Nur verse 30-31 by the Quranic interpretive books (tafsir) in thematic method (mawdu’i). However, the historiography discovered an influential Quranic interpretive manuscript, Fi Zilal al-Qur’an. It is the best Quranic revelatory reference that discussed the content of the Surah objectively. Therefore, this study aims to discover the author’s point of view about manners in lowering the gaze as stated in the Quran. The methodology of this study involves a content analysis of Quranic interpretive books, Hadith and reviews of existing studies from theses, journals, and research papers.Through the analysis, this study found an extensive detail that conversed the morals of lowering the gaze through the book of Fi Zilal al-Qur’an. The book expressed this manner as prevention steps towards unlawful sexual activity (zina). It also suggested this behavior able to regulate the society to become more courtesy. In contrast, the findings contradicted the Freud theory, which was found may harm the community. Sayyid Qu?b also highlighted a few Islamic laws related to the manner of lowering the gaze and the impacts of neglecting it. The author's perspective related to the issue was very significant. There are still limited numbers of discussions in the recent studies. Thus, the variety of knowledge by the author, Sayyid Qu?b proves the ability to enhance the interpretation in al-Qur’an al-Karim
Saiz Kosa Kata Bahasa Arab dan Hubungannya dengan Tempoh Pembelajaran Bahasa dalam Kalangan Bukan Penutur Jati: Arabic Vocabulary Size and its Relationship With Language Learning Period Among Non-Native Speakers
Saiz kosa kata merupakan elemen penting dalam penguasaan bahasa, khususnya bagi pembelajaran bahasa kedua. Saiz kata menjadi indikator penting dalam menentukan keupayaan seseorang berbahasa dan dikenalpasti mempunyai hubungan dengan faktor tempoh pembelajaran bahasa. Domain perbezaan individu dalam pembelajaran bahasa kedua menunjukkan bahawa faktor tempoh mampu meningkatkan kecekapan bahasa pelajar khususnya aspek kata. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara saiz kosa kata dengan faktor tempoh pembelajaran bahasa. Kajian juga bermatlamat menentukan tempoh terbaik bagi mempelajari dan menguasai kosa kata bahasa Arab. Rekabentuk kajian adalah kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 227 pelajar lepasan sekolah menengah agama aliran kerajaan dan negeri. SPSS V.20 digunakan bagi pengumpulan data dan Ujian Korelasi Spearman rho digunakan bagi menguji hubungan antara saiz kosa kata dengan tempoh pembelajaran bahasa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa SKK pelajar berkorelasi secara signifikan dengan tempoh belajar bahasa Arab. Ujian Korelasi Spearman rho yang ditadbir menunjukkan nilai r=0.193, n=227, p=0.004. Hubungan antara saiz kosa kata pelajar dan tempoh pembelajaran bahasa berada pada tahap lemah namun terarah secara positif. Arah positif dalam dapatan kajian memberikan petunjuk bahawa semakin lama tempoh pembelajaran bahasa Arab maka semakin besar saiz kosa kata bahasa Arab pelajar. Secara kesimpulannya, kajian menjelaskan bahawa tempoh pembelajaran bahasa mempunyai hubungan dengan saiz kata namun, ia bukan satu-satunya faktor yang mempengaruhi. Ia turut berkait rapat dengan beberapa faktor-faktor perbezaan individu yang lain seperti jenis sekolah di peringkat menengah, sijil lepas menengah diduduki dan keberadaan di negara Arab. Kajian akan datang disaran untuk memberikan tumpuan kepada aspek yang tidak dapat disentuh oleh kajian ini seperti dijelaskan sebelumnya.
Vocabulary size is an important element in language proficiency, especially for second language learning. Vocabulary size is an important indicator in determining a person's ability to speak and is identified as having a relationship with the language learning period factor. The domain of individual differences in second language learning indicates that the period factor is able to improve students language proficiency especially word aspects. Thus, this study was conducted to identify the relationship between vocabulary size and language learning duration factors. The study also aims to determine the best period for learning and mastering Arabic vocabulary. The design of the study is quantitative. The study sample consisted of 227 graduates of government and state religious high school. SPSS V.20 was used for data analysis and the Spearman rho Correlation Test was used to test the relationship between vocabulary size and language learning period. The findings of the study show that the SKK of students is significantly correlated with the period of learning Arabic. The administered Spearman rho Correlation Test showed values of r = 0.193, n = 227, p = 0.004. The relationship between student vocabulary size and language learning period is at a weak level but positively directed. The positive direction in the findings of the study indicates that the longer the period of learning Arabic, the greater the size of students' Arabic vocabulary. In conclusion, the study explains that the period of language learning is related to vocabulary size of students it is not the only factor. Vocabulary size is also closely related to several other individual differences factors such as the type of school at the secondary level, the post-secondary certificate occupied and the presence in the Arab countries. Upcoming studies are advised to focus on the untouchable aspects of this study as explained earlier
Sorotan Literatur Sistematik: Indikator Usahawan Berjaya Menurut Perspektif Islam: Systematic Literature Review: Successful Entrepreneur Indicator Through Islam Perspectives
Keusahawanan Islam mempunyai garis panduan yang tersendiri bagi menjelaskan indikator usahawan berjaya. Keusahawanan Islam juga merangkumi aspek rabbani dan insani iaitu tugas serta tanggungjawab seorang hamba dan seorang khalifah atau memenuhi tuntutan hablumminalAllah dan hablumminannas iaitu hubungan hamba dengan pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Wujud perbezaan yang signifikan antara perspektif Islam dan Barat dalam menjelaskan indikator usahawan berjaya. Namun begitu, perbezaan yang wujud tidak begitu ketara malah perspektif barat dan perspektif Islam boleh dimanfaatkan bagi membentuk simbiotik indikator yang holistik. Kajian ini bertujuan mengkaji idikator usahawan berjaya menurut perspektif Islam. Pengkaji menggunakan metodologi sorotan literatur sistematik (Systematic Literature Review) iaitu sebuah kaedah yang memfokuskan kepada kehendak kajian. Metodologi ini mempunyai tiga peringkat untuk memilih artikel yang bersesuaian dengan kajian iaitu, pengenalpastian (identification), saringan (screening) dan kelayakkan (eligibility). Dapatan kajian memperolehi tujuh artikel yang membincangkan indikator usahawan berjaya menurut perspektif Islam. Berdasarkan tujuh artikel yang dianalisis, terdapat tiga elemen untuk indikator usahawan berjaya iaitu; amalan agama, pengamalan nilai-nilai agama dan pengurusan perniagaan. Elemen ini membantu meningkatkan keyakinan serta membentuk keperibadian usahawan berjaya. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat mengembangkan kajian yang berkaitan bidang keusahawanan terutamanya masyarakat muslim.
Islamic entrepreneurship has its guidelines to determine the criteria of successful entrepreneurs. Islamic entrepreneurship consists of aspects rabbani and insani besides the duties and responsibilities of Muslim as a servant and a caliph. Furthermore, Muslims are obligated to fulfill hablummin Allah and hablummin al-nas which means establishing good relationships among humans and good devotion with the creator, Allah The Almighty. There are significant differences between Islamic and Western perspectives in defining the criteria of successful entrepreneurs. However, the differences that exist are not too significant that even western perspectives and Islamic perspectives can be utilized to form a symbiotic holistic criterion. This study aims to examine the indicators of successful entrepreneurs according to the Islamic perspective. The researcher utilizes the Systematic Literature Review methodology which is a method that focuses on the needs of the study based on previous studies review. This methodology has three stages to select articles that are suitable for the study, namely, identification, screening, and eligibility. The findings of the study obtained seven articles that discuss the indicators of successful entrepreneurs according to the Islamic perspective. The seven articles studied discussed the elements of religious practice, the practice of religious values ??, and business management. These elements help increase confidence, strengthen tenacity as well as form the personality traits of successful entrepreneurs. Therefore, this study is expected to contribute to the field of entrepreneurship research, especially in empowering entrepreneurship among Muslims
??? ????? ??????? ????? ????? ??????? ????? ???????? ?? ???????
??? ???? ?? ???? ??????? ???????? ?? ????? ?????? ?? ?????? ?????? ?? ?? ????? ??????? ??????? ?? ???? ????? ??????? ?? ??? ??????? ??? ??? ???????? ???? ???????? ???? ????? ????? ??????? ?? ???? ??????? ?????. ?????? ????? ??? ??????? ??? ???????? ???? ?? ??? ????? ??????? ??? ??? ?????? ??? ??????? ?? ????? ????? ?????? ????????? ?????? ??????? ????????? ???? ???? ??? ??????? ?????? ?? ??????. ????? ??? ????? ??? ????? ????? ??? ??????? ???? ???????? ?? ??????? ?????? ??????? ?? ???????? ?????????? ????????? ??? ?? ????? ????????? ??? ????? ?????? ??????? ????? ???????? ???????? ????? ??????? ????? ???????? ?????? ?????? ?????????.
Terdapat kesan pelbagai perkembangan yang paling ketara yang disaksikan dalam dua dekad terakhir abad yang lalu adalah apa yang dicapai oleh teknologi moden dalam semua aspek kehidupan, kerana komputer adalah yang menguasai teknologi ini, dan Internet adalah hasil yang paling menonjol dalam menggunakan komputer dalam perkhidmatan seluruh umat manusia. Kesan dari hasil ini tercermin pada pendidikan, yang merupakan pintu kemajuan bagi setiap negara yang menginvestasikan teknologi ini untuk mempermudah proses pembelajaran dan pendidikan, dan penyampaian pengetahuan kepada penerimanya, sama ada penerima ini adalah guru atau pelajar. Penyelidikan ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang penggunaan Internet dalam pengajaran untuk tujuan pendidikan dalam pelbagai mata pelajaran akademik, dan bahawa penggunaannya tidak terbatas pada subjek tertentu, dan untuk berikan kemudahan kepada semua guru untuk menggunakan komputer dan Internet untuk tujuan melaksanakan tugas pendidikan mereka
Perubahan Tingkah Laku Masyarakat Arab Jahiliyyah Kepada Tingkah Laku Beragama: Changes in Arab Jahiliyyah Society's Behavior to Religious Behavior
There is a wide range of writings describing the changing behavior of the Arab community before and after the Nubuwwah period. However, the question is, what are the key values ??that underlie the changes in Arab society's behavior after the Nubuwwah period and the rise in religious behavior in their daily lives. Therefore, this paper analyzes the behavior of Arabs before and after the Nubuwwah to show the changes that have taken place in shaping religious behavior. This paper uses the method of analyzing and synthesizing previous studies related to the changing behavior of the Jahiliyah Arab community to religious behavior. The analysis shows that the behavior of the Arab people before the Nubuwwah, was idolatry, and held to the principles of oppression and cruelty in the society. However, after the Nubuwwah, their behavior changed to a religious act of absolute worship of God and held to the principles of justice and equality in human society. The importance of the study is to explain the key values ??that are fundamental to the development of religious behavior. This study helps the Muslim community as well as policy makers in understanding the key points in the development of religious behavior that can then help them to build a module for today's community development.
Abstrak
Terdapat pelbagai penulisan yang terdiri daripada kitab sirah, kitab bersanad, buku dan artikel yang memperihal perubahan tingkah laku masyarakat Arab Jahiliyah sebelum dan selepas zaman Nubuwwah. Namun begitu, persoalannya, apakah nilai utama yang menjadi titik tolak kepada perubahan tingkah laku masyarakat Arab selepas zaman Nubuwwah sehingga terbangunnya tingkah laku beragama dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, kertas ini menganalisis tingkah laku masyarakat Arab sebelum dan selepas Nubuwwah bagi menunjukkan perubahan yang berlaku sehingga membentuk tingkah laku beragama. Kertas kerja ini menggunapakai kaedah menganalisis dan mensintesis kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan perubahan tingkah laku masyarakat Arab Jahiliyah kepada tingkah laku beragama. Hasil analisis menunjukkan bahawa tingkah laku masyarakat Arab sebelum Nubuwwah, adalah penyembahan berhala serta berpegang kepada prinsip penindasan dan kezaliman dalam pergaulan sesama manusia. Namun, selepas Nubuwwah, tingkah laku mereka berubah kepada tingkah laku beragama iaitu penyembahan Tuhan secara mutlak serta berpegang kepada prinsip keadilan dan persamaan dalam pergaulan sesama manusia. Kepentingan kajian adalah untuk menjelaskan nilai utama yang menjadi asas dalam pembangunan tingkah laku beragama. Kajian ini membantu masyarakat Islam serta ahli-ahli pembuat dasar dalam memahami perkara utama dalam pembangunan tingkah laku beragama yang kemudiannya dapat membantu mereka untuk membina sesebuah modul bagi kemajuan masyarakat pada masa kini