Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
229 research outputs found
Sort by
Zikir dan Tafakkur Asas Psikoterapi Islam: Zikir and Tafakkur as a Basic of Islamic Psychotherapy
Abstrak
Psikoterapi Islam bermaksud merawat penyakit mental, spiritual, moral, fizikal berdasarkan metode-metode yang digariskan oleh Islam yang diperoleh daripada al-Quran, al-Sunnah, orang salih dan ilmu pengetahuan Islam. Walaubagaimana pun kajian ini membincangkan tentang zikir dan tafakkur sebagai asas bagi psikoterapi Islam. Asas terapi dengan amalan zikir dan tafakkur. Antara objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmana amalan zikir dan tafakkur digunakan dalam kaedah psikoterapi Islam. Kajian perpustakaan ini menggunapakai kaedah analisis kualitatif. Hasil kajian ini mendapati zikir dan tafakkur adalah asas yang utama dalam kaedah psikoterapi Islam kerana ia berupaya menjadi agen dalam menangani masalah sosial dan juga permasalahan berkaitan kejiwaan.
Kata Kunci
Psikoterapi Islam, Zikir, Tafakkur.
Abstract
Islamic psychotherapy means treating mental, spiritual, moral, physical illnesses based on the methods outlined by Islam derived from the Quran, al-Sunnah, pious people and Islamic knowledge. However, this study discusses zikir and tafakkur as the basis for Islamic psychotherapy. The basis of therapy with the practice of remembrance and contemplation. Among the objectives of this study is to identify the extent to which the practice of zikir and tafakkur is used in Islamic psychotherapy methods. This library study uses qualitative analysis methods. The results of this study found that zikir and tafakkur are the main basis in the method of Islamic psychotherapy because it is able to be an agent in dealing with social problems and psychiatric problems
Nakfah Anak Yatim dan Tanggungjawab Waris: Orphans’ Alimony and Kin’ Responsibility
Fenomena rumah perlindungan terpaksa berhempas pulas menanggung anak yatim adalah perkara yang menyedihkan, dan seolah-olah tiada jalan keluar melainkan mendapat ihsan masyarakat. Justeru kajian cuba memperhalusi masalah ini dan mencari adakah syarak telah mempunyai penyelesaiannya terhadap isu ini. Kajian menggunakan kaedah kepustakaan untuk mencari data yang diperlukan, sambil bersifat kritis dalam menganalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa syariat Islam telah membezakan antara kaf?lah dan ha??nah, dan telah menentukan senarai ahli waris yang perlu menjadi k?fil kepada anak yatim tersebut yang berbeza menurut madh?hib fiqhiyyah. Dalam masa yang sama, anak yatim itu sendiri mempunyai prasyarat tersendiri sebelum layak untuk menerima kaf?lah orang lain. Implikasi kajian ini ialah pihak Ul? al-Amr boleh menilai perkara ini untuk dimasukkan dalam enakmen undang-undang Islam selain menilai kembali kadar bantuan yang kini diperuntukkan untuk golongan anak yatim, kerana Ul? al-Amr turut menjadi kafil kepada mereka dalam situasi tertentu.
Abstract
The phenomenon of orphanages having to struggle to grow and sustain the orphaned children is a misery that seems to be no way out except by asking the kindness of society. Therefore, the study tries to attend the problem and find out if the Islamic law has a solution to this issue. The study use library method to find the necessary data, while being critical in constructing the discussion. The findings of the study show that Islamic law has distinguished between kaf?lah and ha??nah, and has determined the list of heirs who need to be the k?fil to the orphans, but different according to madh?hib fiqhiyyah respectivele. At the same time, the orphan himself has his own prerequisites before qualifying to receive the kaf?lah of others. The implication of this study is that Ul? al-Amr can relook into the matter to decide if it deserve to enacted among Islamic law, in addition to re-evaluating the rate of assistance currently provided to the orphans, as Ul? al-Amr is also a kafil to them in certain circumstances
Analisis Pandangan Ilmuwan Klasik Tatabahasa Arab Terhadap Kata Kerja Pola Infaa’la: Analysis of The Views of Classical Arabic Grammar Scholars on Infaa’la Verb Pattern
Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan yang bertujuan untuk mengetahui pandangan yang dikemukan oleh para ilmuwan klasik tatabahasa Arab tentang ciri-ciri kata kerja pola ?infa?ala dan menganalisis kata kerja pola ?infa?ala yang terdapat di dalam kamus Mu?jam ?Arabiy ?As?siy berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan oleh ilmuwan klasik tatabahasa Arab. Kajian mendapati majoriti ilmuwan klasik tatabahasa Arab menetapkan bahawa ?aghlab (kebanyakan) pola ?infa?ala menunjukkan makna mu??wa?ah iaitu kesan bagi sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh pelaku. Selain itu, mereka menetapkan bahawa pola ?infa?ala mestilah kata kerja tak transitif (fi’l l?zim). Di samping itu, mereka juga menyatakan bahawa pola ini menunjukkan kesan perbuatan kata kerja pola fa?ala yang mempunyai huruf dasar yang sama dengannya. Dalam pada itu, terdapat ilmuwan yang menyatakan bahawa kebanyakan huruf f?’ binaan pola ?infa?ala tidak terdiri daripada huruf w?w, l?m, n?n dan r?’ kerana huruf-huruf tersebut akan menyebabkan berlaku proses idgh?m (asimilasi bunyi) dengan huruf n?n dalam pola ?infa?ala. Sekiranya terdapat contoh kata kerja pola ?infa?ala yang tidak selari dengan pendapat-pendapat tersebut, mereka mengkategorikannya sebagai perkara yang sh?z (ganjil) atau nadir (jarang berlaku). Namun, ia tidak disokong dengan angka yang jelas bagi menerangkan tahap ?aghlab (majoriti), sh?z (ganjil) atau nadir (jarang berlaku) bagi ciri-ciri pola tersebut. Hasil kajian menemukan sebanyak 203 kata kerja pola ?infa?ala di dalam kamus Mu?jam ?Arabiy ?As?siy. Semua kata kerja tersebut dianalisis secara statistik sebagai cara terbaik bagi mendapatkan jumlah peratusan setiap ciri-ciri bagi pola ?infa?ala dan menjelaskan ciri-ciri sebenar pola tersebut.
This study is a qualitative study with a content analysis design which aims to find out the views expressed by the classical scholars of Arabic grammar on the characteristics of the ?infa?ala verb pattern and analyze verbs found in Mu?jam ?Arabiy ?As?siy dictionary with this pattern. Many grammarians state that most of ?infa?ala verb pattern indicates the meaning of mu??wa?ah, which is the effect of something done by the performer. Moreover, they say that the ?infa?ala verb pattern must be an intransitive verb and derived from the fa?ala verb pattern which means the verb must come from the same basic letters. Meanwhile, there are scholars who state that the letter fa’ in the ?infa?ala pattern does not comprise the letters w?w, l?m, nun, and r?’ as these letters will cause the process of idgh?m (sound assimilation) with the letters n?n in the ?infa?ala pattern. If there are verbs in ?infa?ala patterns that are not in line with those views mentioned, they categorize them as sh?z (odd), or nadir (rare) matter. As these categorizations were not supported by clear numbers, this study comes with the statistical analysis as a significant way to obtain the total percentage of each degree of ?aghlab (majority), sh?z (odd), or nadir (rare) and explain the special features of the pattern. This study found as many as 203 verbs with the ?infa?ala pattern in the Mu?jam ?Arabiy ?As?siy dictionary. All these verbs were analyzed statistically as the best way to obtain the total percentage of each feature for the ?infa?ala pattern and explain the actual features of it
Bahagian Pemulihan Al-Riqab: Peranan dan Cabarannya dalam Menyantuni Komuniti LGBT: Al-Riqab Recovery Department: Roles and Challenges in Dealing with Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender Community
Abstrak
Al-Riqab bermaksud seseorang yang beragama Islam yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya dan tidak berkemampuan untuk membebaskan dirinya daripada kebelengguan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji latar belakang Bahagian Pemulihan Al-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Peranan dan cabarannya dalam menyantuni komuniti lesbian, gay, bisexual, transgender (LGBT). Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian yang memfokuskan kepada peranan dan cabaran Bahagian Pemulihan Al-Riqab. Pengumpulan data dari analisis dokumen dan melalui kaedah temubual responden yang terdiri daripada Pegawai Bahagian Pemulihan Al-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Hasil kajian mendapati Bahagian Pemulihan Al-Riqab berperanan dalam memberi sokongan perlindungan, membantu proses pemulihan, dan membantu perawatan kepada komuniti yang memerlukan. Selain itu, kajian juga mendapati terdapat beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh Bahagian Pemulihan Al-Riqab dalam menyantuni komuniti LGBT.
Kata Kunci
Al-Riqab, Peranan, Cabaran, Pemulihan, LGBT
Abstract
Al-Riqab means a Muslim who is shackled under a power that restricts his freedom and is unable to free himself from such shackles. This study aims to examine the background of Al-Riqab Rehabilitation Division, Selangor Islamic Religious Council (MAIS): Its role and challenges in caring for the lesbian, gay, bisexual, transgender (LGBT) community. This study is qualitative in nature using a study design that focuses on the role and challenges of the Al-Riqab Rehabilitation Division. Data collection from document analysis and through the interview method of respondents consisting of Officers of Al-Riqab Rehabilitation Division, Selangor Islamic Religious Council (MAIS). The results of the study found that the Al-Riqab Rehabilitation Division plays a role in providing protective support, assisting the recovery process, and assisting care to the needy community. In addition, the study also found that there are several major challenges faced by the Al-Riqab Rehabilitation Division in caring for the LGBT community
Masalah Penterjemahan Kolokasi Arab dalam Kalilah Wa Dimnah: Problem in Translating Arabic Collocations in Kalila Wa Dimna
Kolokasi merupakan fenomena linguistik yang menarik dalam bahasa dan terjemahan. Kewujudan kolokasi ini ternyata berlaku dalam setiap bahasa. Namun, bahasa berbeza memiliki kolokasi yang berbeza. Oleh sebab itu, penterjemah gagal dalam menterjemah kolokasi kerana tidak dapat mengenal pasti bentuk unit leksikal yang berkombinasi dalam teks dan ini membawa kepada masalah dalam terjemahan. Tujuan analisis ini adalah untuk mengenal pasti masalah terjemahan kolokasi Arab dalam teks Kalilah Wa Dimnah melalui struktur kolokasi yang dicadangkan oleh Ghazala (2004) dan masalah terjemahan kolokasi yang berlaku berdasarkan teori Baker (1992). Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kajian kualitatif melalui penerapan kajian kes dan analisis tekstual. Sebanyak empat sampel dianalisis untuk mencapai objektif kajian. Dapatan kajian mendapati sememangnya wujud masalah penterjemahan kolokasi Arab dalam teks terjemahan Kalilah Wa Dimnah. Antara masalah yang ditemukan ialah penyerapan terhadap bentuk bahasa sumber, ketegangan antara ketepatan, kesejadian dan kolokasi khusus budaya.
Abstract
Collocations are a fascinating linguistic phenomenon in language and in translation. Collocation can be found in any language. However, different languages have different collocations. Therefore, the translator fails to translate collocation because he/she does not identify a combination of a number of lexical items in texts and these factors lead to problem in translating. The purpose of this analysis is to identify the problem of Arabic collocation in the translation of Kalilah Wa Dimnah through the structural pattern of collocation according to Ghazala (2004) and the problem in translating collocation according to Baker’s (1992) theory. This study applies the qualitative research approach by applying the case study and textual analysis research design. A total of four samples were chosen and analysed to realise the objectives of the research. The findings show that there is indeed a problem in the translation of Arabic collocation in Kalilah Wa Dimnah into the text target. Some problems that were found such as engrossing effect of source patternsand tension between accuracy and naturalness and culture-specific collocation
?????? ????? ????? ?????? ???? ?????? ?? ?????? ?????? Methods of Praise and Defamation in The Noble Qur’an
????? ??? ????? ?????? ????? ????? ?? ?????? ??????? ?? ????? ??????? ???? ??????? ?? ?????? ??????. ????? ????? ??? ?????? ??? ????? ??????? ??????? ????? ????? ????????? ?? ?????? ??????? ?????? ?????? ???????? ???? ???? ???? ?????? ????? ????? ???? ???? ???? ????? ?????? ?????? ???????? ???? ???? ???? ?????? ????? ????? ???? ???? ???? ????. ?????? ????? ??? ??????? ??????? ??? ??? ??????? ?????? ?? ??????? ??????? ????? ????? ???? ???? ???? ???? ?? ?????? ??????? ??????? ?? ?? ?????? ???????? ???? ???? ???? ?????? ????? ????? ???? ???? ???? ????? ??????? ?? ???? ????? ?????? ?? ?????? ??????? ??? ???? ?????? ?????? ?????? ???? ?????? ?? ????? ?????? ??? ?????? ?????? ???????? ?????? ?? ????? ?????. ??????? ?????? ??????? ?? ?????? ?????? ???????? ?????? ????? ?????? ???? ??????. ??? ???? ?????? ??? ??? ??????? ????? ???? ?????? ??????? ?? ?????? ?????? ?? ?????? ???? ??????. ???? ?????? ??????? ?? ?????? ?????? ?? ?????? ????? ??? ??????.
This study deals with the methods of praise and defamation in the Noble Qur’an, along with a statistical study of the number of their appearances in the Noble Qur’an. The study aimed to identify the types of expressions for the methods of praise and slander used in the Noble Qur’an, to identify the Qur’an verses in which the methods of praise and slander are found explicitly and without explicitly, and to analyze the Qur’anic verses in which the methods of praise and slander are mentioned in an explicit and non-explicit manner. The research answers common questions on this topic, including: What are the expressions of the methods of praise and slander in the Holy Quran? And secondly, what are the Qur’anic verses in which there are methods of express and slander praise? Finally, which method is used the most in the Holy Quran? The researcher applied the qualitative approach to this study, and the researcher relied on the descriptive and analytical method to verify the research objectives. The researcher extracted the evidences from the Holy Qur’an related to explicit and non-explicit praise and slander. The researcher has reached some results, including: The methods most used in the Noble Qur’an are the outright slandering methods. The methods used least in the Holy Quran are the methods of non-explicit praise
????? ???????? ??????? ?????? ??????? Teaching Language Skills for Communication Purposes
??? ????? ???????? ????? ?????? ?? ?? ?????? ?????? ????? ???? ?????? ?? ???? ???????? ???? ?????? ????? ??? ??? ???????? ???????? ????? ???????? ??????? ???????? ??? ??????? ???????? ????????? ???????? ??????? ?????? ?? ???????? ??????? ???? ????? ?? ??????? ?????? ?? ??? ??????? ????????? ??????? ??? ???????? ?????? ????? ?????? ????? ?????? ??????? ?????? ?????? ???????? ???? ??????? ??????? ?????? ?????? ????????? ?? ?????? ???????? ??? ???? ?????? ??? ?????? ?????? ?????? ???? ??? ?? ?????? ?????? ?? ????? ????? ??????? ???? ???????? ???? ????? ??? ??? ??????? ?????? ?????? ??? ??? ???????? ??????? ??? ???????? ?? ????? ????? ??????? ???? ???????? ???.
Pendidikan kemahiran adalah syarat asas dalam mana-mana program untuk mengajar bahasa, sama ada untuk penuturnya atau bukan penutur asli, dan penyelidikan itu merangkumi beberapa kajian yang berkaitan dengan bidang keempat kemahiran berbahasa, iaitu membaca, menulis, mendengar dan bertutur, dan ia bertujuan untuk membincangkan kemahiran bahasa yang harus diperoleh oleh pelajar berdasarkan kajian penilaian kendiri dan pendapat peribadi, serta membincangkan aspek khas kemasukan komunikasi dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan penyediaan bahan pendidikan, di samping itu ia bertujuan untuk menunjukkan kemahiran prestasi vokal yang mesti dikuasai oleh pelajar dalam program mengajar bahasa Arab kepada penutur bukan asli, dan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesukaran Linguistik khususnya bagi pelajar yang belajar di -Program bahasa Ara
Monoteisme dalam Wacana Agama: Analisis Menurut Perspektif Islam: Monotheism in Religious Discourse: Analysis in Islamic Perspective
Kertas kerja ini bertujuan membincangkan tentang konsep monoteisme dalam wacana agama. Konsep monoteisme secara umumnya merujuk kepada penyembahan terhadap satu Tuhan. Kepercayaan sebegini dapat dikesan beberapa agama dunia seperti Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Sikh dan Bahai yang mengakui bahawa hanya terdapat hanya satu Tuhan sahaja. Namun begitu, dalam wacana sarjana agama, konsep monoteisme ini membawa kepada dua implikasi utama iaitu eksklusivisme serta pluralisme dalam kepercayaan agama yang menyebabkan pelbagai konotasi terhadap monoteisme. Sebahagian sarjana mendakwa monoteisme melahirkan unsur permusuhan di antara penganut agama kerana menganggap hanya sesebuah agama sahaja yang dianggap benar dan menolak kebenaran agama lain. Untuk menyelesaikan isu eksklusivisme, sebahagian sarjana menanggapi konsep pluralisme sebagai solusi kepada masalah tersebut. Adapun, Islam menolak pluralisme dan berpegang kepada paradigma Tauhid yang menekankan keesaan Tuhan. Walaupun Tauhid dalam Islam seolah menyamai pendekatan eksklusivis yang menolak kebenaran agama lain, ia tidak mempromosikan permusuhan antara agama. Justeru, satu kefahaman yang tuntas terhadap Tauhid dalam Islam haruslah dicerakini dengan cermat agar ianya tidak disalahfaham.
This paper aims to deliberate the concept of monotheism in religious discourse. In general, monotheism refers to the worship of one God. This belief can be traced in a number of world religions such as Islam, Christianity, Judaism, Hindu, Sikh and Bahai which claim the unity of God. Nevertheless, in monotheistic religious discourse, the concept of monotheism leads to exclusivism and pluralism in religious belief which cause different connotations of monotheism. Some scholars argue monotheism inflicts animosity between people of faith due to the single truth claim and rejection of other religious truth. In addressing the issue of exclusivism, some propose pluralism as a solution to the problem. Whereas, Islam rejects pluralism and adheres to the paradigm of Tauhid that affirms the oneness of God. In sum, although Tauhid in Islam resembles exclusivist approach that rejects other religious faith, it does not however promote animosity among religious faith. Thus, a precise understanding of Tauhid in Islam must be preserved from any misunderstandings
Kajian Awal Tentang Perlaksanaan Pembelajaran Atas Talian dalam Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis): Preleminary Studies on The Implementation of Online Learning among Islamic Studies Students at International Islamic University College of Selangor (Kuis)
Pandemik COVID-19 telah mencipta kehidupan baru atau pun the new normal yang mana teknologi dan internet bukan lagi pilihan tetapi keperluan. Dalam bidang pendidikan, terutamanya di peringkat pengajian tinggi, hampir semua hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pengurusan kelas dilakukan secara atas talian sepenuhnya. Walaupun pembelajaran atas talian mempunyai pelbagai kelebihan, kaedah pembelajaran ini merupakan sesuatu yang baru bagi program Pengajian Islam di kebanyakan insititusi pengajian tinggi. Oleh itu, kajian awal ini dijalankan terhadap mahasiswa Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) tentang perlaksanaan pembelajaran atas talian. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang akan meninjau pandangan responden dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Kajian menggunakan kaedah pensampelan rawak dan responden adalah terdiri daripada 191 orang mahasiswa yang mengikuti program Pengajian Islam di Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Data yang dikumpul dianalisis dan akan diberikan interpretasi mengikut nilai min. Kajian mendapati bahawa mahasiswa Pengajian Islam di KUIS berpandangan bahawa perlaksanaan kaedah pembelajaran atas talian adalah sederhana dengan skor min 2.83 (sp=1.142). Oleh itu, terdapat ruang yang boleh ditambah baik agar pembelajaran atas talian dapat berjalan dengan efisyen di masa hadapan.
The COVID-19 pandemic has created a new life or even the new normal whereby the technology and internet are no longer an option but a necessity. In the field of education, especially at the tertiary level, almost all matters related to teaching and classroom management are done entirely online. Although online learning has many advantages, this method of learning is something new for Islamic Studies programs in most institutions of higher learning. Therefore, this preliminary study was conducted on Islamic Studies students at the Selangor International Islamic University College (KUIS) on the implementation of online learning. This study is a quantitative study that will survey the views of respondents by using a questionnaire instrument. The study used random sampling method and the respondents consisted of 191 students from the Islamic Studies program at Faculty of Islamic Civilization Studies, Selangor International Islamic University College (KUIS). The collected data are analyzed and will be given interpretation according to the mean. The study found that the Islamic Studies students at KUIS are of the view that the implementation of online learning methods is moderate with a mean score of 2.83 (sp = 1.142). Therefore, there are room for improvement so that online learning can run efficiently in the future
Perbandingan Silibus Pengajian Miftahul Ulum, Sri Petaling dengan Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Sumbangan terhadap Pengajian Hadis di Malaysia: A Comparison of The Syllabus of Miftahul Ulum Studies of Sri Petaling and The Faculty of Islamic Studies and Civilisation, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) and The Contribution to The Study of Hadeeths in Malaysia
Pengajian hadis adalah satu bentuk pengajian ilmu Islam yang sedang berlangsung dengan rancak di Malaysia. Ia dilihat sebagai satu perkembangan yang positif seiring dengan kesedaran masyarakat tentang kepentingan hadis dalam kehidupan mereka. Secara umumnya, pengajian hadis di Malaysia dapat dibahagikan kepada dua bentuk; formal dan tidak formal. Institusi formal melibatkan Sekolah Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS). Manakala Institusi tidak formal boleh dikategorikan kepada masjid dan surau, madrasah, sekolah pondok, organisasi atau pertubuhan. Kajian kualitatif ini akan menumpukan kepada perbandingan pengajian hadis di antara Madrasah Miftah Darul Ulum (MMUSP) dan Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, FPPI, KUIS dan juga memfokuskan kepada sumbangan MMUSP kepada pengajian hadis di Malaysia. Kajian mendapati bahawa wujud beberapa perbezaan di antara keduanya kerana beberapa faktor seperti kecenderungan bentuk pengajian serta syarat dan terma yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Dapatan paling ketara adalah pendekatan MMUSP yang menumpukan kepada pengajian hadis secara dominan dan kemahiran ilmu lain seperti Bahasa Arab, Feqah, Akidah dan lain-lain yang dipelajari secara serentak dengan ilmu al-Hadith.
The study of hadeeth is a form Islamic knowledge studies which is currently flourishing in Malaysia. It is seen as a positive development in line with the awareness of the society on the importance of hadeeths in its life. Generally, the study of hadeeths in Malaysia can be categorised into the formal and informal forms. Formal institutions include secondary schools, and public and private institutions of higher education. While the informal institutions are the mosques, suraus, madrasah, pondok schools, organisations or societies. This qualitative study focuses on the comparison in the study of hadeeths between Madrasah Miftah Darul Ulum (MMUSP) and the Department of al-Quran and al-Sunnah, Faculty of Islamic Studies and Civilisation, KUIS and also on the contribution of MMUSP to the study of hadeeths in Malaysia. The findings show the existence of differences between the two due to factors such as their preference in the form of study, and established terms and conditions by authorities. Significant findings include on the approach of MMUSP which focuses on the dominant study of hadeeths and simultaneous study of other knowledge skills such as the Arabic language, fiqh and akidah