Jurnal Pengajian Islam
Not a member yet
    229 research outputs found

    Faktor Penerimaan Islam dan Kesan Dakwah Qari-Qari Mesir Melalui Tilawah Al-Quran Terhadap Golongan Non Muslim: Factors in The Acceptance of Islam and The Effect of Da'wah by Egyptian Qaris Through Quranic Recitations on Non-Muslims

    Get PDF
    Al-Quran diturunkan ke atas Nabi SAW adalah bertujuan memberi hidayah kepada semua manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Setiap hamba diberi pilihan sama ada mahu beriman kepada Allah SWT atau tidak beriman. Namun begitu, golongan non Muslim juga sepatutnya diberi perhatian untuk mendapat manfaat yang sama daripada pembacaan al-Quran. Qari-qari Mesir memainkan peranan penting dalam penyebaran dakwah melalui majlis pembacaan al-Quran di seluruh dunia seperti India, Pakistan, Britain, Amerika, Perancis, Palestin, Syria, Jordan, Moroko dan lain-lain. Objektif kajian ini akan menjelaskan penglibatan qari-qari Mesir dalam aktiviti pembacaan al-Quran sebagai salah satu tarikan dakwah terhadap golongan non Muslim. Kajian ini juga akan menghuraikan faktor penerimaan agama Islam serta kesannya terhadap golongan non Muslim. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif. Data diperolehi melalui analisis dokumen iaitu jurnal artikel, buku, prosiding dan kertas kerja dan video dokumentari eksperimen sosial dalam Youtube Channel. Analisis data dilakukan menggunakan perisian ATLAS TI 8. Hasil kajian ini mendapati Qari al-Quran berperanan dalam menyampaikan dakwah kepada seluruh masyarakat sehingga golongan non Muslim dapat memeluk agama Islam akibat terkesan dengan mendengar bacaan al-Quran yang dibacakan oleh para qari Mesir. Terdapat lima faktor yang mendorong golongan non Muslim menerima Islam ialah mendengar al-Quran berulang kali, keghairahan mendengar alunan suara, keindahan seni al-Quran, bacaan khusyuk dan tadabur dan keberkatan bacaan al-Quran. Implikasi kajian adalah pengamalan pembacaan al-Quran mendorong golongan non Muslim teruja memeluk agama Islam seterusnya teruja mendalami ajaran yang terkandung di dalamnya. Justeru, lahirlah insan yang bertakwa yang menyambung kembali dakwah al-Quran kepada seluruh masyarakat agar mereka memperoleh hidayah dari Allah SWT. The Qur'an is sent down upon Prophet SAW with the objective to give guidance to all human beings from darkness to light. Each servant is given a choice whether to believe in Allah SWT or not to believe. However, non-Muslims should also be given attention to get the same benefits from the recitation of the Qur'an. Egyptian qaris (Quran reciters) play an important role in the spread of da'wah through Quranic recitation ceremonies around the world such as India, Pakistan, Britain, America, France, Palestine, Syria, Jordan, Morocco and others. This study aims to explain the involvement of Egyptian qaris in the activity of Qur'anic recitation as one of the attractions of da'wah to non-Muslims. This study will also describe the factors of acceptance of Islam and their impact on non-Muslims. The design of this study is qualitative. The data is obtained through document analysis namely through journal articles, books, proceedings, paper works and social experiment videos on Youtube. The data is analysed using ATLAS Ti 8 software. The results of this study show that the qaris of al-Quran play a role in conveying the message of Islam to the whole community so that non-Muslims can embrace Islam as a result of being impressed by listening to the recitation of the Quran recited by the Egyptian reciters. There are five factors that motivate non-Muslims to accept Islam namely listening to the Qur'an repeatedly, the excitement of listening to the melody, the beauty of the art, devout recitation and the blessings of reciting the Qur'an. The implication of the study is that the practice of reciting the Qur'an encourages non-Muslims to embrace Islam and then excited to delve into the teachings contained therein. Thus, pious people are born to continue the da’wah of Qur'an to the entire community so that they obtain guidance from Allah SWT

    Pendekatan Terjemahan Derivasi Taf?’ala dalam Kitab Hadis Sahih Bukhari: Taf?’ala Derivation Translation Approach in The Hadith of Sahih Bukhari

    Get PDF
    Terdapat dari kalangan penterjemah menghadapi kesukaran dalam mencari padanan terjemahan derivasi atau kata kerja berimbuhan Arab yang paling sesuai. Ini adalah implikasi kegagalan menentukan fungsi terjemahan derivasi sesuatu kata kerja. Penulisan ini memberi tumpuan kepada fungsi terjemahan derivasi taf?’ala (?????) yang bersesuaian dalam Terjemahan Sahih Bukhari (TSB). Objektif kajian adalah untuk melihat sejauh mana penterjemahan Arab Melayu ini dapat dilakukan dengan baik terhadap kata akar yang dimasuki kata imbuhan awalan ta (?) dan imbuhan sisipan alif (?) selepas huruf pertama dari kata akar. Sebanyak empat sampel yang ditemui dikaji menggunakan analisis kontrastif dan teori konteks. Dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa dua sampel mengikut padanan fungsi terjemahan dengan baik. Manakala dua sampel lain disertakan dengan cadangan terjemahan lain. Dapatan juga menunjukkan bahawa empat sampel tersebut adalah dari tiga fungsi kata imbuhan yang mewakili 75% daripada fungsi-fungsi kata imbuhan bagi wazn taf?’ala. Kesimpulannya, penterjemahan dilihat berhasil dengan baik dan mampu difahami walaupun terdapat sedikit cadangan penambahbaikan untuk menghasilkan terjemahan lebih natural dan bersesuaian dengan konteks ayat. Some translators have difficulty finding the most suitable match of derivative translations or Arabic verbs. This is the implication of the failure to determine the derivative translation function of a verb. This paper focuses on the translation function of the corresponding taf?’ala (?????) derivation in the Sahih Bukhari Translation (TSB). The objective of the study is to see how far this Malay Arabic translation can be done to root prefix entered word ta (?) and adjustment inserts alif (?) after the first letter of the word root. A total of four samples were found to be studied using contrastive analysis and context theory. The findings obtained show that the two samples according to the translation function match well. While two other samples were accompanied by other translation suggestions. The findings also show that the four samples are from the three adjective functions which represent 75% of the adjective functions for wazn taf?’ala. In conclusion, the translation is seen to be successful and comprehensible although there are few suggestions for improvement to produce a more natural translation and appropriate to the context of the sentence

    Pelaksanaan Wakaf Kesihatan oleh Majlis Agama Islam Negeri (Main): Implementation of Healthcare Waqf by The State Islamic Religious Council (Main)

    Get PDF
    Kesihatan merupakan faktor penting dalam membangunkan masyarakat dalam sesebuah negara. Sistem kesihatan awam di Malaysia kini berdepan dengan isu-isu berkaitan dengan penjagaan kesihatan yang semakin mencabar seperti yang dialami oleh negara-negara lain dunia. Namun, antara isu utama yang dihadapi oleh sektor kesihatan di Malaysia adalah peningkatan kos penjagaan sistem kesihatan awam. Kajian ini membincangkan tentang penggunaan dana wakaf yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam penjagaan kesihatan. Institusi wakaf perlu ditransformasikan untuk kekal relevan pada masa kini. Ini kerana wakaf memberikan sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi ummah dengan mengurangkan kebergantungan sistem kesihatan awam terhadap bantuan kerajaan. Sekaligus mengurangkan beban rakyat yang tidak mampu menampung beban kos penjagaan kesihatan yang meningkat lebih-lebih lagi ketika negara berada dalam pandemik COVID-19. Data dikumpulkan dari pelbagai sumber rujukan berkaitan dengan wakaf dan kesihatan serta berdasarkan maklumat berkaitan wakaf kesihatan yang terdapat dalam laman web (website) Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Analisis kajian yang digunakan adalah menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian ini adalah wakaf kesihatan memberikan sumbangan yang signifikan kepada negara. Terdapat pelbagai sumbangan yang telah dijalankan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam pembangunan sosioekonomi ummah yang berkonsepkan wakaf kesihatan seperti kemudahan hemodialisis, mesin dan peralatan perubatan, ubat-ubatan, klinik wakaf, perkhidmatan rawatan kesihatan serta wakaf peralatan rawatan COVID-19. Untuk memastikan kemampanan dan kelestarian penjagaan kesihatan negara untuk jangka masa panjang, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan pembiayaan penjagaan kesihatan awam di Malaysia dengan menggunakan dana wakaf. Health is an important factor in developing society in a country. The public health system in Malaysia is currently facing increasingly challenging healthcare related issues as experienced by other countries in the world. However, one of the main issues faced by the health sector in Malaysia is the rising cost of care for the public health system. This paper discusses the use of waqf funds conducted by the State Islamic Religious Council (MAIN) in healthcare. Waqf institutions need to be transformed to remain relevant today. This is because waqf contributes to the socioeconomic development of the ummah by reducing the public health system's dependence on government assistance. At the same time, it reduces the burden of the people who cannot afford the rising healthcare costs, especially when the country is in the COVID-19 pandemic. Data was collected from various reference sources related to waqf and health as well as based on information related to health waqf available on the website of the State Islamic Religious Council (MAIN). The analysis of the study was done using content analysis. The findings of this study are that healthcare waqf makes a significant contribution to the country. There are various contributions that have been carried out by the State Islamic Religious Council (MAIN) in the socioeconomic development of the ummah with the concept of health waqf such as hemodialysis facilities, medical machines and equipment, medicines, waqf clinics, health care services and waqf of COVID-19’s health equipment. To ensure the long term sustainability of the nation's health care, there is still room for improvement in public health care financing in Malaysia by using waqf funds

    Halal Training: Issues and Challenges from Trainers’ Perspectives in Halal Products Research Institute (HPRI): Latihan Halal: Isu dan Cabaran dari Perspektif Pelatih di Institut Penyelidikan Produk Halal (LPPH)

    Get PDF
    Halal education is an essential requirement to increase understanding and awareness among the community and industrial players about halal concepts. The development of the halal industry in Malaysia and on a global level has shown a lot of positive growth every year. Involvement from various agencies such as JAKIM, HDC, and private halal consultants and training centers have helped a lot in terms of education development and providing training modules as a guideline to conduct halal training. However, halal trainers often encounter some participants with different educational backgrounds while conducting halal training, which eventually affects the training delivery and the quality of the training itself. Therefore, the purpose of this research is to analyse the issues and challenges faced by the trainers during halal training. This study adopted a qualitative method where the data was obtained by an interview session with halal trainers from HPRI. Next, the data obtained were analysed using thematic analysis. The findings show that the issues and challenges faced by halal trainers can be categorised into several criteria and factors such as language barrier, misunderstanding, and participants’ educational background. This research aims to contribute to the development of halal training in halal education in the future. Pendidikan halal merupakan satu keperluan asas untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran komuniti dan pemain industri berkenaan konsep halal. Perkembangan industri halal di Malaysia dan di peringkat antarabangsa telah menunjukkan pertumbuhan yang positif setiap tahun. Penglibatan agensi-agensi seperti JAKIM, HDC, dan syarikat perunding halal swasta dan pusat latihan halal telah banyak membantu dari segi perkembangan pendidikan dan penyediaan modul latihan sebagai garis panduan dalam latihan halal. Walaubagaimanapun, pelatih halal selalu berdepan dengan dengan peserta daripada latar belakang pendidikan yang berbeza semasa memberikan latihan halal, di mana ia telah memberi kesan kepada kualiti dan penyampaian latihan. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisa isu dan cabaran yang dihadapi oleh pelatih halal semasa penyampaian latihan halal. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana data diperolehi daripada sesi temubual bersama pelatih halal daripada IPPH. Data tersebut kemudian dianalisa menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh pelatih halal boleh dikategorikan kepada beberapa faktor seperti halangan bahasa, salah faham dan latar belakang pendidikan peserta. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan latihan dalam pendidikan halal pada masa akan datang

    Cabaran Pedagogi Norma Baharu di Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19: Challenges of New Norms Pedagogy at Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips) During Covid-19

    Get PDF
    Abstrak Penularan wabak Covid-19 memberikan impak terhadap sektor pendidikan negara. Ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua institusi pendidikan tinggi seperti universiti awam dan swasta, kolej universiti, kolej, terganggu dan tertangguh. Inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil langkah dengan mengeluarkan arahan agar semua aktiviti PdP hendaklah dilaksanakan secara dalam talian serta melarang sama sekali aktiviti PdP secara bersemuka kecuali kepada kes-kes tertentu bagi mengelakkan pelajar-pelajar ketinggalan dalam pelajaran. Persoalan kajian ini adalah bagaimana pendekatan Pedagogi Norma Baharu yang diaplikasikan oleh pensyarah kepada pelajar dan sejauhmana cabaran pdp secara dalam talian terhadap pelajar dan pensyarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).  Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis Cabaran Pedagogi Norma Baharu Di Kolej Universiti Islam Perlis (Kuips)  Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19. Metode kajian yang digunapakai adalah kajian kualitatif melalui  penerokaan  terhadap  sumber kepustakaan  yang  pelbagai  dengan  meneliti  buku-buku, jurnal-jurnal, serta laporan pihak yang berkepentingan dalam isu Covid-19 di Malaysia. Selain itu, teknik observasi dan temu bual online dengan pensyarah dan pelajar turut dijalankan. Data-data yang dikumpul dianalisis dan dihuraikan dengan menggunakan kaedah induktif, deduktif dan komparatif bagi mendapatkan natijah yang sesuai selaras dengan objektif artikel yang telah ditetapkan. Dapatan kajian mendapati sebelum penularan Covid 19, pelaksanaan pedagogi hampir keseluruhannya bersifat konvensional. Namun, impak wabak pandemik koronavirus Covid-19 mengubah pendekatan Pedagogi Norma Baharu sepanjang tempoh PKP berlangsung. Pendekatan tersebut ialah Pembelajaran Dari Rumah (Home Based Learning), Pembelajaran Atas Talian (On Line Learning) dan Remote Learning. Walaupun dengan pelbagai kekangan yang terpaksa dihadapi berikutan dengan pelaksanaan pembelajaran atas talian ini, kualiti graduan tidak akan sedikitpun terjejas memandangkan Program Learning Outcome (PLO) dan Course Learning Outcome (CLO) kekal dipatuhi. Antara cabaran pedagogi norma baharu dikalangan pelajar Kolej Universiti  Islam Perlis (KUIPs) adalah dari segi capaian internet yang lemah dan rendah, dari aspek kewangan di mana pelajar merasa terbeban apabila mereka terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli data internet. Selain itu, suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk belajar seperti suasana riuh di rumah, ruang belajar yang tidak selesa akan menyebabkan mereka sukar untuk memberi tumpuan ketika sesi e-pembelajaran dijalankan. Di samping itu, ketiadaan atau kerosakan  peranti elektronik menyukarkan pelajar untuk mengikuti segala pembelajaran dalam talian. Cabaran yang dikalangan pensyarah adalah pelajar tidak mengikuti kelas mengikut jadual yang ditetapkan. Di samping itu, pensyarah perlu berusaha mempelajari menggunakan platform pembelajaran atas talian yang sesuai dalam pembelajaran atas talian seperti Google Classroom, youtube,  video, whatsApp, voice message, Google Meet dan email sebagai pelantar untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran, mengedarkan tugasan, penghantaran jawapan tugasan, pengumuman serta menguruskan semua aktiviti kelas atas talian. Kata kunci Pedagogi, Norma baharu, Cabaran, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Pandemik wabak Koronavirus Covid 19 Abstract The spread of the Covid-19 brings together with it impacts towards the country’s education sector, among other sectors. This causes teaching and learning activities (PdP) in all higher education institutions such as public and private universities, university colleges and colleges to be disrupted and delayed. The government’s initiative through the Ministry of Higher Education (MOHE) by issuing instructions that all PdP activities should be implemented online and to prohibit all face-to-face PdP activities except in certain cases are taken especially to prevent students from missing out on lessons. The research question is how lecturers apply the New Norms Pedagogical approach for the students and the extent of online PdP challenges faced by both students and lecturers of Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). This paper aims to analyze the New Norma Pedagogical Challenges at the Islamic University College of Perlis (KUIPs) during the Covid-19 Pandemic. The research method used is a qualitative study through exploration of various library resources by examining books, journals, and reports of stakeholders in the issue of Covid-19 in Malaysia. In addition, observation techniques and online interviews with both lecturers and students are also conducted. The data collected are analyzed and parsed using inductive, deductive, and comparative methods to obtain appropriate results in line with the objectives of the article that has been set. The findings of the study found that before the transmission of Covid-19, the implementation of pedagogy is almost entirely conventional. However, the impact of the Covid-19 pandemic changed to the New Norma Pedagogical approach throughout the MCO period. The approaches involved are; Home Based Learning, Online Learning and Remote Learning. Despite various constraints that have to be faced following the implementation of this online learning, the quality of graduates will not be in the least affected as the Learning Outcome Program (PLO) and Course Learning Outcome (CLO) are adhered to. Among the pedagogical challenges of the new norm among Kolej Universiti Islam Perlis’ (KUIPs) students is in terms of weak internet access; from the financial aspect in which students are burdened when they have to spend money to buy Internet data. In addition, there is also learning environment that is non-conducive to learning such as noisy atmosphere at home and uncomfortable learning space that will make it difficult for them to focus during e-learning sessions. In addition, the absence or damage towards electronic devices makes it difficult for students to follow every online learning session. The challenge among lecturers is that students do not attend classes according to the set schedule. In addition, lecturers should strive to learn using appropriate online learning platforms in online learning such as Google Classroom, Youtube, video recording, WhatsApp, voice message, Google Meet and email as a platform to provide teaching and learning materials, distribute assignments, send answers assignments, announcements as well as managing all online classroom activities

    Pemangkin Transformasi Pendidikan Islam: 25 Tahun Kisdar-Kuis, Selangor, Malaysia: The Catalyst of Transformational Prominence of Islamic Education: 25 Years of Kisdar-Kuis, Selangor, Malaysia

    Get PDF
    Abstrak Penelitian  deskriptif  adalah  salah  satu  jenis  penelitian  yang  bertujuan  untuk  menjelaskan gambaran  lengkap  mengenai  suatu  tetapan  sosial  atau  dimaksudkan  untuk  eksplorasi  dan klarifikasi  mengenai  suatu  fenomena  atau  kenyataan  sosial,  dengan  jalan  mendeskripsikan sejumlah  variabel  yang  berkenaan  dengan  masalah  dan  unit  yang  diteliti  antara  fenomena yang   diuji.   Tujuan   kajian   deskriptif   ini   adalah   menghasilkan   gambaran   jelas   tentang ketokohan Pendidikan Islam dengan mengkaji tokoh iaitu Profesor Dato’ Haji Mohd Adanan Bin  Isman dalam  bidang  Pendidikan  Islam.  Kajian memberikan gambaran lengkap dalam   bentuk   verbal   dan numerikal,  menyajikan   informasi,   menciptakan   seperangkat kategori  dan  mengklasifikasikan  subjek  penelitian,  menjelaskan  seperangkat  tahapan  atau proses,  serta  untuk  menyimpan  informasi  bersifat  kontradiktif  mengenai  subjek  penelitian.Prof  Dato  Haji  Mohd  Adanan  Bin  Isman  adalah  berkepakaran  dalam  bidang  Pendidikan Islam. Profil dan sumbangan beliau dalam bidang kajian tidaklah dapat disangkal dan amat menyumbang kepada Pendidikan Islam khususnya dan pembangunan ummah amnya. Kata Kunci Kajian tokoh, Pendidikan Islam, Pendidikan Islam Selangor, kajian diskriptif, sosiolinguistik, KISDAR, KUIS Abstract Descriptive observation is a type of observation that aims to explain a complete picture of a social setting or intended for exploration and clarification of a social phenomenon or reality, by describing several variables related to the problem and unit studied between the phenomena tested.   The purpose of this descriptive study is to produce a clear picture of the stature of Islamic Education by studying the figure of Professor Dato 'Haji Mohd Adanan Bin Isman in the field of Islamic Education.  The study provides a complete picture in verbal and numerical form, presents information, creates a set of categories and classifies research subjects, explains a set of stages or processes, and to store contradictory information about the research subject. Prof Dato Haji Mohd Adanan Bin Isman is an expert in the field of Islamic Education. His profile and contribution in the field of study is undeniable and greatly contributes to Islamic Education in particular and the development of the ummah in general

    Inisiatif Bantuan Makanan dalam Menangani Ketidakselamatan Makanan Akibat Pandemik Covid-19 oleh Majlis Agama Islam Negeri (Main) dan Institusi Zakat: Food Assistance Initiative in Addressing Food Insecurity Due to Covid -19 Pandemic by The State Islamic Religious Council (Main) and Zakat Institutions

    Get PDF
    Pandemik COVID-19 yang melanda dunia amnya dan Malaysia khususnya sangat memberi kesan kepada ekonomi rakyat dan negara. Kesan tersebut akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula dari PKP 1.0 sehingga PKP 3.0 bagi membendung penularan virus. Pelaksanaan PKP menyebabkan banyak sektor ekonomi ditutup. Justeru, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia telah kehilangan pekerjaan dan hilang tempat tinggal atas faktor kewangan dan ekonomi. Sumber pendapatan yang berkurangan ataupun tiada langsung telah memberi kesan kepada ketidakselamatan makanan rakyat yang terlibat. Ketidakselamatan makanan berlaku apabila manusia tidak dapat memperoleh makanan yang cukup sepanjang masa untuk kehidupan yang aktif dan sihat. Tanpa makanan yang cukup dan seimbang sama ada dari segi kuantiti atau kualiti nutrien, tahap kesihatan individu akan terjejas. Pelbagai pihak perlu berganding bahu menangani masalah ketidakselamatan makanan ini. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Institusi Zakat merupakan institusi utama menguruskan pungutan dan agihan zakat, fidyah dan sedekah. Agihan sumber perlu diagihkan secara menyeluruh kepada mereka yang memerlukan terutama ketika pandemik. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti inisiatif bantuan makanan yang dijalankan oleh MAIN dan Institusi Zakat di Malaysia berikutan berlaku Pandemik COVID-19. Data dikumpulkan dengan menggunakan analisis dokumen yang diperoleh dari pelbagai sumber yang terdiri buku, jurnal, kertas prosiding, laman web dan akhbar dalam talian. Hasil kajian mendapati MAIN dan Institusi Zakat di setiap negeri telah memainkan peranan penting dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dengan kadar dana dan bentuk bantuan yang berbeza. Bantuan yang diberikan dilihat dapat membantu terutamanya dalam memenuhi keperluan asas golongan yang terjejas. The COVID-19 pandemic that hit the global and Malaysia had a profound impact on the economy of the people and the country. The effect is due to the implementation of the Movement Control Order (PKP) which starts from PKP 1.0 to PKP 3.0 to curb the spread of the virus. The implementation of the PKP caused many economic sectors to close. As a result, many Malaysians have lost their jobs, lost their livelihoods for their households and lost their homes due to financial and economic factors. Decreased or non-existent sources of income have affected the food insecurity of the people involved. Food insecurity occurs when humans are unable to obtain enough food all the time for an active and healthy life. Without adequate and balanced food either in terms of quantity or quality of nutrients, the health level of the individual will be affected. Various parties need to work together to address this problem of food insecurity. The State Islamic Religious Council (MAIN) and the Zakat Institution are the main institutions managing the collection and distribution of zakat, fidyah and alms. The distribution of resources should be distributed comprehensively to those in need especially during this pandemic. The objective of this study is to review food aid initiatives carried out by MAIN and Zakat Institutions in Malaysia following the COVID-19 Pandemic. Data were collected using library research methods obtained from various sources consisting of books, journals, proceedings papers, websites and online newspapers and data analyzed using inductive and deductive. The results of the study found that MAIN and Zakat Institutions in each state have played an important role in channeling aid to the needy with different funding rates and forms of assistance. The assistance provided is seen to be helpful especially in meeting the basic needs of the affected groups

    Identifikasi Al-Hind Berdasarkan Mu’jam Al-Buld?n oleh Al-?amaw?: Kajian terhadap Huruf Al-Q?f dan Al-K?f: Identification Al-Hind Based on Mu’jam Al-Buld?n by Al-?amaw?: A Study of the Letters of Al-Q?f and Al-K?f

    No full text
    al-Hind merupakan nama tempat yang banyak disebut dalam teks Arab klasik. Ia boleh ditemui dalam syair, tafsir al-Quran, hadith, karya penjelasan hadith, sejarah dan sebagainya. Bagaimanapun, merujuk teks tersebut tanpa penelitian boleh menimbulkan salah faham bahawa al-Hind semestinya bermaksud Subbenua India. Tidak hairanlah banyak penulisan moden yang merujuk keistimewaan al-Hind yang disebut dalam teks Arab klasik sebagai kehebatan yang telah dikecapi oleh Tamadun India. Oleh yang demikian, kajian ini berinisiatif untuk mengemukakan maksud al-Hind dengan memberi fokus kepada bahagian al-Q?f dan bahagian al-K?f dalam kitab  Mu’jam al-Buld?n oleh Y?q?t al-?amaw?. Pengumpulan data diusahakan dengan menjalankan kajian kepustakaan menggunakan sumber induk Mu’jam al-Buld?n serta sumber-sumber lain yang berkaitan untuk penjelasan lanjut. Kajian bermula dengan mengeluarkan nama-nama lokasi yang diklasifikasikan oleh al-?amaw? dalam rantau al-Hind daripada senarai di bawah bahagian al-Q?f dan bahagian al-K?f. Ia diikuti dengan mengumpul maklumat tempatan bagi setiap lokasi. Seterusnya, pendekatan analisis tekstual dipilih bagi mengolah data yang didapati. Hasilnya,  kajian ini dapat mengenal pasti 12 nama tempat yang termasuk dalam rantau al-Hind; yang mana 9 daripadanya terletak di Asia Selatan, 2 di Semenanjung Tanah Melayu dan 1 di Indo-China. Identifikasi al-Hind atau penamaan rantau India pada masyarakat Arab dahulu kala didapati meliputi Asia Selatan, Kepulauan Melayu dan Indo-China. Sehubungan dengan itu, kajian berpandangan bahawa adalah tidak wajar menganggap mana-mana karakteristik al-Hind dalam kitab klasik Arab adalah milik Subbenua India tanpa penelitian terlebih dahulu. Walhal, maklumat terperinci boleh didapati dalam kitab-kitab klasik Arab yang ternyata sangat berguna untuk mendapat gambaran yang jelas. al-Hind is a place name that is often mentioned in classical Arabic texts. It can be noticed in poetry, tafsir al-Quran, hadith, books of hadith explanation, history and other fields. However, referring to the text without scrutiny can lead to a misunderstanding that al-Hind necessarily means the Indian Subcontinent. Many modern writings refer to the privilege of al-Hind mentioned in classical Arabic texts as an achievement that has been enjoyed by Indian Civilization. Thus, this study takes the initiative to present the meaning of al-Hind among ancient Arabs by focusing on the part of al-Q?f and al-K?f in the book Mu’jam al-Buld?n by Y?q?t al-?amaw?. For this aim, this study conducts a literature review using Mu’jam al-Buld?n’s as a main source and other related texts as supportive references. Initially, this study highlights the names of locations classified by al-?amaw? in the al-Hind region from the list under the letter of al-Q?f and the al-K?f. It is followed by collecting further local information for each location. Subsequently, this study employs textual analysis to process the data obtained. As a result, this study identifies 12 place names included in the al-Hind region; of which 9 are located in South Asia, 2 in the Malay Peninsula and one in Indochina. The nomenclature al-Hind or India region in ancient Arab society encompasses South Asia, the Malay Archipelago and Indochina. Accordingly, the study is of the view that it is inappropriate to assume any of the characteristics of al-Hind in the Arabic classics to belong to the Indian Subcontinent without prior scrutiny.  Indeed, detailed information can be found in the classic Arabic books which turns out to be very useful to grasp a clear understanding

    Analisis Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Nazir dengan Faktor Pengimarahan Masjid: Analysis of The Relationship Between Leadership Style of Nazir and Enlivenment Mosque Factors.

    Get PDF
    Masjid merupakan medan utama dalam kerangka pembangunan peradaban umat Islam. Ia  juga  berfungsi  sebagai  lambang  keutuhan  dan  kekuatan  umat Islam  di  sepanjang  zaman.  Dalam  membicarakan  isu  yang berkaitan dengan institusi masjid yang mempunyai pelbagai fungsi itu,  maka  antara  isu  yang  paling  penting  ialah  usaha  ke  arah memperkasa dalam pengimarahan masjid melalui kebijaksanaan  kepimpinan masjid. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan antara gaya kepimpinan nazir dalam mempengaruhi faktor pengimarahan masjid. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan pengedaran soal selidik untuk mendapatkan data utama. Kajian dilakukan kepada 200 orang responden yang terdiri dari kalangan Nazir masjid di Selangor. Seterusnya, data yang diperolehi kemudian dianalisa dengan menggunakan SPSS Version 23.0 (Statistical Package for Social Science) dan dijelaskan dalam bentuk stastistik deskriptif dan inferensi. Ujian Korelasi Pearson mendapati bahawa nilai yang diperolehi adalah min = 115.15, sp = 9.88 (gaya kepimpinan nazir) dan min = 134.30, sp = 12.39 (faktor pengimarahan masjid), dengan nilai r = 0.787, r² = 0.619 dan sig = 0.000. Nilai min yang diperolehi bagi kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji menunjukkan bahawa nazir-nazir masjid yang dikaji mempunyai gaya kepimpinan yang tinggi. Seterusnya nilai r menunjukkan wujudnya hubungan korelasi yang positif antara gaya kepimpinan nazir dengan faktor pengimarahan masjid. Walau bagaimanapun kekuatan hubungan yang diperolehi adalah pada tahap yang sederhana. Seterusnya nilai r = 0.787 memberikan implikasi bahawa semakin meningkat gaya kepimpinan masjid maka faktor pengimarahan sesebuah masjid turut meningkat. The mosque is the main field in the framework of the development of muslim civilization. It also serves as a symbol of the integrity and strength of Muslims throughout the ages. In discussing issues related to the mosque institution which has various functions, then among the most important issues is the effort towards empowering in the enliven of the mosque through the wisdom of the mosque leadership. In this regard, this study was conducted to examine the relationship between the leadership style of the nazir in influencing the factors of enlivenment the mosque. Data were obtained through a quantitative research through the issuance of a set of questionnaires and a total of 200 respondents who answered the questionnaire among nazir in Selangor. The data obtained were analyzed using SPSS Version 23.0 (Statistical Package for Social Science) and explained in the form of descriptive and inferential statistics. Pearson Correlation Test found that the values obtained were mean = 115.15, sp = 9.88 (leadership style of nazir) and mean = 134.30, sp = 12.39 (the factor of enlivement mosque), with values r = 0.787, r² = 0.619 and sig = 0.000. The mean values obtained for both variables studied indicate that the nazir of the mosques studied have a high leadership style. The value of r indicates the existence of a positive correlation between the leadership style of the nazir and the factor of enlivening the mosque. However the strength of the relationship obtained is at a moderate level. Furthermore, the value of r = 0.787 gives the implication that the increasing the leadership style of the mosque, then the factor of enlivenment mosque also increase

    Retorik dalam Dakwah Nik Abdul Aziz Nik Mat: Rhetoric in Preaching Da’wah Nik Abdul Aziz Nik Mat

    Get PDF
    Abstrak TEORI RETORIK  DALAM  PENGUCAPAN DAKWAH NIK ABDUL AZIZ NIK MAT Abstrak : Pengucapan merupakan sebahagian dari komunikasi lisan yang penting untuk menyampaikan maklumat atau mesej. Oleh iu, seseorang pengucap perlu mempunyai disiplin dan cara komunikasi yang baik bagi menyalurkan idea, emosi, sikap, fakta dan cara memanipulasikan ucapannya mengikut kemampuan, kemahiran, kelebihan dengan cara tersendiri. Justeru itu, Penulisan ini bertujuan mengkaji tiga kaedah utama retorik pengucapan iaitu Logos, Ethos dan Pathos di dalam ucapan Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melihat keberkesanan penyusunan retorik di dalam ucapan terhadap khalayak. Artikel ini membincangkan gaya ucapan yang berkesan dalam dakwah merujuk kepada ucapan retorik Nik Abdul Azizi Nik Mat. Artikel ini juga membincangkan disiplin teori retorik yang diterapkan dalam dakwah yang berkesan seperti Ethos, Pathos dan Logo. Kajian ini menggunakan metode kualitatif berbentuk deskriptif dan pengumpulan data melalui teks ucapan. Hasil kajian ini dapat dilihat melalui disiplin dan kecekapan berbahasa serta gaya bahasa yang digunakan untuk mempengaruhi khalayak. Kata Kunci Komunikasi dakwah, komunikasi lisan, pengucapan ,Nik Abdul Aziz Nik Mat, retorik pengucapan Abstract Speech is an important part of verbal communication to convey information or messages. Therefore, a speaker needs to have good discipline and means of communication to channel ideas, emotions, attitudes, facts and how to manipulate his speech according to his ability, skills, advantages in his own way. Therefore, this writing aims to study the three main methods of rhetoric of speech, namely Logos, Ethos and Pathos in Nik Abdul Aziz Nik Mat's speech to see the effectiveness of rhetorical arrangement in speech to the audience. This article discusses an effective style of speech in da'wah in reference to the rhetorical speech of Nik Abdul Aziz Nik Mat. The article also discusses a discipline of rhetorical theory applied in an effective da'wah such as ethos, pathos and logos. This study uses qualitative methods in the form of descriptive and data collection through speech text. The results of this study can be seen through the discipline and language proficiency as well as the style of language used to influence the audience.     &nbsp

    203

    full texts

    229

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Pengajian Islam
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇