Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
    229 research outputs found

    Aspek Kesejajaran dalam Azkar dan Doa daripada Hadis Nabawi dalam Hisn Al-Muslim: Aspects of Parallelism in Daily Zikr from the Prophetic Hadith in Hisn Al-Muslim

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengkaji aspek kesejajaran dalam azkar dan doa daripada hadis Rasulullah SAW. Baginda yang terkenal sebagai insan mulia yang dianugerahkan jawami’ al-kalim atau ujaran yang singkat tetapi mempunyai maksud yang padat. Walaupun azkar dan doa harian ungkapan ibadah yang sangat hampir dengan kehidupan manusia namun segelintir manusia berasa sukar untuk mengamalkannya lantaran azkar dan doa itu ditulis dalam bahasa Arab. Kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis dokumen daripada Hisn al-Muslim mendapati banyak perkataan yang terkandung dalam azkar dan doa sama ada yang bersifat harian atau yang dibaca pagi dan petang bersumberkan hadis Rasulullah SAW mengandungi kesejajaran dari sudut susunan katanya. Teks yang diterjemahkan kepada bahasa Melayu menggunakan teori Semantik-Komunikatif juga mendapati lebih 90% perkataan yang menjadi kata kunci setiap hadis yang dikaji mengandungi perkataan yang dipinjamkan, diserapkan dan disesuaikan dengan bahasa Melayu. Analisis yang memanfaatkan ilmu stilistik turut mengukuhkan maksud yang eksplisit dan implisit di sebalik kesejajaran itu. Kajian ini menyumbang dari sudut pengutaraan hasil gabungan ciri-ciri kesejajaran susunan, pemilihan perkataan dan peminjaman ini memudahkan lagi orang Melayu-Islam yang bukan penutur jadi bahasa Arab untuk membaca, menghafal, memahami dan menghayati azkar harian daripada hadis Rasulullah SAW. This study aims to examine the aspects of alignment in azkar and doa from the hadith of the Prophet SAW. He is famous as a noble man who was awarded jawami 'al-kalim or a short speech but with a concise meaning. Although azkar and daily prayers are expressions of worship that are very close to human life, but some people find it difficult to practice them because azkar and prayers are written in Arabic. A qualitative study using a document analysis approach from Hisn al-Muslim found that many words contained in azkar and doa whether daily or recited in the morning and evening based on the hadith of Rasulullah SAW contain alignment in terms of arrangement, he said. Texts translated into Malay using Semantic-Communicative theory also found that more than 90% of the words that are the key words of each hadith studied contain words that are borrowed, absorbed and adapted to the Malay language. Analysis that utilizes stylistic analysis also reinforces the explicit and implicit meaning behind the alignment. This study contributes in terms of presenting the results of a combination of the features of alignment of arrangement, word selection and borrowing, this makes it easier for Malay-Muslims who are not speakers of Arabic to read, memorize, understand and appreciate the daily azkar from the hadith of the Prophet SAW

    Mentauhidkan Allah Asas Kecerdasan Spiritual Muslim: Mentauhidkan Allah Asas Kecerdasan Spiritual Muslim

    No full text
    Spiritual intelligence is an important aspect of one's personal development. Previously many theories and conceptual frameworks related to spiritual intelligence were referred to Western scholars. However, the theories and conceptual frameworks presented by them are not suitable for use as a benchmark in a Muslim's life. The need for spiritual intelligence in fact has long been discussed in the Qur'anic verses and the hadiths of the prophet SAW. The theory of spiritual intelligence was also developed by Muslim scholars including al-Ghazali, Miskawaih, Ibn al-Qayyim and Najati. From that, a concept of spiritual intelligence according to Islam was formed. Understanding of the definition and concept of spiritual intelligence needs to be debunked in the Muslim community as it is a major factor in one's self-transformation and makes life more meaningful. This study outlines the basics of spiritual intelligence which is faith in Allah. The study will use content analysis methods by identifying Quranic verses and hadiths that link faith to God with spiritual intelligence and are supported by the views of Muslim scholars. The results show that faith in God is a fundamental element in determining the level of spiritual intelligence, especially for a Muslim. Abstrak Kecerdasan spiritual merupakan satu aspek penting dalam pembentukan peribadi seseorang. Sebelum ini banyak teori dan kerangka konsep berkaitan kecerdasan spiritual dirujuk kepada sarjana Barat. Walau bagaimana pun, teori dan kerangka konsep yang dikemukakan oleh mereka  adalah tidak sesuai untuk dijadikan kayu ukur dalam hidup seorang muslim. Keperluan kepada kecerdasan spiritual hakikatnya telah lama dibincangkan oleh sumber utama Islam al-Quran dan hadis serta sarjana muslim seperti al-Ghazali, Miskawaih, Ibn al-Qayyim serta Najati. Dari situ satu konsep kecerdasan spiritual menurut Islam telah dibentuk. Kefahaman tentang definisi dan konsep kecerdasan spiritual perlu dirungkai dalam masyarakat Islam kerana ia merupakan faktor utama kepada perubahan diri seseorang dan membuatkan hidup lebih bermakna. Kajian ini menghuraikan salah satu elemen penting dalam kecerdasan spiritual iaitu berkaitan dengan tauhid. Kajian akan menggunakan kaedah analisis secara tematik iaitu dengan mengenal pasti hadis-hadis yang berkaitan dengan tauhid. Hasil kajian mendapati, tauhid merupakan elemen asas dalam menentukan tahap kecerdasan spiritual seseorang

    Analisis Perbandingan Etimologi Messiah dalam Agama Yahudi, Kristian dan Islam: Comparative Analysis on The Etymology of Messiah in Judaism, Christianity and Islam

    Get PDF
    Secara umumnya, perkataan Messiah merujuk kepada konsep penyelamat dalam perbincangan eskatologi agama Yahudi, Kristian dan Islam. Namun oleh kerana rentetan perkembangan sejarah setiap agama serta doktrin fahaman yang berbeza antara agama-agama ini menyebabkan konsep Messiah berbeza di antara Yahudi, Kristian dan Islam. Terdapat kekeliruan fahaman konsep Messiah antara Yahudi dan Kristian yang menyebabkan mereka tidak bersetuju antara satu sama lain meskipun mereka dari cabang agama yang sama suatu ketika dahulu. Selain itu, terdapat kekeliruan dalam menafsirkan kat al-Mas?h dalam Islam sehingga Imam al-Mahdi serta Nabi Muhammad SAW turut mendapat gelaran Messiah.  Justeru, artikel ini bertujuan untuk membahaskan etimologi Messiah dalam agama Yahudi, Kristian dan Islam serta menganalisis persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam ketiga-tiga agama menerusi metode pengumpulan data menerusi kajian teks al-Quran dan hadith serta kitab-kitab Perjanjian, dan pensejarahan. Metode analisis data menggunakan kaedah induktif, deduktif dan konparatif turut sama digunakan. Hasil kajian mendapati terdapat terma khusus yang merujuk kepada ketiga-tiga agama iaitu Mashiach bagi Yahudi, Christ bagi Kristian dan al-Masih bagi Islam. Ketiga-tiga terma ini merujuk kepada maksud diurapi seperti yang dibawa dalam ajaran Yahudi. Tuntasnya, secara etimologi terma-terma Messiah agama Yahudi, Kristian dan Islam datang dari sumber yang sama iaitu kebudayaan pengurapan agama Yahudi, namun dari sudut perkembangan konsep, setiap agama adalah berbeza dalam menafsirkan watak dan doktrin yang telah dan akan dibawa sebagai sebuah peristiwa eskatologi. Generally, the term Messiah denotes the concept of savior in the escatological discourse of Judaism, Christianity and Islam. However, due to the historical development of each religion and different doctrinal beliefs between these religions, the concept of Messiah is understood differently in Judaism, Christianity and Islam.There is a misunderstanding of the concept of Messiah between Jews and Christians which causes them to disagree with each other even they were once from a same religion. In addition, there is confusion in interpreting the word al-Masih in Islam until Imam al-Mahdi and the Prophet Muhammad SAW also received the title of Messiah. Thus, this paper aims to discuss Messiah in the aspect of its etymology and to analyse the similarities and differences through content analysis method. This paper signifies the different term used in each religion; Mashiach, Christ and al-Masih in Judaism, Christian and Islam respectively. Each term refers to the same meaning as the one being ‘anointed’ as being defined in Judaism. In sum, despite the similar meaning of the term used in each religion, the understanding on the concept of Messiah is different according to the doctrinal belief of each religion

    Kajian Keperluan Pembangunan Prototaip Courseware Subjek Perbandingan Agama: Needs Assessment on Developing A Courseware Prototype in Comparative Religion

    Get PDF
    Penggunaan Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu norma baharu dalam dunia pendidikan hari ini. Kemajuan teknologi peranti dan perisian moden seharusnya dimanfaatkan sebagai satu metode untuk memperkasakan kefahaman para pelajar terhadap mata suatu pelajaran khususnya bagi subjek Pengajian Islam. Kajian ini akan mengenal pasti potensi penggunaan courseware dalam pengajaran bagi subjek Perbandingan Agama. Objektif yang ingin dicapai ialah kajian ini ingin mengenal pasti kaedah sedia ada yang telah digunakan oleh pendidik dalam sesi pengajaran subjek Perbandingan Agama. Seterusnya mengenal pasti kefahaman para pelajar terhadap konsep ketuhanan dalam agama Islam dan Kristian. Seterusnya mengenal pasti penerimaan para pelajar terhadap penggunaan courseware sebagai alat bantuan pembelajaran bagi subjek Perbandingan Agama. Metode yang digunakan untuk memperoleh data ialah kaedah soal selidik yang menggunakan skali likert lima kemudian diinterpretasi skor dapatan untuk mendapatakan bacaan skor tersebut. Soal selidik ini dijalankan terhadap mahasiswa di beberapa institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di Malaysia yang mengambil kursus Perbandingan Agama. Hasil kajian mendapati kesemua konstruk yang diuji memperolehi kadar bacaan skor yang tinggi. Ini menunjukkan kadar persetujuan yang tinggi daripada kalangan responden terhadap penggunaan courseware bagi subjek Perbandingan Agama dan perlu untuk membangunkan prototaip courseware bagi mata pelajaran ini. The usage of Technology in education is the new norm in the academic landscape these days. The existence of modern software and technological advancements should be embraced as a mean to improve and enhance the comprehension of students in their studies especially regarding Islamic education. This research should explore the potential of using a courseware in teaching the subject of Comparative Religion. The objectives that this research aims to achieve are; to identify the existing methods that are used by educators to teach Comparative Religion; to examine the students’ understanding of the subject of Comparative Religion; to identify the acceptance of students of using courseware as a teaching aid in learning Comparative Religion. The data is collected using the five scale likert questionnaire then the scores are analysed to obtain a reading. The questionnaires are distributed among Malaysian university students that enrol in the subject of Comparative Religion. The result shows a high level of agreement among the respondents that using Comparative Religion courseware is useful to aid in learning the subject thus supports the idea of developing a prototype of the subject

    Tahap Pengamalan Warga Kuis Terhadap Konsep Tabayyun di Media Sosial (Facebook): Level of Understanding by “Kolej University Islam Antarabangsa Selangor” Regarding The Concept Tabayyun on Social Media (Facebook)

    Get PDF
    Perkembangan dunia teknologi maklumat dewasa ini mendorong kepada penyebaran maklumat secara atas talian dengan begitu pantas serta tiada sempadan. Banyak aplikasi dalam media sosial yang diwujudkan untuk membantu penyebaran maklumat secara atas talian seperti facebook, whatsapp, twitter, telegram dan lain-lain. Perkembangan ini telah memberi impak positif dan negatif masyarakat umum. Namun demikian adalah lebih membimbangkan apabila kesan negatif daripada penggunaan aplikasi tersebut lebih ketara daripada kesan positifnya. Justeru, satu kajian telah dilakukan ke atas 50 responden berusia antara 18 hingga 60 tahun di Kolej Universiti bagi mengenalpasti tahap kefahaman dan pengamalan mereka tentang konsep tabayyun di facebook. Kajian dijalankan secara kuantitatif melalui tinjauan menggunakan borang soal selidik ke atas lima puluh orang warga KUIS. Dapatan kajian berbentuk deskriptif secara peratusan. Hasil kajian mendapati banyak maklumat palsu yang disebarkan di laman sosial tanpa ada semakan dan penyelidikan serta penjelasan sebenar daripada pihak yang benar-benar mengetahui perkara tersebut. The development of technology and information had led to the spread of information online faster and without no boundaries. Many apps in social media exist to help in spreads information online such as facebook, whatsapp, twitter, telegram and so on. This result into many positive and negative impac at the time. However, there are more negatives rather than positives regarding the use of social media application in spreading information. A research had been made on 50 respondent aged between 18 to 60 years old from KUIS to determined their level of understanding regards the concept of Tabayyun on social media. The study was carried out or daily basis quantitative research (the use of questionnaire) on fifty people. The result showed that most of the information that being spread on social media without going through any confirmation from the involved. &nbsp

    Tahap Penyesuaian Diri Masyarakat Mualaf di Sarawak: Self Adaptation Level of Muallaf in Sarawak

    Get PDF
    Masyarakat di Malaysia mempunyai kepelbagaian bangsa dan kaum. Hal ini menyebabkan, golongan mualaf yang baru berjinak-jinak dengan agama Islam sukar untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat sekitarnya. Dalam usaha memberikan keselesaan kepada mualaf untuk bergaul dengan masyarakat setempat, kajian ini sangat diperlukan. Justeru, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membincangkan tahap penyesuaian diri mualaf dan beberapa perkara berkaitan dengan mualaf di Sarawak. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengumpul dan meneliti maklumat-maklumat berkaitan dengan mualaf di Sarawak serta kajian-kajian lampau seperti jurnal, artikel mahupun buku. Dapatan kajian mendapati, faktor utama yang mempengaruhi adalah golongan mualaf ini dapat bergaul dengan masyarakat dan bangsa-bangsa lain. Oleh itu, penulis mengharapkan agar kajian ini dapat dijadikan panduan kepada golongan mualaf khususnya dan golongan pendakwah amnya . Society in Malaysia has a diversity of races and ethnicities. This causes the converts who have just become acquainted with Islam to find it difficult to adapt to the surrounding community. In order to provide comfort to converts to socialize with the local community, this study is very necessary. Thus, this study was conducted with the aim of discussing the adaptation of converts and some matters related to converts in Sarawak. This study was conducted qualitatively by collecting and examining information related to converts in Sarawak as well as past studies such as journals, book articles. The findings of the study obtained, the main factor that is different is that these converts can get along with other communities and nations. Therefore, the author hopes that this study can be used as a guide for specific converts and preachers in general

    Cabaran dan Isu dalam Perkembangan Dakwah Gerakan Islam di Malaysia Tahun, 1957-2000: Challenges and Issue in the Development Da'wah of Islamic Movement in Malaysia Year, 1957-200

    Get PDF
    The wave of Islamic revival in the Islamic world has given way to the development of the Islamic movement in Malaysia. The Muslim community in Malaysia, especially the Malays realize the importance of embracing Islam as a religion of complete and comprehensive aspects of life. Efforts propaganda and the spread of Islam done to the people, especially the Malays. Accordingly, this article discusses the challenges and issues in the development of the Islamic movement in Malaysia, 1957-2000. The objective of this study was to identify the challenges and issues faced by the Islamic movement in preaching between 1957-2000. The focus of the study is the establishment of Islamic movements PAS, ABIM and JIM are preaching to the Malay community in Malaysia. This study uses a historical discipline approach that focuses on primary sources from archives of Islamic movements and secondary sources. The results of the study revealed various challenges faced by the development of Islamic movements in support of Islamic law. The difference flows in the movement do not become obstacles to the common struggle to preach to Muslims in Malaysia, especially the Malays. Islamic movements make the various challenges and issues faced as a process of strengthening and bringing about the struggle as a missionary movement.  Abstrak Gelombang kebangkitan Islam di dunia Islam telah memberi ruang kepada perkembangan dakwah gerakan Islam di Malaysia. Masyarakat Islam di Malaysia khususnya masyarakat Melayu menyedari akan kepentingan menghayati Islam sebagai agama yang lengkap dan menyeluruh dalam aspek kehidupan. Pelbagai usaha dakwah dan penyebaran kefahaman Islam dilakukan kepada masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Sehubungan dengan itu, artikel ini membincangkan cabaran dan isu dalam perkembangan dakwah gerakan Islam di Malaysia, 1957-2000. Objektif kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti cabaran dan isu yang dihadapi oleh gerakan Islam dalam berdakwah antara tahun 1957-2000. Fokus kajian adalah terhadap pertubuhan gerakan-gerakan Islam PAS, ABIM dan JIM yang berdakwah kepada masyarakat Melayu di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan disiplin sejarah yang memberikan tumpuan terhadap sumber-sumber primer dari arkib gerakan-gerakan Islam dan sumber-sumber sekunder. Hasil kajian mendapati pelbagai cabaran dakwah yang ditempuhi dalam perkembangan dakwah gerakan-gerakan Islam bagi menegakkan syiar Islam. Perbezaan aliran-aliran dalam setiap gerakan tidak menjadi halangan kepada matlamat perjuangan yang sama untuk berdakwah kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya masyarakat Melayu. Gerakan-gerakan Islam menjadikan pelbagai cabaran dan isu yang dihadapi sebagai proses memantapkan dan mematangkan perjuangan sebagai gerakan dakwah. &nbsp

    Implikasi Dialami Remaja Hamil Luar Nikah: Kajian di Pusat Pemulihan Akhlak Negeri Selangor: Implications Experienced by Extraordinary Pregnant Teenagers: A Study at The Selangor State Moral Rehabilitation Center

    Get PDF
    Isu kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja didapati serius berlaku dalam masyarakat. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan sebanyak 18,465 kes remaja hamil luar nikah didaftarkan di Klinik Kesihatan Malaysia dalam tempoh lima (5) tahun iaitu bermula dari tahun 2014-2018. Gejala yang berlaku ini membawa pelbagai implikasi serius terhadap pelbagai pihak iaitu ibu bapa, keluarga, masyarakat, negara dan khususnya diri remaja itu sendiri. Artikel ini bertujuan mengenalpasti implikasi  yang dialami oleh golongan remaja yang terjebak dalam gejala kehamilan luar nikah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan reka bentuk kajian kes.  Data kajian diperolehi melalui temubual mendalam dengan menggunakan kaedah temubual separa struktur bersama terhadap seorang pentadbir, seorang warden di Pusat Pemulihan Akhlak di Negeri Selangor serta tiga orang remaja hamil luar nikah. Kesemua informen kajian dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis secara tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa golongan remaja hamil luar nikah berhadapan implikasi dari aspek pemikiran, emosi dan tingkahlaku. Adalah diharapkan dapatan ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat dalam usaha pemulihan akhlak remaja yang terlibat dengan gejala ini. Extramarital pregnancies among adolescents is found to be serious in society. Statistics from the Ministry of Health Malaysia recorded 18,465 cases of teenage pregnancies out of wedlock registered at the Malaysian Health Clinic within five (5) years starting from 2014 to 2018. These symptoms occur with various serious implications for various parties, namely parents, family, community, country and especially the adolescents themselves. This article aims to present the results of studies related to the implications experienced by adolescents who are stuck in the symptoms of extramarital pregnancy. This study is qualitative with a case study design. The study data were obtained through a semi-structured interview method on an administrator, a warden at the Moral Rehabilitation Center in the State of Selangor and three pregnant teenagers out of wedlock. All study informants were selected through a purposeful sampling method. Interview transcripts were analyzed for theme and sub-theme formation. The findings of the study found that adolescents pregnant out-of-wedlock face implications from the aspects of thinking, emotions and behavior. It is hoped that these findings will help the parties involved in the moral rehabilitation efforts of adolescents involved with these symptoms

    Penerapan Elemen Tadabbur Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS): The Implementation of Tadabbur Al-Quran Element Among Students in Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS

    Get PDF
    Tadabbur al-Quran merupakan satu kewajipan yang digesa oleh Allah SWT kepada manusia. Bukan sekadar membaca dan menghafaz sahaja. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti dan  menganalisis penerapan elemen tadabbur al-Quran terhadap pelajar tahfiz dalam proses menghafaz dan berinteraksi bersama al-Quran. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif.Soal selidik digunakan sebagai metodologi penyelidikan dengan keseluruhan responden kajian di tiga Maahad Institut Tahfiz di Selangor (MITS).  Kajian ini dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 23.0 bagi mendapatkan skor peratusan dan min. Hasil kajian mendapati bahawa penerapan elemen tadabbur dalam kalangan pelajar di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) secara keseluruhan adalah pada tahap sederhana tinggi (min=3.69). Maka, bagi meningkatkan lagi proses penerapan elemen tadabbur di kalangan pelajar, semua pihak berwajib perlu mengambil perhatian sepenuhnya tentang pentingnya pelajar perlu didedahkan dengan penerapan elemen tadabbur agar isi kandungan al-Quran itu difahami,dihayati dan diamalkan seterusnya melahirkan hafiz dan hafizah yang cemerlang dunia dan akhirat. Tadabbur al-Quran is an obligation mandated by Allah SWT upon mankind. It is more than mere recitation and memorisation. This study is carried out to identify and analyse the integration of the tadabbur al-Quran element on Tahfiz students in the memorisation and engagement with the Holy Quran. The study is quantitative in nature, using the questionnaire method. The respondents for the study are from the three institutions of Maahad Tahfiz in Selangor (MITS). The instrument used is the questionnaire for the students from the aspect of recitation and true understanding of the Quran. The study was analysed using the 23.0 version of the SPSS software to obtain the percentage and mean score. The findings show that the overall tadabbur element among the students of the Maahad Tahfiz institutions of Selangor is at the medium high level with a mean score of 3.69. Hence, to enhance the process of integrating tadabbur among the students, all parties should realise the importance of exposing learners to the tadabbur element to ensure the content of the Holy Quran is understood, appreciated and its true teachings practised fully, to produce memorisers of the Quran who are excellent in this world and in the Hereafter

    ????? ??????? ????? ?????? ??????? ???? The Globalization of Christianization and the Position of Islamic World

    Get PDF
    ?? ??? ??????? ????? ?? ????? ??????? ?? ??? ??????? ???????? ?????? ????? ???????? ????? ?????? ??????? ?????? ??????? ???????? ?????????. ??????? ??????? ?????? ?????????? ???? ????? ???? ???? ????????? ?? ??? ??????? ??????? ????? ?????? ?????? ???? ????? ????? ??????? ????????  ??? ??????? ????????. ????? ??????? ??? ????? ??????? ???? ??? ???????? ???? ????? ????? ?? ??????? ???????? ??? ???? ?? ???????? ????? ??????? ?? ????? ????????? ?? ????? ????????. ????? ??????? ??? ??? ???? ?? ???? ??? ????????? ????? ??????? ???? ????????? ???? ????? ????? ?????? ????? ??????? ????????? ??? ????? ?? ????? ??????? ?????? ????? ??? ????? ?????? ??????? ?????? ?????? ?? ????? ??????? ????????? ????? ????? ???? ??? ???? ?? ??? ?? ??????? ???? ????? ??? ????? ?????? ??????. Artikel ini membincangkan tentang kristianisasi global dari sudut pengertiannya dan usaha mereka untuk menyaingi akidah Islam. Artikel ini turut membincangkan tentang usaha pendakwah dunia Islam membangunkan institusi dakwah dalam mendepani gerakan kristianisasi tersebut. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi yang memberikan fokus kepada pengumpulan maklumat-maklumat yang diperolehi daripada buku-buku, artikel-artikel dan sebagainya. Selain itu metode deskriptif turut digunakan bagi mentakrifan kristianisasi global dan bahayanya kepada umat Islam. Dapatan kajian menunjukkan gerakan globalisasi kristianisasi memberikan kesan negatif terhadap umat Islam dan pada masa yang sama amat berbahaya apabila terdapat umat Islam yang bertukar kepada agama kristian melalui  agen-agen kristian. Menjadi kewajipan umat Islam terutamanya kalangan para ulama dan para ilmuwan untuk memberikan pencerahan yang jelas tentang takrifan globalisasi kristianisasi  dan bahayanya kepada umat Islam serta pengetahuan lain yang menyentuh perancangan, matlamat dan objektif mereka. Pencerahan ini perlu agar umat Islam berpegang kepada sumber perundangan agama Islam sepanjang zaman dan dapat mengetahui setiap agenda yang dibawa oleh agen kristian yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan agama Islam yang suci

    203

    full texts

    229

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Pengajian Islam
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇